CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: junkredish

Jersi Malaysia Ada Warna Hitam

[Copy link]
Post time 10-9-2008 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 9-9-2008 09:44 PM




http://petaijeruk.blogspot.com/2007/05/nasrun-min-allah.html



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2008 08:56 PM | Show all posts
Jadilah sehebat harimau




Najib mahu atlit kita punya semangat juang segarang binatang lagenda itu apabila beraksi pada Sukan Sea Manila

IRINGAN warna belang Harimau Malaysia pada jersi kebangsaan diharap akan meniupkan ketangkasan, semangat juang dan daya ketahanan tinggi kepada atlit negara, bermula di Sukan Sea Manila 2005, 27 November - 5 Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pengenalan warna baru bagi jersi kebangsaan buat kali pertama selepas 48 tahun negara merdeka adalah sejarah baru yang boleh dibanggakan dalam bidang sukan.

Ia diharap menjadi identiti baru, pencetus semangat dan lambang juang yang lebih tinggi kepada atlit untuk bertanding berhabis-habisan, tidak mudah mengaku kalah dan berhempas pulas untuk mencari kemenangan.

Harimau belang adalah haiwan yang paling ditakuti haiwan lain kerana mempunyai sifat juang yang tinggi dan semangat yang kental semasa berjuang walaupun terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan mangsanya.

Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan secara sebulat suara memilih warna harimau belang untuk disandarkan kepada pakaian sukan atlit negara kerana ia melambangkan kesediaan ahli sukan kita daripada segi moral dan fizikal untuk menghadapi persaingan di dunia,
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 08:58 PM | Show all posts
Pada majlis itu, 33 pasukan futsal yang mengambil bahagian pada kejohanan Liga Futsal Kebangsaan 2006 bermula 6 Jan ini menerima tajaan jersi jenama FAMe untuk digunakan ketika beraksi nanti.

Johan pertandingan itu akan menerima hadiah wang tunai RM25,000, naib johan pula RM15,000 sementara tempat ketiga akan menerima RM5,000.


- Bernama -  03 Januari, 2006 17:24 PM




MORE FAMe



5th Jan, 2006 - The launch of the FA of Malaysia equipment
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 09:02 PM | Show all posts
Pelancaran Pakaian Atelit ke Sukan Komanwel








PUTRAJAYA - Cuaca sejuk di Melbourne yang mencecah 15 darjah Selsius menjadi perkara yang paling membimbangkan buat kontinjen negara apabila beraksi pada Sukan Komanwel 15-26 Mac ini.

Menteri Belia dan Sukan, Dato' Azalina Othman Said berkata, maklum balas yang diberikan oleh sebahagian atlet Malaysia yang sudah pun berada di Australia, mendapati cuaca di Melbourne adalah lebih sejuk daripada yang dijangkakan.

Justeru katanya, perkara itu agak membimbangkan, apatah lagi sebahagian besar atlet Malaysia akan menggunakan pakaian sukan baru sepanjang temasya tersebut.

``Kita bimbang seandainya material atau reka bentuk pakaian yang digunakan nanti tidak sesuai dengan cuaca yang sejuk, apatah lagi ada beberapa jenis acara yang menggunakan baju tanpa lengan.

``Saya harap semuanya akan berjalan dengan baik, tiada atlet yang akan kena demam atau selesema akibat daripada cuaca sejuk itu,'' kata Dato' Azalina ketika memperkenalkan pakaian kontinjen Sukan Komanwel di Putrajaya semalam.

Pasukan boling padang, yang menyumbangkan satu pingat emas pada temasya di Manchester 2002 antara atlet terawal yang sudah berada di Melbourne kerana menjalani latihan serta pertandingan sejak sebulan lalu.

Daripada 16 jenis sukan yang akan disertai oleh Malaysia pada Sukan Komanwel XVIII, 13 daripadanya akan menggunakan pakaian baru dengan tema ``Harimau Malaya''.

Pakaian tersebut menggunakan corak yang berkonsepkan harimau belang tetapi menggunakan material yang disesuaikan dengan sukan masing-masing.

Hanya atlet daripada sukan olahraga, hoki dan akuatik tidak dapat menggunakan pakaian berkonsepkan warna harimau belang - hitam dan oren itu.

``Olahraga terikat dengan penaja (Mizuno) yang tidak membenarkan mereka menggunakan reka bentuk pakaian baru,'' kata Dato' Azalina.

Bagi acara akuatik, material kain yang sukar diperoleh menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan hasrat untuk menggunakan baju Harimau Malaya.

Manakala bagi pasukan hoki, mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) sekiranya hendak menggunakan jersi baru, justeru masa yang ada terlalu suntuk. ``Bagaimanapun pada Sukan Asia di Doha (1-15 Disember) saya mahu memastikan semua kontinjen menggunakan pakaian Harimau Malaya,'' kata Dato' Azalina lagi.

Dato' Azalina juga menegaskan, penggunaan pakaian Harimau Malaya tidak akan memberi masalah kepada para penaja.

Katanya, mereka masih boleh mengekalkan logo dan nama masing-masing di atas jersi baru.

Jersi Harimau Malaya mula digunakan semasa Sukan SEA di Manila tahun lalu dan diperkenalkan bagi menyeragamkan pakaian atlet yang mewakili negara dalam kejohanan besar.

Pada Sukan Komanwel yang akan dibuka secara rasminya minggu depan, kontinjen negara yang terdiri daripada 168 atlet akan menyertai 14 daripada 16 acara yang dipertandingkan termasuk acara bagi atlet kurang upaya.



















Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 09:07 PM | Show all posts
FBT IN 15TH ASIAN GAMES, DOHA









FBT is proud to be associated in the dressing up
of the Malaysian Contingent for the 15th Asian Games with the vibrant Tiger stripes apparel.

The right to supply these bright and striking apparels worn by the Malaysian contingent in Doha was clinched by FBT agent in Malaysia, MESUMA Sports Sdn. Bhd. in a sponsorship with the Olympic Council of Malaysia.

The same apparels are also available to the Malaysian fans through a PR and Promotion campaign organised by MESUMA in collaboration with the OCM and the National Sports Council of Malaysia

For more information, please contact MESUMA Sports by e-mail or call +603 22741981


http://www.fbtsports.com/
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 09:41 AM | Show all posts
Agak retro warna belang2 hitam kuning yg digunakan oleh skuad kebangsaan M'sia ni. Tp...sepatutnye jersi yg seperti itu patut dipakai oleh mereka yg benar2 dpt beri persaingan dlm arena bola sepak serantau atau kebangsaan, seperti mana yg dibukti dan dibanggakan oleh barisan pemain pimpinan arwah Mokhtar dahari.

Lately pun pmain kebangsaan kita lebih selesa dgn jersi yg bewarna biru. Seperti ketika kemenangan mereka menjuarai Pestabola merdeka yg terbaru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2008 11:25 AM | Show all posts

Reply #20 HangPC2's post

Oic.Kelantan juga menggunakan lambang harimau.Kalau latar belakang pun merah dan Harimau berada ditengah-tengah,ini bermakna bendera Kelantan yg asal hampir sama dengan bendera Kedah Darul Aman yang asal iaitu Bendera Merah Harimau Lompat.Artikel yg menyentuh tentang bendera itu ada dalam Majalah Seni Beladiri keluaran tahun lalu yang mengisahkan tentang Kepahlawanan Kedah.
                 Malang sungguh pasukan Kebangsaan.Lambang Harimau tapi prestasi tak bagus.Bagi aku kepimpinan FAM lah yg bertanggungjawab dalam hal ini.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2008 10:40 PM | Show all posts
Jersi Away malaysia Tahun 70an




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2008 11:52 AM | Show all posts

Balas #28 HangPC2\ catat

Thanks HangPC2, aku suka giler jersey Malaysia time ni..... bentuk dan corak jersey yang sama tapi berwarna kuning yang dipakai oleh Malaysia pada 1979 ketika menewaskan Korea Selatan 2-1 dengan larian dari kiri menewaskan tiga pertahanan Korea sebelum dia leretkan bola ke tengah.... sebelum James Wong menggelecek seorang pemain pertahanan dan penjaga gol sebelum merembat ke gol......

Time tu... Malaysia ada 2 set jersey ni..... kuning dan puting.... aku ada yang putih lagi... retro betul... yang disimpan hampir 30 tahun..... ....

Gambar kat bawah tu... Ramli Junit... mendiang Ong Yu Tiang.... James Wong... Santokh Sing... Soh Cin Aun... Abdullah Ali... tak kenal.... Bakri Ibri.... tak cam.... tak cam....

Barisan bawah.... tak cam.... tak cam... tak cam..... Shukor Salleh... tak cam... tak cam... Jamal Nasir dan Zulkifli Hamzah....

Ada gambau-gambau lagi yang macam ni????
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 03:42 PM | Show all posts

Reply #29 SangSaka's post

belakang

ramli junit, ong yu tiang, james wong, santokh singh, soh chin aun, adbullah ali, tak ingat, bakri ibni, tak ingat,karl heinz weigang


duduk

davendran, alahhh siapa ni.. lupa, tak ingat, shukor salleh, tak ingat, abdah aliff, jamal nasir, zulkifli hamzah
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2008 03:51 PM | Show all posts

Reply #29 SangSaka's post

Pesta Bola Merdeka (1979)


Jersi Jenama Umbro








p/s: Sangsaka kalau boleh snap lah gambar jersi malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 11:49 AM | Show all posts

Balas #31 HangPC2\ catat

Barisan atas Mendiang Spiderman R. Arumugam (1), Abdullah Ali (11), x ingat, Shukor Salleh (6) (Penolong Kapten), Towkey Chin Aun (3), x ingat (gol keeper mana ni?), James Wong (paling tinggi... 6'2") (9), x ingat, Almarhum Supermokh (10), Bakri Ibni (8), Lim Chuan Chin (22).

Barisan Bawah - x ingat, Redzuan Abdullah (kalu tak salah) (12), Yunus Alif, x ingat, Ramli Junit????, Jamal Nasir (2), x ingat.

Tak pernah fikir lak Mesia ada jersey jenama UMBRO..... sejak bila tukar ke adidas yek??? Dulu2 masa zaman kemuncak kejayaan Mesia .... jersey retro yang warna putih dan kuning tula yang dipakai...... tahun 1979 masa perlawanan Pra-Olimpik akhir lawan Korea pon pakai jersey tu......

Jersey adidas tu ada.... tapi sama sebijik macam jersey yang kat atas tu... warna pon putih......

Ada lagi gambar2 bola tahun 1979-1981???? Zaman kemuncak masa tu....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 02:00 PM | Show all posts

Reply #32 SangSaka's post

Muzium Negeri Selangor Shah Alam


Jersi Jenama Umbro








Malaysia vs Korea Selatan (Piala Presiden Park Korea Selatan 1976)


Jersi Jenama Adidas






Malaysia vs Korea Selatan (Final Pesta Bola Merdeka 1979)


Jersi Jenama Adidas









Piala Presiden Park Di Korea Selatan (1988)


Jersi Jenama Adidas




[ Last edited by  HangPC2 at 8-10-2008 02:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 01:35 AM | Show all posts
Pesta Bola Merdeka (1979)


Jersi Jenama Umbro



Korean Kim Jae Han leaping and knocking over Malaysian player Nik Fauzi in a Merdeka Cup football match in Kuala Lumpur.





Credit

jeffooi.com
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:20 PM GMT+8 , Processed in 0.081964 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list