CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

war: usa vs iraq - update: troop usa berundur dlm 18 bln!!

[Copy link]
Post time 18-4-2008 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by amazed at 18-4-2008 06:08 AM



aiyooooo demona   aku mintak mahap kalu aku tulis bekasar  kat ko... wokey..  :handshake:  bukan aku marah kat ko.. tak ada nya aku pernah marah kat sapa2 pung...  relax wokey... :flower:   ...


it's ok saya pun minta maaf sebab menyibok
aku nih org yang curious sangat especially pasal Kak Dar...
sebab nama dia popular kat iklan..
well then, have a nice day!
sorry ganggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2008 07:20 PM | Show all posts
Askar AS, Iraq terus serang Tentera Mahdi
BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 12 maut, manakala 71 lain cedera dalam pertempuran sengit terbaru tentera Amerika Syarikat dan Iraq dengan Tentera Mahdi di Kota Sadr, Baghdad, yang menjadi medan tempur utama pihak terbabit.

Pada masa sama, tentera Iraq turut meningkatkan tekanan ke atas pejuang Syiah di Basra, di selatan Iraq yang juga antara kubu utama Tentera Mahdi yang diterajui ulama Syiah, Moqtada al-Sadr.

Kejadian itu berlaku ketika laporan lain menyatakan seorang lagi askar Amerika maut dalam letupan bom tepi jalan ketika meronda di wilayah Salahuddin. Ini menjadikan sekurang-kurangnya 4,038 askar Amerika maut sejak melancarkan pencerobohan ke atas Iraq pada Mac 2003.

Di hospital utama Kota Sadr, pegawai berkata, 71 orang dirawat.

"Hospital sama turut menerima 12 mayat," kata pegawai yang enggan dikenali.

Pertempuran sengit terbaru itu meletus di tengah-tengah laporan yang mendakwa askar Iraq dibantu tentera penceroboh, cuba menawan semula satu kedudukan penting di daerah ditinggalkan askar Iraq.

Kawalan keselamatan di kawasan terbabit juga goyah berikutan serangan bertubi-tubi dilancarkan pejuang yang cuba menghalang pembinaan tembok konkrit di Kota Sadr.

Tembok yang menjadi sekatan konkrit setinggi 3.6 meter, dibina di sepanjang jalan raya yang memisahkan kedudukan Kota Sadr dari arah utara yang juga kubu askar Tentera Mahdi.

Komander tentera Amerika berharap pembinaan tembok sekatan itu yang bermula Selasa lalu, dapat menghalang pejuang melancarkan serangan roket dan mortar ke atas Zon Hijau - kawasan dianggap selamat yang menempatkan deretan bangunan kedutaan asing dan kerajaan. � AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2008 07:52 PM | Show all posts
10 maut militia Syiah, tentera AS bertempur
BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 10 orang termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak terbunuh, manakala 44 lagi cedera dalam pertempuran antara militia Syiah dengan tentera Amerika dan Iraq di bandar raya Sadr, malam semalam.

Seorang pegawai kementerian dalam negeri Iraq berkata pertempuran bermula kira-kira jam 6 petang waktu tempatan berlarutan sehingga keesokan harinya.

Pertempuran terus berlaku walaupun pemimpin Syiah Moqtada al-Sadr sebelum ini menggesa peperangan antara pasukan keselamatan Iraq dan Tentera Mahdi yang menguasai bandar raya Sadr, dihentikan.

Pada 14 April lalu, Sadr mengancam untuk melancarkan serangan besar-besaran ke atas pasukan kerajaan kecuali serangan ke atas tenteranya dihentikan.

Bagaimanapun Jumaat itu, beliau menunjukkan sikap lebih lembut dan meminta agar... 搒audara saya di dalam angkatan tentera Iraq, polis dan Tentera Mahdi menghentikan pertumpahan darah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2008 07:14 AM | Show all posts
Tentera Amerika bedil Kota Sadr


BAGHDAD: Kira-kira 23 orang awam cedera selepas tentera Amerika Syarikat melancarkan peluru berpandu ke atas Kota Sadr kelmarin yang meranapkan bangunan yang terletak kira-kira 50 meter dari sebuah hospital.

Imej perkhidmatan televisyen agensi berita Associated Press (AP) menunjukkan beberapa ambulans turut musnah dan terbakar dengan kepulan asap hitam kelihatan ketika anggota bomba cuba memadamkan api.

Pertempuran terbaru dua hari lalu di Kota Sadr sudah meragut 100 nyawa, kata pegawai kesihatan Iraq. Sekurang-kurangnya 4,071 askar Amerika maut sejak kempen ketenteraan di Iraq bermula sejak Mac 2003.



Tentera penceroboh itu dalam kenyataan semalam mengakui bedilan peluru berpandu yang dipandu arah itu dilancarkan daripada sebuah pelancar darat dan mengenai markas perintah kumpulan pejuang di Kota Sadr.

Kawasan itu terletak di penempatan seluas 21 kilometer persegi yang didiami 2.5 juta penduduk.

Pegawai Iraq berkata sekurang-kurangnya 23 cedera, tetapi tiada seorang pun pesakit hospital terbabit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2008 07:20 PM | Show all posts
Askar AS jadikan al-Quran sasaran menembak
BAGHDAD 19 Mei - Parti Sunah Arab yang diketuai Naib Presiden Iraq, Tareq al-Hashemi menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas seorang askar Amerika Syarikat (AS) yang menjadikan sebuah naskhah al-Quran sebagai sasaran latihan menembak.

Perbuatan keji askar berkenaan turut dikutuk oleh Persatuan Ulama di Iraq yang menganggap tentera AS dan kerajaan Iraq sebagai sama-sama bertanggungjawab.

Parti pimpinan Tareq dalam kenyataannya hari ini menegaskan: "Parti Islam Iraq menuntut pentadbiran AS bertindak tegas terhadap perbuatan mencemarkan kesucian al-Quran itu dan turut menggesa kerajaan kami mengambil pendirian sewajarnya berhubung penghinaan yang melampau batas ini."

Belum ada kenyataan dikeluarkan oleh kerajaan Perdana Menteri Nuri al-Maliki tetapi staf sarjan tentera AS yang melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah senaskhah al-Quran dan menulis kata-kata menghina di dalamnya telah pun diarah meninggalkan Iraq.

Pihak berkuasa tentera AS di negara ini telah memohon maaf kepada masyarakat tempatan di barat Baghdad di mana askar berkenaan melepaskan tembakan ke arah kitab suci itu semasa latihan menembak pada 11 Mei lalu.

Komander tertinggi tentera AS di Baghdad, Mejar Jeneral Jeffrey Hammond menemui pemimpin masyarakat dari Radhwaniya, pinggir barat ibu negara dan mengeluarkan kenyataan memohon maaf.

Persatuan Ulama di Iraq dalam kenyataannya berkata: "Jenayah keji ini memperlihatkan kebencian pemimpin dan anggota tentera penceroboh terhadap al-Quran dan umat Islam."

- AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 08:48 AM | Show all posts
Bush minta maaf al-Quran ditembak
BAGHDAD: Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan Komander No 2 Amerika Syarikat Iraq, Leftenan Jeneral Llyod J Austin III memohon maaf kepada Perdana Menteri dan Naib Presiden Iraq selepas seorang askar Amerika menjadikan senaskah kitab suci al-Quran sebagai sasaran latihan menembak.

Dalam satu kenyataan, Washington memetik Bush sebagai berkata, insiden itu mencetuskan kemarahan penduduk Iraq dan berjanji menghadapkan askar terbabit ke pengadilan mahkamah.

Bush meminta maaf ketika menelefon Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki, kata Baghdad.

Austin pula menemui dua pemimpin terbabit bersama speaker Parlimen, seorang Sunnah, berikutan kemarahan rakyat Iraq terhadap tentera Amerika selepas kejadian itu terutama di kalangan penduduk Arab Sunnah.

Dalam pertemuan di pejabatnya, Naib Presiden, Tariq al-Hashemi, pemimpin tertinggi Sunnah dalam kerajaan, memberitahu Austin mengenai perasaan kesal dan marah terhadap insiden itu dan ia tidak dapat dimaafkan dengan mudah kecuali ada hukuman setimpal dan jaminan bahawa kejadian seumpama itu tidak berulang.

Al-Hashemi menyatakan penghargaan beliau mengenai kunjungan pemimpin tentera Amerika itu tetapi meminta supaya satu permohonan maaf bertulis dibuat pihak tentera asing itu.

Austin juga mengadakan pertemuan secara berasingan dengan al-Maliki seorang Syiah dan speaker parlimen, Mahmoud al-Mashhadani, seorang Sunnah Arab, kata tentera dalam satu kenyataan.

Austin menegaskan dalam tiga pertemuan itu bahawa anggota tentera Amerika terbabit sebenarnya sudah dikeluarkan dari Iraq. Beliau memberi jaminan bahawa pihaknya menganggap insiden itu adalah serius dan bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan tenteranya, kata kenyataan itu. – AP
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-5-2008 07:48 AM | Show all posts
Askar AS sebar Kristian di Iraq

WASHINGTON 30 Mei - Tentera Amerika Syarikat (AS) menyiasat seorang askar marin yang dituduh menyebarkan agama Kristian di Iraq dengan mengedarkan duit syiling bertulis sepotong ayat Bible kepada penduduk tempatan.


Marin berkenaan didakwa mengedarkan duit syiling tersebut kepada penduduk Iraq ketika mereka melepasi pusat pemeriksaan di Fallujah, kata pegawai AS.

" Pihak kuasa tentera telah melancarkan siasatan mengenai dakwaan itu dan ada bukti menunjukkan pembabitan seorang askar," kata jurucakap Pentagon, Bryan Whitman.

Menurut laporan McClatchy News Service, pada sebelah duit syiling itu tertera tulisan bermaksud "di manakah anda akan menjalani kehidupan akhirat?"

Pada sebelah lagi ialah potongan ayat Bible dalam tulisan Arab yang merujuk kepada ajaran Kristian kononnya Nabi Isa ialah anak Tuhan.

Jika dakwaan itu didapati benar, askar marin berkenaan telah melanggar peraturan tentera AS yang melarang penyebaran sebarang agama, kepercayaan atau amalan.

"Kami memberi perhatian penuh kepada kes ini," kata Komander AS di barat Iraq, Kolonel James Welsh.

Penganut Kristian hanya kira-kira tiga peratus daripada penduduk Iraq.

AS yang menempatkan askar di Iraq dan Afghanistan telah dituduh cuba menyebarkan agama Kristian kepada penduduk Islam Iraq dan menghina agama Islam.

Pentadbiran Presiden George W. Bush menafikan tuduhan itu, tetapi dimalukan oleh tindakan sebilangan askar AS.

Bush minggu lepas terpaksa memohon maaf dan berjanji untuk mendakwa seorang askar AS yang dituduh menjadikan senaskhah al-Quran sebagai sasaran latihan menembak di Iraq.

Mengedarkan atau bertukar-tukar duit syiling merupakan tradisi dalam tentera AS.

Duit syiling tersebut selalunya memaparkan lambang sesebuah unit atau cawangan tentera dan komander kanan mempunyai duit syiling mereka sendiri.

- Reuters
-------------------------------------------------------------------------------------------

not surprising though.. memang ni la yang depa nak buat -


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2008 01:00 AM | Show all posts
Thursday June 19, 2008
Iraq launches crackdown in southern city
By Aref Mohammed

AMARA, Iraq (Reuters) - Iraqi security forces launched a crackdown on Shi'ite militias in the southern city of Amara on Thursday, the latest drive in Prime Minister Nuri al-Maliki's campaign to impose order in Iraq.

Iraqi soldiers stand guard on the outskirts of Amara, 300 km southeast of Baghdad June 19, 2008. Iraqi security forces launched a crackdown on Shi'ite militias in the southern city of Amara on Thursday, the latest drive in Prime Minister Nuri al-Maliki's campaign to impose order in Iraq. (REUTERS/Atef Hassan)

Amara, home to 250,000 people, is a stronghold of the Mehdi Army militia of anti-American Shi'ite cleric Moqtada al-Sadr. Witnesses saw police raiding houses of suspected militants, backed by U.S. troops in armoured vehicles blocking roads.

There appeared to be no resistance and residents said they had not heard one gunshot, but some Sadr aides said members of his political movement were being unfairly targeted.

Army Major-General Tareq Abdul Wahab, commanding the sweep, said arrests had been made and the operation was "moving smoothly." Defence ministry spokesman Mohammed al-Askari told al-Jazeera television 17 people had been held.

"This operation has no time limit. Our forces will stay in Amara and will not withdraw until we achieve security," he said.

Among those detained were Amara's mayor, Rafea Abdul-Jabbar, and a member of the municipal council, both Sadr supporters, police sources told Reuters. Sadrists said they were innocent.

"Some arrests are unfairly targeting the wrong people. They seem to be randomly arresting officials in a violation of the prime minister's promises that they would not," a Shi'ite cleric and Sadr aide, who declined to be named, told Reuters.

SADRIST SUSPICIONS

Many Sadr supporters suspect Maliki's crackdown on Mehdi Army militants is an attempt to sideline their movement before Oct. 1 provincial elections. Sadr has nonetheless ordered his fighters to cooperate with security forces.

"We stand with the government on imposing the law but ... the law must be imposed on everybody," Bahaa al-Araji, a member of Sadr's parliamentary bloc, told an Iraqi television station.

Iraqi troops and police have tightened their grip on Amara for days, urging militias to hand over heavier weapons such as rockets and mortars.

Police said they found an underground cache of weapons on Thursday. Another cache was found a few days ago.

Local police spokesman Colonel Mehdi al-Asadi said a curfew had been imposed on the areas of Maysan province being searched.

U.S. helicopters hovered over Amara, many residents stayed home and some shops were closed. Traffic jams built up on its outskirts as police searched vehicles entering the city.

Besides being under the influence of militias, Amara has been a haven for arms smugglers from neighbouring Iran.

Maliki has previously sent the Iraqi army, with U.S. support, into Mehdi Army bastions in Baghdad and the southern oil city of Basra, and launched a campaign against al Qaeda Sunni Arab insurgents in the northern city of Mosul.

SADR'S TWIN STRATEGY

Analysts say Sadr's conciliatory stance shows he is pursuing two goals -- regaining control of his unruly militia while avoiding confrontation with the government, despite intense pressure from some of his own commanders to respond forcefully to the crackdowns.

Maliki has been criticised in the past for lacking resolve to stabilise Iraq -- especially in cracking down on fellow Shi'ites. But he has gained a measure of respect at home and abroad for the offensives, which have helped reduce violence to the lowest level in more than four years.

The campaigns also underscore the government's desire to take more control of security from 150,000 U.S. troops in Iraq.

In a sign recent security gains are fragile, a truck bomb killed 63 people in Baghdad on Tuesday. The U.S. military blamed Shi'ite militants for the attack.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-6-2008 11:31 AM | Show all posts
38 maut dua letupan di Iraq

RAMADI: Sekurang-kurangnya 38 terbunuh dalam dua letupan bom di Iraq, 20 daripada mangsa maut dalam serangan terhadap sebuah rundingan anti pergerakan al-Qaeda, semalam, kata pegawai.

Sebutir bom kereta juga menggegarkan bandar Mosul di utara Iraq menyebabkan 18 lagi terbunuh, kata pegawai kerajaan Iraq dan askar Amerika Syarikat.

Seorang penyerang bunuh diri meletupkan bom di sebuah pejabat di wilayah Anbar, barat Iraq, menyebabkan seorang datuk bandar dan 19 anggota kanan barisan anti al-Qaeda terbunuh.

Tentera Amerika menuduh serangan itu dilakukan pergerakan al-Qaeda di bandar Garma dekat Fallujah, kata jurucakap majlis perbandaran Fallujah, Kamal al-Ayash.

Kamal berkata, penyerang meletupkan bom di pejabat datuk bandar Kamal al-Abdali yang sedang berunding dengan anggota kumpulan 慘ebangkitan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2008 08:03 AM | Show all posts
Condoleezza Rice bangga AS takluk Iraq

ANGGOTA tentera AS mengadakan kawalan
keselamatan di Baghdad kelmarin.

WASHINGTON - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleezza Rice kelmarin menyatakan bahawa beliau bangga kerana negara itu menyerang Iraq malah Asia Barat bertambah baik sejak Presiden George W. Bush menerajui White House.

Dalam satu temu bual oleh saluran televisyen Bloomberg, Rice juga menyatakan Korea Utara dan China turut berubah sejak Bush menjadi presiden lapan tahun lalu.

"Saya bangga dengan keputusan AS untuk menggulingkan Saddam Hussein. Saya bangga kerana lebih 20 juta rakyat Iraq kini merdeka," katanya.

"Isu Iraq merupakan sesuatu yang sangat mencabar. Kita tidak boleh menggantikan rakyat AS yang terbunuh di Iraq... tetapi kita melihat perubahan di Iraq," katanya.

Sesi temu bual yang dirakam pada minggu lalu itu disiarkan kelmarin berikutan sambutan Hari Kemerdekaan AS kelmarin.
Sebanyak 4,113 anggota tentera AS terbunuh sejak Washington menakluk Iraq pada Mac 2003, lapor laman web www.icasualties.org.

Kata Rice, China mula memberi kerjasama terhadap isu kemanusiaan di Darfur dengan mengetatkan penjualan senjata kepada Sudan.

Ketika diminta mengulas mengenai suasana politik domestik, Rice menjelaskan beliau ialah penyokong calon presiden Parti Republikan John McCain walaupun ramai yang terpesona dengan karisma calon Parti Demokrat, Barack Obama untuk menjadi presiden kulit hitam pertama.

"Tidak penting warna kulit tetapi individu yang dipilih itu mesti mewakili aspirasi rakyat AS," katanya.

Rice, 53, menolak sebarang kemungkinan untuk terus berkecimpung dalam dunia politik dan menyatakan dia mungkin menulis buku atau kembali ke dunia akademik selepas tempoh perkhidmatan Bush sebagai presiden AS tamat pada Januari 2009. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 04:01 PM | Show all posts
oii.....apa.ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2008 08:49 AM | Show all posts
7 tentera Amerika terbunuh


HELIKOPTER Chinook seperti gambar ini terhempas di Iraq semalam.


Helikopter terhempas di Basra

BAGHDAD: Tujuh anggota tentera Amerika Syarikat maut semalam dalam kemalangan helikopter paling dahsyat di Iraq dalam masa setahun.

Helikopter CH-47 Chinook itu terhempas kira-kira 100 kilometer ke barat bandar raya pelabuhan utama, di selatan Basra, ketika melakukan penerbangan konvoi udara dari Kuwait, kata tentera Amerika dalam satu kenyataan.
Ia menyatakan lima anggota terbunuh tetapi jurucakap tentera Britain, Mejar Paul Smyth, memberitahu AFP semua tujuh orang dalam pesawat malang itu maut.

Tiada pengesahan daripada pihak Amerika mengenai angka itu.

"Pasukan Britain segera dikejarkan dari Basra dan konvoi darat Britain turut diarahkan ke tempat kejadian," kata Smyth.

Katanya, anggota tentera Britain dan Amerika berada di tempat kejadian.

"Tiada laporan buat masa ini mengenai perbuatan musuh. Punca sebenar kemalangan masih disiasat," katanya.

Ia adalah kemalangan helikopter paling buruk sejak Ogos 2007 apabila helikopter pengangkut Amerika, Blackhawk, terhempas di utara Iraq, yang mengorbankan 14 anggota tentera.

Dua tentera Amerika cedera apabila helikopter mereka terhempas di selatan Baghdad Jun tahun ini. Kemalangan paling buruk membabitkan helikopter Amerika berlaku pada 15 November 2003 apabila dua Blackhawk bertembung berhampiran Mosul yang membunuh 17 anggota tentera.

Pada Januari dan Februari tahun lalu berlaku beberapa kemalangan, termasuk ditembak jatuh oleh militan. Sejak itu, tentera Amerika memburu penyerang berkenaan.

Kematian terbaru menjadikan angka korban tentera Amerika di Iraq kepada 4,168 sejak pencerobohan pada 2003. – AFP
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 11:17 AM | Show all posts
selagi AS x keluar dari Iraq peperangan akan terus berlaku.kadar kamatian akan terus meningkat bukan sahaja di kalangan tentera dan kumpulan militan bahkan orang awam yg x berdosa banyak menjadi korban.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 08:45 AM | Show all posts
Tentera penjajah cemari Ramadan di Iraq

TIKRIT: Sekurang-kurangnya lapan orang awam Iraq yang juga satu keluarga,termasuk tiga wanita maut dibedil serangan udara tentera Amerika Syarikat dekat Tikrit, semalam.

Serangan udara awal pagi itu berlaku di perkampungan Al-Dawr, yang sebelum ini dikenali sebagai tempat tentera penceroboh memberkas bekas Presiden SaddamHussein pada Disember 2003.


"Lima lelaki dan tiga wanita maut dalam serangan yang sememangnya mensasarkan kediaman mangsa. Mereka semua adalah sekeluarga,"kata jurucakap polis Al-Dawr, Leftenan Muda Firaz al-Duri.

Beliau berkata, seorang kanak-kanak bagaimanapun terselamat dalam serangan itu tetapi mengalami kecederaan.

Seorang saksi yang juga saudara mangsa, Abdul Kareem, berkata dia melihat tentera Amerika mengepung rumah itu pada awal pagi.


Doktor Hospital Awam Tikrit, Imad al-Juburi, berkata mayat lapan mangsa itu dibawa ke hospital itu dan pemeriksaan mendapati mangsa maut akibat kecederaan yang berpunca daripada serangan udara.

- AFP


[ Last edited by  derose83 at 20-9-2008 08:46 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 10:24 PM | Show all posts

ni ada gambarnya -


Lapan sekeluarga maut dibedil AS



PENDUDUK bandar Adwar dekat Samarra membawa
mayat seorang lelaki yang maut dibedil askar Amerika
menuduhnya pemimpin pemberontak.





kejam - memang kejam -  now dunia memang faham kenapa kedutaan
USA  kat yemen kena bomb  few days ago -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2008 09:14 PM | Show all posts
5 Oktober, 2008   
Two US Blackhawks crash in Baghdad: military



Gambar AFP A US army Blackhawk helicopter flies over Baghdad International Airport in 2007. Two US Blackhawk helicopters crashed in northern Baghdad's Sunni district of Adhamiyah late on Saturday, a US military spokesman said.



BAGHDAD (AFP) - Two US Blackhawk helicopters crashed in northern Baghdad's Sunni district of Adhamiyah late on Saturday while approaching landing, a US military spokesman said.

"Reports we have is that the two heliopters were in the process of landing when they collided," spokesman Captain Charles Calio told AFP. At least one Iraqi army soldier was killed and four people, including two US soldiers, were wounded, another US spokesman, Lieutenant Patrick Evans, said.

"Two UH-60 Blackhawks have crashed while landing at Combat Outpost Ford in Adhamiyah (northern Baghdad) about 8:55 p.m. (1755 GMT)," Evans said.

"One Iraqi army soldier is killed. Two coalition forces (personnel) and two Iraqi army (soldiers were) wounded," he said, adding that the "situation is under control.

Emergency services are on the scene." It is not known how many were on board at the time of the incident, he said. "Enemy fire is not suspected at this time," he added.

US military officials said they could not comment on local media reports that there had been firing at the aircraft and that persistent gun fire was heard in the area immediately after the crash.

Local residents said security forces cordoned off the entire area and did not allow traffic or pedestrians to get through to the crash site.

The UH-60 is the workhorse of the US military and operates in pairs. Each aircraft crew consists of two pilots and two gunners.

Blackhawks routinely throw magnesium flares to deflect any heat-seeking missiles fired at them.

The latest US helicopter incident came 17 days after another US military helicopter crashed in southern Iraq, killing all seven soldiers aboard.

The CH-47 Chinook crashed about 100 kilometres (60 miles) west of the main southern port city of Basra as it formed part of a four-aircraft convoy flying from Kuwait to the northern city of Balad.

The US military had said that they did not suspect enemy activity in the September 18 crash too, but investigation findings have not been published.

The worst single crash was on November 15, 2003, when two Blackhawks collided near the main northern city of Mosul, killing 17 soldiers.

In August last year, a Blackhawk transport chopper crashed in northern Iraq, killing 14 US military personnel.

Two American soldiers were hurt when their helicopter crashed south of the Iraqi capital Baghdad in June this year.

In January and February last year there was a spate of crashes, including some aircraft shot down by an insurgent cell which deployed anti-aircraft crews north of Baghdad. US forces have since hunted down those gunners.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2008 08:15 AM | Show all posts
Askar Iraq terkorban dua helikopter AS bertembung



HELIKOPTER Blackhawk tentera Amerika Syarikat berlegar di ruang udara Baghdad selepas dua helikopter jenis sama bertembung di utara bandar Azamiyah semalam.


Nahas berlaku ketika pertempuran meletus antara pejuang, tentera

BAGHDAD: Dua helikopter Amerika bertembung ketika mendarat di pangkalan di Baghdad menyebabkan seorang askar Iraq terbunuh dan empat lagi cedera termasuk dua askar Amerika, kata tentera mengenai kemalangan helikopter kedua dalam tempoh dua minggu.

Kenyataan tentera berkata, dua helikopter UH-60 Blackhawk itu terhempas sekitar jam 9 malam di utara bandar Azamiyah. Mereka yang cedera termasuk masing-masing dua askar Amerika dan Iraq tetapi jumlah mereka yang berada dalam pesawat belum diketahui.

"Keadaan terkawal, perkhidmatan kecemasan berada di lokasi," kata jurucakap tentera, Leftenan Patrick Evans.

Siasatan punca nahas sama ada akibat kemalangan atau helikopter itu ditembak pejuang masih dijalankan.

Dua pegawai polis Iraq berkata, kemalangan itu berlaku ketika pertempuran meletus antara penyerang dan askar Iraq yang disokong Amerika sedang di utara Baghdad.

Saksi, Abu Sattar, berkata dia sedang menerima tetamu di rumahnya apabila mendengar letupan kuat.

"Kami bergegas keluar dari rumah dan melihat api dari kawasan berhampiran, selepas itu kami mendengar tembakan dan askar Amerika mengepung kawasan itu.

Mengikut rekod tentera, sekurang-kurangnya 70 helikopter Amerika musnah sejak perang bermula pada Mac 2003. � AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2008 09:05 AM | Show all posts
October 06, 2008   
Eleven killed during US raid in north Iraq




AFP Photo Members of the anti-Qaeda 'Sahwa' militia manage a checkpoint in Baghdad. Eleven people have been killed, including three women and three children, as a suicide bomber struck and a gunbattle broke out during a US raid on a house in northern Mosul, the US military has said.




BAGHDAD (AFP) - Eleven people were killed, including three women and three children, as a suicide bomber struck and a gunbattle broke out during a US raid on a house in northern Mosul on Sunday, the US military said.

American troops came under fire as they entered the house in the city of Mosul, 370 kilometres (230 miles) from Baghdad, looking for a wanted man, it said in a statement.

It said a man detonated a suicide vest as the troops closed in on the suspects.

Five men were killed along with three women and three children while another child was wounded in the blast, the US military said, without reporting any American casualties.

"As coalition forces entered the building housing the terrorist, they began receiving small arms fire. Coalition forces returned fire once engaged."

"A terrorist detonated a suicide vest shortly thereafter in the house ... Five terrorists along with three women and three children were killed," the statement said.

It was not clear if the women and children were killed in the blast or by gunfire.

The Americans said they conducted a sweep and found small arms and explosives hidden in the building.

"This is just another tragic example of how al-Qaeda in Iraq hides behind innocent Iraqis," US military spokesman Rear Admiral Patrick Driscoll said.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-10-2008 08:26 AM | Show all posts
Rakyat bantah perjanjian Iraq-AS

BERIBU-RIBU pengikut Muqtada al-Sadr menyertai
bantahan perjanjian Iraq-AS di Baghdad semalam.



BAGHDAD - Beribu-ribu pengikut ulama Syiah Muqtada al-Sadr semalam berhimpun untuk menggesa parlimen Iraq menolak perjanjian keselamatan dengan Amerika Syarikat (AS).

Ia berikutan mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan tamat pada 31 Disember ini yang menyaksikan tentera bersekutu yang diketuai AS perlu keluar dari Iraq sekiranya tiada perjanjian baru dicapai.

"Kerajaan Iraq mengabaikan tugasnya kepada rakyat. Saya bersama pemimpin lain menentang perjanjian itu dan menolak kehadiran tentera penceroboh," kata Muqtada dalam ucapannya.

Para penunjuk perasaan kemudian berarak ke bandar Sadar sambil melaungkan slogan anti-AS.

Penganjur majlis itu berkata, lebih sejuta penduduk menyertai bantahan namun wartawan yang membuat liputan menyatakan ia disertai puluhan ribu penyokong.

Berikutan itu, kawalan ditingkatkan dengan anggota keselamatan mendirikan pondok pemeriksaan di beberapa lokasi strategik sepanjang jalan ke kawasan perarakan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Nouri al-Maliki dan pegawai White House mencapai persetujuan terhadap draf perjanjian setelah berbulan-bulan mengadakan perbincangan.

Antara lain, draf tersebut menetapkan anggota tentera AS perlu meninggalkan bandar-bandar utama Iraq menjelang Jun dan pengunduran penuh pada 2012. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2008 08:30 AM | Show all posts
Iraq dapat hak kedaulatan


ASKAR Amerika Syarikat membuat rondaan di Baquba,
dalam wilayahDiyala lebih kurang 65 kilometer
(40 batu) ke timur laut Baghdad,baru-baru ini.
- Foto Reuters


Baghdad boleh dakwa tentera Amerika terbabit  lakukan jenayah

BAGHDAD: Iraq akhirnya diberi hak untuk mendakwa tentera dan rakyat Amerika Syarikat yang melakukan jenayah di luar pangkalan mereka menurut perjanjian keselamatan baru yang mengembalikan banyak hak kedaulatan negara Arab itu.

Menurut deraf perjanjian baru itu, Amerika akan terus mempunyai bidang kuasa ke atas anggota tentera mereka di dalam pangkalan atau ketika mereka menjalankan operasi tetapi tidak dalam lain keadaan.

Perjanjian baru itu memberi kemenangan kepada kerajaan Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki yang sejak sekian lama mengambil pandangan tegas untuk mempertahankan kedaulatan negaranya.

Perjanjian digelar Sofa (Status of Forces Agreement) member iasas perundangan bagi kehadiran tentera Amerika selepas mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tamat 31 Disember ini.

Jika perjanjian itu dimeterai kedua-dua pihak dan diluluskan Parlimen Iraq ia akan berkuatkuasa pada 1 Januari.

Pasukan perang Amerika akan berundur dari pekan dan kampung Iraq menjelang Jun 2009 dan akan berundur keseluruhan daripada negara Arab itu menjelang Disember 2011, kata deraf dokumen perjanjian itu.

"Pasukan keselamatan Iraq tidak lama lagi akan mengambil alih kawalan di seluruh negara dan selepas Jun 2009, pasukan tentera Amerika hanya berada di pangkalan mereka," menurut dokumen itu yang diperoleh AFP.

Kedua-dua pihak juga bersetuju sebarang operasi ketenteraan perlu mendapat kelulusan Baghdad terlebih dulu.

"Semua operasi tentera ini mesti dilaksanakan menurut perlembagaan dan undang-undang Iraq," menurut dokumen itu.
                                
Perjanjian itu juga mengehadkan kuasa tentera Amerika dengan membenarkan mereka menahan rakyat Iraq hanya atas arahan Baghdad.

Jika mereka menahan rakyat Iraq, tahanan itu mesti diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan.

Menurut perjanjian baru Iraq juga mendapat kawalan semula terhadap ruang udaranya. � AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.054310 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list