|
Saya umpama kanak-kanak yang baru belajar. Seronok dan cuba menyelami pengajian ilmu Allah yang tidak ada titik akhirnya ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 17-1-2008 02:27 AM
ilmu al-yakin itu dikaitkan dengan ilmu drp akal murni/pure reason, atau jika mengguna istilah al-Jabiri disebut ilmu bayani.
Tuan petola dan rakan-rakan yang lain,
Dengar perkataan bayan ini, teringat surah Ar Rahmaan.
[1] (Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
[2] Dialah yang telah mengajarkan Al-Quran.
[3] Dialah yang telah menciptakan manusia.
[4] Dialah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
Semuga Ar Rahmaan menganugerahkan kepada kita ilmu bayan ini.. ie boleh dan senang menerima kenyataan.. Amiin Yaa Rabb!
Komen tuan dari sudut epistimologi itu memang berguna. Guru saya ada menyebut tentang ilmu tauhid Ushulluddin dan ilmu tauhid Ihsanuddin. Belajar ilmu usul agama itu amat berbeza methodologinya dari belajar ilmu ihsan agama, walau kedua-duanya amat diperlukan dan saling bantu membantu. Inshaallah kita usahakan sebelum mencapai haqqul yaqin yang lagi satu tu!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 17-1-2008 02:27 AM
ilmu al-haq adalah ilmu yg diperoleh secara ilham/intuisi/intuition.Ilmu seperti ilmu makrifat inilah dia. Golongan sufi cenderung pada ilmu ini. Irfani kata al-Jabiri.
My shameles cut and paste dari satu laman web on this:
Kata irfan berasal dari bahasa Arab عِرفان (pengetahuan yang banyak) yang merupakan sifat musyabbahah berwazan fi'laan (فِعلان) dan memiliki arti yang sama dengan kata ilmu (العلم). Lafaz عرف memiliki 27 buah mustaqat (turunan kata) dan telah disebutkan sebanyak 71 kali di dalam al-Qur抋n. Sedangkan arif (jamaknya adalah urafaa) adalah isim faa'il dari kata kerja arafa.
Sesiapa yang berminat boleh membaca Ilmu dan Teknologi di http://media.isnet.org/islam/Quraish/Wawasan/Iptek1.html untuk perbincangan yang sedikit panjang tentang hal ilmu ini. Semoga bermanafaat untuk memperbetulkan perspektif kita tentang ilmu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ops nampaknya topik nie dah lari dari tajuk asal, apa yang nak dibincangkan adalah bagaimana tiga tingkat keyakinan ini ada dalam diri kita, dan bagaimana jalan kita nak mengusahakannya, bukan kita nak bincang pasal teori ilmu firasat dan ladunni.
Satu lagi nak diutarakan dalam bab ilmu firasat dan ladunni, ilmu ini memang ilmu ilham yang datang terus dari Allah swt. tetapi nak ditekankan supaya kita faham, bahawa ilmu firasat, ladunni sebenarnya adalah ilmu kefahaman agama atau hakikat bagi sesuatu yang tersembunyi disebalik hukum-hukum agama, atau rahsia-rahsia alam yang tersembunyi yang merupakan hakikat bagi sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi wujud. Apabila sampai disatu peringkat Allah swt akan bukakan hakikat alam ini kepada sesiapa yang hampir kepadanya. Ilmu hukum-hakam seperti ilmu fekah atau ilmu syariat tidak boleh dapat diperolehi melalui ilham atau ladunni, tetapi mesti dengan berguru. Samada kepada Ustaz, Alim ulama berpandukan Al-Quran dan hadist dan bagaimana cara Rasulullah saw mengamalkannya. Secara kesimpulan ilmu syariat tidak ada cara lain untuk mendapatkannya melainkan dengan berguru. apabila kita amalkan ilmu syariat barulah akan terbuka ilmu hakikat dengan sendirinya.
Berbalik kita kepada bab yakin tadi, ilmu yakin adalah ilmu yang datang dari lidah Rasulullah sendiri, yangmana ilmu ini semuanya benar dan bersifat pasti yaitu Al-Quran dan hadist. Kita tidak perlu ragu kepada nabi, semuanya pasti dan benar, bagaimanapun diperingkat awal dan atas maksud belajar, sokongan memang diperlukan dan digakakkan sangat-sangat, peringkat belajar ini dipanggil Ainul yakin. Dah tengok baru yakin atau dah rasa baru yakin.
Berkaitan ainul yakin ini kita perlu lalui bertubi-tubi, sehingga keyakinan kita menjadi benar-benar mantap dan tidak goyang lagi. cerita berkaitan belajar ainul yakin ini ada banyak dalam Al-Quran, diantaranya:
Atau apakah orang yang melalui suatu negeri yang telah roboh menutupi atapnya. Dia berkata: "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur?" Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian menghidupkannya kembali. Allah bertanya: "Berapakah lamanya kamu tinggal di sini?" Ia menjawab: "Saya tinggal di sini sehari atau setengah hari." Allah berfirman: "Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah; dan lihatlah kepada keledai kamu ; Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia; dan lihatlah kepada tulang belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging." Maka tatkala telah nyata kepadanya diapun berkata: "Saya yakin bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (Al-Baqarah:259)
Dan ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati." Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu ?" Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap Allah berfirman: " ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu. : "Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera." Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(Al-Baqarah:260)
Kisah pertama peristiwa nabi uzair kalau tak silap, sesudah dia dimatikan selama 100 tahun, kemudian dihidupkan kembali barulah keyakinannya mantap.
Kisah kedua yaitu kisah nabi Ibrahim as, setelah Allah swt buktikan depan matanya, barulah tenang hatinya(mantap).
Kisah nabi musa juga ada, Allah swt sendiri yang tarbiah supaya dia yakin:
dan lemparkanlah tongkatmu". Maka tatkala Musa melihatnya bergerak-gerak seperti dia seekor ular yang gesit, larilah ia berbalik ke belakang tanpa menoleh. "Hai Musa, janganlah kamu takut. Sesungguhnya orang yang dijadikan rasul, tidak takut di hadapan-Ku.(An-Naml:10)
Allah berfirman: "Peganglah ia dan jangan takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya semula,(Thaahaa:21)
Ini adalah bebarapa kisah bagaimana nabi pun ditarbiah dan minta ditarbiah supaya lebih yakin, apalagi Kita. Di zaman rasulullah saw, rasulullah selalu mentarbiah para sahabat atas yakin, satu contohnya kisah Abu Hurairah dengan semangkuk susu. ceritanya panjang, bagaimanapun kisah ini Rasulullah saw nak tarbiah Abu Hurairah supaya jangan bimbang, kalau kita bertawakkal kepada Allah swt, pasti Allah swt akan cukupkan, semasa mentarbiah ini nabi banyak tersenyum.
Insyalllah bersambung....
[ Last edited by kuman at 17-1-2008 05:21 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
satu soalan buat sdr kuman.
adakah usaha ke arah haq al-yakin itu suatu usaha mengurangkan atau menidakkan peranan akal?
misalnya seperti contoh yg sdr beri pada posting awal dulu. Kerana sudah terlalu yakin pada seseorang/sesuatu maka apa saja yg diperkatakannya atau yg dilahirkannya walaupun tidak benar kita akan terima, tanpa perlu saringan akal.
bukan apa... jalan ini menurut banyak pemikir Islam kontempori adalah bahaya... kesan negatifnya jelas dalam sejarah ilmu dan peradaban manusia.
akal atau rasionaliti perlu sentiasa dijunjung menurut mereka.
komen sdr? |
|
|
|
|
|
|
|
"Dan ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati." Allah berfirman: "Belum yakinkah kamu ?" Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakinkannya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap Allah berfirman: " ambillah empat ekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu. : "Lalu letakkan diatas tiap-tiap satu bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera." Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(Al-Baqarah:260)"
sdr kuman,
jika kita lihat petikan sdr seperti di atas kita dapat perhati bahawa seorg nabi dalam keyakinannya pun masih mahu ditunjukkan bukti (nyata).... supaya mantap katanya.
itulah dinamika akal manusia yg tuhan ciptakan... sentiasa dahaga kebenaran melalui bukti2. Apabila akal dapat dipuaskan dengan bukti2 maka ia akan jadi tenang dan yakin. Sesuatu yg masuk akal itu boleh menggembirakan dan membahagiakan kita. Kan?
oh ya... bukti2 nyata jika dilihat drp sudut epistemologi masuk dalam domain pancaindera/sense perception. Jika melalui renungan dan permainan akal, berqias... ada dalam domain akal murni/pure reason.
cuba mengurangkan, menjauhkan atau menghilangkan domain2 ini atas alasan mahu mencapai haq al-yakin akan menjadikan kita manusia yg tidak rasional lagi. Setuju?
satu soalan lagi... mengapa haq al-yakin ini dianggap sebagai paling tinggi darjatnya?
[ Last edited by petola at 18-1-2008 08:05 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 18-1-2008 07:38 AM
satu soalan buat sdr kuman.
adakah usaha ke arah haq al-yakin itu suatu usaha mengurangkan atau menidakkan peranan akal?
Terlebih dahulu saya meminta maaf, sebagai manusia biasa saya pun tidak lepas dari kelemahan dan kesilapan, mungkin apa yang saya tulis maksudnya tidak sampai kepada pembaca secara total kerana kelemahan dalam menyusun ayat dan mencari perkataan yang sesuai untuk mengambarkan apa yang nak disampaikan, apalagi dalam perkara yang tidak nampak oleh mata, memang susah nak mengungkapkannya dengan kata-kata, bagaimanapun kita usaha untuk menyusun ayat dan perkataan supaya mudah difahami, jika ada apa-apa kesilapan sila tegur dan boleh tanya apa yang kurang faham, maksud saya disini bukan nak berhujah tetapi ingin mengajak untuk menuju kearah satu matlamat yang juga telah diusahakan oleh orang-orang terdahulu, termasuk nabi-nabi dan sahabat, wali, sufi dan mukmin kesemuanya.
Usaha kearah kearah haqqul Yakin adalah satu usaha untuk menundukkan, mengakui, atau menerima dengan akal dan hati kepada kekuasaan Allah swt secara total. Apabila bertembung antara akal dan hukum, maka akal mesti tunduk dengan hukum, kerana ada diantara perintah Allah yang tidak dapat difahami oleh akal kerana masih belum nyata hakikatnya, peringkat pertama dikehendaki akal tunduk terlebih dahulu dan amalkan perintah Alllah, selepas itu barulah Allah swt akan bukakan hakikat disebalik perintahnya.
Sebagai contohnya Nabi Musa, apabila tongkatnya dicampak lalu bertukar menjadi ular yang sangat besar, lalu Nabi Musa lari ketakutan sehingga tidak menoleh lagi kebelakang, kemudian Allah swt beritahu supaya jangan takut, dan Allah swt perintahkan supaya nabi Musa pegang kepada Ular tersebut nanti ular itu akan kembali kepada asal, diwaktu ini AKAL Nabi Musa tunduk dengan perintah Alllah, lalu dia memberanikan diri menghampiri ular tersebut lalu memegang kepala ular itu, serta-merta ular itu bertukar semula menjadi tongkat. Kita dapat lihat disini jika hanya menggunakan akal semata-mata, memegang kepala ular tersebut memang mencari nahas, lebih baik pegang ekornya, tetapi akal nabi musa tunduk dan percaya kepada perintah dan janji Allah bahawa ular tersebut akan kembali kepada asal apabila dipegang kepalanya. Apabila Nabi Musa pegang kepala ular tersebut lalu bertukar menjadi tongkat, maka ketika itu nyalah sudah janji Allah. Dari sini lahirlah Haqqul Yakin, yakni yakin dengan perintah dan janji Allah secara praktikal dan nyata.
Yakin pada seseorang secara total diawal posting adalah sebagai satu Kiasan, Perbandingan atau perumpamaan sahaja, seseorang itu yang saya maksudkan ialah Rasulullah saw. bukan manusia yang lain, yakni saya nak nyatakan apa yang datang dari Rasulullah itu semuanya benar dan tidak perlu keraguan lagi. Seperti sabdaannnya, perbuatannya, perinahnya, larangannnya semunya benar tidak perlu kita ragu-ragu.
[ Last edited by kuman at 18-1-2008 09:12 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 18-1-2008 07:59 AM
satu soalan lagi... mengapa haq al-yakin ini dianggap sebagai paling tinggi darjatnya?
Haqul yakin adalah yang paling tinggi kerana keyakinan atau iman jenis inilah yang ada dalam diri Nabi-Nabi dan Rasul, Sahabat Nabi, Wali Allah dan Orang mukmin. Apa yang dikarang oleh Imam Al-Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumiddin juga mengajak kita supaya menuju kearah iman jenis Haqqul yakin, apabila Iman kita tidak lagi bergoncang, barulah dinamakan Nafsu Mutmainnah yakni nafsu yang tenang dan redha kepada Allah dan Rasul dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Inilah sebenarnya yang Allah swt mahu lihat kita berusaha kearah itu. Dan memang ini kehendak Allah dan Rasul.
Berbalik kita kepada akal tadi, yang mana Islam mahu supaya manusia terbuka akalnya lebih jauh lagi, buka setakat perkara yang nampak sahaja, tetapi adalagi perkara ghaib yang tidak nampak yang manusia perlu ketahui, perkara yang paling tinggi sekali ialah mengenal Allah swt, pencipta sekalian alam, Raja dari segala raja, yang mempunyai sifat-sifat terpuji dan keagungan. Islam mahu membawa manusia supaya yakin bahawa tidak ada yang berkuasa melainkan Alllah. Dialah tuhan yang mencipta manusia dan manusia mesti menghambakan diri kepadanya. Perkara yang nak ditekankan disini ialah bukan setakat percaya sahaja dengan teori dan ilmu, tetapi ia terbukti secara nyata dalam kehidupan seharian. Untuk menuju kearah Haqqul Yakin kita mestilah melalui Ainul yakin terlebih dahulu. Ditahap kita belajar yakin ini Allah swt akan tunjukkan tanda-tanda kekuasaannya dihadapan mata kita secara nyata, sehingga menjadikan kita hanya yakin bahawa hanya Allah swtlah sahaja yang berkuasa, dengan ini akan ujudlah rasa pergantungan kita hanya kepada Allah swt sahaja, apabila kita takut kita akan berlindung terus kepada Allah, apabila kita susah kita terus mintak bantuan Allah, apabila kita berduka kita mengadu kepada Allah.
Inilah yang dikatakan Ihsan, yakni satu perasaan yang telah sebati dan bertakhta dihati kita, yaitu kebesaran Allah swt.
Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut menunggu-nunggu dengan khawatir, dia berdo'a: "Ya Tuhanku, selamatkanlah aku dari orang-orang yang zalim itu".(Al-Qashash:21)
Dan kalaulah ada mana-mana Kitab Suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak dari tempatnya, atau dengan sebabnya bumi dipecah-belah mengeluarkan isi kandungannya, atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka Al-Quran ialah Kitab Suci yang mengandungi mukjizat. Bahkan segala urusan tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Ia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya, (lalu menjadikan mereka semuanya beriman). Dan orang-orang yang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana (ke atas diri atau harta benda mereka); atau pun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka (lalu menjadikan mereka gempar kecemasan), sehinggalah datang janji Allah (hari kiamat dan azabnya); Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya. (Al-Arra'd:31)
[ Last edited by kuman at 18-1-2008 11:03 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
hehhee... ni kene tmbah lg nie.. yakni
- x yakin
- pura2 ( hipokrit )
- yakin ikut2 tan
- yakin
- ilmu yakin ( yakin berdasarkan ilmu )
- ainul yakin ( yakin bedasarkan peglihatan - mata hati )
- haqqul yakin ( yakin yg sebenar2 yakin )
just tmbah apa yg kurang aja.. supaya bnda nie leh jelas... xmo ler.. tetiba melompat terus kan?? hehhe |
|
|
|
|
|
|
|
102. At-Takaathur
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
Sehingga kamu masuk kubur.
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
(Ingatlah) demi sesungguhnya! - Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 pengembara_sepi's post
Tepat sekali...
Lepas ini insyallah kita pergi pula kepada bab ilmu yakin secara maklumat, tanda-tanda, bukti, kemudian mempraktikkannya supaya ia menjadi Ainul Yakin, mudah-mudahan selepas itu kita dikurniakan Haqqul Yakin.
Insyaallah..kita sama-sama belajar... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 18-1-2008 07:59 AM
"Dan ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, perlihatkanlah kepadakubagaimana Engkau menghidupkan orang-orang mati." Allah berfirman:"Belum yakinkah kamu ?" Ibrahim menjawab: "Aku telah meyakinkannya,akan tetapi agar hatiku tetap mantap Allah berfirman: " ambillah empatekor burung, lalu cincanglah semuanya olehmu. : "Lalu letakkan diatastiap-tiap satu bukit satu bagian dari bagian-bagian itu, kemudianpanggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera." Danketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi MahaBijaksana.(Al-Baqarah:260)"
sdr kuman,
jika kita lihat petikan sdr seperti di atas kita dapat perhati bahawaseorg nabi dalam keyakinannya pun masih mahu ditunjukkan bukti(nyata).... supaya mantap katanya.
itulah dinamika akal manusia yg tuhan ciptakan... sentiasa dahagakebenaran melalui bukti2. Apabila akal dapat dipuaskan dengan bukti2maka ia akan jadi tenang dan yakin. Sesuatu yg masuk akal itu bolehmenggembirakan dan membahagiakan kita. Kan?
oh ya... bukti2 nyata jika dilihat drp sudut epistemologi masuk dalamdomain pancaindera/sense perception. Jika melalui renungan danpermainan akal, berqias... ada dalam domain akal murni/pure reason.
cuba mengurangkan, menjauhkan atau menghilangkan domain2 ini atasalasan mahu mencapai haq al-yakin akan menjadikan kita manusia yg tidakrasional lagi. Setuju?
Maaf saya mencelah di sini.
Saya bersetuju dengan penyampaian saudara Kuman.
Nabi Ibrahim pernah minta bukti bagaimana Allah hidupkan yang mati, sedangkan dia telah yakin dengan kekuasaan Allah. Sebabnya untuk MANTAPKAN dan TAMBAHKAN IMAN, bukannya minta bukti baru nak beriman.
Nabi Musa pernah minta untuk melihat Allah, namun permintaan ini tidak sampai kerana sebagai manusia kita TIDAK MAMPU melihat ALLAH di dunia ni.
Dari sini kita mesti faham yang IMAN itu boleh naik dan turun. Dan Para Nabi, mereka senantiasa MEMBERATI soal IMAN dan mereka senantiasa berusaha untuk MEMANTAPKAN IMAN
Iman boleh dimantapkan dengan beberapa kaedah, salah satu dengan bermujadah. Bila Nabi Ibrahim minta Allah tunjukkan macamana Allah hidupkan yang mati, lihatlah perintah Allah kepada Nabi Ibrahim. Tentu saja mudah jika Allah tunjuk depan mata tanpa apa2 usaha, namun Allah perintah Nabi Ibrahim cari 4 ekor burung, ternak, ajar burung2 tu, sembelih, campur gaul, pergi ke 4 penjuru gunung, panggil nama2 burung tu.....
Lihatlah, nak dapatkan Iman, kena BERMUJAHADAH
satu soalan lagi... mengapa haq al-yakin ini dianggap sebagai paling tinggi darjatnya?
Itu lah tahap yakin Anbiya', kita tak sampai tahap tu tapi kena berusaha untuk sampai ke tahap tu. Ada juga di kalangan orang soleh yang dikurniakan Allah, Haqqul Yaqin.
Haqqul yaqin ni bukan tiket untuk tolak dalil2 agama dan bukti2, nak dapat haqqul yaqin ni kena USAHA ATAS IMAN
Semoga Allah beri petunjuk dan hidayah kepada saya dan untuk kita semua
[ Last edited by mnm77 at 19-1-2008 12:23 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
macam nielah... saya tmabah lg bab2 yakin nie sesuai dgan keadaan.. tp bukan tuk pengkelasan.. harap... sesapa jgn salah anggap kay...dan ni bukan nak hentam or apa.. kalo terasa.. sori... just nak bg jelas.. n tambah sedikit supaya nmpak kemas....
IMAN ISLAM EHSAN
-x yakin syariat amarah
- pura2 tareqat ( perjalanan ) lawamah
( hipokrit )
- yakin ikut2 tan haqiqat ( kebenaran ) mulhamah
- yakin ma'arifat ( kenal ) mutmainah
- ilmu yakin musyawarah radhiah
( yakin berdasarkan ilmu ) ( keredhaan )
- ainul yakin mukasyafah mardhiah
( yakin bedasarkan peglihatan - mata hati ) ( kepujian/cinta )
- haqqul yakin malhabah ( kecintaan ) kameliah/kamillah
( yakin yg sebenar2 yakin ) ( kesempurnaan/suci )
MenTAUHIDkan Allah....adalah mengesakan dengan keyakinan penyaksian disertakan dengan pembuktian..."didalam RASA" kita
yang diwasilahkan pada...
1.Ehsan @ amalan tubuh yakni masih terikat dgan nafsu2 duniawi...nafsu mazmumah menuju kemahmudah... sebelum menuju kesempurnaan nafsu
2. akidah Iman @ keyakinan, amalan hati sehingga menyaksikan semata segalaya hakikatnya adalah afaal Allah....
3. iktikad Islam @ keilmuan, amalan RASA sehingga mengenal kewujudan zat,sifat,asma dan afaal
serba ringkas.... nanti sy isi satu part lg nie... td ingat... tetiba nak type lupalak... hehehe benda nie kene tngok secara jadual mcm nie baru leh paham.... dgn penjelasan rapi... kalo idak... leh salah anggap... ni pun leh tangkis... sesapa yg rasa... tinggi sangat ilmu tasawuf or tauhid... nya... tp amalan or sifat masih giler dunia...mudah2an kiter jd insan yg sedarr... akan diri.. kepada empunya diri...... mudahan thn baru ni sama2 lah kiter berhijrah dr mazmumah ke mahmudah............... doakan anna sekali
so skrang anna dh edit
[ Last edited by pengembara_sepi at 21-1-2008 09:42 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Para ulama telah membagi nafsu menjadi 7 peringkat :
* Nafsu Ammarah
* Lawwamah
* Mulhamah
* Muthmainnah
* Radhiah
* Mardhiah
* Kamilah
1. Nafsu Ammarah
Allah berfirman dalam Al Qur抋n, maksudnya :
揝esungguhnya nafsu itu senantiasa mengajak kepada kejahatan. |
|
|
|
|
|
|
|
5. Nafsu Radhiah
Sifatnya:
Walau hanya terhadap larangan yang kecil, mereka akan meninggalkan perkara yang dilarang itu dengan sungguh-sungguh. Terhadap perkara yang makruh, mereka menganggapnya seolah-olah itu perkara yang haram. Sedangkan terhdap perkara yang sunat, dianggap seolah-olah perkara yang wajib. Kalau tidak melaksanakan hal yang sunat seolah-olah berdosa. Kita dapat mempelajari kisah-kisah mereka. Kadang-kadang jika mereka mendapat musibah seperti kematian anggota keluarganya, mereka berkata 揂lhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #33 pengembara_sepi's post
Terima-kasih pengembara dan mnm77 |
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulan awal saya berdasarkan tulisan2 di atas ialah bahawa haq al-yakin ini hanya berkaitan dengan perkara2 yg di luar kewujudan nyata/fizik. jelasnya ia hanya berkait dengan perkara2 metafizik. benar begitu?
ada sesiapa yg boleh terangkan apa yg dimaksud dengan `ilmu'... knowledge. |
|
|
|
|
|
|
|
setakat yang dapat difahami
haq al-yakin hanya ada setelah menghilangkan daki nafsu dalam diri
adakah betul |
|
|
|
|
|
|
|
Nak dpt Haqqul Yakin mesti bertemu Yang Empunya Haq sebenar2nya..
Kalau tidak ianya hanya pengolahan kata2 shj..umpama isi borang claim yg akhirnya kena reject kerana tak valid |
|
|
|
|
|
|
|
salam
mana anta pengembarasepi belajat itu
IMAN ISLAM DAN EHSAN
jarang org islam membaca/mendengarnya
mungkin dalam kitab hadith dhaif kotttt
dan lagipun NABI KATA: ImAN TU LEBIH 70 CABANG
camna nak bezakan dgn pendapat ulamak kat 7 tingkat nafsu????
iyelah nak gak belajar-belajar........... |
|
|
|
|
|
|
| |
|