CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Yoga pesong akidah

[Copy link]
Post time 31-10-2008 06:14 AM | Show all posts

Balas #25 Friiz\ catat

yess........betul 3x (tiru upin dan ipin di tv 9)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2008 08:22 AM | Show all posts

Reply #25 Friiz's post

ada plak bulih tukar2 mcm tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-10-2008 09:54 AM | Show all posts
Religious fatwa in Egypt says Islam forbids yoga"

(AP, September 20, 2004)

A religious edict saps the energy out of yoga enthusiasts in Egypt, where clerics say the 5,000-year-old practice violates Islamic law.

Answering a religious question put forward, Egypt's highest theological authority called yoga an "ascetic Hindu practice that should not be used in any manner of exercise or worship."

The undated but recent edict was signed by the mufti, Ali Gomoa.

The edict, published in the pan-Arab daily newspaper Al-Hayat and obtained Sunday by the Associated Press, called the practice of yoga "an aberration" and said mimicking it is "forbidden religiously."
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 12:52 AM | Show all posts
astaghfirullah... k aku tarik balik statement aku...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 08:37 AM | Show all posts
uuhuk..uhuk..baru register yoga + erobik + dance ...Owner nyer Melayu plk..ingatkan nk sokong
business org Melayu..camne yek  ???
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 08:52 AM | Show all posts
as far as asana in yoga goes, I can't see why a series of exercise would meet such a resistance.


the problem is there is so much part in yoga, there may be certain factors in certain areas of yogas, which may be in opposition to Islam. But if you take the physical exercise parts, the sports part, seems to me it's ok... otherwise we must evaluate again all the sports and physical exercise in the world...

like marriage in Malaysia and the issues of persandingan etc...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2008 11:47 AM | Show all posts
rasuluLLAH SAW menganjurkan puasa & solat tahajjud utk kecergasan extra minda & fizikal ... PERCAYALAH !
  

( kang ada pulak muslim yg mengatakan aku PARANOID ...  )  


WALLAHU A'LAM ...   
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 08:29 AM | Show all posts
sib baik me kenot do yoga ni, terlampau meboringkan wa sampai leh bikin wa almozt 'zzzzzzz' urghhh baik buat pilate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 08:35 AM | Show all posts
kalu tarian salsa boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 03:58 PM | Show all posts

Reply #34 obelisk's post

bersentuh aurat kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 05:07 PM | Show all posts

Reply #35 yipun78's post

ouch...   nampak gayanya tak jadi la nak daftar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2008 10:33 AM | Show all posts
Yoga bercanggah dengan Islam?

Oleh ABDULFATAH HARON IBRAHIM

MATLAMAT yoga Hindu dan tarekat tasauf seakan-akan sama iaitu mahukan mystical union atau fang atau lebur diri. Latihan pernafasan ada dalam yoga juga dalam tasauf tarekat Naqsyabandiyah. Isu ini bukanlah baru.

Kedengaran banyak rungutan kebelakangan ini kerana orang ramai amat tidak senang dengan program televisyen di negara ini yang menggalakkan orang ramai bersenam cara yoga. Mereka ingin tahu tentang yoga dan Islam.

Penulis berpendapat memang ada pengaruh yoga Hindu dalam doktrin tasauf Islam. Matlamat yoga dan tasauf seakan-akan sama iaitu mahu mencapai mystical union dengan Allah atau nirwana. Ini adalah hampir menyamai fana dalam tasauf Islam.

Jika perkara ini hanya kebetulan, tasauf sudah mengadakan bidaah; jika memang hakikat ini adalah pengaruh wahat al-wujud Hindu (bermaksud Brahma atau Tuhan ialah segala-galanya). Ini bererti tarekat dan tasauf adalah Islam kehinduan.

Hakikat ini boleh disaksikan dengan jelas apabila mengkaji matlamat senaman yoga termasuk pentingnya berlatih cara pernafasan. Tarekat Naqsyabandiyah juga ada latihan pernafasan.

Penulis pernah terlihat sekumpulan pelajar duduk di tanah lapang dan bersama mereka seorang Sikh menyebut 'om' atau 'aum' jelas kedengaran beberapa kali. Selepas itu penulis lihat bagaimana mereka berlatih melakukan pelbagai gaya senaman yoga (pelbagai gaya kedudukan badan dalam mengamalkan senaman yoga).

Buku-buku yoga dalam bentuk saiz poket dengan pelbagai judul boleh didapati di kedai-kedai buku, sama ada di dalam atau di luar kampus universiti itu. Ini menunjukkan yoga mendapat perhatian masyarakat setempat.

Masyarakat Barat khususnya Amerika Syarikat (AS) adalah masyarakat mengejar kebendaan yang tidak mengenal puas menjadikan rohaniah mereka kekosongan.

Semasa di Universiti Columbia, New York, penulis sempat memerhati aktiviti di sebuah gereja di pinggir kampus. Hanya beberapa orang berumur yang berulang-alik sembahyang pada hari Ahad di gereja itu. Pemuda dan pemudi tidak kelihatan. Gejala ini menunjukkan bahawa gereja tidak dapat mempengaruhi jiwa muda mereka.

Penulis juga berkesempatan memerhati dan mendengar ramai pemuda dan pemudi rancak menyeru: 'Hare Krisna Hare Rama Hare Hare' di jalan-jalan terbuka, berpakaian kuning membalut badan seperti sari Buddha dengan memalu gendang dan alat-alat muzik India yang lain.

Kumpulan ini mempunyai 26 cawangan termasuk di luar AS iaitu Hamburg, London, Paris, Toronto dan Vancouver. Itu pengalaman tahun 1970-an.

Melihat yoga dari dekat ialah mencantum dan mengaitkan roh individu dengan roh universal di mana sekali imbas pandangan itu adalah janggal, tetapi apabila kita renungi matlamat asas Kristian, kenyataan tersebut adalah munasabah.

Perbezaan asas di antara kedua-dua kenyataan ini ialah bagi Kristian, kesatuan itu selepas mati, manakala bagi yoga, dengan latihan yang gigih semasa hidup di dunia ini dapat mencapai penyatuan roh ketuhanan.

Apabila disebut yoga ialah mencantum dan mengaitkan roh individu dengan roh universal (Union of the Personal Spirit of God), ini menyerupai ajaran tasauf yang digelar ittihad dan/atau wahdat al-wujud dan atau al-fana.

Manakala apabila kita renungi matlamat asas Kristian iaitu penyatuan abadi roh dengan Tuhan bererti yoga sesuai dengan akidah Kristian.

Jika ini ada dalam Kristian maka konsep seperti itu tidak ada dalam Islam kecuali tasauf yang mereka gelar fana. Fana tidak ada dalam Quran dan sunah. Adakah kaum tasauf mencipta sendiri?

Adakah ini bererti bidaah diambil daripada Hindu? Ini dakhil al-Islam, bererti mereka menambah ajaran Islam. Memang Hindu agama wahdat al-wujud. Fakta ini pun sudah cukup bagi menunjukkan bahawa yoga itu ajaran agama Hindu yang menyalahi akidah Islam, tetapi tidak menyalahi ajaran tasauf Islam.

Di antara falsafah yoga adalah untuk mendapatkan ketenteraman jiwa dan kesihatan badan. Erti asal kata yoga ialah 'kok' atau ikat. Yoga adalah satu cara disiplin dan ikatan seseorang dengan roh alam.

Bhagavad Gita sebuah kitab suci Hindu adalah sumber utama ajaran yoga.

Dalam mencari ketenteraman jiwa di antara lain ialah menerima ajaran falsafah Hindu yang mengutuk kebendaan. Kerana inginkan kebendaan inilah yang menyebabkan manusia hidup gelisah dan kecewa. Buangkan keinginan tiadalah kecewa.

Mengamalkan

Berusahalah dengan sedaya upaya supaya keinginan itu dapat dikikiskan. Yang bersikap begini ialah falsafah Hindu ortodoks dan Theravada Buddhism. Mereka perlu mengamalkan yoga yang antara lain termasuklah sikap menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang menarik berahi nafsu dengan pergi bertapa ke dalam gua-gua atau dalam rimba belantara. Kosongkan fikiran daripada sebarang keinginan.

Insan idola bagi Hindu-Buddha ialah orang yoga; orang yang berusaha membasmikan perbezaan di antara diri dan objek-objek, malah basmikan perbezaan di antara objek-objek itu sendiri.

Terdapat banyak risalah yang menerangkan bagaimanakah cara mengamal dan melakukan ansana yoga. Semua ini dengan tujuan dapat bersatu dengan roh alam.

Di antaranya sebelum melakukan ansana, yoga ini adalah dianggap penting mengetahui cara melakukannya yang betul: (a) melakukan dan menguasai cara-cara bernafas (bukan lagi seperti cara bernafas biasa sehari-hari); (b) berdoa, termasuk menyebut kalimah suci 'om' atau 'aum'; dan (c) bermeditasi. Kesemuanya ini adalah cara agama Hindu.

Cara meditasi utama ketika hendak mengamalkan yoga ialah konsentrasi pada satu titik. Ini mungkin merupakan perkara fizikal, seperti titik cahaya di dinding, memusatkan perhatian mata kepada batang hidung sendiri atau boleh jadi satu buah fikiran atau kewujudan Tuhan sendiri. Semua fikiran yang bertaburan dan perhatian yang berselerak jadi tersusun rapi ditujukan kepada maha satu.

Tujuannya ialah supaya boleh dikuasai, boleh dihapuskan atau semua fikiran yang bercelaru, sama ada datangnya dari pancaindera atau kesedaran batin diikat-sekat dengan melakukan konsentrasi. Pengamal yoga sebenar mengamalkan konsentrasi ini ke atas satu titik pada bila-bila masa, dan terhapuslah kecelaruan fikiran.

Mengamal yoga adalah keriangan sejati yang tiada taranya. Jika ada amalan pernafasan di kalangan orang Islam seperti dalam tarekat tasauf Naqshabandi, kemungkinan semuanya itu berasal dari yoga Hindu atau bidaah rekaan sendiri. Tidak boleh disebut amalan agama Islam kerana tidak ada asal dalam Quran dan sunah.

Sehingga kini tiada terdengar yoga Islam tetapi ada sebuah buku bertajuk Christian Yoga ditulis oleh seorang paderi Katholik, J. M. Dechanel. Buku ini mengatakan mengamalkan yoga digalakkan sebagai jalan ke arah merealisasikan ajaran Kristian.

Yoga sebagai 'sambungan' atau 'kok' Roh Individu dengan Roh Alam, (Atma dengan Brahma) iaitu kesatuan Roh Individu dengan Tuhan. Matlamat terakhir dalam ajaran Kristian ialah bersatu roh dengan Tuhan selepas matinya jasad, tetapi bagi Hindu dalam Hindu pun sudah boleh dicapai. Mereka gelar Tuhan itu Brahma: Atma bersatu dengan Brahma.

Bezanya dengan Kristian bersatu itu selepas mati tetapi bagi Hindu tercapainya kesatuan itu semasa nyawa masih dikandung badan di dalam dunia ini lagi.

Terdapat di kalangan orang Melayu apabila mengeluarkan nafas sebut Allah dan apabila menarik nafas sebut Hu. Amalan seperti ini digelar zikir nafas. Dalam kitab Pati Rahsia ada mengandungi bab membicarakan ilmu nafas dengan panjang lebar.

Jika ada orang yang mengamalkan senaman asana-asana tanpa memikirkan falsafahnya dan kehinduannya, jika dia berjaya sampai ke peringkat dapat beribadat dengan Brahman, dan mengalami serta mendapat keriangan yang tiada taranya, dia akan menjadi seperti kebanyakan ahli tasauf mulhid atau menganut wahdat al-wujud, syariat Islam akan menjadi ejekannya.

Hakikatnya, kurang senaman adalah salah satu penyakit kemajuan dunia moden: perang merebut hasil minyak dari dalam tanah, memaksa orang menggunakan sebarang alat bermotor bagi membolehkan minyak dijual. Hidup bernadikan segala-galanya dengan kuasa minyak, terhakislah senaman badan secara natural. Lalu orang Islam ditawarkan senaman yoga.

Secara tidak langsung dan tanpa disedari, senaman yoga ini mendorong orang Islam bakal jadi murtad menganut wahdat al-wujud Hindu. Agama Kristian ada bersefahaman dengan Hindu dalam masalah amalan senaman yoga. Islam tidak.

Semasa penulis hidup di kampung, tidak ada siapa yang merungut perlukan senaman. Kerja-kerja kampung yang pelbagai itu semuanya dilakukan dengan tenaga manual dan fizikal, bukan mesin dan enjin. Rungutan kurang senaman tidak pernah terdengar semasa penulis hidup di kampung.

Semasa hidup di kampung pada zaman itu tidak ada siapa yang memiliki kenderaan empat roda tetapi ke sana sini dengan berbasikal sahaja. Didorong oleh rasa nostalgia hidup di kampung, penulis mengayuh basikal dari rumah ke tempat kerja. Hanya mengambil masa 10 minit.

Dengan cara ini, cukuplah senaman yang diperlukan oleh badan, fikir penulis. Pada mulanya ada mata terbeliak kehairanan (barangkali) melihat penulis menunggang basikal. Penulis peduli apa.

Tetapi pada akhirnya terpaksa juga mengalah kerana laluan pejalan kaki dan orang berbasikal tidak disediakan oleh pihak berkuasa. (Tiada suara yang menggalakkan rakyat berbasikal untuk senaman, ekonomi, mengurangkan sebab-sebab pencemaran udara).

Penulis berbasikal terpaksa berkongsi jalan yang sama dilalui oleh kenderaan empat roda yang memacu seperti peluru. Pernah nyaris- nyaris dilanyak oleh peluru empat roda itu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2008 12:12 PM | Show all posts
aku dulu pernah joint yoga kat tempat keje  lama, the instructor mmg kaum tersebut...& apa yg aku ingat ader sekali dia sebut "ommmm' somthing like that la.. tp ms sesi relaxing after wat semua step dia suruh  ingat zikir agama masing2...skang sbb aku dah keje new place so dh lama tinggalkan yoga....then now aku decide aku better concentrate ngan aper Islam anjurkan mengapa perlu mencari yang lain kalau sudah jelas dilarang..ya ternyata membuka mata & fikiran aku lah dengan adanya issue ini....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 04:31 PM | Show all posts
aku pernah baca juga tentang yoga boleh melupakan akan keagungan Allah kerana fikiran kita akan tenang(kosong more like it) dan melupakan kita akan kenikmatan alam sekeliling kita atau tidak meng appreciate ciptaan Allah.. cuba lah yoga islam iaitu sembahyang 5 waktu lagi tenang... tidak payah makan anti-depressant pills ....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2008 04:35 PM | Show all posts
amik ape yg lebih baik..kalu hampir memesongkn akidah..cube la jauhkan..bgus..minta2 haram lah bdaya beryoga2 nih..kan ada yg lebey elok lgi kn senaman..senamrobik tu tak ckup lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2008 04:58 PM | Show all posts
  anjuran solat tahajjud lame dah wujud...
tak plak org berebut buat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2008 07:10 PM | Show all posts
kalau dah mufti cakapkan macam tu siapakah kita nak melawan mufti..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2008 09:30 AM | Show all posts
Yoga diharamkan

Oleh HELMI MOHD. FOAD

PUTRAJAYA 22 Nov. – Amalan senaman yoga secara sistematik iaitu membabitkan gerakan fizikal, bacaan mentera dan matlamat penyatuan diri dengan tuhan bertentangan dengan syariat Islam.

Oleh itu Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik itu kerana dibimbangi akan menghakis akidah umat Islam jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, amalan fizikal iaitu senaman dalam yoga tanpa unsur-unsur mentera dan pemujaan pada zahirnya tidak menjadi kesalahan.

Namun, katanya, ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri boleh menghakis akidah seseorang Muslim memandangkan ia merupakan salah satu komponen daripada keseluruhan amalan yang diharamkan itu.

‘‘Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan, senaman yoga yang berasal daripada masyarakat Hindu sejak Sebelum Masihi itu yang menggabungkan amalan fizikal, unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah.

‘‘Ahli muzakarah memutuskan apa juga jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang juga Setiausaha Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Keputusan mengenai fatwa yoga itu dilakukan pada muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-83 di Kota Bharu, Kelantan pada 22 hingga 24 Oktober lalu.

Sebelum ini, seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Zakaria Stapa menasihati orang Islam yang mengamalkan senaman yoga supaya menghentikannya kerana bimbang boleh memesongkan akidah.

Yoga amalan kesihatan yang diperkenalkan sekitar sejak 3,300 Sebelum Masihi dikatakan dapat membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kencing manis, darah tinggi, lelah dan penyakit berkaitan jantung.

Amalan senaman harian itu kebanyakannya mempunyai pergerakan berdasarkan unsur dalam agama Hindu, manifestasi gerakan, konsentrasi dan posisi tubuh dilakukan sambil membaca mentera.

Setakat ini, pengharaman senaman yoga telah dilaksanakan di Singapura dan Mesir.

Menurut Abdul Shukor, umat Islam dinasihatkan agar menjauhi amalan yoga meskipun sekadar mempraktikkan pelbagai variasi senaman fizikalnya kerana ia adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem senaman tersebut.

‘‘Kalau setakat kita duduk macam yoga itu tidak ada masalah, lagi pun ia ada beratus jenis pergerakan, tetapi masalahnya amalan senaman itu adalah sebahagian daripada keseluruhan sistem yoga.

‘‘Amalan fizikal itu hanya peringkat pertama, kita minta umat Islam berhati-hati, takut mereka tidak tahu ilmu yoga itu ke mana matlamat akhirnya dan ini mungkin boleh jadi membawa kepada kesesatan,” tegasnya.

Beliau menjelaskan, ini kerana dalam Islam terdapat tiga elemen yang boleh menjejaskan akidah iaitu keyakinan hati, pengakuan dengan lidah dan perbuatan.

Katanya, memandangkan sekurang-kurangnya terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka daripada terhakis.

Bagaimanapun, beliau menyatakan, fatwa tersebut tidak bermaksud untuk menghalang orang bukan Islam mengamalkan yoga kerana hak kebebasan mengamalkan kepercayaan agama mereka adalah dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

‘‘Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hanya menjaga kepentingan dan akidah umat Islam dan pada peringkat ini, kita menggunakan pendekatan menasihat dan memaklumkan kepada umat Islam tentang pandangan Islam terhadap yoga.

‘‘Soal sama ada pandangan muzakarah akan dijadikan fatwa yang diwartakan, itu terpulang kepada kerajaan-kerajaan negeri dan dari segi penguatkuasaan, itu bukan bidang kita,'' katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2008 09:31 AM | Show all posts
Pengusaha Islam mesti tukar perniagaan

KUALA LUMPUR: Pengusaha Islam yang membuka pusat senaman yoga perlu mengambil langkah serta-merta untuk keluar daripada perniagaan itu selepas Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman berkenaan yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata mereka harus mendapatkan pilihan alternatif selain senaman yoga sekiranya tetap meminati bidang perniagaan berasaskan kesihatan.

Walaupun ada pengusaha Islam yang mempertikaikan fatwa itu dan mendakwa bakal mengalami kerugian, katanya, perhatian berat diutamakan dalam perkara berkenaan ialah memastikan umat Islam tidak terjebak dengan sebarang aktiviti yang boleh merosakkan akidah mereka.

Dalam konteks ini, beliau berkata, sekiranya maklumat sedia ada dianggap umum sehingga menimbulkan kekeliruan atau kesamaran, Jakim bersedia dan boleh memberi penjelasan lebih terperinci.

“Apabila sudah dikeluarkan fatwa bahawa ia (senaman yoga) salah dari segi agama, langkah serta-merta untuk keluar (daripada perniagaan itu) perlu dibuat. Mungkin penyelesaiannya berperingkat tetapi tindakan mempertikaikan fatwa ini bukan penyelesaian.

“Selalunya orang yang terbabit dalam perniagaan lebih bijak dan kreatif untuk mempelbagaikan perniagaan mereka. Itu perkara biasa, sama seperti perniagaan lain,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam mengamalkan senaman yoga yang dilakukan secara sistematik dan menyeluruh kerana bertentangan dengan syariat Islam serta boleh memesongkan akidah mereka.

Pengerusinya, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Hussin, dipetik sebagai berkata senaman yoga berasal daripada masyarakat Hindu menggabungkan tiga unsur, iaitu amalan fizikal (senaman), keagamaan serta mantera pemujaan bagi mendapatkan ketenangan, manakala kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan, yang boleh merosakkan akidah umat Islam.

Susulan itu, akhbar semalam turut melaporkan ada pengusaha dan pengamal Islam bagi senaman yoga, kecewa dengan pengharaman oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, antaranya personaliti dan jurulatih yoga, Ninie Ahmad, dipetik sebagai berkata beliau percaya yoga tidak menjejaskan akidahnya walaupun sudah mengamalkan senaman itu sejak lapan tahun lalu.

Sebaliknya, Ninie berkata, yoga hanya berupa senaman dan berhasrat untuk meneruskan perancangan untuk membuka sebuah pusat yoga di Damansara Perdana, bulan depan, kerana sudah membuat pelaburan besar.

Wan Mohamad berkata, pengusaha Islam dinasihati supaya mendekati serta tidak keberatan merujuk kepada pihak lebih arif dalam isu dan ajaran Islam bagi mengelakkan sebarang risiko, di samping patut lebih prihatin apabila suatu amalan itu kelihatan ganjil dengan terminologi diasaskan daripada ajaran agama lain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2008 09:31 AM | Show all posts
Persatuan kanser henti senaman yoga percuma
Oleh Zainab Mohd Yatim
[email protected]

KUALA LUMPUR: Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (PKKM) menghentikan amalan senaman secara percuma kepada pesakitnya yang diadakan setiap hujung minggu.

Penasihat Kehormat PKKM, Datuk Zuraidah Atan, berkata pihaknya akur dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan senaman yoga secara sistematik seperti diumumkan kelmarin.

“Kami sudah menggalakkan dan menganjurkan amalan senaman yoga secara percuma kepada pesakit kanser sejak sekian lama, dan mereka juga gembira dengan aktiviti ini yang tidak banyak menggunakan tenaga fizikal, sesuai dengan keadaan pesakit.

“Namun, kini kami terpaksa akur dengan keputusan dibuat dan tidak boleh lagi menganjurkan senaman itu kepada pesakit Muslim yang turut mengikut program dibuat setiap hujung minggu,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, PKKM kini terpaksa memikirkan alternatif lain menggantikan senaman yoga bagi dijadikan aktiviti pesakit yang turut menggunakan sesi bersenam setiap hujung minggu sebagai peluang untuk mengeratkan hubungan sesama kaum dan bertukar fikiran mengenai penyakit yang dihidapi.

“Mungkin kami boleh galakkan pesakit untuk beralih kepada tarian pocho-pocho atau silat atau golf, tetapi aktiviti itu memerlukan stamina berbeza,” katanya.

Beliau menjelaskan, sesi senaman yoga yang dianjurkan secara percuma sebagai khidmat bakti kepada pesakit, mendapat sambutan menggalakkan dan tidak dinafikan memberi banyak manfaat kepada pesakit untuk membuat persediaan mental atau mencari kekuatan untuk pulih.

Katanya lagi, sebahagian besar pesakit kanser yang mengikut aktiviti anjuran PKKM itu adalah umat Islam yang tinggi akidahnya, justeru keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sudah pasti merencatkan minat mereka untuk meneruskan senaman berkenaan walaupun sebahagian amalan senaman itu tanpa unsur mentera dan pemujaan, dibenarkan.

Majlis Fatwa Kebangsaan kelmarin mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah umat Islam jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi iaitu menggabungkan amalan fizikal, unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya penyatuan diri dengan tuhan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.482699 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list