CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pasarmalam

Cubaan Mencemar Imam as-Subki & Mazhab Syafie

[Copy link]
Post time 5-8-2008 11:23 AM | Show all posts

Balas #20 orangbesi\ catat

itu maknanya ko tafsir ALQURAN mengikut nafsu ko ....   
         
sedangkan imam syafii yg hari2 dia dedicate kan hidup nya kpd ALQURAN dan AS SUNNAH malah tiap2 hari amalan nya mengkhatamkan ALQURAN secara hafalan dan pd bulan puasa 2 kali khatam,  pun ko boleh kondem, so ko tuh siapa ? apa sumbangan ko kat dunia islam ni berbanding imam syafii  ?   
           
sedangkan mufrodat " hikmah " pun ko x dapat hurai dari segi lughah dan nahu .... inikan pulak ko nak hurai kalimah " hikmah " yg terdapat di dlm ALQURAN yg HANYA di wahyukan kpd baginda ...  
   
itu maknanya ko cuba nak tunjuk pandai walhal ko bukan ahli dlm bidang tafsir nih ....
         
ORG YG NAK FAHAM ALQURAN KENA BERGURU, SEBAB ALQURAN X DI TURUNKAN BEGITU SAJA KPD UMMAT MANUSIA TAPI DI TURUNKAN BERSAMA PEMBIMBINGNYA YAITU BAGINDA NABI SAW,  SO ORG YG X BERGURU MAKA SYAITANLAH GURUNYA DAN AKHIR NYA DIA DI JADIKAN " ALAT " OLEH SHAYTHON UTK MENYESATKAN MANUSIA WAL I'YAA ZU BILLAH ...
           
KEFAHAMAN ALQURAN ITU ADALAH " WARISAN " YG DI WARISI OLEH " PEWARIS NABI " DARI BAGINDA NABI SAW .... BUKANNYA DIORG TAFSIR IKUT SUKA HATI ....   
         
SILA JAWAB SOALAN YG TERAMAT KACANG NIH : HIKMAH ITU ISIM KE FE'EL KE HURUF ?
      
KALAU X BOLEH JAWAB PI MENGAJI SAMPAI HABIS  .....     
        
PENYAKIT " BACA KITAB TANPA GURU DAN TIADA ASAS " BANYAK TERJADI DI KALANGAN MAHASISWA ....
            
ROSAK ... ROSAK .. ROSAK ...  

[ Last edited by  sirri_khafi at 5-8-2008 12:05 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2008 04:18 PM | Show all posts

Balas #15 orangbesi\ catat

sedangkan  prinsip ilmu yg di nama kan  " AL HIKMAH " yg diambil dari ALQURAN dan AS SUNNAH  itu di pelopori atau di kaji oleh golongan ulama' yg di panggil " AL HUKAMA " ...
        
antara tokoh2 hukama yg terkenal ialah syah waliyuLLAH ad dahlawy RAH, seorg ulamak besar india yg terkenal yg telah mengarang " berbagai2 ilmu hikmah " seperti kitab beliau yg terkenal yaitu HUJJATULLAHIL BAALIGHOH yaitu yg membicarakan hikmah2 yg terkandung di dlm syariat dan hukum2 di dlm islam, rahsia dan hikmah isrok mikroj dll .....  
      
menurut syah waliyuLLAH ad dahlawy RAH : " oleh kerana mereka ( para2 anbiya' AS ) sangat sibuk dgn mematuhi NAMA ALLAH SWT - " YG MEMERINTAH " dan " YG MELARANG "  ( yg bersinar dlm hati para2 anbiya' AS ), mereka tidak ada masa utk mengkaji ( hikmah2) perintah ini. "
      
" org alim itu menurut jalan para nabi AS dari segi wahyu dan NAMA ALLAH yg bersinar dlm hati mereka.  fikir2kanlah dalam2 ! "   
         
WALLAHU A'LAAAM ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 04:49 PM | Show all posts

Balas #20 orangbesi\ catat

nabi SAW tinggalkan 2 perkara dan dari 2 perkara itulah maka lahirlah 4 kefahaman yg terkenal dlm dunia islam yaitu 4 mazhab yg di akui ahlussunnah wal jamaah  ....
        
ini menunjukkan betapa luas nya ilmu ALQURAN dan AS SUNNAH yg bagaikan lautan x bertepi seiring dgn sabda nabi SAW tentang hal ini yaitu : " perselisihan yg terjadi di kalangan ummatku adalah suatu rahmat "  mafhum hadis ....   
         
OLEH ITU KAMU KENA FAHAM BETUL2 SEMUA PRINSIP ILMU ISLAM SEBELUM NAK FAHAM KITABULLAH DAN AS SUNNAH ...  
        
SEDANGKAN PRINSIP2 INI KAMU X FAHAM, INIKAN ALQURAN DAN AS SUNNAH  .... ???
      
SO RUJUK LAH KPD " PEWARISNYA YG BENAR " YAITU ULAMAK2 YG MURSYID YG MENGAMALKAN SUNNAH SERTA MENGAMALKAN NYA DAN MENYAMPAIKAN NYA KPD SELURUH MANUSIA ....
      
AKU RASA KO NI BERMINAT DLM BIDANG  "  TA'LIEM WA TA' LUUM  "  SO PERGILAH BELAJAR BETUL2 DGN GURU YG BETUL ...
      
WALLAHU A'LAAAM ...

[ Last edited by  sirri_khafi at 5-8-2008 05:11 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 14-7-2008 11:21 AM

lebih baik beribadah dgn menggunakan akal dr beribadah ikut-ikutan
janganlah kita pecahkan agama kepada golongan-golongan
teruskan memberi peringatan kpd sesiapa saja yg mahu, dan takutkan TUHAN


Orangbesi,

Para sahabat tu ikut siapa?
Imam Syafi'i pula ikut siapa?
Dah belajar sirah Imam Syafi'i?
Siapa guru-gurunya?

Kalau guna akal tu ikut siapa pula?
Kalau akal tak cukup ilmu untuk faham agama macamana pula?

Siapakah yang memecahkan agama kepada golongan-golongan?
Tidakkah mereka yang menggunakan akal mereka dengan berdengki antara satu sama lain?

Dan teruskanlah memberi peringatan....



Surah Al-Baqarah, Ayat 213

Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab Neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya).
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 05:05 PM | Show all posts

Reply #24 mnm77's post

bukan ayat tu untuk antara orang Nasrani, orang Yahudi dan orang Islam ke..sebab kita mana ada KITAB-KITAB?. Kita ada SEBUAH KITAB aje...

Dan orang Islam lak...kenapa mesti nak ada mazhab?. Kenapa tak straight je ikut hadis dan Quran?. Yu, guru memang guru, tapi bukan ke kita punya panduan Nabi Muhammad?

Kadang2 kita cakap je orang Kristian ni teruk..ada banyak kitab la...berselisih kitab antara satu dengan lain la...tapi kita sendiri pun macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 05:17 PM | Show all posts

Balas #25 eastrun\ catat

x salah pung kalau awak x nak ikut imam2 mujtahid asalkan ilmu awak itu lebih tinggi dari imam2 4 mazhab tuh ....
      
imam 4 mazhab tuh bukan saja alim, malah hafiz serta muhaddisin ... semuanya dlm hafalan ... bukan mcm kita nih yg hanya tau copy paste lepas tuh kondem imam2 4 mazhab ...   
      
" kan lebih baik org yg buta mengikut org yg celik ... x gitu ? "   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2008 05:17 PM | Show all posts

Balas #25 eastrun\ catat

< padam balik ... malas nak delete >  

[ Last edited by  sirri_khafi at 5-8-2008 05:18 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 05:20 PM | Show all posts

Reply #26 sirri_khafi's post

habis tu bagaimana dengan Nabi Muhammad?. Saya tidak faham kenapa perlu pecah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2008 05:27 PM | Show all posts

Reply #25 eastrun's post

Ni la jadinya bila Ulama dipinggirkan. Last2 orang awam yang macam kita nampak macam Islam tu berpecah belah

Nampaknya bab mazhab ni memang mengelirukan banyak orang, terutamanya yang baru nak belajar agama. Mazhab bukan memecahkan agama, semua 4 mazhab tu aqidahnya satu saja, cuma orang yang tak faham mazhab saja yang anggap mazhab tu perpecahan.

Kalau nak straight ikut Al-Quran dan Hadith dari kitab semata-mata, NESCAYA SEMUA ORANG TAK MAMPU, SEMUA ORANG TAK MAMPU, SEMUA ORANG TAK MAMPU FAHAM AGAMA

Sebenarnya semua orang ikut, dari dulu sampai sekarang. Jalan yang paling selamat adalah ikut mereka yang ikut Al Quran dan Hadith

Kita ikut Ulama, Ulama ikut Salafussoleh, Salafussoleh ikut Sahabat, Sahabat ikut Nabi

Kalau lompat terus baca Al Quran dan Hadith tanpa ikut contoh orang terdahulu, tu maknanya kita ikut kefahaman kita untuk faham Al Quran dan Hadith

Sebelum Al Quran dan Hadith dikitabkan, macamana para Sahabat amal agama? Adakah dari buku/kitab atau dari contoh (ikutan) dari Nabi?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 05:41 PM | Show all posts

Reply #29 mnm77's post

Apa ni mnm?

Takkan sebab saya kata saya dah mimpikan awak, awak dah tak leh handle...

Lihat ayat yang awak Quote kat orang besi tu..Surah Al- Baqarah..bukan ke ayat tu awak quotekan pada orang Islam?. Padahal ayat2 tu untuk orang2 yang diberikan kitab-kitab sebelum ini juga, kan?.

Memang berpecahpun kalau awak tengok, setiap mazhab, ada sahaja penambahan dan pengurangan bahagian2 tertentu..kenapa perlu macam tu dan saya memang tak hairan kalau orang dari C&C bising2 cakap Islam ada perpecahan..sebab memang ada perpecahan...

Bukan ke kalau mengadakan sesuatu tu disebut bidaah?. So, boleh tak kalau saya kata jika sesuatu mazhab itu menambah atau mengurangkan sesuatu perkara yang ada dalam Quran dan hadith dikira bidaah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 05:45 PM | Show all posts
Bercakap mengenai akidah..mmg la sama..tapi bagaimana dengan cara menyampaikan dan mengerjakan supaya akidah itu subur?. Berlainan antara mazhab, kan?. Cuma kita ni sedikit leibh baik dari orang Kristian..sebab sekalipun kita empat mazhab, tapi kita refer pada satu kitab, tapi, mereka refer kepada 4 kitab dalam dua mazhab..Katolik dan Protestan...

Yang samanya...kepercayaan / pengamalam dua mazhab itu berbeza..ada yang percaya kitab mereka yang mempunyai 7 buku berlebihan adalah yang betul dan ada yang cakap 7 buku yang berlebihan bukan dalam kepercayaan mereka?. Adakah ini disebabkan dengki mendengki?.Macammana nak dengki mendengki?. Sedangkan diorang pun tak dapat nak pastikan sama ada 7 buku tambahan tu betul2 ayat Tuhan ke tak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 05:52 PM | Show all posts

Reply #30 eastrun's post

Awak tak baca post saya betul2 laaa. Letih la saya kalau macam ni, setiap kali nak terangkan panjang2.

Yang bawa isu bergolong-golong tu adalah orangbesi, jadi tanyalah pada dia kalau nak faham lebih. Saya bukannya quote spesifik untuk orang Islam semata-mata.... apapun umat terdahulu (Ahli Kitab) juga Muslim jika mereka menurut syariat Nabi2 terdahulu

Bida'ah pun ramai orang tak faham. Orang harini lebih pandai dari Aaimmah Mujtahidin (Imam2 yang 4), dan senang cakap perbezaan fiqh sebagai penambahan dan sebagainya.

Nak belajar agama tak sesuai kat forum ni. Forum ni gelanggang maklumat, jadi elakkan terjebak dalam khilaf2 agama kalau kita tak cukup lengkap ilmu pasal mazhab lain.

Tu yang jadinya dok sesat-menyesatkan, last2 timbul pula satu golongan tanpa mazhab.... tak salah kalau taknak bermazhab, yang salah ialah TAK FAHAM dan tuduhan tanpa bukti

[ Last edited by  mnm77 at 5-8-2008 05:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 05:57 PM | Show all posts
Perpecahan memang berlaku ke atas umata Islam namun Mazhab yang 4 tu bukan perpecahan dari kalangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Ada banyak lagi kumpulan2 lain yang aqidah tak sama dengan Ahli Sunnah wal Jamaah.

Tugas kita ialah menyatu-padukan umat Islam setakat yang mampu, tapi bukannya senang sebab sebahagian dari golongan yang *tak bermazhab menuduh mazhab ni punca pecah-belah, sedangkan mereka juga melakukan perpecahan tanpa disedari.

*bukan semua
*saya tidak merujuk kepada orangbesi dalam kenyataan saya ni.

[ Last edited by  mnm77 at 5-8-2008 06:25 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 06:01 PM | Show all posts

Reply #32 mnm77's post

Saya rasa yang bergolong-golong (yang dikatakan oleh orang besi ) ialah tarekat rasanya...yalah..bermacam2 tarekat, tapi menuju kepada yang Satu...dan setiap satunya mempunyai amalan2 yang berbeza...

Mengenai bidaah..tidak la pula saya kata saya ini lebih pandai dari Imam2 yang 4, tapi yang menjadi persoalannya, kenapa Imam yang 4 ini sendiri pun berbeza-beza pandangan...tidak kepada satu kata putus...sekali lagi...lebih kurang macam kitab orang Kristian di antara dua mazhab tu...sampai la ni diorang tak boleh nak tentukan..7 kitab yang terlebih dalam kitab Bible mereka tu,adakah perlu diamalkan atau tidak

Mnm,

Habis tu, perbezaan amalan antara mazhab tu bukan pengurangan dan penambahan antara satu dengan yang lain ke?.Bukan saya yang pepandai...tapi memang caranya berbeza.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 06:02 PM | Show all posts

Reply #33 mnm77's post

Saya tak rasa golongan tu tak bermazhab, mereka cuma mahukan kepastian mazhab yang mana patutnya perlu diikut, di antara yang empat, mana yang terbaik?. Itulah jawapan yang mereka inginkan. Itu sahaja..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 06:08 PM | Show all posts

Reply #34 eastrun's post

Sebenarnya panjang kalau nak jawab, tapi ringkasnya beberap hikmah kenapa adanya mazhab ialah:

1. Melengkapi sunnah Nabi
2. Memudahkan dalam keadaan tertentu
3. Rahmat kepada umat

Contoh mudah solat. Ada waktu Nabi gerakkan jari ketika at-tahiyat, riwayatnya sampai kepada seorang Imam Mujtahid. Ada ketika waktu lain Nabi tidak gerakkan jarinya, riwayat ini sampai kepada Imam yang lain pula. Ada ketika nabi berqunut berterusan, waktu lain Nabi tidak berqunut ketika solat Subuh.

Sekarang kalau kita orang biasa, nak ikut yang macamana? Bukan mudah nak tafsir hadith2 berkaitan hukum ni kalau tak menguasai ilmu macam Imam2 Mujtahid
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2008 06:19 PM | Show all posts

Balas #30 eastrun\ catat

sebab2 perbezaan pendapat di kalangan para sahabat RA dan tabiin dlm masaalah furu' ( hukum cabang )  ...
         
1) seorg sahabat mendgr suatu keputusan atau fatwa hukum, sedangkan yg lain tidak demikian sehingga ia berijtihad. ijtihadnya ada beberapa kemungkinan :  
      
a) ijtihadnya sesuai dgn hadis
     
b)antara hasil ijtihad dan hadis ada keseimbangan, namun hadis tampak lebih kuat, maka yg bersangkutan meralat ijtihadnya dan berpaling kpd hadis.  
            
c) hadis yg ada tidak dipandang lebih kuat, maka ijtihadnya tidak ditinggalkan, bahkan hadis di kesamping kan.
      
d) tidak ada hadis yg telah di dgr sama sekali.
        


2) mereka melihat rasuluLLAH SAW melakukan sesuatu, sebahagian menganggapnya sebagai suatu bentuk " qurbah " ( ibadah, amalan yg mendekatkan diri kpd ALLAH SWT ), sebahagian lain menganggapnya sebagai " ibahah " ( amalan yg di bolehkan ).  
      
3) perbezaan kerana salah faham.  
      
4) perselisihan kerana lupa.
      
5) pebezaan kefahaman.
      
6) perbezaan dlm memahami 'illat hukum.
         
7) perbezaan dlm mengkompromikan dua pendapat yg berbeza.  
      
ini adalah pendapat syah walyullah ad dahlawy WALLAHU A'LAAAM ...  
         
sabda nabi SAW : " sahabat2 ku seperti bintang di langit.  barangsiapa yg mengikuti mereka, pasti akan mendapat petunjuk "  
                                                   
insya ALLAH di masa akan dtg kita muzakarah " SEBAB2 PERBEZAAN PENDAPAT DI KALANGAN MAZHAB2 FUQOHA' . "  
         
WALLAHU A' LAAAM ...  

[ Last edited by  sirri_khafi at 5-8-2008 06:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 08:46 PM | Show all posts

Reply #36 mnm77's post

Maknanya boleh campur2 mengikut keadaan?. Sekejap imam ni, lepas tu imam tu, pastu imam yang sana, pastu imam yang sini?.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 09:40 PM | Show all posts
huhhh...     dari pasarmalam masuk besi dengan sirri, sekarang masuk east sama mnm...  lepas ni gilirann team mana pulak...  
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 12:27 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 5-8-2008 08:46 PM
Maknanya boleh campur2 mengikut keadaan?. Sekejap imam ni, lepas tu imam tu, pastu imam yang sana, pastu imam yang sini?.


Aiittt kita tanya dia, dia tanya balik?

Kalau belajar terus dari Al-Quran dan Hadith, atas dasar apa kita boleh tukar2 suka hati? Setiap amalan itu ada dasarnya dari setiap mazhab.

Contoh

1. Kalau luka, Shafi'i tak batal wudhu. Ikut Hanafi batal.

2. Kalau tersentuh lelaki perempuan yg bukan mahram, ikut Syafi'i batal. Ikut Hanafi tak batal.

Semua ni ada dalil2 masing2 dari Al-Quran dan Hadith

Nah sekarang kalau luka ikut dalil tafsiran Imam Syafi'i, pastu sentuh laki pompuan ikut tafsiran Hanafi

MAKA TAFSIRAN DIRI SENDIRI JADI TAK BATAL WUDHU BILA LUKA DAN KEMUDIANNYA TERSENTUH LAKI POMPUAN, WALHAL IKUT KEDUA DUA IMAM SYAFI'I DAN IMAM ABU HANIFAH, KALAU LUKA DAN KEMUDIANNYA TERSENTUH LAKI POMPUAN DUA-DUA KATA BATAL WUDHU.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.072119 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list