CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Himpunan posting Syd

[Copy link]
 Author| Post time 21-8-2007 09:17 AM | Show all posts

Syirik

Elak terlibat ritual berbau syirik

Abu Zaki Ismail.

Firman Allah: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. (An-Nisaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-8-2007 09:48 AM | Show all posts

Kaji undang-undang nafkah anak luar nikah

Kaji undang-undang nafkah anak luar nikah SHAH ALAM 23 Ogos
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2007 12:21 PM | Show all posts
ini lah dunia akhir zaman. bukannya berfikir utk mengurangkan fenomena terlalu banyak lahirnya anak luar nikah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2007 01:01 PM | Show all posts

Feng shui tentukan untung rugi?

Feng shui tentukan untung rugi?

Oleh Idris Musa
[email protected]



HASIL tinjauan penyelidik mendapati arkitek di Sydney dan Hong Kong secara umumnya bersetuju dengan kesempurnaan model berasaskan feng shui dalam pemilihan persekitaran bangunan dan perancangan dalaman.

Rezeki, untung rugi pemberian Allah

HASIL tinjauan penyelidik mendapati arkitek di Sydney dan Hong Kong secara umumnya bersetuju dengan kesempurnaan model berasaskan feng shui dalam pemilihan persekitaran bangunan dan perancangan dalaman.

Senario itu membuktikan konsep dipraktikkan masyarakat Cina sejak zaman berzaman masih diterima masyarakat moden hari ini - percaya kepada keuntungan, keselesaan dan kesejahteraan melalui ukurannya.

Apa tidaknya, Donald Trump, Putera Charles dan News Corporation iaitu satu konglomerat media terbesar dilaporkan turut merujuk kepada konsep feng shui dalam melangkah dunia kemegahan masing-masing.

Feng shui yang juga dikenali sebagai 慘an-Yu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-8-2007 04:45 PM | Show all posts

Tabung Zakat Asean

P. Pinang tubuh Tabung Zakat Asean
24-08-2007 04:07:46 PM
KEPALA BATAS:  Pulau Pinang memulakan inisiatif mewujudkan Tabung Zakat, Wakaf, Infaq dan Sukarelawan Asean (Pulau Pinang) bertujuan membantu umat Islam yang ditimpa kesusahan atau bencana.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) Shabudin Yahaya berkata untuk tujuan itu, satu peratus daripada kutipan zakat di negeri ini iaitu kira-kira RM300,000 akan disumbangkan kepada tabung berkenaan bagi membantu Islam yang benar-benar memerlukan.

"Untuk permulaan kita lancarkan di peringkat negeri Pulau Pinang dan sudah ada perancangan untuk dilaksanakan di peringkat nasional melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Tabung itu dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Universiti Sains Malaysia, Ahad ini.

Shabudin berkata pada majlis yang sama, Abdullah akan merasmikan Ijtima' Wakaf dan Zakat Pulau Pinang: Perkongsian Pintar dengan Negara Asean.

Seramai 5,000 peserta terdiri daripada tokoh agama, ahli akademik dan pelajar institusi pengajian tinggi dijangka menghadiri ijtima' itu.

Dua kertas kerja akan dibentangkan dan beberapa wakil dari negara Asean turut dijemput untuk memberi ulasan mengenai kertas kerja itu.

"Ini akan memberi ruang kepada wakil dari negara Asean itu memberi pandangan dan berkongsi pengalaman bagi kepentingan umat Islam," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2007 03:42 AM | Show all posts
syukran syd....byk info aku dapat, tapi kena save la... then baca bebetul... x sempat nak baca online nih... lagipun buleh wat koleksi gak kan...
syukran....syukran jazilan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-8-2007 01:38 PM | Show all posts
Jadikan Malaysia model pengurus zakat terbaik

PULAU PINANG 26 Ogos
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2007 09:24 AM | Show all posts
Suami 憇uri rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-9-2007 01:08 PM | Show all posts
Doa cari anak hilang

SAYA bersimpati dan sedih dengan apa yang berlaku kepada Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang sehingga hari artikel ini ditulis belum ditemui selepas hilang sejak 20 Ogos lalu.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengajak orang ramai supaya menjadi 憁ata
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2007 10:00 AM | Show all posts
Jayakan Deklarasi Mekah -- PM garis 5 langkah pastikan negara-negara Islam membangun
Oleh HATA WAHARI

KUALA LUMPUR 2 Sept.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2007 11:20 PM | Show all posts
Jakim nasihatkan umat Islam berbuka puasa di premis halal

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan umat Islam supaya memastikan juadah yang mereka makan ketika berbuka jelas status halalnya sejajar dengan anjuran Islam supaya memilih makanan yang tidak meragukan.

Sehubungan itu, pemilik-pemilik premis makanan dinasihati supaya memohon sijil halal supaya tidak menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam yang berbuka puasa di premis mereka.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abd Aziz berkata, ini perlu bagi memudahkan umat Islam memilih premis makanan yang tidak meragukan ketika berbuka puasa.

Justeru, beliau meminta pengusaha restoran atau hotel yang masih belum mempunyai sijil halal supaya berbuat demikian dengan mendapatkan nasihat daripada Jabatan Agama Islam negeri-negeri berkenaan.

Umat Islam seluruh negara dijangka memulakan ibadat puasa Khamis ini. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2007 09:40 AM | Show all posts
Islam larang main mercun
Oleh HASBULLAH MAT DAUD

Isu mercun cukup sebati dengan musim perayaan. Saban tahun setiap kali musim perayaan, pasti ada kes berkaitan mercun atau tragedi malang membabitkan kanak-kanak menjadi mangsa mercun.

Isu ini sudah sebati dalam masyarakat, malah seolah-olah menjadi tradisi setiap kali menjelang Ramadan dan kes sedemikian sepatutnya dapat dielakkan itu masih berlaku.

Pelbagai usaha diambil kerajaan untuk mengatasi masalah ini melalui Akta Bahan Letupan 1957. Seksyen 4 (2) akta tersebut memperuntukkan undang-undang sesiapa yang bersalah mengilang, memiliki dan mengimport mercun atau bunga api, boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Selain itu, tangkapan kerana kesalahan memiliki, menjual dan menyeludup mercun juga dibuat pihak penguat kuasa tetapi penjualan dan penyeludupan mercun masih berleluasa.

Buktinya, setiap kali Ramadan tiba, pasti ada penjualan bahan mercun, malah penjual tersebut terang-terang mempamerkan bahan larangan tersebut di khalayak ramai.

Orang ramai masih kurang mengambil berat dan menyedari bahaya bermain mercun. Ada segelintir ibu bapa memainkan peranan membeli mercun untuk anak-anak tanpa menyedari kemungkinan barang larangan tersebut mengundang padah.

Dalam hal ini, pendekatan agama boleh dilakukan bagi menyedarkan masyarakat bahaya bermain mercun dan jelas ia mengundang bahaya yang boleh memudaratkan diri sendiri. Islam

sebagai agama yang merangkumi segala aspek dan ruang kehidupan baik di dunia mahupun di akhirat. Islam menjelaskan tatacara hidup yang lengkap dan mempunyai prinsip tersendiri

dan selari dengan kehendak syariah bagi menjamin objektif syariah (maqasid al-syariah) dalam erti kata yang sebenarnya.

Sebenarnya apa yang telah dilakukan oleh kerajaan dengan penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang bahan letupan adalah tanggungjawab kerajaan. Perkara ini telah diiktiraf oleh Islam melalui konsep al-masalih al-mursalah. Oleh itu, menjadi kewajipan kita semua mentaati dan memahami apa yang telah digariskan oleh kerajaan.

Al-masalih al-mursalah bermaksud kepentingan dan kepentingan yang tidak disebutkan oleh secara jelas dan terang dalam nas iaitu al-Quran dan hadis. Oleh itu, kepentingan dan keperluan undang-undang yang berkaitan dengan bahan letupan itu selari dengan kehendak ajaran Islam.

Sekiranya perbuatan bermain mercun dilihat dari perspektif maqasid al-syariah ia boleh dikategorikan dalam konsep pemeliharaan nyawa (hifzu al-nafs).

Amanah

Islam menyuruh menjaga nyawa kepada kelangsungan kehidupan manusia supaya dapat terus menjalankan tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi. Maka, tujuan ini memberi kepastian bahawa perbuatan-perbuatan yang menjejaskan nyawa dan tubuh badan adalah dilarang.

Oleh itu, perbuatan bermain mercun yang membabitkan kecederaan yang serius sehingga ada mangsa yang cacat, malah ada yang buta akibat bermain mercun adalah dilarang keras oleh Islam. Hakikatnya, maqasid al-syariah telah menggariskan panduan hidup untuk manusia sejagat di dalam semua aspek kehidupan.

Sebaliknya, sebarang usaha untuk menyelamatkan nyawa manusia atau memperbaiki tahap kesejahteraan dan kesihatan manusia adalah amat digalakkan manakala perkara-perkara yang boleh memudaratkan, melakukan perbuatan yang boleh mengundang padah dan mencacatkan anggota badan adalah dilarang sama sekali.

Dalam konteks yang lebih luas dapat difahami bahawa bermain mercun merupakan satu perbuatan yang salah dan dilarang oleh Islam kerana impak dan akibat amalan bermain mercun jelas membawa kepada kemudaratan kepada pemain mercun itu.

Akan tetapi, masyarakat hari ini memandang ringan dan remeh berkaitan bermain mercun seolah-olah ia tidak menjadi kesalahan. Tahap kesedaran masyarakat khususnya ibubapa masih kurang, malah di tahap membimbangkan.

Inilah penyakit yang menjadi barah dalam masyarakat yang belum dapat diubati. Saban tahun pasti kedengaran ada mangsa akibat bermain mercun. Apa yang mengecewakan dan menyedihkan ialah rata-rata mangsa terdiri daripada kanak-kanak pertengahan umur.

Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting dalam membentuk peribadi dan sahsiah anak-anak. Ibu bapa adalah pelindung kepada anak-anak. Perlu diingati bahawa yang menjadi mangsa adalah anak-anak yang tidak tahu erti kecelakaan. Ada pula sesetengah ibu bapa bersikap lepas tangan tanpa mempedulikan apa yang anak lakukan. Rasionalnya, ibu bapa bertanggungjawab secara mutlak menjaga keselamatan anak-anak.

Firman Allah yang bermaksud: Dan belanjakanlah (harta benda kamu ) di jalan Allah, dan janganlah kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan. (al-Baqarah: 195)

Dapat difahami bahawa Allah melarang kita melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kecederaan, kemusnahan dan penderitaan. Amat jelas perbuatan bermain mercun sudah tentu boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri dan juga kepada orang lain.

Hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas yang bermaksud, 搕iada mudarat dan tidak boleh membalas sesuatu kemudaratan dengan mudarat. (Sunan Ibnu Majah)

Secara ilmiah, hadis tersebut menerangkan kepada kita adalah menjadi kewajipan menolak kemudaratan atau kemusnahan sama ada pada diri sendiri atau orang lain.

Oleh itu, perbuatan bermain mercun yang boleh mendatangkan kecederaan anggota tubuh adalah dilarang sama sekali. Kebarangkalian mendapat kecelakaan amat besar. Oleh itu, tindakan menjauhi daripada bermain mercun mestilah diutamakan.

Tindakan kerajaan melarang menjual mercun adalah tepat dan selari dengan kehendak syariah. Menjadi kewajipan kita semua mentaati arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. Sewajarnya masyarakat mengetahui bermain mercun adalah dilarang oleh ajaran Islam.

Usaha yang berterusan mesti diteruskan bagi menjelaskan kepada orang ramai melalui pelbagai pendekatan termasuk pendekatan agama supaya gambaran tentang masalah ini dapat diperbetulkan.

Masyarakat perlu dijelaskan tentang garis panduan yang telah ditetapkan oleh Islam melalui prinsip-prinsipnya dan tujuan-tujuan syariah (maqasid al-syariah) yang terkandung di dalamnya.

Menjadi tanggungjawab masyarakat, pihak kerajaan dan ibu bapa di dalam usaha menerapkan nilai-nilai murni dan seterusnya dapat menjamin kehidupan yang lebih sempurna.

* HASBULLAH MAT DAUD ialah pelajar Sarjana, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2007 12:06 PM | Show all posts
Penjajah sukar tumpaskan akidah Muslim di Nusantara
Oleh Nasron Sira Rahim
[email protected]

BATU bersurat antara bukti kedatangan Islam di Nusantara.




Risalah dakwah pesat di Asia tenggara, termasuk oleh pedagang Arab dan ulama perkukuh empayar Islam

"SEJARAH kedatangan Islam di Tanah Melayu bermula seawal abad ketujuh dan bukannya abad ke-15 seperti dakwaan kebanyakan orientalis," kata pensyarah Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Ali Mohammad, ketika memulakan kisah bagaimana syiar Islam sampai dan disebarkan di negara ini.

Beliau berkata, selepas kewafatan Rasulullah SAW pada 632 Masihi (M), dakwah Islam mula disebarkan ke seluruh dunia oleh kalangan sahabat dan pendakwah malah usaha itu semakin giat dijalankan ketika Islam mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman Abasiyah.

Sepanjang tempoh itu jugalah ajaran mulia Islam mula dibawa merentasi laut sehingga tiba di Kepulauan Nusantara termasuk di Tanah Melayu.

"Sebelum Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi rasul lagi, sudah ada hubungan antara kerajaan di Kepulauan Nusantara dengan Tanah Arab apabila ramai pedagang Arab yang ingin belayar untuk berurusniaga di Canton, China, singgah di sini terlebih dulu.

"Apabila syiar Islam berkembang, hubungan perdagangan itu berterusan dan pedagang yang sudah menganut Islam turut berdakwah menyampaikan agama suci ini kepada penduduk tempatan setiap kali mereka singgah di Kepulauan Nusantara," katanya.


MASJID menjadi pusat perkembangan dakwah dan ilmu.


Katanya, terdapat tiga saluran kedatangan Islam ke Kepulauan Nusantara iaitu dibawa pedagang dari Tanah Arab, China serta India dan kebanyakan mereka berpegang kepada fahaman mazhab Shafie.

Dr Ali berkata, ketika usaha dakwah itu mula dijalankan, tidak banyak kerajaan Melayu yang menerima Islam tetapi melewati masa, ia mula membekas di hati penduduk di kepulauan berkenaan sehingga mereka dengan ikhlas mengucap dua kalimah syahadah.

"Kerajaan Samudera Pasai menjadi Kerajaan Islam pertama di Nusantara ketika Majapahit dan Srivijaya masih berpegang kepada kepercayaan lama iaitu Hindu Buddha,” katanya.

Seterusnya usaha gigih pendakwah menyebabkan beberapa kerajaan lagi turut menjadi Kerajaan Islam termasuk kerajaan di Tanah Melayu antaranya Kedah Tua sekitar abad kesembilan, Terengganu (abad ke-13) dan Kelantan (abad ke-12).

"Penemuan wang syiling perak Abasiyah Kota Sungai Mas, Kedah membuktikan kerajaan itu lebih awal menerima Islam dan ia disebarkan saudagar Arab dikenali sebagai Sulaiman pada 940 M. Kelantan sendiri sudah menerima Islam pada 1181 apabila dinar emas dijumpai di negeri itu.

"Penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu yang antara lain bertulisan jawi dan menerangkan hukum Islam membuktikan Islam sudah bertapak di negeri itu pada atau sebelum 1326," katanya.

Islam semakin mengukuh di Nusantara apabila Kerajaan Melaka diasaskan pada abad ke-15 seterusnya Parameswara memeluk Islam pada 1414 sehingga menjadikan kerajaannya juga sebagai sebuah Kerajaan Islam.

Kitab Hikayat Raja-raja Pasai dan Bustanus Salitin menyatakan Islam disebar di Melaka oleh Syeikh Abdul Aziz yang berasal dari Makkah. Beliau berjaya mengislamkan pembesar dan rakyat Melaka.

Parameswara menganut Islam selepas berkahwin dengan Puteri Ratna iaitu puteri Raja Perlak dan beliau kemudian menggunakan gelaran Sultan Iskandar Syah.

Sejak itu, Islam semakin tersebar luas apabila tumpuan utama diberikan pemerintah kerajaan terbabit terhadap pengajaran dan pengajian agama wahyu itu menyebabkan Melaka menjadi pusat pengembangan Islam di alam Melayu.

Dari Melaka, Islam semakin berkembang termasuk di negeri lain di Tanah Melayu malah negeri itu turut menjadi tempat pertemuan ulama dan pendakwah daripada pelbagai tempat seperti Tanah Arab dan Pasai.

Ulama menjadi guru yang mengajar ajaran Islam kepada kerabat diraja, pembesar dan rakyat manakala pendakwah pula tidak jemu menyebarkan keindahan Islam kepada umum. Layanan baik diberikan kepada pihak ini malah pemerintah Melaka turut menyediakan tempat tinggal kepada mereka.

Sultan Melaka sendiri turut menyokong dan membabitkan diri dalam usaha dakwah malah pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, diwujudkan institusi agama seperti pusat pengajian ilmu dan masjid.

Amalan Islam diterapkan di dalam kehidupan malah hubungan ulama dan pemerintah dalam mentadbir negeri dilakukan dengan baik.

Pada 1511, Portugis berbekalkan slogan 'Gospel, Gold and Glory' (Kristian, Emas dan Kemasyhuran), menyerang Melaka sehingga berjaya menggulingkan kerajaan berkenaan sebelum menawan kota masyhur itu.

Serangan yang antara puncanya adalah demi menyebarkan agama Kristian itu dilakukan sebagai kesinambungan Perang Salib antara tentera Islam dan Kristian yang melanda dunia ketika itu. Hasilnya, mubaligh kristian turut dibawa masuk Portugis ke Melaka dengan harapan untuk menjatuhkan empayar Islam di Nusantara itu.

Dr Ali bagaimanapun berkata, keimanan terhadap Islam yang sudah kukuh di jiwa penduduk Melayu ketika itu menyebabkan usaha menyebarkan kristian itu sukar dilakukan malah ia ditentang habis-habisan oleh umat Islam.

"Apabila Kerajaan Melaka jatuh, pusat pengembangan Islam beralih ke Acheh tetapi walaupun pelbagai bangsa penjajah yang datang ke negara kita, kefahaman terhadap ajaran Islam serta sejarah Perang Salib menyebabkan penduduk Tanah Melayu ketika itu masih kekal memelihara akidah Islam mereka sehingga kini," katanya.

Budaya ilmu subur di alam Melayu

SEBELUM kedatangan Islam di Kepulauan Nusantara termasuk di Tanah Melayu, penduduk di wilayah berkenaan menganut fahaman Hindu Buddha selain kepercayaan animisme iaitu kepercayaan terhadap unsur ghaib dalam kehidupan.

Pensyarah Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Ali Mohammad, bagaimanapun berkata, kedatangan Islam menyebabkan orang Melayu mula meninggalkan adat dan fahaman terdahulu yang bertentangan dengan Islam.

Beliau percaya yang usaha menyesuaikan ajaran Islam dengan corak kehidupan masyarakat yang sudah lama dipengaruhi ajaran Hindu Buddha dan animisme bukanlah suatu proses drastik sebaliknya ia dilakukan secara berperingkat dan memakan masa.

Berikutan itulah didapati masih wujud beberapa pengaruh budaya Hindu dan animisme di dalam masyarakat pada hari ini antaranya upacara persandingan selain kepercayaan terhadap dukun, bomoh dan hantu.

"Walaupun sukar, dakwah yang diperkenalkan pedagang termasuk menerusi akhlak mulia selain kebenaran Islam itu sendiri menyebabkan masyarakat Melayu ketika itu percaya bahawa Islam adalah agama sebenar seterusnya berusaha mengamalkan ajarannya dan meninggalkan amalan agama lama," katanya.

Dr Ali berkata, selain menerusi dakwah yang disampaikan ketika berdagang, Islam turut disebar melalui perkahwinan apabila ada antara saudagar Muslim berkahwin dengan gadis tempatan. Seterusnya ikatan itu turut menarik minat keluarga si isteri untuk mendekati Islam.

"Islam juga turut berkembang menerusi politik iaitu apabila ketua kerajaan memeluk Islam, maka ramailah rakyat yang mengikuti. Apabila Kerajaan Islam melebarkan jajahan, kawasan baru yang ditaklukinya akan turut menerima Islam," katanya.

Beliau berkata, kedatangan Islam turut mempengaruhi dan mencetuskan budaya baru di kalangan masyarakat Melayu antaranya wujud sistem tulisan jawi yang berasal daripada tulisan Arab.

"Bagaimanapun, ada beberapa sebutan seperti 'nga' atau 'ga' yang tidak terdapat dalam sebutan Arab tetapi ada dalam percakapan orang Melayu, ditambah di dalam huruf jawi oleh ulama Nusantara," katanya.

Katanya, corak berpakaian masyarakat Melayu juga turut mengalami perubahan dan disesuaikan dengan syariat Islam yang melarang lelaki atau wanita mendedahkan aurat mereka. Hasilnya wujudlah baju kurung, selendang selain songkok dan serban.

Selain itu, Islam turut mempengaruhi aspek sastera dan kesenian dalam kehidupan masyarakat Melayu apabila hikayat Melayu mula dihasilkan selain terdapat ukiran ayat al-Quran dan tulisan khat ditemui pada batu nesan dan bangunan.

Seterusnya amalan budaya seperti majlis khatam al-Quran, majlis kesyukuran, kenduri arwah turut diserap ke dalam budaya Melayu.

"Kesedaran mengenai pentingnya mendalami ilmu agama menyebabkan munculnya ulama Melayu di Nusantara yang sanggup berkelana mencari ilmu di Pattani sehinggalah ke Makkah," katanya.

FAKTA: Kedatangan Islam di Nusantara

Sebelum kedatangan Islam, pengaruh Hindu Buddha yang berasal dari India dikatakan sudah menular ke Nusantara seawal abad keempat.
Samudera Pasai menjadi Kerajaan Islam pertama di Nusantara.
Melaka menjadi pusat pengembangan Islam selepas pengaruh kerajaan Samudera Pasai menurun.
Hukum kanun Melaka yang ditulis pada abad ke-15 menjadi bukti hukum Islam diterima sebagai sebahagian daripada perlembagaan Melaka. Ia diikuti Undang-undang Pahang yang mengisytiharkan Pahang sebagai Darul Islam (negeri Islam) di mana 42 daripada 68 fasal dalam undang-undang itu diterjemah daripada hukum fekah mazhab Shafie.

Penyebaran Islam ke rantau Asia Tenggara dilakukan menerusi perdagangan, penaklukan, peranan pendakwah, perkahwinan, tentera upahan luar yang memeluk Islam ketika berkhidmat di Kerajaan Islam selain peranan dan sokongan pemerintah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2007 10:38 AM | Show all posts
Kisah wanita-wanita Amerika memeluk Islam
Oleh: MAZLAN NORDIN

JARANG sekali dibaca ialah reaksi seorang ibu bukan Islam manakala anaknya memeluk agama Islam. Menarik perhatian kerana itu ialah catatan mengenainya dalam buku berjudul Muslims in America (Greenhaven Press) yang telah diedarkan di Malaysia.

Catatan tersebut ditulis dengan tertib dan tenang oleh Carol L. Anway yang juga mengirim kemudiannya borang-borang pertanyaan kepada sebilangan wanita-wanita Amerika yang telah pun masuk Islam. Jawapan mereka dirakam dalam buku lain bertajuk Daughters of Another Path: Experiences of American Women Choosing Islam.

Bilangan orang Islam di Amerika kini kira-kira enam juta dan Islam dianggap salah satu agama yang terpantas berkembang di negara tersebut. Menurut kajian, sejumlah 1,209 buah masjid telah dibina di Amerika, lebih setengah darinya dibina dalam masa 20 tahun lalu.

Anway memulakan catatannya dengan suatu pertanyaan yang diajukan oleh anaknya, Jodi. Ketika itu mereka dalam kereta menuju ke majlis perkahwinan. Jodi tiba-tiba bertanya: 揗ak, betapa kepercayaan mak mengenai Jesus?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2007 10:44 AM | Show all posts
Horizon: Negara Islam dinanti hantar misi angkasa sendiri
Oleh Khaidir Majid

CHINA melancarkan kapal angkasanya pertama untuk mengelilingi bulan, Rabu lalu. Usaha itu adalah langkah persediaannya bagi mendaratkan ‘taikonaut’ (angkasawan China) di bulan menjelang 2020. Awal tahun ini, negara kuasa besar Asia itu memeranjatkan Amerika Syarikat dengan membedil satelit lamanya untuk terkeluar dari orbit mengelilingi dunia.

Perkembangan berkenaan menyusul kejayaan China menjadi negara ketiga selepas Russia (1961) dan Amerika Syarikat (1962), menghantar melalui kapal angkasa sendiri, rakyatnya ke angkasa lepas pada 2003.

Beijing tidak bersendirian di Asia dengan menyimpan cita-cita untuk menawan angkasa lepas. Selain negara tembok besar itu, Jepun dan India adalah negara lain di Asia yang memiliki keupayaan melancarkan roket ke angkasa lepas.



Selepas sedekad berusaha, Tokyo, Februari lalu menyempurnakan misi menghantar empat satelit peninjau yang boleh memantau setiap pelosok bumi 24 jam. Jepun, seperti juga China kini merancang menghantar roket ke bulan.

India pula, selain memiliki program satelit, berharap melancarkan misi bulan Chandrayaan-1 tahun ini atau tahun depan. Malaysia, Korea Selatan dan Taiwan ketiga-tiganya juga mempunyai satelit mengorbit bumi. Korea Utara dan Pakistan pula memiliki keupayaan membangunkan program pelancaran misil yang mungkin kelak boleh dimanfaatkan untuk program menghantar roket ke angkasa lepas.

Tambahan kepada perkembangan ini semua, negara kita baru-baru ini menjadi satu-satunya negara Islam, selain Arab Saudi, menghantar rakyatnya ke angkasa lepas. Walaupun, usaha ini dilakukan menerusi kapal angkasa negara lain, sudah tentu ia akan mendorong banyak negara kecil lain untuk menghantar rakyatnya ke angkasa lepas. Seperti dilihat beberapa tahun lalu, apabila langkah negara kita membina pencakar langit untuk mencabar bangunan tinggi di Amerika mencetuskan pembinaan sama di negara lain.

Perlumbaan ke angkasa lepas yang sebelum ini hanya membabitkan kuasa besar Amerika dan Russia, kini terbuka luas. Mengapakah semakin banyak negara berminat melintasi dan meneroka sempadan baru ini? Kepentingan ketenteraan mungkin menjadi satu daripada pertimbangan kerana penguasaan angkasa juga bermakna kawalan yang lebih mantap terhadap medan perang di bumi.

Mungkin juga dari segi peningkatan prestij. Sesebuah negara dapat melonjak untuk berdiri sebaris dengan Amerika dan Russia menerusi kejayaan program angkasa lepasnya, lantas memudahkan teknologi dan produknya menembusi pasaran dunia.

Mungkin kedua-duanya sekali, ditambah pula dengan minat mengembangkan pengetahuan dan teknologi, seterusnya menjadi negara di barisan hadapan dalam pengembangan ilmu.

Umum mengetahui nilai sebenar seseorang adalah ilmunya dan tidak lain daripada itu. Di angkasa lepas, banyak uji kaji sedang dijalankan yang tidak mungkin dapat dilaksana di bumi. China, misalnya dilaporkan tahun lalu, menjalankan ujian dalam sebuah satelitnya untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain. Dalam uji kaji dua minggu itu, 2,000 benih didedahkan kepada radiasi kosmik dan graviti-mikro dalam usaha meningkatkan pengeluaran tanaman, lapor China Daily.

Bayangkan jika uji kaji ini berjaya, bukan saja China mampu memastikan rakyatnya mempunyai bekalan makanan mencukupi, ia turut bermakna negara itu kemungkinan dapat menguasai pasaran makanan dunia. Banyak lagi uji kaji dalam pelbagai bidang dilakukan di angkasa lepas dan hanya negara berkesempatan menghantar rakyatnya meneroka sempadan baru itu dapat membuat penemuan baru yang tidak mungkin dapat dibuat di persekitaran bumi.

Setakat ini, tidak ada negara Islam berkemampuan menghantar rakyatnya ke angkasa lepas menggunakan roketnya sendiri. Malaysia dan Arab Saudi sudah membuat langkah kecil ke arah itu. Namun, perjalanannya masih jauh dan memerlukan dana besar serta kepakaran tinggi dan pelbagai untuk menghantar roket ke angkasa lepas. China, Amerika dan Russia dengan sumber dana dan modal insan yang besar mungkin mampu melakukannya bersendirian. Negara Islam tidak mungkin mampu melakukannya secara bersendirian berikutan kebanyakannya jika kaya sekalipun tidak mempunyai kepakaran diperlukan.

Bagaimanapun jika sumber digabung, kemungkinan besar satu hari kelak satu program bersama negara Islam dapat turut menghantar misi meneroka angkasa lepas bagi memastikan umatnya tidak terus ketinggalan dalam kemajuan ekonomi dan bidang ilmu.

Penulis adalah Pengarang
Meja Luar Negara, Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 11:48 PM | Show all posts
sangat bermanfaat. leh wat rujukan. baru je aku masuk sini nak cari source td. hehehe.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2007 10:45 AM | Show all posts
Manuskrip zaman Dinasti Song akan dikaji
Oleh LUKMAN ISMAIL

MELAKA 28 Okt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2007 11:09 AM | Show all posts
Perlis pengamal mazhab Syafii tulen

MUKADIMAH

PERBINCANGAN mengenai mazhab di negara ini sentiasa mendapat perhatian masyarakat. Sebarang cubaan memperkenal atau memperbetulkan perkara yang sejak turun-temurun diamalkan mempunyai risiko yang besar.

Begitulah yang berlaku kepada Perlis. Sebuah negeri paling kecil di Semenanjung Malaysia tetapi sering mendahului dalam segi membuat tajdid (pembaharuan) terutama dalam bab munakahat.

Ini bukanlah sesuatu yang asing memandangkan kedudukannya sebagai negeri paling hujung di utara semenanjung menjadikan ia persinggahan kepada pasangan yang mahu bernikah di sempadan Thailand. Ini menyebabkan Perlis meminda beberapa enakmen syariah bagi memudahkan pasangan berkahwin di negeri ini untuk membendung pernikahan di negara jiran.

Dalam masa yang sama, Perlis juga unik kerana tidak mempraktikkan beberapa amalan yang sudah sebati dengan masyarakat bermazhab Syafii di kebanyakan negeri. Antaranya, tidak membaca bismillah secara jahar (kuat) pada al-fatihah, tidak membaca qunut pada solat subuh, tidak ada tahlil dan talkin. Perbezaan ini menyebabkan ada pihak menuduh Perlis mengamalkan fahaman wahhabi.

Kepada wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan JOHARI SHAWAL, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menjawab pelbagai persoalan mengenai persepsi masyarakat yang mengaitkan negeri ini dengan fahaman wahhabi.

Dalam pertemuan di pejabatnya di Kangar, Khamis lalu, beliau dengan tegas memberitahu, 揝aya dan Perlis adalah pengamal mazhab Syafii yang tulen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2007 11:10 AM | Show all posts
Adakah ini bermakna menziarahi kubur juga dilarang?

SHAHIDAN: Perlis menggalakkan orang menziarahi kubur. Tetapi mesti menurut adab yang diajar olah baginda. Perlis tidak membaca al-Quran atas kubur sebaliknya kita menyuruh berdoa dengan ikhlas. Sebabnya, Rasulullah ada bersabda, Janganlah engkau menjadikan rumah-rumah kamu seperti kubur kerana tidak dibacakan al-Quran.

Maksudnya, Rasulullah melarang kita membaca al-Quran di kubur. Apa yang patut dibuat oleh waris terutama anak-anak di situ ialah berdoa.

Pelbagai kelonggaran dalam bab nikah kahwin di Perlis seolah-olah tidak seiring dengan negeri lain di Malaysia. Ini termasuklah dalam bab wali ingkar. Adakah ia bertujuan begitu?

SHAHIDAN: Perlis tidak memperkenalkan undang-undang syariah yang baru. Kita hanya umumkan pindaan undang-undang. Ia memasukkan perenggan baru selepas perkara 13(b) menyebut, 揇engan syarat bahawa dalam hal di mana wali yang telah enggan memberi persetujuan dengan tiada sebab yang syarie, Hakim Syariah boleh, selepas berpuas hati dan difikirkan patut, memberikan persetujuannya jika penyiasatan itu tertangguh sebanyak dua kali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2007 09:50 AM | Show all posts
Pernikahan 22 pasangan kecoh, pegawai agama bergaduh

TAWAU 18 Nov.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.223717 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list