CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Urban_Iz

NORBIT

[Copy link]
Post time 17-2-2007 05:50 PM | Show all posts
bg den takdo istilah lawak bodoh..den raso lawak den gelak..nnti nk tgk..tak rasa dibodohkan pon..tapi kelakarla klu ado yg kato pilem mesia lawak bodoh tapi pi tgk epic movie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2007 05:51 PM | Show all posts
Originally posted by maberik at 17-2-2007 11:09 AM


aku setuju. kalau citer melayu korang kata lawak bodoh, tapi bila org putih buat cerita yg sama kata best pulak. padahal dua2 lawak bodoh. citer org putih lagi teruk la sebab byk lawak jijik. ...

What about BIG MOMMAS?? :hmm: Tajuknya saja sungguh MENGGELIKAN..

Aku memang betul2 pelik camner ramai plak yg bleh suka tgk citer camni.. Citer2 camni aku rasa lebih MEROSAKKAN drpd komedi SENARIO.. Filem2 camnilah yg menjadikan budak2 sekarang terjili2.. :geram:



Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 05:56 PM | Show all posts
filem ni diluluskan untuk kita lihat kebodohan para pengeluar produk hollywood
yg kununnya gah. . .. .

tapi harus terima mmg sebenarnya lawak dikeluar oleh malaysia mmg lawak bodoh ya amat..

wahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 07:05 PM | Show all posts
aku dah tgk citer ni last thursday(15/2).
sbnrnyer nk tgk ghost rider tp dah sold out n then aku
pun tgk la jugak sbb org belanja...n aku mmg tak minat sgt citer eddie murphy ni..
lawak mmg lawak..lawak selambe n laser
sakit perut la gelak tp
lawak lucah la bg aku..lain org lain pendapat..
aku naik malu dgn lawak2 mcm ni..:malu:
dah la p tgk ngn member2 lelaki skali..lg2 la aku malu..:nyorok:
n aku tak rs citer ni patut dikategorikan under tontonan umum,
sbb tak sesuai utk budak2..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 07:12 PM | Show all posts

Reply #24 shax's post


Eheheh.. betul tu,. :setuju:

Memang tak sesuai langsung utk tontonan UMUM! :no:

In fact, citer2 camni tak sepatutnya pun diatayangkan kat MALAYSIA! :kant:

Aksi lawak yg sungguh OVER & EXAGGERATED!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2007 08:24 PM | Show all posts
terimalah hakikat ini memang lawak yang orang gemar sekarang...aku rasa aku tau kenapa ada perbezaan antara lawak melayu dengan lawak hollywood...
pada pandangan aku, lawak melayu kureng kreatif disebabkan oleh LPF yang memberikan syarat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2007 08:36 PM | Show all posts
Originally posted by Urban_Iz at 17-2-2007 08:24 PM
terimalah hakikat ini memang lawak yang orang gemar sekarang...


ini yang menyedihkan aku. lawak2 bodoh+geli jugak orang suka.  dan kau nak 'kreatif' macam mana?buat lawak lucah macam Norbit, Scary Movie, Big Momma's House, dan bermacam2 filem Komedi Hollywood low IQ tu? kalau buat lawak lucah tapi ada *taste* takpe la jugak(mcm filem2 Woody Allen).

teringat filem Idiocracy. The population is indeed getting dumber.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2007 08:47 PM | Show all posts
rasanya jalan cerita sesuatu movie tu pun penting jugak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2007 11:43 PM | Show all posts
hmm eddie murphy.. tak habih2 pakai sut gemuk
cerita dia pakai sut gemuk yang aku suka pun nutty professor 1 aje...
ntahlah trailer mmglah nampak kelakar gila, tapi aku dah boley agak gak cerita ni
penuh dgn lawak 18, dan aksi bodo drp eddie murphy..

aku tunggu shrek the third je.. itulah watak yg boleh dibanggakan oleh eddie
murphy,
donkey!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-2-2007 11:13 AM | Show all posts
NORBIT adalah anak yatim yang dibesarkan oleh Wong, pengusaha restoran Golden Wonton dan rumah anak yatim di Boiling Spring. Norbit ditinggalkan di situ ketika masih bayi. Di situlah Norbit membesar bersama kanak-kanak senasib dengannya dan bertemu cinta pertamanya, Kate.


Norbit dan Kate sering menghabiskan masa bersama, termasuk ke tandas, hinggalah takdir memisahkan mereka apabila Kate diambil sebagai anak angkat.

Satu hari Norbit dibuli rakan sekolahnya, tetapi dia diselamatkan Rasputia yang bertubuh besar. Sejak itu, mereka bersahabat.

Norbit menjadi sebahagian daripada keluarga Rasputia. Persahabatan yang terbina bertukar menjadi cinta apabila mereka dewasa.

Terhutang budi dengan Rasputia, Norbit mengajak Rasputia berkahwin. Norbit hidup terseksa apabila terpaksa melayan kerenah Rasputia yang kuat memerintah, baran dan mementingkan diri. Rasputia gagal melaksanakan tugas isteri, sebaliknya hanya makan dan menonton televisyen.

Bagaimanapun, kepulangan Kate ke Boiling Spring memberi harapan baru kepada Norbit. Dia kembali bersemangat dan sanggup melakukan apa saja untuk mendampingi kekasih lamanya, termasuk belajar menunggang basikal. Dalam diam, Norbit menyedari cintanya kepada Kate tidak pernah luntur.

Kate ingin membeli restoran Golden Wonton daripada Wong, tetapi hasratnya tak dipersetujui tunangnya, Deion. Tanpa pengetahuannya, Deion bersekongkol dengan abang Rasputia yang sudah lama berminat membeli restoran itu. Mereka ingin menjadikan rumah anak yatim itu kelab tarian bogel yang diberi nama Nipplopolis.

Murphy membuktikan dia aktor hebat apabila melakonkan tiga watak dalam satu masa dengan berkesan. Watak Norbit, Rasputia dan Wong menguji kredibilitinya sebagai raja lawak.

Melihat penampilan Rasputia yang hodoh dan Wong, penonton pasti kagum dengan hasil kerja Rick Baker kerana berjaya mengubah rupa Murphy secara total.

Yang pasti, gaya, rupa dan keperibadian Rasputia yang bagaikan gergasi cukup menggeletek hati penonton. Begitu juga aksi Wong yang lantang bersuara dan cekap memburu ikan paus menggunakan kaedah lama.

Penonton pasti tidak kering gusi dengan paparan jenaka sepanjang tayangan. Paling menarik perhatian lagak Rasputia yang tidak berhati perut dan kuat cemburu. Meskipun gemuk, dia berasakan dirinya wanita paling sempurna yang cantik.

Antara adegan komedi yang menggeletek hati ialah aksi Rasputia di taman tema air. Dengan memakai bikini berwarna merah jambu, dia menjadi perhatian ramai. Lebih lucu ketika bermain luncur air, dia terhumban ke dalam kolam hingga menakutkan kanak-kanak.

Selain Murphy, Thandie berjaya menampilkan persembahan memikat menerusi watak Kate yang keliru apabila terpaksa memilih tunang yang hipokrit atau pulang ke pangkuan temannya, Norbit.

Secara keseluruhan, filem yang mendapat sambutan hangat di Amerika Syarikat ini menghiburkan dan jika anda peminat setia Muprhy, jangan ketinggalan menonton lakonan terbarunya di pawagam.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2007 06:02 PM | Show all posts
kita tertarik dgn watak rasputia sbb ta pernah setakat ni kita tgk kat memana filem yg ada watak cam rasputia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2007 06:20 PM | Show all posts
Originally posted by narvmarishka at 18-2-2007 06:02 PM
kita tertarik dgn watak rasputia sbb ta pernah setakat ni kita tgk kat memana filem yg ada watak cam rasputia...



ms tgk rasputia punya watak tu..aku rs kalau kat malaysia..adibah nor blh bwk watak tu..hahahhaha
sbb based on lakonan dia dlm iklan2 dlm TV. i.e: iklan bola..

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2007 09:02 PM | Show all posts
Originally posted by shax at 18-2-2007 06:20 PM



ms tgk rasputia punya watak tu..aku rs kalau kat malaysia..adibah nor blh bwk watak tu..hahahhaha
sbb based on lakonan dia dlm iklan2 dlm TV. i.e: iklan bola..


jahat ler ko ni...rasputia tu lebih gemuk dr adibah noor tu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 01:31 AM | Show all posts
Aku kalau boleh nak elakkan cerita yang ketawakan orang-oarang gemuk sebab aku ni pun... orang gelar "doremon"masa dulu..
Masa tgk sedutan dalam panggung dulu aku dah berpeluh.. . masa dia tunjuk adegan kat water park tu... satu panggung gelak.. ..lepas keluar .. member2..just kata.. jom tgk filem tu sebab geng hang berlakon dlm filem tu.........tapi aku suka cerita nutty prof... sebab mengangkat martabat org gemuk ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2007 06:48 PM | Show all posts
tadi dah tengok norbit ni...memang lucu giler...walaupun banyak lawak unsur 18, tapi aku dah biasa dah dengan lawak macam tu...satu panggung tak kering gusi dengan lawak norbit...taste orang sabah lain...ahaks...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2007 07:11 PM | Show all posts
best ke citer nih???? kalau best ....nak gak tgk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-2-2007 09:31 PM | Show all posts
Originally posted by Eddlisa_uyuk at 19-2-2007 07:11 PM
best ke citer nih???? kalau best ....nak gak tgk....

memang tak rugi RM7 buang untuk tengok wayang ni...daripada kau tengok filem hantu melayu yang memang tak best buat hapa? aku syorkan korang tengok  filem ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 12:03 AM | Show all posts

Reply #27 maberik's post

aku rasa citer ni takla seteruk epic movie aritu.
at least norbit ada gakla jalan citer sket.
lg satu kan...bukan sume org suka fikir berat2 masa tngok movie.
ikut memasing la kan. ada org anggap tngok movie tu just utk release tensen n utk ringan2 kan kepala lepas keje or lepas fikir mnde lain. ada gak yg mcm maberik
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 12:22 AM | Show all posts

Reply #32 shax's post

tak tau apa nak cakap... ..dah nasib kami...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 01:25 AM | Show all posts

Reply #38 sayangidaku's post

ahaha ouch. contrary to "popular" beliefs, i'm not as *snobby* as i seemed. aku banyak jugak apa enjoi citer ringan2. cite action ke komedi ke horror ke semua aku layan. just not the ones that *insults* the audience's intelligence lah. tu je.

oh dan aku enjoi tengok Senario XX. beat *that*. haha

[ Last edited by  maberik at 20-2-2007 01:28 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.073463 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list