CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: puddle

Bahasa dalam Solat [merged: + AniSani]

[Copy link]
Post time 20-7-2007 02:43 AM | Show all posts
Al Qur'an adalah peringkat i'jaz kerana terlalu mendalam pemahaman bahasanya.
Di dalam Al Qur'an terdapat ringkasan(mujmala) dan kompleks(mushkila).

Aku sekarang ni bab solat pun tak abis belajar lagi.( mendalami pengertian solat)

Yang terbaru aku dapati adalah pembacaan al-Fatihah~ Kalau tak betul sebutannya maka ia beralih kepada sebutan nama Syaitan. Haaa... itu sebab lah guru2 menekankan sebutan yang betul pada al-Fatihah.( Kenapa sekarang baru aku dapat tahu? )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2007 10:31 AM | Show all posts
Solat ni bukan lah susah jika di pelajari.

Dlm kitab feqah ada menyebutkan jika seseorg itu lemah dari menyebutkan seumpama Allahu Akhbar dgn bahasa arab maka sah ia sebut dgn apa bahsa yg difahaminya, jika lemah dari membaca surah fatihah maka hendaklah ia membaca apa-apa zikir yg didapatnya dan jika lemah juga hendaklah ia diam sekadar lamanya org membaca fatiha yg pertengahan. Begitu juga dgn rukun qauli yg lain seperti taysahud dan salam. Tetapi dgn syarat mereka ini hendaklah belajar atau telah belajar tetapi tiada mendapat. Maka sah ia untuk dirinya.

Wallahua'lam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 11:37 PM | Show all posts
Originally posted by UFWL at 21-7-2007 10:31 AM
Solat ni bukan lah susah jika di pelajari.

Dlm kitab feqah ada menyebutkan jika seseorg itu lemah dari menyebutkan seumpama Allahu Akhbar dgn bahasa arab maka sah ia sebut dgn apa bahsa yg dif ...


Ini dari kitab feqah Kifayatul Muhtadi karangan uhammad Nur b. Muhammad bin Ismail Al Fathani yang merupakan kitab syarah kepada  kitab Cahaya Salam Mubtadi karangan Syeikh  Daud Abdullah Al Fathani berkenaan badal atau pengganti Al Fatihah dalam sembahyang. Yang tak bold tu ulasan saya.

Maka jika lemah ia daripada segala ayat fatihah kerana tiada yang mengajarnya atau ketiadaan mushaf atau sempit waktu atau lainnya, maka wajib atasnya membaca tujuh ayat daripada quran yang tiada kurang hurufnya daripada huruf fatihah dan jikalau bercerai-cerai sekalipun.

kalau seseorang tu lemah nak baca fatihah dalam bahasa Arab kerana tak dak orang ajar, takdak mushaf ataupun tak sempat nak belajar (masuk Islam sebelum Asar, jadi dah masuk asar dah wajib sembahyang) dan lain2 sebab, mula-mula dia boleh "badal" atau ganti dengan bacaan surah lain dari Al Quran yang dia tahu yang tidak kurang huruf dari fatihah, walaupun bercerai-cerai. Contoh : Qulhuwallah 5 ayat baca dua kali... ataupun Bismillahirrahmaa nirraahiim. 10x dsbgnya.

Maka jika lemah ia daripada tujuh ayat yang wajib dibaca tujuh bagi daripada zikir atau doa atau daripada keduanya yang tiada kurang hurufnya daripada huruf fatihah dan wajib bahawa doa itu bergantung dengan akhirat dan tiada disyaratkan pada ayat dan zikir dan doa bahawa diqasadkan akan dia ganti daripada fatihah bahkan syaratnya bahawa tiada diqasad dengan dia akan yang lain daripada membaca fatihah.

Next kalau tak boleh juga, bacalah zikir atau doa (berkaitan Akhirat) dalam bahasa Arab. Contoh Lailaahaillallah 8X. Ataupun Allahummaghfirlii 8x.

Maka apabila kuasa ia atas mendatangkan satu suku daripada fatihah wajib diulangkan dia sekadar fatihah selama tiada kuasa ia atas badalnya sama ada quran atau zikir dan jika tiada kuasa ia atas badalnya juga wajib ia membaca satu suku yang daripada fatihah dan ia sempurnakan dengan badalnya serta memelihara aturannya.

Ketika menggunakan badal, kalau dia boleh al fatihah sebahagian sahaja atau sedikit perlulah dia baca bahagian fatihah yang diketahuinya itu kemudian TOP UP dengan badal atau ganti  ( ayat quran  lain, zikir atau doa) tersebut. Contoh: Bismillahirahma nirrahim. Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Lailaahaillallah. Allahumaghfirli. dan seterusnya..

Maka jika lemah ia daripada fatihah dan badalnya dan daripada menterjemah akan zikir atau doa dengan bahasanya

Next kalau tak boleh juga, bacalah terjemahan fatihah dalam bahasanya sendiri, kalau tak boleh terjemahan fatihah, baca terjemahan ayat al quran, kalau tak boleh terjemah zikir dan seterusnya kalau tak boleh juga, terjemahan doa dalam bahasa sendiri.

wajib ia berdiri kadar membaca fatihah orang yang sedang pada zhonnya.

Dan akhir sekali kalau tak boleh, berdiri pada kadar membaca fatihah yang sedang (sederhana) dalam keyakinannya.

Perkara inipun applicable kepada rukun qauli yang lain. Dan tidak perlu diqasadkan atau diniatkan bacaan2 itu adalah pengganti fatihah/tasyahud dsbgnya, malah perlu diqasadkan itu adalah bacaan sebenar yang wajib dalam sembahyang.

Wallahua'lam.

[ Last edited by  always_typo at 23-7-2007 12:22 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 02:24 AM | Show all posts
Originally posted by zerozone at 17-7-2007 08:25 AM
Kalau kita bersin ketika solat dan tercakap'' aaacum'' pun dah terbatal solat kita. Baca Fatihah tak betul sebutan pun boleh terbatal solat. So macam mana kita nak guna bahasa lain dalam solat?


Can anyone verify this?
Aku tak pernah pulak dengar pasal bersin boleh batalkan solat.
Setahu aku, bercakap tu yang membuatkan batal.

Teringat pesan Akhil Hayy, semasa solat jaga daripada menguap.
Kalau sampai ke tahap bunyi "aahh..", syaitan seronok gila.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2007 03:36 AM | Show all posts
Entah..aku pun tak pernah dengar jugak..

Takkan sampai macam tu kot. Bukankah ISLAM tu indah dan tidak menyusahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 02:16 PM | Show all posts
yang paling penting....buat...selalu buat...mesti ingat...bila ingat cuba fahami...dan dalami...macam mengaji Al-Quran...kita kenal dan hafal ayat Quran....then mendalami...dan amalkan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2007 01:48 PM | Show all posts

Mengapa sembahyang mesti dalam bahasa arab

Assalamualaikum pada semua ,

Soalan ini sebenarnya dari seorang kawan saya , yang menanyakan kepada saya , " mengapa orang islam mesti sembahyang dan menggunakan bahasa arab , mengapa tidak boleh bersembahyang gunakan bahasa ibunda sendiri ?"

Dia mengejek-gejek saya seolah-olah tuhan orang islam ini terhad perbendaharaan katanya dan hanya tahu bahasa arab sahaja , kerana itulah sembahyang orang islam mesti dalam bahasa arab sahaja

Kepada kawan-kawan yang mahir dan ada sumber mengenai perkara ini , diharap dapat menjawab kekusutan ini , terima kasih

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 02:05 PM | Show all posts
Ayat Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab...bukannya dlm bahasa lain..mana org baca quran dlm bahasa tamil ke, cina ke, omputeh, melayu..semua dlm bahasa arab..kalau dlm bahasa2 lain tu cuma terjemahan je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2007 02:08 PM | Show all posts
Soalan kenapa nie susah sangat nak jawab, tapi Imam Hanafi pernah berijtihad boleh menukarkan bacaan sembahyang bahasa Arab itu ke dalam bahasa harian kita, tapi dengan syarat yang kita memang tak dapat melafazkan dengan baik, dan berusaha untuk memperbaiki bacaan kita. Nie yang ustaz aku pernah cakaplah.

Kedua, dari pendapat aku, isunya ialah keseragamaan. Bahasa arab boleh dikatakan bahasa komunikasi didalam konteks ibadah Islam, meaning supaya boleh menyenangkan umat Islam mengamalkan ibadah dalam satu bahasa yang standard. Tapi tak semestinya kita kena expert plak dalam bahasa arab didalam konteks kehidupan seharian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 02:09 PM | Show all posts

Reply #1 AniSani's post

agama islam tidak bergantung pada bangsa

agama islam untuk semua
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 02:09 PM | Show all posts
Cakap kat dier..   Itu standard untuk semua org Islam.... sebagai tanda unity & uniformity ...  And all of muslim sembahyang mengadap ke Kaabah (kiblat)...

Lagipun ajaran Islam di turun melalui Nabi Muhammad, dan dia adalah seorang Arab.
Jadi mmg wajar dalam bahasa Arab....

Tapi kita boleh berdoa dalam bahasa apa2 pun....  Lagipun mempelajari bacaan2 dalam sembahyang tu sesuatu yg org2 Islam  kena belajar semasa kecil lagi.. Jadi tak ader masalah.....   Kenapa nak pertikaikan pasal perbendaharaan pulak???

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 02:14 PM | Show all posts
jangan dilayan org cmtu...dorg sj nak memperlekehkan..tak rugi pape pon...ckp le biar dia dgn agama & keprcayaan dia & biar awak dgn agama & kepercayaan awak sndiri....selebihnya kite tau sebenarnya...tp mgkin sbb tak ckup ilmu didada kite x mmpu nak berhujah....cite pjg lebar pon bukan dorg faham...smua nabi & rasul kite dr golongan berbangsa arab....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 02:21 PM | Show all posts

Reply #1 AniSani's post

Sebab Muhammad S.A.W diutus untuk semua dan baginda diberi wahyu dalam bahasa Arab:

"Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)."(Surah Saba' 34:28)

" Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quranyang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk)memahaminya."
(Surah Yusuf 12:2)

"

[ Last edited by  eastrun at 7-9-2007 02:28 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 02:22 PM | Show all posts
beritahulah kepadanya berkemungkinan kawan ani tu masih tidak tahu yang 'Solat' itu untuk ALLAH diperintahkan oleh ALLAH melalui Rasulullah supaya melakukan apa yang Rasulullah buat kita ikut.. Di dalam perbuatan peribadatan itu yang dilakukan oleh baginda Rasulullah melalui bacaannya adalah dalam bahasa 'Arab'. Rasulullah tidak menggunakan Bahasa lain selain dari bahasa Arab... kita sebagai umat Rasulullah wajib mengikutinya.. jika tidak ... tidak 'Sah' solat kita.. kerana kita adalah pengikut serta umat Rasulullah.

jika kawan ani tidak terima jawapan tersebut katakan saja jika dia bukan muslim contoh nya christian ... jika dia pengikut Nabi Isa a.s kata saja baginda juga tidak mengunakan bahasa Inggeris... jika Budha... kemungkinan Budha menggunakan bahasa tamil .... kalau susah sangat tak payah layan .....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 02:26 PM | Show all posts
haah..org mcm ni sesaje nk provoke ko..
aku setuju klu ade kawan2 yg kata, solat mesti mgunakan b.arab krn ia menunjukkan penyatuan kite as moslem people.
tk mcm sesetgh agama tu, tuhan dorangpun mcm2 rupa, bentk n jenis
dan rasul terakhir kite drp org yg berbangsa arab..
klu rasul terakhir drp org melayu, tentulh solat dlm bahasa melayu..
apapun bahasa arab adlh bahasa yg unik, bkn mcm bahasa2 yg lain.
tulh sebabnya kitab2 terdahulu spt taurat, injil dan zabur tu boleh diubahsuai mngikut citarasa 'mereka' .
tetapi itu tidak berlaku pada al-quran w/pun 'mereka' m'cuba berkali2.
dan lg satu bahasa syurga juga merupakn bahasa arab

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 02:28 PM | Show all posts
Mungkin juga masalah intonasi kalau ditranslatekan. Al Fatihah sebagai contoh, ianya diambil dari Quran, dan walaupun Quran tu bahasa Arab, tapi dia ada set grammar tersendiri. Kalau kita nak translate mungkin boleh tapi originaliti nada & feel tu dah tak sama, unless kita bikin satu standard sebutan didalam bahasa Melayu.<br /><br />Hang tak percaya, hang cuba baca teks sastera melayu klassik, dan teks sastera melayu modern, hang akan detect perbezaan nya

[ Last edited by  St.Yeepi at 7-9-2007 02:33 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2007 02:49 PM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 7-9-2007 12:48
Assalamualaikum pada semua ,

Soalan ini sebenarnya dari seorang kawan saya , yang menanyakan kepada saya , " mengapa orang islam mesti sembahyang dan menggunakan bahasa arab , mengapa tidak bo ...


Pernah ade seorang wanita yang bertanya kepada Ummul Mukminin (ibundanya orang-orang mukmin) Aisyah binti Abu Bakr radhiallahu anha:"Yaa Aisyah, kenape sih orang yang haidh itu hanya diperintah untuk mengqadha puasa dan tidak mengqadha shalat". Setelah itu Aisyah marah kepada si penanya dan berkata:"Karena itulah yang dicontohkan oleh Nabi".  Mengape Aisyah marah, karena banyak hal-hal yang tidak perlu ditanyakan dan ada juga hal-hal yang perlu ditanyakan. Yang tidak perlu ditanyakan seperti:"Kenape zuhur itu disiang hari dan kenape 4 rakaat?" etc.
Dan Allah berfirman:"apa-apa yang diperintah Nabi maka ikutlah, dan apa-apa yang dilarangnya maka jauhilah", dan Firman Allah:"Telah ada pada dirinya ( Muhammad) suri tauladan yang baik bagimu".

Jadi bisalah sis 'aniSani" menjawab "Karena inilah yang dicontohkan Nabi kami dan kami beriman kepada setiap i milimetre perkataannya dan berusaha melakukan apa saja yang dikatakannya sesuai kemampuan kami". Tidak seperti oragn Yahudi dan Nashrani yang mendustakan Nabi-Nabi mereka bahkan membunuhnya.

This answer untuk melengkapi yang lain saja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 03:54 PM | Show all posts
semua jawapan di atas bernas... nasi tambah dr In...

bahasa arab adalah bahasa terkaya di dunia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 03:56 PM | Show all posts
Kadang-kadang orang bukan Islam confuse tentang solat dan doa. Kedua2nya diterjemah sebagai prayers dalam BI.

Solat adalah perlakuan istimewa, kombinasi perlakuan penyembahan Allah  melalui kombinasi perkataan, perbuatan dan pemikiran, yang dilakukan umat Islam yang bermula dari takbir dan berakhir dengan salam pada waktu2 tertentu dalam sehari. Disiplin solat yang diajar Nabi kita (yg belajarnya dari Jibril dan dari Allah swt) menyuruh kita membaca sebutan2 Arab tertentu mengikut peraturan2nya. Disiplin itulah yang perlu orang Islam ikut sehingga selesai solat.

Mempelajari dan mengguna bacaan Arab dalam bersolat telah dibebankan oleh Allah kepada orang Islam yang mukallaf. Beban itu sama dengan beban2 lain dlm solat seperti kena ruku' dulu sebelum sujud, salam lepas tahiyat. takbir dipermulaan dan lain-lain iaitulah dipanggil syari'at Islam dalam konteks solat.

Bagi orang Islam, tidak timbul isu bahasa apa yang digunakan, Quran sendiri kata di banyak tempat (contoh ayat kursi) Allah tahu apa dalam hati kamu, bahasa apa yang kita guna dalam hati kita? Tapi beban syari'at solat sudah begitu yang diajar Nabi, wajib dibaca dalam bahasa Arab - jadi perlulah diikut dengan taat. Kenapa rakan anda tidak pula mempersoalkan kenapa solat tak bermula dengan sujud ? Atau takbir terus tahiyat sebelum bangun ruku' dan sujud?  Atau lain2 lagi perihal rukun atau syarart solat? Bukankah itu satu beban yang pelik juga? Hatta kalau tidak diajarkan Nabi kepada kita, pasti kita tak tahu cara yang betul bersolat.

Perlu diingat syari'at solat juga memberi  kelonggaran2 dlm keadaan2 tertentu, hatta dari segi penggunaan bahasa sekalipun...


Doa pula boleh dilakukan bila-bila masa di mana-mana saja dalam bahasa apapun. Samalah juga pujian dan zikir kepada Allah iaitu perbuatan mulut dan hati boleh dibaca dalam bahasa apa jua. Afdhalnya of course dalam B. Arab tapi bebanan penggunaan bahasa Arab tidaklah strict macam yang dalam solat.


Sesungguhnya, Allah memahami dan mengetahui sehingga yang kita perkatakan dalam hati kecil kita yang paling kecil sekalipun. Mustahil Allah tidak memahami bahasa kita. Akan tetapi, syarat yang ditetapkan - dalam solat perlu bahasa Arab.

[ Last edited by  always_typo at 7-9-2007 03:59 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2007 07:30 PM | Show all posts
Cuba kita pakai anasir logic aqal, andai kata kita orang Kelante, then jumpa Nik Aziz atas urusan rasmi, tak kan nak cakap Kelante? Betui tak? Macam tu gak kalau kita nak sembah Allah. Kita tengok mana mana agama sekalipun, kalau dalam urusan ketuhanan semuanya ada adab dan tertib, contoh dalam Kristian, rasanya walaupun lagu yang dorang nyanyi kat gereja tu tak terikat ngan satu bahasa, tapi still ada adab dan tertib didalam masa menyanyi tu...

Kalau contoh kat atas tu formal sangat, kita pakai lagi contoh yang nie, let say ngan kengkawan kita, kita cakap ikut mat rempit punyer style, tapi kalau kita ada akal dan pakai akal tu, tak kan ngan orang tua kita nak cakap macam tu厖厖..

Tak tahu lah kalau kawan hang tu jenis tak campoq ngan orang lain hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.097285 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list