CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: holmes

☼ MASJID-MASJID DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ☼

[Copy link]
 Author| Post time 20-3-2008 10:26 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG SERDANG


Masjid Kampong Serdang terletak kira-kira 11km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 26hb. Ogos, 1995 dan siap pembinaannya pada 22hb. Ogos, 1996 dengan perbelanjaan sebanyak $3,641,290.00.

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,000 orang jemaah. Antara kemudahan-kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah dan bilik mesyuarat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2008 10:28 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG PINTU MALIM


Masjid Kampong Pintu Malim terletak kira-kira 4km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 28hb. September, 1995 di atas tapak tanah seluas 2 ekar dan siap pembinaannya pada 28hb. Mac, 1997 dengan perbelanjaan sebanyak $4,329,913.84.

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,000 orang jemaah. Antara kemudahan yang disediakan ialah kutubkhanah dan bilik persidangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:31 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG KAPOK


Masjid Kampong Kapok terletak kira-kira 25km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada tahun 1994 di atas tapak tanah seluas 2.744 ekar dan siap pembinaannya pada bulan Oktober 1996 dengan perbelanjaan sebanyak $3,202,000.00.

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 700 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:38 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG BATU MARANG


Masjid Kampong Batu Marang terletak kira-kira 20km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini mula digunakan pada 29hb. Syaaban, 1416 bersamaan 19hb. Januari, 1996 di atas tapak tanah seluas 5 ekar dengan perbelanjaan lebih kurang $3,000,000.00.

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,000 orang jemaah. Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah dewan serba guna, bilik VIP, kutubkhanah dan peralatan kelengkapan penyempurnaan jenazah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:40 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG LUMAPAS


Masjid Kampong Lumapas terletak kira-kira 40km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 17hb. September, 1994 di atas tapak tanah seluas 5 ekar dan siap pembinaannya pada 30hb. Mei, 1995 dengan perbelanjaan sebanyak $3,088,800.88

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 700 orang jemaah. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:43 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG SUNGAI HANCHING


Masjid Kampong Sungai Hanching terletak kira-kira 12km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina di atas tapak tanah seluas 0.5 ekar dengan jumlah perbelanjaan sebanyak kira-kira $500,000.00.

Masjid ini dibuka rasmi pada hari Jumaat, 25hb. Muharram, 1403 bersamaan dengan 12hb. November, 1982 oleh yang Berhormat Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan Dato Seri Setia Awang Abd. Rahman bin Dato Setia Awang Haji Mohd. Taib, Pemangku Setiausaha Kerajaan Brunei Darussalam (ketika itu).
Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,400 orang jemaah. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah dewan serba guna.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-3-2008 10:44 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG PULAIE


Masjid Kampong Pulaie terletak kira-kira 8km dari Bandar Seri Begawan. Pembinaan masjid ini bermula pada awal tahun 1984 di atas tapak tanah seluas 3 ekar dan siap pada awal tahun kemudiannnya dengan perbelanjaan kira-kira $500,000.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh yang berhormat Pengiran Dato Seri Laila Jasa Dr. Ismail bin Pengiran Haji Damit, Menteri Pembangunan, Negara Brunei Darussalam pada hari Jumaat, 15hb. Jamadilawal, 1407 bersamaan dengan 16hb. Januari, 1987.

Dengan bertambahnya bilangan penduduk kampung dan jemaah, maka ubahsuai dan tambahan bangunan telah dilakukan pada tahun 1990-an. Masjid ini boleh menampung jemaah kira-kira 1,200 orang. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah dewan serba guna, bilik kutubkhanah dan bilik menyempurnakan jenazah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:47 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG PERPINDAHAN MATA-MATA GADONG


Masjid Kampong Perpindahan Mata-Mata Gadong terletak kira-kira 12km dari Bandar Seri Begawan. Pembinaan masjid ini bermula pada tahun 1983 di atas tapak tanah seluas 1 ekar dan siap setahun kemudiannya.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Seri Utama Haji Awang Metali bin Mat Yassin pada 2hb. Muharram, 1405 bersamaan dengan 28hb. September, 1984. Setelah kerja-kerja penambahan dan pembesaran bangunan dilakukan pada tahun 1991, masjid ini kini boleh menampung seramai 500 orang jemaah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2008 10:49 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG BERIBI


Masjid Kampong Beribi terletak kira-kira 5km dari Bandar Seri Begawan. Pembinaan masjid ini bermula pada 17hb. Februari, 1983 di atas tapak tanah seluas 2 ekar dan siap pembinaannya pada 9hb. Disember, 1983.

Masjid ini telah dibuka rasmi pada hari Jumaat, 20hb. Jamadilakhir, 1404 bersamaan dengan 23hb. Mac, 1984 oleh Yang Amat Mulia Pengiran Laila Kanun Diraja Pengiran Bahrin bin Pengiran Haji Abbas, Menteri Undang-Undang, Negara Brunei Darussalam. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 500 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:50 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG MASIN


Masjid Kampong Masin terletak kira-kira 24km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini mula dibina pada tahun 1986 di atas tapak tanah seluas 2 ekar dan siap pembinaannya pada tahun 1987.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang berhormat Pehin Orang Kaya Ratna Diraja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darusslam, pada 27hb. Jamadilakhir, 1407 bersamaan dengan 27hb. Disember, 1987.

Disebabkan bilangan penduduk dan jemaah semakin bertambah maka kerja-kerja pembesaran telah dilakukan pada tahun 1990 atas sumbangan seorang hamba Allah. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 500 orang jemaah. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah dan tempat pendaratan helikopter.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:52 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG JUNJUNGAN


Masjid Kampong Junjungan terletak kira-kira 38km dari Bandar Seri Begawan. Pembinaan masjid ini bermula pada 2hb. Mac, 1998 dan siap pada 15hb. September, 1998 di atas tapak tanah seluas 1.5 ekar dengan perbelanjaan sebanyak $60,000.00.

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 250 orang jemaah. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah dewan serba guna dan kutubkhanah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:53 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG PENGKALAN BATU


Masjid Kampong Pengkalan Batu Terletak kira-kira 28km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada tahun 1982 di atas tapak tanah seluas 1 ekar dan siap pembinaannya pada 6 hb. Mei, 1983 dengan perbelanjaan sebanyak $357,600.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Mohammad pada 2hb. Rabiulakhir, 1404 bersamaan dengan 6hb. Januari, 1984. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 200 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:55 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG PANCHOR MURAI


Masjid Kampong Panchor Murai terletak kira-kira 32km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini mula dibina di atas tapak tanah seluas 1 ekar dengan perbelanjaan sebanyak $357,600.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Maharaja Anakanda Pengiran Haji Ahmad Ibni Almahrum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Haji Mohd. Yasin pada 7hb. Muharram, 1403 bersamaan dengan 14hb. April, 1983. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 200 orang jemaah. Salah satu kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:58 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG KILANAS


Masjid Kampong Kilanas terletak kira-kira 13km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina di atas tapak tanah seluas 0.5 ekar dengan perbelanjaan sebanyak $31,472. masjid ini mula digunakan pada 29hb. November, 1968.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Teramat Mulia Seri Paduka Pengiran Pemancha Sahibul Rae' Wal-Mashuarah Pengiran Muda Haji Mohd. Alam sebagai wakil Sultan.

Disebabkan bilangan penduduk dan jemaah semakin bertambah maka kerja-kerja pengubahsuaian sepenuhnya telah dilakukan pada tahun 1989 dan siap pada tahun 1990 dengan perbelanjaan sebanyak $180,000.00. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,700 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:00 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG BENGKURONG


Masjid kampong Bengkurong terletak kira-kira 7km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina dalam tahun 1984 di atas tapak tanah seluas 4 ekar dan siap pada tahun 1986 dengan perbelanjaan kira-kira $250,000.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Dimuliakan Pehin Dato Seri Maharaja Dato Seri Utama Awang Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan, pada hari Jumaat, 8hb. Rejab, 1408 bersamaan dengan 26hb. Februari, 1988. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 200 orang jemaah.

Disebabkan bilangan penduduk dan jemaah semakin bertambah maka kerja-kerja pembesaran telah dimulakan pada akhir tahun 1990 dan siap pembinaannya pada 14hb. April, 1991 sehingga boleh menampung seramai 800 orang jemaah dengan perbelanjaan sebanyak $180,000.00.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:01 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG KASAT


Masjid Kampong Kasat terletak kira-kira 25km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 16hb. Februari, 1979 dan siap pada bulan Jun 1980 dengan perbelanjaan sebanyak $250,000.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Talib bin Haji Darwis, Pengarah Kerja Raya (ketika itu) pada hari Jumaat 20hb. Muharram, 1401 bersamaan dengan 28hb. November, 1980. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 250 orang jemaah.

Dengan bertambahnya jemaah dan penduduk kampong, maka masjid ini telah diubahsuai pada 28hb. Ogos, 1996 dan siap pada 19hb. April, 1997 dan boleh menampung sehingga 500 orang jemaah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2008 11:03 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG MENUNGGOL


Masjid Kampong Menunggol terletak kira-kira 10km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada awal tahun 1979 di atas tapak tanah seluas 0.75 ekar dan siap pada awal bulan September 1979 dengan perbelanjaan sebanyak $90,000.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Awang Haji Isa bin Pehin Datu Perdana Menteri Dato Laila Utama Awang Haji Ibrahim, Penasihat Umum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam (ketika itu) pada hari Jumaat 6hb. Muharram, 1401 bersamaan dengan 14hb. November, 1980. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 300 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:05 PM | Show all posts


MASJID PEHIN DATU IMAM HAJI ABDUL MOKTI


Masjid Pehin Datu Imam Haji Abdul Mokti terletak di Kampong Burong Pingai Ayer, Bandar Seri Begawan. Masjid ini telah dibina pada tahun 1979 dan siap pada 19hb. Jun, 1981 dengan perbelanjaan sebanyak $100,000.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah pada Hari Jumaat, 8hb. Muharram, 1402 bersamaan dengan 6hb. Februari, 1981. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 350 orang jemaah, salah satu kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah kelengkapan menyempurnakan jenazah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:07 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG PELAMBAYAN


Masjid Kampong Pelambayan terletak kira-kira 6km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 22hb. September, 1983 di atas tapak tanah seluas 0.75 ekar dan siap pada bulan Februari 1984 dengan perbelanjaan sebanyak $450,000.00.

Masjid ini dibuka rasmi oleh Yang Berhormat Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri Paduka Haji Awang Hussain bin Pehin Orang Kaya Seri Diraja Haji Awang Mohd. Yusof, Pengarah Kebajikan, Belia dan Sukan, (bekas Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan) pada hari Jumaat, 19hb. Rejab, 1404 bersamaan dengan 20hb. April, 1984. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 600 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 11:09 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG PUDAK


Masjid Kampong Pudak terletak kira-kira 6km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada awal tahun 1973 dan siap pada 17hb. Jun, 1973 dengan perbelanjaan sebanyak $20,000.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Indera Negara Pengiran Anak Idris bin Pengiran Maharaja Lela Pengiran Muda Abdul Kahar pada hari Jumaat, 11hb. Syaaban, 1394 bersamaan dengan 30hb. Ogos, 1974. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 300 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-9-2024 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.080567 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list