|
Originally posted by sakinahmawaddah at 24-6-2008 08:31 PM
salam
lama tak jumpa
up thread ni
paradigma utama dalam falsafah tabii dan kosmologi Islam (diambil dari buku "Daripada sains Yunani kepada Sains Islam'; ada 7 mazhab sains yg utama (mazhab ...
Menarik juga terdapat pembahagian 7 mazhab sains dalam Islam dan boleh huraikan lagi tak bagaimana yang dikatakan mazhab masysya'iyun yang menjadi pegangan Ibnu Sina ini?
Menurut sejarah, latarbelakang keluarga Ibnu Sina ini adalah bermazhab syiah Ismailli dan namanya sendiri sudah menunjukkan kecenderongan kepada mazhab tersebut. Dikatakan bahawa antara sumber keilmuannya diperolehi daripada belajar daripada Ismail al-zahid seorang yang bermazhab Hanafi manakala dari pemikiran falsafahnya tentu saja daripada bapa beliau sendiri iaitu seorang yang bermazhab Syiah Ismailliyah.
Al-Ghazali mengkritik Ibnu Sina bukan kerana pendirian mazhabnya tapi lebih kepada terdapatnya pengaruh2 Yunani khususnya Aristotle dalam pemikiran falsafahnya.
Satu bukti yang mengaitkan Ibnu Sina ini telah beralih kepada mazhab Syiah Ithna-Asya'ariyah apabila ia telah lari daripada penindasan Mahmud al-Ghazni yang berfahaman Sunni dan mendapat perlindungan di bawah kerajaan Buwaihid atau Buyid yang berpegang kepada mazhab Syiah Imamiyah. Di waktu inilah ia memperolehi pengiktirafan dan kemuncak keilmuannya sehingga memberikan sumbangan yang besar dalam dunia Islam.
Satu yang pasti dan memang konfem bahawa Ibnu Sina ini bukannya bermazhab Wahabi. Jika beliau ini bermazhab wahabi maka tentunya hari ini kita tidak akan dapat menyaksikan dunia perubatan yang semakin canggih seperti sekarang ini...malah kita akan hanya menggunakan air kencing unta sajalah sebagai ubat ....ataupun untuk membuang racun yang ditinggalkan oleh lalat maka rendam terus lalat tersebut kerana ada penawarnya disebelah kepak lalat tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
Ibn Sina ini susur galurnya org mana ya? Parsi?
sebelum cite pasal masysya'iyun, ingin berkongsi maklumat:
Dikhabarkan di Iran, Ali Sabur, 19 tahun diumumkan sebagai Profesor termuda di dunia oleh Guinnes Book of World Records, memecahkan rekod Isaac Newton. Tahun 2007 saja, 3 warga Iran disenaraikan sebagai 100 orang Genius oleh Firma Konsultan Creators Synertics iaitu Ali Javan, seorang Jurutera di nombor 12, ahli Fizik Nima Arkani-Hamed di nombor 32 dan ahli Biologi Pardis Sabeti di nombor 49.
Hebat! |
|
|
|
|
|
|
|
Saya tak berapa arif pasal sejarah Ibn Sina, tapi suka baca apa yg pakcik grave tulis.
Saya salin bulat2 dr buku yg sama ni pasal faham mazhab masysya'iyun
pelopor atau mereka yg famous dr aliran ini: al farabi, ibn sina, ibn bajjah, ibn rushd
'alam tabii dalam pandangan masysya'iyun merupakan ruang mungkin atau makhluk mungkin (contigent being) yg kewujudannya bergantung kepada Khaliq atau, dalam istilah falsafah tabii Islam Wajib al wujud. Oleh itu ia adalah fana dan kewujudannya tidak kekal. Tetapi dalam konteks realiti bermartabat ia merupakan realiti yang benar tetapi relatif kepada Yang Mutlak. Walaupun ia bukan hakikat yang mutlak, ia mempunyai kewujudan yang tersendiri dan terpisah secara relatif, tetapi benar, daripada alam Khaliqnya'.
boleh ikut ke?
secara ringkas, yg saya dapat faham, glgn masysya'iyun percaya kepada kasualiti (de facto), ada sebab dan akibat tentang sesuatu. Cth, api sebabnya kapas terbakar. saya rasa sama definisi dgn penjelasan banyak ahli falsafah ttg kasualiti.
ttp dr al Ghazali, dia menolok bahawa ada perhubungan mutlak kasual di alam yg kita diami. |
|
|
|
|
|
|
|
...malah kita akan hanya menggunakan air kencing unta sajalah sebagai ubat ....ataupun untuk membuang racun yang ditinggalkan oleh lalat maka rendam terus lalat tersebut kerana ada penawarnya disebelah kepak lalat tersebut.
ini dia kata-kata muhadithin zaman terkini akhir zaman. mengata albani, dia yg lebih. |
|
|
|
|
|
|
|
IBNU SINA JUGA DIKRITIK OLEH AL IMAM GHAZALI DI DLM KITAB AL MUNQIZH MINADDHOLAAAL ... BELIAU X MENAFIKAN SUMBANGAN IBNU SINA TAPI TERAMAT KECEWA KERANA SEBAGAI ULAMAK BELIAU TIDAK MENUNJUKKAN CONTOH ULAMAK AKHIRAT, AKIBATNYA UMMAT PUN JAUH PD AKHIRAT DAN MENCINTAI DUNIA HINGGA LAH AKHIRNYA ALLAH SWT MENGILHAMKAN GENGHIS KHAN UTK "MEROTAN" UMMAT ISLAM YG TELAH LALAI ... SAYA BERPENDAPAT ADALAH KESILAPAN BESAR JIKA KITA MENJADIKAN "KETAMADUNAN BAGHDAD" ITU CONTOH MEMBENTUK GENERASI UMAT ISLAM SKRG ... SESUNGGUHNYA GENERASI YG PALING GEMILANG DAN MULIA DLM ISLAM IALAH GENERASI YG PERTAMA YAITU PARA2 SAHABAT ... ROM DAN PARSI JATUH DI BAWAH TAPAK KAKI DIORG ... ITULAH CONTOH YG TERBAIK UTK GENERASI KITA ... OLEH ITU AMBILLAH IKTIBAR ...
[ Last edited by sirri_khafi at 26-6-2008 05:37 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tahu kenapa Turkey Uthmaniah boleh jatuh guling2 sampai melupuskan pemerintahan khalifah, the only known pemerintahan dunia Islam dari zaman Nabi hingga ke Turkey Uthmaniyyah, antaranya sbb org Islam kurang dpt menyaingi dr segi kelengkapan persenjataan.
Teknologi atau ketamadunan bukan liability, malah Islam menggalakkannya. Cuma org Islam kurang bijak utk forcast masa hadapan. dan salam faham mengenai ilmu.
Ilmu Islam bukan hanya pada tasawwur, fiqih, muamalat je. Ilmu Islam juga meliputi teknologi dan sains.
Tahu tidak, teknologi juga ditanzilkan (diturunkan) dari langit? |
|
|
|
|
|
|
|
tang mana akhlak Ibn Sina yg tidak menunjukkan contoh ulamak akhirat? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #27 sakinahmawaddah\ catat
PETIKAN DARI AL MUNQIZH MINADDHOLAAAL (SELAMAT DARI KESESATAN) KARANGAN HUJJATUL ISLAM AL IMAM GHAZALI RAH DLM BAB : "TUJUAN PERKEMBANGAN ILMU PENGETAHUAN SETELAH MENENTANGNYA "
" org yg kelima berpendapat : " aku tidak melakukan perkara ini secara mengikut sahaja. tetapi aku telah membaca ilmu falsafah dan telah memahami hakikat kenabian itu yg bertujuan utk kebaikan dan kebajikan ". motif dari peribadatan ialah utk mengawasi akhlak org awam, menyekat mereka dari berbunuh2an, pertengkaran dan mengikut hawa nafsu. aku tidaklah tergolong dlm org2 yg jahil hingga terlibat beban taklif. sebaliknya aku dari kalangan bijak pandai yg menggunakan kebijaksanaan utk mencapai hakikat ini dan terselamat dari meniru. hinggakan akan lenyap sesiapa yg mengkaji falsafah "ilahiyyin" ini boleh di pelajari melalui buku2 ibnu sina dan abi nasr al farabiy.
mereka ini menganggap diri mereka islam, tetapi kadang2 kita dapati antara mereka membaca QURAN, menghadiri solat jemaah, membesarkan syariat islam hanya dgn kata2. namun begitu mereka tidak meninggalkan arak, melakukan berbagai2 kefasikan dan kekufuran. bila ada org bertanya : "kalaulah Nabi itu tidak betul, mengapakah kamu solat ? " lantas dia menjawab : " utk latihan badan, ianya menjadi kebiasaan pd org ramai dan utk menjaga harta dan anak2 ".
kadang2 dia berpendapat : " bahawa syariat itu betul dan Nabi itu benar " tetapi bila di tanya : " mengapa kamu minum arak ? " lantas ia menjawab lagi : " dilarang minum arak kerana takut membangkitkan perseteruan dan permusuhan, tetapi aku dgn kebijaksanaanku dapat menghindarkan perkara tersebut, di sebaliknya aku bertujuan utk mempertajamkan lagi fikiranku ". sehinggakan ibnu sina sendiri telah menulis wasiatnya bahawa beliau telah berjanji dgn ALLAH tentang perkara2 tersebut. beliau memperbesarkan hukum syara' , tidak mencuaikan ibadat2 keugamaan. beliau minum arak sebagai ubat dan bukannya utk berseronok2, bahkan semasa kemuncak keimanannya dan sentiasa beribadat, beliau tetap meminum arak sebagai tujuan utk berubat.
inilah keimanan org yg mendakwa dirinya beriman sedangkan mereka telah di tipu oleh satu kumpulan. penipuan ini lebih dahsyat dari penentangan org yg menentang mereka. mereka menentang dgn cara menafikan ilmu kejuruteraan, mantiq dan lainnya yg begitu mustahak bagi mereka dlm menerangkan sebab2 sebelumnya. "
WALLAHU A'LAM (ALLAH LAH YG LEBIH MENGETAHUI)
[ Last edited by sirri_khafi at 27-6-2008 12:08 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
sesungguhnya ahli2 falsafah telah menceduk dan mencampur adukkan ilmu2 tasawwuf @ ilmu2 tazkiah islam ke dlm perbincangan falsafah mereka utk menghiasi dan mempropagandakan kebatilan falsafah mereka.
hasil dari mencampur adukkan perkataan ahli2 tasawwuf @ahli2 tazkiah di dlm buku mereka (ahli fasafah) itu, timbul 2 keburukan :
1. keburukan kpd org yg menerimanya.
2.keburukan kpd org yg menolaknya.
[ Last edited by sirri_khafi at 27-6-2008 01:10 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
adapun keburukan kpd org yg menolaknya adalah besar. ini kerana org2 yg jahil akan menyangka perkataan yg tercatat di dlm buku2 falsafah itu kebanyakannya bercampur dgn kebatilan, maka mereka pun tinggalkan, x bicarakan malah mengingkari perkataan2 yg terdapat di dlm buku2 falsafah itu. ini kerana mereka tidak pernah mendengar perkataan2 yg bercampur aduk di dlm buku2 falsafah itu sebelum ini akibat kejahilan mereka, maka terlintaslah di hati mereka perkataan2 yg bercampur aduk itu batil.
org yg berakal itu hanya mengikut sebagaimana pendapat amirul mu'miniiieen Saiduna Ali KW di mana dia berkata (maksudnya) : " jangan kamu mengukur kebenaran itu dgn melihat pd orgnya, tetapi kenalilah kebenaran, kemudian kamu akan mengenali orgnya " .
[ Last edited by sirri_khafi at 27-6-2008 12:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
adapun keburukan kpd org yg menerima ialah : sesiapa mengkaji buku2 ahli falsafah, akan menemui apa yg dicampur adukkan dgn sabda Nabi SAW dan kata2 ahli2 tasawwuf, disini akan menimbulkan tanggapan baik terhadapnya (ilmu falsafah) dan akan di terimanya, org ini akan mempunyai sangkaan yg baik kpd ilmu (falsafah) ini. dgn ini dia segera mengakui kebatilan mereka yg telah bercampur aduk itu, kerana dia mempunyai sangkaan yg baik terhadap hasil yg dapat di lihat itu kemudian ia akan mengakui keelokannya. inilah bahagian yg boleh menarik ke arah kebatilan.
kerana keburukan2 inilah sewajarnya di awasi dari MENGKAJI BUKU2 MEREKA, kerana di dlmnya terdapat penipuan dan bahaya, sebagaimana wajib kpd org yg tidak mahir di dlm bidang renang dari turun ke lautan yg dalam. sewajibnya mengawasi org ramai dari MENGKAJI BUKU2 FALSAFAH sebagaimana mesti menjauhkan kanak2 dari menyentuh ular dan wajib menjauhkan diri dari mendengar perkataan org2 yg terpengaruh dgn ilmu2 falsafah.
WALLAHU A'LAM( DAN ALLAH ITU YG LEBIH MENGETAHUI)
[ Last edited by sirri_khafi at 27-6-2008 01:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #26 sakinahmawaddah\ catat
mungkin awak lupa dgn sejarah peperangan badar ... pihak musuh mungkin ada teknology nuklear senjata pemusnah besar2an, tetapi org2 islam itu ada ALLAH ... ini masaalah keyakinan ... keyakinan yg rosak ... manusia mengambil manfaat dari yg "di cipta" (petrol, nuklear, unsur2 alam, sains dll) tapi manusia lupa nak ambil manfaat dari "pencipta" yaitu ALLAH SWT ...
[ Last edited by sirri_khafi at 27-6-2008 01:26 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Al-Ghazali sesat???
Tak banyak yang tahu, Ihya |
|
|
|
|
|
|
|
2. Al-Ghazali berkata tentang ilmu kalam: 揇ia merupakan penjaga aqidah masyarakat awam dan yang melindungi dari berbagai kerancuan para ahli bid抋h. Dan perumpamaan ahli ilmu kalam adalah seperti penjaga jalan bagi para jamaah haji. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaslah nak copy paste lagi. Betul ka Imam Ghazali boleh sesat mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #35 serrefah\ catat
al imam al ghazali hanya mengkritik sedangkan wahabi terus mengkafirkan ... itulah perbezaannya ... lagipun ilmu kalam tu bukan ilmu falsafah ... ilmu kalam itu sejenis ilmu yg suka berdebat PASAL TAUHID @ SIFAT 20 dan BERDEBAT SOAL2 CABANG DLM FIQH dan mengkafirkan org, mengatakan itu ini bid,ah dll mcm org wahabi ... sejenis ilmu yg suka mematikan hujjah2 lawan samaada dgn cara taqlid, pendapat awam, atau dgn hujjah2 dalil naqli ... dari satu segi memang bagus kerana ilmu kalam berusaha bersungguh2 menjaga kemurnian akidah dan sunnah tetapi tidak bersifat menyembuhkan penyakit2 hati dan rohani atau tazkiah ...
menurut para2 ulamak, Baginda Nabi SAW tidak sahaja mewariskan ilmu kenabian sahaja ... bahkan mewariskan ilmu tazkiah yaitu membersihkan akhlak dan hati ...
ALLAH SWT BERFIRMAN : " YA TUHAN KAMI, UTUSLAH UTK MEREKA SEORANG RASUL DARI KALANGAN MEREKA, YG AKAN MEMBACAKAN KEPADA MEREKA AYAT2 ENGKAU, DAN MENGAJARKAN KEPADA MEREKA ALKITAB (ALQURAN) DAN AL HIKMAH (AS SUNNAH) SERTA MENSUCIKAN MEREKA ( WA YUZAKKIIEE HIM ). SESUNGGUHNYA ENGKAULAH YG MAHA PERKASA LAGI MAHA BIJAKSANA ..." SURAH AL BAQOROH AYAT 129 ....
OLEH ITU SEBENARNYA ILMU TAZKIAH ITU MEMANG ADA DI DLM ALQURAN DAN AS SUNNAH ... WALLAHU A'LAM ( DAN ALLAH LAH YG LEBIH MENGETAHUI ...)
[ Last edited by sirri_khafi at 27-6-2008 04:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sakinahmawaddah at 25-6-2008 09:11 PM
Ibn Sina ini susur galurnya org mana ya? Parsi?
sebelum cite pasal masysya'iyun, ingin berkongsi maklumat:
Dikhabarkan di Iran, Ali Sabur, 19 tahun diumumkan sebagai Profesor termuda di dunia oleh Guinnes Book of World Records, memecahkan rekod Isaac Newton. Tahun 2007 saja, 3 warga Iran disenaraikan sebagai 100 orang Genius oleh Firma Konsultan Creators Synertics iaitu Ali Javan, seorang Jurutera di nombor 12, ahli Fizik Nima Arkani-Hamed di nombor 32 dan ahli Biologi Pardis Sabeti di nombor 49.
Hebat!
Memang benar dari sumber primer menyebutkan bahawa Ibnu Sina atau namanya Abū Alī al-Ḥusayn ibn Abd Allāh ibn Sīnā adalah seorang yang berketurunan Parsi dan dilahirkan di Bokhara.
Orang2 Parsi memang hebat sejak dari dulu lagi dan bertambah lagi apabila mempunyai hubungan yang erat dengan syiah Ali setelah membantu mereka. Diberitakan dalam sejarah bawa Ziad bin Sumayya yang dilantik sebagai gabenur di Kufah selepas kewafatan Imam Ali AS telah membuang daerah beribu-ribu pengikut Imam Ali ke daerah2 di Parsi dan dari itulah mungkin kehebatan mereka dalam apa saja ilmu makin meningkat sehinggalah ke hari ini akibat adanya cerdik2 pandai tersebut.. Terdapat ramai juga keturunan2 Rasulullah saaw di sana dan mendapat kedudukan istimewa dan terhormat dikalangan orang2 Parsi
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sirri_khafi at 27-6-2008 04:02 PM
al imam al ghazali hanya mengkritik sedangkan wahabi terus mengkafirkan ... itulah perbezaannya ...
Setuju sangat sangat !
Al-Ghazali telah mengkritik Ibnu Sina atas pemikiran falsafahnya dan kemudian Ibnu Rushd telah membela Ibnu Sina dan membuat kritik balas kepada al-Ghazali.
Wahabi pula mengatakan al-ghazali telah sesat dan hanya telah insaf hanya di ketika akhir hayatnya saja dan justeru segala kitab-kitab al-ghazali sebelum itu perlulah dibuang jauh2 kerana terdapat banyak kemungkaran di dalamnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 Gravedigger's post
Kesian orang Jolobu dengan Rombau. Langsung tak masuk buku laaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
huhu
debat org2 falsafah ni, sgt tinggi
tapi tak tahu la
kalu kita menolak ilmu (terutama dlm bidang teknologi), dptkah kita saing dgn manusia2 angkuh yg dah tak kenal Tuhan |
|
|
|
|
|
|
| |
|