CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: betik

patung dlm rumah

[Copy link]
Post time 12-12-2009 11:01 AM | Show all posts
Islam tidak meredhai umatnya menyimpan patung di dalam rumah kerana ia mirip kepada sembahan-sembahan yang biasa dipertuhankan oleh orang-orang kafir. Sekalipun seseorang itu tidak menganggap patung tersebut sebagai tuhan dan tidak menyembahnya, ia tetap ditegah kerana Islam bukan sekadar melarang seseorang dari melakukan syirik tetapi ia juga menghalang dan menutup segala jalan-jalan yang mengarah, menyerupai dan memiliki unsur syirik. Lebih dari itu malaikat juga enggan memasuki rumah yang mempunyai patung di dalamnya dan ketiadaan para malaikat ini akan menjauhkan rahmat dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada penghuni rumah tersebut. Akan tetapi Islam sedia memberi kelonggaran dan kemudahan hukum kepada anak-anak kecil yang memiliki patung sebagai alat mainan kerana bagi anak-anak, patung-patung tersebut tidaklah memiliki sebarang nilai sembahan kecuali sekadar alat mainan sahaja. Namun begitu di zaman kini agak sukar dibezakan antara patung (al-Tamathil) yang dibenarkan atau dilarang kerana ia kini diperbuat dari pelbagai bahan-bahan yang berbeza dengan zaman Nabi s.a.w. Ada patung dari aloi logam, bahan gentian plastik, kaca dan sebagainya. Maka langkah terbaik dan selamat ialah tidak menyimpan patung-patung tersebut sama ada di dalam rumah, pejabat, kereta atau di mana-mana sekalipun kerana ditakuti ia menjebakkan kita di dalam perbuatan syirik tanpa sedar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2009 11:51 AM | Show all posts
Islam tidak meredhai umatnya menyimpan patung di dalam rumah kerana ia mirip kepada sembahan-sembahan yang biasa dipertuhankan oleh orang-orang kafir. Sekalipun seseorang itu tidak menganggap patung t ...

Islam bukan sekadar melarang seseorang dari melakukan syirik tetapi ia juga menghalang dan menutup segala jalan-jalan yang mengarah, menyerupai dan memiliki unsur syirik.

hadi1978 Post at 12-12-2009 11:01 AM

syirik bermakna menduakan ALLAH.
sedangkan peminat hobby & model kit ni adalah seorang islam yg ta'at.
tak miss solat, posa dan lelain. tak terlintas pun syirik kerana patung2 tu sebab ianya semata hobi.
even kalau tak pasang/cantum patung2 tu, dia buat model dari clay/tanah liat atau dari plaster (of paris) dan membentuk apa2 umpama manusia, haiwan, makhluk asing...

apa pandangan terhadap keadaan yg demikian?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 12:05 PM | Show all posts
22# bzzts

Islam bukan sekadar melarang seseorang dari melakukan syirik tetapi ia juga menghalang dan menutup segala jalan-jalan yang mengarah, menyerupai dan memiliki unsur syirik.

Cubalah paham betul2 dik non... Kat sini aku kata, bukan saja syirik, tapi mengarah kepada syirik. X semestinya orang yang sembahyang penuh tu sempurna. Ada juga orang yang bersembahyang tapi masih berbuat nista (ce wah ayat aku..). Jadi benda2 yang mengarah ke arah syirik tu, dihauhilah. Mudah2mudahan kita beroleh keberkatan...Amin
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 02:33 PM | Show all posts
20# bzzts
ni pasti kisah seoarng artis bekas kumpulan nasyid baru ni kuar tv tunjuk koleksi patung2 mainan dia...saya pun harap dia insaf dan kembali ke pangkuan islam sebenar....dulu nyanyi lagu nasyid tu pernah buat persembahan kat sek anak...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 03:17 PM | Show all posts
24# sunsuria3


ni bukan pasal artis. aku n bbrapa kawan aku ada yg minat kumpul n build plastic model kit. bermula dari aircraft tamiya, diorama, figure askar2 dan komik karektor.... banyak lagi kategorinya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 03:25 PM | Show all posts
23# hadi1978


aku paham tu, tapi ayat "mengarah (atau menjurus) ke arah syirik" tu masih aku tak puas hati sebab tak jelas. aku tak pernah terpikir pun utk syirik kerana patung2 tu. yea, zaman jahiliyah org sembah berhala. skrg pun ramai hindu dan ugama2 lain sembah patung dewa dan gambar nenek moyang mereka. tapi aku sjak bermula aktiviti ni cuma anggap ianya sbg hobi, mainan masa lapang semata. tak pernah terlintas pun syirik atau menduakan ALLAH.

mintak jasa baik moderator utk merge topik ni dgn topik ni = tentang anak patung http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=319571 agak2 topik sama ni kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2009 03:45 PM | Show all posts
25# bzzts

oh gitu kau pun suka ke ni guna gambar ultraman ni he he jgn mare...time anak2 ok lah kut..anak2 i dulu suka gak tamiya, ultraman semua ni siap ada robocop boleh jalan sendiri tu...besar punya aunti dia beli lah..kat overc....dah masuk sek men tak minat dah..alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 04:57 PM | Show all posts
tengok link kat post #20, ada beberapa contoh bergambar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2009 11:31 AM | Show all posts
23# hadi1978


aku paham tu, tapi ayat "mengarah (atau menjurus) ke arah syirik" tu masih aku tak puas hati sebab tak jelas. aku tak pernah terpikir pun utk syirik kerana patung2 tu. yea, zaman j ...
bzzts Post at 12-12-2009 15:25

Terpulang lah, bagi aku, aku dah jalankan tanggungjawab aku, aku dah bagitau apa yang aku tau. Tiada paksaan dalam agama. Yang asasnya, menyimpan patung adalah haram. Kelonggaran adalah patung untuk kanak2 sebab kanak2 tidak cukup pengetahuan dia. Kalau kita jadikan hobi sebagai alasan, boleh ke kita simpan patung budha, sebab ramai orang di luar walaupun agama kristian suka simpan arch macam kepala budha sebab ia seni yang menarik.
Orang sekarang menyesuaikan agama dengan diri, bukan menyesuaikan diri dengan agama. Kalau sesuatu yang dilarang dalam agama tu merupakan cara hidup dia, dia akan mempertahankan cara hidup dia dan menidakkan kebenaran agama.... wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 08:23 PM | Show all posts
29# hadi1978

Orang sekarang menyesuaikan agama dengan diri, bukan menyesuaikan diri dengan agama.

mekasih banyak-banyak... ayat ko tu akan aku ingat sampai bila-bila
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 01:04 PM | Show all posts
30# bzzts
aku pun sama...terima kasih semua...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 12:27 PM | Show all posts
AKU BALIK DARIPADA CERAMAH...UST NI KT ADA SUATU KETIKA JIBRIL TURUN KE RUMAH NABI TETAPI NAIK BALIK KE LANGIT SB NAMPAK ISTRI NABI, KHADIJAH TIDAK BERTUDUNG. SO AURAT RAMBUT JE YG TERBUKA MALAIKAT X MASUK INI PULAK ADA PATUNG DI RUMAH??? SEMBAHYANGLA N MENGAJILA BANYAK MANA, LAMA MANA PUN KALU ADA PATUNG MALAIKAT X MASUK X GUNA BUAT. ITUUUU KATA USTAZ TU...DAN USTAZ TU KT LG NIAT=ZIKIR HATI N MESTI DI IKUTI DGN ZIKIR LIDAH N DI IKUTI DGN AMALAN. SO DLM KONTEKS KO NI BZZ MCMN WARAK N ALIM PUN KALU SIMPAN PATUNG DLM APA JUA BNTK RUMAH KO TETAP X MSK MALAIKAT N X BAROKAH.

aku sker dgn ayat hadi tang penyesuaian manusia dgn agama tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 08:36 PM | Show all posts
AKU BALIK DARIPADA CERAMAH...UST NI KT ADA SUATU KETIKA JIBRIL TURUN KE RUMAH NABI TETAPI NAIK BALIK KE LANGIT SB NAMPAK ISTRI NABI, KHADIJAH TIDAK BERTUDUNG. SO AURAT RAMBUT JE YG TERBUKA MALAIKAT X  ...
lindasam Post at 16-12-2009 12:27


Boleh tanya ustaz tu balik tak?  Dari riwayat kitab mana dia dapat hadith tu?

Jibrail berpatah balik ke langit sebab Saidina Khadijah tak bertudung?  Bukan ke masa tu hukum menutup kepala belum lagi di turunkan?

Pelik juga sebab Saidina Aisha r.a. semasa menjadi isteri Nabi s.a.w. tidak memakai tudung dan Saidina Umar r.a. ternampak.  Tapi Nabi s.a.w. tidak berkata apa-apa sebab hukum tudung kepala belum diturunkan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 11:52 AM | Show all posts
mahapla ibnur aku yg kurang agama ni gi ceramah dgn niat nak tmbh ilmu x tau la plak kat mana ust tu dpt hal tu.ke aku slh phm..ust tu dr jakim so aku rs dia bertauliahla kan..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 02:33 PM | Show all posts
maknanya patung mainan boleh dimain dek budak2 kecil kanak2... tapi org dewasa x boleh la mcm tedi bear yg boifren bg ke... mintak la dia hadiahkn benda lain... tapi lelaki yg kumpul figura macam2 tu camne plak ye?????
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 04:11 PM | Show all posts
hadi1978 ....akak suka ngan ayat ko tu.......sebagai org islam jika ada kesempatan rajin2 la hadirkan diri dlm majlis agama ni sbb dpt banyak manafatnya...skrg ni banyak surau2 ngan masjid yg buat kuliah maghrib. kat masjid umah akak ni siap ada jadual waktu kuliah  ngan tajuk kitab serta ustaz yg mengajarnya lagi....dari situ kita akan dapat tahu ngan panjang lebar akan pekara 2 yg kita x tahu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2009 03:35 PM | Show all posts
kat umah aku ada banyak anak patung
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 04:47 PM | Show all posts
37# honeysue nak saya tolong buangkan tak?..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 11:20 PM | Show all posts
hadi1978 ....akak suka ngan ayat ko tu.......sebagai org islam jika ada kesempatan rajin2 la hadirkan diri dlm majlis agama ni sbb dpt banyak manafatnya...skrg ni banyak surau2 ngan masjid yg buat kul ...
jojo67 Post at 17-12-2009 16:11

Batul kak..Hadi ni pun bukan orang yang arif sangat.. Sebab tu Hadi suka joint kuliah lepas maghrib tu sementara nak isyak... Kita ni, semakin banyak kita belajar, maka kita dapat sedar, wah bodohnya aku, banyak benda aku x tau lagi rupanya... Bila kita dah tau tu, kita kenalah panjang2kan kat kawan2...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2009 11:22 PM | Show all posts
maknanya patung mainan boleh dimain dek budak2 kecil kanak2... tapi org dewasa x boleh la mcm tedi bear yg boifren bg ke... mintak la dia hadiahkn benda lain... tapi lelaki yg kumpul figura macam2 tu  ...
starbee Post at 17-12-2009 14:33

X boleh kita simpan2 patung ni, hanya kanak2 saja yang di ringankan, diharuskan sebagai permainan. Selain permainan, untuk sekadar hiasan je, x boleh. Pakwe2 sekarang jgn le hadiahkan bear, hadiahkanlah coklat ke.. boleh makan..
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.592404 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list