CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: lolina

makruh ke perniagaan cacing?

[Copy link]
Post time 3-8-2008 10:02 PM | Show all posts
asal lak makruh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2008 03:17 PM | Show all posts
Hukum Bisnes cacing dan lintah.

Jawapan;

Oleh : USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL - Ijazah Sarjana Muda (Syari'ah) Uni. Al-Azhar (1997). Dipl. Takhassus Fiqh (Pra M.A) INSANIAH-Al-Azhar (2004)

Firman Allah; “Dialah (Allah) yang telah menjadikan untuk manfaat/kegunaan kamu segala yang ada di atas muka bumi” (al-Baqarah, ayat 29). Berdasarkan ayat ini dan seumpamanya, para ulamak memutuskan bahawa; sekelian yang bermanfaat bagi manusia di atas muka bumi ini hukumnya adalah harus selagi tidak ada nas (dalil al-Quran atau as-Sunnah) yang melarang atau menegahnya. Kerana itu, perkara yang perlu dipersoalkan tentang hukum cacing dan lintah itu ialah; adakah terdapat dalil dari al-Quran dan as-Sunnah yang mengharamkan cacing sama ada untuk makanan atau untuk kegunaan-kegunaan lain.

Dari segi Fiqh, cacing termasuk dalam kategori binatang-binatang yang melata di atas bumi seperti ulat, serangga, cacing, lipan, kala dan sebagainya. Dalam menjelaskan hukum memakannya, para ulamak terbahagi kepada dua pandangan;

Pertama; haram memakannya kerana ia adalah keji. Mereka berdalilkan firman Allah (bermaksud); “Dan dia menghalalkan untuk mereka yang baik-baik dan melarang ke atas segala yang keji-keji” (al-A’raf; 157)

Pandangan pertama ini adalah pandangan jumhur ulamak. Bagi mereka; maksud keji dalam ayat di atas ialah yang dipandang jijik oleh manusia terutamanya masyarakat Arab. Setiap yang dipandang keji oleh tabiat manusia yang normal, maka memakannya adalah haram sekalipun tidak disebut pengharamannya secara khusus oleh al-Quran atau Hadis.

Kedua; ulamak-ulamak mazhab Maliki berpandangan; tidak haram memakannya kecuali jika diketahui boleh mendatangkan mudarat pada badan. Hujjah mereka ialah; tidak ada nas yang menunjukkan pengharamannya. Adapun mengenai ayat di atas, mereka tidak sependapat dengan jumhur ulamak di atas. Bagi mereka, maksud keji dalam ayat di atas bukanlah diukur berdasarkan perasaan atau fitrah manusia, tetapi berdasarkan nas Syarak (yakni al-Quran atau Hadis Nabi s.a.w.). Jadi “yang keji-keji” dalam ayat di atas maksudnya ialah yang diharamkan oleh Syarak seperti bangkai, darah, daging babi dan sebagainya. Adapun binatang-binatang melata itu, tidak ada dalil dari Syarak yang mengharamkannya, maka ia kekal atas hukum asalnya iaitu harus, kecualilah jika boleh mendatangkan bahaya atau mudarat maka haramlah ia dengan sebab tersebut, bukan dengan sebab kedudukannya sebagai binatang yang melata.

Itu adalah hukum memakannya. Bagaimana pula hukum memanfaatkannya dengan kegunaan-kegunaa lain dari sebagai makanan? Katakanlah kita berpegang dengan pandangan jumhur yang mengharamkan kita memakannya, adakah ia bermakna haram juga kita memanfaatkannya untuk kegunaan lain? Jawapannya; tidak. Tahi lembu, tahi ayam dan sebagainya; haram kita memakannya, namun Syarak mengharuskannya untuk digunakan sebagai baja tanaman. Malah ulamak-ulamak mazhab Hanafi mengharuskan menjualnya melihat kepada manfaatnya walaupun dari segi zatnya ia adalah najis. Tegasnya, tidak semua yang haram dimakan, haram pula dimanfaatkan untuk kegunaan lain selain makanan. Dalam sebuah hadis, Ibnu ‘Abbas r.a. menceritakan; “Nabi s.a.w. telah melihat seekor kambing yang mati. Lalu Nabi s.a.w. berkata kepada sahabat-sahabatnya; ‘Kenapa kamu tidak mengambil kulitnya, kemudian menyamaknya dan memanfaatkannya’. Mereka menjawab; “Ia adalah bangkai, wahai Rasulullah’. Baginda menjawab; “Yang haram ialah memakannya” (HR Imam Muslim). Hadis ini menunjukkan bahawa tidak semua yang haram dimakan, haram pula memanfaatkannya untuk kegunaan lain –selain makanan-. Kita telah menjelaskan di awal tadi bahawa; semua yang bermanfaat bagi manusia di atas muka bumi ini hukumnya adalah harus selagi tidak ada nas yang melarang atau menegahnya. Maka sekalipun kita berpegang dengan pandangan jumhur yang mengharamkan kita memakan cacing dan lintah, namun itu tidak bermakna haram pula untuk kita memanfaatkanya untuk kegunaan lain, kecualilah jika ada nas lain pula yang mengaramkan kita memanfaatkannya. Selagi tidak ada nas yang melarang, haruslah kita memanfaatkannya.

Satu persoalan lagi; adakah semua yang haram dimakan dianggap najis oleh Syarak? Jawapannya; tidak. Semua najis haram dimakan, namun tidak semua yang haram dimakan adalah najis. Para ulamak menjelaskan; asal setiap benda yang wujud di atas muka bumi ini adalah suci hinggalah terdapat nas dari al-Quran dan Hadis Nabi yang menegaskan ia adalah najis dan perlu dikeluarkan dari hukum asal itu. Cacing dan lintah, walaupun haram memakannya kerana dianggap keji oleh manusia (berdasarkan pandangan jumhur), namun keduanya tidak boleh dianggap najis melainkan ada nas (dalil) dari al-Quran atau as-Sunnah yang menjelaskan keduanya sebagai najis. Selagi tidak ada nas yang menyebutkan keduanya sebagai najis, kekallah mereka atas hukum asal iaitu suci.

Kesimpulannya, berdasarkan penerangan di atas saya berpandangan –wallahu a’lam-; harus menternak dan menjual cacing dan lintah untuk tujuan-tujuan dan kegunaan-kegunaan selain makanan manusia sama ada dijadikan baja, bahan kosmetik, makanan ternakan dan sebagainya kerana tidak ada nas yang melarang kita dari memanfaatkannya dan tidak ada nas yang menyebutkannya sebagai najis. Adapun untuk dijadikan makanan manusia, hukumnya tidak harus kerana ia tergolong dalam makanan yang menjijikkan yang dilarang oleh Allah dalam ayat 157 dari surah al-A’raf di atas berdasarkan tafsiran jumhur ulamak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Al-At’imah Wa az-Zabaih Fi al-Fiqh al-Islami, Dr. Abu Sari’ ‘Abdul-Hadi.
2. Majmu’ al-Fatawa, Imam Ibnu Taimiyyah, juz. 5.
3. Fiqh at-Toharah, Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
4. Tafsir al-Qurtubi (ayat 157, surah al-A’raf).
5. Tafsir Ibnu Kathir (ayat 157, surah al-A’raf).
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2008 03:52 PM | Show all posts

Reply #13 noriabdullah's post

So, harus ke haram ni? Saya lihat pendpat anda lebih kepada haram, betul?

cuma anda tidak mahu membuat ulasan akhir.

Kena teliti balik hadith tu, jangan terkongkong dengan pendapat ulama yg lama. Pendapat ini boleh dijadikan guide, tapi kena rujuk kepada fatwa2 yg baru yg fresh dari orientasi pemikiran ustaz yg terkini.

Bak kata berita harian, zaman telah berubah, kita bukan nak mengubah agama, tapi mengubah persepsi ummah terhadap agama, biar mengancam, perfect dan universal, buanglah sifat2 jumud yg lapuk, tidak praktikal dan sudah tidak relevan pada zaman ini. Yg tidak releven itu bukan Islam sbb Islam releven dari masa 0 sampai max, tetapi persepsi, diulangi persepsi ummah terhadap Islam.

Perangai ummat Islam yg merudum bukan disebabkan kecacatan Islam, tetapi kecacatan persepsinya terhadap Islam.

yg saya faham urusniaga ini harus sbb suci taik untuk dibuat baja, kotor taik utk dimakan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 08:08 AM | Show all posts
Originally posted by kubakoya at 5-8-2008 03:52 PM
So, harus ke haram ni? Saya lihat pendpat anda lebih kepada haram, betul?

cuma anda tidak mahu membuat ulasan akhir.

Kena teliti balik hadith tu, jangan terkongkong dengan pendapat ulama y ...


-Dan kebanyakan org mennyatakan ulama2 moden dgn tafsiran2 baru mereka adalah Ulama WAHABI.
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2008 08:25 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 31-7-2008 12:22 AM
yang aku tahu, kedai persatuan peladang jual baja taik ayam untuk pokok durian.  memang berkesan, durian memang sodap...  

Itu pasal D24 tu sedap ek ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2008 03:20 PM | Show all posts
Originally posted by lolina at 29-7-2008 03:09 PM
Assalammualaikum...

sahabat aku tanye berkaitan dengan perniagaan.. MAKRUH ke Perniagaan Cacing? kire nye perniagaan cacing tuh melibatkan jualan cacing utk makanan ikan2, import/export cacing ...


Jawapannyer...

Penternakan haiwan eksotik seperti lintah dibenarkan: Majlis Fatwa
kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin.

SUMBER: BERITA HARIAN (17/Julai/2008)

Penternakan haiwan eksotik seperti lintah dibenarkan: Majlis Fatwa

NILAI: Kegiatan penternakan haiwan eksotik seperti lintah dan cacing yang semakin mendapat sambutan ramai dibenarkan mengikut syarak, kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk pakar haiwan bagi menjalankan kajian berhubung perkara berkenaan bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat.

"Selepas diteliti, jelas sekali perniagaan dan kegiatan penternakan haiwan seperti lintah dan cacing ini dibolehkan. lima angka ekoran permintaan semakin tinggi bagi menjadikannya baja organik, pemusnah sampah organik, bahan campuran dalam makanan ternakan dan pembuatan kosmetik.

"Umat Islam yang berhasrat menceburi bidang ini boleh teruskan hasrat mereka kerana daripada segi pemakanan haiwan itu juga tidak meragukan, malah penggunaannya untuk menghasilkan kosmetik juga didapati tidak timbul sebarang masalah," katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, baru-baru ini.
Selain menghasilkan baja kompos, cacing mempunyai protein yang boleh digunakan dalam perubatan dan kosmetik.
Wujud 1,800 spesies cacing, tetapi lima yang mudah ditemui adalah cacing merah (red worm); cacing harimau (tiger worm); cacing biru (blue worm) dan cacing malam (African night crawler). Harganya mampu cecah RM600 sekilogram selepas tempoh matang empat bulan.
Bagi lintah pula, ia makin popular digunakan sebagai bahan asal produk untuk kesihatan lelaki, wanita, kosmetik, pertanian dan ekstrak. Di Eropah, lintah digunakan untuk menghisap darah toksik seperti berbekam untuk menyedut darah kotor. Di Jepun teknik ini dipanggil Hirudo.
Air liur lintah mengandungi bahan bius, antipembekuan darah dan antibiotik. Lintah juga mempunyai bakteria yang dinamakan aeromonan hydrophila untuk mencerna darah dan menghasilkan bahan antibiotik untuk membunuh bakteria lain yang menyebabkan pembekuan.
Rawatan lintah boleh menormalkan dan membaik pulih kitaran kapilari, kesan antiinflamasi yang cepat dan melegakan tekanan.
Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa mula menjalankan kajian selepas ramai umat Islam mengemukakan soalan berhubung perkara itu berikutan pasaran dan kegiatan pemeliharaan dan perniagaan haiwan eksotik itu semakin berkembang kebelakangan ini.
"Majlis Fatwa berpendapat, dalam sesetengah perkara perlu bersikap positif kerana jika memandang serong kegiatan seumpama ini, umat Islam juga akhirnya akan rugi," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.114166 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list