|
Pilihanraya Umum - Kaedah Islam Memilih Pemimpin?
[Copy link]
|
|
Lihatlah apa yang terjadi pada Bilal, apa yang terjadi pada Sumaiyah serta pejuang-pejuang Islam yang lain. Rasullulah mendidik mereka melalui sistem pendidikan madrasah Rasullulah. Dimana sistem pengajian tidak membataskan ilmu dan masa.Bila-bila masa murid boleh berjumpa dengan guru.
Pertautan antara guru dan anak murid ibarat pertautan dari hati ke hati.Perkaitan antara Rasullulah dengan pengikutnya ibarat bapak dengan anak.Sibapalah yang mencorak kehidupan anak-anaknya dengan mendidik ke arah ketaqwaan pada Allah Taala.
Diajar cinta pada syurga dan gerun pada neraka.Jadilah masyarakat Islam sebuah masyarakat yang cinta pada akhirat dengan merindui CINTA AGUNGNYA iaitu pada PENCIPTA dan tidak takut menghadapi kematian dengan rela berkorban hatta diri sendiri sekiranya langkah tersebut dapat mengangkat martabat Islam.
Dan pengikut pula amat menyayangi hatta sanggup berkorban nyawa meraka semata-mata untuk menjaga keselamatan pemimpin. Bukan atassifat taksub tapi atas sifat kesetiaan pada Pemimpin selagi tidak melanggar syariat Ilahi.
Ini berlainan dengan keadaan Pemimpin sekarang. Dipilih atas dasar undi majoriti.Maka segala tindak tanduk mereka dicorakkan oleh ahli.
Maka untuk mengekalkan teraju kepimpinan , segala tindak tanduk diambil kira atas kepentingan ahli walau pun terpaksa mengorbankan prinsip kepimpinan.Dengan kata lain , pemimpin mengikut kehendak pengikut dan bukannya Pemimpin yang mencorak Pengikut.Dalam keadaan begini bagaimana mungkin Pemimpin dapat menegakkan Islam secara syumul?
Kalau kita kembali kepada sejarah Islam dahulu , ketahuilah bagaimana Rasullulah berjuang menegakkan Islam. Bukan atas dasar pemerintahan dahulu. Tapi atas dasar IMAN DAN TAQWA.Rasullululah menanam iman dahulu.Sehingga bangsa Arab yang suatu ketika dahulu sebelum kedatangan Nabi Muhamad adalah suatu bangsa yang sanggup berbuat apa sahaja, hatta membunuh anak perempuansekali pun dalam alam jahiliah, bermusuhan antara suatu sama lain, menyembah berhala hatta melakukan seribu satu macam kemungkaran boleh membina tamadun Islam yang unggul kearah PENGABADIAN pada Ilahi sehingga mampumemerintah 3/4 dunia.
Atas asas apakah mereka boleh berubah? Adakah atas penukaran khalifah atau pemerintah dahulu atau atas dasar menanam iman dan taqwa? Saudara dan saudari sendiri boleh menjawabnya. Mengapa kita tidak boleh mengikutKaedah yang sama??? Jawapan yang mengatakan orang Melayu di Malaysia sudah beragama Islam, takkan nak berdakwah lagi adalah satu jawapan yang cuba lari dari menilai fakta yang sebenar.
Kalau kita perhatikan , Keislaman orang Melayu di Malaysia adalah berdasar keturunan atau baka .Dari ibu dan ayah kepada anak.Pembentukan keislaman seseorang itu bergantung kepada didikan dan persekitaran awalnya.Bukankah Rasullulah pernah bersabda, seseorang bayi itu dilahirkan dalam fitrah suci dan bersih. Ibu bapalah yang mencorakkannya samada beragama Yahudi, majusi atau nasrani.Pepatah Melayu ada mengatakan 揃apak borek anak rintik |
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakkan ulama-ulama yang berada disekeliling pemerintah hanya menimba 2 bidang ilmu sahaja iaitu Fekah dan Usuludin. Jadi kalau ada ulamak lain yang mengamalkan ajaran tassawuf takkan kita hendak menuduh mereka sebagai sesat. Atas alasan tidak ada dalam ajaran Islam.
Padahal bukan tidak ada dalam Islam tetapi ilmu tersebut tidak termasuk dalam pemikiran mereka. Tetapi peliknya ulamak-ulamak dalam kerajaanlah yang melakukan pecah amanah dalam Tabung Haji dan Baitul Mal.Tidakkah penyelewengan ini juga dinamakan sesat. Terdapat setengah daripada mereka berkhalwat dengan anak dan isteri orang.
Tetapi pada mereka yang hendak berpoligami dirumitkan dengan berbagai-bagai halangan dan peraturan.Inilah sebenar ulamak yang membelakangkan hukum Allah mengikut undang-undang mereka sendiri.Pada mereka inilah yang sepatutnya kita namakan mengikut ajaran sesat.
Jadi pada ulamak macam inikah yang hendak dinamakan Penasihat pada Pemimpin? Baik ulamak , baiklah umarak. Rosak ulamak , rosaklah pemimpin. Masyarakat rosak kerana ulamak(dalam kerajaan) tidak berfungsi,ulamak rosak kerana mengikut nasihat pemimpin yakni kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin tidak berani ditegur dan pemimpin rosak kerana cinta pada dunia dan tidak mengenal Allah.
Macam mana hendak mengenal Allah kalau mereka yang ingin memperjuangkan Islam melalui dakwah dan tarbiah disekat dan kegiatan mereka diharamkan? Yang peliknya kegiatan bohsia dan bohjan, pergaulan bebas sehingga melahirkan anak luar nikah tidak pula disekat.
Jadi jalan kearah memperbetulkan pemimpin ialah dengan menasihati mereka kearah mengenal Allah dan Rasul. Syukur di Malaysia , pemimpin yang bakal menerajui pemerintah berlatar belakangkan lulusan akademik agama di Universiti Malaya. Semoga dibawah kepimpinan beliau dapat mengangkat martabat agama Islam. Agar beliau dapat menegakkan kesemua 5 hukum dalam NILAH mendaulatkan kalimah Allah.
Cuma satu sahaja hukum yang beliau belum mampu tegakkan lagik. Corak penampilan atau pakaian isteri beliau.Takkanlah perkara sekecil begini beliau tidak dapat mendidik isteri beliau dalam melaksanakan hukum Allah. Iaitu pakaian yang menutup aurat.Datukbeliau ialah bekas Mufti Pulau Pinang.Takkan bab kecil begini beliau tidak mampu menegakkan kalimah Allah.
Kalau kita kaji betul-betul kegiatan penyebaran kebangkitan Islam di Malaysia bermula dari bawah. Iaitu dari peranan individu dahulu, kemudian keluarga dan seterusnya kepada masyarakat dan negara. Jadi makna dia masyarakat bawahan dahulu yang memulakan kebangkitan Islam baru naik keatas.
Bukti dia lihatlah corak penampilan pakaian semasa perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini. Rata-rata kaum wanita yang berpakaian menutup aurat ialah mereka diperingkat bawahan. Syukran Jazilan. Nampak juga kebangkitan Islam melalui dakwah dan tarbiah. Nak diharapkan pemimpin atasan jauh sekali. Hampir kesemua mereka yang memegang jawatan peringkat menteri dan Ketua Puteri UMNO masih lagi berfikiran terbuka. Belum lagi menerima
dakwah dan tarbiah secara tertutup seperti mana peringkat bawahan terima. Sebab itu rambut mereka masih lagik terbuka. Kalau ada pun Cuma menutup sekerat sahaja manakala ruangan yang lain masih lagik terbuka. Macam peragawati mengayakan rambut mereka pula.
Apa-apa pun Allah perintahkan sesama umat Islam agar saling nasihat menasihati satu sama lain secara berkasih sayang. Firaun yang menderhakai nikmat Allah pun, disuruh oleh Allah kepada Nabi Musa dan nabi Harun agar menasihati secara hikmah. Inikan kita umat Islam pada sesama agama malah sesama bangsa dan negara.
Kesilapan yang dilakukan oleh pemerintah sekiranya ada, baik ditegur secara hikmah daripada memaki hamun apatah lagik
hendak menukarkan tampuk pemerintahan. Belum pernah berlaku dalam sejarah , mereka yang menumbangkan pemerintah selain daripada dakwah dan tarbiah dapat melakukan perkara yang lebih baik daripada pemerintah sebelumnya. Malah apa yang berlaku ialah lebih teruk lagi . Lihat lah pada apa yang berlaku dinegara tetangga kita iaitu Indonesia malah dimana-mana negara jua.
Apa yang berlaku pemerintah yang bila mendapat kuasa, mereka lupa topik asal perjuangan mereka dahulu. Akhir sekali belaku juga penyelewengan kuasa dan mereka ini digantikan dengan pehak yang lain. Rakyat juga yang menderita.
Jadi syukur pada kita yang beragama Islam. Kerana dalam ajaran Islam sudah ada petunjuknya.Kegagalan umat Islam bukan kerana agamanya tetapi ialah kerana kelemahan pengikutnya.Selagi tidak mengikut kaedah yang diperjuangkan oleh Rasullulah, selagi itu Allah biarkan umat Islam dalam keadaan lemah.Bagaimana hendak dimakbulkan doa kita kalau kita sendiri membelakangkan ajaran Islam walau pun niat kita hendak menegakkan negara Islam.
Ertinya dalam kita mencari untuk mengubati masyarakat, kita memberi sukatan ubat yang tidak tepat. Hasilnya masyarakat masih lagi dalam keadaan ditimpa wabak dan menderita. Cuma kaedah INILAH JALAN KITA kearah mengubati penyakit masyarakat menuju kearah masyarakat yang bersih dan sihat kearah mendapat keampunan dan keredhoan Illahi.
Barulah dikatakan dunia dapat dan insyaAllah di Akhirat pun Allah bagi syurga ganjarannya.
Pak Syeikh Kamunting-Islam itu INDAH. Yang tak indah ialah bila pengikut dia yang membelakangkan sunnah nabi sebaliknyer nahu ikut sunnah Yahudi. Masakan bantuan Allah hendak tiba.
Sumber http://groups.yahoo.com/group/SiberMelayu/message/1
|
|
|
|
|
|
|
|
bagi aku, pemilihan menerusi rakyat tidak salah sebab kalau nak dipilih mengikut cara rasullullah amat susah untuk zaman sekarang sebabnya pemimpin semua terdiri dari bukan sifat2 yg ader pada rasullulah dahulu... kebanykan nya terdiri dari mereka yg luka bin luka...
jadik pemilihan mengikut demokrasi ader baik nya.. tapi satu jerr, kalau bleh semasa pilihanraya itu, satu jawatankuasa antarabangsa yg bebas di pilih untuk membuat pilihanraya, bukan dari kalangan org malaysia sendiri, dari situ baru bleh nampak keadilan bila jawatankuasa bebas antarangbangsa yg menjalankan proses pilihanraya tersebut.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 mieza386's post
Mana lebih besar ? Jawatan Kuasa Bebas Antarabangsa atau Kekuasaan Allah Taala ? Takkan Allah nak membiarkan hamba2NYA yang bertaqwa dari dimamah mengikut hawa nafsu dan akal manusia ? |
|
|
|
|
|
|
|
BERJUANG IKUT SUNNAH NABI DAN BUKAN SUNNAH YAHUDI
BUAT PEJUANG-PEJUANG YANG TERTIPU
Sebelum memulakan mukadimah apakata kita lihat laman web berikutsupaya dapat memberi kefahaman dan penjelasan Perjuangan Islam Mengikut Sunnah Nabi Dan BUKAN Sunnah Yahudi.
Terima kasih ler diatas segala teguran. Aper-aper pun kita bermuzakarah bab perjuangan berdasarkan kepada Al-Quran dan
hadis serta qias dan ijmak ulamak. Bukan ikut naluri atauperasaan marah kita pada mereka yang dirasakan tidak 'sebulu'
dalam perjuangan dengan kita.
Dengan kata lain..perbahasan biarler berdasarkan kepada keilmuan, keimanan dan ketaqwaan kita pada Pencipta. Ketiga2 bidang inimesti disertakan bersama yakni tidak boleh dipisahkan antara satusama lain.
Mereka yang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmu mereka,ibarat pohon yang tidak berbuah..jauh sekali untuk beriman dan bertaqwa.Mereka yang beriman tetapi tidak berilmu ibarat merekayang rajin beribadah tetapi tidak berjumpa dengan penyudahnyer.Wal hasil sifat taqwalah gabungan kedua-duanya. Sifat taqwaler ini mestiler berdasarkan kepada gabungan ketiga-tiga ilmu dalamIslam iaitu ilmu Tasawuf, Fekah dan Usuludin.
Siapa yang tidak mahu mengamalkan hukum huddud.Setiap insan yang mengucap 2 kalimah syahadah sudah pasti mahu mengamalkan setiapperkara yang wajib , sunat dan harus dan meninggalkan perkara yang haram manakala yang makruh terpulanglah pada keimanan kita untuk menentukan nya.Tetapi setiap perlaksanaannya pasti mengikut sunnahnabi yang mesti selari dengan ketentuan Illahi.Bukankah sunnah nabi sebaik2 contoh ikutan?
Ibarat hendak mengajar kanak2 membaca. Mesti bermula dari huruf alif ba ta dahulu.Takkan kalau setakat itu ilmu mereka kita hendak menyuruh mereka menulis dalam tulisan khat? Sedangkan mereka baru hendak belajar menulis.Kalau kita suruh mereka menulis dalamtulisan khat, bermakna kita yang menzalimi diri sendiri.Kerana menganiaya insan yang bukan mengikut kemampuan mereka.
Begitulah mengikut perlaksanaan hukum huddud. Hanya pemerintah sahaja yang dapat melaksanakannya. Dan dalam menentukan pemilihan khalifah mestilah berdasarkan sunnah nabi iaitu penanaman iman dan taqwa dan bukannya melalui sunnah yahudi iaitu pemilihan pemerintah melalui undi pilihanraya.Kalau ikut juga merupakan kesilapan BESAR bagik kita.Kerana kita mengikut SUNNAH YAHUDI dalam menujuperlaksanaan hukum hudud di Malaysia.
Sebab penyedia kanun pilihanraya di malaysia di tulis mengikut Lord Reid sewaktu penjajahan British dahulu.Dan British dari dahulu sehingga kini diakaui sebagai penyokong SETIA yahudi. Adakah kita hendak mengikuti jejak meraka??? Pemilihan Pemimpin dalam Islamhanya bersandarkan mesyuarah atau mesyuarat seperti pemilihanKhalfah Al-Rasyidin . Dimana hanya mereka yang arif dalam pentadbiran sahaja yang menentukan pemilihan Khalifah.Dan bukan berdasarkankepada undi majoriti yang memohon simpati kepada mereka yang bukan berkaitan dengan pemilihan khalifah seperti wanita atau sesiapasahaja asalkan berumur melebihi 21 tahun.
Dan bukan bermakna sistem piliharaya memberi laluan kepada pihak UMNO untuk terus memerintah???? Tidak sekali-kali.Lihat lah sejarah sewaktu Nabi hendak berbaiah atau berbaik dengan penduduk Thaif.Penduduk Thaif memberi layanan yang paling buruk kepadadakwah Nabi. Dan para malaikat pun bertanya apakah hendak dihempap gunung atau apa sahaja kepada penduduk Thaif. Apa jawab Nabi???Saudara- sauadari sendiri pun lebih mengetahui.Mereka tidak mahu pun tak mengapa..semoga anak cucu mereka menjadi penyokong kuat Islam!!!!Atau dengan kata lain generasi selepas mereka.
Sekian . Wassalam. Fikirlah sebaik-baiknya.Dimana kita berada????Samada kita berada dalam lingkungan sunnah nabi atau sunnah Yahudi.
Kemenangan terbesar Dalam Islam apabila kamu dapat menewaskan hawa nafsu kamu sendiri. Saya tujukan pada diri saya sendiri!!!
Islam Pasti Menang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #28 syeikhbelalang's post
Kira PRU tu macam lubang biawak ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa ada baiknya aku move thread nie ke board Muslimin dan Muslimat kerana aku tengok niat pembuka topik ialah utk membincangkan dari sudut agama Islam, dgn membentangkan fakta2 serta nas2 yang boleh kita kutip dalam ruang lingkup agama Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Pada pendapat aku, yang terbanyak tak semestinya yang paling betul.
Tapi demokrasi adalah jalan paling praktikal dalam konteks sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Lagipun, Malaysia bukan sebuah negara teologi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 juwaini's post
yupz.. betul tu.. sokong 100%...
ada org tu, berusaha nak wujudkan sistem teokrasi ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Ayun_Maiden at 15-1-2008 08:36 AM
Bukankah syeikh kata melalui
Memang la...tapi nak pilih macam mana? tak perlu undi ke kalau ramai calonnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 juwaini's post
Memang Malaysia bukan negara teologi . Untung apa kita ikut stail Yahudi . Banyak buruknya dari baik nya . Dimana nilai2 murni dan akhlak sesama sedara Islam . Asyik kutuk mengutuk dan umpat mengumpat .
Mungkin lepas ni Pak Lah panggil semua ulamak2 Malaysia termasuk ular mak yang makan gaji dengan kerajaan . Berbincang untuk mengwujudkan pentadbiran Islam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by syeikhbelalang at 15-1-2008 05:57 PM
Bukankah tak bersongkok hukumnya FASIK dalam Islam ?
Tak bersongkok? Biar betul. Dalil dan hadis mana ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by SPACE COP GABAN at 15-1-2008 06:10 PM
Tak bersongkok? Biar betul. Dalil dan hadis mana ni?
Kat situ pun kita dah boleh nampak unsur-unsur pemesongan. Fundamental Islam, aurat bagi lelaki adalah dari pusat ke lutut. Di Makkah sendiri waktu nak beribadat pun tak BOLEH tutup kepala. Ni bahayanya bila adat dicampuradukkan dengan pengamalan agama.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|