CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: gunblade712

tentang rokok

[Copy link]
Post time 22-11-2008 12:26 AM | Show all posts
yg saya tahu hanya satu jer hukum rokok...

JANGAN HISAP!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2008 08:50 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 22-11-2008 12:16 AM


Bagaimana pula pandangan mufti yang mengeluarkan fatwa tersebut? Adakah sama juga dengan pandangan mujtahid iaitu jika betul dapat dua pahala dan jika salah hanya dapat satu pahala?
Melangga ...



ntah ler..
tp bagi aku, klu mufti dah buat hukum, dan kita selaraskan dgn ajaran nabi, dan tidak bercanggah,  bererti mereka hanya menyampaikan ajaran nabi...

mungkin isu rokok masih diperdebatkan, MUNGKIN, dizaman nabi, rokok belum ada lagi.. jadi fatwa2 dan hadith2 tentang larangan merokok tidak timbul..
tp klu kita lihat dari akar umbi larangan merokok, sesuatu yg mendatangkan mudarat pada diri kita dan org sekeliling, ianya dijatuhkan haram..

jd buat apa kita nak persoalkan lagi benda2 tu.. yg sudah nyata boleh mendatangkan mudarat dan bahaya bagi tubuh badan kita..

mungkin bagi perokok, mereka masih berpegang teguh dan alasan, tiada larangan dari Nabi dan tiada hukum diturunkan oleh Allah tentang rokok, jadi ianya tidak jadi masalah bagi mereka, selagi mereka masih merasa tubuh badan sihat. tp mereka tidak sedar, org keliling yg mendapat mudarat..
perokok sendiri rasa masih boleh membuat suruhan Allah dan ajaran nabi, contoh: solat, tp tidak sedar ada perokok pasif tidak dapat membuat amalan2 tertentu disebabkan oleh kemudaratan kesihatan yg disebabkan oleh perbuatan orang lain...


my 2 cent..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 03:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 05:46 PM | Show all posts

Balas #2 din_atos\ catat

kerajaan nak haramkan camna?
- kita hidup berbilang kaum
- kita bukan negara islam (walaupun those brilliant politicians claim us to be 1)
- cukai byk atas rokok n alkohol
- + yg penting, kalau kerajaan nak haramkan... kompemlah arak2 suma tu dah lama diorg x kasi jual.
logik x?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 08:34 PM | Show all posts
700 Ulamak Indonesia Bincang Hukum Merokok



Oleh Mohd Nasir Yusoff

JAKARTA, 21 Jan (Bernama) -- Sekumpulan 700 ulamak Indonesia terlibat dalam perbincangan mengenai hukum merokok sama ada halal, haram, makruh atau mubah Jumaat ini.

Perbincangan itu akan disusuli dengan pengeluaran fatwa untuk menjadi pedoman kepada rakyat negara ini yang merupakan antara jumlah perokok terbesar di dunia.

Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Ma`ruf Amin berkata Ijtima Ulama Komisi Fatwa se-Indonesia III di Padang Panjang, Sumatera Barat dari 23 hingga 26 Jan akan mengeluarkan fatwa mengenai hukum merokok.

"Satu hal yang akan dibahas secara muktamad dalam Ijtima Ulama itu adalah hukum merokok, baik yang pro maupun yang kontra akan menyampaikan pandangannya, sebelum diputuskan dalam sebuah fatwa," katanya pada sidang media mengenai ijtimak itu di sini, Rabu.

Perbahasan itu dijangka memakan masa yang panjang kerana pastinya banyak pendapat dikemukakan lantaran isu halal haram merokok sebelum ini turut dikaitkan dengan kepentingan ekonomi puluhan ribu pekerja industri kecil pembuatan rokok.

Beliau juga dipetik agensi berita Antara sebagai berkata ijtimak itu akan turut membincangkan beberapa hal lain seperti hubungan antara agama, pernikahan di usia muda, bank mata dan organ tubuh, makanan dan jaminan halal, senaman pernafasan yoga, undang-undang pornografi, serta hukum tidak mengundi dalam pilihan raya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:04 PM | Show all posts

Reply #25 Syd's post

thnx 4 da update......!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2009 09:53 PM | Show all posts
Originally posted by syazmin_husna at 19-11-2008 11:02 AM
bos saya chinese kuat tul mrokok dalam bilik dia pastu dia boleh tanya mgapa pokok dlm bilik dia mcm nk mati daun jadi kuning2. x siram kaa? dia xtahu pokok dia sbnarnya dah kena kanser....


Salaam,

Dulu time belajar agama, pengetua ( Ustaz) kami tidak pernah lepas dari rokok, dalam kelas pun masa mengajar boleh habis 3 atau 4 batang sebelum habis waktu mengajar selama l/k 40 minit.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2009 12:03 AM | Show all posts
dulu ade dgr ceramah ustaz 2 ckp negeri mn tah dh kuar fatwa yg rokok 2 haram..
klu x silap ar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2009 12:04 AM | Show all posts
btw...
bkn bende2 yg memabukkan n mengkhayalkn 2 haram ke?
juz nk tau
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 05:49 PM | Show all posts
MUI haramkan merokok

Daripada BORHAN ABU SAMAH
[email protected]

JAKARTA 27 Jan. - Majlis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan merokok dan yoga adalah haram bagi umat Islam.

Bagi merokok, MUI memutuskan bahawa ia haram kepada wanita Islam yang mengandung dan kanak-kanak.

Selain itu, merokok di tempat awam juga dihukum sebagai haram.

Majlis itu juga memutuskan senaman yoga yang mengandungi meditasi dan ritual agama adalah haram bagi umat Islam.

"Merokok adalah haram bagi wanita yang mengandung dan kanak-kanak, merokok di tempat awam juga haram dan begitu juga bagi ahli majlis ulama," kata H.M. Amin Suma yang mempengerusikan mesyuarat itu di Padang Panjang, Sumatera Barat, kelmarin.

Beliau yang dipetik agensi berita Antara berkata, merokok bagi wanita mengandung dan kanak-kanak adalah berdosa.

Beliau juga meminta kerajaan menggubal undang-undang bagi menyokong fatwa tersebut.

Seorang penasihat MUI, Nurhayati Hakim berkata, keputusan itu dibuat sebulat suara dan ia sejajar dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W.

"Sekurang-kurangnya fatwa itu menetapkan had, supaya orang ramai tidak merokok sesuka hati mereka," katanya.

Namun, MUI juga mengeluarkan fatwa bahawa yoga yang berbentuk senaman untuk kepentingan kesihatan sebagai dibolehkan.

"Fatwa tersebut diperlukan agar umat Islam tidak mencampuradukkan yang hak dengan yang batil," kata Amin yang juga Ketua MUI Pusat.

Menurutnya, fatwa MUI itu adalah berlandaskan al-Quran iaitu ayat 33 surah Muhammad yang mewajibkan umat Islam mentaati Allah SWT dan Rasulullah SAW serta tidak merosak pahala amalan yang diperbuat.

Ayat yang mensyaratkan larangan mencampuradukkan yang hak dengan yang batil pula, katanya terdapat dalam surah Al-Baqarah ayat 42.

"Fatwa tersebut lebih berdasar, persoalan hukum yoga setelah munculnya berita tentang fatwa ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22-24 Oktober 2008 di Kota Bharu, Kelantan, Malaysia, yang memutuskan yoga adalah haram," katanya.

Atas fatwa tersebut, menurut beliau, menyebabkan banyak persoalan timbul dan termasuk permintaan agar MUI mengkaji, membahas dan juga memfatwakan masalah yoga.

Yoga oleh masyarakat Indonesia umumnya sebagai salah satu bentuk senaman pernafasan.

Difahamkan juga yoga wujud sejak sejak 6 abad sebelum Masihi, jauh sebelum agama Hindu lahir.

Yoga awal tidak terkait dengan agama, tetapi dalam perkembangannya banyak pendita Hindu yang mendalami yoga yang kemudian melakukan asimilasi yoga dengan ajaran agama Hindu. - Utusan
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 09:32 PM | Show all posts

Balas #30 Syd\ catat

eh ... tadi keluar berita kata yoga pun dia orang haramkan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2009 09:31 AM | Show all posts
MEROKOK HARRAM D CC  ISLAM...... banner  d USM kelantan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2009 05:50 PM | Show all posts
cume nak bump thread nih sbb saya amat tertarik dengan perbincangan.

nampak gayanya Indonesia telah mengeluarkan fatwa pengharaman rokok, dan seingat saya, tahun 1997, Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa pengharaman rokok, disusuli pula dengan Malaysia (kalau tak silap).

apa pro daripada menghisap rokok? kalua cons, rasanya ramai yang tau..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 08:20 PM | Show all posts

Balas #33 gunblade712\ catat

Pro?

Nikotin/tar dalam rokok meningkatkan metabolisme, jadi merokok boleh mengawal berat badan.

Kebanyakan perokok ni badan tak naik.

Ramai pompuan merokok sebab nak kurus atau menten kurus.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2009 08:26 PM | Show all posts
Evidence seems to suggest that smoking cigarettes causes an increase in metabolic rate.

Smoking may also suppress appetite.

However, the catastrophic health effects of smoking are far greater than the effects of obesity.


From: http://www.annecollins.com/weight-loss-support/smoking-lose-weight.htm
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 03:17 PM | Show all posts
asap 'makanan' jin.. meremang bila kekadang tuh ter'over' visual ada 'jin' dok nganga mulut dekat org yg tengah smoking..

Just terfikir tadi, afwan kalau salah topic/statement.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2009 04:48 PM | Show all posts
Originally posted by mom2003 at 16-4-2009 15:17
asap 'makanan' jin.. meremang bila kekadang tuh ter'over' visual ada 'jin' dok nganga mulut dekat org yg tengah smoking..

Just terfikir tadi, afwan kalau salah topic/statement.


Assalamualaikum semuer,

Pelbagai langkah di ambil olih gomen utk memperingatkan perokok akan bahaya nya.
Macam2 gambar deme letak kat kotak rokok tu.
Amaran pung di tulis.....
Akta pun dah di luluskan....27 permis tidak di benarkan merokok.

Semalam naik lagi 10 sen harga rokok sekotak.

Tapi masih ada yg merokok.

Mungkin deme nie  jenih yg kena LUNG CANCER, KAHAK berlendir or batuk bertalu talu or sakit jantung.......baru deme berhenti.
Oghang memberi pelbagai alasan utk TIDAK BERHENTI MEROKOK.
Di antara nya ialah:
1. takut berat badan naik
2. nanti lagi sakit tekak
3. tension

Ini semuer TIFU semata mata.
Alah bisa tegal biasa......

Kalau dgn merokok pung sudah SURRENDER, camana nak suruh pi berjihad????
Itu lah tanda betapa lemah nya Umat Islam hari ini.
Hanya menang bersorak dan berdemo di depan Kedutaan Amerika dan ISrael sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 05:00 PM | Show all posts
Mengape menunggu fatwa dari pemerintah/ulama Malaysia, sedangkan fatwa haramnya rokok telah lama di keluarkan ulama dunia Islam. Dan keharamannya sudah tidak bisa di tawar-tawar lagi. Dari bahayanya yang telah jelas bagi jiwa, menghambur-hamburkan harta, membahayakan jiwa orang lain, perilaku yang tidak bersih, bisa membahayakan kehidupan rumah tangga, menghancurkan keturunan, dan lain-lain.

Niii hanya ana hendak mengajak berfikir ajer. Berapa sih panjang rokok tuu? Ade lah kira-kira 10cm, iyer tak? Lalu dalam 1 box rokok itu adalah 16 batang (Ada yang 10, 24, tapi kita ambil lah 16 ajer). Naah sehari anggap antum menghisap 2 box rokok. Naah, umur antum berapa? Anggaplah 50 tahun. Masa aktif merokok 35 tahun.
Ok...panjang rokok yang 10cmx16 batang=160cm=1,6m. Lalu dikali 2 box, menjadi 3,2m. Berarti antum telah menghisap rokok sepanjang 3,2 m dalam sehari. Berarti dalam setahun x 365= 1.168m=1,168km. Berarti jika dikali umur antum 35 tahun menjadi 40,8 km. Berarti antum telah menghisap rokok dari awal antum merokok sepanjang 40,8 km, itu dari Kuala Lumpur dah sampai pantai !!! .
Mulailah berfikir para perokok, otak mereka dipenuhi syubhat setan. Dihembus-hembuskanlah angan-angan buruk kalau dia berhenti merokok. Takutlah mereka tidak bisa konsentrasi, takutlah mereka tak hidup nikmat lagi, dll. Semua itu syubhat syaithon. Syaithon mau para perokok terus dalam kubangan dosa, mereka mau para perokok hancur rumah tangganya karena istri tidak tahan bau mulut suami lalu nafsu sexnyer turun. Jika sudah begitu hancurlah rumah tangga.
Setan mau para perokok terus membahayakan saudaranya yang lain, padahal Nabi memerintahkan kita untuk memindahkan halangan dari jalan-jalan kaum muslimin agar tidak mengganggu mereka. Para perokok amat mengganggu saudara-saudara di sampingnya, membahayakan mereka, membuat mereka tidak nyaman dan sesak nafas. Para perokok tidak peduli bibir/gusi mereka hitam, belum lagi paru-paru mereka hitam karena racun rokok. Sampai pada akhirnya di vonis dokter dia telah mengidap kanker paru-paru, baru setelah setengah mati mau bertobat...padahal kita diperintah untuk giat beribadah sebelum datang masanya sakit.
Maka bertobatlah para perokok. Nabi bersabda: "Tidak sempurna iman seseorang sebelum dia mau meninggalkan apa-apa yang tidak bermanfaat baginya"
Nabi bersabda: "Barangsiapa yang meninggalkan suatu yang haram karena Allah, maka Allah akan menggatinya dengan sesuatu yang lebih baik darinya". SADARLAH...SADARLAH. Jangan kalian bakar wang tuu, masih banyak saudara-saudara kita yang membutu*kan. Tegakah ENGKAU membakar wang tuu sementara ada saudaramu yang tak makan dalam sehari. Ada ana melihat satu keluarga yang makan nasi hanya dengan keropok ajer, karena tak punya wang. Wallahul mustaan. Allah berfirman "Bukankah telah datang waktunya hati-hati kaum muslimin untuk mengingat Allah..".
SADARLAH....!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 06:48 PM | Show all posts
gunblade tanya advantage merokok la...
keburukan dan pengharamannya memang sume orang tahu.

Cuma kebanyakan perokok tak cukup kuat nak berenti je.
Mental strength tak dok gitu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-4-2009 07:00 PM | Show all posts
ok, so the pros are just that... nak turunkan berat badan..

takde kaedah lain ke nak turunkan berat badan? do you just HAVE to smoke?

bukan ke Islam menegaskan bahawa niat tidak menghalalkan cara? ke saya yang tersilap?


kalau dilihat daripada mana2 sudut pon, impak negatif adalah lagi besar berbanding impak positif, dan perintah Allah supaya tidak mencampakkan diri ke dalam kancah bahaya perlu di ambil kira.

ada yang argue "kalau begitu, haramkan jugak daging kambing, mcDonald, KFC, Pizza Hut, dan segala junk food lain, sebab memudharatkan"...

persoalannya, orang itu suruh kita mengharamkan mende daripada kategori makanan, sedangkan rokok itu bukan tergolong dalam kategori makanan..


ikhwan, saya menunggu fatwa daripada Majlis Fatwa Malaysia kerana saya nakkan kepastian daripada pemimpin2 yang kita ada skarang. it's their job to enlighten us regarding this issue.


tapi seingat saya, 1997, Kerajaan Arab Saudi mengharamkan rokok, dan tahun berikutnya, Majlis Fatwa Malaysia juga mengeluarkan fatwa tersebut, kan?

kenapa ramai yang bersikap eskapist? tak ambil port?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.066604 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list