CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: dompot

Bolehkah perempuan yang didatangi haid ke masjid?

[Copy link]
Post time 18-11-2008 05:53 AM | Show all posts
Sikit lagi pasal hadith:

Bagaiman tentang riwayah satu wanita badwi kulit hitam yang Rasulullah saw benarkan tinggal dalam perkarangan masjid?  seperti yang lain wanita ni juga akan didatangi haid...


1. Saya check balik, beberapa riwayat dari Bukhari semua dengan lafaz, lelaki ATAU wanita kulit hitam. Jadi saya hairan kenapa hujjah tu begitu pasti tentang ia seorang wanita? Boleh cari hadith tu mungkin saya tak jumpa?

Narrated Abu Huraira:

A black man or a black woman used to sweep the mosque and he or she died. The Prophet asked about her (or him). He was told that she (or he) had died. He said, "Why did you not inform me? Show me his grave (or her grave)." So he went to her (his) grave and offered her (his) funeral prayer."

Sahih Bukhari


2. Dan kalaupun ia wanita, hadith tu tidak menyatakan umur, mungkin juga wanita yang sudah putus haid.

3. Dan hadith tu tak menyatakan wanita itu tinggal di Masjid. Dinyatakan dia cuci/bersih/sapu Masjid.

Tambahan:
4. Kawasan Masjid dan Musalla adalah 2 perkara yang berbeza. Yang ditegah ketika haid (menurut hadith) adalah Musalla, iaitu tempat solat dalam Masjid. Tempat solat dalam surau itu juga dipanggil Musalla. Dalam Quran pun disebut tentang Musalla = Tempat Solat

Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci itu tempat tumpuan bagi umat manusia dan tempat yang aman dan jadikanlah oleh kamu Maqam Ibrahim itu tempat solat dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): Bersihkanlah RumahKu (Kaabah dan Masjidilharam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf dan orang-orang yang beriktikaf dan orang-orang yang ruku' dan sujud. (Al Baqarah, 125)


5. Dalam mengerjakan Haji, kalau berlakunya haid diberikan satu pengecualian yang khusus, dibolehkan berada dalam Masjid sebab atas urusan Haji (keperluan dalam ibadah), namun Tawaf tetap ditegah.

Originally posted by kupia at 17-11-2008 09:45 PM

Pendapat ulama ini berdasarkan kaedah umumyang apabila tiada larangan, sesuatu perbuatan mesti dibenarkan


Dan larangan pun ada, cuma tafsiran saja yang tak sama tu yang jadi masing2 dengan pendapat masing2. Apa pun, kita menghormati Ulama2 kita walaupun ada perbezaan pendapat.

Ermm.... ni pasal makan atau pasal ibadah?

Kalau perempuan haid memang boleh duduk/tinggal dalam Masjid, apa tujuan dia nak duduk/tinggal dalam Masjid? Tentu tujuan utama nak beribadah kan?

Kan secara umumnya:

Dalam beribadah: Tidak boleh buat tanpa dalil perintah

Bab makan: semua halal selagi tiada pengharaman

Sila betulkan saya kalau saya silap

[ Last edited by  mnm77 at 18-11-2008 06:41 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2008 08:38 AM | Show all posts
Dah boleh rasa pening tuan rumah


Saya suka perbincangan sihat ini, saya cuma nak mencelah dari hasil pembelajaran saya pula.

Dari Tafsir Fizilalil Quran, tok guru saya meleret-leret perbincangan tentang haid sehingga ke akar umbi. Yang menarik di antaranya :

Kata tok guru saya (sudah meninggal dunia menjelang ramadhan lalu, dengan ilmu yang disampaikan ini diharap terus memberi pahala melimpah ruah untuk beliau).  

Di antara kenapa wanita dahulu dilarang duduk tetap (duduk lama) di dalam masjid adalah kerana kain pelapik haid (penggunaan 'pad' di waktu itu) yang digunakan dikhuatiri bocor kerana tidak ada kecanggihannya  -  dan bukan seperti zaman sekarang 'pad'nya sudah canggih manggih sehingga setengah 'pad' itu sudah ada wangian bermacam perisa.  Jadi larangan tersebut bukanlah larangan mutlak, tapi larangan bersebab. Duduk tetap di sini khas untuk wanita yang mendengar pengajian ilmu, atau pun wanita itu sendiri sebagai tenaga pengajar. -  bukan duduk suka-suka atau lepak dalam masjid.


Jika berlaku kesilapan, harap ada pembetulan. Terimakasih.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 09:31 AM | Show all posts
saye sokong pepasir..
pakailah ****x
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 06:11 PM | Show all posts
Awak sebenarnya dah tau hadith ni LEMAHtapi terpaksa juga bawak jugak kan? sebab memang tak akan jumpa satupun hadith Rasulullah saw yang mengharamkan orang perempuan dalam haidmembaca Quran.  Mau tak mau terpaksa kumpulkan kata-kata ulamak cubanak mengharamkan benda yang harus.


Mula2 sekali pada awal thread nih sdr jugak yg mintak utk saya rujuk betul2. Jadi spt yg saya beritahu sebelum nih apa yg saya fahami dan dari pengajian saya sendiri di atas tu saya bawakan rujukan saya iaiu Kitab Bahrul Mazi karangan Syeikh Idris Al-Marbawi.

Saya perturunkan spt mana yg dicatitkan dlm Kitab Bahrul Mazi pada masalah ini spt mana yg dicetak dlm kitab. Sememangnya cara penyampaian Syeikh Idris Al-Marbawi ini mula2 dia akan membawa satu hadis ( biasanya dari Imam Termizi ) dan kemudiannya dia akan membawa masuk pandangan ulamak.

Dalam masalah orang2 junub dan perempuan2 yg haid mmembaca Al-Quran Syeikh Idris Al-Marbawi membawa hadis dari Ibn Umar r.a. Walaupun dianggap hadis Ibn Umar r.a ini hadis yg daif, Syeikh Idris Al-Marbawi turut membawa pandangan Imam Nawawi. Dlm hal ini Imam Nawawi cuma memberi kelonggaran utk orang2 perempuan yg haid membaca Al-Quran sekirannya bacaan itu bukan dgn tuturan lidah tetapi di dlm hati sahaja.

Cuba tanya Sheikh Idris dekat mana dia petik pandangan Imam Nawawi ni?


Hmmm susah gak, sebab hamba Allah yg serba warak nih dah lama menginggal dunia - tahun 1987 dulu. Tetapi saya ada penuh kpercayaan Syeikh Idris Al-Marbawi nih bukan jenis orang yg duduk tak duduk buat pandai2 reka nama Imam Nawawi utk kuatkan hujah beliau.

Kalau kita lihat semula pada diri Syeikh Idris Al-Marbawi ini dirinya seorang yg banyak ilmu sehingga boleh menghasilkan buku2 spt Kamus Marbawi Melayu-Arab, Tafsir Quran Nurul Yaqin, Tafsir Fathul Qadir dll. Kitab Bahrul Mazi sebanyak 12 jilid ini dilahirkan dgn mengambil masa belasan tahun utk disiapkan kerana ianya meliputi bab2 yg amat luas spt fekah, munakahat, muamalat, aqidah dll. Rujukan utamanya ialah kumpulan hadis dari Imam At-Termizi. Manakala pandangan ulamak pula beliau lebih cenderong kpd pandangan ulamak dari mazhab As-Syafie.

Ni yang saya jumpa:


Spt yg saya sebutkan sebelum ini apa yg saya ketengahkan adalah dari apa yg dapati dari hasil pengajian saya dgn menadah kitab dlm kuliah agama dari satu mesjid ke satu mesjid. Maknanya pengajian secara berguru ini dibuat secara interaktif.

Manakala cara sdr adalah dgn "jumpa" dari google dan membuat "copy and paste" ( that certainly explains various font used ! ). Jika dimasukkan perkataan hukum perempuan haid membaca Al-Quran nescaya jumpalah spt mana apa yg sdr tempekkan di sini. Bermula dgn ayat hadis riwayat Ismail bin Ayyasy itu keliru, quote dari (Majmu’  Syarah al-Muhazzab (Dar Ihia’al-Turath al-Arabi, Beirut 2001), jld 2, ms 123-125 (Kitab Taharah, Bab Apa yang mewajibkanmandi, Bab Hukum terhadap 3 perkara), perenggan yg dimulai dgn Berkata Imam IbnuTaimiyah terhadap persoalan ini

Bergantung kat mana ayat2 ini dapat kita"jumpa". Tetapi antara satu blog, webpage atau forum board ayat2 yg diguna saling tak tumpah antara satu sama lain. Pendekata ayat2 yg sama mengenai masalah ini di-recycle pada mana2 tempat masalah mengenai orang2 junub dan perempuan2 haid membaca Al-Quran ini ditanya.

Saya tidak pula nak pertikaikan yg apa yg sdr copy & paste nih semua tidak benar dan dusta, cumanya bukankah lebih baik kita sendiri dptkan bahan rujukan yg first hand. Atas sebab inilah saya suka menggunakan Kitab Bahrul Mazi ini sebab persoalan utk satu2 hukum itu dikupas sedikit demi sedikit. Bermula dari hadis Nabi SAW kemudian dibawa pula pandangan ulamak2 muktabar.

Jikalau sdr nak menyuruh saya menanyakan kpd Syeikh Idris Al-Marbawi yg sudah tiada lagi ini, bagaimana pula dgn sumber yg sdr bawa di atas tu. Adakah sdr sendiri dah semak kebanyakan kitab yg sdr quote-kan itu.  Dan yg lebih penting dari sumber mana atau siapakah orang yg mula2 menulis rujukan dlm masalah ini.

Apabila saya membawa pandangan Imam Nawawi dlm hal ini tiba2 sdr sudah jadi skeptikal bahawa jika apa yg tidak ada dlm apa yg sdr google di internet bermaksud apa yg Syeikh Idris Al-Marbawi bawa itu tidak boleh pakai. Sebab itu saya bawa masuk masalah solat secara duduk dan baring di atas.

Sama juga spt dlm masalah ini kalau nak guna kawan sdr Cik Google yg boleh kita jumpa ialah hadis Nabi SAW spt berikut :

"Sesiapa yang solat berdiri dalam solat sunat itulah yg lebih baik. Sesiapa yg solat sunat duduk dia mendapat setengah pahala solat orang yang berdiri. Sesiapa yg solat sunat baring secara mengiring dia mendapat setengah pahala orang yang solat sunat duduk." (Hr Bukhari)

Solatlah dengan berdiri, kalau tidak kuat maka duduklah , kalau (masih) tidak kuat maka berbaringlah dengan posisi miring. ( Riwayat Imam Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud )

Tetapi spt apa yg saya katakan dlm masalah ini Imam Nawawi memperlanjutkan hukum dlm pada orang2 yg solat duduk atau baring ini padahal mereka kuasa utk solat secara berdiri dgn menyatakan solat mereka itu tidak sah.

Saya dah cuba jugak mintak tolong kawan sdr Cik Google tapi tiada pula apa2 hit ttg apa yg Imam Nawawi sebutkan ini. Jadi mcm mana ? Adakah sama spt masalah orang2 junub dan perempuan2 haid membaca Al-Quran tu kerana sebab tidak ada sesiapa dlm internet yg sama pandangan dgn Imam Nawawi ini maka pandangan Imam Nawawi ini ditolak ? Atau adakah sdr nak suruh saya tanya Imam Nawawi tu sendiri ?

Saya tidak mahulah dipanjang2kan masalah perselisihan ulamak ini, Jika hendak diamati masalah ini cuba sebahagian kecil ibadat. Samalah halnya dgn perselisihan pendapat ulamak mengenai panjang mana kain lelaki yg harus dilabuhkan ketika solat. Beberapa ulamak memberi pandangan yg berbeza.

Namun apa yg penting ialah mengambil jalan ihtiaq ( langkah berhati ). Spt dlm masalah orang2 junub dan perempuan2 haid membaca Al-Quran di atas. Spt mana pandangan Imam Nawawi yg tersebut dlm Bahrul Mazi, cara paling selamat ialah membaca Al-Quran di dlm hati - sudah barang pasti langkah ini tidak melanggari mana2 hukum. Demikian juga dgn masalah melabuhkan kain ketika solat utk orang2 laki2. Langkah paling selamat ialah menyingsingkan sedikit seluar atau menaikkan kain keparas buku lali. Bukan susah mana pun.

Akhir sekali spt yg saya katakan di atas masalah ini cuma suatu masalah yg kecil dlm ibadat. Misalanya jika sesaorang perempuan itu dok titik berat psl nak baca Al-Quran ketika haid tetapi jika bacaan Al-Qurannya tidak ikut tajwid pun tidak guna juga. Begitu juga jika sesaorang laki2 itu dok sibuk nak singkatkan kainnya sampai atas buku lali tapi jika solatnya tidak dipelihara dgn rukun spt tuma'ninah dan rukun2 qaul atau fi'li yg lain pun jadi sia2 ibadatnya.

Jadi, tu jer saya nak sebut. Saya dok pi mengaji di mesjid menambah ilmu bukan uk digunakan utk bertekak sapa yg betul dan siapa yg salah. Semuanya dibuat utk perbaiki diri sendiri, keluarga sendiri dan kalau boleh orang2 lain juga. Kalau sdr lihat dari jawapan2 saya dlm board M&M ini apa2 pekara yg menyimpang dari Al-Quran, Hadis sahih atau pandangan ijmak ulamak mmg tidak saya akan saya pertikai.

Tapi jika mula2 ayat yg memberi hukum tu berbunyi spt : "kawan saya khabaq.... atau  Tok Wan saya pernah bagitau... tanpa rujukan yg boleh diterima dari syarak mmg saya akan persoal pekara2 mcm nih.

Wassalam. Moga2 sejahtera atas kamu.









Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2008 08:35 PM | Show all posts
Originally posted by noriabdullah at 18-11-2008 06:11 PM
Mula2 sekali pada awal thread nih sdr jugak yg mintak utk saya rujukbetul2. Jadi spt yg saya beritahu sebelum nih apa yg saya fahami dandari pengajian saya sendiri di atas tu saya bawakan rujukan saya iaiuKitab Bahrul Mazi karangan Syeikh Idris Al-Marbawi.

Saya perturunkan spt mana yg dicatitkan dlm Kitab Bahrul Mazi padamasalah ini spt mana yg dicetak dlm kitab. Sememangnya cara penyampaianSyeikh Idris Al-Marbawi ini mula2 dia akan membawa satu hadis (biasanya dari Imam Termizi ) dan kemudiannya dia akan membawa masukpandangan ulamak.

Dalam masalah orang2 junub dan perempuan2 yg haid mmembaca Al-QuranSyeikh Idris Al-Marbawi membawa hadis dari Ibn Umar r.a. Walaupundianggap hadis Ibn Umar r.a ini hadis yg daif, Syeikh Idris Al-Marbawiturut membawa pandangan Imam Nawawi. Dlm hal ini Imam Nawawi cumamemberi kelonggaran utk orang2 perempuan yg haid membaca Al-Quransekirannya bacaan itu bukan dgn tuturan lidah tetapi di dlm hati sahaja.

Hmmmsusah gak, sebab hamba Allah yg serba warak nih dah lama menginggaldunia - tahun 1987 dulu. Tetapi saya ada penuh kpercayaan Syeikh IdrisAl-Marbawi nih bukan jenis orang yg duduk tak duduk buat pandai2 rekanama Imam Nawawi utk kuatkan hujah beliau.

Kalau kita lihat semula pada diri Syeikh Idris Al-Marbawi ini dirinyaseorang yg banyak ilmu sehingga boleh menghasilkan buku2 spt KamusMarbawi Melayu-Arab, Tafsir Quran Nurul Yaqin, Tafsir Fathul Qadir dll.Kitab Bahrul Mazi sebanyak 12 jilid ini dilahirkan dgn mengambil masabelasan tahun utk disiapkan kerana ianya meliputi bab2 yg amat luas sptfekah, munakahat, muamalat, aqidah dll. Rujukan utamanya ialah kumpulanhadis dari Imam At-Termizi. Manakala pandangan ulamak pula beliau lebihcenderong kpd pandangan ulamak dari mazhab As-Syafie.


Ini bukan pertelingkahan peribadi saya dengan awak, bukan itu tujuan berforum. Pokok persoalannya boleh atau tidak orang perempuan dalam haid masuk dalam masjid, boleh atau tidak perempuan dalam haid baca Quran, boleh atau tidak perempuan dalam haid baca dari mushaf Quran.  Tak ada orang pertikaikan kitab mana yang awak rujuk, yang dipertikaikan ialah fakta dan dalil yang dibawa dan tak ada orang menghina atau merendah-rendahkan keilmuan sheikh idris Marbawi dalam ni.  

Sptyg saya sebutkan sebelum ini apa yg saya ketengahkan adalah dari apa ygdapati dari hasil pengajian saya dgn menadah kitab dlm kuliah agamadari satu mesjid ke satu mesjid. Maknanya pengajian secara berguru inidibuat secara interaktif

Manakala cara sdr adalah dgn "jumpa" dari google dan membuat "copy andpaste" ( that certainly explains various font used ! ). Jika dimasukkanperkataan hukum perempuan haid membaca Al-Quran nescaya jumpalah sptmana apa yg sdr tempekkan di sini. Bermula dgn ayat hadis riwayat Ismail bin Ayyasy itu keliru, quote dari(Majmu’  Syarah al-Muhazzab (Dar Ihia’al-Turath al-Arabi, Beirut 2001),jld 2, ms 123-125 (Kitab Taharah, Bab Apa yang mewajibkanmandi, BabHukum terhadap 3 perkara), perenggan yg dimulai dgn Berkata Imam IbnuTaimiyah terhadap persoalan ini

Bergantung kat mana ayat2 ini dapat kita"jumpa". Tetapi antara satublog, webpage atau forum board ayat2 yg diguna saling tak tumpah antarasatu sama lain. Pendekata ayat2 yg sama mengenai masalah ini di-recyclepada mana2 tempat masalah mengenai orang2 junub dan perempuan2 haidmembaca Al-Quran ini ditanya.

Saya tidak pula nak pertikaikan yg apa yg sdr copy & paste nihsemua tidak benar dan dusta, cumanya bukankah lebih baik kita sendiridptkan bahan rujukan yg first hand. Atas sebab inilah saya sukamenggunakan Kitab Bahrul Mazi ini sebab persoalan utk satu2 hukum itudikupas sedikit demi sedikit. Bermula dari hadis Nabi SAW kemudiandibawa pula pandangan ulamak2 muktabar.


Untuk perhatian awak rujukan itu bukan saya petik dari dalam internet. Awak kena kaji balik apa fungsi iternet dalam urusan ilmu agama, jangan sangka tak ada orang berilmu yang menulis dalam internet ni, ada melambak laman web Islam dalam net yang munurkan maklumat tanpa terlibat dengan kerja recycle seperti sangkakan awak tu.  Yang pentingnya kita kena bagi tau laman web mana yang dirujuk, siapa yang menulis dan apa rujukan kitabnya.   Apa yang yang awak bawa dari kitab yang awak rujuk bertentangan dengan apa rujukan yang ada pada saya, siapa pun akan mengemukakan soalan dalam perkara begini. Kitab Al-Umm Imam As-Syafie sendiri pun dipertikaikan ulamak, malah ulamak dari dalam mazhab Syafie sendiri. (terjemahan Al-Umm 11 jilid buku ada dalam simpanan saya, tak cukup masa nak turunkan pendapt Imam Syafie).

Jikalau sdr nak menyuruh saya menanyakan kpd Syeikh Idris Al-Marbawi ygsudah tiada lagi ini, bagaimana pula dgn sumber yg sdr bawa di atas tu.Adakah sdr sendiri dah semak kebanyakan kitab yg sdr quote-kanitu.  Dan yg lebih penting dari sumber mana atau siapakah orang ygmula2 menulis rujukan dlm masalah ini.

Apabila saya membawa pandangan Imam Nawawi dlm hal ini tiba2 sdr sudahjadi skeptikal bahawa jika apa yg tidak ada dlm apa yg sdr google diinternet bermaksud apa yg Syeikh Idris Al-Marbawi bawa itu tidak bolehpakai. Sebab itu saya bawa masuk masalah solat secara duduk dan baringdi atas.


Sekali lagi awak menghina orang yang merujuk dalam internet. Saya tak ada scanner, nanti saya turunkan 3 halaman muka surat yang dinyatakan.  Jika memetik pendapat imam-imam bukankah lebih baik rujukan yang tepat diberikan, tanpa rujukan pasti akan dipertikaikan, apa lagi kenyataan yang bertentangan.  Ada satu lagi kitab mengenai pembacaan Quran tulisan Imam Nawawi ada pada saya (misplaced tengah cari balik) untuk rujukan kemudian.

Sama juga spt dlm masalah ini kalau nak guna kawan sdr Cik Google yg boleh kita jumpa ialah hadis Nabi SAW spt berikut :

"Sesiapa yang solat berdiri dalam solat sunat itulah yg lebih baik.Sesiapa yg solat sunat duduk dia mendapat setengah pahala solat orangyang berdiri. Sesiapa yg solat sunat baring secara mengiring diamendapat setengah pahala orang yang solat sunat duduk." (Hr Bukhari)

Solatlah dengan berdiri, kalau tidakkuat maka duduklah , kalau (masih) tidak kuat maka berbaringlah denganposisi miring. ( Riwayat Imam Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Tetapi spt apa yg saya katakan dlm masalah ini Imam Nawawimemperlanjutkan hukum dlm pada orang2 yg solat duduk atau baring inipadahal mereka kuasa utk solat secara berdiri dgn menyatakan solatmereka itu tidak sah.

Saya dah cuba jugak mintak tolong kawan sdr Cik Google tapi tiada pulaapa2 hit ttg apa yg Imam Nawawi sebutkan ini. Jadi mcm mana ? Adakahsama spt masalah orang2 junub dan perempuan2 haid membaca Al-Quran tukerana sebab tidak ada sesiapa dlm internet yg sama pandangan dgn ImamNawawi ini maka pandangan Imam Nawawi ini ditolak ? Atau adakah sdr naksuruh saya tanya Imam Nawawi tu sendiri ?

Saya tidak mahulah dipanjang2kan masalah perselisihan ulamak ini, Jikahendak diamati masalah ini cuba sebahagian kecil ibadat. Samalah halnyadgn perselisihan pendapat ulamak mengenai panjang mana kain lelaki ygharus dilabuhkan ketika solat. Beberapa ulamak memberi pandangan ygberbeza.

Namun apa yg penting ialah mengambil jalan ihtiaq ( langkah berhati ).Spt dlm masalah orang2 junub dan perempuan2 haid membaca Al-Quran diatas. Spt mana pandangan Imam Nawawi yg tersebut dlm Bahrul Mazi, carapaling selamat ialah membaca Al-Quran di dlm hati - sudah barang pastilangkah ini tidak melanggari mana2 hukum. Demikian juga dgn masalahmelabuhkan kain ketika solat utk orang2 laki2. Langkah paling selamatialah menyingsingkan sedikit seluar atau menaikkan kain keparas bukulali. Bukan susah mana pun.

Akhir sekali spt yg saya katakan di atas masalah ini cuma suatu masalahyg kecil dlm ibadat. Misalanya jika sesaorang perempuan itu dok titikberat psl nak baca Al-Quran ketika haid tetapi jika bacaan Al-Qurannyatidak ikut tajwid pun tidak guna juga. Begitu juga jika sesaorang laki2itu dok sibuk nak singkatkan kainnya sampai atas buku lali tapi jikasolatnya tidak dipelihara dgn rukun spt tuma'ninah dan rukun2 qaul ataufi'li yg lain pun jadi sia2 ibadatnya.

Jadi, tu jer saya nak sebut. Saya dok pi mengaji di mesjid menambahilmu bukan uk digunakan utk bertekak sapa yg betul dan siapa yg salah.Semuanya dibuat utk perbaiki diri sendiri, keluarga sendiri dan kalauboleh orang2 lain juga. Kalau sdr lihat dari jawapan2 saya dlm boardM&M ini apa2 pekara yg menyimpang dari Al-Quran, Hadis sahih ataupandangan ijmak ulamak mmg tidak saya akan saya pertikai.

Tapi jika mula2 ayat yg memberi hukum tu berbunyi spt : "kawan saya khabaq.... atau  Tok Wan saya pernah bagitau... tanpa rujukan yg boleh diterima dari syarak mmg saya akan persoal pekara2 mcm nih.

Wassalam. Moga2 sejahtera atas kamu.


Kita bincang masalah perempuan haid masuk masjid, baca quran, dari atas lagi awak bawak kish solat orang yang uzur ni saya sengaja tak sentuh perkar ni, tak ada kena mengena.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.363175 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list