Bila lihat gambar kaabah, dapat digambarkan suasana zaman dahulu berbanding sekarang. Begitu pesatnya perkembangan umat manusia khususnya umat Nabi Muhammad SAW. Terima kasih bizsari dengan perkongsian ilmu yang amat luas, yang kadangkala tak tercapai dek akal dan pemikiran kita.
Kif nak tanya sikit. Macamana kita boleh confirm itu pedang Rasulullah?? Pernahkah kiter buat carbon dating utk confirm pedang itu di buat 1500 tahun dulu??
Kadang2 Kif rasa elok org Islam kiter test benda2 ini utk pastikan. Manalah tahu ntah2 pedang itu di buat zaman selepas Rasullullah lepas itu claim kata pedang nabi....
Originally posted by melati00 at 18-12-2007 10:17 AM
Terima kasih Bizsari atas perkongsian ini... ingatkan selama ini air zamzam mengalir macam sungai kecil rupanya melalui celah-celah batu....
Masa saya pergi dulu telaga zamzam masih boleh dili ...
awak mewakili 838 pembaca tread ini menghargai sumbangan saya
Sama-sama Bizsari.
Selepas menatap gambar-gambar yang anda paparkan hati saya terlalu
sayu, dan rindu untuk kembali menziarah Madinah dan Mekah.
Betapa arus pembangunan menenggelamkan khazanah yg tidak ternilai dan siapa sangka yg kita masih dpt menatap keadaan sebenar di Mekah waktu dahulu.... memang ini yg saya nantikan....teringin melihat perigi zamzam yg asal akhirnya termakbul jua....
tq kasih juga...semalam tengok siaran langsung wukuf di arafah dan sembahyang zohor yang diimamkan seorang imam yang buta. MasyaAllah..meskipun saya tak tahu bahasa Arab tapi hati memang tersentuh bila mendengar dia memberi ceramah/khutbah. Ramai yang menangis.......malam ingat nak tengok lagi tapi cuaca tak elok dan satelit terganggu. Pagi sempat tengok mereka berkejar ke Mina untuk melontar. Kejab nak tengok lagi sempat satu channel 2 memang siaran langsung 24 tentang haji ini.