|
bertudung seseorang itu mencerminkan macam mana dirinya sebenar. dewasa ni, kita tengok ramai anak-anak remaja yang bertudung tetapi akhlak tak menepati ciri seorang muslimah. untuk itu, kita kene lihat, macam mana cara pemakaian tudung mereka. Sempurna tudung dan menutup aurat mengikut syariat yang ditetapkan, maka Insya Allah, sempurnalah sebahagian diri mereka. Penutupan aurat yang sempurna mengikut batas yang ditetapkan, akan membataskan seseorang dari melakukan apa yang dilarang. Bila kita dah bertudung sempurna, tak jarang, tak menampakkan telinga dan rambut, melabuhkan hingga menutupi dada, dan berpakaian sempurna, tidak ketat dan tidak jarang serta tidak menarik perhatian bukan mahram, maka insya allah, kita akan dilindungi dari perkara-perkara yang tidak baik. Tetapi jika kita bertudung sekadar menutup sahaja, tidak melengkapi, nampak telinga, nampak rambut, pakaian ketat...secara tak langsung menarik perhatian orang lain pada kita. Aurat antara perkara yang paling senang, bila perkara yang paling senang pun kita tak dapat nak jaga, inikan pula akhlak kita. Mungkin itu salah satu sebab, kenapa ramai remaja sekarang bertudung tetapi masih gagal membendung diri mereka dari perkara yang dilarang.
Senang cerita lah, kita wanita ini..dosa kita kalau kita belum berkahwin akan ditanggung oleh ayah kita, abang kita, adik lelaki kita dan saudara lelaki kita. Bila dah kahwin, dosa kita akan ditanggung oleh suami kita pula. Sanggup ke kita nak biarkan orang yang kita sayang dan cinta menerima pembalasan dariNya hanya kerana kita tidak menutup aurat dengan sempurna? |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum Allah adalah sangat terang, jelas dan sempurna. jangan dipertikaikan dan bising2. jangan gunakan logik dan akal semata2 dalam menghuraikan sesuatu. bukan memberi pandangan peribadi dengan mengaitkan masalah2 sosial yg berlaku disekeliling dengan melemparkan tuduhan bertudung tak semestinya baik. itu adalah soal lain kenapa mereka terjebak dalam hal tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
tak mau pakai tak yah pakai
jgn kata takde dlm syariat lak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 fye_d_flowright's post
aku nak perbetul kan bab pertanggungjawaban dosa ni.
dosa tak menutup aurat ni.. di tanggung oleh tuan punye badan.. wali dan waris.. hanya menanggung dosa tak mendidik.
islam takde konsep org lain menanggung dosa orang lain, as soon as akil baligh, tanggung dosa sendiri kalau buat dosa. kalau buat pahala, akan dpt kat diri sendiri gak. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi saya, tudung bukan pengukur ketakwaan seseorang muslim. Ianya lebih kepada niat suci kita.
Janganlah mengukur keimanan seseorang itu atas apa yang terdapat atas kepalanya, tetapi apa yang ada didalam kepalanya dan juga apa yang ada didalam hatinya.....
ayat di atas tu dah buat kajian betul2 ke?......logik akal dan pendapat tak boleh merubah hukum.
saya nak bertanya pada puan yg membuka thread ini.....janggal atau tidak kalau ada org Islam yang meninggal dunia...dan pada hari pengkebumian semua kaum muslimah dtg tak menutup aurat atau memakai tudung.....ini tak mustahil berlaku kalau pandangan puan digunapakai satu hari nanti......
satu kes lagi....uniform sekolah diwajibkan bagi semua pelajar...apa jadi bila ada murid yg baik, bijak, cemerlang, berdisiplin tapi tak nak pakai uniform pergi sekolah?...adakah dia tidak dianggap ingkar mematuhi arahan pihak sekolah hanya kerana akhlak dia baik....adakah kes mcm ni dibenarkan?....dan pada yg pakai uniform pula adakah bila buat salah laku / kes disiplin akan ditempelak kerana walaupun pakai uniform tapi buat jahat?....
soal hukum yang dah jelas jgn pandang ikut selera kita saja... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalaulah tudung tak dianggap menggambarkan keimanan dan mendatangkan kebaikan atau lebih sennag boleh disebut sbg satu pilihan...
kenapa masa buat ibadah kena tutup aurat ...waktu sembahyang...waktu buat ibadah haji dan umrah......tak pernah pulak lihat kat mekah waktu buat haji kaum perempuan tak tutup aurat keliling kaabah.......rasanya isteri menteri waktu buat haji dan umrah pun pakai tudung walaupun cuma sehelai selendang nipis.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak nak banyak cakap...cuma yg aku nk cakap...
kalau bertelingkah psl tudung stkt ngan mamuslim...baik tak yah!
SESAT LAGI MENYESATKAN!
Tapi aku respect ngan korang yg m'pertahankan tudung adalah suatu kewajipan yang hakiki, bukan pilihan semata2! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 mamasporting's post
aku setuju dan sokong 100%.. |
|
|
|
|
|
|
tweetpie This user has been deleted
|
Ini adalah contoh tread yang terbaik bagi orang yang tidak mendapat hidayah. |
|
|
|
|
|
|
|
Allah dah kata wajib...turut kan je...
apsal nk dipersoal kan lg...
wajib= mesti buat...full stop..
zaman skg aku tgk makin berumo..x pakai2 gak tudung...
esp golongan vip2 ni...
amponnnn... |
|
|
|
|
|
|
|
Mamuslim said "Bagi saya, tudung bukan pengukur ketakwaan seseorang muslim. Ianya lebih kepada niat suci kita.
Janganlah mengukur keimanan seseorang itu atas apa yang terdapat atas kepalanya, tetapi apa yang ada didalam kepalanya dan juga apa yang ada didalam hatinya....."
Mamuslim,
Harap dapat buat kajian lebih mendalam sebelom terlepas type... terlajak menaip buruk padahnya.... Niat suci??? Hukum telah menetapkan menutup aurat ada WAJIB !!!
Kalau membantu ibu tunggal ker anak yatim ker boleh la nak kata NIAT SUCI.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku setuju ngan semua org KECUALI mamuslim !!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak bertudung...dan aku tahu bertudung itu wajib. |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya tul statement pembuka thread ni..buatnya org tu baru nak mengenali islam, mau lain jadinya...
hukum tetap hukum sayang...niat tidak menghalalkan cara.
"Hukum menutup aurat bagi perempuan muslim adalah wajib seperti yang disebut dalam surah al-Nur ayat 31. Dalam melaksanakan hukum Allah SWT, umat Islam hendaklah istiqamah (berterusan) melakukannya walau pun mendapat tentangan dan halangan"
cuma kita ni tak leh la nak paksa orang utk buat benda2 baik ni..hidayah tu dari Allah, bukannya dari kita ni, manusia biasa..tugas kita menyampaikan, nak buat tak nak buat tu semua, terpulang pada tuan badan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jutawanNora at 15-8-2007 04:20 PM 
bahaya tul statement pembuka thread ni..buatnya org tu baru nak mengenali islam, mau lain jadinya...
hukum tetap hukum sayang...niat tidak menghalalkan cara.
setuju! setuju! :pompom::pompom::pompom:
Ingatlah semua, bertudung tu kewajipan dan tanggungjawab, bukannya hak seseorang |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mamuslim at 13-8-2007 03:31 PM 
Bagi saya, tudung bukan pengukur ketakwaan seseorang muslim. Ianya lebih kepada niat suci kita.
Janganlah mengukur keimanan seseorang itu atas apa yang terdapat atas kepalanya, tetapi apa yang ada didalam kepalanya dan juga apa yang ada didalam hatinya.....
Komen aku: Dalam zaman sains canggih teknologi ni, betul, tudung tu bukan pengukur ketakwaan seseorang muslim lagi, memandangkan betapa ramai org pempuan zaman skrg ni yg bertudung tapi tak faham konsep bertudung tu.. takat tutup rambut je tapi tidak yg lenlainnya.. Ada yg pakai tudung berfesyen2 ikat begini, ikat begitu, lilit sini, lilit situ, ada pulak yg bertudung, tapi subang gantung terkeluar kat belah pipi (telinga tak nampak). Ada pulak yg mcm sapa tadi buat posting bertudung tapi lengan nampak, dada nampak, betis nampak dll.. ni yg aku maksudkan bertudung tapi tak faham konsep mengapa bertudung..
Kalau nak dilihat dari konteks ini, betul, bertudung tu bukan pengukur ketakwaan seseorang muslim, tapi kira bagus gak, pempuan tu bertudung, menjalankan tanggungjawab dia pada Allah walaupun belum 'perfect' dari dia tak bertudung kan.. tapi lagi elok laa seseorang tu faham, mengapa dikehendaki bertudung, apa lagi yg patut 'ditudungkan' selain rambut sahaja.
Bnyk perempuan zaman skrg ni, yg bertudung kerana terikut2 dgn kawan2 atau masyarakat sekeliling, bertudung ikut situasi, bertudung utk berfesyen dan kalau kita ikhlas dgn diri sendiri, jarang yg bertudung kerana 'niat' ikhlas nak bertudung kerana takutkan Allah.. ye laa, golongan yg terikut2 bertudung berfesyen ni, mmg laa kalau ditanya, mmg akan kata, bertudung kerana tutup aurat, takut kat hukum Allah dan sebagainya, tapi kalau seseorang itu benar2 ikhlas bertudung kerana Allah, adab dan perilaku mereka akan dengan sendirinya terbela dan terjaga.. tak ada lagi ketawa berdekah2, ckp lembut2 sopan pertuturan mereka, perangai bertukar dgn sendirinya.. tapi kalau tak ikhlas bertudung (tapi dlm hati kata/ingat ikhlas), maka akan terkeluar laa perkataan "buruk perangai bagi org yg bertudung". Kita ada nampak kan, org bertudung, tapi ketawa berdekah2, duduk terkangkang koyak, bahasa kasar, melakukan perbuatan tak senonoh yg kita tonton dlm cctv apa semua tu laa...
Org yg bertudung kerana betul2 ikhlas ni, mereka tidak akan melakukan sesuatu yg memburukkan image org bertudung. Sebelum melakukan sesuatu, mereka akan fikir dulu, apa persepsi org kalau kita berbuat mcm ini, mcm itu, manis ke tidak di pandangan org and so on.. Bukan laa pulak aku nak kata, org bertudung ni kena jadi hipokrit, tidak.. tapi mcm yg aku ckp tadi laa, org yg ikhlas bertudung kerana Allah, tak akan buat perangai tak senonoh sbb adab dan perilaku mereka terjaga dgn sendirinya kalau hati mereka ikhlas bertudung..
Org pempuan ni, senang aje, kita tak sepatutnya menarik perhatian org terhadap kita, terutamanya org lelaki.. kita ni, patut lebih kurang blend in with the wall gitu.. Kalau nak ikutkan, berlipstick pun tak boleh, sbb ianya akan menarik perhatian org utk melihat kita. Bertudung berfesyen pun sebenarnya tak boleh, sbb org akan melihat kita.. bagi org lelaki, kita tak tahu laa apa di fikiran mereka bila melihat org perempuan bertudung - patutnya tak fikir apa2 laa kan.. bagi org perempuan yg terpandang pada seseorang perempuan yg bertudung berfesyen2 ni, akan mengundang either pujian or kritikan, sebagai contoh, mungkin mula kritik, tak cantik laa kain tudung tu, pastu menjela jadi mengutuk si pemakainya atau pun ada yg direct to the point, kutuk terus pemakainya.. tak pepasal kita dah mengutuk pempuan tu, hanya kerana dia nak bertudung berfesyen kasi ada style sikit, biar nampak cantik sikit.. sbb tu laa, tak boleh bertudung berfesyen2 ni yg sebenarnya.. tapi org selalu ambil mudah kata, alaa, apa salahnya, berfesyen sikit, tak ada laa nampak mcm makcik2 sgt.. ada pulak yg kata, kita masih boleh kelihatan cantik bila bertudung dgn cara mengenakan tudung berfesyen2 ni laa...
Mungkin ada yg akan kata, bertudung ni tak ada tolak ansurnya, tak ada timbul soal ikhlas atau terpaksa kerana ia mmg tanggungjawab kaum wanita utk menutup aurat dan wajib hukumnya.. Itu mmg betul dan tidak sesekali aku nafikan, tapi yg aku persoalkan ialah apa pasal sesetengah perempuan yg bertudung itu dikutuk? No offence, tapi contoh yg aku nak ambil ialah Fauziah Ahmad Daud atau kak ogy kita.. masa dia memula bertudung dulu, semua org impressed by her transformation.. cara dia bertudung pun mcm nenek2 makcik2 gitu... tudung labuh, tak ada style2 pesyen2, mekap pun tidak.. tapi lama kelamaan, kita tengok, tudung dia pun dah tukar jadi scarf.. dah pakai ketat2, dah bermakeup bagai, dah mula menyanyi bagai, dah mula jadi 'loud' like before.. apa sudah jadi???
Dia mula pakai tudung lepas dpt 'seru' masa dia menunaikan umrah tahun bila entah.. Khabarnya, dia dengar 'suara' - a voice gitu, suruh dia berenti cara kehidupan dia sebelum ni, tukar lifestyle gitu.. jadi muslimah yg solehah.. ingat kat Allah dan hukumNya.. and alhamdulillah, dia bertukar completely dari kak Ogy yg kita 'kenal'.. aku rasa masa tu dia betul2 insaf.. tapi bila slowly dia jadi mcm 'dulu' cuma bezanya skrg ni rambut AJA yg bertutup, timbul balik persoalan "ikhlas" tadi.. Aku tak tahu laa apa yg di fikiran dia tapi rasa aku, masa memula tu, dia lebih pada takut pada hukuman Allah.. mungkin ada sedikit faktor 'keikhlasan' masa tu, tapi lama kelamaan, being a normal human being, dia diduga teruja nak kelihatan cun semula.. Selagi kita semua ni ada 'titik hitam' dlm hati kita, selagi tu laa, syaitan dan sekutu dia nak goda kita join depa.. Beruntung sungguh nabi muhammad saw kerana hanya baginda yg Allah 'buang' titik hitam tu kan..
Maaf ya, sekiranya apa yg aku tulis kan di sini, mengguris perasaan sesiapa.. tapi renung2kan lah pendapat aku ini.. sekiranya aku salah, u're all welcomed to betulkan aku..  |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 anticuado's post
setuju setuju |
|
|
|
|
|
|
|
aku doakan yang tak bertudung tu akan bertudung & yang bertudung kekalkan tudung... aminn. |
|
|
|
|
|
|
| |
|