|
Membayar Zakat/Zakat Fitrah Kepada Selain Pemerintah Satu Penyelewengan
[Copy link]
|
|
Reply #19 ianho's post
imam tu ngan boss majlis agama kamceng kot! Entah-entah kawan baik masa study kat Mesir dulu!
[ Last edited by always_typo at 25-9-2007 01:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hal macam ni, kita tak boleh serkap jarang tuduh menuduh. Majlis Agama Islam tiada kuasa atas masjid. Yang berkuasa secara direct ialah Pejabat atau Jabatan Agama Islam. Majlis dan Jabatan tu sebenarnya dua badan yg berbeza.
Nak lantik amil bukannya senang. Terutama kat kampung. Kalau zaman 20 - 30 tahun dulu boleh senang jer. Sekarang lebih senang cari di kawasan perumahan di bandar-bandar. Kampung tu kengkadang nak mandikan jenazah pun payah nak cari orang. Jadi, tak mustahil kita nampak Pengerusi Masjid ambil orang yg rapat dengan dia utk jadi amil, imam, bilal, siak dsb. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 always_typo's post
Di Kedah, saya rasa mungkin cara pengutipan zakat adalah lebih laissez-faire berbanding dengan tempat lain, di mana pemimpin2 masyarakat seperti imam masjid2 dan surau2 diberi kebebasan utk menguruskannya sendiri. Lihat berita di bawah, baru tahun ni ada perlantikan rasmi amil setiap masjid. Yang penting, pengagihan sampai kepada fakir dan miskin dan tiada penyelewengan.
Link Asal
TAULIAH AMIL ZAKAT FITRAH ZON UTARA
Oleh : jamaly
Alor Star,11 September 2007-Majlis pentauliahan amil zakat fitrah telah berlangsung kemarin bertempat di Dewan Menara Zakat. Pentauliahan kali ini meliputi Zon Utara dan Zon Tengah. Zon Utara adalah terdiri daripada daerah Kota Star, Kubang Pasu, Pendang, Yan dan Padang Terap. Manakala Zon Tengah pula terdiri daripada daerah Baling, Sik, Bandar Baharu dan Kuala Muda. Pentauliahan amil daerah Langkawi telah pun berlangsung pada 6 September 2007 yang lalu.
Tahun ini menjadi permulaan apabila pihak Jabatan Zakat Negeri Kedah melantik amil di setiap masjid untuk mengutip Zakat Fitrah bagi tahun ini.Semoga dengan usaha murni ini dapat meningkatkan kutipan Zakat Fitrah untuk diagihkan kepada Fakir dan Miskin. |
|
|
|
|
|
|
|
Amir berurusan sekaranggg...
Agama ini mudah nak diamalkan. Ikut saje apa yang Allah kemudian Rasul kata maka selamat le ia.
Dalam agama ini,ada bab pemerintahan. Segala yang bersangkutan dengan rakyat wajib diberi kepada pemerintah. Allah mengatakan ada 8 gulongan yang berhak menerima zakat. Kita pun berfikir bagaimana nak menyampai kepada 8 gulongan itu kalau tidak pemberian zakat akan mengalami ketidakseimbang. Ini saja telah membuktikan bahawa ada satu pihak yang mengendalikan. Pihak itu tidak lain tidak bukan ialah pemerintah.
Kamu wajib membayar zakat dan zakat itu wajib kamu agihkan kepada 8 gulongan itu.Masakan kamu dapat mencari 8 gulongan itu? Oleh itu peranan pemerintahlah yang menyempurnakan niat kamu itu.
Kamu bayar saje kepada pemerintah,ini bermakna tanggungan itu telah diamanahkan kepada pemerintah.Apa lagi yang kamu sibuk? Kenapa mesti kamu tanya duit itu sampai ke tidak? itu bukan urusan kamu!
Contohnya,
Seorang peminta sedeqah datang kepada kamu lalu kamu berikan kepadanya RM5-00. Sudah diberi kepada peminta sedeqah itu,kamu jangan tanyalah apa yang dia nak buat dengan duit itu,tentu dia faham. Peminta sedeqah itu datang kepada kamu pada permulaan,kamu dah perhatikan kepadanya sama ada dia harus diberi ataupun tidak. Apabila kamu beri saje bermakna kamu memang rasa dia layak menerima.
Satu salah tanda keikhlasan dalam memberi adalah dengan tidak bertanya-tanyakan perkara itu lagi. Jadi samalah dengan kewajipan menyempurnakan perintah Allah itu. Dah diberi amanah kepada pemerintah maka kewajipan amanah itu tidak lagi dibebankan kepada kita.
Sangat mudah. itu pun nak bising-bising. Sebab apa bising-bising? Keberangkali,minda kamu telah dirosakkan oleh para perjuang Islam yang senantiasa melihat kesalahan dan kecacatan pada pihak pemerintah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 ibnur's post
Opss sorry tersalah dari segi penggunaan Majlis dan Pejabat Ugama. Maksud saya adalah jabatan yang dipertanggungjawabkan mengurus masjid.
Saya cuma memberi contoh dari segi kenapa orang ramai tak ada konfiden secara umum dan memberi contoh masjid di kawasan saya ni. Konfiden orang ni bukannya boleh dibeli dengan wang atau paksaan, dia jadi secara natural. Kekadang tu, masalah kat satu-satu masjid tu berlanjutan sampai beberapa tahun tak ada penyelesaian.
Tak ada masalah kalau ambil sedara/kawan dsbgnya, yang penting, kena berfungsi dengan bagus dan yang dikutip tu sampai kepada yang ditargetkan. Itu saja. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 Amir's post
Itu pegangan anda. Orang lain pegangan macam lain. Kalau anda mahu memaksa orang mengikut pegangan anda melalui regulations, dipersilakan.
Tapi bagi saya itu bukanlah satu cara yang bijaksana.
Dalam contoh ni, kena tahu kenapa orang tak mai bayaq kat kita and work towards improving it. Bukan paksa..
Kalau kita jual barang kat orang pun kita kena ingat. Most pelanggan yg tak suka barangan kita takkan komplen barang kita tak bagus. They instead stop buying from us. Sedikit saja yang take the effort untuk komplen kat kita, so kita kena hargai orang yang komplen tu and try our best to attend to their complaints. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuhan tak suruh kita bayar kat amil semata-mata untuk si amil agih-agihkan. Tuhan suruh bayar kat asnaf-asnaf. mana ayat yang Tuhan suruh bayar pada amil sahaja dan dalam ayat lain, barulah Tuhan suruh amil edarkan duit tu kepada asnaf-asnaf? ikut je la ayat 60 At-Taubah tu. selama mana ini diamalkan sejak dulu, kenapa sekarang tiba-tiba je kecoh nak 'fatwakan' hanya mesti bayar kepada amil saja?
suruhan tuhan tu, simple saja. kenapa manusia nak persusahkan apa yang mudah. gamaknya pasal nak cari glamer kat Cari kot. |
|
|
|
|
|
|
|
amalan masyarakat dlm urusan membayar zakat sebelum ni tak timbul sebarang masalah pun. cuma bila terbaca 'fatwa' dlm thread ni yg buat aku keliru.. aku rs ramai lagi yg keliru bila baca thread ni. aku tak nak ade saham dlm kerja2 mengelirukan masyarakat Islam. jd aku mintak penjelasan yg lebih dari tuan rumah atau sape yg arif.. |
|
|
|
|
|
|
|
saudara amir.. aku cari ko kt thread M&M ngn CI.. ko blm beri penerangan kpd persoalan aku. tp sebaliknya ko jwb dgn kasar..
aku cuma nak tahu sama ada bayar zakat kpd pemerintah sah atau tidak berbanding bayar terus kpd asnaf yg layak.. ko kan arif dlm hal ini. zakat hanya sah apabila ia sampai ke tgn asnaf yg layak.. kalau beri kpd pemerintah utk sekadar lepaskan tanggungjawab, bagi pemerintah yg uruskan, ini tak betul sbb zakat itu kewajipan setiap muslim. kalau pemerintah simpan duit zakat kita, tak beri kpd yg layak, zakat kita dikira masih blm sah...
aku rs bkn aku je yg keliru, ramai lagi yg keliru.. tolong jelaskan ye.. ini utk kebaikkan ko juga, utk hindarkan diri ko dari jadi punca kekeliruan masyarakat terhadap tuntutan agama. ko nak jwb ke kt akhirat nnt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amir at 25-9-2007 10:48 AM
Ikut hati mati le....dan ikut nafsu lesuuuu....hentam sajeee leee...
Para fuqaha telah menggariskan 10 perkara penting sebagai tujuan pemerintahan itu diadakan. Dan salah satunya ialah ...
Terimakasih kerana teguran anda. Saya akan cuba mendapat pencerahan isu ini dari ustaz2 di sekitar saya.
Dari segi zakat biasa, memang ada point untuk memberikannya kepada pemerintah. Akan tetapi, zakat fitrah terutama di Kedah ini diurus secara sendiri-sendiri oleh Imam masing-masing mungkin untuk mengefisienkan pengagihannya, kerana dari fatwa pejabat zakat kedah tentang zakat fitrah, pejabat zakat negeri semacam tiada mekanisma atau pengalaman untuk melakukannya - zakat fitrah tak boleh dibayar dari dana lain dahulu, perlu dari dana yang dikutip itu juga.
Kerana ramai fakir menunggu2nya untuk digunakan di hari perayaan, pengagihan dari pejabat zakat negeri akan memperkenal birokrasi dan
melambatkan proses, sebab tu depa sub con kepada imam yang subcon lagi kepada imam-imam surau pulak.
PS:
Bagi sesiapa yang berminat nak tahu 10 perkara penting tujuan pemerintahan itu diadakan boleh lihat di bawah ni, saya petik dari
satu kertas kerja Mufti Brunei.
Sesetengah ulama, termasuk al-Mawardi rahimahullah
memperincikan tanggungjawab khusus raja itu kepada
dasar-dasar berikut:
1. Memelihara agama Islam supaya tetap tulin sesuai
dengan fahaman yang disepakati salafussalih.
2. Menegakkan keadilan dan memadamkan kezaliman.
3. Menjaga keamanan dan ketenteraman rakyat.
4. Melaksanakan undang-undang Allah Ta慳la dan
menjaga hak-hak rakyat.
5. Mengawal sempadan negara.
6. Berjihad menentang pihak yang memusuhi Islam.
7. Mentadbir urusan cukai dan zakat.
8. Mentadbir urusan gaji dan perbelanjaan negara
dengan bijaksana.
9. Melantik hanya pegawai-pegawai yang
berkelayakan sahaja untuk membantunya melak-
sanakan tanggung-jawab selaku seorang raja.
10. Mengawasi secara langsung urusan pemerintahan
dan tugas yang diamanahkan kepada para
pegawainya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #35 Amir's post
Tentang asnaf tu - setahu saya, fakir, miskin, amil dan mualaf adalah diutamakan dalam pembahagian zakat, walaupun saya tak boleh bagi sebarang nas sekarang. Sbb tu dalam zakat fitrah perhatian diberi kepada keempat golongan ini. Lagipun, masa zakat fitrah ni time nak raya, sudah tentu ke empat golongan ini yang boleh manafaat paling banyak dari wang zakat tu.
Yang lagi empat - Riqab, Gharim, Fisabilillah, Ibnu Sabil agak kurang penekanan, walaupun saya ingat masa kecik2 dulu, saya pernah bagi zakat fitrah kat guru quran saya (fisabilillah la tu, dia ngajaq tak kenakan duit)
Walaubagaimanapun, tentu amil lebih mengetahui tentang asnaf di kawasan mereka. Inilah kelebihan pendekatan lokalisasi pengutipan dan pengagihan zakat fitrah as compared to centralisasi. |
|
|
|
|
|
|
|
pandangan dari guru aku
zakat boleh dibayar terus kepada yang berhak memadai 3 dari 8 golongan
tak musti bayar kepada 8 |
|
|
|
|
|
|
|
1. Zakat Fitrah perlu ditanggung/dibayar oleh ayahnya kan?
2. Kalau kita dah keje mcm mana? kita kene bayar sendiri ke?
3. Bagaimana pula kalo kita bekerja di KL tetapi asal dari negeri lain? boleh ke kita bayar kat KL/Selangor?
4. Zakat pendapatan pulak mcm mane? kalo kita baru keje dlm setahun dah kene byar ke? Mcm mane nak bayar?
isk..isk terase kejahilan ini.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|