|
Info Makanan Halal atau Haram (kambeng_masam, Syd, Pe4RL, ccyber5, HOTLips)
[Copy link]
|
|
aku x pernah minum coffee kat dua2 tempat nie... |
|
|
|
|
|
|
maklang2003 This user has been deleted
|
kalau ragu2 tak yah minum...abis cete beb! :nyorok: |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai macam takder bender lain lah yang boleh di minum.
Iklan: Mai la ke Kedah dan cuba try kopi cap gantang. Sesiapa yang pernah meminumnya pasti takkan minum kopi lain lagi. Mak aku selalu kirim kalau sesekali aku balik KL. |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi business yg kena effect dr email layang, The Chicken Rice Shop.. sebenarnya dia halal.. kemudian management TCRS berjaya trace sapa yg mulakan email tu, mamat tu kata dia cek kat website Jakim, takda nama TCRS kat dlm directory halal, sebab tu dia sebarkan.. tapi sebenarnya Jakim yg tak update list tu.. sekarang ni dah ada.. kesian kat TCRS, jumlah pelanggan drop gile, sampai diorg terpaksa letak logo halal besar2.. ada kawan keja kat situ siap ada org jerit kuat2, "Ni betul ke halal?".. Coffee Bean pon dah ada dlm directory halal Jakim.. |
|
|
|
|
|
|
|
napelaa suke sgt percaye spam?
kalau rase was2 baik xyah terus
was-was pon perangai syaitan |
|
|
|
|
|
|
|
Sekadar mengulangkaji...
Soalan :
Starbuck n Coffee Bean..Halal ke Haram? - Kambeng_masam
Ringkasan jawapan : (setakat laporan ini ditulis...)
A: hmmm... tak pernah sekali pun singgah coffee bean or starbuck.. - arysa
B: Hmm panggilah jakim untuk conformation. - juliet_86
C: setahu saya E471 tu emulsifier yang boleh dari binatang atau tumbuhan - normala17
D: gigi ku pedih dgn kopi ais - Duta lover
E: Tanda halal hanyalah satu bentuk commercialization of religion - M5
F: Starbuck ni Yahudi punya ke..aku selalu gak lepak starbuck..kena stop ni.. - Aramcana
G: Tapi tengok owang kita dok selamber aje minum kat situ - dilaOHdila
H: just because something is owned by Jews doesn't necessarily mean buying it is bad - Bean Diesel
I: Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut. - MGX
J: Oleh itu, kalau yang sybahah atau was-was, elok lah kita tinggalkan. - ibnur
K: aku x pernah minum coffee kat dua2 tempat nie... - jpl_fan
L: kalau ragu2 tak yah minum...abis cete beb! - maklang2003
M: Alahai macam takder bender lain lah yang boleh di minum. - Gravedigger
N: Coffee Bean pon dah ada dlm directory halal Jakim.. - palong
O: kalau rase was2 baik xyah terus - Robab
Kalau ada yang tertinggal diharap tidak berkecil hati.
Feel free to betulkan.
:tq:
[ Last edited by Normala17 at 16-5-2006 11:44 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Normala17 at 16-5-2006 11:37 PM
Sekadar mengulangkaji...
Soalan :
Starbuck n Coffee Bean..Halal ke Haram? - Kambeng_masam
Ringkasan jawapan : (setakat laporan ini ditulis...)
A: hmmm... tak pernah sekali pun singgah ...
tak baik buat macam ni. ada yang posting sekerat aje diambil. nanti ada orang terkeliru pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 17-5-2006 10:22 AM
tak baik buat macam ni. ada yang posting sekerat aje diambil. nanti ada orang terkeliru pulak.
alamak, ye ke ?
tapi bukan ke biasa kita buat quoting sekerat2 :ting:
saya cuma petik phrases yg boleh buta kita tersenyum tapi kalau ada bantahan akan saya edit
salam |
|
|
|
|
|
|
|
Saya rasa beberapa forumners telah mengutarakan beberapa persoalan besar yang worthy of a thread in its own right instead of menempek di 'thread kopi' nih.
Apakata bukak thread baru guys... just a suggestion.
salam |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya keputusan sudah ada
N: Coffee Bean pon dah ada dlm directory halal Jakim.. - palong |
|
|
|
|
|
|
Karumba This user has been deleted
|
I am with U on this back hand. Better triple check dulu source material yg kita quote otherwise boleh back fire. Peristiwa israq Mikraj sendiri telah membuktikan pentingnya tanah palestine tu pada org Islam. Nuff said.
Pasai halal haram Starbuck ni, aku rasalah walaupun ingredient dia mungkin halal tapi disebabkan duit dari business turut digunakan dalam agenda zionist nak menghancurkan Islam esp di Palestine maka hukumnya haram bagi org Islam untuk turut menyokong syarikat tersebut. Aku sendiri tak kan minum kat tempat macam tu. Especially bila dah tau mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Halagel pelopor gelatin halal Malaysia
Halagel pelopor gelatin halal Malaysia
Muhammad Azhar menunjukkan pelbagai jenis produk keluaran Halagel yang boleh didapati di pasar raya utama di seluruh negara.
--------------------------------------------------------------------------------
TIDAK salah rasanya umat Islam di negara ini berterima kasih kepada syarikat ini. Jika tidak kerana Halagel (M) Sdn. Bhd., tentunya kita menghadapi satu masalah besar dan lebih teruk lagi untuk tujuan kelangsungan hidup kita terpaksalah menelan gelatin walaupun menyedari apa yang ditelan itu haram!
Terdapat dua jenis gelatin dalam pasaran. Gelatin 慣ype A |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
......sambungan.......
Apakah cabaran bagi memenuhi keperluan gelatin umat Islam? Apakah langkah Halagel?
Tentu sekali kami sedang menyahut cabaran itu dengan pembukaan sebuah kilang kapsul yang bernilai hampir RM12 juta di Sungai Petani, Kedah pada September ini. Kilang itu akan menumpukan kepada pengeluaran kapsul penyalut ubatan dan softgel sahaja.
Sampai bila kita hendak bergantung kepada bekalan gelatin yang dibawa masuk dari Pakistan? Bukankah sudah tiba masanya kita juga mengeluarkannya di Malaysia?
Kami menyedari sepenuhnya keperluan tersebut. Malah sejak dahulu lagi kami ada rancangan untuk mendapatkan bekalan daripada tulang-tulang haiwan terutamanya unta, kambing, kibasy dan lembu yang berjuta-juta ekor disembelih di Arab Saudi pada setiap kali Hari Raya Haji untuk dijadikan gelatin halal. Kalau kita lihat sehingga ke hari ini, tulang-tulang tersebut terbuang begitu sahaja. Kami pernah merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak di Asia Barat untuk membina kilang gelatin di sana namun faktor cuaca, beberapa masalah teknikal dan kos yang terlalu tinggi menyebabkan ia tidak kos efektif.
Oleh kerana masalah di atas, Halagel menukar strateginya dan memilih China untuk pengeluaran gelatin yang kedua. Kilang yang akan didirikan di Wilayah Yin Chuan di bahagian Tenggara China itu sangat strategik di mana sebanyak 60 peratus populasi penduduknya merupakan orang Islam dan cuaca di sana amat sesuai. Insya-Allah pada awal tahun 2008 kami harap kilang di China akan mula beroperasi.
Mengapakah Halagel memilih China?
Di peringkat tempatan, kita tidak mempunyai cukup bekalan bahan mentah (tulang haiwan) di samping suhu di sini yang agak panas dan lembap tidak sesuai untuk memproses tulang-tulang tersebut kepada gelatin. Di sini kita lebih terdedah kepada pertumbuhan bakteria yang boleh mengganggu proses pengeluaran gelatin tersebut. Jadi, kita pilih wilayah di China itu kerana mereka mempunyai bekalan bahan mentah yang banyak dan mencukupi serta suhu yang sangat sesuai untuk pemprosesan gelatin.
Halagel kini hanya memenuhi 10 peratus pasaran gelatin halal di negara ini. Berapa banyakkah syarikat dan pengusaha yang menempah gelatin daripada syarikat saudara?
Lebih kurang 40 hingga 50 syarikat di negara ini menggunakan gelatin Halagel dan antara 70 hingga 80 buah syarikat di negara ini termasuk beberapa syarikat dari Indonesia dan Singapura menempah kapsul bergelatin halal keluaran syarikat kami.
Apakah produk halal Halagel yang lain?
Jika disenaraikan, kami ada hampir 13 produk kesemuanya. Selain daripada gelatin dan kapsul, syarikat kami juga mengeluarkan gula-gula gummy jelly berjenama Nize Gummiez. Kami juga memasarkan ubat gigi herba dengan daun mambu serta bunga cengkih, produk-produk terapi garam bukit (rock salt), garam bukit untuk masakan dan yang terbaru, vitamin pastil fruity C dan gelatin dalam bentuk paket bagi kegunaan bakeri dan masakan.
Apakah harapan saudara?
Saya amat berharap pengguna tempatan mahupun di luar negara terutama orang muslim sentiasa peka dan menjadi pengguna bijak dalam memilih makanan dan produk untuk kegunaan harian. Lihatlah tanda halal dan bahan-bahan yang digunakan pada makanan tersebut dahulu agar kita tidak berasa ragu tentang status halal produk tersebut. Hasrat kami di Halagel adalah untuk menampakkan lagi impian Perdana Menteri kita bagi menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal di rantau ini.
* Utusan Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
CARA MUDAH CARI MAKANAN HALAL (PAKAI SMS AJE)
Dapat email nih.. baru tadi try buat...
confirm valid... Dapat reply dari JAKIM...
Ada Tarikh Luput, Pdt apa & Company mana...
ps::: Dah ada ker org share kat sini???
Assalamualaikum kawan2...
Akak menulis ni sekadar untuk berkongsi pengetahuan untuk kebaikan bersama.
Kita sering tidak perasan atau tidak kisah sangat tentang label halal yang
ada pada pek makanan yang dibeli. Janji ada cop halal kira halal lah ye.
Sekarang ada cara mudah untuk pengesahan halal dari jakim. Al-maklumlah
zaman sekarang ni banyak cop halal tipu, malah cop halal pun ader...
Pendek kata macam2 ada...Jadi akak bagi tau caranya... Melalui sms dan
sungguh mudah, cepat dan tepat. Jgn dikesali sen yg keluar untuk sms tersebut..
Tak mahal pun. Janji makanan yg masuk ke perut sah halal... Hati pun senang...
Taip halal (space) diikuti dengan nombor bar kod pada pek makanan tersebut
dan send pada 32728
Tak sampai seminit dua... Sms dari jakim akan muncul...dan mengesahkan sama
ada makanan yang anda teringin nak makan atau teringin nak beli itu halal
atau tidak....mudah bukan ? So tepuk dada tanya selera!!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kuaci dan air RebuSAN kHINZIR
kawan saya ada email benda nih
Subject: FW: Air RebuSAN kHINZIR..... .....???? ???.LAZAT. ......??? ?...
Buat kawan-kawan yang kaki kuaci.
Sekadar mengingatkan lagi, perkara ni dah lama tahu, tapi masih nampak
ramai yang tak hirau.
Was-was saja dah jadi haram memakannya, apakah perlu ditunjukkan bukti yang
nyata...?
Subject: Air RebuSAN kHINZIR..... .....???? ???.LAZAT. ......??? ?...
nnti saya upload pic kuaci tu kat sini..
waulllahhuaklam
[ Last edited by antiQue at 28-9-2006 10:24 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
tak leh lak nak save pic tu
kalau ada sesapa nak pic tu email saya
tapi nama kuaci tu kuachi shanghai
packaging pakai kertas coklat dan gambar dia warna merah ngan hijau |
|
|
|
|
|
|
|
ccyber5,
kalau kuaci tu.... dulu2 ada makanlah.... tapi perasan tak kat tepi ada cop pengesahan halal, kita rasa itulah orang masih makan tu...
nak tanya..
u dapat tahu kat mana yea..... citerlah sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Saya mohon pembuka thread nyatakan fakta secara detail, jika tidak, saya kena anggap ianya khabar angin dan saya tutup saja thread ini.
Nak load picture, sila save kan picture tu dalam your PC, kemudian buat seperti dalam ni :
Teknik-teknik Upload Gambar |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by antiQue at 27-9-2006 09:52 PM
Saya mohon pembuka thread nyatakan fakta secara detail, jika tidak, saya kena anggap ianya khabar angin dan saya tutup saja thread ini.
Nak load picture, sila save kan picture tu dalam your PC, ...
sebenarnya saya pun nak tanya kekawan semua kalau ada dapat detail ttg perkara nih...
bukan saya yg nak mengatakan kuaci nih dah sah haram/apa-apa pun..
sekadar tuk mendapatkan perhatian tetang perkara kuaci nih
pic tu saya dah email kpd dee_la cuba tanya dia |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Pe4RL at 13-7-2006 05:48 PM
Dapat email nih.. baru tadi try buat...
confirm valid... Dapat reply dari JAKIM...
Ada Tarikh Luput, Pdt apa & Company mana...
ps::: Dah ada ker org share kat sini???
Assalamuala ...
ok gak info nih
terima kasih krn share |
|
|
|
|
|
|
| |
|