|
Siapakah Yg Berhak Mentafsir Hukum Agama???
[Copy link]
|
|
dah tentu ulama' yg layak mentafsir.
ulama' UMNO memang sentiasa dipertikaikan...sendiri mau ingat la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 fleurzsa's post
Islam mengajarkan setiap muslim yg berilmu tinggi dan panjang akalnya(misalnya para ulama), bertanggungjawab membuat penafsiran terbaik bagi merumuskan makna nas atau tex agama setepat mungkin dgn yg asalnya... Tapi ingin juga Manak tekan kan disini, mereka tidak boleh mendakwa makna dan penafsiran mereka sahaja yg mutlak atau mewakili " SUARA TUHAN"......
Rasanya konsep "Pendetaan" tidak wujud dalam Islam.....Islam sama sekali tidak membenarkan monopoli sesuatu golongan tertentu dalam membuat penafsiran hukum Islam...
Kecenderungan sesuatu badan authoriti yg seolah2 cuba menghalatujukan bagaimana nas serta ilmu agama itu harus di pertonjolkan pada umum, dgn alasan2 seperti tidak mahu ada kekeliruan dikalangan masyarakat umum,....boleh rasanya membunuh bukan sahaja kemerdekaan berfikir serta berbeza pendapat, tapi yg lebih dikhuatiri menghakis semangat memajukan penyelidikan dan keilmuan......prasyarat penting utk kita terus bergerak maju sebagai masyarakat agama yg bersepadu, dan tidak punah dek ketinggalan zaman....WALLAHHUAKLAM.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 manakautau's post
pada pandangan aku, sistem penafsiran hukum secara berpusat telah lama wujud dlm Islam..
seperti yg aku nyatakan sebelum ini, penafsiran hukum oleh jumhur ulama perlu diutamakan. tp ini tidak bermakna umat Islam dan ilmuan Islam yg lain tidak boleh mengeluarkan pendapat masing-masing. pendapat individu yg berilmu tinggi tidak setanding dgn pendapat sekumpulan ilmuan yg berilmu tinggi (jumhur ulama).
juga perlu diketahui, fatwa individu atau pendapat individu bkn sumber hukum alternatif yg mutlak. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 manakautau's post
itu rupanya maksud saudara/i.. minta maaf. aku baru faham..
pertama sekali fahami maksud fatwa jumhur ulama. fatwa jumhur ulama adalah fatwa yg dipersetujui oleh sejumlah besar ulama. ia bukan bermaksud fatwa yg dikeluarkan oleh sekumpulan ulama yg duduk semeja atau kumpulan ulama tertentu.
oleh itu, tindakan JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan yg meminta agar para ulama merujuk terlebih dahulu terhadap badan ini adalah utk memperkasakan pendapat ulama tersebut. buah fikiran seseorang ulama boleh dibincangkan oleh sekumpulan ulama lain dari segi ketepatannya. fatwa indivudu tidak seteguh mana jika mahu dibandingkan dgn fatwa jumhur ulama.
ilmuan agama lebih selesa utk menyuarakan pandangan / fatwa melalui media.. terpulanglah kepada mereka. pandangan / fatwa mereka itu bukan sumber hukum sah yg wajib diikuti oleh umat Islam..
tp seandainya seseorang ulama itu membuktikan bahawa dia bertaraf mujtahid mutlak (seperti imam mazhab yg empat), penafsirannya tepat, penilaian tepat, kualiti ilmunya diakui kawan dan lawan, maka fatwanya adalah sumber hukum alternatif yg sah. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada pandangan saya, dalam menentukan sesuatu hukum, mula2 sekali kita kena rujuk pada kitab al-Quran, kemudian hadis nabi dan akhir sekali jumhur ulama. Majoriti rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pemerintah yang lebih bersifat sekular, sudah tentu tak mampu dan tak layak nak menafsirkan kitab Al-Quran dan Al-Hadis. Maka pendapat Jumhur Ulama mesti dijadikan pegangan. Jumhur Ulama maknanya sekumpulan Ulama bukannya seorang Ulama (Tolong betulkan saya jika saya silap). Jika ada perbezaan pendapat antara sekumpulan Ulama, pilihlah pendapat yang diterima kumpulan yang paling diyakini dari segi ilmu dan amalan yang ditonjolkan kumpulan terbabit. Buat masa sekarang, saya lebih cenderung mengikut pendapat yang dikeluarkan oleh Majlis Mufti daripada Majlis Fatwa Kebangsaan. Ini kerana Majlis Fatwa Kebangsaan lebih banyak mendiamkan diri daripada memberi teguran kepada perkara batil lebih-lebih lagi jika melibatkan pihak pemerintah. Contohnya terlalu banyak boleh lihat sendiri dalam TV, majalah dan suratkhabar. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 ianho's post
ada hadis menyatakan kita hendaklah mengikut rasa hati kerana setiap kebaikan yang dilakukan kita akan merasa aman tenteram tetapi sebaliknya jika kita membuat maksiat akan timbul perasaan bergetar dalam jiwa yang tidak tenteram...... selagi perkara yang dilakukan itu tidak bercanggah dengan kehendak syarak dan tiada nas atau fatwa yang telah dibuat |
|
|
|
|
|
|
|
salam
siapakah yang berhak menafsirkannya???
tentulah kepada makhluk yang mempunyai AKAL
yang mampu menggunakan apa yg dianugerahkan
dan terpulanglah kepada diri sendiri
sejauh mana ia mampu MENGGUNAKAN AKALNYA
adakah hanya separas kepalanya
atau menembus tiap lapisan langit yg TERTUTUP RAPAT
DIJAGAI DENGAN SERAPI-RAPINYA
DARI GOLONGAN YANG DERHAKA
dan kenapa harusnya ia MENAFSIRKANNYA????
hanya untuk suka suka kah??????
atau untuk penyedap cerita memberi ceramah????
atau hanya kerana TUHAN
untuk mengamalkan dan menghayatinya
DALAM HIDUP YANG HANYA SEBENTAR................ |
|
|
|
|
|
|
|
walau apa pun............umat islam akan menafsirkan agama mengikut kecenderungan politik mrk.
contoh:
UMNO- amalan kongsi raya dibolehkan demi perpaduan. padahal hukum terang2 mengatakan tak boleh.
PAS- kes khalwat Mat Sabu. terang2 memang tak boleh berduaan dgn bukan muhrim dlm bilik hotel (tak kira pintu buka/tutup). |
|
|
|
|
|
|
| |
|