Pelik aku melihat gelagat2 perempuan2 di pasar ramadhan yg berpuasa tetapi berpakaian menjolok mata menjaja nasik lemak yg isinya hampir terkeluar, akal kamu tune lari ke?
Sahabatku sekelian..
berpuasa itu bukan sekadar berlapar shj..
betullah bagi mereka yg sudah terjaga daripada dosa-dosa lainnya,
seperti para sahabat yg terdekat dengan yg terdekat,
tapi sekarang lihatlah sekeliling kita,
api neraka merata-rata..
Lapar itu satu alat penguji
menguji ketahanan hati kita melawan desakan nafsu
menjadikannya genting dan melenting bila saja dicuit
barang sedikit pun..
yg lebih penting ialah objektifnya taqwa
jika lapar itu menjadi cara ujian,
benda yg diuji ialah akhlak kita..
maka berpuasalah dengan akhlak yg baik,
kalau sbl ni tidak bertudung, bertudunglah!
kerana kamu sedang berpuasa!
kalau sbl ni berpakai tidak menutup aurat, tutuplah!
kerana kamu sedang berpuasa!
kalau sbl ni kamu kaki betina, berhentilah!
kerana kamu sedang berpuasa!
kalau sbl ni kamu suka melihat aurat2 perempuan, tunduklah!
kerana kamu sedang berpuasa!
Wahai sahabat..
usah dikejar amalan-amalan yg hipokrit,
sekiranya akhlakmu masih seperti biasa buruknya,
tinggalkan kebiasaan burukmu,
itulah harga puasamu,
sungguh benar,
ibadah tu lebih ringan utk dilakukan
berbanding kesabaran meninggalkan tabiat buruk..
puasa itu bukan kelaparan,
tetapi keampuhan akhlak kamu yg diuji oleh desakan kelaparan..
itulah punca ketaqwaan..
berpuasalah sepenuhnya..
puasa itu bukan di perut semata-mata
tetapi di semua anggota yg selalunya menghiburkan
berpuasalah semuanya..
supaya selepasnya, kita mendapat sesuatu yg belum pernah kita ketahui..
insyaAllah.
further reading (puasa1, puasa2, puasa3) |