CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ahasyraf80

Faisal Tehrani menyanggah Dr.MAZA lagi

[Copy link]
Post time 1-12-2007 08:22 AM | Show all posts

Reply #19 Gravedigger's post

derang classmate? bukan ke asri tu senior faizal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2007 09:50 PM | Show all posts
setakat ni aku setuju dengan isu yang dibangkitkan oleh dr asri ni,
sebab setiap isu yang dibangkitkan tu diberi hujah berbentuk ilmiah
dari hadis dan quran.mungkin juga amalan agama islam yang diguna
sekarang ni terlalu banyak yang ditokok tambah oleh ulama terdahulu dan ini menjadikan agama tu menjadi susah.bila susah tu sekarang ni
orang muda macam dah tak kisah tentang agama.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2007 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by ulartedung at 2-12-2007 04:50 AM
setakat ni aku setuju dengan isu yang dibangkitkan oleh dr asri ni,
sebab setiap isu yang dibangkitkan tu diberi hujah berbentuk ilmiah
dari hadis dan quran.mungkin juga amalan agama islam yan ...

setakat ni kau rasa agama tu susah ke? tang mana yg kau rasa susah tu? boleh share sikit
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2007 10:17 PM | Show all posts
Originally posted by mantan at 1-12-2007 08:22 AM
derang classmate? bukan ke asri tu senior faizal


Yup...ko betul. Aku cuma dapat maklumat dari roommate Asri masa dia di Jordan dulu. Geng2 Asri masa di Jordan pun sudah ada rangkaian menentang cara dia ni. Heheh...inilah kemudahan SMS.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2007 12:03 PM | Show all posts

Reply #1 ahasyraf80's post

beul ke faisal syia
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2007 08:56 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 25-10-2007 06:47 PM
Penambahbaikan fakta-fakta dari tulisan Faisal Tehrani.

Zia ul Haq bukan lagi seorang sunni ektremis tapipemikiran dan amalannya sudah mula condong kepada agama wahabi. Initidak hairan kerana rejim beliau menerima bantuan dan peruntukanberbillion dollar dari Arab Saudi dan Amerika Syarikat untuk disalurkankepada Taliban yang beraliran wahabi-deobandi memerangi MujahiddinIslam yang telah berkuasa di Afghanistan. Disamping itu beliau jugatelah menjalankan tugasnya dengan baik memerangi musuh-musuh tuannyayang lain seperti golongan syiah dan tareqat sunni tapi malangnyaanjing ini disembelih oleh tuannya sendiri.


Boleh jelaskan sikit ugama wahabi ni ugama apa?  Yang memerintah afghanistan dulu tu mujahideen mana pulak? mujahideen syiah ke?  Taliban tu siapa?

Di era rejim Zia ulHaq inilah berlaku kancah perang mazhab yang hebat kerana sebelum itugolongan sunni dan syiah telah hidup dengan harmoni. Golongan2 politikIslam dari sunni dan syiah telah bekerjasama untuk melaksanakan undang2Islam dan Ulama2 dari Jamiat I-Islami telah mengiktiraf kedudukan syiahdi Pakistan. Almarhum Maulana Maududi sendiri adalah tokoh2 Islam yangawal mengiktiraf Imam Khomeini semasa kejayaan menubuhkan negara Islamdi Iran.
Dengan dibiarkan anjing2 Arab Saudi dan Amerikamengganas maka golongan Syiah terpaksa menubuhkan kumpulan merekasendiri yang dinamakan 'Tehrik i-Jaffari'  sebagai mempertahankan diri.
Alhamdulillah dengan kembalinya Benazir Bhuttoyang berfahaman syiah-sekular-modernis maka sekurang-kurangnya sunnidan syiah dapat disatukan semula. Golongan ulama dari kedua-duagolongan ini telahpun menemui beliau. Inilah yang ditakuti olehgolongan wahabi dan cuba menentangnya.


Maka Pakistan pun menggunakan tenteranya dari penganut syiah untuk membunuh para mujahideen Islam di Waziristan, tapi tak berdaya dan mereka bercempera lari....  Kononnya di bawah pemimpin Syiah barulah boleh bersatu sunni dengan syiah ni... tak usah mimpi siang hari la nak bersatu!

Setuju...ajaransalafi yang disebarkan oleh mufti Perlis ini amat merbahaya kerana jikaberjaya maka kelak pasti akan berlaku huru-hara kerana amalan-amalanyang menjadi pegangan majoriti di Malaysia ini akan menjadi sesatlahsemuanya akibat di bidaahkan. Sejarah pertembungan kaum muda (wahabi)dan kaum tua (sunni) telahpun berlaku di negara kita ini suatu masadulu.


Yang hairannya penubuhan "Gagasan Sunnah Malaysia" diluluskan - lain halnya dengan gagasan ahlul bait syiah imamiyah yang dengan serta merta tidak di benarkan.

Kempat empat Imam mazhab mengingatkan kita supaya menjauhi syiah kerana mereka adalah pendusta besar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2007 02:46 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 8-12-2007 08:56 PM


Boleh jelaskan sikit ugama wahabi ni ugama apa?  Yang memerintah afghanistan dulu tu mujahideen mana pulak? mujahideen syiah ke?  Taliban tu siapa?


Ugama wahabi ni sama gak seperti ugama Hindu iaitu mereka mempercayai Tuhan ada tangan,kaki,telinga,mata dsbnya. Dalam ugama Hindu mereka agak kreatif sikit dalam menggambarkan tuhan iaitu kalau tuhan ada tangan mestilah lebih dari tangan manusia dan banyak macam patung yang mereka sembah..., kalau mata pulak mesti lebih besar dan terbeliak supaya boleh nampak jelas pada orang yang sembahnya.
Wahabi pulak tak dibenarkan menggunakan akai dan kalau ditanya pada mereka...tangan tuhan macam tanganlah tapi bukan macam tangan manusia. Begitu juga wajah tuhan tu wajahlah tapi bukan wajah..heheh.
Cuma ulama besar wahabi Ibnu Taimiyyah....apabila ditanya bagaimana Tuhan turun sepertiga waktu malam ke bumi ini, beliau menjawab..."sebagaimana aku turn dari mimbar ni begitu jugalah Tuhan turun ke bumi ini." (Sirajuddin Abbas)

Yang memerintah afghanistan dulu tu mujahideen mana pulak?
Mujahideen yang memerintah Afghanistan dulu gabungan dari berbagai-bagai puak dan mazhab iaitu puak Uzbeks, Tajiks, Pushtun, Turkmesnistan,Hazaras dsbnya yang menganut pula berbagai mazhab ortodoks sama ada sunni dan syiah. Mereka bekerjasama menentang musuh yang sama...cuma apabila berjaya mereka telah berpecah belah.

Taliban tu siapa?
Taliban tu adalah asalnya penuntut ugama yang beraliran wahabi-deobandi dari Pakistan. Rujukan mereka adalah ulama2 dari Indo-Pakistan. Mereka inilah yang telah diperbodohkan oleh Amerika melalui anjingnya Pakistan.
Nak tahu lagi apa itu wahabi-deobandi?  Eloklah ko sendiri yang cari supaya tak menampakkan lagi kebodohan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2007 02:52 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 8-12-2007 08:56 PM

Maka Pakistan pun menggunakan tenteranya dari penganut syiah untuk membunuh para mujahideen Islam di Waziristan, tapi tak berdaya dan mereka bercempera lari....  Kononnya di bawah pemimpin Syiah barulah boleh bersatu sunni dengan syiah ni... tak usah mimpi siang hari la nak bersatu!


Tentera Pakistan tu penganut syiah ker? Mana ko belajar ni??
Nampaknya silaplah Amerika melalui anjingnya Arab Saudi memperuntukkan berbillion dollar tiap2 tahun untuk membantu tentera2 Pakistan yang syiah tu... !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2007 02:58 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 8-12-2007 08:56 PM

Yang hairannya penubuhan "Gagasan Sunnah Malaysia" diluluskan - lain halnya dengan gagasan ahlul bait syiah imamiyah yang dengan serta merta tidak di benarkan.

Kempat empat Imam mazhab mengingatkan kita supaya menjauhi syiah kerana mereka adalah pendusta besar...


Ooooh "Gagasan sunnah Malaysia" sudah diluluskan yer?? Tentu Presidennya Tok Mufti dan dibantu oleh Tok Ketua menteri yang memerintah negeri besar Darul Sunnah tu kan? Bagilah info sikit supaya semua ulama2 di Malaysia ni boleh ikut Sunnah mazhab Perlis tu dan dapat selamatkan mereka dari melakukan bidaah2 sesat yang mereka amalkan selama ini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 12:02 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 11-12-2007 02:46 PM

Ugama wahabi ni sama gak seperti ugama Hindu iaitu mereka mempercayai Tuhan ada tangan,kaki,telinga,mata dsbnya. Dalam ugama Hindu mereka agak kreatif sikit dalam menggambarkan tuhan iaitu ka ...Ugamawahabi ni sama gak seperti ugama Hindu iaitu mereka mempercayai Tuhanada tangan,kaki,telinga,mata dsbnya. Dalam ugama Hindu mereka agakkreatif sikit dalam menggambarkan tuhan iaitu kalau tuhan ada tanganmestilah lebih dari tangan manusia dan banyak macam patung yang merekasembah..., kalau mata pulak mesti lebih besar dan terbeliak supayaboleh nampak jelas pada orang yang sembahnya.
Wahabi pulak tak dibenarkan menggunakan akai dankalau ditanya pada mereka...tangan tuhan macam tanganlah tapi bukanmacam tangan manusia. Begitu juga wajah tuhan tu wajahlah tapi bukanwajah..heheh.
Cuma ulama besar wahabi Ibnu Taimiyyah....apabiladitanya bagaimana Tuhan turun sepertiga waktu malam ke bumi ini, beliaumenjawab..."sebagaimana aku turn dari mimbar ni begitu jugalah Tuhanturun ke bumi ini." (Sirajuddin Abbas)


Istilah wahabi memang terlalu popular akhir2 ni, sentiasa disebut orang, tapi bila tanya wahabi tu apa? jarang sangat orang nak menjawabnya.  Tapi istilah "ugama wahabi" ni pertama kali dengar dari tulisan penganut syiah menyatakan Sheikh Ibnu Taimiyah menganut ugama hindu (ugama wahabi = ugama hindu).  Kebanyakan musuh-musuh Sheikh Ibnu Taimiyah yang mencela rahimullah habis-habisan cuma memfitnah beliau berfahaman tajsim (menyamakan Allah dengan makhluk), tapi belum ada dengar fitnah yang menuduh beliau menganut ugama hindu.  Aku tak cuba menjawab persoalan ni di sini sebab yang menuduh pun diperhatikan hanya atas dasar dengki, iri, hasad, busuk hati dan yang seirama dengan itu tanpa sebarang fakta.  

Sheikh Ibnu Taimiyah dah lama meninggal dunia (1328M).  Walaupun dia tak peluang langsung nak membela diri atas semua fitnah jahat tu, tapi nampak terlalunya banyak yang bangun membela dan mempertahankan rahimullah.  Nama besar beliau akan terus disebut sebut tanpa sudah kerana sangat besar dan sangat popular, cuma ayatollah khomeini (pun dah meninggal) sahaja yang jarang2  disebut orang nama nya.

InsyaAllah kita akan sama-sama bertemu dengan rahimullah satu hari nanti di akhirat.

Yang memerintah afghanistan dulu tu mujahideen mana pulak?
Mujahideen yang memerintah Afghanistan dulugabungan dari berbagai-bagai puak dan mazhab iaitu puak Uzbeks, Tajiks,Pushtun, Turkmesnistan,Hazaras dsbnya yang menganut pula berbagaimazhab ortodoks sama ada sunni dan syiah. Mereka bekerjasama menentangmusuh yang sama...cuma apabila berjaya mereka telah berpecah belah.

Taliban tu adalah asalnya penuntut ugama yangberaliran wahabi-deobandi dari Pakistan. Rujukan mereka adalah ulama2dari Indo-Pakistan. Mereka inilah yang telah diperbodohkan oleh Amerikamelalui anjingnya Pakistan.
Nak tahu lagi apa itu wahabi-deobandi?  Eloklah ko sendiri yang cari supaya tak menampakkan lagi kebodohan tu.


Ni siapa yang bodoh ko ke aku.
Yang memerintah Afghanistan 1996-2001 bukan uzbek, bukan tajik bukan hazara, tapi taliban dari suku pashtu (hampir keseluruhan).   Tajik, uzbek, hazara termasuk syiah (disokong oleh Iran) ni yang barat panggil "northen alliance" yang bersekongkol membantu amerika memerangi taliban tahun 2001, dulu 1996 masa russia kalah dengan taliban depa tubuh United Islamic Front cuba nak mengambil alih Kabul tapi berterabur lari diperambat oleh Taliban, berkubu di utara Afghanistan, Taliban tak meneruskan asakan kesitu sebab keadaan muka bumi sukar ditembus.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2007 12:38 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 11-12-2007 02:52 PM


Tentera Pakistan tu penganut syiah ker? Mana ko belajar ni??
Nampaknya silaplah Amerika melalui anjingnya Arab Saudi memperuntukkan berbillion dollar tiap2 tahun untuk membantu tentera2 Paki ...


Ko tu sebenarnya kena rajin sikit tinjau tinjau berita pakistan ni.  Atas percaturan amerika lah sebenarnya ko punya pemimpin syiah Benazir Bhuto tu balik ke Pakistan, tujuannya untuk bersekongkol bantu busharaf (org pakistan panggil dia nama ni) yang dah tercungap cungap hilang pengaruh tak lama dulu.  Bhuto ni dulu peraswah besar di Pakistan, duit dia di Switzerland lebh USD1 bilion dibekukan sebelum ni, atas arahan amerika dia boleh balik pakistan dan busharaf kena jamin tak boleh dakwa lagi kes raswah dia. Dengar cerita duit rakyat pakistan yang bhuto ni rompak dulu dah dilepaskan.  Busharaf dah hampir lucut jawatan presiden dia itu hari, itu la pasal tak tau malu dia declare darurat di pakistan, buang hakim-hakim yang tau dia menipu masa pemilihan presiden tukar hakim2 lain, tangkap semua peguam2 tangkap semua pemimpin pembangkang sumbat dalam penjara.  

Atas arahan amerika busharaf dapat bantuan banyak billion duit dia pegi attack para mujahideen Islam di waziristan.  Taliban pakistan, taliban afghanistan dengan alqaeda dah lama bersarang kat waziristan ni, amerika tak boleh buat apa2 sebab dalam pakistan, busharaf pun sebelum ni tak berapa berani hantar askar pakistan di situ.  Busharaf sendiri yang tanda tangan perjanjian dengan Taliban berjanji tak akan hantar tentera ke Waziristan kemudian ni busharaf sudah ceroboh balik arahan amerika bulan Ogos lepas. Atas desakan amerika dia hantar askar pegi attack waziristan, tapi malangnya askar dia dari kalangan sunni tak mau ikut perintah tak mau bunuh sedara Islam sendiri, dia orang bukak uniform surrender dengan taliban, serah senjata semua.  Sebahagian dari tentera pakistan ni terdiri dari kalangan syiah diutara pakistan (balutistan), tentera yang nilah yang busharaf antar kemudian untuk membunuh orang Islam di waziristan, 50,000 lebih pelarian lari meninggalkan Mir Ali.  Tapi ditentang hebat oleh pejuang islam di waziristan, lebih 3,000 askar pakistan dah mati disitu sahaja.

[ Last edited by  kupia at 12-12-2007 12:45 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 01:08 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 12-12-2007 12:02 AM


Sheikh Ibnu Taimiyah dah lama meninggal dunia (1328M).  Walaupun dia tak peluang langsung nak membela diri atas semua fitnah jahat tu, tapi nampak terlalunya banyak yang bangun membela dan mempertahankan rahimullah.  Nama besar beliau akan terus disebut sebut tanpa sudah kerana sangat besar dan sangat popular, cuma ayatollah khomeini (pun dah meninggal) sahaja yang jarang2  disebut orang nama nya.

InsyaAllah kita akan sama-sama bertemu dengan rahimullah satu hari nanti di akhirat.



Memang benar nama Ibnu Taimiyah sudah mula terkenal kerana ramai dah mula sedar dan cuba memperbetulkan penyelewengan dan kerosakan yang sudah dilakukannya terhadap ugama Islam. Sebagaimana Ibn Batutta menggelarkan dia sebagai ulama yang berkepala gila tentu pengikut2nya juga akan bersikap sedemikian...justeru pastinya mereka akan membela ulama idola mereka bersungguh-sungguh tanpa disedari mereka terjun dengan labu-labunya....heheh!
Nak banding dengan Ayatollah Khomeini mana nak sama beb...sebab bagi orang syiah, mereka mengikut ulama mereka yang hidup dan bukannya mengikut ulama yang ada dalam kubur. Imam Khomeini tidak lagi relevan sekarang kerana segala masaalah dirujuk terus kepada Imam Marjae'i yang masih hidup dalam apa saja permasaalahan.

InsyaAllah ko jumpalah dengan ulama engko tu kerana aku tak ingin samasekali nak digolongkan bersama pembenci ahlul-Bait di hari akhirat nanti. Aku hanya berharap diberikan air minuman dari telaga Kautsar dari Ahlul-Bait AS dan hanya mereka yang selayaknya memberikan syufaat kepada pencinta2 mereka di dunia ini.

Ni siapa yang bodoh ko ke aku.
Yang memerintah Afghanistan 1996-2001 bukan uzbek, bukan tajik bukan hazara, tapi taliban dari suku pashtu (hampir keseluruhan).


Nak tahu siapa yang bodoh cubalah lihat balik kepada soalan yang dikemukakan.

Yang memerintah afghanistan dulu tu mujahideen mana pulak? mujahideen syiah ke?  Taliban tu siapa?


Di Afghanistan gelaran mujahideen dan Taliban adalah dua golongan yang berbeza. Russia dikalahkan oleh golongan Mujahideen pada tahun 1992. Antara nama2 pemimpin mereka ialah Burhanuddin Rabbani, Ahmad Shah Masoud, Ahmad Khalili, Gulbuddin Hekmatyar dan termasuk juga Rashid Dostum yang asalnya berfahaman sosialis juga. Taliban tidak ada kena mengena dengan mujahideen kerana mereka adalah golongan pelajar Pushto dari Pakistan yang mengambil kesempatan atas perpecahan mujahideen waktu itu. Mereka inilah menjadi anjing Amerika melalui baruanya Pakistan namun akhirnya Amerika menentang mereka balik sebab anjing ini mula nak menggigit tuannya.
Get your facts right...boy!
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 01:24 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 12-12-2007 12:38 AM


Ko tu sebenarnya kena rajin sikit tinjau tinjau berita pakistan ni.  Atas percaturan amerika lah sebenarnya ko punya pemimpin syiah Benazir Bhuto tu balik ke Pakistan, tujuannya untuk bersek ...


Yang ko tulis ni bukannya berita tapi hanya berdasarkan andaian-andaian prejudis yang tidak disokong oleh fakta dan data. Geli hati pulak membaca kononnya Pakistan menggunakan tentera syiah dari Baluchistan (bukan Balutistan) untuk melawan pejuang2 Islam. Cuba check sikit info tentang Baluchistan ni supaya nampak cerdik sikit. Mungkin yang mengalahkan mereka di Mesjid Merah tu pun tentera2 Pakistan dari golongan syiah agaknya yer??
Bagilah bukti2 sokongan supaya barulahi berilmiah sikit tulisan tu.

Cuba baca news ni and then try to understand it. Ia bukan antara tentera syiah Pakistan dan pejuang tapi adalah antara puak-puak.

WANA, Aug 16: Ten militants and two soldiers were killed in clashes in South Waziristan抯 Chagmalai area on Thursday. Citing intelligence reports official sources said that six soldiers had been killed and 10 other soldiers were injured in the firefight.

However, according to Inter Services Public Relations only two soldiers had been killed. The number of militants killed could not confirmed from independent sources.

Sources said that militants had attacked a military convoy heading from the Frontier Region Jandola to Wana, the headquarters of the South Waziristan Agency. Security forces responded with artillery fire from their base in Jandola and also used helicopter gunships.

Troops pounded suspected locations of militants in the area and heavy shelling continued for hours. The roads between Wana and Jandola and Wana and Makeen remained closed to traffic.

Alamgir Bhittani adds from Tank: The Bhittani tribe has warned Mahsud tribesmen at a jirga that it will raise a Lashkar against it if eight paramilitary soldiers and eight other personnel kidnapped last week along were not freed immediately.

The eight soldiers belong to the Bhittani tribe.

The jirga held here on Thursday which was attended by elders of Bhittani and Mahsud tribes, political agent for South Waziristan Agency Hussainzada, a parliamentarian and senior officials.

The jirga was convened to secure the release of paramilitary personnel kidnapped in South Waziristan on August 9. One of the captives was killed on Tuesday.

Maulana Muzafar Shah, a representative of the Bhittani tribe, told the jirga that if the Mahsud tribe did not find the eight soldiers belonging to their clan they would use force to free them, the sources said.

[ Last edited by  Gravedigger at 15-12-2007 01:33 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2007 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 12-12-2007 12:02 AM


dulu 1996 masa russia kalah dengan taliban depa tubuh United Islamic Front cuba nak mengambil alih Kabul tapi berterabur lari diperambat oleh Taliban, berkubu di utara Afghanistan, Taliban tak meneruskan asakan kesitu sebab keadaan muka bumi sukar ditembus.


Soalan bonus....

Bila masa Russia kalah ngan Taliban....tahun 1996 pulak tu????

Hantam saja la labu??

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2007 04:14 PM | Show all posts
Oleh sebab soalan tiada di jawab maka tamatlah perbincangan ini...heheh.

The End.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2007 12:22 AM | Show all posts
wahabi, syiah, rufaka, tabligh, tareqat, PAS, Isle hadhari................kesudahannya musti bom sesama sendiri mcm kat Pakistan nun. sejak zaman Muawiyah vs Ali vs Aishah nampaknya tak ada kesudahan. hidup penuh dendam orang islam ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2007 08:02 AM | Show all posts
sebenci-benci Faisal Tehrani kat mufti perlis benci blum sampai tahap bagi gelaran bapak setan mcm badrul amin
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2007 12:03 PM | Show all posts
Originally posted by ahasyraf80 at 27-12-2007 08:02 AM
sebenci-benci Faisal Tehrani kat mufti perlis benci blum sampai tahap bagi gelaran bapak setan mcm badrul amin


maybe he take too personal when Dr Asri komen pasal kaedah jual kismis yg diiklan sebagai sudah dibacakan dgn ayat2 Quran. tak perlulah mengiklan bhw semua produk2 tu sudah dibaca surah itu dan surah ini sebagai melariskan jualan. nak baca surah apa pun bacalah diam-diam secara ikhlas & jgn jadikan itu sebagai taktik pelaris jualan.

http://www.hubb.com.my/html/Kismis%20Minjaro.html

Link MLM ustaz Badrul Amin
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2008 09:13 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 27-12-2007 12:03 PM


maybe he take too personal when Dr Asri komen pasal kaedah jual kismis yg diiklan sebagai sudah dibacakan dgn ayat2 Quran. tak perlulah mengiklan bhw semua produk2 tu sudah dibaca surah itu d ...


Bukan tu saja...tapi sebelum jadi setan Dr Asri ni adalah seorang pejuang Islam yang berjuang atas landasan Islam yang syumul. Semasa di Jordan beliau adalah seorang ahli Parti Islam yang gigih berdakwah sana sini menentang kemungkaran kerajaan taghut di Malaysia ini tapi kini apa dah jadi beb? La ni dah label pulak parti Islam di Malaysia ini sebagai pengkhianat sebab menentang kerajaan yang di pilih rakyat.....haram tu!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2008 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 2-1-2008 09:13 PM
Bukan tu saja...tapi sebelum jadi setan Dr Asri ni adalah seorang pejuang Islam yang berjuang atas landasan Islam yang syumul. Semasa di Jordan beliau adalah seorang ahli Parti Islam yang gig ...


salah seorang yg menggelar mufti setan. padahal syiah takdak kena mengena pun dgn itu cerita.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.079747 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list