|
Jika Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pengasih..kenapa Dia
[Copy link]
|
|
Balas #20 eastrun\ catat
hmmm....tatau ler....
tapi apabila dikatakan pakaian mereka terlucut semasa kejadian makan buah tu, maka sudah tentulah mereka ada pakaian.....
saya faham saudara ingin pergi ke persoalan seterusnya iaitu kewajiban bertudung....
dalam hal nie saya tak pakar, saya selalu tengok mod antique explain pasal surah an nur tu, tetapi tidak pulak saya ingat secara detail bagaimana keterangannya.....
mungkin boleh saja rujuk index....atau tunggu mod antique datang....
namun yang penting, sehingga hari ini, pakaian universal yg paling terhormat utk wanita adalah baju longgar dan bertudung......
buktinya, paderi wanita yg tak duduk dipadang pasir, yang tak ada rujukan hadis, yg tak baca Quran pun pakai pakaian tu....kalaulah itu bukan pakaian terhormat, mengapa mereka mahu pakai...? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #21 ussopp\ catat
Perintah bertudung bagi umat Kristian ada dalam Kitab Bible...tetapi hukumnya adalah optional. Hal itu tertulis dengan jelas. Tapi, dalam Quran tak jelas sangat..sebab tu saya sukar nak tunjuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 eastrun's post
Soalan asalnya pasal Adam Hawa ke, pasal Iblis ke, pasal tudung? Towards the end dah jadi soalan tudung ? Saya ni konpius, ni saya kena jawab pasal tudung ke pasal syaitan ke pasal Adam?
Kalo isu tudung cam yg eastrun wat kat post #22, isu ni dah banyak kali dibangkitkan, dari board Local Politics membawa ke CI membawa ke MM.. search je aurat or tudung boleh lead towards the earlier threads..
Benda pasal "mana datangnya suruhan memakai tudung dalam Qur'an" ni common issue yg dibangkitkan.. especially among those who rejects hadith... saya malas nak tulis banyak-banyak, sebab it is proven that everytime the topic is raised, ianya jadi tak terkawal... benda gini tak sepatutnya jadi bahan pertentangan.. so kalau ada differences in opinion, kena layan dengan tenang...
Saya maleh nak tulis... Tapi to make things short... actually in September pun RPK ada bawa isu ni dalam Malaysia Today, and I wrote a spontaneous response to it here :
http://widejournal.blogspot.com/ ... -tudung-debate.html
So if you want to know my version of what I think it is, read the above. Tapi yg tu version orang menulis dalam masa 5 minit. Very the brief.
Ada lagi a few response to it from others, like from Ustaz Zaharudin through his website. Just google The Great Tudung Debate, you'll be directed to some of the opinions.
Pasal Hawa? Sapa yg tengok aurat Hawa time tu mind telling me? Read again An-Nur 31, ada tak Hawa mendedahkan auratnya kepada orang selain dari apa yg ada dalam An-Nur 31?
[ Last edited by antiQue at 8-11-2008 04:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #23 antiQue\ catat
I am so proud if you also want to give your opinion for Q1 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 8-11-2008 04:34 PM
I am so proud if you also want to give your opinion for Q1
Kita semua sedia mengetahui akan kisah Nabi Adam dan isterinya Hawa.Daripada kisah ini juga kita boleh menilai pelaksanaan sifat Allah yang lengkap dan jauh daripada sifat kekurangan.
Allah selaku pencipta semesta alam telah mencipta manusia dan Allah jualah yang mengetahui kekuatan dan juga kelemahan manusia.Sebagai salah satu daripada makhluk ciptaan Allah maka manusia ini mempunyai serba serbi sifat kekurangan.Manusia tidak mungkin sama dengan malaikat yang sifatnya tidak mempunyai tuntutan hawa nafsu dan sering patuh kepada perintah Allah.Manusia juga boleh menghindarkan diri daripada menguasai sifat yang tercela seperti sifat iblis yang angkuh,engkar dan suka melakukan tipu daya.
Allah telah melarang Adam dan isterinya Hawa memakan buah yang terlarang.Tetapi manusia Adam dan isterinya telah tidak tahan akan perdayaan iblis(musuh manusia yang nyata).Setelah buah itu dimakan,maka menyesal Adam kerana engkar dengan perintah Allah.Begitulah salah satu dari sifat manusia,setelah melakukan kesalahan maka akal yang sihat akan rasa menyesal.Maka Adam pun memohon ampun kepada Allah atas kesalahan yang telah terlanjur itu.Disaat itu Allah sekali-kali tidak ragu,tidak bimbang dan tidak menyesal dan merasa berdukacita sebab telah menciptakan manusia,malahan diwaktu itu juga Allah mempertunjukkan SIFAT KASIHNYA.Allah ajarkan kepada Adam bagaimana caranya memohon ampun,"Maka menerimalah Adam daripada Tuhannya beberapa kalimat".(Al-Baqarah:37).
Didalam Surah Al-A'raf ayat 22 dituliskan bunyi apa yang diajarkan Allah itu,iaitu."Ya Tuhan kami,sesungguhnya kami telah menganiaya diri kami sendiri,maka jika tidaklah Engkau beri ampun kami dan tidak Engkau kasihi kami,niscaya kami akan jadi orang yang rugi".Sesudah Allah memberi ampun itu,Allah pun segera melaksanakan SIFAT KEADILANNYA.Adam dan isterinya Siti Hawa dan begitu juga iblis disuruh keluar dari Taman Aden itu.Tidak setengah pun ditahan dan tidak setengah pun dikeluarkan.Ini menunjukkan juga adilnya Allah dalam membuat penghitungan terhadap hamba-hambanya.
Setelah itu Allah melaksanakan SIFAT KEBIJAKSANAANNYA pula iaitu mengangkat dan memilih Adam menjadi Khalifahnya dimuka bumi,bersama dengan anak cucu dan keturunannya.Allah juga memberi ingat kepada manusia supaya hati-hati menjaga diri kerana musuhnya yang BESAR dan NYATA iaitu iblis.Selama petunjuk dan hidayatNya itu dituruti manusia itu tidaklah akan sesat dan tidaklah akan sengsara.
Dengan demikian kelihatan pelaksanaan sekalian sifat Allah SWT iaitu Kasih,Cinta,Memberi Ampun,Bijaksana dan Adil.Maha suci Allah dari sifat kekurangan.Cukuplah jika kita katakan Allah itu Maha Berkuasa.Mempunyai sifat-sifat yang terpuji dan jauh daripada sifat kekurangan.
(Sumber rujukan-Tafsir Al-Azhar,karangan Al-marhum Profesor Dr.Hamka,halaman 1518-1519) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 8-11-2008 03:45 PM
so actuallynya, dalam syurga tu apa yang Adam dan Hawa pakai?
Surah Toha: [121]
Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).
[ Last edited by sayawifenikmie at 8-11-2008 05:24 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Surah Al-Baqarah [31]
Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
[32]
Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
[33]
Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".
[34]
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
[35]
Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim".
[36]
Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".
[37]
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
[38]
Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita". |
|
|
|
|
|
|
|
tak dinyatakan Adam dan Hawa pakai apa sbnrnya...tapi takpe..penerangan untuk soalan satu dan dua telah terjawab, saya sangat berbesar hati...Terima kasih..Semoga Allah terus menambah ilmu anda. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 8-11-2008 05:37 PM
tak dinyatakan Adam dan Hawa pakai apa sbnrnya...tapi takpe..penerangan untuk soalan satu dan dua telah terjawab, saya sangat berbesar hati...Terima kasih..Semoga Allah terus menambah ilmu anda.
Surah Al-hajj [23]
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nyahkertu at 8-11-2008 01:41 PM
ai baca sekali sahaja akan post dia, ai faham tang yang daun itu. Apa yang dia maksudkan ai rasa, dia nak tahu, memandangkan Adam dan Hawa turun dengan tidak ditutup dada (tetek) dan rambut tidak ...
balik ke ajaran sejati nyah...tau dah tua kertu...betobat la... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #30 sayawifenikmie\ catat
Alhamdulillah....terima kasih sayawifenikmie |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ussopp at 8-11-2008 01:23 PM
terjadinya kisah mereka ditelanjangkan pun ketika merekadibuang.....sapa kata mereka kekal dgn keadaan begitu???mana ada kisahyg mengisahkan mereka terus menerus berpakaian daun.....
kadang2 .. satu perkataan tu boleh membawa banyak maksud
kalau diperhatikan dalam al Quran sendiri, banyak ayat yg mengandungi kiasan ..
kalau nak kata bab 'telanjang' - perkataan tu sendiri ada banyak makna
bukan hanya terhad kepada (maaf) maksud b0gel sahaja ..
sebagai contoh : perbuatan yg ditelanjangkan
boleh membawa maksud "didedahkan", "dikantoikan", atau mungkin "disebarkan" ..
okay .. kalau masih nak berkerut dahi fikirkan bagaimana keadaan Adam & Hawa
adakah mereka berpakaian selepas mereka diturunkan ke bumi, dari syurga;
sama juga dengan persoalan - "kenapa manusia itu dilahirkan dlm keadaan 'telanjang',
tapi apabila mati, manusia itu dikafankan?"
daripada hukum 'menutup aurat' tu sendiri; aurat tu bukan semata2 tubuh badan
tapi sebenarnya lebih daripada itu .. memang lebih daripada tu .. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 eastrun\ catat
Kawan aku ni tak berapa nak ngam sangat dengan hadis, apapun dia nak Quran yang cakap benda tu wajib atau tidak. Ko patutnya membantu aku dan bukannya fikir aku nak menghentam agama aku sendiri. Aku buka lagi satu thread kat RSF, kat situ aku nak kupas pandangan agama lain, yang mungkin boleh aku jadikan bahan untuk dipersembahkan kat kawan aku tu.
bahaya tu...
Islam adalah berdasarkan kepada Al-Quran DAN Hadis... so kalau nak debate/pujuk dgn golongan anti-hadis... entah ler ...
kalau semua nak based on Quran SAHAJA, tah cara mana umat Islam nak solat yer? [antara benda basic Muslim kena buat]
saya doakan awak berjaya jumpa bahan yg boleh dibincangkan dgn kawan awak tu. hati2lah!
[ Last edited by Mulan at 8-11-2008 10:46 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 8-11-2008 11:26 AM
Assalammualaikum
Tadi, saya pergi breakfast dengan colleague saya, tetiba dia tanya saya dua soalan yang membuatkan saya berfikir:
1) Jika Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pengasih, kenap ...
Itulah masalah Bible dan kelebihan Al Quran. Bible ni banyak events yang digambarkan di dalamnya adalah dengan terlalu detail sehingga boleh menjerut leher pengarang2nya sendiri, kerana kebarangkalian isi2 yang detail itu berlawanan antara satu sama lain, dan pembaca tak tahu apa fokus cerita tersebut. Ini bahana dari kerja-kerja menambah/menokok yang dilakukan oleh para paderi mereka.
Dalam al Quran, banyak events (termasuk peristiwa terusirnya Nabi Adam a.s dan isterinya Hawa dari syurga) diterangkan dengan secara perkataan-perkataan yang ringkas tapi padat maknanya. Pendekatan ini menyebabkan kita tak distracted dengan details tersebut, kerana dalam ayat-ayat yang cerita pasal perisitiwa ini, fokus dan conclusionnya yang secara direct bersangkutan dengan kita (dan kita boleh ambil iktibar) adalah betapa Allah itu Maha Penerima Taubat. Contohnya lihatlah dalam surah Al Baqarah di atas.. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu sebabnya Al_Quran di katakn mukjizat kalau org2 kapiak nak putar belit pun kita ada Al-Quran yg memberi pelbagai jawapan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah dgr perkataan CERITA tak, tulah yg brlaku sbnarnya dalam dunia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Waalaikumussalam...
Originally posted by eastrun at 8-11-2008 11:26
Assalammualaikum
Tadi, saya pergi breakfast dengan colleague saya, tetiba dia tanya saya dua soalan yang membuatkan saya berfikir:
1) Jika Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pengasih, kenap ...
Errr... Bab Adam dan Hawa diturunkan ke Bumi dalam keadaan 'bogel' ni aku kurang percaya lar... Adam dan Hawa turun ke Bumi sebagai manusia terawal yang bertamadun... Tak kan lar Tuhan nak turunkan mereka dalam keadaan 'bogel' pula...? Walaupun takde dalil yang mengatakan bahawa mereka ni berpakaian semasa di Syurga tapi secara logiknya jugak tak kan lar mereka menetap dalam secara dalam keadaan 'bogel'...?
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #39 AceHand\ catat
Tak bogel bulat rasanya, sebab dia ada tutupan guna daun syurga kat teloq dia. |
|
|
|
|
|
|
| |
|