|
salafiyyah wahabiyyah mujassimah (dan musyabbihah)?
[Copy link]
|
|
Reply #20 nahzaluz's post
Saya terjemahkan petikan di atas secara literal :
Abul Hasan al-Asy'ari berkata di dlm kitabnya al-Ibanah: bab pada menjelaskan pendapat ahlul haq dan dan sunnah ... bahawa yg kami berpendapat dengannya dan agama yg kami beragama dengannya ialah berpegang dgn kitab Tuhan kami Azza wa jalla dan sunnah Nabi kami a.s dan apa yang diriwayatkan dari para sahabat, tabi抜en dan para imam hadis, kami berpegang dengannya dan dengan pendapat Abu Abdillah Ahmad bin Hambal (semoga Allah mencerahkan mukanya) |
|
|
|
|
|
|
|
benarkah imam al asy'ariyyy mengarang al ibanah ?
atau rekaan dari golongan wahabiyy ?
atau memang ia mengarang ibaanah tetapi telah di " versikan wahabiyy " di arab saudi seperti riyadhussooolihieeeen versi wahabi atau hayatussohabah karangan syaikh yusuf alkandhlawi yg diubah menjadi versi wahabiyyy atau seperti soheh bukhariyy & muslim yg di ubah menjadi " soheh albaniyyy " ( heran jugak, mcm lah albaniyy tuh hidup sezaman dgn tabiin ) ?
maka benarlah aqidah wahabiyy nih memang menjurus ke arah TAJSIM & TASYBIH serta mirip seperti golongan AL MUSYABBIHAH ....
sebab, kesalahan mereka ialah :
1) membicarakan atau menyentuh hal2 ayat mutasyabihat .... sedangkan ulamak2 mutaqoddimien & salaf langsung x membicarakan hal2 ayat mutasybihat .... kaum wahabiyy malah MERUMUSKANNYA ....
2) kaum wahabiyy menafsirkan atau memterjemahkan ayat2 mutasyabihat secara literal ( seperti menafsirkan/terjemah ayat2 muhkamat ) ... maka di sini, terang2 lah kesalahan mereka lantas menjurus ke arah tajsim & tasybih secara x di sedari & secara x langsung .....
[ Last edited by sirri_khafi at 20-9-2008 12:43 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
yg hairannya ....
mereka menafsirkan ayat2 mutasyabihat yg berkaitan dgn ALLAH SWT secara literal ...
tetapi mereka menta'wil pula ayat 72 dari surah al isrooo' ? ( lihat posting #18 ) ....
sesungguhnya, kaum wahabiyy memang golongan yg mencipta pendapat2 yg ganjil & pelik serta sentiasa berlawanan & bercanggah pendapat2 mereka itu jika di perhatikan betul2 ....
maka, mereka yg jahil mudah menjadi mangsa golongan ini dan kebanyakan yg menjadi mangsa golongan ini ialah golongan ipta .....
oleh itu, usaha dakwah perlu di jln kan utk membasmi fahaman wahabiyy yg songsang ini ...
saya juga ada membaca artikel2 yg menjatuhkan kemuliaan para nabi AS yg dtg nya dari seorg mufti dari negeri utara ....
antara keceluparan mufti itu ialah mendakwa para2 nabi AS itu SESAT sebelum NUBUWWAH seperti kisah nabi ibrohim AS di dlm surah AL AN'AAAM ...
tapi walau bagaimana pun thread ini membincangkan soal2 tajsim & tasybih, so kita fokus perbincangan thread ....
nanti boleh bikin thread baru tentang masaalah ini ....
ataupun tukarkan shj nama thread nih ke AQIDAH WAHABIYY, so skop perbincangan ini akan meliputi semua yg berkaitan hal2 aqidah islam ....
WALLAHU A'LAM .... ![](static/image/smiley/default/smile.gif)
[ Last edited by sirri_khafi at 20-9-2008 12:48 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #23 sirri_khafi's post
relaks la ustaz. satu satu laa. bncg bab mujassimah musyabbihah dulu.
ok. buku yg ustaz quote tu pengarangnya tak hurai dgn detail sbb buku dia tu tujuannya nak bgtau akidah terakhir Imam al-Asy'ari. dia kopipes dari buku al-Ibanah. dia juga sebut beberapa org ulama' yg kata kitab tu mmg Imam al-Asy'ari tulih. tapi saya tak nafi perkara tu sebenarnya ada khilaf. kalu nak bncg isu tu kemudianlah.
jd utk huraian detail sikit saya cdg nak ambil apa yg Syeikh al-Syanqiti pengarang Adwa'ul bayan tulih. saya akan buat ringkasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 nahzaluz's post
pd saya, pendapat2 golongan wahabiyy memang sentiasa bercanggah & pelik & ganjil serta x der pendirian yg tetap ...
jika di perhatikan posting2 ikhwanido, seolah2 golongan wahabiyy ini membidas KAUM AS'ARIYYYAH ...
tetapi dlm masa yg sama, kaum wahabiyy klaim imam asy'ariyy itu GOLONGAN mereka pulak ! ( wahabiyy ) ...
malah, kaum wahabiyy mengingkari adanya makna2 batin @ wujudnya takwil terhadap ayat2 ALQURAN & hadis MUTASYAAABIHAT ... ( rujuk posting #7 ) ..
sedangkan wujud sebuah hadis yg berbunyi " ALQURAN itu mempunyai tujuh lapis makna " ( minta maaf, saya x jumpa rujukan hadis ini ... mungkin, rakan ASWJ aliran asy'ariyyy & matridiyyy boleh membantu ) ...
so, banyak lagi kekeliruan, percanggahan, kepelikan & keganjilan yg timbul jika di perhatikan, di kaji & di renungkan betul2 aqidah golongan wahabiyyy nih ... ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif)
[ Last edited by sirri_khafi at 21-9-2008 02:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah sekarng baru nampak jelas perbezaan antara wahabiy dan ahli sunnah wal jamaah. |
|
|
|
|
|
|
|
salam... tumpang sekaki.... :victory:
di dlm buku : AQIDAH SALAF PEGANGAN TERAKHIR IMAM AL ASY'ARI, karangansyaikh hammad bin muhammad al ansari ( pensyarah universiti islammadinah ) yg di terjemah oleh abdullah al qori ...
terdapat ciri2 tajsim & tasybih buku ini ... sila baca bab :rumusan aqidah salaf dlm ibaanah & maqoolat dll ( baca satu bukuterus, senang ! )
antaranya ialah : ALLAH swt mempunyai wajah, mempunyai dua tangan, mempunyai mata, mempunyai jari dll ...
kesalahan org wahabiyy ialah : merumuskan ayat2 mutasyabihat secaraliteral ( secara zahir/ merumuskan ayat2 mutasyabihat seperti ayat2muhkamat )
bukankah sumer yang diboldkan tu 'perkataan'nya ada dalam al-Quran dan Allah s.w.t 'idhofatkan perkataan2 tersebut kepada diriNya...
ويبقى وجه ربك @ لما خلقت بيدي dll.
cuba saudara Xterjemahkan perkataan tu... bukankah dengan men'terjemah'kan setiap perkataan tu bermaksud saudara telah merangkumkan skop bagi perataan وجه contohnya kepada 'MUKA'? mana saudara tahu perkataan وجه tu Allah s.w.t maksudkan MUKA? adakah ini juga 'tasybih' (macam wahabi) kalau saudara sirri Xkaitkan dengan "laisa kamislihi syai'?
takut nak TA'WIL sebab saya bukan ahli TAFSIR serta nak amalkan sifat berhati2 & taqwa ...
baiklah... banyangkan anda seorang 'Arab yang tentu sekali memahami setiap perkataan arab..... apakah yang anda akan fahami bila melihat sahaja perkataan ini يد? dan ini وجه? anda tak perlu 'terjemah' 'tafsir' dulu pun tentu anda dah faham apa maksud penggunaan perkataan tersebut...
org wahabiyy pulak : diorg cakap x ta'wil, tapi merumuskan terus seolah mereka tahu akan kaifiat nya ...
yang saudara terjemahkan setiap perkataan 'Mutasyabihat' (muka, tangan dll) tu macamlah saudara tahu akan maksud sebenar perkataan tu di wahyukan... bukankah ini juga 'tasybih' (macam wahabi) kalau saudara sirri Xkaitkan dengan "laisa kamislihi syai'?
dan
Xpernah pulak kudengar mana2 ostad etc. yang mmg btl2 digelarkan 'wahabi' ni kata tangan tuhan tu macam makhluk.... yang aku tau, semuanya tertakluk kepada ayat ni...
" ...... TIDAK ADA SESUATU PUN YG SERUPA DGN DIA, DAN DIA LAH YG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MELIHAT ".
SURAH ASY SYUUOROO AYAT 11
atau saudara sirri pernah dengar mana2 gang wahabi kata يد / 'tangan' (otometik mafhum bagi perkataan tu jika anda seorang arab) tu seperti 'tangan' manusia etc.? (subahanallah!) kalau ada, kompem mamat tu sesat, bukan takat wahabi bahkan 'musyabbihah' terus!
p/s : kenapa saya terjemahkan tu sbb bila sebut perkataan يد, yang terlintas di hati saya ialah 'tangan' tanpa sedetikpun niat 'tasybih'...
pada pandangan saya, tidak salah kita terima sahaja apayang Allah s.w.t wahyukan dalam kitab suciNya tanpa kita takwilkan sekalipun... dengan syarat kita tidak 'tasybih'kan mana2 darinya dan tertakluk kepada 'aqidah ini...
" ...... TIDAK ADA SESUATU PUN YG SERUPA DGN DIA, DAN DIA LAH YG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MELIHAT ".
SURAH ASY SYUUOROO AYAT 11
Wallahu a'lam..... |
|
|
|
|
|
|
|
Asas-asas Bagi Orang Awam dalam Berinteraksi dengan Nas-nas Mutasyabihat
(Huraian kepada Ringkasan Bab Pertama bagi Risalah Iljamul' Awam karangan Imam Al-Ghazali r.a..)
Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali r.a. berkata:
"Ketahuilah bahawasanya kebenaran yang jelas, sepertimana yang dijelaskan oleh ahlul basa'ir (orang yang celik mata hatinya) ialah mazhab Salaf, iaitu yang saya maksudkan di sini, ialah, mazhab para sahabat dan tabi'in[1], dan saya akan jelaskannya beserta dalil-dalinya.
"Maka saya berkata: Hakikat mazhab salaf, yang mana merupakan mazhab yang yang benar pada pandangan kami (ulama' Islam), iaitu, apabila sampai suatu hadith yang mutasyabihat[2], kepada orang awam (kaum muslimin yang awam)[3], maka wajib bagi mereka (orang awam tersebut) berpegang dengan tujuh perkara ini iaitu: Taqdis (menyucikan Allah s.w.t.), kemudian Tasdiq (membenarkan apa yang disampaikan oleh Allah s.w.t.), kemudian mengakui kelemahan (dalam memahami nas-nas mutasyabihat tersebut), kemudian bersikap berdiam diri (tidak mendalami permasalahan tersebut), kemudian tidak berbicara tentang masalah tersebut, kemudian tidak merenungkan dan berfikir tentang makna-makna perkataan tersebut dan seterusnya menyerahkan ilmu mengenainya kepada ahli makrifat.
Huraiannya:
Asas Pertama: At-Taqdis (Menyucikan)
Imam Al-Ghazali r.a. berkata:
"Kaedah Pertama: At-Taqdis: Yang saya maksudkan ialah, menyucikan Allah s.w.t. daripada kejisiman dan kelaziman-kelazimannya"
Al-Faqir mengulas dengan bantuan Allah s.w.t.:
Ini merupakan kaedah asas bagi orang-orang awam yang tidak mampu untuk mendalami perbahasan-perbahasan ilmu kalam, ketika berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat.
Adapun contoh-contoh bagi nas-nas mutasyabihat adalah:
Semua yang ada di bumi itu akan binasa. (26) Dan tetap kekal wajh (dalam bahasa Melayu bermaksud wajah) Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. (27) (Surah Al-Rahman: 26-27)
Allah s.w.t. berfirman lagi:
Yadd (dalam bahasa Melayu bermaksud tangan) Allah di atas tangan mereka (Surah Al-Fath: 10)
Demikianlah antara contoh-contoh nas mutasyabihat dalam Al-Qur'an. Adapun dalam hadith Nabi s.a.w., antara contoh-contohnya adalah:
Sabda Nabi s.a.w.: Allah s.w.t. berfirman (hadith qudsi): "匤ika Aku sayang seseorang hamba itu, maka Aku akan jadi penglihatannya yang dia melihat dengannya (penglihatan tersebut) |
|
|
|
|
|
|
|
Jelaslah menuru Imam Al-Ghazali r.a., bahawasanya, perkataan-perkataan seperti tangan, wajah dan sebagainya, boleh membawa dua makna iaitu:
Pertama: Makna Asalnya iaitu satu anggota yang ada ukurannya tertentu, yang berkait dengan jasad atau jisim sesuatu, maka ini makna kejisiman.
Kedua: Makna lain yang tidak membawa kepada makna kejisiman, iaitu, makna majazi (kiasan) bagi perkataan tersebut, seperti contoh yang telah diberikan oleh Imam Al-Ghazali r.a. sendiri.
Imam Al-Ghazali r.a. berkata dalam menolak kefahaman tajsim (menjisimkan Allah s.w.t.:
"Bagi seorang awam mahupun yang bukan awam, pasti yakin bahawasanya, apa yang dikhabarkan oleh Nabi s.a.w. berkenaan dengan nas-nas mutasyabihat tersebut, bukanlah bermaksud dengan makna kejisiman, kerana jisim itu mustahil bagi Allah s.w.t. yang Maha Suci dari sebarang kekurangan匰etiap yang berjisim itu makhluk匫leh itu, sesiapa yang menyembah suatu yang berjisim, maka dia kafir menurut kesepakatan ulama' salaf dan khalaf |
|
|
|
|
|
|
|
Asas Kedua: At-Tasdiq (Membenarkan)
Imam Al-Ghazali r.a. berkata:
"Kaedah Kedua: At-Tasdiq (membenarkan). Iaitu, beriman dengan setiap yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. (termasuklah hadith-hadith yang mengandungi mutasyabihat). Iaiitu, kita beriman bahawasanya, seluruh yang disampaikan oleh Baginda s.a.w. itu suatu yang benar, sesuai dengan apa yang Baginda s.a.w. katakan dan maksudkan".
Seseorang muslim mestilah beriman dengan seluruh perkhabaran yang disampaikan oleh Allah s.w.t. dalam Al-Qur'an dan yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melalui hadith-hadith Baginda s.a.w., termasuklah nas-nas yang berkaitan dengan perkataan mutasyabihat ini.
Orang Islam perlulah beriman bahawasanya, setiap yang disampaikan di dalam wahyu itu, suatu yang benar, dan tidak boleh menafikan sebarang perkara yang termaktub di dalam nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Asas ini menjelaskan suatu prinsip yang jelas tentang aqidah muslim, khususnya dalam masalah berhubung nas-nas mutasyabihat ini. Kita hendaklah beriman, bahawasanya, perkataan yadd (tangan) Allah tersebut dan sebagainya, sememangnya suatu yang benar daripada Allah s.w.t., dalam masa yang sama, kita mengakui bahawasanya, kita tidak tahu makna sebenar perkataan tersebut (nas-nas mutasyabihat tersebut) dan kita juga tidak menetapkan makna zahir perkataan tersebut yang berunsur kejisiman, kepada Allah s.w.t., kerana ianya tidak layak bagi Allah s.w.t..
Konsep ini menolak asas golongan muktazilah yang menafikan (ta'thil) sifat-sifat Allah s.w.t. dengan beralasan untuk menyucikan Allah s.w.t.. Fahaman muktazilah ini tertolak kerana mereka menafikan semua sifat-sifat yang dikhabarkan dalam nas-nas Al-Qur'an dan As-Sunnah secara mutlak, sedangkan kita wajib beriman dengan segala yang terkandung dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Asas ini menujukkan juga bahawasanya, pendirian ahlus sunnah wal jamaah, dalam menafikan kejisiman bagi Allah s.w.t. dalam nas-nas mutasyabihat tersebut, bukanlah suatu bentuk ta'thil (menafikan secara mutlak) terhadap sifat-sifat Allah s.w.t., seperti yang didakwa oleh sebahagian golongan pengaku salafi di era moden ini, sewaktu menuduh golongan Ahlus sunnah wal jamaah dalam kalangan Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyah sebagai golongan yang menafikan sifat Allah s.w.t..
Para ahlus sunnah wal jamaah tidak menetapkan makna zahir perkataan-perkataan mutasyabihat tersebut, kerana makna zahirnya mengandungi makna kejisiman, yang tidak layak bagi Allah s.w.t. yang Maha Sempurna. Namun, mereka tetap beriman dengan lafaz tersebut (seperti yadd Allah dan sebagainya), tetapi berkeyakinan bahawasanya, ada makna lain di sebalik lafaz-lafaz tersebut, yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w, bukan maknanya dari sudut zahir yang bermaksud jisim. Bagi mereka, lafaz tersebut hanyalah majazi (suatu kiasan), sesuai dengan kaedah bahasa Arab yang mengandungi kaedah kiasan.
Inilah yang gagal difahami oleh sebahagian golongan yang terpengaruh dengan fahaman tajsim dewasa ini.
Imam Al-Ghazali r.a. berkata dalam menjelaskan asas kedua ini:
"Asas Kedua ini ialah, seseorang yakin dengan perkataan-perkataan tersebut, yang mana makna perkataan-perkataan tersebut, sesuai dengan apa yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w.."
Inilah asas yang paling penting dalam membezakan antara aqidah ahlus sunnah wal jamaah dengan fahaman-fahaman sesat seperti fahaman tajsim dan muktazilah.
Adapun golongan muktazilah, mereka menafikan secara mutlak perkataan-perkataan tersebut. Ini suatu kesesatan kerana menafikan apa yang disebut oleh Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w., sedangkan kita wajib beriman dengan apa yang disebutkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w..
Dari suatu sudut yang lain pula, ada dua golongan yang beriman dengan nas-nas mutasyabihat ini, namun kedua-duanya berbeza dari sudut kefahamannya.
Pertama: Golongan ahlus sunnah wal jamaah (para salafus soleh, golongan Al-Asya'irah dan golongan Al-Maturidiyah):
Golongan ini beriman dengan setiap perkataan dan lafaz yang zahir tersebut, namun menyerahkan makna sebenar perkataan-perkataan tersebut kepada Allah s.w.t. dengan menyatakan bahawasanya, makna perkataan tersebut bukanlah makna zahirnya yang mengandungi makna kejisiman. Ada suatu makna lain bagi perkataan-perkataan tersebut. Mereka merujuk kepada konsep majaz (kiasan) dalam bahasa Arab sendiri. Mereka yakin, apa yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w. daripada perkataan tersebut, bukanlah maknanya dari sudut zahir yang mengandungi makna tajsim (menjisimkan Allah), tetapi ada makna lain yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. dan RasulNya s.a.w. selain daripada makna zahir tersebut.
Dalam hal ini, golongan ahlus sunnah wal jamaah mempunyai dua pendekatan dan manhaj yang berbeza:
Pertama: manhaj salaf (bukan manhaj salafi moden): iaitu manhaj tafwidh.
Mereka meyakini bahawasanya, ada makna lain bagi perkataan mutasyabihat tersebut, dan bukan makna zahirnya yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t., namun menyerahkan makna tersebut kepada Allah s.w.t. semata-mata.
Manhaj ini dipegang oleh majoriti ulama' salafus soleh dan sebahagian ulama' khalaf (yang hidup setelah kurun tiga ratus hijrah).
Kedua: manhaj khalaf iaitu manhaj ta'wil.
Mereka meyakini juga bahawasanya, bukan makna zahir perkataan tersebut yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t., tetapi ada maksud yang lain, lalu memberi makna lain bagi perkataan mutasyabihat tersebut, sesuai dengan kaedah bahasa Arab, demi kemaslahatan orang-orang awam agar tidak salah faham terhadap nas-nas mutasyabihat tersebut.
Contoh ta'wilan mereka yang menepati kaedah bahasa Arab: "yadd (tangan) Allah bererti kekuasaan Allah". Dalam bahasa Arab, menurut kaedah kiasan, tangan juga boleh membawa erti kekuasaan.
Manhaj ini digunakan oleh sebahagian ulama' khalaf untuk mengelakkan kesamaran kepada orang-orang awam dan turut digunakan oleh sebahagian kecil daripada ulama' salaf.
Namun, kedua-dua manhaj sependapat bahawasanya, makna zahir daripada perkataan mutasyabihat tersebut, bukanlah yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t., kerana ianya membawa kepada makna tajsim dan tasybih, dan percaya bahawa, ada makna lain yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. dalam nas-nas tersebut.
Kedua: Golongan hasyawiyah, mujassimah dan musyabbihah iaitu, golongan yang menyerupakan Allah s.w.t. dengan makhluk.
Mereka meyakini bahawasanya, makna zahir perkataan mutasyabihat tersebutlah yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t., walaupun ianya membawa kepada maksud tajsim, kerana bagi mereka, tidak mengapa menyifatkan Allah s.w.t. dengan sifat-sifat jisim. Golongan ni turut mengingkari konsep tafwidh dan ta'wil serta konsep kiasan dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat.
Ibn Taimiyah turut secara tidak langsung turut mendokong fahaman ini dengan menolak konsep tafwidh, ta'wil dan majaz dalam masalah ini, bahkan turut mengkritik dan mempersoalkan Imam Al-Razi kerana menafikan jisim bagi Allah s.w.t., dalam buku beliau, At-Ta'sis fi Radd 'ala Asas At-Taqdis yang menolak buku Asas At-Taqdis karangan Imam Ar-Razi r.a..
Namun, aqidah yang benar dan sejahtera ialah aqidah golongan pertama iaitu, golongan ahlus sunnah wal jamaah, iaitu para salafus soleh, golongan Al-Asya'irah dan golongan Al-Maturidiyah, yang beriman dengan nas-nas mutasyabihat namun tidak menetapkan makna-makna zahir bagi perkataan mutasyabihat tersebut.
Jadi, Imam Al-Ghazali r.a. menyimpulkan asas ini sebagai berkata:
"Maka, beriman dengan semua yang disampaikan oleh Allah s.w.t. secara menyeluruh, tanpa menggambarkan makna-maknanya dalam benak fikiran secara terperinci, dan dalam masa yang sama, menafikan kejisiman bagi Allah s.w.t. yang merupakan sifat mustahil bagiNya, secara terperinci, seperti (menafikan) berjuzuk-juzuk, ukuran, saiz, dan sifat kejisiman yang lain.
[ Last edited by sirri_khafi at 22-9-2008 06:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Asas Ketiga: Al-I'tiroof bi Al-'Ajzi (Mengakui Kelemahan.)
Imm Al-Ghazali r.a. berkata tentang asas ketiga ini:
"Kaedah Kedua:mengakui kelemahan. Iaitu, seseorang mengakui bahawasanya, ilmu untuk mengetahui hakikat dan maksud perkataan (mutasyabihat) tersebut, bukanlah atas kadar kemampuannya, bahkan bukan urusannya untuk mengetahui maksud sebenar perkataan mutasyabihat tersebut."
Seseorang muslim perlulah menyedari hakikat diri bahawasanya, tidak ada seseorang pun yang mampu mengetahui hakikat sifat Allah s.w.t. yang Maha Sempurna itu. Ini kerana, hakikat Allah s.w.t. itu qadim yang tidak ada pendahuluan dan baqi iaitu tiada berkesudahan. Jadi, tiada siapapun mampu mengenali seluruh sifat-sifat Allah s.w.t. secara menyeluruh.
Bahkan, bagi orang awam juga, hendaklah dia mengakui kelemahan dirinya dalam mengetahui makna-makna ta'wilan bagi perkataan-perkataan mutasyabihat tersebut, dan menyerahkan makna sebenarnya kepada Allah s.w.t..
Bahkan, hakikat Allah s.w.t. itu sendiri tidak diketahui melainkan Allah s.w.t.. Ini kerana, tiada siapa yang ilmunya meliputi ilmu Allah s.w.t..
Imam Al-Ghazali r.a. berkata dalam hal ini:
"Bahkan, orang-orang yang mendalam ilmu mereka sendiri, seperti para wali, walaupun sudah menjangkau sempadan orang-orang awam dari sudut makrifat, sehingga menyelami samudera makrifat, namun ilmu mereka masih tidak dapat menjangkau hakikat Allah s.w.t匟al ini sendiri diakui oleh Penghulu para Nabi s.a.w. ketika Baginda s.a.w. bersabda: "Aku tidak mampu menghitung pujian ke atasMu. Engkau wahai Allah, sepertimana pujianMu ke atas diriMu sendiri" |
|
|
|
|
|
|
|
Asas Keempat: As-Sukut (berdiam diri)
Imam Al-Ghazali r.a. berkata:
"Asas Keempat ialah berdiam diri, iaitu seseorang itu tidak bertanya tentang makna perkataan-perkataan mutasyabihat tersebut, tidak mendalami masalah-masalah tersebut, dan mengetahui bahawasanya, bertanya tentang makna perkataan tersebut adalah suatu bid'ah, dan mengetahui juga bahawasanya, dengan bertanya tentang makna-makna perkataan ini, boleh mendatangkan bahaya kepada agamanya. Dia juga mengetahui bahawasnya, mendalami permasalahan itu hampir membawanya kepada kekufuran, yang dia sendiri tidak mengetahuinya".
Al-Faqir mengulas dengan bantuan Allah s.w.t.:
Ini suatu asas yang paling penting setelah seseorang menyucikan Allah s.w.t. daripada sifat-sifat kejisiman, dan setelah seseorang mengakui kelemahan dirinya dalam memahami makna-makna mutasyabihat tersebut, maka handaklah dia berdiam diri daripada bertanya tentang makna-makna perkataan tersebut.
Imam Al-Ghazali r.a. menjelaskan asas ini dengan berkata:
"Berdiam diri daripada bertanya (tentang makna perkataan-perkataan mutasyabihat), merupakan suatu kewajipan bagi orang-orang awam, kerana dengan bertanya, dia terdedah kepada sesuatu perkara yang tidak mampu dipikulnya, ataupun dia sebenarnya telah melibatkan diri ke dalam suatu medan yang dia tidak layak untuk melibatkan dirinya. Kalaulah dia (orang awam tersebut) bertanya akan makna perkataan tersebut kepada orang yang jahil, maka jawapan yang diterimanya juga ialah suatu jawapan kejahilan yang boleh membawa kepada kekufuran tanpa disedarinya. Jika dia bertanya kepada orang yang arif (yang mengenal Allah s.w.t.) tentang makna perkataan tersebut, boleh jadi orang yang arif itu sukar untuk menerangkan kepadanya akan makna perkataan tersebut, kerana dia (orang awam tersebut) bukanlah ahli dalam bidang tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
Kedua: Perkembangan Semula Fahaman Tajsim
Setelah fahaman tajsim (menjisimkan Allah) ditolak oleh golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah secara besar-besaran di zaman Imam Al-Asy'ari dan sebagainya, golongan yang mendokong fahaman ini (hasyawiyah dan mujassimah) bersembunyi di sebalik pelopor-pelopor mereka yang menzahirkan diri mereka sebagai golongan ahli hadith dan turut serta bersama para ahli hadith dari kalangan ahlus sunnah wal jamaah.
Namun, setelah kemunculan Sheikh Ibn Taimiyah, yang mengkritik manhaj Al-Asya'irah khususnya (yang merupakan majoriti umat Islam pada ketika itu), dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat, seterusnya mempelopori fahaman isbat makna-makna zahir bagi perkataan mutasyabihat tersebut, maka, fahaman mujassimah kembali menular semula melalui pintu yang dibuka oleh Ibn Taimiyah.
Pada awalnya, fahaman isbat Ibn Taimiyah ini tidak diendahkan oleh masyarakat Islam, bahkan turut dikiritk oleh ulama'-ulama' ahlus sunnah wal jamaah, namun, setelah kemunculan Sheikh Muhammad bin Abdul Wahab, fahaman tajsim ini mula tersebar luas, bahkan lebih malang lagi, ianya disebarkan atas nama aqidah salaf, padahal para salafus soleh sendiri berlepas tangan daripada aqidah mereka.
Sejak dari munculnya Ibn Taimiyah, sehinggalah fahaman beliau dipopularkan semula oleh sebahagian golongan yang mendakwa sebagai salafi, masyarakat awam semakin terdedah kepada fitnah yang lebih besar dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat ini, sehingga memaksa ulama' Islam ahlus sunnah wal jamaah mengetengahkan pendekatan ta'wil yang bersesuaian dengan kaedah bahasa Arab itu sendiri, bagi menjaga aqidah umat Islam awam, daripada fahaman tajsim.
Lalu, mereka mengetengahkan ta'wilan-ta'wilan bagi nas-nas mutasyabihat tersebut, supaya orang-orang awam tidak menetapkan makna zahir bagi nas-nas mutasyabihat tersebut, yang membawa kepada menjisimkan Allah s.w.t..
Lalu, para ulama Islam mengetengahkan manhaj ta'wil dengan berkata, yadd (tangan) Allah ini suatu kiasan yang bermaksud, kekuasaan Allah s.w.t., dan sebagainya. Akhirnya, golongan yang menyeru umat Islam kepada menetapkan makna zahir bagi nas-nas mutasyabihat ini, menuduh golongan Al-Asya'irah menafikan apa yang disifati oleh Allah s.w.t. kepada diriNya, padahal dengan ta'wil, tidak membawa seseorang kepada menafikan sifat-sifat Allah s.w.t. sama sekali.
Fenomena kemunculan gerakan tasybih dan tajsim atas nama salaf, menyebabkan manhaj ta'wil amat penting untuk diketengahkan ke dalam masyarakat awam dewasa ini, demi memelihara asas pertama yang disebutkan oleh Imam Al-Ghazali r.a., iaitu, asas At-Taqdis (menyucikan sifat-sifat Allah s.w.t. daripada kejisiman).
Ketiga: Kepesatan Orang-orang A'jam (bukan Arab) Memeluk Islam
Saban waktu dan masa, penduduk dunia di belahan timur dan barat mula memeluk agama Islam. Mereka yang berlatar belakangkan bahasa, budaya dan pemikiran yang berbeza, mula bersatu di bawah panji Islam. Aqidah mereka yang dahulunya penuh warna-warni kesesatan, dibersihkan dengan aqidah Islam yang murni.
Namun, disebabkan perbezaan budaya pemikiran, bahasa pertututran dan budaya kehidupan yang berbeza, ramai dalam kalangan orang-orang bukan arab ini, terdedah kepada kebingungan khususnya dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat ini. Mereka sendiri tidak faham apa yang dimaksudkan dengan tasybih, tajsim, tafwidh, majaz dan sebagainya, lalu kebingungan ketika berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat ini.
Bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham, khususnya kepada orang-orang awam yang bukan dari kalangan bangsa arab, yang tidak memahami budaya bahasa Arab yang tidak sunyi dari kaedah kiasan (majazi), maka para ulama' mengetengahkan manhaj ta'wil ini dalam masyarakat awam Islam, demi menolak kemudaratan yang lebih besar, iaitu, salah faham tentang sifat-sifat Allah s.w.t. ataupun terfitnah dengan fahaman tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk).
Ini kembali kepada kaedah, memilih salah satu daripada dua kemudaratan, yang kurang kemudaratannya, untuk mengelakkan daripada kemudaratan yang lebih besar tersebut.
Benar kata Imam Al-Ghazali r.a. dalam asas ini, iaitu, manhaj ta'wil ini boleh membawa mudarat kepada orang-orang awam, namun di zaman ini, dengan wujudnya tiga faktor yang disebutkan sebelum ini, jika tanpa manhaj ta'wil, lebih membawa mudarat kepada orang-orang awam kerana terdedah kepada fahaman tasybih dan tajsim.
Jadi, manhaj ta'wil merupakan suatu keperluan di zaman ini, demi menolak kemudaratan umat Islam, iaitu agar tidak terdedah kepada fahaman tajsim, dan demi menjaga aqidah murni umat Islam yang awam, daripada serangan orientalisme serta menjelaskan kesamaran orang-orang awam Islam yang bukan berbangsa arab.
Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sendiri yang merupakan seorang ulama' yang terlalu teliti dalam masalah ini, mengakui bahawasanya, di zaman ini, memerlukan kepada ta'wilan-ta'wilan untuk orang awam.
Sheikh Al-Qaradhawi berkata:
"Manhaj ta'wil ini diperlukan (dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat) di zaman moden ini, terutamanya dalam melibatkan penterjemahan-penterjemahan makna-makna Al-Qur'an ke dalam bahasa-bahasa ajnabi (bahasa asing selain daripada bahasa Arab). Ini kerana tidak ada dalam (sebahagian) bahasa asing yang dapat difahamkan dengan perkataan kita (dari sudut bahasa Arab) seperti: "jangan mendalami masalah ini", "hendaklah kita tafwidh perkataan ini.." dan sebagainya. Sesungguhnya, mereka (orang-orang bukan Arab yang bertutur dengan bahasa lain), lebih memerlukan kepada penjelasan (tentang maksud nas-nas mutasyabihat tersebut), bukan sekadar berdiam diri semata-mata |
|
|
|
|
|
|
|
Asas Kelima: Al-Imsaak (menahan diri)
Imam Al-Ghazali r.a. berkata:
"Asas Kelima ialah Al-Imsaak iaitu, tidak menukarkan lafaz-lafaz tersebut dengan perkataan-perkataan lain menurut bahasa yang lain, ataupun menambahkan perkataan tersebut, atau mengurangkannya, bahkan, dia tidak menuturkan melainkan dengan lafaz tersebut.
Al-Faqir mengulas dengan bantuan Allah s.w.t.:
Imam Al-Ghazali r.a. menggariskan asas kelima ini bagi orang awam, supaya tidak mengubah lafaz zahir nas-nas mutasyabihat tersebut dan membiarkan lafaz zahir tersebut tanpa sebarang penambahan. Contohnya, jika Allah s.w.t. berkata yadd Allah, seseorang tidak boleh mengubahnya kepada lafaz tangan Allah kerana perkataan yadd itu sendiri tidak diketahui maknanya di sisi orang awam, dan bukanlah makna zahirnya (yang mengandungi makna kejisiman) yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t..
Seterusnya, Imam Al-Ghazali r.a. mensyarahkan dengan panjang lebar berkenaan asas ini, dengan menjelaskan enam perubahan lafaz yang tidak dibenarkan, bagi orang awam.
Pertama: Tafsir.
Iaitu, seseorang menukarkan perkataan atau lafaz mutasyabihat tersebut kepada bahasa lain, sesuai dengan maknanya dari sudut bahasa seperti contoh yadd Allah yang disebutkan tadi.
Seseorang tidak boleh menukarkan perkataan yadd Allah kepada bahasa lain yang membawa kepada maksudnya dari sudut bahasa seperti menukarkan perkataan yadd Allah kepada tangan Allah dalam bahasa Melayu, atau hand of Allah dalam bahasa Inggeris. Hal ini kerana, perkataan yadd itu sendiri tidak dimaksudkan dengan makna zahirnya iaitu suatu anggota tangan, tetapi ada makna lain yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t.. Jadi, seseorang tidak patut menukarkan perkataan yadd Allah tersebut kepada perkataan tangan Allah kerana bukanlah tangan yang dimaksudkan daripada perkataan yadd tersebut.
Ramai orang-orang jahil khususnya golongan yang mempelopori fahaman tajsim dalam kalangan melayu yang terjebak dengan kesalahan ini, di mana mereka mentafsirkan perkataan yadd Allah ini dengan perkataan tangan Allah, lalu mendakwa Allah s.w.t. mempunyai tangan! Inilah suatu kesasatan.
Kedua: Ta'wil (memberi makna lain bagi sesuatu perkataan)
Imam Al-Ghazali r.a. memperincikan berkenaan dengan masalah ta'wil di sini dengan menjelaskan bahawasanya, seseorang awam yang cuba menta'wilkan nas-nas mutasyabihat ini dengan kefahaman dan pemikiran mereka sendiri, tanpa berdasarkan mana-mana rujukan, atau tanpa merujuk mana-mana ulama', maka hukumnya haram, kerana ia terdedah kepada kesesatan. Sikap orang-orang awam hendaklah, tidak mendalami masalah tersebut.
Dalam situasi lain, menurut Imam Al-Ghazali r.a. lagi, seseorang yang arif (yang mendalam ilmunya tentang Allah s.w.t.) juga tidak dibenarkan membincangkan mengenai ta'wilan-ta'wilan nas-nas mutasyabihat ini kepada awam, kerana takut timbul fitnah kepada orang awam. Namun, larangan ini tidak mutlak, kerana dalam perbincangan yang lain, beliau membenarkan orang-orang arif (ulama' yang mendalam ilmu mereka) memberitahu orang-orang awam tentang ta'wilan nas-nas mutasyabihat tersebut, jika orang awam tidak terdedah kepada fitnah dan jika ta'wilan tersebut suatu ta'wilan yang tepat (bersesuaian dengan kaedah bahasa Arab) seperti menta'wilkan istiwa' dengan pentadbiran Allah s.w.t., dan yadd dengan makna kekuasaan Allah s.w.t..
Inilah yang diamalkan oleh majoriti ulama' Islam pada zaman ini, yang menjelaskan ta'wil nas-nas mutasyabihat ini kepada masyarakat awam, demi menolak kesamaran dan demi mempertahankan kemurnian aqidah umat Islam yang awam, daripada kesesatan fahaman tajsim dan tasybih yang kian berleluasa atas nama aqidah salaf (padahal aqidah salafus soleh berbeza dengan fahaman golongan ini).
Dalam situasi lain, Imam Al-Ghazali r.a. membenarkan golongan arif (ulama' yang mengenal Allah s.w.t. dan mendalam ilmu aqidah mereka), untuk menta'wilkan nas-nas mutasyabihat berdasarkan ilmu yang mereka miliki, sekadar yang bersesuaian dengan kaedah bahasa Arab dan sesuai dengan aqidah Islam yang murni.
Ketiga: Tasrif (mengubah bentuk lafaz tersebut mengikut kaedah ilmu tatabahasa).
Imam Al-Ghazali r.a. berkata:
"Wajib juga bagi orang awam Islam, untuk menegahkan diri mereka daripada menubah lafaz mutasyabihat tersebut dengan kaedah tatabahasanya. Contoh dalam firman Allah s.w.t.:
匘ia Istawa atas 'Arasy. (Surah Ar-Ra'd: 2), maka tidak boleh seseorang menukarkan perkataan istawa' tersebut dengan mengatakan Allah s.w.t. sedang beristiwa', Allah s.w.t. sedang bersemayam dan sebagainya, kerana perkataan-perkataan tersebut (Allah s.w.t. beristiwa' atau Allah s.w.t. bersemayam atas Arasy) itu membawa kepada maksud, Allah s.w.t. menetap (di atas Arasy tersebut yang membawa faham, Allah s.w.t. itu bertempat). Hal ini kerana, perkataan isitwa' itu sendiri boleh membawa kepada makna mentadbir, jika kita amati betul-betul, petunjuk dari keseluruhan ayat tersebut dan ayat-ayat yang lain.
"Seseorang perlulah menjauhi tasriif (mengubah bantuk lafaz perkataan tersebut seperti berkata: Allah s.w.t. beristiwa' atas Arasy dan sebagainya), kerana ia akan mengubah petunjuk-petunjuk asal perkataan tersebut."
Bahkan, perbuatan mengubah lafaz zahir tersebut dengan menambah perkataan lain seperti: "Allah s.w.t. bersemayam dengan zatNya di atas Arasy' " juga merupakan suatu kesalahan, menurut Imam Al-Ghazali r.a. dalam asas yang dijelaskan ini. Namun, inilah yang sering dilakukan oleh sebahagian golongan jahil pada zaman ini, yang mengaku pengikut salaf, padahal mereka sendiri bercanggah dengan aqidah salafus soleh. Tiada seorang pun dari kalangan salaf yang pernah menambah perkataan "dengan zatNya" pada perkataan "Allah s.w.t. istawa atas Arasy'". Inilah antara bid'ah golongan yang mengaku salafi pada zaman ini, dengan menambah perkataan yang tidak pernah ditambah oleh Allah s.w.t. sehingga mengubah maksud asal perkataan tersebut, sehingga membawa kepada fahaman tajsim.
Keempat: Qiyas
Seseorang juga wajib menjauhi perbuatan, mengiyaskan makna zahir bagi nas-nas mutasyabihat yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t., dengan makna zahir bagi perkataan tersebut jika dinisbahkan kepada makhluk.
Contohnya, makna zahir bagi yadd (tangan) jika dinisbahkan kepada makhluk ialah suatu anggota yang berjuzuk-juzuk, yang ada sendi, yang ada bahagian-bahagian tertentu seperti bahu, siku, lengan, dan pergelangan tangan. Ini ialah makna kejisiman.
Namun, jika perkataan yadd ini dinisbahkan kepada Allah s.w.t., maka ianya ada suatu makna yang lain, bukan seperti maknanya jika dinisbahkan kepada manusia (iaitu dengan makna tangan), dan seseorang tidak boleh mengiyaskan perkataan yadd Allah dengan yadd (tangan) manusia. Bahkan, seseorang juga tidak boleh menetapkan makna zahir bagi yadd iaitu tangan, jika dinisbahkan kepada Allah s.w.t..
Kelima: Menggabungkan
Seseorang muslim juga tidak boleh mencantumkan seluruh nas-nas mutasyabihat dari pelbagai ayat-ayat yang berbeza, lalu menggambarkan bahawasanya Allah s.w.t. memiliki sifat, wajah, tangan, kaki dan sebagainya, kerana ianya membawa kepada menjisimkan Allah s.w.t., dan ia merupakan suatu kesesatan.
Hal ini kerana, dalam setiap ayat yang berbeza, ada petunjuk yang menunjukkan maksud yang berbeza, dan bukan maksud kejisiman. Jika seseorang menghimpunkan semua nas-nas mutasyabihat lalu mendakwa Allah s.w.t. memiliki sifat-sifat kejisiman tersebut, maka ianya suatu kesesatan yang nyata.
Keenam: Memisahkan
Seseorang tidak boleh memisahkan walaupun satu perkataan daripada sejumlah nas yang mutasyabihat tersebut, kerana ianya akan menghilangkan petunjuk dan maksud asal perkataan tersebut.
Contohnya:
Dan Dialah yang Maha Berkuasa atas sekalian hamba-hamba-Nya. (Surah Al-An'am 18).
Seseorang tidak boleh membuang perkataan Al-Qahir (Maha Berkuasa) daripada nas tersebut, sehingga membawa maksud: Dia atas sekalian hamba-hambaNya. Ini kerana, dengan perkataan Maha Berkuasa, petunjuk ayat itu menunjukkan, makna atas dalam ayat tersebut bukanlah bererti, tempat bagi Allah s.w.t. itu di atas pada manusia, tetapi menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t. itu menguasai manusia.
Namun, jika perkataan "Maha Berkuasa" dibuang, maka ianya menunjukkan seolah-olah, Allah s.w.t. itu bertempat di atas manusia, sedangkan Allah s.w.t. wujud tidak bertempat. Jadi, dengan memisahkan suatu perkataan, maka berubahlah petunjuknya.
Dengan demikian, perbuatan membuang sesuatu perkataan daripada nas, untuk menetapkan makna kejisiman bagi Allah s.w.t., merupakan suatu yang tercela dan boleh membawa kepada kesesatan.
Inilah kaedah asas yang kelima bagi seseorang awam, dalam menjaga aqidah mereka daripada kesesatan fahaman tajsim, iaitu dengan tidak mengubah lafaz zahir bagi perkataan mutasyabihat tersebut, dalam masa yang sama, tidak memahaminya dengan makna zahirnya yang membawa kepada makna kejisiman. Sebaiknya, serahkan maknanya hanya kepada Allah s.w.t..
[ Last edited by sirri_khafi at 22-9-2008 06:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Asas Keenam: Al-Kaff (mencegah daripada berkhayal).
Imam Al-Ghazali r.a. berkata:
"Asas Keenam ialah, Al-Kaff, iaitu, menegah batinnya (hati dan pemikirannya) daripada membahas tentangnya (nas-nas mutasyabihat) mahupun berfikir tentangnya (mengkhayalkannya dan mendalami masalah tersebut dengan akal)".
Al-Faqir mengulas dengan bantuan Allah s.w.t.:
Asas ini suatu asas yang penting bahkan lebih berat daripada asas kelima tadi, iaitu, menegah akal pemikiran dan hati daripada mendalami masalah tersebut, dengan prasangka dan khayalan. Seseorang awam khususnya, hendaklah tidak merenungkan atau memikirkan secara mendalam, tentang nas-nas mutasyabihat tersebut, apatah lagi berkhayal tentang rupa Allah s.w.t, kerana ia merupakan suatu perbuatan yang tercela, dan Maha Suci Allah s.w.t. daripada rupa paras dan bentuk.
Seseorang yang mampu, hanya perlu berfikir tentang bukti-bukti kewujudan Allah s.w.t. melalui alam ini. Lebih tinggi daripada itu, bagi mereka yang mempunyai kemampuan, maka mereka boleh mendalami ilmu kalam ataupun ilmu sifat dua puluh secara mendalam, demi menjaga kesejahteraan aqidah umat Islam daripada syubat orang-orang kafir dan golongan bid'ah dalam masalah aqidah seperti golongan mujassimah.
Berfikir itu sendiri ada dua jenis iaitu, pemikiran yang mendalam, yang tidak sesuai bagi orang-orang awam, dan pemikiran yang asas, yang sesuai bagi orang-orang awam juga.
Adapun kaedah berfikir asas, seperti, kewujudan alam yang tersusun ini menunjukkan ada Tuhan yang menciptakannya, sesuai digunakan oleh seluruh manusia, dan tiada bahaya mengenainya. Kaedah berfikir yang asas ini terkandung dalam Al-Qur'an itu sendiri, yang mudah bagi seluruh umat manusia.
Adapun kaedah berfikir secara mendalam, seperti yang diamalkan oleh golongan mutakallimin, maka ianya hanyalah sesuai bagi mereka yang layak dan mampu sahaja, untuk mendalaminya, dan ianya merupakan fardhu kifayah (wajib bagi sebahagian orang dalam kaum tersebut. Jika tiada orang yang mendalami ilmu tersebut dalam suatu kaum, maka berdosa semuanya). Ini kerana, ilmu ini penting dalam mematahkan kesesatan fahaman bid'ah dan kesesatan agama-agama lain. Bahkan, ilmu kalam ini juga untuk membela aqidah Islam dalam menentang aqidah-aqidah agama lain yang sesat, seperti yang dimaksudkan oleh Imam Al-Ghazali r.a..
Hakikatnya, ilmu kalam ini suatu ilmu bagaikan senjata, dalam melawan serangan pemikiran yang dilancarkan oleh para orientalis, dalam menentang ajaran dan aqidah Islam, yang mana, senjata tersebut, hanya digunakan oleh orang-orang yang mempunyai keahlian dan mampu menggunakannya sahaja, iaitu dari kalangan para ulama', bukan dari kalangan orang-orang awam.
Asas Ketujuh: At-Taslim li Ahlil Ma'rifah (Menyerahkan perbahasan tersebut kepada Ahli Makrifat).
Imam Al-Ghazali r.a. berkata:
"Asas ketujuh ialah berserah kepada ahli makrifat (menyerahkan perbahasan tersebut kepada ahli makrifat tanpa mencampurinya). Iaitu, dia tidak meyakini bahawasanya, apa yang tersembunyi darinya (tentang makna ta'wilan bagi nas-nas mutasyabihat tersebut), juga turut tersembunyi daripada pengetahuan Rasulullah s.a.w, para nabi a.s., para siddiqin dan para wali Allah s.w.t.."
Al-Faqir mengulas dengan bantuan Allah s.w.t.:
Ini suatu asas yang terakhir, daripada ketujuh-tujuh asas yang disebutkan oleh Imam Al-Ghazali r.a., sebagai panduan bagi orang awam, iaitu, biarpun mereka (orang-orang awam) tidak mengetahui tentang makna yang tersembunyi daripada nas-nas mutasyabihat tersebut, namun dia tidak seharusnya merasakan bahawasanya, tiada orang lain yang mengetahuinya, kerana Rasulullah s.a.w., para nabi a.s., sebahagian para sahabat yang mendalam ilmu mereka, dan para wali Allah s.w.t. juga mengetahui ta'wilan kepada nas-nas mutasyabihat tersebut, sesuai dengan izin dan kehendak Allah s.w.t..
Imam Al-Ghazali r.a. menjelaskan asas ini dengan berkata:
"Wajib bagi seorang awam itu, meyakini bahawasanya, sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh ilmunya tentang makna mutasyabihat tersebut ataupun rahsia-rahsia nas-nas tersebut, sememangnya diketahui oleh Rasulullah s.a.w., Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a., pembesar-pembesar sahabat r.a., para wali dan para ulama' yang mendalam ilmu mereka. Orang awam tidak mengetahuinya kerana kelemahan diri mereka dan kekurangan ilmunya. Maka, tidak wajar dia (orang-orang awam) membandingkan dirinya dengan diri orang lain (dalam kalangan orang-orang yang mendalam ilmu mereka)."
Walaubagaimanapun, para Nabi a.s., ilmu-ilmu para ulama' yang mendalam ilmu mereka, para arifin dan para wali tentang Allah s.w.t, tidak pernah menrangkumi seluruh hakikat ketuhanan, kerana tiada siapa yang mengetahui hakikat Allah s.w.t. kecuali Allah s.w.t. sahaja. Setiap makhluk, hanya mengetahui dan mengenali Allah s.w.t. sesuai dengan kadar yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. dan sesuai dengan izinNya.
Para arifin dan para ulama' yang mendalam ilmu mereka, walaujpun mengetahui makna-makna ta'wilan bagi nas-nas mutasyabihat tersebut, namun, ilmu mereka sangat terbatas, sehingga tidak mampu untuk mencapai hakikat sifat-sifat Allah s.w.t.. Mereka hanya mengenali Allah s.w.t. dengan kadar yang diizinkan oleh Allah s.w.t., dan seluruh ilmu makhluk tidakpun dapat menyamai setitis daripada lautan ilmu Allah s.w.t..
Dalam asas ini juga, pendirian Imam Al-Ghazali r.a. jelas, mengikut tafsiran para ulama' khalaf dalam ayat ini:
padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah dan orang-orang yang mendalam ilmunya (Surah Ali Imran: 7)
Maknanya, Allah s.w.t. dan orang-orang yang mendalam ilmu mereka, yang mengetahui ta'wilan bagi nas-nas mutasyabihat ini. Allah s.w.t. memberi kefahaman kepada sesiapa yang dikehendakiNya, sesuai dengan kehendakNya sekadar yang ditetapkanNya ke atas makhluk-makhlukNya.
Berdasarkan asas inilah, para ulama' khalaf terutamanya, mengetengahkan ta'wil-ta'wil bagi nas-nas mutasyabihat tersebut, yang bersesuaian dengan kaedah kiasan bahasa Arab itu sendiri, dan bersesuaian dengan aqidah Islam yang murni, ke dalam masyarakat awam Islam, agar mereka tidak terfitnah dengan fahaman tajsim yang menular.
Demikianlah tujuh asas terpenting bagi orang-orang awam, dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat ini seperti yang digariskan oleh Imam Al-Ghazali r.a., bagi mengelakkan diri daripada pengaruh tajsim (menjisimkan Allah seperti golongan hasyawiyah dan mujassimah) dan ta'thil (menafikan sifat Allah secara mutlak seperti golongan muktazilah).
Kesimpulan Pertama:
Dapatlah disimpukan disini bahawasanya, jika seseorang awam berhadapan dengan nas-nas mutasyabihat ini, maka, tujuh langkah yang perlu diambil dalam menjaga kemurnian aqidahnya iaitu:
taqdis (menyucikan Allah daripada sifat kejisiman),
kemudian tasdiq (membenarkan lafaz yang disebut oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.),
kemudian I'tiraf (mengaku kelemahan diri dalam memahami nas mutasyabihat tersebut),
kemudian As-Sukut (tidak bertanya tentang maksud sebenar perkataan mutasyabihat tersebut),
kemudian Al-Imsak (tidak mengubah lafaz-lafaz zahir tersebut ataupun mengubah maknanya dengan kefahaman sendiri),
kemudian Al-Kaff (menahan akal daripada memikirkan tentang nas-nas mutasyabihat tersebut),
kemudian At-Taslim il ahlil makrifat (menyerahkan perbahasan tersebut kepada ahli makrifat yang mendalam ilmu mereka tentang masalah tersebut, tanpa melibatkan diri dalam perbahasan tersebut dengan mereka).
[ Last edited by sirri_khafi at 22-9-2008 06:52 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Demikianlah asas-asas bagi orang awam, dalam menjaga aqidah mereka daripada fahaman tajsim dan ta'thil.
Contohnya:
Seseorang awam itu berhadapan dengan ayat Al-Qur'an yang yang mutasyabihat yang berbunyi:
Yadd (dalam bahasa Melayu bermaksud tangan) Allah di atas tangan mereka (Surah Al-Fath: 10).
Apa yang perlu seorang awam muslim lakukan berkenaan dengan contoh yang diberikan adalah:
Pertama: At-Taqdis: Menyucikan Allah s.w.t. daripada zahir ayat ini yang berunsur kejisiman. Iaitu, tidak menganggap bahawasanya, apa yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. ialah makna zahir perkataan yadd tersebut iaitu tangan yang merupakan suatu kejisiman.
Sesungguhnya, setiap perkataan itu ada dua makna iaitu, makna aslinya dan makna kiasannya(ta'wil).
Pertama: Makna Asal Yadd: Iaitu, suatu anggota jisim yang berjuzuk yang dinamakan sebagai anggota tangan. Makna ini tidak layak bagi Allah s.w.t. kerana membawa kepada kejisiman.
Kedua: Makna Kiasan Yadd: Iaitu, suatu makna lain bagi perkataan yadd, yang dikenali sebagai ta'wilan, yang tidak membawa kepada kejisiman (seperti yadd ialah kekuasaan). Maka, makna kiasan inilah yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t., walaupun seseorang awam itu tidak mengetahuinya (ta'wilan perkataan yadd tersebut).
Lantas, fahamlah dia, bahawasanya, ada makna lain yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. daripada perkataan yadd tersebut, bukan makna zahirnya iaitu tangan. Asas ini bagi menolak fahaman tajsim yang dibawa oleh golongan mujassimah yang menjisimkan Allah s.w.t..
Kedua: At-Tasdiq: Iaitu, setelah dia menyucikan Allah s.w.t. daripada kejisiman, dengan tidak menanggap maksud yadd dalam ayat itu ialah suatu anggota jisim bernama tangan, dia juga hendaklah beriman dengan lafaz yadd tersebut, dengan tidak menolak lafaz perkataan yadd tersebut sama sekali.
Dia berkata: saya beriman dengan perkataan yadd yang disebut di dalam Al-Qur'an tersebut, tanpa perlu menafikan lafaz tersebut sama sekali, namun ada makna lain di sebalik lafaz itu, kerana yang dimaksudkan bukanlah maknanya dari sudut zahir, iaitu tangan. Asas ini bagi menolak fahaman ta'thil golongan muktazilah yang menolak semua sifat Allah s.w.t..
Keempat: Al-I'tiraf : Iaitu, seseorang awam, setelah dia beriman dengan lafaz yadd tersebut, dan meyakini bukanlah makna zahir yadd tersebut (tangan) yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t, tetapi ada makna lain, hendaklah dia mengakui kejahilan diri dan kecetakan ilmunya untuk memahami makna sebenar perkataan-perkataan mutasyabihat tersebut, tanpa mengisbatkan makna zahir nas-nas tersebut yang membawa kepada kejisiman. Dia juga hendaklah mengakui kelemahan dirinya untuk mengetahui makna sebenar di sebalik perkataan yadd Allah itu, dan mengetahui bahawasanya, dia tidak dipertanggungjawab untuk mengetahui pun makna perkataan yadd Allah tersebut, kerana dia bukan termasuk dalam golongan orang yang mendalam ilmunya.
Keempat: As-Sukut: Iaitu, setelah dia (orang awam) beriman dengan lafaz yadd tersebut, dan meyakini bukanlah makna zahir yadd tersebut (tangan) yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t, tetapi ada makna lain, kemudian mengaku kelemahan diri untuk mengetahui makna sebenar di sebalik yadd Allah tersebut, maka hendaklah dia mendiamkan diri tanpa bertanya mengenai makna lain yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. tersebut, kerana dia tidak pernah dituntut untuk mengetahui makna tersirat di sebalik perkataan yadd Allah tersebut.
Bahkan, dengan bertanya, orang awam tersebut akan terdedah kepada bahaya yang lebih besar iaitu, akan bertindak menta'wilkan nas-nas tersebut menurut kefahamannya sendiri. Oleh kerana itulah, Imam Al-Ghazali r.a. menyarankan agar orang-orang awam tidak perlu bertanya tentang makna nas-nas mutasyabihat tersebut.
Kelima: Al-Imsaak: Iaitu, setelah dia (orang awam tersebut) beriman dengan lafaz yadd tersebut, dan meyakini bukanlah makna zahir yadd tersebut (tangan) yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t, tetapi ada makna lain, kemudian mengaku kelemahan diri untuk mengetahui makna sebenar di sebalik yadd Allah tersebut, lalu dia mendiamkan diri tanpa bertanya mengenai makna lain yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. tersebut, hendaklah dia juga, setelah itu, tidak menukarkan perkataan mutasyabihat tersebut dengan perkataan lain, seperti menukarkan perkataan yadd kepada perkataan tangan mengikut makna zahirnya,kerana bukan makna zahirnya yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t.. Ataupun dia tidak mengubah perkataan yadd Allah ke dalam bahasa Melayu dengan menyebut, Allah bertangan dan sebagainya, kerana bukanlah makna zahir yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t. dalam nas-nas mutasyabihat, kerana makna-makna zahir tersebut tidak selayaknya bagi Allah s.w.t..
Keenam: Al-Kaff: Iaitu, setelah semua itu, seseorang awam juga hendaklah menahan daripada berfikir, merenung dan mendalami makna-makna mutasyabihat tersebut dengan akal pemikirannya yang cetek, kerana ia boleh membawa kepada salah faham seterusnya membawa kepada kekufuran tanpa mereka sedari.
Bahkan, dia juga tidak boleh membayangkan bahawasanya, Allah s.w.t. itu beranggota tangan yang jisim, ketika berinteraksi dengan ayat yadd Allah tersebut, kerana bukan makna zahir yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t..
Ketujuh: At-Taslim li Ahlil Makrifah: Iaitu: setelah seseorang awam meninggalkan berfikir tentang makna-makna mutasyabihat tersebut, hendaklah dia ketahui bahawasanya, walaupun dia tidak mengetahui tentang makna ta'wilan bagi perkataan-perkataan mutasyabihat tersebut, masih ada golongan yang mengetahuinya seperti Rasulullah s.a.w. sendiri, para nabi a.s., para pembesar sahabat, para arifin, para wali dan para ulama' yang mendalam ilmu mereka, lalu menyerahkan perbahasan mengenainya kepada mereka, tanpa perlu mencampuri perbahasan tersebut.
Orang awam perlulah tidak ikut berbahas dengan para ulama' tentang nas-nas mutasyabihat ini, dan dalam masa yang sama, mengetahui bahawasanya, ta'wilan-ta'wilan tersebut sememangnya diketahui oleh sebahagian manusia dengan izin Allah s.w.t., iaitu dari kalangan para nabi dan para ulama' yang mendalam ilmu mereka. Mereka perlulah menyerahkan perbahasan tersebut kepada ahlinya dalam masa yang sama, berpegang dengan keenam-enam prinsip dan asas sebelum ini, beserta prinsip yang ketujuh ini. Wallahu a'lam.
[ Last edited by sirri_khafi at 22-9-2008 06:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Kesimpulan Kedua:
Dalam seluruh risalah Imam Al-Ghazali r.a. ini, di bawah tajuk iljamul 'awam, 'an ilmi kalam, menunjukkan sikap prihatin beliau terhadap orang-orang awam Islam, dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat, dalam masa yang sama, mereka (orang awam tersebut), tidak mampu menguasai ilmu kalam untuk dijadikan pedoman dalam berinteraksi dengan nas-nas tersebut.
Lalu, Imam Al-Ghazali r.a. membentangkan tujuh kaedah asas dalam menjaga aqidah orang-orang awam berkenaan dengan nas-nas mutasyabihat, bagi mengelakkan mereka daripada pengaruh fahaman sesat seperti tajsim (menjisimkan Allah s.w.t.) dan ta'thil (menafikan seluruh sifat Allah s.w.t..
Dalam masa yang sama, beliau juga cuba menutup pintu fitnah orang-orang awam, agar tidak terjerumus dalam perbahasan-perbahasan berkaitan nas-nas mutasyabihat ini, yang berlaku antara para ilmuan Islam, dengan menegah orang-orang awam yang tidak mampu untuk mendalami ilmu kalam, agar tidak mendalami ilmu tersebut.
Namun, Imam Al-Ghazali r.a. bukanlah menolak ilmu kalam secara mutlak, dalam risalah ini, kerana beliau sendiri dalam risalah ini menegaskan peranan ilmu kalam, sebagai ubat bagi mengubati fahaman bid'ah muktazilah dan sebagainya, namun bukan semua orang mampu mendalami ilmu tersebut. Oleh itu, beliau menyarankan agar orang-orang awam yang tidak mempunyai ilmu yang kukuh, serta tidak mempunyai kecerdasan pemikiran, untuk menjauhi perbahasan ilmu kalam ini, khususnya melibatkan nas-nas mutasyabihat ini. Cukuplah bagi menjaga aqidah orang-orang awam daripada fahaman tajsim berkenaan nas-nas mutasyabihat ini, dengan berpegang kepada tujuh asas yang digariskan oleh beliau, tanpa perlu mendalami perbahasan-perbahasan ilmu kalam.
Sasaran tulisan ini sebenarnya untuk orang-orang awam, dan saranan beliau kepada ulama'-ulama' Islam dalam berinteraksi dengan orang-orang awam. Penulis yang faqir dapati, ketika membaca risalah ini sendiri, mendapati sukar untuk memahami perbahasan-perbahasan beliau, kerana masih mengandungi istilah-istilah ilmu mantiq dan ilmu kalam. Oleh kerana itulah, penulis yang faqir ini cuba meringkaskan dengan seringkas-ringkasnya, perbahasan beliau khususnya dalam bab pertama, bagi kemudahan orang-orang awam zaman kini, memahaminya.
Adapun saranan Imam Al-Ghazali r.a. kepada para ulama' Islam, khususnya pada zaman beliau, untuk tidak mengetengahkan manhaj ta'wil ke dalam masyarakat, (walaupun beliau sendiri menyokong manhaj ta'wil tersebut), kerana mengharapkan agar masyarakat awam bersikap wara' dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat ini.
Bahkan, beliau juga berkata, bahawasanya, beliau lebih menekankan aspek keimanan terhadap nas-nas mutasyabihat tersebut, berbanding aspek ta'wil terhadap nas-nas mutasyabihat tersebut, kerana majoriti kesesatan di zaman beliau adalah pada golongan yang menafikan (ta'thil) sifat-sifat Allah s.w.t., sedangkan kesesatan golongan tajsim itu adalah minoriti. (rujuk bab tiga dalam risalah asal iljamul awam). Kerana itulah, beliau lebih menekankan aspek keimanan kepada nas-nas mutasyabihat, berbanding aspek ta'wil.
Namun, zaman ini, golongan yang berfahaman tajsim ini lebih mendominasi berbanding golongan yang berfahaman ta'thil (iaitu muktazilah), bahkan sebahagian daripada mereka bertopengkan nama salafiyah dalam menyebarkan fahaman tajsim ini. Maka, aspek ta'wil ini lebih perlu diketengahkan kepada masyarakat agar mereka tidak terpengaruh dengan fahaman tajsim ini, di samping faktor-faktor yang disebutkan sebelum ini, yang akhirnya menyebabkan, ulama'-ulama' Islam mengetengahkan manhaj ta'wil ini ke dalam masyarakat awam Islam.
Hal ini turut dijelaskan sendiri oleh Dr. Al-Qaradhawi (seperti yang dinukilkan sebelum ini), Dr. Al-Buti, (guru kami) Dr. Umar Abdullah Kamil dan sebagainya. Fahamlah kita mengapa, pendekatan manhaj ta'wil ini digunakan dalam masyarakat, dalam mendepani tiga faktor penting, dalam masyarakat awam Islam zaman ini (iaitu, ancaman serangan Orientalis, ancaman serangan fahaman tajsim atas nama gerakan salafiyah moden dan kepesatan orang-orang bukan arab memeluk Islam lalu menghadapi kesulitan untuk memahami nas-nas mutasyabihat tersebut).
Semoga Allah s.w.t. memberi petunjuk kepada seluruh umat Islam dan menyelamatkan umat Islam daripada kesesatan dan fahaman tajsim. Amin |
|
|
|
|
|
|
|
[1] Bukan mazhab salafi yang dikenali hari ini, yang dinisbahkan digunakan oleh para pengikut Ibn Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahab. Ini kerana, mazhab salafi dakwaan mereka bercanggah dengan mazhab para salafus soleh yang dimaksudkan oleh Imam Al-Ghazali yang dapat kita lihat sebentar lagi. Adapun golongan yang mendakwa beraqidah salafi pada hari ini, sebenarnya tidak pernah beraqidah dengan aqidah salafus soleh (salaf yang sebenar), tetapi aqidah mereka merujuk kepada kefahaman aqidah Ibn Taimiyah yang mana, sebahagian daripadanya (kefahaman beliau), tersasar daripada aqidah Islam yang murni. Wallahu a'lam.
[2] Nas-nas dari Al-Qur'an dan As-Sunnah, yang membicarakan tentang sesuatu perkataan yang kesamaran, yang dinisbahkan kepada Allah s.w.t., yang mana zahirnya membawa kepada sesuatu yang tidak layak bagi kesempurnaan Allah s.w.t.. Maka, fahamlah di sini bahawasanya, perkataan tersebut, mengandungi makna yang kesamaran.
[3] Di sini menunjukkan bahawasanya, Imam Al-Ghazali r.a. cuba menggariskan sebuah panduan penting bagi orang-orang awam dalam kalangan umat Islam, berkenaan dengan aqidah Islam yang murni, tanpa perlu membahaskannya dengan perbahasan yang mendalam yang dikenali dengan ilmu Kalam, kerana mereka orang-orang awam) tidak memiliki kemampuan untuk mendalami ilmu tersebut. Jelaslah bahawasanya, Imam Al-Ghazali r.a. tidak menolak ilmu kalam dalam risalah beliau ini, seperti yang didakwa oleh sebahagian golongan salafi moden, tetapi memberi suatu alternatif bagi orang-orang awam dalam kalangan umat Islam, untuk berpegang denqan aqidah Islam yang murni, dan menyelamatkan diri mereka daripada kesalahan dalam masalah aqidah seperti fahaman tasybih, dan sebagainya, tanpa perlu mendalami perbahasan-perbahasan ilmu kalam, yang tidak terjangkau oleh kemampuan mereka.
[ Last edited by sirri_khafi at 22-9-2008 06:58 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
aduhai cik sirri... awat la dok kopi pes panjang-panjang ni? adakah cik sirri nak ajak lawan kopi pes? kalau gitu bukan la namanya bincang. cik sirri kopi pes mana-mana website yg cik sirri suka, pastu orang lain tak payah layan. biaq pi cik sirri kopi pes sebab kalau macam ni, sirri ni dah tentunya orang anti wahabi tegar....![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|