CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nodiman

negara israel

[Copy link]
Post time 8-5-2008 11:53 PM | Show all posts

Reply #6 migdal_bavel's post

macam ni kira sikit ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2008 12:46 AM | Show all posts
Tetapi..

Kenapa orang yang memang asal membesar di Palestin diusir oleh rejim zionis,
manakala orang Yahudi yang berasal drpd mana-mana bahagian dunia diberikan kewarganegaraaan?

Bukankah itu tidak adil?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:00 AM | Show all posts

Reply #20 alhaadi2's post

saya rasa migdal_bavel memang diperlukan utk jelaskan kesalah fahaman kita pasal Israel. Lagi pun apa yg migdal_bavel bagitau tu saya dah tahu awal2 n sebahagiannya saya setuju. Saya x berpegang pada maklumat yg x jelas...tq


selagi ak berada di sini, ak akan betulkan kesalahfahaman itu...

bak kata-kata pemimpin syuhada maccabi, Yehudah HaMakkavi: "Lo eshtok, ki Artzi shinta et paneha..."
(Tidaklah sekali-kali akanku berdiam diri kiranya Tanah airku telah tercalar wajahnya"

saya nak tanya beberapa soklan....betul ke keturunan yahudi dikira di belah emak? kalu ayah yahudi, anak x semestinya yahudi. Yg penting, mak yahudi, anak pun yahudi...tul ke?


yer, betul

kalau bapanya yahudi dan ibunya bukan, mestilah menjalani upacara pengyahudian dan apabila dia akil baligh
(berumur 12 tahun bagi perempuan dan 13 tahun bagi lelaki), maka dia boleh diberikan kebebasan untuk menentukan agamanya sama ada
hendak kekal sebagai Yahudi ataupun tidak.

Jika dia masih mahu menjadi Yahudi, maka dia mestilah kekal selama-lamanya sebagai Yahudi kerana pintu untuk keluar telah tertutup

menjadi seorang Yahudi bukanlah semudah yang korang sangkakan yang mana, korang lebih gemar menisbahkan kami sebagai golongan berbangga kerana berleluhurkan para nabi dan mendapat segala nikmat Allah di muka bumi ini tanpa berbuat apa-apa..

maka tak hairanlah jika ramai orang yang suka memfitnah Yahudi sebagai keturunan lain yang menipu dan menyamar sebagai Yahudi tetapi dalam masa yg sama, mereka yang memfitnah itu mengaku pula sebagai keturunan merekalah keturunan para nabi itu...

bnd ini di mana2 pun sama saja...idea kami sbg keturunan penipu ini telah wujud ketika masyarakat Yahudi dianiaya di Eropah lagi...di mana, mereka mengaku merekalah keturunan asal bani Israel sedangkan kami adalah keturunan lanun dan ahli sihir yang berbahaya.

Sejak alam roh, setiap roh ditanyakan di Gunung Sinai, sama ada ingin menjadi seorang Yahudi atau tidak..maka hanya roh yang sanggup menerima cabaran itu
sahaja dilahirkan sebagai Yahudi...sedangkan mereka yang menolak lebih awal itu dicampakkan ke dalam rahim ibu bukan Yahudi..

Agama ini turun temurun, segala ibadah, ritual dan kefahaman terhadap Taurat itu sama ada yang bertulis (Torah Shebichtav aka Hebrew Bible) ataupun yang lisan (Torah Sheb'al Peh aka Talmud) adalah diwarisi sejak zaman berzaman selama lebih 3000 tahun...

kami banyak tanggung jawab untuk dilaksanakan sebagaiseorang Yahudi.

Terdapat 613 mitzvot (tanggungjawab) besar yang mestidilaksanakan dan setiap satu mitzvah itu, ada penjelasan dan tafsiranyang panjang lebar melalui bible dan talmud...

Telah sekian lama orach chayim (way of life) ini terestablished, jadi mustahillah golongan khazar mudah2 saja menyelinap masuk dalam agama Judaism dan kononnya membuat ajaran baru

untuk pengetahuan korang, khazar memang benar menganut Judaism pada awal kurun ke-9 dan saling berkahwin dengan kaum Yahudi  tetapi mereka  ini menolak Talmud dan autoriti para rabbanan (rabbi2 muktabar)..mereka inilah golongan Yahudi Karait (Yahudi anti-Talmud)

Dan kaum Ashkenazi yg difitnah ini pula adalah kaum yang paling ramai dinasti2 Yahudi Orthodox  yang berjurai keturunan suku Yehudah yang mana, mereka menyimpan salasilah-salasilah keluarga dari keturunan bapa sehingga kepada Melech David (Raja Daud) dan kepada Yehudah dan Yisrael (Ya'akov), kepada Avraham dan akhir sekali kepada Adam.

Ashkenazim juga lebih ramai golongan Kohen dan Levi yang lebih tegas dalam menjaga keturunan mereka demi mengelakkan terputus jurai keturunan bapa mereka daripada Aharon HaKohen HaGadol (Imam Besar Harun)...

kami yang suku Levi dan Kohen juga menyimpan salasilah sehingga Harun...

buktinya, Y-chromosomal Levi dan Y-chromosomal Aaron wujud dalam para Levi dan Kohanim sama ada mereka Ashkenazi, Sefaradi, Mizrachi dan lain2...

Sedangkan etnik2 di sabah dan sarawak itu dapat dibezakan antara satu sama lain, apatah lagi kaum Yahudi yang sejarahnya lebih daripada 3000 tahun dan tercatat pula dalam segenap sejarah dan kitab2 agama lain termasuklah Islam...

bagi orang2 yg cuba menafikan hal ini, maka ingatlah, yg umur korang tak sampaipun 70 tahun nak nafikan pula umat yang wujud 3000 tahun..

bleh bagitau pasal haikal solomon ikut fahaman migdal_bavel? Ada yg kata sebenarnya haikal solomon x wujud?


Haikal Sulaiman itu digelar Beit HaMiqdash (Baitul Maqdis) ataupun Heichal HaMelech (Haikal Sang Raja) kerana ia dibina oleh Shelomoh HaMelech (Raja Sulaiman) atas kehendak Allah sebagai tempat beribadah bani Israel sebagaimana janjinya kepada Raja Daud.

Dan ketahuilah, aku berfikir hendak mendirikan sebuah Bait baginama YHVH, Allahku, seperti yang dijanjikan YHVH kepada Daud, bapaku, "Anakmu yang akanKu takhtakan nanti di atas takhtamu demimenggantikanmu, dialah yang akan mendirikan Bait itu bagi nama-Ku". (Melachim:5:5)


Bagaimanapun, ia bukanlah sebuah bangunan. Ia malah merupakan sebuah kota yang di dalamnya terdapat Mihrab Haikal yakni tempat ibadah dan korban dilaksanakan, Qodesh HaQodeshim (Holy of Holies) iaitu tempat tersimpannya Aron Qodesh shel Shechinah (Tabut Suci Sakinah) yang dijaga oleh dua orang Malaikat Cherubim,  Istana Sulaiman, Istana para Permaisuri, Beit Din (Mahkamah Syariah), Hutan Lebanon, Kediaman Rasmi Imam-Imam Besar dan 13 pintu gerbang.

Maka, segala aktiviti berpusat di haikal ini sama ada hal ehwal keduniaan ataupun keagamaan.

Di atas kawasan Qodesh HaQodeshim itulah kini Masjidil Aqsa umat Islam berdiri...

Segala ibadah di haikal diketuai oleh Imam Besar yang akan menyebut sebutan bagi nama YHVH yang sebenar semasa Yom Kippor (Hari Kaffarah) iaitu setahun sekali.

Malangnya, haikal ini telah musnah semasa serangan kaum babylon di bawah pimpinan Raja Nebuchadnezzar pada 587 SM tetapi dibina semula untuk kali kedua 70 tahun selepas itu atas initiatif nabi Zechariah dan nabi Chaggai sebaik saja mereka kembali daripada penghambaan babylon ke Tanah Suci.

Kemusnahan haikal kali ke-2 adalah pada 70 M apabila Titus dari Rom menyerang Jerusalem dan serangan balas daripada kaum Yahudi hanya bertahan sehinggalah Shim'on bar Kochvah kalah hampir 70 tahun selepas serangan dan kaum Yahudi dihalau ke serata dunia...

Haikal akan dibina bagi kali ke-3 pada Yemei HaMashiach (Era Messiah) nanti dan kami sentiasa menyeru dalam pelbagai doa dan solat untuk kegemilangan haikal agar para Levim dan Kohanim kembali berkhidmat kepada Allah di Baitullah ini...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:20 AM | Show all posts

Reply #25 jaundice's post

tak usir lah...zaman itu kan peperangan, dan orang2 palestine ada yang melarikan diri dan ada juga yang kekal menetap...

sebab situasi peperangan menyebabkan sempadan dan kerakyatan negara berubah...sama lah macam zaman umat Yahudi diusir semasa 70 Masihi tu...

TAPI Yahudi datang ke Tanah Suci bukanlah sesuka hati..mereka dibawa oleh pemerintah British yg berkuasa pada ketika itu...dan Yahudi yang berhijrah secara haram dilarang masuk dan dihantar kembali ke negara2 eropah mereka...

setelah Israel tertubuh, ia adalah diiktiraf dunia maka Israel berhak untuk menghalang orang palestine yang telah meninggalkan negara mereka itu sbb mereka berjumlah berjuta2..dan kediaman mereka telahpun musnah dan dokumen2 tentang hak serta tanah mereka juga tak diketahui..

jadi, tak mungkinlah Israel nak terima mereka...malaysia pun x akan terima kalau orang2 melayu yang wujud di Afrika selatan dan pulau2 kecil sekitar Australia tu nak kembali ke Malaysia walaupun nenek moyang mereka adalah orang melayu yg terbuang dari Tanah Melayu...

Arab Israel adalah mereka yang asalnya rakyat palestine yg x melarikan diri...dan mereka sangat baik dengan umat Yahudi Israel yang lain...malah, ada yang serve di Tzahal (Israeli Defense Force) walaupun Arab x digalakkan kerana dikhuatiri mereka tak setia atau tak sampai hati dalam memerangi musuh arab dari negara lain..

tp kini, lebih ramai Arab Israel yang ikhlas sama-sama berganding bahu mempertahankan Israel sebab itu adalah negara mereka..

jangan percaya media massa yg cuba nak merosakkan hubungan Arab dan Yahudi di Israel...

kaum Yahudi dari negara lain yang nak berhijrah ke Israel setelah tertubuhnya Israel dikawal ketat oleh Choq HaShvut Le Yisrael (Undang-Undang Hak Kembali Ke Israel) di mana, identiti yahudi mereka mestilah sahih.

dan tujuannya pula adalah demi Aliyah ke Israel yakni kembali atas dasar pulang ke Tanah Air Leluhur, bukanlah sekadar menangguk di air keruh macam golongan yahudi mafia dari amerika yang melarikan diri dari FBI yg mana, mereka dihantar kembali ke amerika dan ditangkap..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:52 AM | Show all posts

Reply #22 capiloton's post

aku sebagai muslim memang takde hak untuk masuk campur ajaran agama atau cuba2 untuk mengubah kepercayaan orang yahudi  terhadap judaism/zionis. Aku pasti ko pun ada study tentang Al-Quran dan tahu tentang Surah Al-Kafirun kat bawah ni. So mereka boleh amalkanlah aper yg mereka percaya, aku sebagai muslim akan amalkan aper yg aku percaya. Di "sana" nanti mari la sama2 kita lihat siapakah pihak yg benar.

1.Katakanlah (Wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir!
2. "Aku tidak akan menyembah apa Yang kamu sembah.
3. "Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) Yang Aku sembah.
4. "Dan Aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
5. "Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara Aku beribadat.
6. "Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku".   


Lihatlah di hadapan Allah nanti pada Yom HaDin (Hari Pembalasan)

kalau betul tekaan aku yg ko ni org yahudi, aku agak kagum ko pun tahu tentangAl-Quran dan ada mengkaji ayat yg ada di dalamnya...


sudah tentu, kalau tidak ak akan payah untuk menerangkan analogi kepada korang sebab org muslim x macam penganut lain-kristian, buddha, hinud yang mana, mereka (penganut selain muslim) paham dan menghormati ajaran orang lain dan berhujah mengikut pemahaman ajaran yang dibahaskan bukan berhujah mengikut pemahaman sendiri atau pemahaman agama sendiri

ak suka membuat contoh mengikut ajaran korang sendiri supaya korang lebih paham sbab memang korang berfikir dgn pemahaman ajaran Islam walhal ketika itu sedang berbincang tentang ajaran orang lain...

sama lah macam orang di bawah ko ini, ak x phm kenapa dia cuba reply kepada ak dgn ucapan di bawah:

bangsa asal yahudi dari keturunan nabi ibrahim dari 2 org anak nyaismail dan ishak, mereka mmg ahli kitab iaitu berpalajaran danmengetahui agama tahuid iaitu beriman kpda tuhan. ttpi kebanyakkan kaumyahudi tidak menerima apa yang di sampaikan oleh nabi2 mnereka yg benaritu dan kebanyakkan dari nabi2 itu di bunuh walaupun nabi2 itu dariketurunan mereka sendiri. sbb itu nabi akhir zaman dilahirkan bkn dariketurunan yahudi sebaliknya dari keturunan arab. apakah agama yahudiskrg ini agama yg di terima oleh tuhan? tuhan telah melantik nabiterakhir dari keturunan arab utuk menyeru manusia kepada agamanya. ttpiorg2 yahudi tidak dapat menerima ini sbb nabi akhir itu bkn darikalangan org2 yahudi. sepatutnyaa bangsa yahudi menerima apa yang benardan menolak apa yang salah, jika mereka bangsa yang benar, beramanahdan berada diatas kebenaran. tetapi sebaliknya mereka tidak berbuat sptitu. agama yahudi yang sekarang ini adalah agama yang tidak benar danrekaan. bukan dari agama yang dibawa dari ishak atau musa atau sulaimanatau yaakob seperti yang telah diwahyukan tuhan...


dahsyat, kalaulah lebih baik dia memberitahu kefahaman islam adalah demikian demikian...jadi adalah lebih polite bagi ak..

ini tidak, menghukum para leluhur kami yg membunuh nabi yang mana, mereka telahpun dibalas oleh Allah sehinggakan kamipun terkena tempiasnya di mana kami lahir di negara2 orang lain sebagai keturunan pendatang...

dalam ajaran Judaism, leluhur kami (bukan kami tau!!) telahpun diampunkan Allah...jadi, janganlah gunakan ayat2 koran ko untuk menghukum kami...

hairan, di sinilah pengetahuan ajaran Islam dapat diaplikasikan di mana, ajaran Islam tak akan menghukum keturunan si pelaku kan? see, he's trapped by his own judgment

bangsa yahudi patut menerima yg benar dan menolak ap yg salah? ap yg benar dan salah itu adalah mengikut ajaran masing2 lah....

ajaran Islam menghalalkan daging unta dan makanan laut tapi ajaran kami haramkan ia...mcm mana nk tau sapa benar sapa salah? sampai kiamatlah orang kata kan

agama yahudi rekaan pula, lantaklah....jika itu ko nak tunjukkan sifat islam ko, orang2 lain pun xkan terhingin nak dekati ajaran Islam despite of rhetoric claims of Islam is peaceful, respecting de others etc etc

ini kedudukan Islam di sisi Judaism menurut sabda rabbi terulung Yahudi sepanjang zaman, Rabbi Moshe benMaimon ibnu Abdullah al-Qurtubi al-Israeli Semoga Ingatan Mengenainya Diberkati (Zichronam LiVrocha) atau lebih dikenali sbgRaMBa''M (oleh yahudi), maimonides (oleh xtian) dan abu imran (olehmuslim) di dalam chumrah (khutbah)nya apabila disoal oleh para muridnya tentang keduduka Islam di sisi Judaism

maka beliau mengatakan:

1) Kaum Ismaelim (merujuk kpd kaum muslimin keseluruhannya) bukanlahpara penyembah berhala kerana penyembahan berhala ini telah lama pupusdaripada lidah-lidah dan hati-hati mereka. Dan mereka memberi Allah itusifat wehdah yang benar, yakni sifat keesaan yang tiada sangsi lagiragu-ragu...

2) Dan sesungguhnya, kendatipun mereka berbohong tentang kita dan telahsalah menisbatkan kita bahawasanya kita mengatakan kesyirikan terhadapAllah bahawa Dia mempunyai anak (merujuk kpd al-qur'an yg mengatakanbahawa umat yahudi mengatakan uzair itu putera Allah sejajar dgn umatxtian yg mengatakan isa itu putera Allah), maka tidaklah patut dantiadalah alasan bagi kita untuk memfitnah mereka perkara yang samadengan menuduh mereka sebagai penyembah-penyembah berhala...

3) Dan jika seseorang itu berkata bahawa bait suci yang mereka puja(merujuk kpd kaabah) sebagai bait penyembahan berhala dan terisi denganberhala di dalamnya yang mana para leluhur mereka pernah melakukansedemikian, maka apakah itu suatu hujah? Sedangkan hati-hati yang sujudkepada bait itu hanyalah terus berkiblatkan Syurga semata-mata.

4) Kesalahan mereka dan kejahilan mereka (merujuk kpd perkara2 negatifyg disebut al-Qur'an terhadap umat Yahudi) dalam hal-hal lain yangtidak boleh dimaktubkan hanyalah disebabkan kemungkaran dankefasiqan antara bani Israel itu sendiri. Bagaimanapun, adalah suatuyang teriktiraf bahawasanya konsep keesaan Allah yang ada pada mereka(kaum muslimin) itu tiada kesalahan sedikitpun.


jadi, buanglah dlm tong sampah ajalah sifat self-righteous dalam diri tu sampaikan anggap Islam itu memuliakan umat lain dan Yahudi itu adalah musuh semua umat

ini dia ak quotekan rakanku, shalom di board C&C yang letih dengan hujah2 korang yang berhujah dgn sesuatu perkara mengikut pemahaman dalam ajaran Islam seolah olah nak diaplikasikan ke dlm ajaran xtianity yg berbeza daripada Islam...

Kalau anda tidak percaya dengan agama orang pun jangan sampai hendak menghina kepercayaan orang..

Kalau nak berdebat dipersilakan, kalau dah tak tau nak kritik lagi..baik diamkan diri..

Kalau anda tidak dapat menahan diri dari menghina agama orang,so...jangan anda melentik pula  sekiranya nanti ada orang yang menghinakepercayaan anda..

Bertanya boleh, berdebat boleh,tidak setuju boleh, kurang ajar jangan sekali ya...

Bukan nak marah anda..tetapi saya nampak anda lebih suka provoke dan menghina kepercayaan orang..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 10:39 AM | Show all posts
pada aku senang ajer..tak payah sapa2 bangsa nak kata bangsa diorg bagus atau pilihan tuhan...
gula itu manis,
garam itu masin,
limau itu kadang2 masam
kadang2 manis..
pernah tak terjadi dalam hikayat
ayah lagi muda dari anaknya..
ini hukum yg mustahil
tapi anak lagi tinggi dari bapaknya,
ini hukum harus...
jadi naper kita kata garam itu manis,
sedangkan satu dunia tahu,
garam tuh masin
sekian terima kasih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2008 11:10 AM | Show all posts

Reply #29 remizati's post

Apakan daya, Allah sendiri berfirman demikian dalam al-Qur'an dan Taurat

...ideologi humanisme itu tak mengiktiraf hukum dan ayat2 Tuhan

"Kamu (umat Muhammad) adalah umat yang terbaik yang dikeluarkan untuk faedah umat manusia..."
(Aali Imran:110)

"Kamulah anak-anak YHVH Allahmu..." (Devarim:14:1)

(Devarim:7:6-9) :

6: Sebab kamulah Umat yang kudus bagi YHVH Allahmu, dan kamu dipilih Allah daripada segala bangsa yang ada di atas muka bumi untuk menjadi umat kesayangan-Nya

7: Bukanlah kerana lebih banyak jumlahmu daripada bangsa manapun jua, maka hati Allah terpikat kepadamu dan memilih kamu. Akan tetapi, bukankah kamu ini yang paling kecil daripada segala bangsa?

8: Tetapi sesungguhnya (Dia memilihmu) kerana Allah mengasihi kamu dan memegang sumpah-Nya yang telah diikrarkan-Nya kepada nenek moyangmu, maka Allah telah membawa kamu keluar dengan Tangan yang Kuat dan menebusmu dari rumah penghambaan, daripada cengkaman tangan Firaun, raja Mesir.

9: Sebab itu, haruslah kauketahui, bahawa YHVH, Allahmu, Dialah Allah, Allah yang setia, yang memegang perjanjian dan kasih setia-Nya terhadap orang yang kasih kepada-Nya dan berpegang pada perintah-Nya, sampai kepada beribu-ribu keturunan.

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 12:58 AM | Show all posts
Originally posted by migdal_bavel at 9-5-2008 09:20 AM
tak usir lah...zaman itu kan peperangan, dan orang2 palestine ada yang melarikan diri dan ada juga yang kekal menetap...

sebab situasi peperangan menyebabkan sempadan dan kerakyatan negara berubah...sama lah macam zaman umat Yahudi diusir semasa 70 Masihi tu...


Jadi, ikut logik "sempadan berubah akibat peperangan", umat Yahudi pun tiada hak untuk menetap di Palestin, kerana mereka dihalau waktu peperangan pd 70 Masihi. Memang alasan "sempadan berubah akibat peperangan" tidak boleh dipakai, kerana ia tidak adil.

TAPI Yahudi datang ke Tanah Suci bukanlah sesuka hati..mereka dibawa oleh pemerintah British yg berkuasa pada ketika itu...


Mereka dibawa oleh "pemerintah' (penjajah) British, bukan atas persetujuan orang Palestin yang menetap di situ.

dan Yahudi yang berhijrah secara haram dilarang masuk dan dihantar kembali ke negara2 eropah mereka...


Tapi sekarang orang Yahudi drpd mana-mana pelusuk dunia dilayan seperti mereka ada lebih hak untuk menetap di tanah penduduk Palestin.

setelah Israel tertubuh, ia adalah diiktiraf dunia maka Israel berhak untuk menghalang orang palestine yang telah meninggalkan negara mereka itu sbb mereka berjumlah berjuta2..dan kediaman mereka telahpun musnah dan dokumen2 tentang hak serta tanah mereka juga tak diketahui..


Atas sebab apa mereka meninggalkan kediaman mereka? Siapa menyebabkan kediaman mereka musnah? Salah siapa dokumen hak tanah mereka tak diketahui? Jika Yahudi zionis tidak memasuki Palestin in the first place, maka semua ini tidak akan terjadi.

"Diiktiraf dunia"? Dunia apa? Dan jika mereka "diiktiraf", adakah itu memberi hak untuk zionis untuk mengusir penduduk Palestin?

Arab Israel adalah mereka yang asalnya rakyat palestine yg x melarikan diri...dan mereka sangat baik dengan umat Yahudi Israel yang lain...malah, ada yang serve di Tzahal (Israeli Defense Force) walaupun Arab x digalakkan kerana dikhuatiri mereka tak setia atau tak sampai hati dalam memerangi musuh arab dari negara lain..

tp kini, lebih ramai Arab Israel yang ikhlas sama-sama berganding bahu mempertahankan Israel sebab itu adalah negara mereka..

jangan percaya media massa yg cuba nak merosakkan hubungan Arab dan Yahudi di Israel...


Jadi bagaimana pula dengan Arab yang lari? Mereka yang asalnya tinggal di bumi Palestin? Yang tiada tanah air lain? Jika zionis tidak memasuki tanah mereka, sudah tentu mereka tidak "lari".

kaum Yahudi dari negara lain yang nak berhijrah ke Israel setelah tertubuhnya Israel dikawal ketat oleh Choq HaShvut Le Yisrael (Undang-Undang Hak Kembali Ke Israel) di mana, identiti yahudi mereka mestilah sahih.

dan tujuannya pula adalah demi Aliyah ke Israel yakni kembali atas dasar pulang ke Tanah Air Leluhur, bukanlah sekadar menangguk di air keruh macam golongan yahudi mafia dari amerika yang melarikan diri dari FBI yg mana, mereka dihantar kembali ke amerika dan ditangkap..


Jadi, hanya kerana mereka berketurunan yahudi sahih, maka mereka mendapat hak untuk menetap di Israel? Nenek moyang mereka langsung tidak pernah jejak kaki di bumi Palestin, bagaimana pula Israel tiba-tiba menjadi "Tanah Air Leluhur" mereka? Manakala rakyat Palestin yang memang dilahirkan di Palestin dihalang masuk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2008 03:44 AM | Show all posts
Migdal, sy selalu berharap agar arab dan yahudi berhenti perang sesama sendiri. Yalah kan tanah palestine tu kan tanah suci bg Islam, yahudi, christian (agama samawi) Apa salah nya berkongsi.  Perang ni amat memenatkan jiwa dan perasaan. Naik muak dgn perang ni semua.

Dulu lecturer sy ader tunjukkan video keadaan kat palestine masa dulu. Ok jer masa dulu, tak der perang pun. Sama-sama pergi sembahyang di tanah suci yg sama walupun bertembok. Drpd video tu, saya baru tahu bagaimana yahudi sembahyang (kat tv tak der pun)
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 06:08 PM | Show all posts
Originally posted by migdal_bavel at 9-5-2008 11:10 AM
Apakan daya, Allah sendiri berfirman demikian dalam al-Qur'an dan Taurat

...ideologi humanisme itu tak mengiktiraf hukum dan ayat2 Tuhan

"Kamu (umat Muhammad) adalah umat yang terbaik ya ...


kamu nieh, main amik jerk ayat2..tapi sebelum tuh, apa yg kamu paham tentang umat nabi muhammad s.a.w.., sapa sebenarnyer umat nabi muhammad s.a.w, sapa mereka..ada disebut tak bangsa mereka, agama mereka, bentuk hidung mereka,kulit mereka...tau tak perbezaan antara nasionalisme, perjuangan bangsa dan humanisme itu sendiri....manusia selalu keliru, sampai terbawa2 benda yang tak wujud, tak kira apa bangsa dan agama mereka...macam mana plak ajaran agama2 lain cthnya hindu dan buddha...diorg langsung takder 'claim' umat mana yang terbaik...umat mana yang dapat tanah sini, umat mana yang dpt tanah sinun..huhuhuhuhuhu...islam sendiri pun takde 'claim' umat islam kena di satukan di sekian2 negeri..nampak tak dekat situ...org kristian pun sama..tapi yahudi...peliks..menyongsang arus..dan disebabkan pandangan yg berbeza dalam melihat 'kemanusiaan' itulah , ianya dipandang serong...manusia sekarang perlu 'bukti' , kalau takder bukti sekadar kenang-kenangan dari crita nenek-nenek moyang...sekadar bukti hidung, kepandaian , kejutawanan yang berbilion, kegeniusan, rasanya itu bukan bukti tapi lebih kepada pencapaian.....apa2 bangsa di dunia inipun di dunia moden ini dipandnag dari segi pencapaian...dan aku nak tanya, apa yang membuatkan seseorang senang dan kaya dan mampu mencapai kejayaan seperti yang aku kata kat atas tuh, sbb dia ada negara yang bagus , aman dan damai.....bolehkah rakyat di negara yang kucar - kacir (peluru terbang tak kira masa), jadi baik ?, jadi waras?, jadi lemah lembut?,jadi sopan santun?...BRO cuba bukak mata luas2...dunia nieh terlalu luas...dekat dunia nieh terlalu banyak bangsa yang tuhan kasi duduk..jadi biarkan mereka duduk elok2...tgk cam malaysia.....sbb terlalu lembut, smua bangsa masuk sini...org tempatan sini kasi peluang duduk elok2...duduk elok2..jangan nak pertikai hukum yang sedia ada....pepatah ada mengatakan 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 07:51 PM | Show all posts

Reply #33 izza_dude's post

takdek perenggan ke?? berpino mate den baco!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 09:06 PM | Show all posts
dulu waktu belajar, ada lecturer business priciple seorang yahudi ni, ajar macam mana nak menipu dalam berniaga.

kemudian ada seorang mamat lebanese argue dengan dia.

Last-last terus bertikam lidah pasal kes palestin. Tapi actually orang british pun ramai tak suka pada Yahudi ni. German lagi le. Tapi orang Yahudi ni memang pandai cakap, so kenalah berhati-hati dan berilmu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 06:51 AM | Show all posts
Jadi, kita sekarang bercakap soal sejarah dan bukan soal agama yer

Jadi, ikut logik "sempadan berubah akibat peperangan", umat Yahudi pun tiada hak untuk menetap di Palestin, kerana mereka dihalau waktu peperangan pd 70 Masihi. Memang alasan "sempadan berubah akibat peperangan" tidak boleh dipakai, kerana ia tidak adil.


yer, kalau ikut sebab peperangan, begitulah nampaknya

tapi, kaum Yahudi datang adalah sebab British yang bawa...ini adalah sah (kalau nak bahaskan dari segi sejarah la, sebab saudara mestilah x menerima hujah agama Yahudi)

Mereka dibawa oleh "pemerintah' (penjajah) British, bukan atas persetujuan orang Palestin yang menetap di situ.


betul ker bukan atas persetujuan rakyat palestine?

cuba google pasal hubungan arab palestine-yahudi semasa kedatangan yahudi pada Aliyah yang pertama di mana,
orang2 arab menerima pengusahaan tanah2 pertanian oleh yahudi di palestine dan mereka juga mendapat kerja dengan menjadi petani2
kepada orang2 yahudi yg membeli tanah2...

hanya setelah imam ezzeddine al-qasam mati ditembak oleh polis british pada 1935 barulah orang2 arab mula menentang dasar british sehingga orang2 yahudi turut teraniaya oleh orang2 arab palestine.

..ini dinamakan da Great Arab Revolt yg berlarutan selama 3 tahun

kalau nak cakap atas persetujuan semua rakyat palestine, rasanya orang2 cina dan india di malaysia juga
tak diiktiraflah erk kedatangan mereka yg dibawa british ni yer?

macam mana yer pendapat forumner yg berbangsa cina dan india di sini (kalau ada)

Tapi sekarang orang Yahudi drpd mana-mana pelusuk dunia dilayan seperti mereka ada lebih hak untuk menetap di tanah penduduk Palestin.


Inikan tanah Israel, bukan tanah palestine lagi dah...ikut polisi Israel lah nak berikan layanan kepada sesiapa, nak benarkan sesiapa yg datang atau menetap

malaysia benarkan orang2 negara lain datang ke malaysia tapi haramkan rakyat israel daripada datang ke malaysia, itukan dasar sesebuah negara

Atas sebab apa mereka meninggalkan kediaman mereka? Siapa menyebabkan kediaman mereka musnah? Salah siapa dokumen hak tanah mereka tak diketahui? Jika Yahudi zionis tidak memasuki Palestin in the first place, maka semua ini tidak akan terjadi.


revolts, penentangan orang2 palestine terhadap pengiktirafan Israel setelah British tamatkan mandatnya menyebabkan kekacau-bilauan

sudah tentu banyak benda yang musnah...dan yg lebih penting lagi ialah peperangan2 dgn negara2 arab lain sebaik sahaja tertubuhnya Israel

http://en.wikipedia.org/wiki/1948_Arab-Israeli_War

"Diiktiraf dunia"? Dunia apa? Dan jika mereka "diiktiraf", adakah itu memberi hak untuk zionis untuk mengusir penduduk Palestin?


berapa negara yg x iktiraf? 34 buah negara jer...

dunia ada berapa buah negara?

hak untuk usir penduduk palestine? mana ada usir...diorang yg larikan diri sebab diorang sendiri memang x boleh hidup kat kawasan kering kontang tu...

maka terpaksalah berhijrah..

alahai, kan diorang tak iktiraf israel, jadi, takkan nak pula bantuan air dan tenaga elektrik?

mana2 negarapun tak ingin nak membantu negara yg memeranginya...

Jadi bagaimana pula dengan Arab yang lari? Mereka yang asalnya tinggal di bumi Palestin? Yang tiada tanah air lain? Jika zionis tidak memasuki tanah mereka, sudah tentu mereka tidak "lari".


nak ikut konsep negara asal, maka filipina bolehlah ambil sabah, indonesia ambil sebahagian borneo, thailand ambil pantai timur malaysia. x macam tu ker?

jika zionis tak masuk, mereka x lari?ini sudah tertakdir dalam suratan sejarah bahawa yahudi akan kembali melalui british mandate...

tak perlula nak berjika jika dalam takdir sejarah...banyak sangat jika nanti

kalau nak jika, maka lebih baik cakap

"jika perang dunia pertama, pihak sekutu khilafah turki uthmaniah x kalah maka akan kekallah kegemilangan islam bukan?"

Jadi, hanya kerana mereka berketurunan yahudi sahih, maka mereka mendapat hak untuk menetap di Israel? Nenek moyang mereka langsung tidak pernah jejak kaki di bumi Palestin, bagaimana pula Israel tiba-tiba menjadi "Tanah Air Leluhur" mereka? Manakala rakyat Palestin yang memang dilahirkan di Palestin dihalang masuk?


emmm, these  Qs are redundant...rasa2 dah jawab dah

nenek moyang langsung x menetap?maksud kembali ke Tanah Air Leluhur adalah melakukan Aliyah yakni seruan agama Yahudi terhadap kaum Yahudi..

Israel kan negara Yahudi, jadi ikut suka dialah nak menetapkan undang2 macam mana sama ada nak berbaur keagamaan atau tidak..

soal nenek moyang penah tinggal atau tidak itu tak perlulah ko kesah sebab itu menurut kepercayaan agama Yahudi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 07:08 AM | Show all posts

Reply #32 dafiza's post

Migdal, sy selalu berharap agar arab dan yahudi berhenti perang sesama sendiri. Yalah kan tanah palestine tu kan tanah suci bg Islam, yahudi, christian (agama samawi) Apa salah nya berkongsi.  Perang ni amat memenatkan jiwa dan perasaan. Naik muak dgn perang ni semua.


Israel memang negara untuk kaum Yahudi, Samaritan, Muslim dan Kristian, Druze, Bahai, Syiah, dan lain2...semua orang bebas mengamalkan agama dan mazhab masing2

jangan percaya media massa yg tunjuk orang2 arab kristian dan muslim adalah teraniaya...

kes tu memang ada tapi keadaannya samalah macam kat malaysia ni...

cuma di Israel, hubungan itu lebih akrab dan tidak hipokrit (jika mereka mempunyai hubungan baik, maka benarlah mereka memang ikhlas berbaik. kalau mereka bermusuh, mereka memang betul2 bermusuh)

ramai wanita yahudi yang berkahwin dengan orang2 arab muslim sebab itulah purata yahudi menganut islam adalah lebih 200-300 orang saban tahun

keturunan Arab-Yahudi ini ada yang menjadi Muslim, ada yang menjadi Yahudi...perkara biasa di Israel

dan konsep muzik dan hiburan di israel (selain keagamaan), ia lebih kepada kecintaan kepada negara dan juga perpaduan arab-yahudi dan yahudi-kristian-muslim serta keamanan seluruh Israel dengan penduduk berbilang keturunan...

Sebab itu orang Arab Israel berbangga menjadi warganegara Israel (meskipun dihina oleh muslim dan arab yg lain sebab mereka x paham keadaan sebenar)

banyak artis2 arab dan yahudi berganding bahu dalam industri yg berkonsepkan di atas..bukanlah seperti konsep asmaradana dan hantu yang lazim di malaysia ini

di malaysia ni, semuanya bermuka muka kan...nak tunjuk negara2 lain ingat rakyat bersatu padu lah kononnya (especially during de independence day and opening ceremonies... tunjuklah pelbagai budaya bagai..)

tp, ihatlah politik macam mana (angkat keris dah bising2, pasal babi dah bising2)

Dulu lecturer sy ader tunjukkan video keadaan kat palestine masa dulu. Ok jer masa dulu, tak der perang pun. Sama-sama pergi sembahyang di tanah suci yg sama walupun bertembok. Drpd video tu, saya baru tahu bagaimana yahudi sembahyang (kat tv tak der pun)


sekarangpun sama...

[ Last edited by  migdal_bavel at 11-5-2008 07:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 07:35 AM | Show all posts

Reply #33 izza_dude's post

kamu nieh, main amik jerk ayat2..tapi sebelum tuh, apa yg kamu paham tentang umat nabi muhammad s.a.w.., sapa sebenarnyer umat nabi muhammad s.a.w, sapa mereka..ada disebut tak bangsa mereka, agama mereka, bentuk hidung mereka,kulit mereka...


umat muhammad tak mengira bangsa...tapi masih dalam kategori a group of people yang mana, golongan yang tidak termasuk dalam kumpulan umat ini bukanlah teriktiraf yang terbaik

inilah maksud ak...

tau tak perbezaan antara nasionalisme, perjuangan bangsa dan humanisme itu sendiri....manusia selalu keliru, sampai terbawa2 benda yang tak wujud, tak kira apa bangsa dan agama mereka...


maaflah kak, tak paham..ingatkan bahasa melayu ak dah baik

macam mana plak ajaran agama2 lain cthnya hindu dan buddha...diorg langsung takder 'claim' umat mana yang terbaik...umat mana yang dapat tanah sini, umat mana yang dpt tanah sinun


oh oh, jika berminat ngan hindu-buddha, baguslah...ak x kesah pun

..huhuhuhuhuhu...islam sendiri pun takde 'claim' umat islam kena di satukan di sekian2 negeri..nampak tak dekat situ...org kristian pun sama..


oh oh, maksudnya x perlulah nak disatukan...habis, haji dan umrah tu apa erk?konsep jemaah tu tak wujudlah dalam islam?

orang kristian pun sama? nanti ak tanyakan diorang betul ke tak...

tapi yahudi...peliks..menyongsang arus..dan disebabkan pandangan yg berbeza dalam melihat 'kemanusiaan' itulah , ianya dipandang serong...manusia sekarang perlu 'bukti'


bukti yg macam mana? dalam agama pun nak berbukti-bukti ker?

buktikan muhammad dapat wahyu di gua hira' selain daripada hujah al-qur'an dan al-hadith! boleh tak

in religion, u must understand...it's simple, eitha u're gonna believe it or not...kalau x percaya, senyap dan hormat

kalau percaya, baguslah

kalau takder bukti sekadar kenang-kenangan dari crita nenek-nenek moyang


ini adalah dalam Taurat, kitab suci kami...wahyu dari Allah...ko nak percaya atau tidak, itu soal lain sebab ko BUKAN Yahudi

janganlah ko melenting pula kalau ada orang ckp cerita2 al-quran dan al-hadith itu menurut nenek moyang jahiliyah arab

...sekadar bukti hidung, kepandaian , kejutawanan yang berbilion, kegeniusan, rasanya itu bukan bukti tapi lebih kepada pencapaian.....apa2 bangsa di dunia inipun di dunia moden ini dipandnag dari segi pencapaian...dan aku nak tanya, apa yang membuatkan seseorang senang dan kaya dan mampu mencapai kejayaan seperti yang aku kata kat atas tuh,


sapa kata itu bukti?ak dah paste kan ayat2 taurat tentang bukti kenapa kami (menurut agama Judaism yer), adalah disayangi Allah daripada segala umat dan bangsa.

sbb dia ada negara yang bagus , aman dan damai.....bolehkah rakyat di negara yang kucar - kacir (peluru terbang tak kira masa), jadi baik ?, jadi waras?, jadi lemah lembut?,jadi sopan santun?...


jadi, ko nak cakap pencapaian yahudi adalah disebabkan negara bagus dan aman damai? kami hidup di dalam buangan di serata dunia, seluruh ceruk timur, barat, utara, selatan selama 2000 tahun lamanya...kami hidup dan bekerja di tengah-tengah orang bukan yahudi dengan penuh cercaan, hinaan, prejudis, prasangka, penganiayaan, pemulauan, diskriminasi dan penyembelihan...

berikanlah contoh umat lain yang hidup dalam buangan dan perantauan selama 2000 tahun

BRO cuba bukak mata luas2...dunia nieh terlalu luas...dekat dunia nieh terlalu banyak bangsa yang tuhan kasi duduk..jadi biarkan mereka duduk elok2...


nak biarkan sapa duduk elok2?orang2 bukan yahudi memang dapat hidup dgn baik dan sejahtera di Israel

tgk cam malaysia.....sbb terlalu lembut, smua bangsa masuk sini...org tempatan sini kasi peluang duduk elok2...duduk elok2..jangan nak pertikai hukum yang sedia ada....pepatah ada mengatakan 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'.


baguslah kalau macam tu...harap2 ikhlas yer (jom kita pergi ke CI untuk tengok realitinya)
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 02:07 PM | Show all posts
kaum yg paling hina sekalu kaum yahudi ler... tak caya ? selak sejarah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2008 02:33 PM | Show all posts
migdal_bavel...apa pandangan ko mengenai Allah? adkah ko percaya pada sifat-sifat-Nya seperti kami mempercayainya? contonhya seperti maha mengasihani, pemberi rezeki, dll?

jawab ni..penting...

[ Last edited by  thessailly at 11-5-2008 03:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 02:52 PM | Show all posts
off topic***

Migdal....kenal tak Dana International@Sharon Cohen?how is her position in Jewish community?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 03:21 PM | Show all posts
ada orang kata gula tuh masin, korang pernah rasa gula masin tak
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 03:33 PM | Show all posts

Reply #37 migdal_bavel's post

err migdal bavel sajer jer nak tanyer.....ini first time aku jumpe yahudi cakap melayu. Cemaner ko bleh tersebar hingga sampai kat sini?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.131368 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list