CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fatinz

bila nak kawen???

[Copy link]
Post time 22-3-2008 11:41 PM | Show all posts
when i can feel again.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2008 11:55 PM | Show all posts

Reply #21 haarrmann's post

...............abanggg
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2008 11:58 PM | Show all posts
entah le...
parent dah tanya, bila aku nak kawen..
kadang-kadang siap bagi hint..."orang lelaki, kalau dah kerje, dah ada pendapatan tetap, umur dah meningkat, tapi tak kawen lagi, ada la masalahnya tu"---->merujuk kepada lelaki plu..

apa alasan aku boleh bagi kalau diorang asyik tanya benda yang sama...
takkan nak menyengih dan gelak2 kaver memanjang..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 12:05 AM | Show all posts

Reply #23 aku_sesuatu's post

nasib baik pompuan lom dikaitkan dgn 'sesuatu'
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 01:30 AM | Show all posts
Bila nak kawen????????

Bila sampai jodoh la kowt
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2008 03:25 AM | Show all posts
aku x ske soalan ni

skg ni ramai lak tnye aku, bile nk kawen?

tension aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2008 10:32 PM | Show all posts
terasa sangat dngan sajak ke apa tah tu...
golongan tak kahwen jugak............
huhuhuhu!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 12:27 AM | Show all posts
haku pon same......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2008 05:22 AM | Show all posts
tu la psl..
korg2 yg da kawen @ makcik2 xyah la tanye soklan cepumas neh lagi kat kitorg yg lom kawen..
pahamilah perasaan kami..
bkn x nak tp lom jumpe yg seswai..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 10:17 AM | Show all posts
bile nk kawen?

da kawen...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 10:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 10:58 AM | Show all posts
biler nak kawin?

biler ada orang yang sesuwai dtg meminang, kawin la aku
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 12:54 PM | Show all posts
aku mmg nak kawin..tapi takde org nak kat aku.hish hish sedihnya.

nak kawin..nak kawin..nak kawin.

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 08:17 PM | Show all posts
Forwarded to me.. just to share with everyone

  Renungkanlah   sedalam-dalamnya.
Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.   Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang.   Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org   jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah   terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah   digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan   anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik   untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat.   Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri drpd   menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian   nanti.


Memang kita mudah   tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia   kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita   inginkan itu, ia juga dtg bersama
masalah.


Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan   terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita   sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak   mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak   mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di   tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar   
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan   raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda   pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal   seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si   penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu   kereta di
tgh2 bandar raya.


Bukan semua yang anda sangka   membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi   deritanya juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik   buruknya.


Demikian   juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi,   sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina   sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin   hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik   sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan   Kabul selain   menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga   turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina   dosa
seterusnya jambatan ke neraka?


Berapa   ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka   bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup   berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi   nyata?


Jika tidak   sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan   diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu.   Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu   kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak   bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus   dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba   mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti   tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang   menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan   menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari   ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui   rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin   kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan,   tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda   membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "   


Seorang teman pernah berpesan..

"Kadang2 Allah sembunyikan   matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan   tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan   kita pelangi.." "



`Cinta yang disemadikan tidak   mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh   selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok   masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit   didada...`
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 01:08 AM | Show all posts

Reply #34 my_sara's post

Thnx 4 da info babe
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 11:24 AM | Show all posts
hmm bile nak kawen??

nie mmg dah macam jadik unspoken tradition lah dalam keluarga aku., tapi semua adik beradik laki dah sedia tau lah benda nie.. abng2 aku semua dah settle sebelum dia kawen.. tinggal aku sorang yang belum wat sebab x aabes study lagi ... kalau tak buat camni, maknenya macm jatuh lah sket maruah anak laki tu.. tapi kalau dipikir2 balik, memang betul lah..

1) kena dah ada kerja tetap, kalau tak bagi makan ape kat anak orang?? takkan nak makan pasir..

2) dah cukup duit nak buat majlis, hantaran, etc.. even mak bapak insist nak bantu pun, jangan sesekali terima. Contoh macam abang2 aku yang lepas.. semua mase diorang kawen, mak bapak aku nak support majlis, tapi diorang kate jangan.. bile aku borak semule dengan diorang, diorang kate mane nak letak muke beb?? dah lah anak laki.. takkan nak kawen pun nak mintak mak bapak.

3) Dah ade rumah sendirik, at least menyewa pun takpe. Pantang anak laki tumpang umah mak bapak.. lagi2 kalau tumpang umah mak bapak mertua lepas kawin, unless ada reason yang kukuh, macam jage mak bapak yang dah uzur ke.. lain dari tu, jatuh giler beb maruah.. unless kalau tak tau malu lah..

4) at least dah ade kereta, coz zaman skang nie, kereta bukan lagi satu kemewahan.. tapi keta adalah necessity.. keperluan..

Nie lah syarat yang kena fullfill.. mak bapak aku tak sebut pun semua nie.. tapi mmg dah semua keturunan atuk aku, bawk lah pada bapak aku, abang2 aku semua camni.. bagus gak sebenarnye kalau jadik kan guide..

[ Last edited by  TAMAM at 25-3-2008 11:26 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2008 10:27 AM | Show all posts
pada haku la..kalo pertanyaan camtu dituju kat haku senang je haku nak jwb..

1) lum ader jodoh..
2) nak tunggu sultan b****i pinang haku..
3) nak beli merc dulu...
4) nak beli bungalow ala2 rumah pengasas NV tu..
5) tak pun paling koman haku ckp saya nak membujang sampai ke tua..
6) alasan kuang ajo ialah.."eh yg nak sibuk2 ni pe hal..ke ko suh haku kawin ngan bapak ko..kang tak psl2 ko ader mak tiri lak.."

itu kalo...sbb skang haku dah tawin...ingat best sgt ke kawin tu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 12:24 PM | Show all posts
dedulu aku slalu gak kena soklan nih..aku jwb je "lps raya"...tp aku x bg tau lepas raya tahun bila..hehehe..

skrg aku dh slmt kawen ..mmg lps raya
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 12:36 PM | Show all posts
Originally posted by hotmama78 at 26-3-2008 12:24 PM
dedulu aku slalu gak kena soklan nih..aku jwb je "lps raya"...tp aku x bg tau lepas raya tahun bila..hehehe..

skrg aku dh slmt kawen ..mmg lps raya



hehehe masin mulut ko ekk hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2008 06:44 PM | Show all posts
Originally posted by hotmama78 at 26-3-2008 12:24 PM
dedulu aku slalu gak kena soklan nih..aku jwb je "lps raya"...tp aku x bg tau lepas raya tahun bila..hehehe..

skrg aku dh slmt kawen ..mmg lps raya




nak jwb camtu gak la...

mintak2 lps raya taun ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.079607 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list