CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Raja Bhumibol of Thailand, update: semakin pulih..

[Copy link]
Post time 30-8-2008 11:46 PM | Show all posts
Originally posted by kuehdonat at 26-8-2008 09:29 AM
Ntah kenapa, aku seram tgk raja2 belah2 siam ni.. Tgk ajer mikerofon dia, ber emas2 bagai.. Tu lom masuk cincin + rantai lagik..



Raja Brunei pun rim tayar kete emas bagai. Mungkin lambang kekayaan seme mesti emas kot. Patut ler makcik kat kampung tu berlumba kumpul barang perhiasan emas, nak angan2 kaya mcm Raja kekdahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2008 03:08 PM | Show all posts
Raja Thai terkaya di dunia





DI SEBALIK segala larangan dan rahsia yang menyelubungi istana Thailand, kajian ahli akademik baru-baru ini mendapati Raja Bhumibol Adulyadej adalah manusia terkaya di dunia ketika ini.



DI SEBALIK segala larangan dan rahsia yang menyelubungi istana Thailand, kajian ahli akademik baru-baru ini mendapati Raja Bhumibol Adulyadej adalah manusia terkaya di dunia ketika ini.

Pada tahun lalu, majalah bisnes antarabangsa, Forbes, menganggarkan kekayaan Bhumibol berjumlah AS$5 bilion (RM16.94 bilion) dan sesetengah pihak lain mendakwa ia bernilai AS$8 bilion (RM27.1 bilion).

Tahun ini — hasil kajian akademik yang teliti ke atas cabang pelaburan diraja, Biro Hartanah Diraja — kekayaan Bhumibol dikatakan bernilai AS$35 bilion (RM118.56 bilion).

Disenaraikan di tempat kelima tahun lalu, kali ini Bhumibol mengatasi semua tokoh bilionair dunia, termasuk Presiden Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed al-Nahyan; pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz; Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan pemerintah Dubai, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum.

Pemilikan pelbagai bangunan dan tanah di Thailand menjadikan Biro Hartanah Diraja seolah-olah tuan tanah terbesar di negara itu. Antara kekayaan dimiliki biro berkenaan ialah memiliki satu pertiga daerah tengah Bangkok yang menjadi pusat aktiviti perniagaan negara berkenaan.

Biro itu turut menguasai 30 peratus saham Siam Cement Group dan 25 peratus ekuiti Siam Commercial Bank.

Pada 2005, istana bertindak ‘luar biasa’ apabila memberi kebenaran kepada sejarawan ekonomi, Porphant Ouyyanont, akses tanpa had mengenai data biro berkenaan.

Porphant — pakar ekonomi Universiti Terbuka Sukhotai Thammatirat — mendedahkan bahawa aset dimiliki Biro Hartanah Diraja bernilai AS$27.4 bilion (RM92.82 bilion) pada penghujung 2005.

Laporan itu diterbitkan Journal of Contemporary Asia di United Kingdom, Februari lalu. Penasihat Biro Hartanah Diraja, Aviruth Wongbuddhapitak, berkata anggaran itu terlalu tinggi tetapi masih boleh diterima akal.

“Kita tahu harga semasa tanah dan modal syarikat dimiliki biro berkenaan. Secara keseluruhan, tiada kesilapan besar dalam laporan itu,” katanya mengenai kajian Porphant itu.

Anggaran berkenaan boleh dipertanggungjawabkan, antara lain disebabkan peningkatan nilai mata wang baht sejak 2005.

Sehingga kini tiada siapa di luar lingkungan biro itu tahu setepatnya di mana lokasi harta dimiliki istana Thailand.

Bagaimanapun, antara pegangan paling bernilai biro itu adalah di bahagian bandar tertua Bangkok, termasuk pelbagai mercu tanda bandar raya itu. Dari Chinatown hingga ke Ratchadamnoen, harta biro itu melebar ke Pulau Ratanakosin dan sepanjang bahagian selatan Sungai Chao Phraya.

Biro itu turut memiliki banyak bangunan kerajaan di kawasan pinggir sungai utama negara itu, berhampiran hotel lima bintang serta tanah komersiol di daerah Silom dan Sathorn.

Biro Hartanah Diraja turut memajak tanahnya kepada syarikat gergasi, Siam Paragon dan plaza beli-belah CentralWorld, bangunan Pasaran Saham Thailand, Pusat Konvensyen Ratu Sirikit dan bangunan pejabat Sermit and Sinthorn.

Menurut Aviruth, biro itu menguasai 1,413.6 hektar tanah di tengah Bangkok dan berdasarkan penilaian firma tempatan, ia bernilai AS$31 bilion (RM105 bilion) ketika ini.

Walaupun Biro Hartanah Diraja menyatakan pemilikannya di Bangkok hanya bernilai AS$9 bilion (RM30.5 bilion), Aviruth berkata, nilai itu adalah kos dikeluarkan ketika pembelian dibuat.

“Ia tidak mengambil kira pertambahan nilai hartanah dari semasa ke semasa,” katanya.

Menurut Aviruth, biro itu juga menguasai 5,058.6 hektar tanah di seluruh Thailand. Bagaimanapun, tiada data anggaran didapati sama ada daripada Porphant atau biro itu.

Anggaran dibuat Porphant bagi kekayaan Biro Hartanah Diraja juga tidak menyertakan sama nilai tanah berkenaan.

Hasil penelitian Porphant terhadap rekod sewa dan cukai dikutip pada 2005, Biro Hartanah Diraja menjana pendapatan sebanyak AS$56 juta (RM189.7 juta) dan dianggarkan sebanyak AS$79 juta (RM267.7 juta) mengikut harga pasaran ketika ini.

Porphant menjangkakan, sejak 1999 pendapatan daripada cukai dan sewa itu meningkat sekurang-kurangnya lima kali ganda.

Penulis, Paul Handley, berpendapat biro itu masih mengenakan cukai atau sewa lebih rendah berbanding nilai semasa.

“Tindakan itu dibuat untuk memberi kesan jangka panjang,” katanya.

Pegangan 30 peratus saham dalam Siam Cement Group — syarikat kedua terbesar di Thailand — pula dianggarkan bernilai AS$1.9 bilion (RM6.44 bilion), manakala 25 peratus ekuiti Siam Commercial Bank menjana kekayaan bernilai AS$1.1 bilion (RM3.73 bilion).

Sehingga Julai lalu, Biro Hartanah Diraja turut menguasai keseluruhan syarikat Deves Insurance dengan nilai AS$65 juta, selain kepentingan dalam pelbagai syarikat awam atau persendirian bernilai AS$600 juta.

Porphant mengetepikan nilai pelbagai syarikat pegangan saham lain milik Bhumibol, 80, dalam kajiannya. Ia juga tidak dimasukkan dalam anggaran dibuat Forbes.

Kebanyakan tanah berkenaan diserahkan kepada keluarga diraja dengan niat baik sejak berdekad lalu.

Sesetengahnya oleh petani yang tidak mempunyai waris atau percaya ia akan digunakan untuk kebaikan oleh istana Thailand.

Tanpa maklumat sahih, dipercayai kekayaan diurus Biro Hartanah Diraja itu dimanfaatkan Bhumibol dan isterinya, Permaisuri Sirikit, 76; empat anak, seorang menantu wanita, Puteri Vajiralongkorn dan lima cucu mereka.

Hampir semua 600 kakitangan biro itu bertugas menguruskan hartanah dimiliki dan kurang daripada 10 lagi menguruskan aset kewangan.

Sementara itu, Thailand menganggap laporan majalah Forbes mengenai kekayaan Bhumibol sebagai ‘tidak tepat dan tidak konsisten’.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar, perkiraan dibuat majalah berkenaan salah kerana menganggap pemilikan Biro Hartanah Diraja sebagai kekayaan raja berkenaan.

“Biro Hartanah Diraja adalah institusi ‘dimiliki semua rakyat Thailand’ dan menguruskan aset diraja Thailand,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 09:49 AM | Show all posts
ari tu baca yg raja thai ni kata perkiraan forbes tu salah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 01:09 PM | Show all posts
Originally posted by lambaian at 5-9-2008 09:49 AM
ari tu baca yg raja thai ni kata perkiraan forbes tu salah....


saja la nak cover tu. kalu dah sistem beraja(thai antara yang tertua) memang la segala kekayaan negeri dia yang punya.  mesti banyak reserve emas dan tanah, yang dah tentu2 harga naik setiap tahun. raja thai ni dah di sembah setaraf dengan agama derang
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2008 06:04 PM | Show all posts

Reply #24 aseela's post

yup..tu pasal rakyat dia betul2 menghormati raja dia nie
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2008 12:44 AM | Show all posts
mmg thai punye royal hse bagus.. rkyt hormat.. kaya.. yg best skali aku rasa kerabat they all nih ada tau sopan santun jgk lah kan? bkn cm kerabat kite nih, kata ketua agama tapi tetek ditayangkan ke merate tmpt. anak2 belaka smua minum air setan.. bgslah tu.. pastu nak org respek..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2008 05:25 AM | Show all posts
raja thai neh kaya sbb sumber pelancongan dan pelacoran gaks kan???
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 07:49 AM | Show all posts
Originally posted by 0077 at 6-9-2008 12:44 AM
mmg thai punye royal hse bagus.. rkyt hormat.. kaya.. yg best skali aku rasa kerabat they all nih ada tau sopan santun jgk lah kan? bkn cm kerabat kite nih, kata ketua agama tapi tetek ditayangka ...
yer...rakyat thai memang hormat pada raja mereka.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2008 08:22 AM | Show all posts
ingat kan bill gates tu paling kaya ade lagii ek org lagi kaya gile lahhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-12-2008 02:14 PM | Show all posts
Ramai rakyat Thailand berdoa



SEBAHAGIAN pelajar memegang lilin dalam majlis meraikan
keputeraan Raja Bhumibol di Sanam Luang, Bangkok semalam.



BANGKOK - Rakyat Thailand semalam muram ketika menyambut hari keputeraan ke-81 Raja Bhumibol Adulyadej kerana mereka bimbang berhubung kesihatan baginda.

Satu kenyataan istana semalam menyatakan bahawa Raja Bhumibol mengalami demam sejak Rabu lepas tetapi baginda sedang dirawat beberapa doktor di istana.

Raja Bhumibol diberikan rawatan air garam dan glukos di mana cecair itu dimasukkan terus ke dalam badan selepas baginda sukar menelan kerana jangkitan kerongkong.

Berikutan perkembangan itu, kerajaan sementara Thailand membatalkan sesi khas parlimen dijadualkan pada Isnin ini bagi memilih pengganti bekas Perdana Menteri, Somchai Wongsawat.

Somchai didapati bersalah baru-baru ini kerana kes penipuan undi parti pemerintah dan beliau dilarang melibatkan diri dalam politik selama lima tahun.

Raja Bhumibol yang disayangi rakyat telah tiga kali campur tangan dalam politik negara sejak tiga dekad menduduki takhta.

Baginda pernah dirawat selama beberapa minggu di sebuah hospital pada tahun lalu kerana masalah peredaran darah dan terdapat kebimbangan mengenai tahap kesihatannya.

"Jika keadaan Raja Bhumibol serius, perkara utama yang bermain di fikiran rakyat kini ialah siapa yang akan menjadi pengganti baginda dan menduduki takhta," kata seorang ahli sejarah Thailand di Universiti Kebangsaan Australia, Craig Reynolds.

Raja Bhumibol gagal berucap sempena hari keputeraan baginda kelmarin ketika rakyat Thailand berharap raja mereka akan menyeru ke arah penyatuan selepas bantahan oleh aktivis Perikatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) menyebabkan dua buah lapangan terbang utama di Bangkok ditutup selama seminggu. - Reuters



raja bhumipol pun tak boleh nak berucap dah..  dgn keadaan negara depa yg dok demo ke hulu demo ke hiliq...tutup airport....    raja pun dah tua... rasanya pressure kat dia gak.....  aku harap dia semboh
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 08:46 AM | Show all posts
get well soon
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2008 08:48 AM | Show all posts
get well soon
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 12:50 PM | Show all posts
dah tua...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2008 01:11 PM | Show all posts
Aku hormat raja Thai coz he is very kind and knows who is a good & bad person. Dia adalah Raja yang adil, pandai menilai mana baik dan buruk walaupun dia bukan islam. Dia tahu kalau orang tu jahat or tricky I really like this Raja but sedih kalau dia sakit coz hanya dia sahaja yang dapat mententeramkan Negeri thailand without him afraid things will get worse. Semoga dia cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 08:54 PM | Show all posts
apa khabar terbaru Raja Thai ni ye?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2008 08:15 PM | Show all posts
Wartawan BBC didakwa hina Raja Thailand

BANGKOK - Sebuah kumpulan yang memperjuangkan hak-hak wartawan mendesak polis Thailand menggugurkan beberapa dakwaan menghina raja negara berkenaan terhadap seorang wartawan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Wartawan itu, Jonathan Head dituduh menghina Raja Thailand, Raja Bhumibol Adulyadej dan jika didapati bersalah dia boleh dipenjara selama 15 tahun.

Tiga aduan dibuat oleh seorang pegawai polis Thailand dan pihak berkuasa masih belum memutuskan sama ada mahu mendakwa Head atau sebaliknya.

Seorang jurucakap Suruhanjaya Melindungi Wartawan, Bob Dietz berkata, sekarang adalah masa untuk para pendakwa raya dan penyiasat menggugurkan dakwaan terhadap Head.

"Laporan Head membangkitkan persoalan penting berhubung situasi politik yang semakin membimbangkan dan dia harus dibenarkan membuat laporan tanpa rasa takut," katanya.

Satu laporan dibuat berhubung penyiaran artikel ditulis Head pada 3 Disember lalu di mana dia mendakwa terdapat hubungan antara istana dengan kumpulan antikerajaan.

Anggota polis itu juga mengemukakan satu gambar yang memaparkan Head bersalaman dengan bekas Perdana Menteri Thailand yang digulingkan, Thaksin Shinawatra sebelum satu wawancara pada lewat 2001. - AP




satu lagi pasai raja thai ni...  dia bukan senang2 keluar kat public... masa pm baru datang kat istana pun.... hormat kat gambar dia ajer.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2009 03:53 PM | Show all posts
Sunday September 20, 2009Thai king gets second medical check-up in 4 days

BANGKOK (Reuters) - Thai King Bhumibol Adulyadej, the world's longest-reigning monarch, underwent his second medical check-up in four days at Bangkok's Siriraj Hospital, Prime Minister Abhisit Vejjajiva said on Sunday.

"There is no problem with His Majesty's condition. From my chats with doctors, there is nothing to be concerned about. The medical panel will issue a statement this evening," Abhisit told reporters after signing a visitors log book at the hospital.


A woman holds a portrait of Thailand's King Bhumibol Adulyadej at Siriraj Hospital in Bangkok March 12, 2009. (REUTERS/Chaiwat Subprasom/Files)
A hospital official said the 81-year-old monarch arrived at Siriraj late on Saturday.

The Royal Household Bureau isssued no public announcement on the king's first hospital visit last Wednesday, describing the check-up as routine.

The king also spent a day in hospital for a check-up in March. The bureau released no details of the results at that time, saying it was a private visit.

Last month, the monarch called for unity in deeply divided Thailand in a rare comment on a four-year political crisis marked by violent rallies, assassination attempts, dissolution of political parties and the seizure of Bangkok's main airports.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2009 11:40 PM | Show all posts
Sunday September 20, 2009
Thailand's 81-year-old King Bhumibol hospitalised

BANGKOK: Thailand's 81-year-old King Bhumibol Adulyadej, the world's longest-serving monarch, has been hospitalised after suffering from a fever and fatigue, the palace announced Sunday.

A statement from the Royal Household Bureau, read on the evening television news, said the king was taken to Siriraj Hospital on Saturday night on the advice of his doctors.

It said the monarch, who was also suffering from a loss of appetite, was being treated with a glucose drip and antibiotics while doctors diagnosed his illness.

Prime Minister Abhisit Vejjajiva told reporters earlier that doctors said the king's health gave no cause for concern.

Abhisit was one of a number of prominent people who visited the hospital Sunday to present their wishes for the king's recovery.

The king's health is an extremely sensitive topic in Thailand because of concerns that the succession may not go smoothly.

The heir apparent, his son Crown Prince Vajiralongkorn, does not yet have the stature or moral authority of his father.

In October 2007, the king suffered the symptoms of a minor stroke. Last year, he was unable to make his traditional annual birthday speech.

His daughter, Princess Sirindhorn, said he was weak and suffering from bronchitis and inflammation of the esophagus.

The king is revered by most Thais, but in recent years the palace has come in for unprecedented, though usually discreet, criticism because of allegations that the king's advisers interfered in politics, including playing a part in inspiring a 2006 military coup that ousted a democratically elected government.

Open discussion of the matter is barred by strict lese majeste laws that make criticism of the monarchy punishable by up to 15 years in prison.

It had been rumored since late last week that the king had visited the hospital, but the Thai press only reported the matter widely Sunday.

Tables were set up at the hospital for people to convey their best wishes for the king's health on Sunday and Monday. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 01:41 PM | Show all posts
padan muka! lantak nk mampus pun....muslim selatan puas kna tembak tp kau buat dekkk aje...dasar kapir la'natullah!:@
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 01:47 PM | Show all posts
Aku hormat raja Thai coz he is very kind and knows who is a good & bad person. Dia adalah Raja yang adil, pandai menilai mana baik dan buruk walaupun dia bukan islam. Dia tahu kalau orang tu jahat or  ...
Hiro Post at 10-12-2008 13:11


abis tu bakpo biarkan umat islam selatan thai ditindas...dia kan pemerintah...perintahkan je kt askar jgn tumpahkan darah umat islam...abis citer....tp tk gitu kan?
bakpo ada spy istana intip rkyt hok mengata mengeji raja....
bakpo guru agama ditangkap dlm klas dpe murid...konon bwk b.polis pas tu tk pulang2....ghaib!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.053794 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list