CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Prince William of Wales; update: kawen kate 29/4 kat westminster abbey!!

[Copy link]
 Author| Post time 1-9-2008 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by pepari88 at 29-8-2008 11:43 PM
william n harry.....
2-2 pone x ensem:@ :@ :@ :@



aku lagi ensem.....  



pasai william jadi botak ni...... dia ikut gin bapak dia ler....  after 20 years... chances nak botak tu dah datang... nanti after 40 banyak ler bald spot tuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2008 10:47 AM | Show all posts
where's dia punya pic msa skolah2 dlu?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 10:58 AM | Show all posts
kawen la cepat
bila dah botak nanti gambo kawen buruk
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 11:59 AM | Show all posts
skrg tengok william dah tak ensem
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2008 12:29 PM | Show all posts

Reply #9 urban_ann's post

ha'ah.harry tecik
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2008 08:27 AM | Show all posts
jambul dah tinggal sejemput jek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2008 09:14 PM | Show all posts
Originally posted by lizz_7777 at 31-8-2008 03:46 PM
Charlotte ni bukan jer beautiful but very stylish n elegent. I've seen her in person Padan ler ngan Prince William.


I WISHHHH.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2008 01:54 PM | Show all posts
Janggut William goda wanita


PUTERA William mendapat tumpuan umum ketika tampil dengan imej berjambang di Norfolk, England kelmarin.

LONDON - Pewaris takhta diraja Britain, Putera William bangga apabila julung kalinya menunjukkan imej baru beliau yang berjanggut kepada umum, lapor sebuah akhbar semalam.

Penampilan baru putera itu menarik perhatian orang ramai terutamanya kaum wanita ketika William dan keluarga diraja Britain mengunjungi sebuah gereja di England sempena Krismas.

Ramai wanita yang berada di lokasi itu tertawan dengan imej baru William kerana mereka menyifatkan beliau kelihatan lebih kacak dan matang dengan berjanggut.

"Saya benar-benar menyukai janggut itu. Saya rasa ia memberikan lebih keyakinan kepada William," kata seorang wanita, Debbie dari Norfolk yang berada di gereja tersebut.

"Saya bersetuju, beliau nampak segak seperti Raja George V," kata seorang lagi wanita, Glennys Groom, 67, juga dari Norfolk.

Bagaimanapun, mereka bakal kecewa apabila seorang saksi menyatakan dia terdengar William bercakap pada diri sendiri di luar gereja bahawa beliau akan mencukur janggut tersebut dalam masa terdekat. - Agensi





misai melintang aku pung... goda pompuan gak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2008 01:14 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2008 02:57 PM | Show all posts
ya allah. ter rembes aku tengok stubble dia.  uhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2008 07:37 PM | Show all posts
lain bila berjanggut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2009 05:12 PM | Show all posts
Putera William jalani latihan juruterbang helikopter

LONDON 12 Jan. - Putera William hari ini memulakan latihan untuk menjadi juruterbang helikopter dalam unit mencari dan menyelamat - babak baru dalam kerjayanya dalam bidang ketenteraan.

Putera William (gambar), 26, merupakan waris kedua takhta kerajaan Britain selepas ayahandanya, Putera Charles akan belajar membawa helikopter Sea King dalam situasi cemas untuk menyelamat kelasi kapal atau pendaki gunung yang menghadapi masalah.

William merupakan seorang pegawai dalam pasukan tentera Britain tetapi terlalu berbahaya untuk menghantarnya bertugas menyertai unitnya di Afghanistan pada tahun lepas.

Penglibatannya selama empat bulan dengan Pasukan Tentera Udara Diraja Britain (RAF) mendorong beliau untuk berpindah menyertai pasukan yang baru itu.

"Semasa berkhidmat dengan RAF awal tahun ini telah menyedarkan saya betapa saya begitu meminati bidang penerbangan,'' katanya pada September lalu.

"Peluang menyertai pasukan mencari dan menyelamat memberi peluang yang sangat menarik kepada saya untuk berkhidmat dalam pasukan operasi mencari, dan menyumbang khidmat dalam pasukan penting kecemasan bagi negara ini.''

Pegawai memerintah Putera William telah mengingatkan beliau bahawa beliau tidak akan diberi sebarang layanan istimewa sepanjang menjalani latihan dalam tempoh antara 18 bulan hingga 20 bulan, sebelum beliau boleh muncul menjadi juruterbang yang boleh beroperasi.

William mesti sekurang-kurangnya melengkapkan tugas penerbangan selama tiga tahun dengan gaji tahunan sebanyak 36,000 pound (RM193,499.82).

"Kami akan mendedahkan beliau dengan banyak situasi tekanan dan mengharapkan sesuatu yang membanggakan daripadanya," kata Kapten Kumpulan David Prowse, yang merupakan pemerintah RAF di Strawbury, Shropshire, bahagian tengah England, tempat beliau bakal menjalani sebahagian besar latihannya itu.

" Latihan ini bagi menjadikannya seorang yang merendah diri, dan mampu membawa helikopter Sea King pada waktu malam dalam keadaan cuaca yang buruk untuk membawa mangsa ke hospital atau menyelamatkan mangsa yang terkandas di kawasan bukit," kata Prowse.

Pasukan mencari dan menyelamat RAF beroperasi 24 jam di Britain, Cyprus dan Kepulauan Falkland.

Tugas utama pasukan ini ialah untuk mencari dan menyelamat anggota RAF tetapi dalam keadaan aman ia berperanan memberi perkhidmatan kepada awam - dengan purata 1,000 tugas setahun.

Terdahulu, Putera William, anak sulung kepada pasangan Putera Charles dan mendiang Puteri Diana akan menyambung perkhidmatan menjalankan tugas-tugas Diraja Britain semasa menjalani latihan dengan 20 upacara telah dirancang untuk dilaksanakannya dalam tempoh 12 bulan akan datang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 07:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2009 10:36 AM | Show all posts
Putera William akui sentiasa ingat ibu


Putera William

LONDON: Pewaris takhta Britain, Putera William, mendedahkan buat kali pertama kepedihan yang dirasakan kerana kematian ibu pada usia muda dan berkata, dia sentiasa memikirkan mengenai ibunya setiap hari.

Putera berusia 26 tahun itu, sebelum ini enggan bercakap secara terbuka mengenai kesedihannya tetapi bertukar fikiran selepas menjadi Penaung Diraja badan kebajikan, Child Bereavement Charity.

Katanya, dia menerima tanggungjawab itu kerana tahu apa rasanya kehilangan seseorang yang amat disayangi dan bercerita mengenai kekosongan dirasakan ketika sambutan Hari Ibu.

William yang baru berusia 15 tahun ketika ibunya, Puteri Diana, meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Paris pada 1997, berkata: "Tidak dapat mengungkap perkataan 'ibu' lagi dalam hidup bunyinya seperti perkara kecil.

"Namun, bagi ramai yang lain, termasuk saya, ia kini benar-benar sekadar satu perkataan � kosong dan membangkitkan cuma kenangan."

Badan kebajikan itu ditubuhkan rakan baik ibunya, Julia Samuel, untuk memberikan sokongan kepada sesiapa berdepan dengan kematian anak atau bagi anak yang kematian ibu atau bapa.

Diana sendiri membantu melancarkan badan kebajikan itu pada 1994.

Menulis secara eksklusif dalam akhbar Daily Mail, William berkata: "Pada awalnya, ia satu kejutan dan rasa tidak percaya ia berlaku kepada anda. Kesedihan sebenar selalunya tidak begitu terasa hingga kemudian hari. Bagi kebanyakan orang, ia kesedihan yang tidak akan hilang selama-lamanya.

"Kehidupan berubah dan tidak satu hari pun berlalu tanpa anda memikirkan mengenai orang yang sudah pergi."

William dan adiknya, Putera Harry, berusia 11 tahun ketika itu, sedang bercuti di Balmoral dengan keluarga diraja pada 31 Ogos 1997, apabila diberitahu Diana cedera serius dalam kemalangan kereta di Paris bersama-sama teman lelakinya, Dodi Fayed. � Agensi


*************************************************************

sedih pulak baca pasal ni -
tapi.. memanglah  jarang anak yang akan lupakan
ibunya... apalagi kalau ibu rapat dengan anak -
sama macam ibu juga...
ibu mana yang lupakan anaknya...(walau ada isolated cases tu)
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 03:45 AM | Show all posts
Udah nak botak dah aku tengok Prince William ni. Tengoklah paknya sama pakcik2 dia, terutamanya Prince Edward. Muda-muda dah botak. Dia bela misai dengan janggut tu nampak matang sikit. Macam the old man and the sea
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 11:20 AM | Show all posts
At least botak2 dia pun, muka masih handsome.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-3-2009 08:02 PM | Show all posts
William mahu berjuang di Afghanistan

LONDON: Putera William yang menjalani latihan untuk menjadi juruterbang helikopter tentera sepenuh masa dilaporkan mahu berjuang di Afghanistan.

Akhbar The News of the World melaporkan pewaris kedua takhta Britain berusia 26 tahun itu secara tidak sengaja menyatakan demikian kepada pemberita akhbar terbabit di sebuah kelab malam.

William tidak memberikan sebarang bayangan sama ada akan berkahwin dengan teman wanitanya, Kate Middleton. Namun, beliau mendedahkan adiknya Putera Harry merindui bekas kekasihnya, Chelsy Davy.


Harry, 24, bertugas dengan Tentera Britain di Afghanistan selama 77 hari bersama regimen Household Cavalry sehingga ditarik balik ke England selepas satu laporan media pada Februari 2008 mendedahkan kedudukannya itu.

Beliau sebelum itu dihalang bertugas di Iraq berikutan sensitiviti menghantar pewaris diraja kanan ke medan perang dan kebimbangan menjadi sasaran utama selain meningkatkan risiko di kalangan rakan setugasnya.

"Saya suka melakukan apa yang Harry lakukan di Afghanistan," kata William.

"Sebab itu kami berlatih kerana kami mahu ke sana di barisan depan. Saya sedikit cemburu dengan beliau yang mendapat penghormatan. Harap akan tiba giliran saya."

William yang tamat latihan sebagai pegawai tentera pada Disember 2006 sedang berlatih menjadi juruterbang sepenuh masa dengan pasukan Pencari dan Penyelamat Tentera Udara Diraja (RAF).

Ditanya jika beliau akan berkahwin tidak lama lagi, William hanya menjawab: "Anda perlu tunggu dan lihat." � AFP
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 10:26 PM | Show all posts
Prince William and Kate Middleton take intimate stroll at polo tournament
Prince William and Kate Middleton looked as close as ever as they enjoyed an intimate stroll at a polo match in Berkshire..

Last Updated: 7:55AM BST 11 May 2009

Prince William with girlfriend Kate Middleton after playing in the Audi Polo Challenge Polo match at Coworth Park Photo: ENIGMA PRESS
The Prince put his arm around his long-term girlfriend as they enjoyed the afternoon sunshine at the tournament at the Coworth Park Polo Club near Ascot.
Speculation had been mounting over their relationship as the couple have kept a low profile so far this year and had not been photographed together recently.
However Prince William, 26, and Miss Middleton, 27, appeared relaxed and happy as they were photographed on Sunday.
Dressed in a floral top, black cardigan, jeans and brown leather boots, Miss Middleton looked elegant but casual and smiled as the couple walked together.
The Prince, who was still wearing his polo kit, laughed and joked with Miss Middleton as they walked through the crowds.
Earlier in the day, Prince William had not looked so amused, when his brother Prince Harry mocked his pre-match stretching exercises.
The 24-year-old screwed up his face, waved his arms about and gyrated his hips to make fun of his brother's rather more sensible warm-up routine.
Prince William is currently training to be a search and rescue helicopter pilot with the RAF, and has had less time to see Miss Middleton. Unconfirmed reports have claimed this has led to stress between them.
In March, he took her on a
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 10:28 PM | Show all posts
(CBS)  Are Prince William and longtime on-again-off-again girlfriend Middleton finally planning to tie the knot?

The French society magazine Point de Vue says wedding bells will finally ring out for the two this summer, reports CBS News correspondent Mark Phillips.

He says the beaches of St Tropez may be lacking in Euro-royalty this summer because William and Kate will be walking down the aisle. if the magazine is to be believed.

It says European royalty have been quietly told to keep their summer schedules free so they can attend the as-yet-unannounced wedding of William and his now on-again girlfriend.- CBS NEWS
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 04:53 AM | Show all posts
William-Kate muncul selepas lama menyepi



WILLIAM berjalan bersama Kate di sebuah padang
polo dekat Ascot, England kelmarin.


LONDON - Hubungan pewaris kedua takhta diraja Britain, Putera William dan teman wanitanya, Kate Middleton masih rapat apabila mereka dilihat intim ketika berada di sebuah kelab polo di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kedua-dua mereka muncul di khalayak ramai setelah lama menyepikan diri.

William, 26, memeluk kekasihnya dengan erat ketika mereka bersiar-siar di kelab berkenaan selepas putera itu selesai menyertai satu perlawanan polo.

Sejak kebelakangan ini, pasangan itu jarang dilihat bersama di tempat awam namun Kate, 27, hadir untuk memberi sokongan moral kepada teman lelakinya dalam perlawanan tersebut pada Ahad lepas.

Adik William, Putera Harry sempat berjenaka dengan abangnya dengan meniru mimik muka William ketika mereka bersiap sedia menyertai perlawanan polo di Kelab Polo Taman Coworth, berhampiran Ascot di Berkshire.

"William sedang melakukan latihan memanaskan badan apabila Harry tiba-tiba membuat mimik muka. Dia seperti mengejek abangnya," kata satu sumber.

Pada Mac lepas, William membawa Kate bermain ski di sebuah resort di Switzerland dalam percutian mewah yang menelan belanja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.085723 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list