|
Salasilah saya dapat dikaji berasal dari keturunan Rasul kita tetapi takdalah saya bermegah-megah sebab tahu masih banyak kekurangan yang ada pada diri ni untuk mengaku. So, tak perlulah digembar-gemburkan akan kelebihannya dan juga diperlekehkan. Kami takda minta digembar-gemburkan dan diperbesarkan hal ni sampai menjadi topik untuk diperlekehkan oleh mana-mana pihak.
Lebih baik bila ada masa terluang dibuat kajian untuk mengetahui siapakan musuh agama kita, asal-usul mereka dan tujuan mereka
Cukup sokong dengan statement rainbows
Kaji rancangan Iluminati, Freemason, hubungkait ngan Mossad, CIA, MI6 dan macam-macam lagi... Bukak juga cite pasal lingkaran ular Zionis yang bermula dari Greek sekitar 400 BC, yang siap ada petanya sekali... Kenapa depa mula dari situ... Apakah yang dicipta di Greek zaman itu sampai kesannya mendalam mempengaruhi iklim sosiopolitik dunia sekarang? Bukak balik dokumen Protocols of the Elders of Zion dan cari jalan nak counter balik...
Tapi masalahnya, orang Melayu pun ramai tak caya benda ni wujud... Dikatanya kita ni conspiracy theories
Cubalah banyak mengkaji dan membaca dari duk dalam tempurung.....Mahathir pernah sebut pasal kita kena bersedia untuk berhadapan dengan New World Order (NWO)....pernah kita kaji dan baca apa tu NWO? Kenapa Saddam kata Bush itu syaitan?
Pernah terfikir kenapa Barat dan Zionis mula attack islam sekarang ni? Sebab islam adalah satu-satunya agama yang menyembah tuhan yang benar dan mereka tahu akan perkara ini.
Cuba kaji dan baca pasal 'the family of 13' : Bundy, Collins, Rothschild, Rockefeller, Kennedy, Russell etc..... diaorang ni semua yang mewujudkan banking system, forex dan trading system ni. Federal Reserve bank di America pun diaorang yang kontrol. Ekonomi dunia diaorang yang kontrol......Siapa ketua mereka ini semua? Keturunan mereka ni semua alirannya adalah pengkhianat dan musuh Allah sejak zaman dahulu lagi dan bersekongkol dengan Iblis laknatullah. Mereka ini semua adalah penyembah syaitan dan menjalankan kerja-kerja syaitan untuk menjahamkan manusia semua. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by WonBin at 27-4-2007 11:14 PM
Ahlul-bait mempunyai kedudukan mulia yang ditetapkan al-Quran seperti dalam ayat bermaksud: 揝esungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu ahlul-bait dan mensucikan kamu sesucinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by madie at 28-4-2007 12:54 AM
saya ni bukan nak mencabar, kalau ahlul bait tu perangai dia kalau betul ikut rasulullah saya sokong lah, tapi kalau perangai dah tak serupa orang buat apa saya sokong, cuma zat dia tu saya peg ...
Assalamualaikum semuer,
IMAN tak bley di warisi.......................
"Oghang yg paling mulia di sisi Allah ialah oghang yg berTAQWA."
Wsalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jukebox at 1-5-2007 12:12 AM
Salasilah saya dapat dikaji berasal dari keturunan Rasul kita tetapi takdalah saya bermegah-megah sebab tahu masih banyak kekurangan yang ada pada diri ni untuk mengaku. So, tak perlulah digembar ...
betul tu jukebox...keturunan ahlulbait yg memang berdarah ahlulbait, tidak akan merasa sombong diri dgn keturunan mereka tetapi sedar akan tgjawab berat yg terpikul dibahu mereka....
Ali Ibnul Husein menyatakan ;
cintailah kami secara ISLAM kerana Allah SWT, sesungguhya pemujaan yg berlebihan akan membawa kehinaan kepada kami..
Seterusnya beliau pernah berkata,
wahai penduduk Iraq, wahai penduduk Kufah, cintailah kami secara Islam, jgn kami dipujakan secara berlebihan
Al Hassan ibnul Hassan ibni Ali ibni Abi Talib,
cintailah kami kerana Allah, cintailah kami selama mana kami masih taat kepada Allah dan sanggahilah kami jika kami telah melanggar perintah Allah. Andaikata Allah memberi keuntungan bg seseorg disebbkan kedekatan kekerabatannya dgn RSAW tanpa diikuti dgn taatnya kepada Allah, pasti Dia akan memberi keberuntungan bg kedua org tua baginda SAW. Kerana itu hormatilah kami menurut yg sepatutnya, kerana kami lebih menyukai cara itu.
RSAW sendiri sudah berpesan kepada keturunannya,
janganlah sampai org lain dtg kepadaku dgn amalnya, sedang kamu datang kepadaku dgn membaa nasab dan keturunan kamu.
dan RSAW juga pernah berpesan kepada puterinya Fatimah RA,
Hai Fatimah binti Muhammad, beramallah kesayanganku. Tidaklah dapat aku ayahmu, menolongmu dihadapan Allah sedikitpun.
moral of the story...
jgnlah ikut resmi Yahudi yg sebenarnya mendakyahkan PROPAGANDA utk mempertikai dan memperlekehkan ahlulbait itu...semua org tahu bahwa manusia yg termulia adalah yg paling BERTAQWA....tetapi jgnlah jadikan itu sebg dalil utk mempertikaikan keistimewaan keluarga RSAW sehingga kita mengeluarkan kata2 yg mmperlekehkan darahdaging keturunan RSAW ini
..utk yg masih BELUM MENGERTI ttg hal ini, aku doakan agar fitnah yg telah menimpa kalian dapat dihapuskan..
tetapi ingatlah pesan RSAW...
Syurga diharamkan bagi org yg berlaku zalim terhadap ahli baitku dan mengangguku melalui keturunanku..(HR Imam Ahmad)
Imam Syafei RA dlm sebuah rangkap syairnya menegaskan, Wahai ahlulbait Rasulullah, Allah menetapkan Al Quran yg diturunkanNya bhawa mencintai kalian adalah wajib. Cukuplah kemuliaan martabat kalian sehingga gugurlah solat sesorg yg tdk berselawat bagi kalian.
[ Last edited by rainbows at 1-5-2007 11:17 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WonBin at 30-4-2007 09:55 PM
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri secara terang merupakan Ahlul Baith daripada keturunan keluarga Di Raja Kelantan. Walaupon aku orang kuat Umno, tapi sepatah perkataan pon aku tidak perna ...
Ahlul Bait yang dimaksudkan di dalam ayat al-Quran (33:33) bukanlah milik kesemua keturunan Rasulullah saaw. Ini pendapat yg salah tu. Lihat di sini
"Di rumahku turun ayat "Sesungguhnya Allah berkehendak mensucikan noda dan kotoran (al-rijs) dari kalian, wahai Ahlul Bait dan mensucikan kalian sesuci-sucinya." saat itu di rumahku ada tujuh orang iaitu Jibril, Mikail, Ali, Fathimah, Hasan dan Husein, sementara aku berada di pintu rumah. Kemudian aku berkata: "Ya Rasululllah, tidakkah aku termasuk ahlul Bait?" Rasulullah saaw menjawab, "Sesungguhnya engkau berada dalam kebajikan, dan sesungguhnya engkau termasuk isteri Rasulullah." (Tafsir Durr al-Mantsur, Jil 5)
ataupun
Ummu Salamah berkata "Di rumah saya turun ayat yang berbunyi "Sesungguhnya Allah berkehendak mensucikan noda dan kotoran (al-rijs) dari kalian, wahai Ahlul Bait dan mensucikan kalian sesuci-sucinya." lalu Rasulullah saaw memanggil Ali, Fathimah, Hasan dan Husein, dan kemudian berkata "Mereka inilah Ahlul Baitku."
( Hakim mengatakan hadis ini sahih mengikut kaedah Bukhari. Di tempat lain Hakim meriwayatkan hadis ini dari Watsilah dan kemudian berkata "sahih menurut bukhari Muslim")
dan kerana kesucian mereka dijamin oleh ALlah, maka mereka dijadikan tempat pegangan umat sebagaimana sabda Rasulullah saaw:
揝esungguhnya aku tinggalkan padamu sesuatu yang jika kamu berpegang teguh kepadanya nescaya kamu tidak akan tersesat sepeninggalanku, yang mana yang satunya lebih besar dari yang lainnya, iaitu Kitabullah, yang merupakan tali penghubung antara langit dan bumi, dan 慖trahku Ahlul Baitku. (at-Turmidzi, Jil.5, hlm.662-663, terbitan Dar Ihya at-Turats al-慉rabi)
Kesemua keturunan Rasul yang terdiri dari para sayyid, syarifah bukanlah yang ditinggalkan kepada umat utk menjadi penunjuk dan mereka tidak pula terjamin dari kesucian dosa dan terbukti apabila ada di antara mereka yang tersesat dan keluar dari Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi jangan lupa... keturunan abu lahab pun keluarga nabi juga... |
|
|
|
|
|
|
|
aku percaya dengan kewujudan ahlul bait kat malaysia nie..
atau seluruh dunia pon..
tapi aku tak bleh terima ada org yg kita tak tau asal-usulnya..
mengatakan pemerintahan dunia nie dikhususkan untuk ahlul bait dr kalangan diorg sendiri..
aku cuma percaya bahawa kalau orang tu keturunan yang baik2..
dia mestilah jd org yang baik..
tak payah nak mengaku..org pecaya..
bak kata org ader aura,yg buat org respek...
pasal yahudi plaks..
kita harus hati2 dgn diorg..
sebenarnya rancangan tv yg free dan berbayar ada unsur2 jarum menghancurkan org islam..
dari segi hiburannya..
al-jazeera tu pon bukan bleh percaya..
yg paling kelakar diorg byk mengwar2kan org aliran sufi...
diorg mengaku org sufi tp tak pakai tudung...
pelik tul.. |
|
|
|
|
|
|
|
cuma seperti semua forummer kata..
iman tak dapat dijual beli, dari seorang ayah yang bertaqwa..:music:
keturunan seseorg bukan melambangkan iman seseorang... |
|
|
|
|
|
|
|
Mari kita lihat kalam Imam al-Haddad dalam kitabnya "al-Fushuul al-'Ilmiyyah wal Ushul al-Hikamiyyah" dalam Fasal ke-25 halaman 88 - 91, beliau rahimahUllah antara lain menulis:-
... Dan telah berlaku atas lidah sebahagian manusia, apabila dikatakan kepadanya "seseorang dari kalangan Ahlil Baitin Nabawi telah melakukan perbuatan-perbuatan yang menyalahi ajaran agama dan bercampur-baur perbuatannya antara makrufat dan maksiat", maka mereka menjawabnya dengan kata-kata: "Mereka itu Ahlul Bait Rasulillah s.a.w., Rasulullah adalah pemberi syafaat bagi mereka, dan barangkali dosa-dosa tidak memudaratkan mereka". Maka ini adalah ucapan yang amat buruk, yang memudaratkan diri orang yang berkata dan juga memudaratkan diri orang jahil yang diperkatakan itu.
Bagaimana seseorang boleh berkata sedemikian sedangkan Kitab Allah yang mulia telah menunjukkan bahawasanya Ahlul Bait digandakan bagi mereka pahala atas segala kebajikan mereka dan demikian juga diganda hukuman terhadap dosa kesalahan mereka, sebagaimana difirmankan Allah ta`ala:-
[size=130%]يٰنِسَآءَ ٱلنَّبِيِّ مَن يَأْتِ مِنكُنَّ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ يُضَاعَفْ لَهَا ٱلْعَذَابُ ضِعْفَيْنِ وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى ٱللَّهِ يَسِيراً وَمَن يَقْنُتْ مِنكُنَّ للَّهِ وَرَسُولِهِ وَتَعْمَلْ صَالِحاً نُؤْتِهَآ أَجْرَهَا مَرَّتَيْنِ وَأَعْتَدْنَا لَهَا رِزْقاً كَرِيماً
Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa di antara kamu yang melakukan sesuatu perbuatan keji yang nyata, nescaya akan digandakan azab seksa baginya dua kali ganda. Dan (hukuman) yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya. Dan sesiapa yang di antara kamu semua tetap taat kepada Allah dan RasulNya serta mengerjakan amal yang sholeh, Kami beri kepadanya pahala amalnya itu dua kali ganda, dan Kami sediakan baginya limpah kurnia yang mulia. [Surah al-Ahzab: 30 - 31)
Dan para isteri Junjungan Nabi s.a.w. adalah dari kalangan Ahlil Bait baginda s.a.w.
Maka sesiapa yang berkata atau menyangka yang dengan meninggalkan ketaatan dan melakukan maksiat tidak akan memudaratkan seseorang kerana kemuliaan nasabnya atau kerana kesholehan datuk neneknya, maka dia telah mendustai Allah dan menyalahi ijmak kaum Muslimin. ...........
.... Dan adapun sesiapa daripada kalangan Ahlil Bait yang tidak menjalani jalan-jalan para salaf mereka yang suci, di mana telah masuk pada mereka sesuatu percampuran antara taat dan maksiat kerana kejahilan. Maka sewajarnya juga mereka dimuliakan dan dihormati kerana hubungan kekerabatan mereka dengan Junjungan Nabi s.a.w., dan sesiapa yang berkemampuan memberi nasihat maka hendaklah dia tidak meninggalkan menasihati mereka dan mendorong mereka untuk mengikut perjalanan shalafush sholeh mereka yang terdahulu dari segi ilmu, amal-amal sholeh, akhlak yang baik, sirah perjalanan hidup yang diredhai. Khabarkanlah kepada mereka bahawasanya mereka terlebih utama dan lebih berhak untuk berbuat sedemikian berbanding manusia lain. Dan maklumkan juga bahawa nasab semata-mata tidak bermanfaat dan tidak menjadikan darjat seseorang itu tinggi, selagi mana dia mengabaikan ketaqwaan, mencintai dunia, meninggalkan ketaatan dan mencemar diri dengan berbagai perbuatan yang menyalahi ajaran agama. Para penyair terutamanya dari kalangan para Imam dan ulama telah memberi penekanan mengenai perkara ini dalam syair-syair mereka, sehingga dikatakan oleh sebahagian mereka:-
Sungguh tidaklah manusia melainkan anak agamanya
Maka jangan kau tinggal taqwa demi mengunggulkan nasab
Dengan Islam telah ditinggikan darjat Salman orang Farsi
Manakala syirik merendahkan orang berbangsa si Abu Lahab
Al-Mutanabbi pula bersyair:
Pabila diri si Syarif tidak jadi seperti asal keturunannya
Maka apalah faedah ketinggian nasab keturunannya itu
Dan penyair lain berkata:-
Tidak berfaedah asal keturunan daripada Hasyim
Jika jiwa dirinya daripada Baahilah
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rainbows at 4-5-2007 11:32 PM
Mari kita lihat kalam Imam al-Haddad dalam kitabnya "al-Fushuul al-'Ilmiyyah wal Ushul al-Hikamiyyah" dalam Fasal ke-25 halaman 88 - 91, beliau rahimahUllah antara lain menulis:-
. ...
Lihatlah Para ahlubait sendiri memang saling berpesan sesama mereka ttg kaitan antara nasab keturunan dan ketaqwaan...mereka ini insyaAllah diberi pengertian dan kefahaman mendalam ttg permasalahan ini...janganlah kita dgn angkuh dan sombong berkata2 sehingga kita dgn tidak sengaja memperlekeh2kan pengetahuan dan kefahaman mereka...
Yg aku pelik mengapa, ada yg beria2 sekali mempertikaikan hal ini sedangkan dlm masa yg sama cuba memperlihatkan kehebatan Yahudi dan menyebut2 keistimewaan Yahudi...apakah ini satu fitnah Yahudi yg amat halus yg telah meresapi pemikiran umat2 islam sedunia????....sedari atau tidak sedari, aku lihat ramai yg bersikap sedemikian.....
apakah sebenarnya Yahudi telah sumbangkan kepada kamu sehingga kamu hanya nampak kelemahan keturunan RSAW dan nampak kehebatan Yahudi???
kalian fikirlah sendiri...dan jwablah sendiri...soalan ini hanya aku tujukan kepada TO WHOM IT MAY CONCERN... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rainbows at 5-5-2007 12:02 PM
Lihatlah Para ahlubait sendiri memang saling berpesan sesama mereka ttg kaitan antara nasab keturunan dan ketaqwaan...mereka ini insyaAllah diberi pengertian dan kefahaman mendalam ttg permas ...
Jalan yang di rintis oleh abuya dah cukup jelas dan terang dan tak perlu lagi merujuk kepada sumber2 yang lain. Kalau dah percaya kepada guru mursyid maka tak perlulah kepada guru2 lain yang secara halus tak sedar ada juga unsur Yahudi spt wahabi. |
|
|
|
|
|
|
|
Ahlul Bait digandakan bagi mereka pahala atas segala kebajikan mereka dan demikian juga diganda hukuman terhadap dosa kesalahan mereka
Mmg benar. Amat benar malanglah seorg berketurunan Ahlul Bait tp gagal untuk meneruskan warisan mulia keturunan Rasulullah sekiranya dia lupakan Allah.
Sdgkan anak Nabi Nuh & isteri Nabi Lut mati dlm kemurkaan Allah, inikan pula keturunan Ahlul-Bait yg menyimpang.
Ttp sememangya Ahlul-Bait dijanjikan memerintah umat Islam suatu hari nanti, mengepalai jihad ke atas Dajjal laknatullah .... yakni Imam Mahdi, bernasab Rasulullah SAW melalui Sayyidatina Fatimah & Sayyidina Ali.
Wassalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Secara sedar atau tidak, bukankah kita sentiasa mendoakan ' Ya Allah Selawatkanlah ke atas Saiyidina Muhammad dan Ahli Keluarga Saiyidina Muhammad..' ke dalam Tahiyat awal dan akihir di dalam sembahyang kita setiap masa, setiap waktu, dan juga diakhir2 doa kita? Kita sentiasa telah mendoakan Rasulullah dan Ahlul Bait... jadi mengapa kita perlu mempertikaikan kemuliaan Ahlul Bait? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shirayuki at 13-5-2007 01:25 AM
Secara sedar atau tidak, bukankah kita sentiasa mendoakan ' Ya Allah Selawatkanlah ke atas Saiyidina Muhammad dan Ahli Keluarga Saiyidina Muhammad..' ke dalam Tahiyat awal dan akihir di dalam sem ...
Ini kena kaji dan lihat siapakah yang dikatakan ahlul-bait tersebut. Kajian aku mendapati ada beberapa tafsiran terhadap makna ahlul-bait tersebut. Selain daripada mazhab sunni yang terdapat 2 versi, ada juga tafsiran yang berlainan daripada mazhab Syiah, Wahabi dan Anti-Hadis.
Yang terakhir ini kedengaran pula satu versi yang diperkatakan oleh Ustaz Zamihan dari JAKIM bahawa semua orang yang beriman itu adalah ahlul-Bait. Hehehe...kalau gitu semua orang beriman layaklah menerima hadiah dan tidak boleh terima sedekah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 13-5-2007 10:38 AM
Yang terakhir ini kedengaran pula satu versi yang diperkatakan oleh Ustaz Zamihan dari JAKIM bahawa semua orang yang beriman itu adalah ahlul-Bait.
...
dari maner beliau dapat maklumat nih.......... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Kerengge at 13-5-2007 11:08 AM
dari maner beliau dapat maklumat nih..........
Tak tahulah pulak den dari mano dio dapek maklumat ni. Orang Wahabi tuduh dia sebagai syiah dan orang Rufaqa pulak tuduh dia sebagai wahabi. Pengakuan dia pulak sebagai pengikut ASWJ sejati.
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Gravedigger at 13-5-2007 10:38 AM
Ini kena kaji dan lihat siapakah yang dikatakan ahlul-bait tersebut. Kajian aku mendapati ada beberapa tafsiran terhadap makna ahlul-bait tersebut. Selain daripada mazhab sunni yang terdapat ...
Susah la pulak kalau semua orang beriman boleh jadi ahlul-bait, tapi tak tahulah kalau dia maksudkan benda tersirat dalam pengakuan dia itu. kita tak boleh main2 dalam menentukan keturunan Rasulullah. Namun anda juga sekian maklum bahawa ahlul bait itu bermaksud keluarga. untuk mengambil langkah yang lebih selamat, kita janganlah pula mencaci dan menghina ahlul bait Rasulullah. sekadar mengambil langkah yang selamat sahaja. tetapi yang pasti, ahlul bait Rasulullah yang utama pada saya ialah Saiyidina Ali, Saiyidatina Fatimah, Saiyidina Hasan dan Saiyidina Husin. Kita jangan sesekali mempertikaikan kemuliaan mereka sebagai ahlul bait Rasulullah. |
|
|
|
|
|
|
|
tak per kalau tak jadi ahlul-bait pun.,
kite sepatutnye bersyukur kerana Allah SWT telah lahirkan kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW. Nabi x2 terdahulu pun minta utk menjadi umat Rasulullah, tapi Allah SWT tak bagi... hanya Nabi ISA AS shj yg di beri menjadi umat Rasulullah SAW.
Cuba fikir knp kita ni mulia.. sebagai umat Rasulullah SAW. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #38 matjan's post
Betul tu. Ahlul Bait memang ada keistimewaan dan kemuliaan. Keturunan ahlul bait (yang sampai hari ni) belum tentu dapat keistimewaan dan kemuliaan seperti ahlul bait dahulu (zaman Nabi).
Apapun, kita kena bersyukur dijadikan ummat Nabi Muhammad (S.A.W). Kan dah istimewa kita sebagai ummat terakhir (ummat Nabi Muhammad) di dunia ini dan diberikan keutamaan masuk syurga dulu dari ummat terdahulu (moga Allah terima kita sebagai Ummat Nabi yang dimasukkan ke dalam Jannah).... ameeen |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shirayuki at 13-5-2007 05:31 PM
Susah la pulak kalau semua orang beriman boleh jadi ahlul-bait, tapi tak tahulah kalau dia maksudkan benda tersirat dalam pengakuan dia itu. kita tak boleh main2 dalam menentukan keturunan Ra ...
Setahu saya nak jadi keluarga nabi s.a.w ini boleh ikut dua jalan, satu secara nasab (ahlul bait) dan satu secara seagama dengan Nabi ie orang beriman. Kalau tak mampu jadi keluarga Nabi s.a.w cara nasab, marilah usahakan iman, akhlak, dan pegangan kita agar selari dengan yang diajar Nabi s.a.w, semoga kita juga menjadi ikhwah Nabi Muhammad s.a.w ie keluarganya juga. Orang gerun tak gerun tu belakang kira...
Al Hujurat [10] Sebenarnya orang-orangyang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara duasaudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allahsupaya kamu beroleh rahmat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|