CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

USA Ekonomi genting: Update: ekonomi usa makin buruk

[Copy link]
 Author| Post time 23-9-2008 06:09 AM | Show all posts
Dua bank pelaburan AS tamat era gemilang


DUA orang berjalan dekat ibu pejabat Bank Morgan Stanley
di New York pada Khamis lalu.


WASHINGTON - Satu era berakhir di Wall Street, New York apabila Rizab Persekutuan membenarkan dua bank pelaburan gergasi, Goldman Sachs dan Morgan Stanley menjadi bank biasa bagi meneruskan operasi berikutan krisis kewangan di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Bank Morgan Stanley yang ditubuhkan pada 1935 beroperasi di 33 buah negara dan mempunyai 45,000 pekerja manakala asetnya sehingga 2007 adalah dianggarkan bernilai AS$779 bilion (RM2.66 trilion).

Rizab Persekutuan mengumumkan kelmarin bahawa ia meluluskan permohonan kedua-dua bank itu untuk menukar status kepada bank komersiol.

Bank Goldman Sachs pada mulanya ditubuhkan pada 1869 tetapi sehingga 2007, asetnya dianggarkan bernilai AS$1.11 trilon (RM3.83 trilion).

Penukaran status daripada bank pelaburan kepada bank komersiol itu membolehkan Bank Goldman Sachs dan Bank Morgan Stanley mengambil deposit sekali gus meningkatkan sumber kewangan.


Peralihan status tersebut juga akan membolehkan kedua-dua gergasi kewangan itu membeli sebuah bank komersiol, bergabung dengan sebuah lagi bank atau mewujudkan anak syarikat bank.

Kedua-dua bank itu juga bolah menawarkan perkhidmatan akaun simpanan kepada orang awam sama seperti yang dilakukan oleh Citibank dan JPMorgan Chase.

Bank Goldman Sachs dan Bank Morgan Stanley itu juga boleh memperoleh pinjaman jangka pendek daripada Rizab Persekutuan.

Kedua-dua bank itu sebelum ini menghadapi tekanan selepas Bank Merrill Lynch dijual kepada Bank of America manakala bank pelaburan keempat terbesar AS, Lehman Brothers muflis pada minggu lalu.


BEBERAPA buah kereta melepasi bangunan ibu pejabat
Lehman Brothers di New York semalam.


Rizab Persekutuan turut terpaksa campur tangan dengan memberikan pinjaman sebanyak AS$85 bilion (RM293.66 bilion) bagi menyelamatkan firma gergasi insurans, American International Group Inc. (AIG) yang juga penaja kelab bola sepak Manchester United (MU) daripada menerima nasib sama seperti Bank Lehman Brothers.

Sebelum ini pelabur-pelabur bimbang bank-bank pelaburan yang masih terselamat akibat krisis kewangan di AS tidak lagi mampu bertahan.

Terdapat spekulasi bahawa kedua-dua itu tidak mampu untuk bertahan berdasarkan kedudukan kewangan terkini kerana dana Bank Goldman Sachs dan Bank Morgan Stanley yang disimpan di Bank Lehman Brothers sudah dibekukan kerana muflis.

Sebelum ini Rizab Persekutuan turut bertindak dengan menyelamatkan dua firma gergasi gadai janji iaitu Fannie Mae dan Freddie Mac.

- Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2008 08:10 AM | Show all posts
Ekonomi AS genting


WASINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush meminta calon presiden Barack Obama dan John McCain menyertai mesyuarat luar biasa untuk menyelamatkan pasaran kewangan di Wall Street bernilai AS$700 bilion (RM2.4 trilion).

Sebelum ini para pemimpin Demokrat dan Republikan hampir bersetuju dengan pelan tersebut yang lebih memberi perlindungan kepada pembayar cukai.

Ahli-ahli kongres kanan dan para pegawai pentadbiran Bush berjaya menyelesaikan beberapa masalah utama perjanjian penyelamatan tersebut.

Mereka juga bersetuju untuk mengehadkan pakej bayaran kepada para eksekutif yang memberi manfaat kepada syarikat korporat.

Bagaimanapun, mereka masih berusaha menyelesaikan beberapa elemen utama termasuklah langkah menyediakan fasa-fasa bayaran yang berkos tinggi.

Beberapa pemimpin Demokrat dan Republikan menggesa langkah itu dilaksanakan dan mahu kawalan yang lebih terhadap pelan itu tanpa menakutkan pasaran.

Satu pelan yang membolehkan kerajaan mengambil alih syarikat bermasalah daripada hanya membeli hutang tertunggak juga terkandung dalam rundingan.

Mesyuarat yang dihadiri oleh para pemimpin dua parti itu berlangsung semalam bagi memulakan merangka satu persetujuan yang diharap dapat diluluskan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Teras pelan itu menjangkakan kesan tindakan kerajaan membeli aset firma kewangan yang bermasalah bagi menghalang ia daripada jatuh muflis dan mengelak berlakunya kemelesetan ekonomi yang teruk.

Bush yang berucap dalam satu siaran televisyen kelmarin meluluskan pelan itu merupakan sesuatu yang sukar untuk diluluskan oleh Kongres tetapi ekonomi serta rakyat AS mungkin menghadapi kesan yang teruk sekiranya ia tidak dilaksanakan.

"Tanpa tindak balas pantas oleh Kongres, kewangan AS mungkin terjerumus ke dalam situasi yang cemas. Seluruh ekonomi kini dalam bahaya," jelasnya. - AP





habis la  amerikana!!!  
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 09:33 AM | Show all posts
balasan tuhan...dok buat naya sgt kat org islam.....:@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 03:39 PM | Show all posts
Originally posted by tarabas1976 at 16-9-2008 09:09
baca berita semalam, kejatuhan bank-bank besar di US akan mencipta satu krisis ekonomi di Asia. Pasni, kita akan dengar statement Nor Yaacob...."krisis kewangan di US tidak akan menjejaskan ekono ...


statement buduhs lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2008 12:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2008 06:39 PM | Show all posts
Krisis kewangan: Kongres AS lulus dana AS$700 bilion
28/09/2008

WASHINGTON 28 Sept.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2008 01:01 PM | Show all posts
Selasa September 30, 2008

Dewan Amerika tolak pelan penyelamat krisis ekonomi RM2.4 trilion

WASHINGTON: Usaha pentadbiran Presiden George W. Bush untuk menyelamatkan krisis kewangan negara itu daripada menjadi lebih teruk terbantut ekoran keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) semalam menolak pelan kecemasan bernilai kira-kira RM2.4 trilion (AS$700 dolar).

White House mengusahakan pelan berkenaan untuk mengatasi krisis kewangan yang dilihat sebagai paling buruk sejak kemelesetan dunia pada 1930.

Malah, keputusan itu juga mengejutkan kerajaan, Wall Street dan pasaran seluruh dunia.

Pemerhati-pemerhati pula melihat perkembangan terbaru itu akan mencetuskan kebimbangan baru di kalangan masyarakat dunia.

Perkembangan terbaru itu juga dilihat sebagai satu kegagalan buat Bush yang berusaha mendapatkan sokongan negaranya - termasuk kedua-dua calon Presiden - bagi keluar daripada masalah terbesar sepanjang lapan tahun beliau berada di White House.

"Kita meletakkan pelan yang besar kerana kita berhadapan dengan masalah besar," kata Bush semalam.

Jurucakapnya, Tony Fratto berkata, Bush sangat "kecewa" dengan perkembangan tersebut.

Bush lebih kecewa kerana anggota-anggota partinya, Republikan sendiri yang membantah dan menolak pelan kecemasan tersebut.

Pelan itu menerima undi bantahan 228 berbanding 205 yang menyokong, dengan 133 anggota Republikan membantah usaha Bush bersama 95 anggota Demokrat.

Usaha tersebut disokong oleh 140 anggota Demokrat dan 65 anggota Republikan.

Ia sekali gus memaksa pentadbiran Bush, yang akan mengakhiri kepimpinannya selama lapan tahun Januari depan, memfokus untuk tampil dengan strategi baru hari ini.

Malah perkembangan tersebut juga memaksa Dow Jones merosot 777 mata - yang paling tinggi dalam satu-satu hari pasaran.

"Kita perlu melakukan sesuatu bagi membolehkan pelan menyelamat ini menjadi kenyataan," kata Setiausaha Perbendaharan AS, Henry Paulson, yang wajahnya berkerut dan masam selepas melihat penolakan Dewan Perwakilan.

Selepas ditolak, beliau dan Pengerusi Federal Reserve, Ben Bernanke menyertai sesi strategi kecemasan di White House.

Di Capitol Hill, pemimpin-pemimpin Demokrat berkata, Dewan Perwakilan akan bersidang semula esok - bagi memberi harapan agar krisis kewangan yang dihadapi AS sekarang dapat diatasi dengan pelan baru.

Mengenai kesannya, Paulson berkata, kegagalan meluluskan pelan berkenaan akan menyebabkan 'kemarau' kredit bagi perniagaan kecil dan besar, sekali gus menyebabkan mereka gagal membuat pembayaran gaji ataupun membeli inventori.

Bagaimanapun kata Paulson, beliau akan berusaha untuk menyelamatkan pelan berkenaan.

"Adalah sangat penting (untuk menyelamatkan pelan kecemasan) daripada menyebabkan ia gagal," katanya lagi.

Anggota yang menyokong pelan berpendapat usaha sedemikian sangat perlu untuk mengelak keruntuhan sistem ekonomi AS, yang jika berlaku bukan sahaja akan menjejaskan pasaran-pasaran pelaburan Wall Street, malah kemungkinan simpanan dan portfolio berjuta-juta rakyat AS.

Malah mereka berpendapat kegagalan pelan itu juga akan memberi kesan ke atas ekonomi Eropah dan dunia.

Bagaimanapun pihak yang menentang pelan berkenaan berpendapat usaha itu terlalu tergesa-gesa dan akan menyebabkan penggunaan wang pembayar cukai untuk menyelamatkan pelaburan buruk peserta-peserta pasaran Wall Street. Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 03:08 AM | Show all posts
AS diambang kemelesetan ekonomi


BROKER-BROKER berurus niaga di Bursa Saham New
York pada pagi semalam.

MADRID - Pesuruhjaya Hal Ehwal Kewangan Ekonomi Kesatuan Eropah, Joaquin Almunia menyatakan bahawa Amerika Syarikat (AS) kini diambang kemelesetan ekonomi, lapor sebuah akhbar semalam.

Risiko negara ekonomi terbesar dunia itu dilanda kemelesetan benar-benar wujud dan tumpuan perlu diberikan terhadap senario tersebut, kata Almunia ketika berucap di sebuah forum ekonomi di Madrid, Sepanyol.

Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporan ekonomi dunia yang diterbitkan kelmarin meramalkan bahawa pertumbuhan ekonomi AS hampir terbantut pada tahun hadapan dengan peningkatan hanya 0.1 peratus.

Keadaan tersebut, katanya merupakan yang terburuk menimpa ekonomi AS sejak tahun 1991 apabila negara kuasa besar itu sedang pulih daripada kemelesetan.

Menurut IMF, AS sedang dilanda ribut krisis kewangan dan ekonominya sedang mengucup dengan cepat.

Ramai pakar ekonomi percaya ekonomi AS akan mengucup dalam tiga bulan terakhir tahun ini dan tiga bulan pertama tahun hadapan sekali gus menepati definisi kemelesetan. - AFP




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2008 08:56 AM | Show all posts
AS jamin atasi krisis kewangan   
                              
WASHINGTONresiden Amerika Syarikat George W Bush semalam menegaskan kerajaannya memulakan usaha untuk segera mengatasi krisis kewangan yang kian meruncing dan turut menjejaskan pasaran saham, tetapi pada masa sama mengakui rasa cemas pelabur menyebabkan saham terus menjunam.

揔erajaan Amerika memang melaksanakan langkah bersesuaian dan kami akan terus bertindak bagi mengatasi krisis ini serta memulihkan kestabilan pasaran saham negara ini,
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 09:15 AM | Show all posts

Reply #29 derose83's post

bley cayer  ke  jaminang   amerikana nih... :@
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2008 01:05 PM | Show all posts
ntah la amazed....
kita tgk la nanti samada bush cakap kosong @ x.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 08:36 AM | Show all posts
31 negeri Amerika tenat


PETUGAS Lembaga Perdagangan Chicago
membaca  akhbar mengenai keadaan
ekonomi Amerika yang semakin parah.

Alami defisit RM170.8b, tak mampu bayar gaji pekerja awam

WASHINGTON:Krisis kewangan Amerika Syarikat kian meruncing apabilasekurang-kurangnya 31 negeri termasuk yang bergelar 'lubuk emas'seperti California, New York dan Florida sudah tidak lagi mampu mampu membayar gaji pekerja awam dan terpaksa mendapatkan bantuan Persekutuan.

Malah, kos keseluruhan masalah ekonomi yang dihadapi negeri itu berkemungkinan mencecah kira-kira AS$53.4 bilion (RM170.8 bilion).

Business Week memetik data Pusat Keutamaan Dasar dan Belanjawan setakat akhir bulan lalu melaporkan semalam, California atau nama jolokannya 'Golden State' berdepan defisit atau pengurangan belanjawannya sejumlah AS$15 bilion (RM48 bilion), terpaksa bergantung kepada bantuan kerajaan Persekutuan untuk mengatasi kemelut itu.

Berikutan itu, California terpaksa meminta bantuan baru AS$7bilion (RM22.4 bilion) bagi mengatasi masalah kekurangan bajetnya itu.

Jika tidak, ia tidak mungkin dapat membayar gaji pekerja penting seperti guru, polis, anggota bomba dan penyelamat serta perkhidmatan penting lain.
                                 
Sementaraitu, kumpulan negara kaya dunia yang mengadakan pertemuan di ibu negara Amerika Syarikat semalam ketika dunia berdepan krisis kewangan, sekada rberikrar melaksanakan semua langkah wajar bagi menggerakkan semula pasaran kredit selain memastikan institusi kewangan dapat meningkatkan semula kewangan mereka.

Bagaimanapun, kenyataan barisan Menteri Kewangan Negara Kumpulan Tujuh (G7) termasuk Amerika, Kanada, Britain, Perancis, Itali,Jerman dan Jepun yang bermesyuarat lebih tiga jam lamanya itu. � Agensi
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 09:07 AM | Show all posts
Eksekutif AIG terus berbelanja mewah ketika firma gawat

CHARLOTTE, North Carolina 16 Okt.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 10:05 AM | Show all posts
aku tingat recession in 30s kat amerikana  macam ni la lagaknyer...  masa jaman2 alcapone dulu...  teruk chicago masa tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 01:42 PM | Show all posts

Balas #34 amazed\ catat

drg nih mmg jenis x sedaq diri btul...dh la syarikat nk muflis boleh pi enjoy sana sini.kalau rizab persekutuan tuh tarik balik pinjaman....ternganga la drg...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 02:26 PM | Show all posts

Krisis Ekonomi di Amerika Syarikat # 1 - Bagaimana ianya bermula?

Kebelakangan ini kita dikejutkan oleh krisis ekonomi yang amatserius yang berlaku di Amerika Syarikat. Saya sendiri amat tertarikuntuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang krisis ekonomi ini keranawalaupun mungkin ramai daripada kita yang kurang bersetuju dengantindakan2 AS di dunia ini, kita tidak boleh menafikan yang jika ekonomiAS merudum, ianya akan mengheret ekonomi-ekonomi dunia lain termasuklahjuga ekonomi Malaysia.

Indeks bursa saham seluruh dunia jatuh bagaikan pin boling dengandidahuli oleh ruduman yang menakutkan di Wall Street di mana indeksjatuh sebesar 700 mata dalam sehari!. Indeks Bursa Saham Wall Streetturun di bawah 10,000 mata minggu ini dan hari ini indeks Dow Jonesturun ke 9,955.50 iaitu penurunan sebanyak 369.88 mata atau 3.58%.

Walaupun kerajaan Malaysia telah berjaya mempelbagaikannegara-negara yang berdagang dengan kita seperti mempertingkatkanperdangangan dengan Jepun dan China tetapi kita juga akan merasai kesansampingan atau 抯ide effect
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2008 02:31 PM | Show all posts
cikgu.. tolong susun sket artikel kat atas ni.. berpinau nak bc.. macih..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2008 02:32 PM | Show all posts
dulu kate anwar ejen US ..knapa kite kene side effect truk...kite kan dari dulu lg dasar pndang ke timur..lagipun menteri2 ckp kite ade kuasa dalaman
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2008 08:11 AM | Show all posts
Ragu cara Bush selamat AS


SEJUMLAH penunjuk perasaan mengadakan protes
terhadap pelan penyelamat kerajaan Amerika Syarikat
(AS) di luar Bursa Saham New York kelmarin.



WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semalam menyatakan kini bukan masanya bagi negara-negara di dunia untuk menggugurkan dasar pasaran bebas atau meluluskan perubahan yang mampu mengancam perdagangan bebas.

Bush membuat kenyataan itu menerusi radio selepas bekas Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Alan Greenspan memberitahu Kongres bahawa krisis kewangan menyebabkan beliau berada dalam keadaan terkejut.

Presiden AS itu yang akan menyambut ketibaan pemimpin-pemimpin dunia pada 15 November ini di Washington menyuarakan keyakinan bahawa ekonomi akan kembali cergas.

"Dan ketidaktentuan global ekonomi pastinya akan menjadi waktu yang silap untuk menolak kaedah yang sudah terbukti bagi mencipta kemakmuran dan harapan," katanya.

Sejak beberapa minggu lalu, kerajaan AS sudah mengambil beberapa langkah yang tidak pernah dilakukan untuk mencairkan pasaran kredit dan mengelak apa diramalkan oleh ahli ekonomi sebagai satu kemelesetan bagi tempoh panjang.

Pasaran saham dunia turut menjunam dan harga minyak jatuh ke peringkat paling rendah dalam tempoh lebih setahun didorong kewujudan bahawa kerajaan, bank-bank negara dan menteri kewangan tidak mampu menghentikan krisis ekonomi daripada berlaku.

Indeks Dow Jones di New York menurun sebanyak 312 mata dengan mencatatkan 8,378 mata manakala indeks-indeks bursa saham dunia lain jatuh lebih tiga peratus kelmarin.

Bush berkata, langkah yang sudah diambil oleh kerajaan seperti pakej berjumlah AS$700 bilion (RM2.5 trilion) untuk membeli aset dari bank-bank dan institusi kewangan selain meningkatkan jaminan keselamatan deposit mula menunjukkan kesan.

Bagaimanapun, jurucakap kepada calon Presiden AS Barack Obama daripada Parti Demokrat, Bill Burton menyatakan usaha Bush itu belum mencukupi.
Menurutnya, Presiden AS itu tidak mewujudkan peluang pekerjaan sekali gus memberi kelegaan kepada lebih 100 juta penduduk Amerika. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2008 03:08 AM | Show all posts
Berbelanja besar sebelum muflis

LONDON – Bos-bos bank pelaburan Lehman Brothers membelanjakan £10 juta (RM56.6 juta) untuk menikmati hidangan mewah dan perjalanan kelas pertama sebulan sebelum bank berkenaan yang pernah tersenarai sebagai keempat terbesar di Amerika Syarikat (AS) muflis, lapor sebuah akhbar semalam.

Transaksi yang dilakukan menerusi kad kredit itu termasuk perbelanjaan sewa helikopter dan limousin di London dan New York serta makan di restoran-restoran terbaik di Eropah selain penginapan di hotel-hotel lima bintang.

Kakitangan firma kad, American Express yang merupakan anak syarikat Lehman Brothers bimbang mereka akan menanggung kerugian itu dan akan dibuang kerja. – Agensi





yikessssssss   padan pun.. bangkerap!!!   pangai sorang2 tak semenggah camni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.068271 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list