CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zamri_dobi

DOBI [MERGE]

[Copy link]
Post time 31-3-2007 10:59 AM | Show all posts
huhu..saye tawu kedai ini..pasal sayeduk area J jugak melawati ^_^
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2007 10:23 AM | Show all posts
terima kasih encik AT kerana sudi berkongsi pengalaman..

tentang return of investment terpulanglah..mcm saya dulu bermodalkan dalam rm100k..saya dapat balik modal saya dalam masa setahun suku..

tahun pertama saya dapat rm75k..tahun kedua dapat rm120k dan harap tahun ni mececah rm150k..insyaAllah..

sebelum ni saya ada cerita tentang modal dan mesin mesin yg patut ada di dalam dobi..

hari ni saya ingin berkongsi mengenai sumber kewangan pula..

sumber kewangan yg paling cantik adalah duit kita sendiri..kerana dengan menggunakan duit sendiri kita takkan terikat dengan mana mana pihak..kita bebas..

akan tetapi ramai antara kita yg mempunyai wang katakan rm100 000..mereka suka laburkannya dalam ASB kerana setiap akhir tahun kita akan dapat dividen dalam 10% betul?jadi setiap awal tahun jika mereka laburkan rm100 000 kedalam ASB mereka akan dapat untung rm10 000 SETAHUN..( jikalau dibahagikan dengan 12 bulan secare puratanya adalah dalam rm800 sebulan iaitu dalam 10% SETAHUN makna kalau dikira sebulan adalah dalam 0.83% (10%/12bulan ) SEBULAN) betul?

mungkin ada sesetengah org itu sudah mencukupi..tetapi utk saya yg tinggal di kuala lumpur jumlah itu amatlah tidak mencukupi..betul tak?

jadi sekarang ni apa yg saya selalu ajar di dalam kursus dobi saya ialah..apa kata kita laburkan rm100 000 tu dalam perniagaan..katakanlah perniagaan dobi..dan kita assume satu bulan kita untung dalam 5% cukuplah ( maknya setahun dapat 60% betul ?"5% x 12 bulan")

dan jika kita kira 60% dari rm100 000 adalah?60 000 setahun ( bersamaan rm5 000 untung bersih sebulan )...

begitu juga dengan jikalau kita buat pinjaman peribadi (personal loan)..ramai yg kata personal loan mahal sebab dia charge iinterest 10% setahun..tapi kalau kita kira balik 10% tu utk SETAHUN..kalau di bahagi dengan 12 bulan?dalam 0.83% sebulan, sedangkan untung bersih kita adalah 5%( setelah tolak kita masih untung 4.17%)..takkan tak cukup kot...hehe

perngiraan di atas adalah dari congakan saya ye..maafkan saya jika ada silap di mana mana...

semoga berjaya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 12:13 PM | Show all posts
Maaf mencelah, bagusnye korang encikla, uncle memang tabik spring kat forummer sekalian dan nice info tentang dobi kat sini. Mekasih banyak-banyak...
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2007 10:50 PM | Show all posts
encik"silverchair959"

saya memang ada menyediakan kursus utk mereka yg mahu membuka dobi..dalam kursus ini saya akan ajar:
1)komitmen yg perlu ada utk menjadi pengusaha dobi yg berjaya
2)tip2 dobi
3)membuat costing
4)mesin yg diperlukan
5)apa yg berlaku di dalam dobi
6)perbezaan dry clean dan basuhan biasa
7)ragam pelanggan
8)apa yg diperlukan utkmembuka dobi
9)bagaimana nak membuka dobi dengan modal yg ada..
dan lain lain lagi...

semua itu dan byk lagi saya akan terang kan pada hari pertama...

hari kedua pula saya akan bawa semua peserta pergi melawat sebahagian daripada dobi dobi didalam network saya di sekitar kuala lumpur ada dalam 7 dobi kita akan lawat pada hari itu..( kini dobi dobi dalam network saya hampir mencecah 50 kedai seluruh malaysia)..kalau ramai kita akan menaiki bas..di sini para peserta akan berpeluang utk berkongsi pengalaman dengan pengusaha dobi itu sendiri dan masuk kedalam kedai dobi mereka..dalam lawatan inilah para peserta akan dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana keadaan dobi..mesin mesin dan lain lain...kita akan masuk sehingga ke dalam tempat operasi mereka..bukan senang kita nak masuk kedalam kedai org...


kursus akan diadakan 2 kali sebulan ( minggu kedua dan keempat) pada bayaran rm250 seorang ( dalam satu masa hanya 30 org sahaja  dibenarkan)
makan minum dan sijil disediakan..kursus bulan 4 ini adalah kursus sessi yg ke 14..disini saya sertakan sedikit gambar para2 peserta kursus dobi yg lepas







dobi AMPM



berikut adalah gambar peserta kursus membuat lawatan ke dobi aqua..



dobi ini di lokasi bandar baru bangi section 15..

ini pulak dobi di bandar baru bangi section 3..



dan juga sedikit sedutan video dari kursus dobi





kalau berminat boleh lah emailkan saya nama dan no talipon ke email saya di [email protected]

saya bukan nak promote kursus saya ye..memandangkan ada org bertanya saya pun ceritalah...

sebarang pertanyaan masih boleh diajukan di forum ini...kalau boleh jangan PM sebab lebih baik kita kongsikan soalan dan jawapan dengn org ramai disini daripada seorang sahaja yg dapat ilmu..

harap dapat membantu..terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2007 03:15 PM | Show all posts
lepas baca ni posting en jamil ni...mcm teruja nak bukak dobi
tapiiiiiiiiiiii.................modal satu sen pun takdak laa...
tgk gak website bank rakyat&bsn utk personal loan...mak aihhh...nak penjamin la plak...loan pun setakat 50k je (max)...
macamane ni en jamil????
Reply

Use magic Report

dooku This user has been deleted
Post time 3-4-2007 04:23 PM | Show all posts
Boleh tak en. jamil beritahu tentang camne boleh buat keuntungan dengan bisnes dobi ni. Biasanya berapa RM boleh untung bersih utk sebulan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-4-2007 04:25 PM | Show all posts
dooku aku rasa try ko start baca thread nih dr awal...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2007 08:51 AM | Show all posts
loan rm50k tu lebih dah cukup dah utk buka dobi biasa..modal yg cantik utk buka dobi biasa seperti yg saya cerita sebelum ini adalah dalam lingkungan rm30k ke rm35k..

sememangnya pinjaman peribadi adalah option yg terbaik dan paling senang utk kita apply berbandingkan dengan nak apply loan dari pihak kerajaan seperti MARA, SME bank dan lain lain..

kalau betul berminat terpaksa lah encik dito mencari penjamin..

encik dooku..

pengiraan mengenai untung bersih bagi perniagaan dobi amat lah mudah...macam dobi saya..sehari paling kurang utk saya dapat adalah rm150.00( dah termasuk sewa kedai..api air..bayar gaji pekerja dan lain lain )...maknanya jikalau saya dapat lebih dari rm150 utk sehari bezanya adalah saya punya untung bersih..dan purata collection saya sehari adalah rm600 ke rm750..maknanya SEHARI anggaran untung bersih dobi saya adalah sekitar rm450 ke rm rm600 sehari..itu adalah sehari..dan kalau nak sebulan boleh lah calculate sendiri..



satu idea yg menarik encik " silverchair959"...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2007 12:01 PM | Show all posts
uncle jamil...

mana lebih baik ?? beli mesin basuh dobi yg baru atau 2nd hand ??
Reply

Use magic Report

dooku This user has been deleted
Post time 10-4-2007 10:30 AM | Show all posts

Reply #28 silverchair959's post

Peserta kursus en.jamil ni dah ada ker yang telah berjaya membuka dobi dgn "jayanya"? Boleh berikan nama kedainyer tak? kalau boleh area perak atau penang sbb senang saya nak p melawat..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2007 12:03 PM | Show all posts
a'kum en. jamil

saya berminat nak buka kedai dobi nak tahulah ada co. 2 leh li brg ni smua dgn RM15k.. berbaloi ke klu saya nak..

1 x commercial washer Heubsh 8kg
1 x commercial dryer Heubsh 8kg
1 x stim iron
set up fees
kaunter
hanging rack
rak letak baju dah lipat
iron board
meja
kerusi
bakul
+ kursus menguruskan dobi

tq
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 09:44 AM | Show all posts
reply utk "adinaroon"

Anda boleh bermula dgn RM15k sepertimana yg ditawarkan.
tetapai BERHATI2 pihak2 ini kemungkinan menjual mesin2 2nd hand
yang telah dibaiki pulih ( refurbished machine )dan kemungkinan juga tidak tahan
lama.bagi saya ia teramatlah murah..saya cadangkan siasat sedalam mungkin kerana khuatir ditipu..

reply utk "dooku"

Saya rasa awak patut baca treat ni dari awal sebelum bertanyakan soalan..sebab sesetengah soalan tu saya dah jawab..ni jawapan utk soalan yg lain awak tujukan kepada saya..

peserta2kursus saya yg telah BERJAYA BUKA DENGAN "JAYANYA " hampir mencecah 50 seluruh semenanjung malaysia dan kebanyakkannya di Kuala Lumpur...kat perak baru ada dua iaitu di ipoh nama kedai "Wash & Dry" tokei kedai nama encik malik ( kat taman cempaka ) ini gambarnya



ni pulak gambar tokeinya



Dobi ni buka masa bulan puasa tahun lepas

dan teluk intan nama kedai "DD dobi" tokei kedai nama encik yunus ( bandar baru teluk intan ) gambar dobi kat teluk intan tak dapat lagi

dobi encik yunus ni baru beroperasi selama 3 bulan..

kat penang dah ada 2 kedai yg bukak

satu di seberang jaya ( Dmama laundry) nama tokei encik hasmadi




dan satu lagi sg ara ( fabricare laundry ) nama tokei encik zohri- gambar saya takder lagi

kedua dua dobi kat penang ni buka baru dalam 3 - 4 bulan...

dalam 50 dobi yg dah bukak dengan "jayanya" paling tua pun umur adalah 10 bulan..tak sorang pun daripada mereka melebihi setahun lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 05:47 PM | Show all posts
En. Jamil

Klu sewa kedai dlm RM2200 ke RM 2600 dan mengadap jln bsr tapi menbelakangkan kws perumahan leh ke ambik kedai ni... dan berbaloi ke???

lg satu kedai dobi biasa yg en kata td RM30k - 35k dah tentu leh buka kedai kan... maknanya mesin2 ini semua ambik dr en. ke??? @ kena cari sendiri.... yang termasuk renovation 2 en. wat jugak ke...

tq byk sgt tya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 11:34 AM | Show all posts
tentang lokasi kedai saya tak berani nak cakap apa apa melainkan saya sendiri pergi dah melihat ke kawasan berkenaan.byk benda yg perlu di analisa sebelum membuat keputusan utk memilih kawasan perniagaan..macam nilah..awak talifon saya dan bagitau tempat tu kat mana..kalau berdekatan saya turun pergi tgk ke kawasan yg awak berminat tu..kalau jauh saya turun juga bayar duit utk tiket bas dan makan minum dah ler

mengenai set-up RM30K ke Rm35K terpulanglah..tak semestinya ambil dari saya..utk adalah modal secare purata yg cantik utk buka dobi biasa..kalau nak ambil ngan saya pun boleh nak ambil dengan supplier lain pun boleh terpulang kepada tuan empunya kedai...

mcm ni lah saya cadangkan awak hadir dulu ke kursus saya sebelum buat apa apa keputusan..susah saya nak terangkan ikut forum ni..kalau terang secare general boleh lah tapi nak secare detail susah lah saya nak taip ..harap paham keadaan saya ye..

kalau berminat hujung minggu ni saya akan adakan kursus..bayaran rm250 makan minum ,  sijil dan transportation masa lawatan disediakan...dan saya akan ajar semuanya yg diperlukan utk seseorang itu mengetahui selok belok dan memahami apa itu perniagaan dobi..sememangnya saya adalah mentor rasmi yg dilantik oleh pihak MARA utk ajar selok belok perniagaan dobi ini..tetapi kursus ni saya buat persendirian ye..tidak ada kene mengena dengan pihak MARA.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 11:47 PM | Show all posts
en. jamil

ada ke klu saya suruh en. ke kedai yg saya berminat 2 perlukan byran dan en. ada wat consultation untuk set-up kedai ke?  

mengenai kursus 2 insyallah.. akan saya hadiri.. oh ye wat klas 2 2 hari aje leh ajar smua ke termasuk pratical gak ke... dan lwtan 2 untuk ngok2 kedai netwok en. jamil aje lah...dr gmbar yang diatas 2 smuanya 2 ada wat dryclean sendiri ke antaq tmpt lain.

tq
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 12:56 PM | Show all posts
loh kan ke saya dah cakap tadi..byr duit tiket bas dan makan minum dah laa...niat saya tolong je..mmg saya ada buat consultation utk buka dobi..

kursus tu saya tak ajar praktical ye..cuma ada penerangan tentang cara cucian dan lain lain mengenai dobi..jgn salah paham..kursus ini adalah kursus utk memahami apa itu dobi..praktical dobi hanya akan ada kalau cik lantik saya jadi consultant ( kursus tahap 2 )dan cik akan jaga sendiri kedai saya..utk dapat rasa macam mana rasanya jaga dobi sebenar...tak semua..ada yg bukak dobi biasa pun ada..yg takder dry clean kene sub ke tempat lain la.. ok kalau cik nak hadir kursus kita jumpa esok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2007 10:35 AM | Show all posts
Macammana mesin basuh untuk toto.
adakah ia sama dengan mesin basuh untuk pakaian biasa.
Dalam kursus yang dianjurkan adakah akan diajar macammana
cara menaggalkan kotoran.
Apakah nama washer yang paling sesuai untuk kedai dobi ini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 10:10 AM | Show all posts

Reply #36 caridotcomku's post

Macammana mesin basuh untuk toto?
mesin sama
adakah ia sama dengan mesin basuh untuk pakaian biasa?
ya
Dalam kursus yang dianjurkan adakah akan diajar macammana
cara menaggalkan kotoran?
secara am..tidak detail
Apakah nama washer yang paling sesuai untuk kedai dobi ini?
jawapan dah taip sebelum ni.dilarang bagi tau jenama mesin..

rply utk encik silverchair959

sememangnya mesin yg 1st lagi elok..harga2 mesin2dobi hilang nilai 30%satu tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 11:13 AM | Show all posts
memandangkan sudah ada yang buka kedai di ipoh, tak berminatkah organise satu sesi kelas di ipoh?  rasanya ramai yang berminat.  saya sendiri ada bercadang menceburi bidang ini tapi amat susah mencari bahan/orang untuk dirujuk.  konsep saya ialah a mix of coin-operated machines dan perkhidmatan dobi biasa yang beroperasi 24-jam.  sekarang ini, saya sedang cuba mengagak electricity consumption per month untuk dibandingkan dengan possible revenue.  selain itu, saya akui amat susah nak cari lokasi yang sesuai untuk konsep sebegini.
Reply

Use magic Report

fauziss This user has been deleted
Post time 22-4-2007 03:50 PM | Show all posts
Salam,
Peluang baik bagi menjimatkan lagi kos2 dlm biz dobi. Caranya? sabun basuh boleh diproses sendiri. Kosnya sangat kecil berbanding dgn kos membeli yang sabun yg siap dijual.
Bagaimana cara memproses sabun?





Buat masa yang terdekat ini kursus akan diadakan di :
Tempat  : Dewan Utawa, Kolej Komuniti Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah.
Tarikh    : 5hb Mei 2007
Masa      : 9.00 pagi - 5.00 petang

* Peserta akan dibekal dengan Buku Panduan Memproses Sabun
* Tarikh tutup penyertaan pada 30hb April 2007
* Untuk keterangan lanjut sila hubungi : En Nasaruddin 013-466 5000
* Untuk melihat Iklan Kursus dan Muka Depan Buku Panduan Memproses Sabun sila lawati :
------------------------------------------------------------------------
http://usahawansabun.fotopages.com/

[ Last edited by  fauziss at 23-4-2007 11:34 PM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 10:10 AM GMT+8 , Processed in 1.141943 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list