|
Paralimpik Beijing 6 Sept 2008: Update - China Ucap Selamat Tinggal -
[Copy link]
|
|
Pemanah negara kecundang
SALAM terpaksa akur dengan kehebatan pemanah Korea Selatan,
Jung Young-joo pada pusingan kedua peringkat kalah mati semalam.
BEIJING - Kemaraan atlet negara dalam acara memanah recurve lelaki W1/W2 pada Sukan Paralimpik XII tersekat apabila kecundang kepada lawan masing-masing pada pusingan kedua peringkat kalah mati semalam.
Mohd. Salam Sidik yang berada di ranking kelapan, tumpas 94-106 kepada pemain ranking kesembilan, Jung Young-joo dari Korea Selatan, manakala Zulkifli Mat Zin (ranking ke-12) pula tewas 103-108 kepada pemanah tuan rumah, Cheng Changjie (ranking kelima).
"Mula-mula saya tidak merasa tekanan tetapi bila masuk separuh kedua, saya hilang fokus setelah anak panah tidak mengena sasaran dengan tepat.
"Pada ends terakhir, saya cuba untuk mengejar semula tapi tidak boleh. Masa anak panah kedua terakhir (ke-11) saya dah hilang fokus," kata Salam selepas pertandingan di Gelanggang Memanah Olimpik.
Pada enam anak panah pertama, Salam ketinggalan tiga mata kepada lawannya dengan kedudukan 47-50.
Dia cuba mencari rentak dan berjaya menambah 27 mata dengan mendapat dua kali mata penuh manakala Jung menambah 28 mata.
Bagaimanapun pada tiga anak panah terakhir, Salam hilang tumpuan dan hanya mampu menambah 20 mata berbanding Jung yang melakukan bidikan konsisten untuk memenangi pusingan itu dengan 106 mata.
Zulkifli pula memberikan saingan yang sengit kepada Changjie, namun nasib masih tidak menyebelahinya.
"Perlawanan tadi memang mempunyai tekanan yang kuat tetapi saya cuba yang terbaik buat diri saya dan juga negara. Nasib tidak menyebelahi saya.
"Saya tidak berapa puas hati dengan keputusan yang saya peroleh.
"Saya terpaksa bekerja lebih keras lagi pada masa akan datang untuk menebus kembali kekecewaan saya itu," katanya sambil menambah prestasi pada Sukan Paralimpik Beijing jauh lebih baik daripada penampilan pertamanya empat tahun lepas di Athens. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Powerlifting: Usaha cari atlet pelapis diteruskan
LEE CHAN meraih pingat gangsa dalam
kategori bawah 56kg wanita
BEIJING - Pencarian atlet pelapis bagi acara sukan powerlifting akan dilaksanakan di bawah program latihan kendalian Majlis Sukan Negara (MSN).
Demikian jelas jurulatih negara, Jamil Adam semalam.
"Sebagai langkah persiapan kita akan mengikut perancangan yang diatur oleh pihak MSN. Buat masa sekarang kita cuma tunggu bila ia akan dilaksanakan.
"Kami perlu mencari atlet pelapis khususnya di kalangan pelatih pusat pemulihan orang kurang upaya. Kebanyakan atlet kita adalah atlet veteran dan sudah lama beraksi mewakili negara," katanya.
Ketika diminta mengulas prestasi atlet powerlifting pada temasya Sukan Paralimpik Beijing, Jamil berkata skuad powerlifting negara sudah mencapai sasarannya.
"Berdasarkan prestasi keseluruhan atlet kita di sini (Beijing), kita sudah mencapai sasaran yang kita harapkan iaitu untuk meraih pingat gangsa.
"Saya nampak peningkatan yang sangat mendadak daripada atlet dari negara luar. Saya yakin dengan latihan yang mencukupi atlet kita mampu pergi lebih jauh lagi," katanya.
Pada temasya kali ini, skuad powerlifting menyumbang satu pingat gangsa melalui Siow Lee Chan dalam acara bawah 56kg wanita.
Lee Chan, 37, berjaya melakukan angkatan seberat 95kg mengatasi pencapaiannya pada Sukan Paralimpik Athens 2004 dan Sukan Para Asean ketiga di Manila pada 2005 dengan angkatan seberat 92.5kg.
Namun kecemerlangan Lee Chan tidak dapat diikuti rakan sepasukannya yang juga pemenang pingat perak pada temasya yang sama di Barcelona 1992, Cheok Kon Fatt, 53, dalam kategori bawah 52kg lelaki.
Dia hanya mampu menyamai rekod Sukan Paralimpiad Malaysia dengan angkatan seberat 137.5kg.
Bagi seorang lagi atlet powerlifting veteran, P. Mariappan, 50, dia sekadar berjaya memperbaharui rekod Sukan Para Asean yang diciptanya dalam kategori bawah 67.5kg lelaki selepas berjaya mengangkat bebanan seberat 180kg.
Rekod Sukan Para Asean yang dipegang Mariappan ialah 172.5kg.
Catatan yang dilakukannya itu juga menyamai jumlah angkatan yang dilakukannya pada tahun 2004 di Athens.
Seorang lagi atlet negara yang bersaing pada temasya kali ini walaupun masih mengalami kecederaan di bahagian bahu, Sharifah Raudzah Syed Akil berjaya menyamai rekod Sukan Para Asean dengan catatan 117.5kg dalam acara bawah 82.5kg wanita.
Dalam perkembangan lain, Jamil berkata selepas tamat Sukan Paralimpik program latihan akan diteruskan dengan program persediaan bagi menghadapi Sukan Para Asean kelima.
"Untuk Sukan Para Asean, keempat-empat atlet kita itu adalah pemegang rekod dalam kategori masing-masing. Kita akan cuba pertahankan kedudukan dan penguasaan kita dalam acara ini," katanya. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
17 September, 2008
China Ucap Selamat Tinggal Dengan Penuh Bergaya
Oleh Farhanah Azmi
BEIJING, 17 Sept (Bernama) -- Selepas 11 hari pertandingan, kejohanan bagi atlet kurang upaya, Kejohanan Paralimpik ke-13 melabuhkan tirainya di Stadium Sarang Burung, Stadium Nasional Beijing malam ini menerusi satu pertunjukan bunga api yang penuh mempersonakan.
London pula akan mengambil alih kejohanan pada 2012.
Atlet China mengungguli kejohanan dengan memungut 89 pingat emas, 70 perak dan 55 gangsa, Britain di tempat kedua memungut keseluruhan 42-29-31 pingat sementara Amerika Syarikat di tempat ketiga dengan pungutan 26 emas, 35 perak dan 28 gangsa.
Malaysia yang memungut satu pingat gangsa menduduki tangga ke-69 bersama Belgium, Estonia, Jamaica, Laos, Namibia, Puerto Rico dan Syria.
Pingat Malaysia diperolehi menerusi acara powerlifting oleh Siow Lee Chan, mengakhiri kemarau pungutan pingat negara sejak 16 tahun lalu.
Beliau diberi penghormatan membawa Jalur Germilang di acara penutup yang menyaksikan perarakan masuk kontingen negara yang bertanding diikuti ribuan atlet memasuki Sarang Burung dari empat arah dan kemudianya duduk di atas padang yang dilitupi kain tarpan.
Atlet Panama, Said Gemoz dan atlet Afrika Selatan Natalie du Toit kemudiaannya dianugerahi Whang Youn Dai Achievement Awards, kerana mempamerkan semangat sebenar Paralimpik.
Pada majlis penutup tersebut, lima anggota baru Suruhanjaya Atlet Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, antaranya Teresa Perales dari Sepanyol (renang), Yu Chui Yee dari Hong Kong (pedang berkerusi roda), Heinz Frei dari Switzerland (atletik) dan David Smetanine dari Perancis (renang) diperkenalkan kepada penonton.
Acara persembahan dikelolakan oleh pengarah terkenal Zhang Yimou, yang turut mengarahkan acara pembukaan.
Acara penutup yang bertajuk "A Letter to the Future" merangkumi persembahan teater selama sejam yang mengandungi unsur kehidupan dan penghargaan rakyat China terhadap kejohanan.
Suasana sepi menyelubungi stadium apabila bendera paralimpik diturunkan dan obor paralimpik dipadamkan.
Datuk Bandar Kota London Boris Johnson menerima bendera paralimpik daripada Datuk Bandar Beijing Guo Jinlong untuk dikibarkan semula di London.
London mempamerkan bas merah dua tingkat mereka yang terkenal itu bagi memperkenalkan identiti tuan rumah dalam perjalanan ke Paralimpik 2012.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|