|
So You Think You Can Dance (SYTYCD) [8TV, Thursday 9.30pm]
[Copy link]
|
|
Reply #20 w|nTer^GurL's post
huuh...muka seposen je masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
korng perasan x..
ade mamat ni muke familiar r...
bkas CIKGU TARIAN AF5...RAYMEE.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa puas hati yg terpilih muda2 ... oklah tak sabo nak tunggu next week |
|
|
|
|
|
|
|
rasa mcm BLACK akan menang tahun ni |
|
|
|
|
|
|
|
tade senarai finalis lagi ke?
mesti ramai bapok siam masuk ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ijoy_brady at 22-5-2008 12:48 PM 
korng perasan x..
ade mamat ni muke familiar r...
bkas CIKGU TARIAN AF5...RAYMEE..
Tapi tak dapat masuk TOP 20.. |
|
|
|
|
|
|
|
ingat dah mula live semalam, tp mula next week... |
|
|
|
|
|
|
|
ok...mari kita tgk sapa juara!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Cabaran SYTYCD 2 bermula!
02-06-2008 10:11:46 AM
DARIPADA 40 orang, kini program realiti So You Think You Can Dance (SYTYCD)Malaysia yang memasuki musim kedua sudah menemui 20 peserta untuk meneruskan perjuangan mereka dalam program realiti di 8TV.
Program yang diarahkan oleh pengarah dan penerbit eksekutif, Sunil Kumar ini mula menemui penonton pada 5 Jun hingga 1 Ogos depan secara langsung di stesen televisyen tersebut.
Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Lam Swee Kim berkata, "Akhirnya, segala kerja keras mereka dibayar juga apabila berjaya mara ke top 20. Bagaimanapun, perjalanan semua peserta yang terpilih baru bermula untuk merebut gelaran penari kegemaran Malaysia.
"Mereka ini terdiri daripada yang terbaik selepas berhempas pulas selama tiga hari untuk dipilih oleh juri.
"Dalam pertandingan ini, ia memerlukan semangat dan keazaman yang kuat di mana setiap minggu mereka perlu mempelajari koreografi dan kemahiran bekerja dengan pasangan masing-masing."
Tambah Kim lagi, "Saya yakin mereka semua dapat melakukannya seperti penari yang ada pada hari ini.

Peserta-peserta yang berjaya mara ke peringkat Top 20
"Mereka bukan sahaja berbakat dan mempunyai kemahiran masing-masing malah turut mempunyai keazaman, keyakinan, kegigihan dan tingkah laku positif untuk bergelar bakal penari kegemaran Malaysia."
Berikut adalah nama peserta yang berjaya terpilih ke top 20. Peserta wanita terdiri daripada Chan Wei Yee (Vivian/20), Farah Hanan Mohd. Nordin (Farah/26), Hoi Cheng Sim (Sim/27), Jorida Lim Pei Ying (Jda/19), Sarah Diana Michele Durai (Sarah/29), Yap Hwee Leng (Zen/18), Yee Mei Er (Samantha/28), Yong Ling Shi (Cecilia/21), Wong Sook Ken (Jojo/27) dan Zefane Fara Zakaria (Zef/24).
Sementara finalis lelaki yang terpilih adalah Hafizullah Mahmud (Sly/21), Lim Chee Wei (Chee Wei/22), Mohd. Hanafi Rosdi (Napi/20), Mohd. Zulfarqar Awaluddin (Belalang/28), Muhammad Fairul Azreen M. Zahid (Fairul/20), Ng Kar Fei (Black/25), Ong Tze Hong (Tze Hong/27), Raymond Liew Jin Pin (Raymond/21), Ray Redzuan Awang (Ray/28) dan Yong Chun Haou (Billy/22).
Setiap minggu, mereka akan beraksi dan membuat persembahan di Ruums, Kuala Lumpur secara langsung dan penyingkiran akan dilakukan kepada setiap peserta berdasarkan undian sistem pesanan ringkas (SMS) daripada penonton.
Tidak cukup dengan undian SMS sahaja kerana mereka akan berhadapan dengan juri yang terdiri daripada koreografer Pat Ibrahim yang pernah menyuntik kejayaan Muzikal Puteri Gunung Ledang dan sekarang kembali mengambil tempat dalam Muzikal P. Ramlee.
Turut menghakimi peserta adalah pengarah koreografi Stirring Odissi iaitu Ramli Ibrahim. Stirring Odissi merupakan festival seni bagi meraikan tarian klasik Odissi dari Orissa di Southeastern India.
Seorang lagi adalah Judimar Hernandez dari Venezuela, seorang penari dan guru gerak tari kreatif yang juga seorang koreografer Jabatan Seni Persembahan di Sekolah Sri Cempaka, Kuala Lumpur.
Judimar pernah terlibat dengan persembahan muzikal di dalam dan luar negara seperti di Brazil, Colombia, Sepanyol dan Singapura.
Bukan itu sahaja, dia turut memenangi anugerah sebagai Penari Terbaik di Malaysian Boh Cameronian Arts Awards pada tahun 2002.
Pengacara Aishah Sinclair pula merupakan hos program ini. |
|
|
|
|
|
|
|
khamis ni start top 20.....hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
So You Think You Can Dance - Siapa bakal setaraf Alam?
Oleh JESSABELL SOO
BARISAN 20 peserta yang bakal masuk ke gelanggang So You Think You Can Dance musim kedua.
DIPERKENALKAN dengan tujuan untuk menaikkan taraf penari tempatan, So You Think You Can Dance musim pertama yang mengangkat Muhamad Aslam atau Alam sebagai juaranya, kini kembali untuk memberi peluang kepada bakat baru.
Diadaptasi daripada program popular Amerika Syarikat, program realiti tarian terbitan 8TV dengan format tempatan ini bagaimanapun hanya disertai 500 peserta dalam sesi uji bakat berbanding 614 peserta tahun lalu.
Sungguhpun begitu, sesi uji bakat yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Sabah ini menampakkan penglibatan peserta yang lebih berpotensi.
"Memang terlalu awal untuk menilai peserta ini berbanding tahun lalu. Namun, kami memilih mereka kerana mereka adalah matang dari segi tarian dan teknik. Mereka tampil seperti seorang penari profesional.
"Ada ramai yang memberitahu peserta tahun ini lebih menawan tetapi kecantikan adalah elemen sekunder. Apa yang utama adalah cara mereka menari. Tetapi penampilan juga ada memainkan peranan tersendiri," kata salah seorang jurinya, Pat Ibrahim pada sidang media memperkenalkan 20 peserta program ini.
Merangkumi 16 episod, So You Think You Can Dance 2 sudah mula menemui penonton pada 1 Mei lalu, pukul 9.30 malam dan akan disiarkan secara langsung mulai 5 Jun, pukul 9.30 malam.
"Daripada 500 peserta yang hadir, 40 peserta dipilih dan hanya 20 disenarai pendek selepas menghadiri boot camp. Dalam setiap episod pula, empat individu pilihan juri diberi peluang untuk menari semula untuk mendapatkan undian penonton.
"Seorang peserta lelaki dan wanita yang mendapat undian terendah akan disingkirkan setiap minggu. Semua peserta akan membuat persembahan secara berpasangan sehingga minggu Top 10," Pat lagi.
Turut diadili oleh Ramli Ibrahim dan Judimar Hernandez, program kali ini dihoskan oleh Aishah Sinclair. Tidak hanya menampilkan tarian moden, pertandingan ini akan menerapkan elemen-elemen tarian tradisional tempatan.
"Tahun ini kami ada peserta dari Sabah dan mereka adalah kombinasi yang unik dari segi tarian. Kami juga berharap untuk menggabungkan tarian kontemporari dan tradisional untuk mencipta corak tarian berlainan," kata penerbit program, Sunil Kumar.
Pat juga menyifatkan semua peserta mempunyai potensi untik menjadi pemenang asalkan mereka berdisiplin dan bersungguh. Dan ini tidak bermaksud mereka yang mempunyai latar belakang mahupun pengalaman dalam tarian ada kelebihan.
"Seperti Alam, dia menang kerana disebabkan perwatakan dan pendekatannya terhadap tarian. Jika mereka yang mempunyai latar belakang, mereka perlu membuka minda dan menerima tarian lain.
"Ini supaya mereka tidak terhad kepada sejenis tarian. Jadi adalah lebih baik jika mereka adalah penari baru kerana boleh menari dengan lebih terbuka," tambah Pat mengenai program yang diundi 100 peratus oleh SMS.
Ingin mencari penari yang versatil yang boleh membawakan watak berlainan, pemenangnya perlu memainkan peranan untuk mewakili tarian dan bukannya menari sahaja.

AKSI salah seorang peserta, Zef yang menarik perhatian ramai.
Maka siapa yang mampu melakukan tarian tersebut akan membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000 dan program biasiswa 8TV.
10 peserta lelaki yang dipilih adalah Hafizullah Mahmud (Sly), Lim Chee Wei (Chee Wei), Mohd Hanafi Rosdi (Napi), Mohd Zulfarqar Awaluddin (Belalang,), Muhammad Fairul Azreen M. Zahid (Fairu)l, Ng Kar Fei (Black), Ong Tze Hon (Tze Hong), Raymond Liew Jin Pin (Raymond), Ray Redzuan Awang (Ray) dan Yong Chun Haou (Billy).
Manakala 10 peserta wanita adalah Chan Wei Yee (Vivian), Farah Hanan Mohd Nordin (Farah), Hoi Cheng Sim (Sim), Jorida Lim Pei Ying (Jda), Sarah Diana Michele Durai (Sara)h, Yap Hwee Leng (Zen), Yee Mei Er (Samantha), Yong Ling Shi (Cecilia), Wong Sook Ken (JoJo) dan Zefane Fara Zakaria (Zef). |
|
|
|
|
|
|
|
bosannya tngok aishah jd hos, tak happening & energetic langsung :@ |
|
|
|
|
|
|
|
SYTYCD 2: Viv dan Billy tersingkir!
06-06-2008 01:45:46 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
SIRI So You Think You Can Dance Malaysia musim kedua kembali memulakan siaran mingguannya yang dibawakan secara eksklusif oleh 8TV, secara langsung dari Ruums di Live Centre, Kuala Lumpur semalam.
Kesemua 20 orang peserta yang bertanding sesama sendiri untuk merebut gelaran penari terbaik Malaysia itu secara keseluruhannya telah berjaya menyampaikan persembahan mereka dengan baik seperti yang diharapkan.
Mereka telah dibahagikan kepada 10 kumpulan di mana seorang peserta lelaki dan perempuan digandingkan mengikut kekuatan dan kelemahan kemahiran seni tarian masing-masing.
Walaupun begitu, hanya beberapa pasangan sahaja yang menunjukkan persembahan yang menyerlah dan membuatkan penonton tertarik untuk menontonnya.
Antaranya adalah pasangan Ray dan Cecilia, Chee Wei dan Sam, Belalang dan J-da, Billy dan Zef serta Hong dan Sarah.
Ray dan Cecilia yang melakukan persembahan menggunakan stail 'Ballroom Mambo' dengan iringan lagu Mercy oleh Duffy menunjukkan tarian yang kemas dan cantik.

Kini tinggal 18 orang peserta yang bakal berjuang pada minggu depan
(Foto oleh 8TV)
Bukan itu sahaja, juri tetap iaitu pengarah dan koreografer Pat Ibrahim, ikon besar dalam seni tarian Ramli Ibrahim serta guru tari dan koreografer Judimar Hernandez turut memuji tarian mereka sehingga terpacul perkataan "Speechless!" dan "Fantastic!" dari mulut antara mereka bertiga.
Namun, pujian harus diberikan lebih kepada Ray atau nama sebenarnya Ray Redzuan Awang, 28 kerana berjaya keluar dari kepompong asalnya kerana Ray sebelum ini datang dari latar belakang penari tradisional dan budaya.
Sementara Cecilia/CC atau nama penuhnya Yong Ling Shi, 21 ibarat mendapat makanan rujinya kerana beliau sememangnya pakar dalam tarian latin dan ballet yang boleh dikatakan kena dengan tugasan yang diberikan.
Pasangan yang membuat persembahan ketiga iaitu Chee Wei dan Sam ditugaskan membuat persembahan tarian kontemporari dengan berlatarkan lagu Why dendangan Annie Lennox.
Mereka berjaya menjadikan persembahan malam itu ibarat penonton menonton drama muzikal. Tarian mereka mengikut emosi lagu dan pergerakan badan masing-masing nampak serasi dengan lagu latar tersebut.
Mereka berdua juga nampak yakin dengan persembahan yang dilakukan serta pandai bermain dengan perasaan antara satu sama lain.
Pasangan Belalang dan J-da yang mendapat stail persembahan kontemporari Malaysia juga menggayakan aksi yang cool dan relaks dengan paduan lagu Gemuruh yang dipopularkan oleh Faizal Tahir. Namun, persembahan nampak menonjol pada Belalang kerana beliau berasal dari tarian tradisional.
Pasangan kelapan iaitu Billy dan Zef menunjukkan persembahan energetik dan 'ganas' melalui stail tarian Jazz dengan iringan lagu Beat It nyanyian Fall Out Boy dan John Mayer.
Rasa ralat pula apabila Billy tersingkir pada minggu ini kerana beliau dilihat mempunyai potensi besar untuk pergi lebih jauh lagi.
Persembahan terakhir oleh pasangan Hong dan Sarah juga tidak mengecewakan penonton yang setia sehingga ke akhir rancangan itu apabila mereka mempersembahkan tarian Street Jazz dengan lagu latar No Air oleh Chris Brown dan Jordin Sparks mengikut emosi dan rentak lagu dengan penuh bertenaga.
Manakala pasangan lain menunjukkan persembahan pada tahap memuaskan iaitu Black dan Farah melalui tarian Hip Hop Kontemporari dengan lagu Throw It On Me (Timbaland), Fairul dan Zen melalui tarian Dance Hall dengan lagu Sounds of Freedom (Bob Sinclair), Napi dan Sim melalui tarian Viennese Waltz dengan lagu (Favourite Things (Big Brovas), Sly dan Vivian melalui tarian Tango dengan lagu Tango In Paris (Ning Baizura) serta Raymond dan Jojo melalui tarian Hip Hop dengan lagu Love Stoned (Justin Timberlake).
Sebelum hos program iaitu Aishah Sinclair mengumumkan keputusan dua peserta yang tersingkir, para juri telah memilih empat individu yang paling lemah dan mereka akan diberikan peluang kedua untuk mempersembahkan tarian solo selama 30 saat untuk meyakinkan para pengundi untuk mengundi mereka agar tidak diundi keluar.
Keputusannya, Billy dan Vivian disebut sebagai peserta wanita dan lelaki pertama

Billy dan Vivian peserta pertama disingkirkan
disingkirkan pada program musim kedua ini.
Bagi menambahkan seri rancangan, pemenang musim pertama SYTYCD Malaysia iaitu Alam dijemput tampil membuat persembahan pembuka. Kehangatan diteruskan dengan kemunculan artis tempatan, Ahli Fiqir.
Secara keseluruhannya penulis berpuas hati dengan program ini namun pemilihan Aishah selaku hos program seakan tidak sesuai dengan konsep program tersebut.
Sepatutnya, Aishah perlu nampak lebih energetik dan bertenaga agar penonton lebih bersemangat untuk menonton program tersebut hingga ke akhir rancangan.
Vivian sebak dan tak sangka disingkir awal
Ketika diumumkan oleh Aishah sebagai peserta yang tersingkir, Vivian atau nama sebenarnya Chan Wei Yee, 25 tidak mampu menahan sebaknya.
"Saya rasa sedih sangat mungkin terlalu sensitif dan mengikut emosi. Bukan apa, sebab saya tak mampu menunjukkan kebolehan tarian saya kepada masyarakat Malaysia dalam minggu seterusnya.
"Mungkin saya disingkirkan kerana saya tak pernah menari tango sebelum ini. Dengan masa seminggu. saya rasa agak suntuk untuk mempelajarinya.
"The step is easy. Tetapi saya tak tahu apa kekurangan tarian saya. Banyak yang saya pelajari selain belajar mengenali pasangan saya, Sly pada dua minggu lalu.
"Saya sudah cuba buat seperti wanita seksi yang koreografer inginkan. Namun, nasib tidak menyebelahi saya," jelas Vivian yang lebih mesra dengan panggilan Viv.
Beliau turut mengakui faktor fizikal menjadi penyebab lain kepada penyingkirannya pada malam itu.
"Boleh jadi sebab fizikal membuatkan saya tersingkir kerana orang selalunya ingin melihat penari yang tinggi dan kurus. Walaupun begitu, saya tetap boleh menjadi seorang penari yang baik dan saya takkan berhenti menari.
"Saya mempunyai impian untuk menjadi seperti koreografer Azwa," ujar Viv yang turut memasang cita-cita untuk menyertai kursus tarian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Billy tidak kecewa
Bagi Billy atau Yong Chun Haou, 22 yang pernah memenangi tempat pertama dalam kedua-dua pertandingan yang disertainya iaitu Malaysia Latin Championship Amateur Close Champion pada tahun 2006 dan Hong Kong Latin Championship Novice Champion pada tahun 2007 ibarat kalah bermaruah apabila disingkir terlebih awal.
"Saya tak kecewa kerana saya telah belajar dan menimba banyak pengalaman serta mendapat ramai kawan.
"Mungkin saya tersingkir kerana nampak nervous ketika membuat persembahan. Saya sukar mengawal perasaan nervous itu walaupun sudah praktis sehabis baik," ujar Billy.
Jika dinilai dari segi rupa paras, Billy boleh dikatakan mempunyai rupa paras yang kacak, namun, nampaknya pengundi sekarang sudah bijak kerana tidak ramai yang terpengaruh untuk mengundi Billy kerana rupanya.
"Bagi saya rupa paras tidak penting tetapi tarian dan persembahan seseorang itu yang dinilai oleh pengundi.
"Ketika membuat persembahan secara individu pun saya sudah nampak Hanapi mempunyai ramai penyokong. Jadi, sebab itu saya tewas dengan dia," ulas Billy yang akan mencuba untuk menyertai pertandingan tarian lain namun bukan SYTYCD lagi.
Katanya, dia mahukan corak pertandingan yang berlainan dan lebih menepati tarian kegemarannya iaitu latin.
Kini, tinggal 18 peserta yang bakal meneruskan perjuangan mereka pada minggu hadapan dan siapa pula yang bakal tersingkir?
Saksikan siri So You Think You Can Dance musim kedua setiap Khamis, jam 9.30 malam di 8TV! |
|
|
|
|
|
|
|
smlam pnye show agak BEST..
pling ske tgk..RAY & CECILIA (MAMBO)..
lgu MERCY by DUFFY..tu mmg FAV aku..
diorg menari best gak..
tp xpuas hati BILLY/VIVIAN kuar..
bg r chance..aku nk tgk BILLY tu nari LATIN..
msti best..huhu!!
aku pelik npe NAPI bottom 2..??
SLY ptut bottom 2..
bkan x ske..tp die menari x best..
skrg ni FAVOURITE aku lpas tgk 1st SHOW..
MEN'S = BELALANG / RAYMOND / BLACK
WOMEN'S = CECILIA / FARAH / JOJO |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya.. boleh tgk online kat youtube tak?? aku search x jumpa.. kat website 8tv lambatlah upload... |
|
|
|
|
|
|
|
lupa nak tanya, takder ulangan ker?? khamis malam aku kerjalah.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|