CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lizz_7777

Tamadun Islam dan Kegemilangannya

[Copy link]
 Author| Post time 27-10-2008 11:40 PM | Show all posts
Al-Khindi pakar pelbagai bidang sains



ISHAK AL-KHINDI

SEORANG lagi saintis Islam yang tersohor ialah Abu Yousuf Yaqub Ibn. Ishak al-Khindi.Al-Khindi dilahirkan di Kufa sekitar tahun 800 Masehi. Beliau sebenarnya seorang yang mempunyai kepakaran dalam banyak bidang meliputi falsafah, matematik, perubatan, astronomi, fizik, ahli geografi dan juga muzik.
Bagaimanapun, beliau lebih dikenali kerana hasil kerjanya dalam bidang falsafah. Dalam bidang Matematik, beliau menulis empat buah buku mengenai sistem nombor. Malah beliau juga meletakkan asas terhadap sebahagian besar dalam bidang arithmetik moden.
Walaupun tidak dinafikan al-Khawarizmi memberikan sumbangan yang besar terhadap sistem nombor Arab, al-Khindi juga sebenarnya memberikan sumbangan yang bermakna.
Al-Khindi turut memberikan sumbangan terhadap bidang geometri sfera untuk membantunya dalam bidang pengajian astronomi.
Dalam bidang kimia, beliau mencadangkan idea bahawa logam asas boleh ditukarkan menjadi logam yang berharga.
Sementara itu, dalam bidang fizik pula, beliau memberikan sumbangan yang besar dan menulis buku dalam bidang optik geometrikal.
Buku tulisannya menjadi panduan dan inspirasi kepada saintis-saintis terkemuka.
Dalam bidang perubatan, beliau merupakan orang pertama yang berjaya menentukan secara sistematik dos untuk menghasilkan ubat.
Dalam bidang muzik, sebenarnya tidak banyak yang diketahui mengenai sumbangan al-Khindi.
Bagaimanapun al-Khindi pernah mengemukakan beberapa nota muzik yang diadunkan untuk menghasilkan muzik yang harmoni.
Al-Khindi juga sebenarnya seorang penulis yang sangat produktif. Beliau menghasilkan 241 buah buku dalam pelbagai bidang.
Antaranya ialah:
+ Astronomi (16 buah)
+ Aritmetik (11 buah)
+ Geometri (32 buah)
+ Perubatan (22 buah)
+ Fizik (12 buah)
+ Falsafah (22 buah)
+ Logik (sembilan buah)
+ Psikologi (5 buah)
+ Muzik (tujuh buah)
Selain itu, al-Khindi juga menghasilkan tulisan dalam bentuk monograf meliputi bidang astronomi, batu-batan, batu-batu berharga dan sebagainya.
Kepelbagaian ilmu yang dimiliki al-Khindi juga meliputi bidang terjemahan. Beliau adalah antara penterjemah awal yang terlibat dalam menterjemahkan hasil karya dalam bidang Greek ke dalam bahasa Arab.
Malangnya, kebanyakan hasil karya al-Khindi tidak dapat diperolehi lagi kini. Bagaimanapun, buku-buku dan juga hasil tulisannya yang masih ada sehingga kini menunjukkan sumbangannya yang begitu bermutu.
Dalam bahasa Latin, al-Khindi dikenali sebagai Alkindus. Banyak buku-buku al-Khindi diterjemahkan ke dalam bahasa latin oleh Gherard of Cremona.
Antara buku-buku yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin termasuklah Risalah dar Tanjim, Ikhtiyarat al-Ayyam, Ilahyat-e-Aristu, al-Mosiqa, Mad-o-Jazr dan Aduiyah Murakkaba.
Sebenarnya sumbangan dan pengaruh al-Khindi dalam perkembangan sains dan falsafah sungguh bermakna dalam menghidupkan dunia sains ketika zaman itu.
Pada zaman pertengahan, salah seorang pemimpin, Cardano menganggap al-Khindi sebagai salah seorang daripada 12 orang yang mempunyai pemikir yang terhebat.
Hasil-hasil kerja al-Khindi banyak membuka jalan kepada perkembangan pelbagai subjek dalam abad yang mendatang seperti matematik, perubatan dan muzik

[ Last edited by  lizz_7777 at 24-11-2008 07:47 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-10-2008 12:35 AM | Show all posts
Al Razi-------------

[ Last edited by  lizz_7777 at 21-11-2008 08:28 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2008 09:05 AM | Show all posts
sebenarnya sejarah kegemilangan islam ialah sejarah generasi yg pertama yaitu PARA SAHABAT RA ...

empayar parsi & rom yg bertamaddun ( kononnya )  itu pun jatuh tersungkur di bawah tapak kaki para sahabat RA ...

adapun sejarah keemasan islam di zmn ( era )  baghdad itu adalah SEJARAH HITAM dlm sejarah islam kerana pd era itu lah org2 islam di takluk oleh golongan barbarian dari monggol yg x bertamaddun ...

adapun punca kejatuhan islam pd zmn tuh ialah : PENGABAIAN SOAL2 IMAN, IBADAT, MUAMALAT & MUASYARAT ( cara hidup ) YG TIDAK BERLANDASKAN ALQURAN & ASSUNNAH, AKHLAQ DI TAHAP SIFAR ...

punca yg paling besar ialah AKHLAQ ...

yaitu ketika utusan perdagangan monggol yg di layan secara kurang hajar oleh sultan khwarizmi telah mendtgkan kecelakaan yg besar terhadap DUNIA ISLAM ketika itu ...  

akhirnya dgn izin & kehendak ALLAH SWT ... maka, maka ALLAH SWT telah menggerakkan gengghiz khan utk mengajar ummat islam serta " merotan " ummat islam yg telah lalai dari mengingati ALLAH SWT serta perintah2 NYA ...

oleh itu, ummat islam hendaklah mengambil pelajaran dari SEJARAH HITAM DUNIA ISLAM yg telah terjadi di baghdad ....


kejayaan ummat islam ialah apabila mereka berpegang teguh dgn ajaran2 & nilai2 yg terkandung di dlm ALQURAN & AS SUNNAH ...

apabila keimanan & keyaqinan ummat islam ini adalah SAMA seperti generasi islam yg pertama yaitu PARA SAHABAT RA, maka ALLAH SWT akan menzahirkan KEKUATAN UMMAT ISLAM ITU SERTA MENDTGKAN KEGERUNAN DI DLM HATI PARA MUSUH ISLAM SEHINGGA KUASA2 BESAR TUNDUK TERSUNGKUR DI BAWAH TELAPAK KAKI UMMAT ISLAM WALAUPUN UMMAT ISLAM KEKURANGAN DARI SEGI MATERIAL, EKONOMI DLL SEPERTI YG TELAH BERLAKU PD ZMN PARA SAHABAT RA  ....


MASAALAH KEJATUHAN UMMAT ISLAM ZMN SKRG IALAH :

1) TIADA MUJAHADAH ( SUSAH PAYAH, PENGORBANAN ) ...  

2) TIADA DISIPLIN & MORAL ( AKHLAQ ) ....  

3) BERPECAH BELAH ... INILAH PUNCA & PENYAKIT YG UTAMA  DIKALANGAN UMMAT ISLAM ...


JIKA 3 KUALITI INI WUJUD DI DLM UMMAT ISLAM YAITU  :

1) MUJAHADAH ...

2) TERTIB ( DISIPLIN )  & MORAL ( AKHLAQ )

3) BERSATU  ( ASAS YG PALING UTAMA  ) ...


MAKA X MUSTAHIL, KUASA2 BESAR, ATOM & NUKLEAR SEKALIPUN TIDAK AKAN DAPAT MENGGUGAT UMMAT ISLAM SEPERTI YG TELAH BERLAKU KPD GOLONGAN YG TIDAK PERCAYA KPD TUHAN YAITU KOMUNIS ( KOREA UTARA & VIETNAM ) SERTA DI KALANGAN UMMAT ISLAM SENDIRI YAITU MUJAHIDIN AFGHANISTAN YAITU ERA KETIKA MENGHALAU SOVIET UNION ...

OLEH ITU FIKIR2KAN DAN RENUNG2KANLAH WAHAI MUSLIMIN & MUSLIMAT SEKALIAN ...








WALLAHU ALAM ...

[ Last edited by  sirri_khafi at 28-10-2008 09:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 10:40 AM | Show all posts

Kegemilangan Sains dalam Tamadun Islam

Sains Islam Mendahului Zaman

14 abad lalu, Tuhan telah menurunkan kitab suci Al-Qur'an kepada umat manusia sebagai satu kitab panduan. Dia menyeru manusia agar berpegang kepada kitab ini sebagai jalan untuk mendapatkan kebenaran. Bermula saat ianya diwahyukan sehingga ke saat pengadilan kelak, kitab suci ini akan kekal sebagai satu-satunya panduan bagi umat manusia.

Sudah tentu Al-Qur'an bukanlah sebuah kitab sains. Tetapi, banyak fakta-fakta saintifik yang dinyatakan secara jelas dan dengan cara yang amat mendasar dalam surahnya hanya mampu disingkap melalu kecanggihan teknologi abad ke 20. semua fakta ini tidak diketahui ketika masa penurunan wahyu dan ini juga adalah bukti bahwa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan

Hubungan sains dan Islam adalah suatu hal kontroversi. Dalam dunia Islam, banyak mempercayai bahawa sains moden pertama kali dikembangkan dalam dunia Islam daripada di Eropah dan negara Barat, bahawa "semua kekayaan ilmu di dunia sebenarnya berpunca dari Tamadun Islam" dan apa orang bergelar "kaedah saintifik", adalah sebenarnya "kaedah Islam."




Suatu ketika dulu, imej Islam dipandang hebat oleh dunia Barat dan Timur. Rasulullah s.a.w. membina asas tamadun dengan menjadikan Madinah sebagai model asas dan dikembangkan oleh para sahabatnya, tabie tabien, para ulama dan ilmuan yang terbilang sehingga menjadikannya tamadun yang bertahan hampir 700 tahun.

Baitulhikmah dibangunkan dengan tradisi perpustakaan dan ilmu yang amat menakjubkan. Zaman Abbasiyyah adalah zaman yang menampilkan keunggulan tradisi sains dan matematik yang amat mengkagumkan. Andalusia menjadi tempat rujukan ilmu dan Barat terhutang ilmu kepada tamadun Islam.

Orang-orang Barat melihat Islam di Andalusia sebagai agama tamadun. Darinya lahir ilmuan terbilang dalam berbagai bidang. Karya-karya mereka diterjemahkan ke bahasa orang-orang Barat iaitu bahasa Latin dan Ibrani dan ilmunya diambil untuk dijadikan sandaran dalam membangun ilmu-ilmu falsafah, astronomi, sains, perubatan, geografi, matematik, muzik dan sebagainya.



Untuk memahami keajaiban saintifik Al-Qur'an, pertamanya kita akan melihat tahap kemajuan sains ketika mana kitab suci ini diturunkan.

Al-Qur'an diturunkan ketika umat manusia hanya mengetahui sedikit mengenai astronomi, fizik atau biologi yang mengandungi fakta mengenai pelbagai subjek seperti penciptaan alam semesta, manusia, struktur atmosfera dan keseimbangan yang membenarkan kehidupan di atas muka bumi. Sekarang, mari kita lihat beberapa keajaiban saintifik yang dinyatakan di dalam kitab suci Al-Qur'an bersama-sama.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 10:48 AM | Show all posts

Tamadun Islam rujukan pembangunan Barat

Hasil kejayaan saintis dan ilmuan Islam yang mencipta tamadun suatu ketika dahulu telah dijadikan rujukan kepada bangsa Eropah untuk membangunkan kecemerlangannya dalam pelbagai bidang sehingga masa kini.

Bangsa tersebut telah meniru keintelektualan Islam seperti kejayaan dalam bidang perubatan, astronomi dan ekonomi sehingga berlaku perubahan besar dalam sejarah tamadun mereka pula.

"Kemajuan bangsa Eropah dalam pelbagai bidang pada masa ini sebenarnya dicedok daripada hasil kejayaan Islam mencipta tamadunnya suatu ketika dahulu," katanya.



Model Glob dengan Lukisan Peta Khalifah al-Ma'mun
Ia dihasilkan oleh sebilangan besar 'ulama' yang ditugasi oleh khalifah al-ma'mun (memerintah tahun 813-833M.) untuk melaksanakan tugas tersebut.



Jam Matahari Ibn al-Muhallabi
Model ini berdasarkan jam matahari yang dibina oleh Zainaddin Abdarrahman ibn Muhammad ibn al-Muhallabi al-Miqati,seorang ahli astronomi masjid (muwaqqit - penetap waktu) Mesir.



Jam Matahari Ibn al-Shatir
Ibn al-Shatir, Ahli Astronomi (m.d. 777H./1375M.) mencipta jam matahari ini untuk Masjid Jamik Umayyah di Damsyik.
Ia dianggap sebagai pencapaian tertinggi bagi penciptaan jam matahari. Kini, bentuk asal jam matahari ini telah pun pecah menjadi tiga kepingan. Ia disimpan di Muzium Negara Syria di Damsyik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 10:57 AM | Show all posts

Jam Matahari Reka Bentuk Sepanyol-Arab
'lah relogio ada lah piedra ada lah sombra' merupakan jenis jam keempat yang disebut dalam Librosdel saber ada astronomia. Ia menunjukkan jam-jam yang tidak sama atau sementara.



Jam mekanikal oleh Taqiyyuddin
Jam mekanikal ini dicipta oleh Taqiyyuddin, ahli astronomi di Istanbul pada tahun 966H. Model ini dihasilkan berdasarkan bentuk dan keterangan Taqiyyuddin dalam kitabnya tentang jam.



Kompas Jarum
Jenis kompas tertua yang digunakan oleh pelayar-pelayar Islam di Lautan Hindi. Ia dihasilkan berdasarkan keterangan dan huraian dalam sumber-sumber bahasa Arab dan Portugis.



Kompas jarum 2
Kompas yang menjadi contoh perkembangan peringkat kedua alat ini yang digunakan oleh pelayar-pelayar Islam dalam pelayaran mereka di Lautan Hindi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2008 11:06 AM | Show all posts

Kompas Jarum 3
Kompas ini menggambarkan perkembangan peringkat ketiga bagi kompas yang digunakan oleh pelayar-pelayar Islam dalam pelayaran mereka di Lautan Hindi. Alat ini dihasilkan dalam sumber-sumber Arab dan Portugis.



Kompas Terapung
Kompas ini dihasilkan berdasarkan apa yang terkandung dalam risalah al-Malik al-Asyraf di Yaman sekitar tahun 690H./1291M: sekeping kayu terapung bersama-sama dengan jarum magnet.

Kompas ini dihasilkan berdasarkan huraian yang diberikan oleh Petrus Peregrinus, salah seorang yang terlibat dalam Perang Salib, dalam surat yang ditujukan kepada sahabatnya, Syger ada Foucaucourt pada tahun 1270M. Ia merupakan penjelasan atau huraian yang memiliki ciri kemajuan bagi kompas tertua yang tiba di Eropah dari dunia Islam melalui tentera-tentera Salib yang pulang ke Eropah.



Kunci Kombinasi (Keselamatan)
Model kunci kombinasi yang digunakan secara meluas ketika ini dipercayai meniru konsep dan cara kerja kunci kombinasi dan kunci keselamatan ini. Ilustrasi kunci ini dan penerangannya di temui di dalam buku al-Jazari pada kurun ke-12.



..satu lagi model kunci kombinasi yang dijadikan oleh cendiakawan Islam. Kunci-kunci ini lah yang menjadi titik tolak kunci2 keselamatan moden hari ni yang pelbagei yang dilengkapi dengan teknologi elektronik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 11:09 AM | Show all posts
Good thread.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2008 11:15 AM | Show all posts


Pam Air Automatik dengan Enam Pam
Reka bentuk pam air ini berfungsi dengan enam omboh berbentuk seperti pam dan pertama kali diperincikan oleh cendekiawan dari pusat pengajian Taqi al-Din, Ottoman pada 1553. Ia digerakkan oleh kuasa air yang mana enam pam yang dibina bertindak mencedok dan menahan air. Konsep pam air ini digunakan sebagai alat pam hidraulik beberapa lama kemudiannya oleh orang Itali.



Kincir Angin
Model kincir angin yang ada ketika ini dibina berdasarkan lukisan dan penerangan kincir angin ini yang ditulis oleh ahli geografi, Shams ad-Din Muhammad al-Dimashqi pada kurun ke-13.





[quote]gambar di atas menunjukkan sebuah Jam Ayor yang boleh menunjukkan minit. Huraian untuk mengukur hitungan minit iaitu `ukuran jam dan waktunya
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 11:32 AM | Show all posts



Senjate Balistik
Menjanik daripada jenis yang lebih maju ini berkemungkinan muncul pada kurun ke-12 di dunia Arab kerana keperluan mempertahankan diri sewaktu era Perang Salib.

Ciri-ciri progresif alat ini termasuk alur panjang berbentuk bulat dengan kuasa imbangan lawan, dan pengurangan kuasa dengan penggunaan satu atau dua skru, kapi untuk mengangkat beban dan alat untuk mengukur jarak bagi lontaran.



Senjata Berteknologi Tinggi
Senjata api mula digunakan di negara-negara Islam pada kurun ke-13.
Model ini dicipta selepas lakarannya ditemui di dalam sebuah manuskrip pada kurun ke-14 yang mana pada ketika itu penciptaannya telah menjadi lebih maju.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 12:20 PM | Show all posts

Ilmuan Islam zaman silam dan bidang kepakaran mereka..

Zaman Kegemilangan Islam yang berlaku pada abad ke-6 hingga abad ke-16 telah melahirkan ramai saintis Islam. Kepakaran mereka bukan hanya khusus dalam satu bidang tertentu tetapi turut mencakupi bidang-bidang lain. Misalnya Ibnu Sina (Avicenna) yang terkenal dengan bukunya 慉l Qanun Fi at Tibb
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 01:08 PM | Show all posts

SUMBANGAN AL-MAS'UDI


[quote]Abu al-Hassan 'Ali Husayn bin 'Ali al-Mas'udi atau Abu Hassan 'Ali al-Hasyn bin 'Abdullah al-Mas'udi. Beliau dilahirkan di kota Baghdad Iraq pada akhir abad ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 09:23 PM | Show all posts
Mengapa umat Kristian mendakwa bersungguh-sungguh dengan sepenuh hati bahawa Teknologi Sains dalam Al-Quran adalah ketinggalan??

Ini kerana maklumat-maklumat Sains yang terdapat dalam Al-Quran, seperti embriologi, airmani, penciptaan alam semesta sudah diketengahkan oleh Pakar-Pakar dunia sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw...menurut pihak yg membantah??

Bagaimanakah reaksi kita sebagai umat Islam dalam menghadapi keterangan sebegini, apakah maklumat atau kefahaman yang perlu umat Islam ambil tahu dan apa yang perlu kita sebagai umat memberi keterangan lanjut terhadap mereka??

Dalam Islam, sains mempunyai matlamatnya. Matlamat jangka pendek ialah mengenali hakikat kejadian alam serta manusia dan memanfaatkan ilmu itu untuk kebaikan semua. Sebagai contoh, melalui sains kita mengetahui bahawa seks kromosom lelaki menentukan kejantinaan seseorang bayi, kejadian bayi bermula dengan persenyawaan antara sperma lelaki dan ovum wanita, kejadian bumi berlaku selepas kejadian bintang-bintang di langit dan yang seumpamanya. Namun akhirnya yang menjadi keutamaan ialah matlamat jangka panjang iaitu mengagungkan dan membesarkan Allah.

Hal ini terserlah dalam surah al-Mukminun ayat 14 yang bermaksud, "Kemudian Kami menjadikan benih nuthfah itu alaqah. Kemudian daripada alaqah Kami jadikan mudah. Kemudian daripada mudghah Kami jadikan tulang dan Kami tutup tulang itu dengan daging. Kemudian Kami jadikannya makhluk berbentuk lain. Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta."

Perhatikanlah ayat ini dengan baik. Selepas Allah menceritakan fasa-fasa kejadian bayi (dan hal ini dapat disahkan oleh sains), Allah mengakhiri ayat itu dengan ungkapan, "Maha suci Allah, sebaik-baik Pencipta".  Inilah matlamat asasi sains, iaitu untuk mengagungkan Allah.


Muslim Scientist: Neil Armstrong Proved Mecca - World Center


Matlamat dan Metodologi Sains

Justeru, sains dalam Islam ialah sains yang berkonsepkan tauhid. Sains dalam Islam tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasulnya. Sains dalam Islam tunduk kepada al-Quran.

Di barat konsep yang merujukkan sains kepada Tuhan, wahyu dan kuasa ghaib dikenali sebagai creationism. Kadang kala ia dikenali juga sebagai intelligent design. Konsep-konsep ini ditolak oleh ramai saintis di barat. Sebagai contoh, para saintis daripada Akademi Sains Kebangsaan di Amerika (The U.S. National Academy of Sciences) menegaskan bahawa "sebarang kenyataan yang menetapkan bahawa asal usul kehidupan ini ada perkaitan dengan kuasa ghaib (supernatural intervention) tidak boleh diiktiraf sebagai sains." Hal ini dinyatakan dalam Science and Creationism: A View from the National Academy of Sciences, Second Edition, terbitan National Academy of Sciences tahun 1999.

Dalam kes Kitzmiller lawan Dover Area School District pada tahun 2005 (Case No. 04cv2688. December 20, 2005), sebuah mahkamah persekutuan di Amerika memutuskan mana-mana sekolah yang mengajar sains dan mengaitkan kejadian kehidupan dengan kuasa ghaib dan mengetepikan teori evolusi, ia dianggap telah melanggar perlembagaan Amerika.

[ Last edited by  anakencana at 18-11-2008 09:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 09:37 PM | Show all posts

Neil Amstrong?

Neil Armstrong speaks at Purdue


Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah di diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 02:57 AM | Show all posts
---------------------------

[ Last edited by  lizz_7777 at 22-11-2008 06:41 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 02:59 AM | Show all posts
-----------------

[ Last edited by  lizz_7777 at 21-11-2008 11:16 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2008 03:00 AM | Show all posts
Astronomi



Planetarium Al-Sijzi
Salah seorang ahli astronomi Arab-Islam yang percaya bahawa bumi berpusing di atas paksinya sendiri ialah Abu Said al-Sijzi (pertengahan kurun ke-10).

Model ini bertujuan memberikan penjelasan dan gambaran tentang konsep putaran bumi oleh beliau.





Kalendar Astronomi Mekanikal oleh al-Isfahani dari Tahun 1223M
Kalendar astronomi mekanikal al-biruni terus berkembang dengan beberapa kemajuan lagi dalam versi yang dibuat oleh Muhammad ibn Abi Bakr al-Isfahani pada tahun 618H./1221M.

Versi asal model ini dibuat oleh Eduard Farre (Bercelona) disimpan di Muzium "History of  Science" di Oxford.




Jam Matahari Ibn al-Shatir
Ibn al-Shatir, Ahli Astronomi (m.d. 777H./1375M.) mencipta jam matahari ini untuk Masjid Jamik Umayyah di Damsyik.

Ia dianggap sebagai pencapaian tertinggi bagi penciptaan jam matahari.
Kini, bentuk asal jam matahari ini telah pun pecah menjadi tiga kepingan.
Ia disimpan di Muzium Negara Syria di Damsyik.



Alat dengan sukuan pendua

INI merupakan salah satu alat biasa di Balai Cerap Maragha.
Ia untuk menentukan altitud dan azimut bintang.





Balai Cerap Samarkand

Ia diasaskan oleh Muhamad Taragay bin Shahrukh Ulugh Beg (lahir 796H/1394M, meninggal 853H/1449M) cucu Timur (Tamerlan).





Balai Cerap di Kota al-Rai
Ia diasaskan oleh Amir Fakhr al-Daulah bagi memenuhi hasrat ahli astronomi agung, Hamid ibn al-Khidir al-Khujandi.
Balai cerap ini terletak di al-Rai dan berfungsi menghitung altitud minit matahari terhadap peredaran tahun berdasarkan lengkung sekstan bulatan yang jejarinya mencapai 40 meter.
Hasil cerapan yang teliti boleh dibaca hingga ke saat dan bukan setakat minit semata-mata bagi memberikan penjelasan sama ada kecondongan bumi adalah tetap atau sebaliknya.
Al-Khujandi mencapai kesimpulan bahawa kecondongan bumi berkurangan melalui peredaran masa.


[ Last edited by  lizz_7777 at 21-11-2008 04:16 PM ]






[ Last edited by  lizz_7777 at 22-11-2008 02:12 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:00 AM | Show all posts
Geografi



Model Glob dengan Lukisan Peta Khalifah al-Ma'mun
Ia dihasilkan oleh sebilangan besar 'ulama' yang ditugasi oleh khalifah al-ma'mun (memerintah tahun 813-833M.) untuk melaksanakan tugas tersebut.
Peta ini dilukis berdasarkan peta yang sampai kepada kita serta buku yang mengandungi darjah longitud dan darjah latitud bagi peta tersebut.




Peta Dunia al-Idrisi
Peta ini dihasilkan oleh al-Syarif al-Idrisi berdasarkan titah Raja Norman Roger II di Pulau Sicily di atas dulang perak yang besar.
Ia telah dipecahkan oleh tentera yang memberontak dua tahun selepas kemangkatan baginda dan mereka telah membahagi-bahagikan sesama mereka dulang tersebut.
Model ini dihasilkan berdasarkan kandungan kitab al-Idrisi iaitu peta-peta dan serpihan dulang tersebut menggunakan komputer.




Astrolab Muzium Naval Istanbul
MERUPAKAN astrolab terbesar bagi era sebelum 1000H/1600M.
Ia masih terpelihara hingga hari ini dan disimpan di Muzium Naval, Istanbul.



[ Last edited by  lizz_7777 at 22-11-2008 02:19 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:00 AM | Show all posts
Pelayaran



Kompas Jarum
Jenis kompas tertua yang digunakan oleh pelayar-pelayar Islam di Lautan Hindi.
Ia dihasilkan berdasarkan keterangan dan huraian dalam sumber-sumber bahasa Arab dan Portugis.




Kompas jarum 2
Kompas yang menjadi contoh perkembangan peringkat kedua alat ini yang digunakan oleh pelayar-pelayar Islam dalam pelayaran mereka di Lautan Hindi.
Alat ini dihasilkan berdasarkan keterangan dan huraian dalam sumber-sumber bahasa Arab dan Portugis.




Kompas jarum 3
Kompas ini menggambarkan perkembangan peringkat ketiga bagi kompas yang digunakan oleh pelayar-pelayar Islam dalam pelayaran mereka di Lautan Hindi.
Alat ini dihasilkan dalam sumber-sumber Arab dan Portugis.




Kompas jarum 4
Kompas yang paling sofistikated ini dicipta oleh pelayar agung, Ahmad bin Majid pada kurun ke-9H./15M.
Ia dihasilkan berdasarkan keterangan dan huraian yang terdapat dalam kitab beliau, "Al-Fawa'id".

[ Last edited by  lizz_7777 at 22-11-2008 12:00 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 03:00 AM | Show all posts
----------------------------
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 02:54 PM GMT+8 , Processed in 0.082631 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list