|
ais kerim kat mecca
kALAU U gerai ais kerim, cuba beli satu..1 rial..je..best..lembut sangat..rasanya..tak de kat mesia ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
[MERGED] -- Info mengenai Umrah dan Haji
Assalamulaikum...
I cuma nak tanya, this takde kena mengena dgn sesaper... but nak tahu aje sbb ade kawan i tanya... Apakah hukumnya if seseorang tu tiap2 tahun pi buat Umrah, kira lebih dari sekali lah tapi tak sekali pun pi menunaikan haji... setahu i, haji tu wajib bg yang berkemampuan dah tu boleh pi umrah selalu ... then i confused sbb i pernah dgr wajib org islam pi tunaikan haji dulu then baru pi buat umrah sbb pengertian umrah tu melawat kan... if i tak silap la.. so, tolong explain kan...
thanks
[ Last edited by DARSITA on 24-2-2005 at 11:44 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm... areyantie, kita nak cakap tentang waktu terjadinya wajib bagi orang tu kerjakan haji (sebab dah terlebih dari mampu kerjakan umrah berkali-kali) ke macam mana?
Memang secara lughah nya umrah tu diambil dari perkataan i'timar, yg bermakna melawat. Tetapi dalam mengerjakan umrah kita masih perlu melakukan ritual-ritual tertentu, cuma tak perlu nak tunggu bulan zulhijjah seperti haji. Masih perlu ihram di miqat, perlu bertawaf di kaabah, perlu bersa'i dan masih perlu bertahalul. Cuma beberapa ritual yg dilakukan semasa haji seperti wuquf tidak di lakukan semasa umrah. Jadi ianya bagaikan haji kecil.
Dalam surah al-Imran ayat 97, ada dinyatakan bahawa walillahi 'ala an-nas-i hijju ala al-baitiman-is-tato'a ilaihi sabiila. Maknanya haji itu adalah satu tugas yg kita perlu laksanakan pada Allah pada sesiapa sahaja yg berkemampuan mengerjakannya. Di sini dinyatakan haji itu wajib ke atas umat Islam. Dalam surah al-Baqarah ayat 196, ada disuruh Sempurnakanlah ibadat haji dan umrah kerana Allah.
Selesai mengerjakan umrah tidak melepaskan kita dari tanggungjawab untuk mengerjakan haji. Kita masih perlu tunaikan haji jika berkemampuan.
Haji itu hukumnya wajib, dapat kita lihat dari kedua-dua ayat di atas. Hukum umrah pula ulama' berbeza pendapat. Pendapat segelintir ulama mazhab Maliki dan Hanafi menyatakan umrah itu hanya sunat muakad, berdasarkan satu hadith yg diriwayatkan oleh Tarmidzi dan Imam Ahmad bin Hanbal. Dalam hadith tu ada mengatakan somebody bertanya pada Rasulullah samada umrah itu wajib, Rasullah kata tak, tapi adalah lebih baik jika dikerjakan.
**Hadith ini walaubagaimanapun dikatakan dhaif oleh Ibn Hajar al-Asqalani.
Tetapi ada pendapat ulama' dalam mazhab Syafi'e dan Hanbali yg menyatakan umrah itu adalah wajib berdasarkan ayat 196 Surah al-Baqarah tu.
Dalam hal haji ni, ulama' berbeza pendapat tentang samada dia perlu laksanakan segera haji tu sebaik mampu, atau dia boleh bertangguh. Contoh dalam soalan areyanti tu, kalau dia dah boleh pergi tiap-tiap tahun tu maknanya mungkin dah lebih dari mampu kan ? (tapi perlu juga kita ingat, mungkin dia tak mampu dari segi masa, maklumlah, waktu haji itu terhad). Ulama' mazhab Maliki, Hanafi dan pendapat terkuat mazhab Hanbali mengatakan tak boleh bertangguh, sebaik kita punya kemampuan, perlu kerjakan haji, kerana menurut mereka ayat suruhan haji itu bersifat segera.
Ada juga hadith riwayat imam Ahmad bin Hanbal dari Ibn Abbas yg mengatakan Rasulullah menyuruh kita segera menunaikan haji kerana kita tak tahu apa akan berlaku kemudian hari. Ada juga satu hadith dari Imam Ahmad dan Tarmidzi yg mengatakan Rasulullah mengatakan kita mesti segera kerjakan haji jika tidak ada kesulitan. Hadith ini walaubagaimanapun ada rantaian dari seorang perawi yg dhaif.
Imam Syafie mengatakan bahawa kita boleh bertangguh mengerjakan haji sebab Rasulullah sendiri pun menangguhkan haji hingga tahun ke 10 hijrah. Menurut imam Syafi'e, ayat mewajibkan haji (al-Baqarah 196) tu diturunkan tahun 6 hijrah, tapi Rasulullah pergi kerjakan haji tahun 10 hijrah. Tapi pendapat ini tidak dipersetujui oleh jumhur ulama' yg mengatakan ayat suruhan haji diturunkan hanya pada tahun 9 hijrah.
Wallahu'alam. |
|
|
|
|
|
|
|
salam,
Haji diwajibkan atas org yg kuasa, satu kali seumur hidupnya.
Firman Allah swt,
Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
(Ali Imran: 97)
Haji wajib dikerjakan dgn segera; ertinya org yg tlh mencukupi syarat2 yg ditetapkan tetapi masih melalaikannya juga. Tidak dikerjakannya dlm tahun itu, maka ia berdosa dgn melalaikannya itu.
Sabda nabi saw,
"Hendaklah kamu bersegera mengerjakan haji, maka sesungguhnya seseorg tidak akan menyedari, sesuatu halangan yg akan merintanginya"
(riwayat Ahmad)
Hukum umrah, fardhu 'ain, atas tiap2 lelaki atau perempuan, sekali seumur hidup, seperti haji.
Firman Allah swt,
Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia membayar fidyah iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah). Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).
(Al Baqarah: 196)
wallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
II - share pengalaman mengerjakan umrah
saya nak mengerjakan umrah, insyaallah, tak lama lagi, so, nak mintak lah pd sesiapa yg dah ke sana untuk kongsi pengalaman + tips. saya tengok ramai yg ke sana mcm pi makan angin je, mcm tak ada apa2 je.....lagipun saya kesana nanti sorang, walaupun ada ustaz yg bawak, tapi macam bimbang campur tak sabar.....harap ada lah yg nak share experience......
[ Last edited by DARSITA on 24-2-2005 at 11:44 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam...nak kongsi pengalaman...besides giving some advices...
u kata ada yang pergi macam makan angin....memang...sebenarnya...kita nak ke sana...niat kita dari sini tu kena betul...kalau niat kita nak pergi shopping, makan angin tengok tempat orang...itulah yang yang akan kita dapat....tapi kalau niat kita untuk beribadat...untuk mengadu pada Dia...insyaAllah....Allah akan mudahkan ke arah itu...
so nasihat saya...persiapkan diri....penuhkan diri dengan ilmu...rukun mengerjakan umrah...apa larangan2 ihram....ada orang yang pergi mengerjakan ibadat tu hanya main ikut2 orang....bagi saya rugi sungguh orang2 macam tu....
lagi satu...kat sana....biasanya kita tak terlepas dari ujian Allah.....mungkin ujian dengan rakan sebilik ker...atau yang sama2 rombongan dengan kita....so kat sana kena banyak sabar...
sebelum pergi tu...banyakkanlah doa..mintak Allah mudahkan perjalanan ibadah kat sana pergi dan balik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya pernah mengerjakan umrah lbhkurang 8 tahun yg lepas. Waktu tu tukaran matawang cuma lbhkurang sama nilai antara ringgit dan rial. Sempat beli blazer Italy (second-hand) yg berharga 15 rial di pasar kurma kat Madinah. Pakej keseluruhan termasuk 5 hari di Mesir dan 7 hari di Jordan cuma RM5,000.00 dgn menaiki pesawat Royal Jordanian. Ini pun semua mak yang support..hehehee tapi saya memberikan sepenuh masa berbakti. Seronok juga masa menolak kereta sorong sambil berlari antara Safa dan Marwa. Masa tawaf pula memimpin dia mengelilingi kaabah dan alhamdulillah semua ibadah dapat disempurnakan dengan sepenuhnya. Nampak dia pun seronok.
Antara kepuasan semasa saya buat Umrah ini ialah dengan membuat banyak aktiviti bersendirian. Kalau tengah malam sengaja keluar ke Kaabah dan solat sorang-sorang.....terasa begitu tenang sekali. Saya juga sempat mendaki seorang diri di Jabal Nur tempat nabi sering berkhalwat dan balik ke Mekah menumpang coaster dipenuhi jemaah dari Bosnia. Boleh dikatakan setiap petang selepas asar saya mengelilingi kota Mekah berjalan sorang-sorang dan minum syai sambil memerhatikan gelagat manusia.
Rasanya pengalaman mengerjakan umrah ini bukan hanya puas dapat beribadah di depan Kaabah tapi juga kepuasan dari sudut yang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
ish bestnya ko grave..aku cadang2 lepas kawin nak buat umrah AMIN!! |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok juga lepas kawin buat umrah boleh mengeratkan kasih sayang :love:.....tapi awas dong! Dugaannya hebat Pak... |
|
|
|
|
|
|
|
sungguh bung?!!waduh waduh sedang giat menghimpun ongkos!! |
|
|
|
|
|
|
abs2302 This user has been deleted
|
ASM,
Saya pernah mengerjakan umrah pada bulan September 2003. Masa tu musim panas di sana, cuaca di Madinah mencapai 40 C siang hari dan di Mekah dalam 38 C. InsyaAllah tahun ni nak pergi lagi membawa keluarga. Di sini saya ingin kongsi pengalaman sedikit:-
1. Kalau pergi musim panas, saya nasihatkan bawa spek hitam untuk lindungi mata dari panas matahari yang terik. Jangan bawa baju banyak, bawa sehelai dua sahaja, sampai di Madinah beli aje jubah, kat sana harga jubah murah, dalam 20 rial pun dah dapat.
2. Kalau nak beli kurma, beli kat madinah sebab lebih murah. Beli kat Mekah harga dah mahal.
3. Jangan tertipu dengan orang yang meminta duit, kat sana ramai sangat orang yang meminta pertolongan, macam-macam orang ada.
4. Kalau nak senang tawaf pergi antara waktu zohor dan asar, masa tu orang kurang sikit. Kalau nasib baik dan ada rezeki dapat cium hajarul aswad.
5. Jangan terkejut dengan adat resam orang arab. Kat sana, masyaAllah, tandas dia punya le kotor, kita nak buang air pun tak terkeluar. Lagi satu, tandas ada kat luar masjid, nak pi buang air kena jalan kaki, jauh juga, ada sampai 10 minit.
6. Rata-rata peniaga kat sana, tahu bahasa berniaga dalam BM, terutama dari Asia. Kita bule tawar menawar dalam bahasa kita.
7. Dari segi ibadat pula, saya cadangkan mula dari sekarang buat persiapan. Penghayatan kita akan lebih kalau kita buat persiapan awal nak lawat Baitullah ni. Seperti kata yang lain, elok pi ibadat sorang-sorang supaya kita dapat menghayati dengan lebih.
8. Bersedia untuk sesat dalam atau luar masjid, kerana Masjid Nabawi dan Masjidil Haram, teramatlah besarnya. Ingat nombor pintu yang kita masuk supaya senang nak keluar.
9. Dalam Masjidil Haram ada percampuran antara lelaki dan perempuan. Jaga-jaga kalau tak nak batal air sembanyang sebab nak ambil wuduk kena luar masjid.
10. Setiap Khamis malam Jumaat lepas solat Magrib ada kuliah/tazkirah di beberapa tempat di dalam Masjidil Haram. Ada tazkirah dalam BM tapi saya tak pasti kat mana lokasinya. Kalau dapat elok kita pergi dengar.
Setakat ini saja yang dapat saya kongsi. Mungkin yang lain dapat membantu. Lagi satu, kalau kita dah pergi umrah lawat baitullah ni, hati kita akan sentiasa rindu untuk pergi lagi.
Semuga Allah memperkenankan niat kita untuk pergi beribadat di rumahNYA.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Alhamdulillah...ada rezeki ke Mekah, pergilah.
Pernah pegi umrah tahun 1999 - masa tu masih bujang, pergi dengan parents & adik. Persiapan - tak banyak buat, beli buku je, ulangkaji rukun-rukun, etc. Nasib baik mak ada, semua ikut mak je.
anyway, antara yg simple tapi berkesan,
- masa solat, mata pandang depan, tengok Kaabah (kalu kat mesia, sunat kite tengok sejadah, tapi kat Mekah, sunat tengok Kaabah)
- banyakkan solat sunat, solat qada
- puasa kalau larat
- baca quran (cuba khatam kalau boleh)
- baca buku-buku agama
basically, ibadat di Mekah pahalanya 100k ganda, ibadat di Madinah 10k ganda.
semua ni saya tak tau sebelum pegi, dah sampai sana baru tau. So, banyaklah yg tak buat - rugi betul rasanya.... |
|
|
|
|
|
|
|
III - kemusykilan umrah
assalamualaikum,
iinsyaAllah,bulan mei ni,kalau takde aral melintang,saya dan keluarga akan menunaikan umrah....gembira rasanya...ingatkan saya takkan berpeluang mengerjakannya dalam tempoh terdekat ni...tapi,takut pula bila memikirkan yang mungkin saya akan kena haid dalam tempoh seminggu menunaikan umrah itu....apa yang boleh saya lakukan?bolehkah saya mengambil ubat untuk melewatkan haid?apa hukumnya?maaflah kalau orang lain dah pernah bukak thread ni......
[ Last edited by DARSITA on 24-2-2005 at 11:45 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kads at 24-2-2005 03:03 PM:
assalamualaikum,
iinsyaAllah,bulan mei ni,kalau takde aral melintang,saya dan keluarga akan menunaikan umrah....gembira rasanya...ingatkan saya takkan berpeluang mengerjakannya dalam tempoh terd ...
pasal ambil pil tu...tak salah....ramai orang buat camtu....lagipun...rugi rasanya kalau seminggu ke sana tak dapat beribadat...
saya pernah pergi....masa tu saya nak ambil pil untuk lewatkan period...tapi doktor tak bagi sebab saya ada penyakit....takut konflik plak nanti...so what I did...sampai je sana...tgk ka'abah saya terus doa mintak lewatkan....alhamdulillah...hari nak baliktu..lepas tawaf wida' saya period...syukur sangat...
well...to tell you...dalam islam, ambil pil tu tak salah...tapi mesti dengan tujuan baik la... |
|
|
|
|
|
|
|
pertama kali terpandang Kaabah, tetiba je aku nangis geng! perasaan terharu yg sukar sgt nak cerita...masa melintas masuk BabusSalam...sampai sekarang terbayang2... masa kat hajarul aswad...baunya.... masa pegang qiswah...masa saie...mata merenung pancur emas...solat sunat kat makam Ibrahim A.S...sentuh Multazam..telaga zam-zam yg sejuk + nyaman...MASYAALLAH ! ALLAHUAKBAR !
yg paling tak boleh aku lupa...
1) bahu kanan aku dicuit beberapa kali sampai rasa pedih tapi aku tak layan cos kalau aku berpaling pastinya bahu kiri aku dah lari dr Kaabah n tawaf aku terbatal... malamnya aku beritahu Ustaz Daud Che Ngah...beliau menjawab... tu dugaan utk aku n aku terdiam...
2) sesat selepas sempurakan tawaf sunat...2 jam berpusing cari pintu n aku sedar aku ada pesan sesuatu pd muhrim ku kalau kami terpisah semasa pusingan tawaf...'kalau terpisah, kita jumpa kat pintu 49' masa tu aku pesan ngan penuh konfiden... tup tup Allah S.W.T nak uji kami lalu tidak ditujukanNYA pintu keluar bagi kami...kami menangis..kami lakukan solat taubat..kami berdoa...
3) jumpa ngan kaum Badwi kat ladang unta...1st time minum air susu unta
( rasa payau n cam masin2 skit )...ramas pasir...bergambar ngan unta
( heheheh... masa tengah posing, unta kat belakang, gigit tudung aku... )
4) masa kat Masjid Qiblatain, selipar hilang...
5) dpt roti saiznya 3 kali roti canai sebelum berbuka puasa kat Masjid Nabawi...roti tu depa simpan dlm bonet blakang kereta...
6) makan samosa daging unta
walaupun hampir 12 hari di Tanah Suci... aku tak sempat nak belikan cenderamata utk famili...hanya kurma sedikit n air zam-zam yg dibawa pulang kerana niat aku hanya satu...nak beribadat di tempat yg paling suci n enrtah bila lagi aku akan ke Tanah Suci lagi kerana kedatangan aku masa itu di atas tajaan...
walllahulam... |
|
|
|
|
|
|
|
berapa kos nak gi umrah aa? :cry: tingin sgt aa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kyas at 25-2-2005 11:20 AM:
berapa kos nak gi umrah aa? :cry: tingin sgt aa
atas RM3,500.00. Bergantung kpd travel agency juga. Kalau bulan Ramadhan, lagi mahal kerana ingin ambil berkat bulan mulia tersebut....
aku tengah kumpul fulus lagi... teringin nak ke sana tapi cita2 aku nak tunaikan haji b4 capai 40 tahun...insyaAllah! |
|
|
|
|
|
|
|
nk citer pengalaman..siD masa menunaikan umrah pd jun 2005..
1) Memang kena sabar byk2 sangat...
2) dr madinah menuju ke mekah tu hati mmg berdebar2 nk nmpk kaabah..lps jer dah nmpk kaabah diri ni mmg rase kerdil n terkenang byk sgt dosa2 n rase hati ni sebak x terkata..
3) Masa kat madinah n mekah tu..rase cam siD dh biasa dgn tmpt2 tu..x rase kekok cam dah biasa..rase yakin je..dgn ape yg siD buat..
4) masa kat sana mmg cuaca panas sgt.subuh jer 35/36'C..tapi hati ni seronok jer..bile tengah or dh lepas buat saie n tawaf...n tgk gelagat manusia yg tgh buat ibadah tu..hati ni happy dia x bole d gambarkan..sape yg dh pegi tau la..whts d feeling..
5) rezeki kat sana mmg rase..melimpah ruah sgt,hati berbunga2 jer bile nk g masjid utk beribadah..wpun bersesak2.
tpi ni pgalaman kseluruhan..in details nyer lagi..mmg berkesan dlm jiwa la..alhamdulilah..so sape2 yg berniat krn Allah nk pegi..insyAllah..d permudahkan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun 1425H... aku gi Mekah.... kisah di waktu solat Subuh
Pada satu subuh tu saya tak ke Masjidil haram sbb terlewat so solat kat hotel je... kalau gi ke Masjidil Haram pun takleh masuk kalau dah lewat... so solat kat luar saja ... demam saya dibuatnya... maklumlah waktu musim sejuk lebih kurang 20 darjah...
Bila jemaah balik ke hotel selepas tu... riuh rendah cerita, kata mereka malaikat datang ke masjidil haram subuh tadi kata mereka sbb mereka dengar suara yang amat kuat sampai semuanya lari lintang pukang dlm masjidil haram sbb takut masjid tersebut runtuh... ayah mertua saya yg hadir subuh putus tali jam tangannya ketika berebut ke tangga ketika berebut kelaur masjid...
saya senyum saja... memanglah Masjidil haram tempat malaikat berkunjung apa nak hairan... apa yang saya hairan kalau malaikat datang kenapa pula berpusu-pusu menalrikan diri... dan satu lagi takkan bunyi maliakat kaut sangat sehingga org lari, kenapa tak datang dgn sopan...
Akhirnya... selidik punya selidik, tanya situ tanya sini... saya ketawa sakan... kepana ?
Yang bunyi kuat tu sampai lari lintang pukang ialah jet pejuang Saudi yg membuat rondaan rutin... kah...kah.. kelakar betul... sampai sekarang saya takkan lupa kisah ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|