CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: CahayaAina

Sedekah

[Copy link]
Post time 26-7-2009 02:55 PM | Show all posts
kadang2,ade org yg rasa bangga bila dpt bersedekah..
itu termasuk dalam kategori riak atau seronok dapat lakukan amal jariah???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2009 03:06 PM | Show all posts
when you hv sex wif ur wife n u makes her achieve orgasm...dat also is one of sedekah..be grateful if u hv a husband like this,who is alwyz think about u instead of achieving the orgasm alone.it is x fair for him to achieve it alone.bcoz later when u got pregnant..u will suffer alone and if u r nt achieving orgasm during sex... U'll alwayz in the positions of those who are in regret
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2009 04:42 PM | Show all posts
which one is better aaa
katakan nak sedekah ke masjid

better bagi duit ke beli barang2 untuk masjid tu?
lady_nF Post at 26-7-2009 13:30

better bagi duit...

sebab kita tak tahu apa keperluan masjid tu...sebagai contoh, mungkin masjid tu perlukan duit untuk bayar bil elektrik dan air, tapi ko belikan sejadah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 05:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by mix_chinese at 5-4-2010 17:32

Selain dari masjid, rumah anak yatim. Kadang2 tak tau nak sedekah kat sapa.
tgk org2 keliling semuanya mcm tak layak diberi sedekah. Masing2 mewah. Hehe
Sebab selalu kalau nak bagi brg2 pd rumah anak2 yatim. Ada je yang kata mereka tak terima sbb anak2 yatim skrg dah pandai memilih.

Kalau kita berbuat baik pd kanak2.
Memberi mereka makan. Hadiah. Adakah itu dikira sedekah?

Selain dari wang ringgi. Boleh terangkan apa lagi yang berbentuk sedekah?
Sbb nak cuba jugak tambah amal yang seciput nih
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 10:26 PM | Show all posts
Mari kita renungi bersama tentang sedekah yang difirmankan Allah dalam Quran dengan maksudnya :


Maksud dari surah Al Baqarah:

“ Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan."   -  271



''Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.'' -  195.




"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)."  -  215



"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya."  -  261



"Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."  -  262



"(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar."  - 263



"Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan dia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir."  -  264



"Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan."  -  265



"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji."  -  267



"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan dia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya."  268



"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik) dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."  -  271



"Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya) dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan."  -  272




"Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita."  -  274




"Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak)."  -  280
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2010 10:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by mix_chinese at 5-4-2010 17:32

Selain dari masjid, rumah anak yatim. Kadang2 tak tau nak sedekah kat sapa.
tgk org2 keliling semuanya mcm tak layak diberi sedekah. Masing2 mewah. ...
mix_chinese Post at 5-4-2010 17:31


Pegi la diceruk kampung.. pondok pondok pengajian agama... masjid dan surau yang dhaif... anak anak orang orang miskin yang tak mampu menyambung pelajaran dek kerana miskin... masih ramai di luar sana....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2010 11:50 AM | Show all posts
Pegi la diceruk kampung.. pondok pondok pengajian agama... masjid dan surau yang dhaif... anak anak orang orang miskin yang tak mampu menyambung pelajaran dek kerana miskin... masih ramai di luar  ...
bintang Post at 5-4-2010 22:30

ni yang tak mampu nih.

nak tuju kampung mana. duduk mana. hehe. takpe2 apapun tikasih byk2
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2010 10:11 PM | Show all posts
ni yang tak mampu nih.

nak tuju kampung mana. duduk mana. hehe. takpe2 apapun tikasih byk2
mix_chinese Post at 7-4-2010 11:50


sekarang dah zaman milenia...  kat bandar lagi senang cari sekolah pondok.  Sekolah pondok kat kampung tu pun dah macam lengang.  Tak caya, cuba pi kat Al-Baraqah di Ipoh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2010 02:01 PM | Show all posts
nak tnye kalo kite sedekah kat org2 yang kua bersamamu tu,kire masukkan ke akaun tibi 3,agak2 masuk tak duit kite tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2010 02:19 PM | Show all posts
sedakah yg mana lagi baik kat org2 miskin atau kepada keluarga sendiri yg juga miskin?
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.053028 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list