|
lebai, ada dalam hadith yg cakap pasal the remaining balance tu :
Sahih Muslim Book 011, Number 3929:
Ibn Abbas (Allah be pleased with them) reported Allah's Messenger (may peace be upon him) as saying: Give the shares to those who are entitled to them, and what remains over goes to the nearest male heir. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #20 antiQue\ catat
Ini dah sahih okay sebab ada ustaz kat tempat saya dia suruh refer situ juga.
Balas #19 lebaimandraguna\ catat
laaa... ni sahih tak masuk data. jangan pi dharab pulak. kena bahagi. itu pasal lebai ada balance.
ni saya tolong last. kita andaikan, datuk nenek semua dah tiada.
Suami - 63/126
1 Saudara Perempuan Kandung = 3/126
3 Saudara Lelaki Kandung = 18/126 (Seorang dapat 6/126)
3 Saudara Perempuan Seibu = 42/126 (Seorang dapat 14/126)
Mana ada balance kan !!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 ibnur's post
Hmm... saya still wonder... kenapa the sister and brother gets different portion according to that website? We are not talking about children here, we are talking about siblings. Dalam An-Nisa' 12, adik beradik dapat equal portion Any hadith to back it up? Hadith yg saya jumpa tentang kalalah semua refer to that verse.
[ Last edited by antiQue at 17-7-2008 10:45 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #23 antiQue\ catat
cuba entik baca penerangan dalam website tu. saya tak sempat nak copy paste ni, terpaksa pi exhibition pulak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Okey, clear bro ibnur.. amorist pointed out I missed out one more verse, an-nisa' 176.
[ Last edited by antiQue at 17-7-2008 01:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #25 antiQue\ catat
kena check balik ler USM tu. saudara perempuan seibu tu macam ada something wrong. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #26 ibnur's post
Bro.. saya rasa kesilapan kat yg pembahagian yg you pasted tu, is dekat saudara kandung, then relate it to seibu. I think ini programming problem ni kot. Saya rasa programming ni selesaikan masalah sdr seibu dulu baru dia ambik residual sdr kandung... tu yg sdr kandung dapat lebihan je tu... part sdr kandung tu against both An-Nisa' 12 & 176, and satu lagi problem saya nampak, is part sdr sebapa, which should inherit. Jap nak carik jalan penyelesaian...
[ Last edited by antiQue at 18-7-2008 08:58 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #27 antiQue\ catat
mungkin juga, sebab bila kira utk yang cuma ada sekandung okay jer.
nanti saya email USM.
[ Last edited by ibnur at 18-7-2008 09:36 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih tuan... penjelasan yg tuan berikan sangat saya hargai. semoga tuhan menambahkan ilmu kpd tuan! |
|
|
|
|
|
|
|
Ayah saya baru meninggal 2 minggu yg lepas..dan sebelum kematiannya dia ada berhajat/berkata utk meletak nama mak & adik sebagai pewaris duit simpanannya...tapi malangnya niat itu x kesampaian..soalan saya di sini bolehkah kata2 ayah itu dianggap sbg wasiat? atau adakah ia temasuk dlm harta yg perlu difaraidkan? semasa hayatnya beliau mmg selalu menyebut segala wang simpanan beliau adalah utk keperluan adik |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #29 lebaimandraguna\ catat
mengenai pengiraan, jawapan dari webmaster:
Assalamualaikum
Terima kasih kerana bertanya. InsyaAllah kita bersama-bermuzakarah tentang persoalan ini.
Saya merujuk kepada buku Sistem Pesaka Islam , pengarang Hj Abd. Kadir Hj Ismail terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Dalam buku ini mengatakan, Saudara Perempuan Seibu hanya boleh didindingkan oleh Bapa, Datok Lelaki dan anak kepada anak lelaki kebawah. Oleh itu dalam kes ini 3 saudara perempuan seibu akan mendapat harta secara ahli fardhu iaitu 1/3. Kemudian bakinya akan dibahagikan kepada 1 saudara per. kandung dan 3 saudara lelaki kandung dengan kadar 2 bahagian lelaki dan 1 bahagian perempuan.
Suami - 1/2
3 saudara per seibu - 1/3
Baki 1 - 1/2 - 1/3 = 1/6 ( dikongsi oleh sauadara lelaki dan per)
1/6 dibahagikan kepada 3 saudara lelaki dan 1 saudara per iaitu lelaki ada 6 ( 3 x 2) bahagian dan perempuan 1 bahagian = 7 bahagian jadi (1/6 x 7/7) = 7/42 = 21/126. Oleh itu 1 saudara per dapat 3/126 dan 3 saudara lelaki dapat 18/126 ( seorang dapat 6/126).
Masalah siapa lebih atau kurang tak timbul kerana asabah dan bilangan yang ramai.
Wallahualam
Ahmad |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #30 teletubis\ catat
Cara terbaik ialah semasa perbicaraan faraid nanti, boleh di sebutkan perkara tersebut. Pegawai faraid tu nanti akan bantu selesaikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni amanah raya ada melantik Syarikat yg diberi hak utk menulis Wasiat. So tak yah pikir pening2 kepala. Anda boleh guna khidmat Penulis Wasiat itu dan masukkan apa2 saja harta kepunyaan milik anda. Jika berlaku kematian maka harta anda akan di serahkan kepada Amanah raya utk tujuan pengagihan mengikut Faraid. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya
nak tanya forumer...
saya baru kematian suami hujung bulan 10...sblm kawin dgn arwah dia pernah mempunyai 3 anak laki dgn ex wife dia....so kami dapatlah cari ex wife and anak2 arwah dan tunjuk kuburnya....The problem is harta arwah kami nak bagikan mengikut faraid tapi belah ex wife taknak bekerjasama....
Macam mana saya nak dapatkan LA dr Amanah Raya atau Mahkamah Syariah sebab diorang tak nak bagi kerjasama sebab saya memerlukan copy of ic or birth cert utk isi dalam borang faraid....itu yg susah tuh...tak kan saya nak submit segala harta tanpa masukan nama anak2 arwah dgn ex wife dia....Untuk pengetahuan forumer dengan arwah saya ada satu anak perempuan dan satu anak laki.
Harta tak de la sangat....cuma wang dalam asb rm 11k...duit epf RM42...kete perdana thn 96 moto modenas thn 2000....macam mana saya nak buat ni...geran keter sumer takleh tukar...tapi hutang nak kena bayar...harap forumer yg mahir dapat membantu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 kija's post
dalam kes ni, ex wife tak dapat apa2 sbb berlaku halangan dr perceraian,
so yg ada hak dalam pusaka hanya anak2 lelaki yg berhak mewarisi pusaka si mati.
dalam kes ni, puan mendapat - 1/8
anak lelaki 4 orang +1 org anak perempuan - asabah ma'a al-ghayr yakni bahagian anak
lelaki menyamai 2 : 1 dari anak ppuan.
isu yg timbul, arwah suami ada tinggalkan ibu atau bapa tak?
tapi sebelum pembahagian harta pusaka dibuat, hutang2 si mati mesti dijelaskan terlebih dahulu.
nak keluarkan duit dr asb dan epf perlukan sijil faraid yg dikeluarkan oleh mahkamah syariah.
nak selesaikan isu yg timbul ni boleh juga pegi rujuk di pejabat tanah daerah atau pejabat pusaka kecil,
pegawai pusaka kecil akan bantu utk pembahagian harta pusaka samada harta alih spt wang, kereta
dan sbgnya atau harta tak alih spt tanah milik si mati. atau boleh juga ke Amanah Raya Berhad utk
pengurusan harta tak alih saja. puan boleh buat rujukan ke badan2 berkanun tersebut.
Berhad utk pembahagian harta alih |
|
|
|
|
|
|
|
ibu bapa arwah suami masih ada......boleh ke bapa mertua dapatkan semua duit epf? dimana saya boleh pergi pejabat pusaka kecil.....saya kerja di kl..
macam mana nak isi borang faraid kalau butir anak arwah saya tak ada..terima kasih atas pandangan dan bimbingan forumer... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #36 kija's post
1) bapa mertua tak boleh dapat semua duit epf, bila dah buat perbicaraan oleh pegawai penyelesai pusaka,
dia akan keluarkan perintah pembahagian harta pusaka, pastu bawa perintah tersebut ke
institusi berkenaan utk tuntut epf dan kalau melibatkan tanah pegi ke pejabat tanah, bwk geran
tanah jika si mati meniggalkan harta tak alih berupa tanah utk pendaftaran pembahagian
hak milik.
2) atau puan juga boleh mendapatkan khidmat dari Amanah Raya Berhad utk selesaikan tuntutan
harta pusaka, lebih mudah ke ARB. dan kalau nak guna khidmat pegawai penyelesai pusaka boleh
rujuk di pejabat tanah yg terdekat dgn tempat puan.
3) psl nak isi borg faraid tu, puan kena minta kerjasama ex-wife utk bg salinan IC anak2 lelaki arwah
bagi melicinkan proses tuntutan. cakap kat dia, anak2 arwah berhak mendapat harta pusaka so
jgn abaikan hak mereka sbg pewaris yg sah, nak bg harta pusaka pada anak2nya takkan dia tak boleh
bertolak ansur, bab2 hukum jgn pandang ringan.
isteri - 1/8
ibu - 1/6
bapa - 1/6
4 anak lelaki dan 1 org anak ppuan - asabah bil ghayr
bhgian saham yg setiap seorg akan terima spt berikut :
isteri - 27/216
ibu - 36/216
bapa - 36/216
4 anak lelaki (setiap seorg mendapat)- 26/216
1 anak perempuan - 13/216 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 lebaimandraguna's post
assalamualaikum...( sekadar berkongsi ilmu jika ada kesilapan harap diperbetulkan )
Perkara pertama yang harus dilakukan sebelum kiraan faraid adalah mengenal pasti kategori waris
sama ada waris tersebut adalah waris ashab al-furud atau waris asabah hal ini adalah kerana untuk
menentukan kadar yang akan diterima oleh waris-waris tersebut.
waris ashab al-furud adalah waris-waris yang telah ditentukan kadar fardunya didalam Al-Quran,Hadith dan
Ijmak. Manakala waris asabah adalah waris yang akan menerima baki harta setelah pembahagian antara waris
ashab al-furud diberikan.
Perkara kedua yang harus diambil kira ialah sama ada waris tersebut lelaki atau perempuan kerana
jika waris lelaki dan perempuan berkumpul maka ia akan menjadi asabah bi al-ghayr di mana
mereka akan berkongsi harta dalam kadar 2 : 1 iaitu bahagian lelaki menyamai 2 bahagian perempuan.
Tetapi ada juga kes yang mana waris lelaki dan perempuan menerima kadar yang sama banyak
contohnya saudara perempuan dan lelaki seibu menerima kadar yang sama iaitu 1/6 jika seorang sama ada
lelaki atau perempuan, mendapat 1/3 jika 2 orang atau lebih sama ada lelaki atau perempuan ataupun kedua-duanya sekali ( kadar fardu yang ditetapkan Al-Quran kerana mereka salah satu waris ashab-al furud).
Perkara ketiga yang harus di ambil kira ialah bilangan waris itu sendiri sama ada lelaki atau perempuan kerana
kadar fardu yang akan diterima tidak sama jika waris tersebut seorang atau lebih.
Mengikut apa yang saya faham dari soalan saudara si mati meninggalkan waris yang terdiri :
1-saudara seibu sebapa
2-saudara seibu
*saudara perempuan seibu sebapa merupakan waris ashab al-furud dan kadar yang telah ditetapkan syarak
ialah 1/2 jika seorang, 2/3 dua orang atau lebih tapi dengan syarat tidak bersama anak perempuan si mati
dan tidak bersama saudara lelaki seibu sebapa. Jika bersama saudara lelaki seibu sebapa mereka akan
berkongsi harta dengan kadar 2 : 1.
*saudara lelaki seibu sebapa menerima asabah kerana mereka merupakan waris asabah.
*saudara perempuan dan lelaki seibu menerima kadar yang sama yang telah ditetapkan syarak iaitu
1/6 jika seorang dan 1/3 jika dua orang atau lebih. Mereka akan terdinding dari mendapat harta jika
terdapat waris yang terdiri daripada anak lelaki atau perempuan kepada si mati dan bapa si mati.
>>saya sedia membantu tapi jelaskan secara terperinci tentang bilangan waris, jantina dan jika ada nilaian
harta lagi mudah untuk dijelaskan secara terperinci.
Ampun Maaf Wallahu`alam |
|
|
|
|
|
|
|
jap nak tanya
katakan suami meninggal and takde anak
harta pun tak banyak...dalam kwsp around 10k jek
tapi sebab dia tak buat penamaan, duit diberi melalui sistem faraid
camne ngan hutang arwah ek?
cam ada kereta...
so boleh ke mintak duit yg diberi kepada ibu bapa dia oleh amanahraya
untuk bayar kereta arwah?? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #39 lady_nF\ catat
kereta tu punya finance -ve ke +ve?
kereta tu juga sepatutnya kena faraid. tapi jangan ler pi potong-potong kereta tu pulak. Kalau boleh jual kemudian bahagi mengikut bahagian masing-masing.
atau, sesiapa yang ambil kereta tu kena bayar pada waris-waris mengikut nilai kereta berkenaan. Tapi hutang kereta kena tolak dulu.
Yang penting sekali, semasa perbicaraan faraid, kereta tu MESTI di faraidkan sama. |
|
|
|
|
|
|
| |
|