CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: pissaladiere

FRANCE : update - rompakan barang kemas terbesar di paris!!

[Copy link]
Post time 20-10-2008 11:48 AM | Show all posts
Wang Sarkozy dicuri
SARKOZY menaiki kereta golf bersama Bush di Camp David,
Amerika Syarikat kelmarin.



PARIS - Jurucakap Kabinet Perancis, Luc Chatel semalam menyatakan akaun peribadi Presiden Nicolas Sarkozy berjaya diceroboh dan satu siasatan sedang dilakukan.

Akhbar Weekly Journal du Dimanche turut melaporkan bahawa pencuri berjaya memperoleh maklumat akaun Sarkozy dan mencuri sejumlah wang.
Menurut akhbar itu, Sarkozy telah melaporkan wangnya yang dicuri itu kepada pihak polis pada bulan lalu tetapi setakat ini belum ada sebarang tangkapan dilakukan.

Pendedahan memalukan itu didedahkan ketika Sarkozy cuba untuk menunjukkan dirinya sebagai seorang pemimpin utama dalam menyelesaikan krisis kewangan antarabangsa.

Kelmarin beliau bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush di Camp David, AS.

Pencuri-pencuri itu didapati berjaya memperoleh nombor dan kata laluan Sarkozy untuk mengeluarkan sebahagian wang Presiden tersebut yang gaji tahunannya adalah £195,000 (RM1.19 juta) setahun.

Menurut sumber-sumber, wang yang dicuri itu melibatkan jumlah kecil.

Bagaimanapun, akhbar itu melaporkan kegagalan untuk menangkap pencuri berkenaan menunjukkan penjenayah terbabit bukannya bertaraf amatur.
Pada 2007, Sarkozy menjadi tumpuan media kerana beliau berjaya dalam usaha untuk menaikkan pendapatannya sebanyak 140 peratus. - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2008 02:35 PM | Show all posts
Rompakan barangan kemas terbesar Paris


GAMBAR ini menunjukkan satu tingkap pameran barangan
kemas Harry Winston di Paris pada Khamis lalu.



PARIS - Empat lelaki bersenjata merompak sebuah kedai emas terkenal di Paris, Perancis kelmarin dan melarikan sejumlah berlian dan barangan kemas bernilai AS$102 juta (RM371 juta), kata polis semalam.

Empat perompak itu melarikan hampir semua barangan kemas yang dipamerkan di kedai emas Harry Winston dan rompakan tersebut dianggap antara terbesar di dunia.

Dua daripada perompak itu yang menyamar sebagai wanita berjaya melepasi sistem keselamatan ketat sebelum menyerbu kedai emas berkenaan pada pukul 5.30 petang (12.30 pagi waktu Malaysia).

Seorang jurucakap polis berkata, mereka mungkin berhadapan dengan penjenayah profesional kerana rompakan itu dirancang dengan rapi dan dilakukan tidak melebihi satu minit.

Jenayah itu mungkin dilakukan oleh orang dalam kerana kumpulan perompak tahu susun atur dan mengenali beberapa nama pekerja kedai emas.
Kumpulan perompak itu yang bercakap dalam bahasa Perancis memasukkan sejumlah kerongsang, cincin, rantai dan pelbagai barangan kemas lain ke dalam beg sebelum melarikan diri dengan motosikal tanpa melepaskan tembakan.

" Perompak itu mengancam pekerja dengan senapang patah dan tahu barangan yang ingin mereka larikan.

"Mujurlah tiada siapa yang cedera dalam kejadian ini dan tiada tembakan dilepaskan," kata jurucakap polis.

Menurutnya, satu operasi besar-besaran telah dilancarkan untuk mengesan perompak itu dan barangan kemas yang dilarikan.
Kedai emas tersebut pernah dirompak pada tahun lalu, walaupun ganjaran berjumlah £350,000 (RM1.86 juta) ditawarkan tetapi barangan kemas bernilai £8.6 juta (RM45.75 juta) yang dilarikan itu gagal dikesan.

Kedai emas itu popular di kalangan selebriti Hollywood termasuk aktres terkenal, Renee Zellweger yang pernah memperagakan koleksi barangan kemas dalam anugerah Oscar.
- Agensi


rm371 juta???     
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.168342 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list