|
nak tanya bab solat
1) semasa duduk tasyahud awal atau akhir..kita baca ATTAHIYYAATUL MUBAARAKAATUSH...sehingga sewaktu kita mengucapkan
ASYHADU ALLA ILAAHA ILLAAHU ..kita angkat jari telunjuk kanan
soklan nyer ..Adakah jari telunjuk itu di naik kan sehingga bacaan terakhir atau perlu di turunkan selepas
ALLAHUMMA SHALLI 'ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD..
sebab saya bertanya begini..saya 'perasan' ada jemaah
yang menurunkan jari telunjuk dan ada juga yang menaikkan jari telunjuk sehingga salam
2) adab duduk tasyahud akhir ...jari kaki tak boleh nak di 'lipat'..eh..yang nih tak leh di explain..
kalu duduk setakat cara yang kita mampu tak menjadi hal ker
3) walaupun berjemaah saya perasaan ada jemaah di depan saya sujud lama.. selain bacaan
SUBHAANA RABBIYAL A'LAA WA BI HAMDINI (3 X) Apa lagi bacaan nya..tolong nyatakan kat sini
4) bab azan pulak ..selepas azan kalau saya tak hafal doa selepas azan seperti ALLAAHUMMA RABBA HAADZIHID
DA'WATIT TAAMMATI WASH SHALAATIL.....boleh tak saya baca doa lain?
apa kah doa tersebut..
5) bab doa qunut plak...kalu kita tak hafal..apa lagi doa yang boleh kita baca? doa pendak jika ada
tolong nyatakan ok
6)solat terawih...semasa nak solat witir dalam terawih tu..adakah niat nyer sama dengan niat solat terawih saja
iaitu ushalli sunnatal terawih raka'aatin makmuuman lilaahi taala..kalu tak sama apa kah niat nya?
terima kasih pada yang sudi membantu. jasa baik anda semua amatlah di hargai. yang baik dari anda, yang
buruk dari saya..terima kasih sekali lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by MaRLa at 5-9-2008 05:25 PM
nak tanya bab solat
1) semasa duduk tasyahud awal atau akhir..kita baca ATTAHIYYAATUL MUBAARAKAATUSH...sehingga sewaktu kita mengucapkan
ASYHADU ALLA ILAAHA ILLAAHU ..kita angkat jari telunjuk kanan
soklan nyer ..Adakah jari telunjuk itu di naik kan sehingga bacaan terakhir atau perlu di turunkan selepas
ALLAHUMMA SHALLI 'ALAA SAYYIDINAA MUHAMMAD..
sebab saya bertanya begini..saya 'perasan' ada jemaah
yang menurunkan jari telunjuk dan ada juga yang menaikkan jari telunjuk sehingga salam
Ini ada mcm-mcm style, tapi cara tok guru saya ialah:
masa syahadah pertama angkat jari telunjuk kanan (angkat elok2 bukan mcm pistol),
masa syahadah kedua (nabi) angkat ibu jari kanan berkembar dengan telunjuk.
Kekalkan angkat keduanya sampai salam pertama.
2) adab duduk tasyahud akhir ...jari kaki tak boleh nak di 'lipat'..eh..yang nih tak leh di explain..
kalu duduk setakat cara yang kita mampu tak menjadi hal ker
cara duduk tasyahud akhir (dipanggil duduk tawarruk) itu cuma sunat, nak duduk bersila pun boleh,
tapi yang afdhal duduk secara lipat kalau tak mampu tidak mengapa, yang utama sebahagian punggung
kena lantai berlawanan dengan duduk tasyahud awal (dipanggil duduk iftirasy) yang mana punggung
tak kena lantai langsung.
3) walaupun berjemaah saya perasaan ada jemaah di depan saya sujud lama.. selain bacaan
SUBHAANA RABBIYAL A'LAA WA BI HAMDINI (3 X) Apa lagi bacaan nya..tolong nyatakan kat sini
banyak bacaan dalam sujud ada dalam sesetengah buku doa. Ataupun doa dalam bahasa melayu (dalam hati).
Jgn lama sangat sujud takut ketinggalan imam.
4) bab azan pulak ..selepas azan kalau saya tak hafal doa selepas azan seperti ALLAAHUMMA RABBA HAADZIHID
DA'WATIT TAAMMATI WASH SHALAATIL.....boleh tak saya baca doa lain?
apa kah doa tersebut..
sekadar selawat OK kot. Tapi kalau boleh bacalah doa tu.
5) bab doa qunut plak...kalu kita tak hafal..apa lagi doa yang boleh kita baca? doa pendak jika ada
tolong nyatakan ok
doa pendek qunut cuma baca "QUUNUUUUUTTT!!!" eh melawak saja.
Tapi masa kat Mekah dulu (sbb depa tak baca qunut tapi bagi sedikit masa utk baca), ayah saja ajaq baca
"Waastaghfirukawa atubuilaih" dan lepas tu selawat kepada Nabi - itu lah kot doa qunut pendek.
6)solat terawih...semasa nak solat witir dalam terawih tu..adakah niat nyer sama dengan niat solat terawih saja
iaitu ushalli sunnatal terawih raka'aatin makmuuman lilaahi taala..kalu tak sama apa kah niat nya?
lafaznya ushalli sunnatal witr raka'aataini makmuuman lilaahi taala
niatnya sahaja aku solat sunat witr dua rakaat makmum kerana Allah.
terima kasih pada yang sudi membantu. jasa baik anda semua amatlah di hargai. yang baik dari anda, yang
buruk dari saya..terima kasih sekali lagi
[ Last edited by always_typo at 5-9-2008 06:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih di atas penerangan . |
|
|
|
|
|
|
|
cara duduk tasyahud akhir (dipanggil duduk tawarruk) itu cuma sunat, nak duduk bersila pun boleh, tanpa keuzuran? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #25 MaRLa\ catat
perbuatan MaRla tu sama seperti menyiram.
Dalam surah Al-Maa'idah ayat 6 sebut "..... Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, ...."
Humran ra, hamba Uthman bin Affan RA meriwayatkan, Uthman bin Affan RA memanggilnya untuk berwudhu, dan dia (Uthman RA) pun berwudhu. Maka dia mencuci kedua pergelangan tangannya/telapak tangan sebanyak tiga kali, seterusnya dia memasukkan air ke dalam mulut dan hidungnya dan kemudian menghembuskannya keluar. Kemudia beliau mencuci mukanya tiga kali. Kemudian beliau mencuci tangan kanannya hingga ke siku sebanyak tiga kali. Kemudia mencuci tangan kirinya seperti itu jua. Seterusnya beliau menyapu kepalanya. Kemudia beliau mencuci kaki kanannya hingga ke buku lali tiga kali. Kemudian beliau mencuci kaki kiri seperti itu jua. Seterusnya Uthman bin Affan ra berkata: 揂ku telah melihat Rasulullah SAW berwudhu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 6-9-2008 09:14 PM
perbuatan MaRla tu sama seperti menyiram.
Dalam surah Al-Maa'idah ayat 6 sebut "..... Hai orang-orang yangberiman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamudan tanganmu sampai dengan siku, dan sapulah kepalamu dan (basuh)kakimu sampai dengan kedua mata kaki, ...."
Especially kerana perkataan "basuh" sebelum kakimu itu adalah terjemahan yg ditambah
[ Last edited by antiQue at 6-9-2008 09:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #27 antiQue\ catat
perkataan basuh tu ditambah atau dimaksudkan? Kalau dibuang kurungan jadi sapu kaki:
...sapulah kepalamu dan kakimu ....
atau adakah sapu tu satu kelonggaran?
diriwayatkan dari 慉mr bin 慉basah. Dia berkata, 揥ahai Rasulullah beritahukan kepadaku tentang wudhu? |
|
|
|
|
|
|
|
1. mcm mana niat utk Witir rakaat yg ketiga? sebab niat utk dua rakaat adalah "rakaataini", klu utk yg ketiga pula mcm mana? sebab 1 rakaat kan.
2. bacaan doa selepas wuduk, jika tidak hafal, bolehkah diabaikan?
3. niat dalam bahasa melayu(dalam hati), semasa Takbiratul Ihram, sgt susah utk dipraktikkan sebab susah utk buat 2 perkara dlm satu masa. adakah wajib?
Terima Kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 cluesan's post
1. mcm mana niat utk Witir rakaat yg ketiga? sebab niat utk dua rakaat adalah "rakaataini", klu utk yg ketiga pula mcm mana? sebab 1 rakaat kan. << niat solat witir jek.. tak perlu lain2.
2. bacaan doa selepas wuduk, jika tidak hafal, bolehkah diabaikan? << tak apa tak baca pun.
3. niat dalam bahasa melayu(dalam hati), semasa Takbiratul Ihram, sgt susah utk dipraktikkan sebab susah utk buat 2 perkara dlm satu masa. adakah wajib? << tak wajib. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cluesan at 7-9-2008 12:29 AM
1. mcm mana niat utk Witir rakaat yg ketiga? sebab niat utk dua rakaat adalah "rakaataini", klu utk yg ketiga pula mcm mana? sebab 1 rakaat kan.
2. bacaan doa selepas wuduk, jika tidak hafal, ...
1 rakaat = "rakaatin" |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 5-9-2008 11:59 PM
tanpa keuzuran?
Ya.
Antara rukun solat adalah duduk duduk tahiyat akhir.
"Duduk' di sini adalah bermaksud duduk dengan apa cara sekalipun.
Duduk dngn cara yang spesifik seperti secara iftirasy dan duduk
tawarrudh itu hukumnya sunat haiah. Kalau tengok kitab Muniyatul Musholli
karya Sheikh Daud, itulah klasifikasinya.
Walaupun sunat, kalau ditinggalkan amatlah rugi.Antara sunat2 haiah yang lain
termasuk takbir di antara rukun, bacaan2 dlm sujud, ruku' dan duduk di antara
dua sujud dsbgnya lagi. Lebih afdhal solat dengannya.
Di Mekah saya pernah melihat ada jemaah wanita dari Afrika yang duduk tahiyat
seperti bersila. Ianya sah walaupun tidak ada keuzuran. Yang penting duduk.
Satu perkara yang saya ingin share dgn pembaca di sini adalah berkenaan takbir.
Perbuatas "takbir" hanya terpakai dlm solat kalau ia dizahirkan dengan jelas, sekurang2nya anda
sendiri boleh mendengar suaranya. Kalau tak ada suara yang keluar, takbir tu tak sah.
Takbiratul Ihram (yg pertama) adalah rukun. Takbir di antara rukun itu pula sunat.
Jadi sila pastikan takbiratul ihram itu anda zahirkan betul-betul dengan suara yang jelas
(sekurang2nya anda boleh mendengar suaranya) sebab ianya wajib dan menentukan
sah atau tidaknya solat anda.
Adapun takbir di antara rukun itu sunat, jadi kalau tak dengar suara, walaupun tidak terpakai,
tidaklah mengganggu sah atau tidak sahnya solat anda. Cuma anda tak dapat pahala sunat.
Itu saya nak kongsi.
[ Last edited by always_typo at 7-9-2008 09:33 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #32 always_typo\ catat
bukan ke Nabi s.a.w. kata, "solatlah seperti mana aku solat" ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #30 indah1285's & Vanture's post
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 7-9-2008 09:07 AM
bukan ke Nabi s.a.w. kata, "solatlah seperti mana aku solat" ?
Ya benar.
Anda pernah tengok nabi solat?
Tentulah tidak pernah.
Jadi belajarlah dari orang yang belajar dari Nabi atau belajar dari
orang yang belajar dari orang yang belajar dari orang yang belajar.... dari Nabi.
Di situ kepentingan belajar secara nasab yang dianjurkan para ulamak. Inshaallah ada
kesinambungan. Kerana solat melibatkan bukan sekadar pembacaan tetapi juga
perbuatan yang perlu ditunjuk dengan pelbagai contoh atau demo yang tidak termuat
oleh perkataan. atau tulisan. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #35 always_typo\ catat
Nabi s.a.w. pernah duduk bersila semasa tahiyat? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cluesan at 7-9-2008 09:34 AM
Terima Kasih.
sama-sama... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu aku confuse sgt..di mana kedudukan tangan semasa membaca fatihah..
ustazah masa kecik ajar..silangkan..letak atas perut
pastu ada pulak yg ajar..jari menutupi pusat..(katanya tu tmpt syaitan suka)
pastu..lepas rujuk buku (cara2 Rasululah solat)
baru aku tahu..Rasulullah solat meletakkan tangan di dada.
dan pengertian dada tu..drpd bhgn di bwh leher
sehinggalah..ke bhgn tulang rusuk yg paling bawah..(antara breast n tummy)
maka, aku fahamlah..bukan letak kt perut..
dan takdenya nk tutup pusat ke apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
bacaan doa selepas wuduk, jika tidak hafal, bolehkah diabaikan?
Walaupun doa selepas wuduk ini cuma sunat sahaja, namun kalau boleh janganlah ditinggalkan kerana doa ini menjadi amalan Rasulullah SAW. Tambah lagi menurut hadis Nabi SAW amat besar ganjarannya kepada sesiapa yg mengambil wuduk dgn sempurna lalu berdoa ke hadrat Allah SWT :
Dari Umar r.a bahawasanya Nabi SAW pernah bersabda :
Apabila ada salah seorang dari kamu yg berwuduk lalu disempurnakan wuduknya dgn baik dan kemudiannya berdoa :
Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu hamba dan RasulNya. Maka dibukakan utknya beberapa pintu syurga yg lapan yg boleh ia masuk dari mana2 yg ia kehendaki.
Ini doanya yg penuh dlm jawi : http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/doa/doa_slp_wuduk.html
Walaubagaimana pun jika kita lihat dari hadis Nabi SAW di atas memadai membaca separuh dari doa yg penuh itu. Lagi pun doa ini pun hampir sama dgn bacaaan ketika bertahiyyat dan tidak begitu susah.
Boleh amalkan kerana amat besar ganjarannya di sisi Allah SWT. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
saya nak cite sikit..
1. Bulan ramadhan hari tu saya sembanyang asar sebelum g bazaar ramadhan nak beli juadah berbuka.
dah habis ambil air sembahyang saya nak solat..tiba2 ada org nak berjemaah..saya pun ok jer..
habis solat..dia kat solat jemaah tadi tak sah..dia kata rakaat 1 dan ke 2 kena baca surah selepas fatihah. ya ker? rakaat 3 dan 4 je leh baca fatihah jer? betul ke ni?
ada perbezaan ker bacaan dlm solat utk solat sorg2 dan berjemaah?
2. Saya keliru..ada imam yg solat dia senyap jer...macam solat sendiri? macamana bacaan nya ni? kalau rakaat 1...imam baca 'allahukahbar kabIRO' kita pun bacakan? ada ke bacaan bacaan semua sama?
3. Ada imam yg baca kuat...yg ni saya tau..lepas dia baca kita baca lak....
boleh tak confirmkan bacaan2 bila solat berjemaah ni..
takut saya solat tak sah...dari saya biarkan...baik saya tanya kat rakan2 kt sini...
terima kasih..
Originally posted by sham159 at 16-8-2008 12:38 PM
Assalamualaikum semua,
Saya dalam proses nak belajar solat ni..banyak benda yang saya tak faham dan ragu-ragu..kalau boleh nak minta pendapat rakan-rakan kat sini lah tentang solat...harap ... |
|
|
|
|
|
|
| |
|