CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ayyohpeen

SOLAT: DIFARDHUKAN ATAU DIKITABKAN

[Copy link]
Post time 7-7-2007 09:47 PM | Show all posts

M5 tak mahu jawab pun soalan aku dari thread 'aurad wanita' tu...
Boleh ayyohpeen tolong jawabkan?
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 9-7-2007 12:23 PM | Show all posts
mcm ayoh pin yang betul je nie..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2007 10:56 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 6-7-2007 10:57 PM
mana dia perintah Allah solat dikitabkan?

berikan maksud:
kitaban mauquta كِتَابًا مَّوْقُو ...

Salam....

Ayat 4:103 hanya lengkap bila dibaca menyeluruh.  Tetapi bila diambil separuh-separuh maka jadilah seperti diatas.  Dan inilah yang menghiris pemahaman dan melukakan maksiud sebenar.  Lihat keseluruhan konteks pada ayat berkenaan, kerana ia adalah arahan oleh Allah mengenai Solat yang diKitabkan.  Memang telah tertulis solat-solat didalam Kitab Al-Quran secara jelas.  Sebab itulah Allah berfirman sebegitu.  Hanya manusia yang tinggi(?) ilmunya yang menyatakan Allah memfardhukan Solat walaupun ayat ini secara keseluruhannya Allah menyatakan bahawa Solat itu diitabkan termasuklah waktu-waktunya juga dikitabkan.

Lagi sekali saya c & p terjemahan ayat 4:103 secara lengkap:

4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.

Bacalah ayat yang lengkap ini secara berulang-ulang hingga mantap dan menjiwai diri.
Begitu juga keseluruhan ayat-ayat Al-Quran, pada saya wajib dibaca keseluruhannya. Bukan diambil sebahagian hanya untuk dijadikan ujian bagi menimbulkan pertiikaian.  Kalau tiada perkataan solat dalam ayat berkenaan, mungkin juga longgar ayat ini, tetapi jika keseluruhan ayat ini diperhalusi, kitaban mawqootan tidak akan lengkap tanpa inna alssalatakanat AAala almu/mineena

Apakah boleh kita menterjemahkan ayat-ayat Al-Quran sepotong-potong hanya untuk mencapai maksud pendapat yang kita tegakkan?
Sdr mnm, anda terima tak ayat 4:103 secara kaffah? Jangan tumpukan kepada hanya kitaban mawqootan. Matlamat ayat ini tidak akan terserlah jika hanya kitaban mawqootan yang diberi penekanan.  Biarlah ianya kaffah.
Salam.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2007 11:06 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 6-7-2007 11:09 PM

Setuju itu tafsir manusia yang diberi ilmu. Sesungguhnya Rasullulah berdoa kepada Allah supaya Ibn Abbas diberi ilmu.

Dan dalil yang awak bawa solat dikitabkan adalah DALIL AWAK SENDIRI

MasyaAllah....................... Ini adalah ayat Allah. Ini adalah dalil dari ALLAH.  Dari dalam Al-Quran. Jika sebegini jelas dan terang terus dari Al-Quranpun dikatakan : DALIL AWAK SENDIRI

Maka teringatlah saya akan satu ayat dari ALLAH:

22:72. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, kamu mengenali pada muka orang-orang yang tidak percaya akan penolakan (kemungkaran); hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan mereka ayat-ayat Kami. Katakanlah, "Bolehkah aku memberitahu kamu sesuatu yang lebih buruk daripada yang itu? Api - Allah menjanjikannya kepada orang-orang yang tidak percaya - satu kepulangan yang buruk!"

Dan,

31:7. Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepadanya, dia berpaling, menyombongkan diri, seakan-akan dia tidak mendengarnya, dan di dalam telinganya ada sumbatan; maka berilah dia berita gembira dengan azab yang pedih.

Sewajibnya kita sebegini:

19:58. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah merahmati ke atas mereka - para Nabi daripada keturunan Adam, dan daripada orang-orang yang Kami bawa bersama Nuh, dan daripada keturunan Ibrahim dan Israil, dan daripada orang-orang yang Kami telah memberi petunjuk dan Kami pilih. Apabila ayat-ayat Yang Pemurah dibacakan kepada mereka, mereka jatuh bersujud, dan menangis.

Salam......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2007 11:20 PM | Show all posts
Originally posted by Syarul at 9-7-2007 12:23 PM
mcm ayoh pin yang betul je nie..

Salamun Alaika Syarul...............

Ayyohpeen tidak penting.  Yang Saya ketengahkan ini adalah ayat-ayat Allah.  Dia Pencipta seluruh Alam.  Tidak perlukan seteru.  Hajat saya hanyalah untuk mengajak sesama kita membaca, memahami dan mengamali Al-Quran tanpa perlu ada intermidiate.  Allah Hidup, Maha Hidup.  Tidak pernah mengantuk, tidak pernah tidur.  Jika kita mengaku akan Sifat-sifat Allah yang tidak terbatas(bukan setakat 20) tentu kita dapat melatih diri dan akhirnya dapat menzahirkan perasaan yang Dia sentiasa ada dekat pada diri kita, lebih dekat dari pembuluh dileher kita.  Jadi jika Dia dekat dengan kita, perlukah kita mencari intermidiate(perantara) yang lain untuk merasakan keberadaan ALLAH hampir dengan kita?

50:16. Sesungguhnya Kami mencipta manusia; dan Kami mengetahui apa yang jiwanya membisikkan kepadanya, dan Kami lebih dekat dengannya daripada pembuluh-pembuluh leher.

Salam............
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2007 11:41 PM | Show all posts

Reply #25 ayyohpeen's post

ayah pin,

Katakanlah: "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?[18:103]

(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan". [18:104]

al-Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada umat manusia kepada agama yg lurus. Saya tak tolak pendapat berkenaan ibadah dan segala accesoriesnya, tetapi perlu dingat, adakah cukup dengan kesempurnaan amalan kita, pastikah sudah diterima Allah? Adakah sudah dipandang(Allah) beragama dengan hanya amal ibadat? Kita kena tahu berkenaan fasa zaman yg kita lalui sekarang. Sinonimnya dan kesinambungan dengan isi al-Quran secara keseluruhannya. Bahagian al-Quran yg mana kita perlu bainatkan dahulu, supaya tak jadi seperti ayat-ayat diatas.

kalau nak dipersoalkan cara amalan ibadah, sudah tentu banyaknya fahaman dan pegangan melibatkan pelbagai golongan/jemaah/imam etc. Jika dipersoalkan tak putus-putus mcm air. Semua akan mengaku amalan diri kitalah yg paling betul. Kalau kita amati secara tak lansung kita sudah merasa sempurna dan bangga dengan amalan kita. Iblis sebelum adanya Adam sudah melalui perjalan yg sama dan bagaimana pula dia dilaknat Allah? Adakah kita nak lalui jln yg sama seperti Iblis itu? fikirkanlah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-7-2007 09:02 AM | Show all posts
Originally posted by Syarul at 15-7-2007 11:41 PM

Salamun Alaika Syarul......

Sekali lagi saya menekankan disini, saya beriman(percayayakin) dengan seluruh isi Al-Quran(Kaffah) termasuklah 18:103 dan 18:104.  InsyaAllah ini juga akan saya baca dan ulang-ulangi untuk mengambil intipati ayat agar dapat memahami kehendak sebenar oleh RobbulKhalikulbadi'.........

1. Syarul: al-Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada umat manusia kepada agama yg lurus
- Setuju dengan sedikit tambahan. Iaitu Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk yang lengkap.............

2. Syarul: Saya tak tolak pendapat berkenaan ibadah dan segala accesoriesnya, tetapi perlu dingat, adakah cukup dengan kesempurnaan amalan kita, pastikah sudah diterima Allah?
Pada saya jika accesories itu boleh derive Mukhlis kita, Zakka kita kepada Allah, ia setuju...... teruskan, tetapi jangan melabelkan ia sebagai syariat Allah sekiranya ianya bukan dari Al-Quran dan tiada boleh dipaksa keatas orang lain(hanya boleh dikategorikan sebagai saranan, itupun jika tidak bertentangan dengan Al-Quran), kerana ukuran Mukhlis dan Zakka itu adalah sesuatu yang subjektif.  Hanya diri sendiri boleh mengukur kedua-duanya

3. Syarul: pastikah sudah diterima Allah?
Ini haq proggretive Allah. Haq Mutlaq Allah.  Tiada manusia boleh membuat keputusan.  Maka itulah saya bawakan tajuk ini berpandukan Al-Quran dan mempertahankan ayat ini(4:103).  Saya mendoakan agar segala amal perbuatan kita termasuk berforum ini diterima Allah sebagai sesuatu yang positif...Robbanawataqobbaldo'a.... The rest AnyasyaALLAH.............

4. Syarul:  Adakah sudah dipandang(Allah) beragama dengan hanya amal ibadat?
Pada saya Islam itu Kaffah......  tetapi tetap subjektif mengikut Mukhlis dan Zakka manusiawi....
Innasolati wanusukiwamahyayawamamati..............LillahiRobbil'Alamin.....

5. Syarul: Kita kena tahu berkenaan fasa zaman yg kita lalui sekarang. Setuju!
Pada saya jangan freeze terhadap ASl-Quran, jika betul-betul mahukan ianya menjadi seperti apa yang tertera dipara No. 1

6. Syarul: kalau nak dipersoalkan cara amalan ibadah, sudah tentu banyaknya fahaman dan pegangan melibatkan pelbagai golongan/jemaah/imam etc. Jika dipersoalkan tak putus-putus mcm air. Semua akan mengaku amalan diri kitalah yg paling betul. Setuju!!!

Kerana itulah Allah melarang kita bergolong-golongan dalam agama, kita mesti unite dibawah satu tali, iaitu tali ALLAH.

7. Syarul: Kalau kita amati secara tak lansung kita sudah merasa sempurna dan bangga dengan amalan kita. Iblis sebelum adanya Adam sudah melalui perjalan yg sama dan bagaimana pula dia dilaknat Allah? Adakah kita nak lalui jln yg sama seperti Iblis itu? fikirkanlah..

Sempurna pada kita, mungkin kurang pada orang.  Biarlah kita dengan Allah, itulah yang lebih penting.  Masalahnya kiya selalu meletakkan ukuran dengan dinisbatkan kepada orang lain.  Menjadi sebaik orang yang pada pandangan kita hebat adalah satu usaha yang baik, namun jika kita terlalu bergantung pada manusia sebagai rujukan untuk menghambakan diri pada Allah dengan meletakkan Al-Quran ditempat yang tidak adil dan sepatutnya menyebabkan Iblis mudah untuk menyelinap dan beusaha dengan k/sama syaitan untuk memperlihatkan indah segala rujukan kita.  Tetapi mereka tertampan bila hanya Al-Quran dijadikan sebagai rujukan, Ini jaminan ALLAH.  Kita mahukan jaminan manusia atau JAMINAN ALLAH?  Haq siapa Jannah itu? Haq siapa Narr itu?

8.  Syarul: fikirkanlah.....
Ya, saya setuju, marilah bersama-sama berfikir menggunakan aqal yang ALLAH anugerahkan.........
Kenapa ALLAH kata

إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا

Innasolatakaanat'alalmu'mininakitabanmauqutan.....

BUKANnnasolatakaanat'alalmu'mininafardhommauqutan.....

Terima kasih Syarul..........
Salam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 09:35 AM | Show all posts

Reply #27 ayyohpeen's post

Pada amatan saya (4) , tuan berpendapat agama Islam itu sempurna dengan sempurnanya ibadah solat. blum sempurna iman seseorang itu, hanya dengan solat shj

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;[23:2]
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;[23:3]
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);[23:4](zakat??)
Dan mereka yang menjaga kehormatannya,[23:5]
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela:[23:6]
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;[23:7](melampau batas??)
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;[23:8](perjanjian??)
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;[23:9]

dua yg penting utk solat disini ialah khusyuk dan memeliharanya, kewajipan membaca a-fatihah( induk al-Quran) kenapa?? jika kita persoalkan sama ada dikitabkan atau difardukan itu bukan pokok asas utama solat, tetapi pengertian solat itu sendiri, utk apa?

[ Last edited by  Syarul at 16-7-2007 09:52 AM ]
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 16-7-2007 05:55 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 14-7-2007 10:56 PM
Salam....

Ayat 4:103 hanya lengkap bila dibaca menyeluruh.  Tetapi bila diambilseparuh-separuh maka jadilah seperti diatas.  Dan inilah yang menghirispemahaman dan melukakan maksiud sebenar.  Lihat keseluruhan kontekspada ayat berkenaan, kerana ia adalah arahan oleh Allah mengenai Solatyang diKitabkan.  Memang telah tertulis solat-solat didalam KitabAl-Quran secara jelas.  Sebab itulah Allah berfirman sebegitu.  Hanyamanusia yang tinggi(?) ilmunya yang menyatakan Allah memfardhukan Solatwalaupun ayat ini secara keseluruhannya Allah menyatakan bahawa Solatitu diitabkan termasuklah waktu-waktunya juga dikitabkan.

Lagi sekali saya c & p terjemahan ayat 4:103 secara lengkap:

4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang  dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.

Salam..

Terjemahan yang awak pakai ni mengelirukan. Boleh beritahu dari sumber mana (siapa penterjemahnya) awak ambil terjemahan tu? Bagaimana maksudnya solat itu adalah satu waktu...?

Terjemahan yang saya rasa lebih memuaskan adalah yang seperti berikut:

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram maka dirikanlah solat itu. Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan ke atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

103. When you have finished As-Sal鈚    (the prayer - congregational), remember All鈎 standing, sitting down, and lying down on    your sides, but when you are free from danger, perform As-Sal鈚Iq鈓at璦s
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 06:11 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 16-7-2007 09:02 AM

8.  Syarul: fikirkanlah.....
Ya, saya setuju, marilah bersama-sama berfikir menggunakan aqal yang ALLAH anugerahkan.........
Kenapa ALLAH kata

إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا

Innasolatakaanat'alalmu'minina kitaban mauqutan.....

BUKANnnasolatakaanat'alalmu'minina fardho mmauqutan.....

Bila melihat secara menyeluruh, kitaban itu merujuk kepada waktu, bukannya solat, sedangkan ayat yang sama solat telah disebutkan sebagai ketetapan kepada orang2 mukmin.

Pertikaian fardhu yang diketengahkan ayyoh peen ni macam dia tak faham bahasa Arab.

Takkanlah nak kata:
Solat itu satu ketetapan bagi orang2 mukmin pada waktu2 yang difardhukan?

Dan kenapa mesti Allah kata fardhu sedangkan maksud ayat tersebut jelas menunjukkan satu ketetapan dan satu perintah?

Kalau dah jadi ketetapan dan perintah, itulah yang dinamakan fardhu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 06:22 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 14-7-2007 11:06 PM

MasyaAllah....................... Ini adalah ayat Allah. Ini adalah dalil dari ALLAH.  Dari dalam Al-Quran. Jika sebegini jelas dan terang terus dari Al-Quranpun dikatakan : DALIL AWAK SENDIRI ...

Ayat Allah: saya setuju

Dalil Allah dalam Al Quran: saya setuju

Saya katakan dalil awak sebab saya tak bersetuju tentang kefahaman awak dari terjemahan literal Al Quran yang awak sandarkan sebagai satu hukum pada solat. Ia terbatas kepada terjemahan yang awak pegang, sedangkan terjemahan tu pun manusia yang buat berdasarkan kefahamannya secara literal, tanpa mengambil-kira cabang2 ilmu tafsir yang penting.

Apabila awak menolak tafsir Ibni Abbas RA., saya rasa saya berhak menolak/sangkal tasfir yang awak pegang kerana saya tidak fikir awak lebih berilmu dari Ibni Abbas RA.

Awak bolehlah menganggap tafsir yang awak pegang tu tafsir atau dalil dari Allah, dan saya menganggap tafsir yang awak pegang adalah diselewengkan hasil kerja2 Syaitan tanpa disedari, sedangkan awak mengganggap sudah betul tanpa merujuk tafsir2 muktabar, mendalami ilmu bahasa Arab dan tanpa mendalami ilmu cabang2 tafsir.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 01:17 PM | Show all posts

Reply #31 mnm77's post

sebagaimana M5, nanti dia akan menjawab ni adalah masalah perkembangan bahasa. Tafsir yang lama tu tak boleh digunapakai lagi. Kena bersandarkan bahasa inggeris pulak untuk menterjemahkan bahasa Arab ni.. Dan macam2 lagilah.. ...

[ Last edited by  saifulms at 17-7-2007 01:18 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2007 12:36 PM | Show all posts
Reply #27 ayyohpeen's post

Pada amatan saya (4) , tuan berpendapat agama Islam itu sempurna dengan sempurnanya ibadah solat. blum sempurna iman seseorang itu, hanya dengan solat shj

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;[23:2]
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia;[23:3]
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);[23:4](zakat??)
Dan mereka yang menjaga kehormatannya,[23:5]
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela:[23:6]
Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;[23:7](melampau batas??)
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;[23:8](perjanjian??)
Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;[23:9]

dua yg penting utk solat disini ialah khusyuk dan memeliharanya, kewajipan membaca a-fatihah( induk al-Quran) kenapa?? jika kita persoalkan sama ada dikitabkan atau difardukan itu bukan pokok asas utama solat, tetapi pengertian solat itu sendiri, utk apa?

Salamun Alaika Syarul................

Terima kasih kerana memberi pengamatan terhadap para (4) dengan melengkapkan lagi apa-apa yang saya tertinggal, Dan seperti yang saya akui, saya percayayakin dengan seluruh isi Al-Quran.  Mana-mana yang saya terlepas pandang dan dipaparkan oleh Syarul adalah melengkapkan lagi pandangan saya, terima kasih lagi sekali.  Dan saya akui, bukanlah solat sahaja yang melengkapi iman seseorang itu terhadap Allah, malah selain dari yang syarul bantu saya c & p ayat-ayat berkenaan ada lain-lain perkara lagi yang wajib dituruti dan diamalkan.  Dan jika diamati bai'ah kita(innasolati......terjemahan:

6:162. Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam.

adalah juga merangkumi  apa yang c & p pada post #28., jadi pada para (4) itu sebenarnya tiada pendapatpun yang saya berikan, saya c & p sekali lagi para (4) tersebut

4. Syarul:  Adakah sudah dipandang(Allah) beragama dengan hanya amal ibadat?
Pada saya Islam itu Kaffah......  tetapi tetap subjektif mengikut Mukhlis dan Zakka manusiawi....
Innasolati wanusukiwamahyayawamamati..............LillahiRobbil'Alamin.....

Lihat soalan saya anda dan lihat bai'ah kita jadi soal hanya meletakkan solat sebagai hanya satu medium untuk dikatakan pelengkap iman adalah bercanggah dengan keseluruhan pandangan saya pada para (4)  kerana pada bai'ah kita kepada ALLAH bukan sekadar solat, tetapi segala pengorbanan, seluruh hidup dan kematian kita adalah untuk Allah.  Dan ia adalah selari dengan apa yang Syarul c & p.  Terima Kasih.

Salam.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2007 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 16-7-2007 05:55 PM

Salam..

Terjemahan yang awak pakai ni mengelirukan. Boleh beritahu dari sumber mana (siapa penterjemahnya) awak ambil terjemahan tu? Bagaimana maksudnya solat itu adalah satu waktu...?

...

Salamun Alaika..........

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram maka dirikanlah solat itu. Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan ke atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Bagaimanapun pada saya sekiranya terjemahan terakhir di edit supaya lebih jelas, mungkin kita akan lebih terrbuka, iaitu:

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram maka dirikanlah solat itu. Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang tertentu waktunya ke atas orang-orang yang beriman.(Lihat Pikhtail)

Bagaimana?
Pada saya terjemahan diaatas lebih menepati tatabahasa hasil translation dari bahasa Inggeris.

103. When you have finished As-Sal鈚    (the prayer - congregational), remember All鈎 standing, sitting down, and lying down on    your sides, but when you are free from danger, perform As-Sal鈚Iq鈓at as     Sal鈚). Verily, the prayer is enjoined on the believers at fixed hours. (Hilali/Khan translation)

103. When ye have performed the act of worship, remember Allah, standing, sitting and reclining. And when ye are in safety, observe proper worship. Worship at fixed times hath been enjoined on the believers. (Pickthall Translation)

mnm77 dakwa: Inilah objektif saya supaya Tuan Ayyoh Peen melihat secara menyeluruh, dan apabila melihat secara menyeluruh, terjemahan yang tuan pakai adalah mengelirukan tuan sendiri (maaf ya).

Kenapa mnm77 terlalu gopoh membuat kesimpulan sendiri. Kesimpulan begini hanya akan membuat fokus kita terhadapa topik ini tersasar.  Serangan secara peribadi bukanlah menjadi tujuan saya dan saya harap mnm77pun begitu, tetapi biarlah kita berbincang secara ilmiah.  Maka saya tiadak mahu melayan dakwaan anda yang hanya bersandarkan sangka-sangkaan dan marilah kita fokus kembali mengenai firman-firman Allah.

mnmn77:

Sedikit tambahan mengenai bahasa Arab:

Maksud perkataan Arab: yaktub, kataba, kitaban bermaksud: tulis (tertulis, ditulis, menulis)

yang tertulis = yang ditetapkan

kitaban dari ayat di atas = yang tertulis (bukan yang dikitabkan). Masalahnya bahasa Melayu, kitab tu kita faham buku. Tapi dalam bahasa Arab, kitaban tu maksud tulis/tertulis. Kalau kita nak cuba faham kitaban (= yang dikitabkan) ikut bahasa Melayu, jadilah terjemahan yang mengelirukan.

SAYA SETUJU!!!!
Sebab itu kita kena mengekalkan perkataan kitab juga dalam terjemahan kita. Saya setuju dan saya tidak keliru

4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang  dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin

Lihat bagaimana penterjemah mengekalkan perkataan kitab dalam terjemahan beliau.  Ini boleh mengelakkan kekeliruan. Sedangkan jika mengikut 'terjemahan yang lebih memuaskan' mnm77 adalah:

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram maka dirikanlah solat itu. Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan ke atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Jadi adakah dengan ini mnm77 sudah berubah pandangan, iaitu terjemahan yang saya gunakan mengelakkan kekeliruan dan Terjemahan yang saya rasa lebih memuaskan(saya c & p balik apa yang mnm77 sebut dalam post beliau yang  bernombor #29 adalah mengelirukan

Hairan.............................hmy3: (MasyaALLAH, AllahalatifunKhobiruwaAllahakaanabimata'malunabasir)

Jadi terpulanglah kepada anda untuk menerima pandangan saya atau tidak. Ini hanya sebagai penjelasan dari saya.

Salam............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2007 01:18 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 16-7-2007 06:22 PM

Ayat Allah: saya setuju

Dalil Allah dalam Al Quran: saya setuju

Saya katakan dalil awak sebab saya tak bersetuju tentang kefahaman awak dari terjemahan literal Al Quran yang awak sandar ...

Salamun Alaika............

Seperti yang saya reply........Saya tidak memaksa anda bersetuju dan begitu juga disebaliknya.  Lana'amaluna, lakum'amalukum.....
Semuga Allah meredhoi anda dan lain-lain yang mencari keredhoan ALLAH termasuklah saya juga, robbanawatakhobbladoa....

Oh ya, sekadar meneruskan perbincangan secara ilmiah, bolehkah anda perturunkan satu persatu hasil dari 15 cabang ilmu yang ringkas seperti post anda yang #8 iaitu:

1. Lughah (bahasa Arab)
2. Nahu (grammar)
3. Sorof (kaji bentuk perkataan)
4. Isytiqaq (ilmu punca perkataan)
5. Ilm Al Ma'aani (ilmu makna/maksud)
6. Ilm Bayan (untuk mengetahui zahir atau tersembunyi, bandingan atau kiasan bagi sesuatu ayat)
7. Ilm Badi' (kecantikan bahasa dari segi olahan)
8. Ilm Qiraat (berlainan qiraat membawa berlainan maksud)
9. Ilm 'Aqidah (bagi menentukan adakah makna zahir sebahagian ayat Al Quran boleh digunakan secara mutlak). Contoh: Tangan Allah di atas tangan mereka (adalah salah menafsir Tangan Allah itu sama macam tangan manusia)
10. Ilm usul fiqh (bagi mengeluarkan dalil bagi sesuatu hukum)
11. Asbabun Nuzul (sebab2 turunnya ayat)
12. Nasakh dan mansukh (untuk mengetahui hukum mana telah dimansunkan dan yng mana yang masih dipakai)
13. Ilm fiqh (untuk memudahkan kita mengenali hukum asal dari ayat2 tertentu)
14. Hadith2 tafsiran kepada sesetengah ayat Quran
15. Ilm Mauhub (ilmu kurniaan khas dari Allah)

untuk ayat 4:103 secara keseluruhan, sebab dari post-post yang lalu saya tidak nampakpun tafsir-tafsir untuk ayat berkenaan(kalau boleh secara menyeluruh ayat berkenaan) baik dari segi lughah, nahu, sorof, Isytiqaq.......................dan akhir sekali ilm Mauhub

Mungkin kita boleh manfaatkan bersama............InsyaAllah

Salam.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2007 02:05 PM | Show all posts
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. [25:32]

Soal dikitabkan ataupun difardukan ni sebenarnya pengetahuan yg jengkel tentang kandungan al-Quran. Terang-terang cuba membezakan maksud sebenarnya dan menaruh syak kepada orang lain, bukankah itu kesesatan yg jauh?
Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [32:2]

Tak kah kita sedar bila disebutkan kitab(dlm al-Quran) itu di ditetapkan/diletakkan/dilisankan/ditulis kepada hati orang yg beriman. Ini beerti hafazan supaya solat itu mudah, lancar dan sempurna, kita lancar melafazkan ayat-ayat Allah.

Reply #1 dexa's post

Have faith my friend, Quran including the lengthy translation will never be a Quran if it reside on papers and books. That just was meant to be the words of God. It is in the heart of men that the Quran will found its true origin, brought to its full potential where the light will began to emerge, where it will take over our life, feed us, cloth us, guide us, protect us, direct us, sustain our very existence. No ordinary propagandas and mediocre false prejudices could hold over it even on a single phrase. It's always in it's best keeping condition to the last day of this world.

al-Quran itu sebenar-benar kedudukannya didlm hati manusia, supaya dilafazkan dgn mudah dan diaplikasikan. Penyempurnaan di dlm kitab-kitab kertas, hanya sekadar tatapan dan bacaan shj bukannya kitab al-Quran itu hanya ayat-ayat Allah. Tetapi dgn cara perantaraan tersebut kalam Allah itu sampai kepada hati kita.

Dia lah yang menurunkan kepadamu Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.[3:7]

Saya minta maaf, akan tetapi sudah jelas maksud kamu yg cuba meletakkan ayat al-Quran bukan pada tempatnya supaya timbul fitnah.

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.[6:162]

Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)". [6:163]

Kalau nak persoalkan dikitabkan atau pun difardukan lebih penting, Betulkan doa iftitah[6:163] itu sekiranya salah. Pada [6:162]; "sembahyangku dan ibadatku" adalah dua perkara berlainan, kemana ibadah mu? kemana pulak solatmu?

[ Last edited by  Syarul at 19-7-2007 02:11 PM ]
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 19-7-2007 05:33 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 19-7-2007 01:08 PM
Maksud perkataan Arab: yaktub, kataba, kitaban bermaksud: tulis (tertulis, ditulis, menulis)

yang tertulis = yang ditetapkan

kitaban dari ayat di atas = yang tertulis (bukanyang dikitabkan). Masalahnya bahasa Melayu, kitab tu kita faham buku.Tapi dalam bahasa Arab, kitaban tu maksud tulis/tertulis. Kalau kitanak cuba faham kitaban (= yang dikitabkan) ikut bahasa Melayu, jadilahterjemahan yang mengelirukan.

SAYA SETUJU!!!!
Sebab itu kita kena mengekalkan perkataan kitab juga dalam terjemahan kita. Saya setuju dan saya tidak keliru

4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang  dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin

Jika anda bersetuju tentulah anda menerima maksud yang kitaban = yang tertentu, bukannya yang dikitabkan. Point yang saya cuba bawa adalah penggunaan perkataan yang dikitabkan adalah mengelirukan sedangkan maksudnya yang tertentu. Mengekalkan yang dikitabkan dalam terjemahan yang sedemikian itu mengelirukan (pada bahasa Melayu) dan elok kita pelajari bahasa Arab yang mana bahasa asal Al Quran untuk faham maksud sebenar.

Lihatbagaimana penterjemah mengekalkan perkataan kitab dalam terjemahanbeliau.  Ini boleh mengelakkan kekeliruan.

Seperti yang diterangkan di atas, mengekalkan yang dikitabkan adalah mengelirukan. Boleh beritahu siapa penterjemah itu. Saya dah tanya soalan ini sebelum ini.

Apapun terjemahan yang tuan guna itu pun ada memasukkan penerangan dalam kurungan supaya nak elakkan kekeliruan: yang dikitabkan (ditentukan). Adakah tuan menafikan yang dalam kurungan itu untuk mengelakkan kekeliruan?

Kalau tuan masih berpegang kepada maksud yang dikitabkan, soalan saya apakah yang tuan faham dengan maksud yang dikitabkan?

Jadi adakah dengan ini mnm77 sudah berubah pandangan, iaitu terjemahan yang saya gunakan mengelakkan kekeliruan dan Terjemahanyang saya rasa lebih memuaskan(saya c & p balik apa yang mnm77sebut dalam post beliau yang  bernombor #29 adalah mengelirukan

Saya rasa persoalan ini sudah jelas, dan tak perlulah saya mengulanginya untuk mengelakkan tuan mengatakan yang saya menyerang tuan secara peribadi.

Hairan.............................hmy3: (MasyaALLAH, AllahalatifunKhobiruwaAllahakaanabimata'malunabasir)

Jadi terpulanglah kepada anda untuk menerima pandangan saya atau tidak. Ini hanya sebagai penjelasan dari saya.

Adakah tuan faham penggunaan perkataan MasyaAllah? Ia digunakan berkenaan taqdir Allah tentang sesuatu yang baik (yang kita suka) atau sesuatu yang buruk (yang kita tidak suka)?

[ Last edited by  mnm77 at 19-7-2007 05:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2007 05:41 PM | Show all posts
Originally posted by ayyohpeen at 19-7-2007 01:18 PM

Oh ya, sekadar meneruskan perbincangan secara ilmiah, bolehkah andaperturunkan satu persatu hasil dari 15 cabang ilmu yang ringkas sepertipost anda yang #8 iaitu:

Terima kasih atas post and yang ini.

Untuk penerangan yang lanjut,  tuan bolehlah membuat rujukan pada Kitab Fadhaail Amal (Shaikhul Hadith Muhammad Zakariyya) Fadhaail Quran, Bahagian 1 Hadith 40, selepas penerangan hadith ke 8.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2007 08:00 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 19-7-2007 05:41 PM

Terima kasih atas post and yang ini.

Untuk penerangan yang lanjut,  tuan bolehlah membuat rujukan pada Kitab Fadhaail Amal (Shaikhul Hadith Muhammad Zakariyya) Fadhaail Quran, Bahagian 1 H ...

Salam......

Bukan dari orang tapi dari anda sendiri.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2007 09:50 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Syarul at 19-7-2007 02:05 PM

QUOTE:
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan Al-Quran itu kepada Muhammad semuanya sekali (dengan sekaligus)?" Al-Quran diturunkan dengan cara (beransur-ansur) itu kerana Kami hendak menetapkan hatimu (wahai Muhammad) dengannya, dan Kami nyatakan bacaannya kepadamu dengan teratur satu persatu. [25:32]

Soal dikitabkan ataupun difardukan ni sebenarnya pengetahuan yg jengkel tentang kandungan al-Quran. Terang-terang cuba membezakan maksud sebenarnya dan menaruh syak kepada orang lain, bukankah itu kesesatan yg jauh?

Terima kasih.  Lagi sekali saya turunkan ayat Al-Quran, terjemahan Inggeris dan terjemahan yang saya rujukpakai.  Sila justifikasi dibahagian mana yang Tuan Syarul maksudkan seperti perenggan diatas.(yang saya boldkan)

4:103

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاَةَ فَاذْكُرُواْ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ فَإِذَا اطْمَأْنَنتُمْ فَأَقِيمُواْ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا

When ye have performed the act of worship, remember Allah, standing, sitting and reclining. And when ye are in safety, observe proper worship. Worship at fixed times hath been enjoined on the believers. (Pickthall Translation)

Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram maka dirikanlah solat itu. Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang tertentu waktunya ke atas orang-orang yang beriman.(Lihat Pikhtail)

Terjemahan yang saya rujuk:

Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang  dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin

Untuk ayat 25:32

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَوْلَا نُزِّلَ عَلَيْهِ الْقُرْآنُ جُمْلَةً وَاحِدَةً كَذَلِكَ لِنُثَبِّتَ بِهِ فُؤَادَكَ وَرَتَّلْنَاهُ تَرْتِيلًا
Waqala allatheena kafaroo lawlanuzzila AAalayhi alqur-anu jumlatan wahidatan kathalikalinuthabbita bihi fu-adaka warattalnahu tarteelan

Those who reject Faith say: "Why is not the Qur'an revealed to him all at once? Thus (is it revealed), that We may strengthen thy heart thereby, and We have rehearsed it to thee in slow, well-arranged stages, gradually.  

Terjemahan yang tidak mengelirukan pada saya ialah:

Orang-orang yang tidak percaya berkata, "Mengapakah al-Qur'an tidak diturunkan kepadanya semua sekali gus?" Begitulah, supaya Kami memperteguhkan hati kamu dengannya, dan Kami membacakannya dengan bacaan sebenar.

Waqala allatheena kafaroo: Orang-orang yang tidak percaya berkata(Those who reject Faith say)

lawlanuzzila AAalayhi alqur-anu jumlatan wahidatan:"Mengapakah al-Qur'an tidak diturunkan kepadanya semua sekali gus?" ("Why is not the Qur'an revealed to him all at once?)

kathalikalinuthabbita bihi fu-adaka warattalnahu tarteelan: Begitulah, supaya Kami memperteguhkan hati kamu dengannya, dan Kami membacakannya dengan bacaan sebenar.

Pada saya terjemahan yang saya rujuk baik Inggeris mahupun Melayu adalah seiring dengan sifat ayat Arab didalam AL-Quran, tidak beku, tidak setempat. Masih aktif dan global.  Dan terasa bahawa ayat ini juga ditujukan kepada saya.

QUOTE:
Diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [32:2]

Tak kah kita sedar bila disebutkan kitab(dlm al-Quran) itu di ditetapkan/diletakkan/dilisankan/ditulis kepada hati orang yg beriman. Ini beerti hafazan supaya solat itu mudah, lancar dan sempurna, kita lancar melafazkan ayat-ayat Allah.

Saya tidak pernah syak, tidak pernah ragu.  

2:2. Kitab itu, di dalamnya tiada keraguan, petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan),

QUOTE:
Reply #1 dexa's post

Have faith my friend, Quran including the lengthy translation will never be a Quran if it reside on papers and books. That just was meant to be the words of God. It is in the heart of men that the Quran will found its true origin, brought to its full potential where the light will began to emerge, where it will take over our life, feed us, cloth us, guide us, protect us, direct us, sustain our very existence. No ordinary propagandas and mediocre false prejudices could hold over it even on a single phrase. It's always in it's best keeping condition to the last day of this world.

al-Quran itu sebenar-benar kedudukannya didlm hati manusia, supaya dilafazkan dgn mudah dan diaplikasikan. Penyempurnaan di dlm kitab-kitab kertas, hanya sekadar tatapan dan bacaan shj bukannya kitab al-Quran itu hanya ayat-ayat Allah. Tetapi dgn cara perantaraan tersebut kalam Allah itu sampai kepada hati kita.

Alahdulillah, segala puji bagi Allah.  Tiada lanjutan dari saya.  Tetapi tolong terangkan sedikit mengenai 'hanya sekadar tatapan dan bacaan shj bukannya kitab al-Quran itu hanya ayat-ayat Allah'
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.075171 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list