CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Maideen.

Tetamu Allah, betul ka?

[Copy link]
 Author| Post time 21-11-2008 05:11 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 21-11-2008 05:00 PM


1, 2 dan soalan yang akhir tu komen akan menyusul..

3 hingga 6 tak ada komen.  Yang ahli sahaja kena bagi komen, mungkin dia segan silu nak menjengah thread ni kot?

Kita tunggu penyusulannya...

Eloklah kalau dibiarkan ahli sahaja yang komen. Bak kata pepatah Melayu "Kalau kita hanya pakar bulu mana yang sunat dicukur dan bulu mana yang haram di cukur, elok lah bercakap pasal bulu sahaja dan bukan pasal paru paru dan limpa". Wallahualam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2008 05:36 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by Maideen. at 21-11-2008 02:37 AM
Orang yang mengerjakan haji sering di sebut sebagai tetamu Allah. Malah ada stesen TV yang meberbitkan rancangan bertajuk 揟etamu Allah
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 05:45 PM | Show all posts
Kekadang tak faham juga la..kenapa mesti nak kena fikir dalam-dalam sangat sampai cakap Rumah Allah, jadi Allah ada kat situ pulak. Kenapa tak cakap ia adalah KEPUNYAAN Allah. Sebab tu kita selalu sebut hamba Allah, wali Allah, rezeki Allah, kuasa Allah, makhluk Allah...bukan oa bermaksud hamba itu adalah Allah, wali itu adalah Allah, rezeki itu adalah Allah, kuasa itu adalah Allah dan makhluk itu adalah Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 05:49 PM | Show all posts

Balas #22 mnm77\ catat

    

persoalan tetamu Allah di kaabah ni bukanlah penting pun, melainkan tuan rumah ada sesuatu yang lebih dari itu yang hendak dikemukakan.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 05:50 PM | Show all posts

Reply #19 Maideen.'s post

sama2...

bukan hanya akal...tetapi juga jiwa....roh.....kerana selepas kita mati..tubuh kita..jasad kita akan hancur....yang akan bertemu dengan Allah s.w.t bila kita mati  ialah roh kita bersama2 dgn amalan dan keimanan....

[ Last edited by  noor2 at 21-11-2008 05:51 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 05:51 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 21-11-2008 05:36 PM


Baitullah tu maksud literalnya Rumah Allah. Orang yang menunaikan Haji tentulah kena pergi ke Baitullah, maka sebab tu mereka dipanggil tetamu Allah.

Kalau orang yang datang ke rumah kita  ...

Mungkin Baitullah tu tak boleh diambil secara literal maksudnya. Mungkin sebab Rumi dan Fansuri mengambil maksud literalnya yakni "Rumah Allah" lah maka mereka mencari Allah disana. Tapi sayangnya mereka tak berjumpa. Si Fansuri jumpa kat rumah dia dan Maulana Rumi jumpa dalam hati dia. Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2008 05:52 PM | Show all posts

Balas #26 Maideen.\ catat

tu lurus bendul melampau tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 05:53 PM | Show all posts
Originally posted by noor2 at 21-11-2008 05:50 PM
sama2...

bukan hanya akal...tetapi juga jiwa....roh.....kerana selepas kita mati..tubuh kita..jasad kita akan hancur....yang akan bertemu dengan Allah s.w.t bila kita mati  ialah roh kita bers ...

Noted..hati maksudnya akal, jiwa, roh dll...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2008 05:54 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 21-11-2008 05:45 PM
Kekadang tak faham juga la..kenapa mesti nak kena fikir dalam-dalam sangat sampai cakap Rumah Allah, jadi Allah ada kat situ pulak. Kenapa tak cakap ia adalah KEPUNYAAN Allah. Sebab tu kita selal ...


Kalau Allah yang sebut Rumah sebagai tempat Ibadah, tentu kita pun sebut itu Rumah Ibadah....... kan?



Sesungguhnya Rumah (Ibadat) yang mula-mula dibina untuk manusia ialah (Baitullah) yang di Bakka (Makkah) yang mubarak (berkat) dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. (Aal Imran, 96)

[ Last edited by  mnm77 at 21-11-2008 05:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 05:56 PM | Show all posts

Balas #29 mnm77\ catat

Ya...sebab dah Allah sebut, takkan nak kata tidak..Tapi kalau nak panggil rumah Ibadat pun memang ya juga..sebab memang orang beribadah kat situ..jadi rumah tu kepunyaan ahli-ahli ibadah... .Erm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2008 05:58 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 21-11-2008 05:52 PM
tu lurus bendul melampau tuh

Maideen tak mahu cakap lah yang mereka dipanggil "Tetamu Allah" oleh orang orang lurus bendul.

Hanya kerana Baitullah bermaksud Rumah Allah mereka dipanggil tetamu Allah.

Walaupon perbuatan itu pada Maideen  adalah syirik (yakni satu dosa yang tidak akan diampunkan) kerana menyamakan (yakni menyekutukan) Allah sebagai tuan rumah (dan kalau orang datang rumah kita tentu lah mereka tetamu kita dll), Maideen tidak menghukum.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 05:59 PM | Show all posts

Balas #31 Maideen.\ catat

tak maksud saya, bukan tetamu2 Allah tu...tetapi bagi yang memikirkan Allah ada kat situ, tinggal di situ, lalu mereka ke sana untuk mencari Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 06:03 PM | Show all posts

Balas #31 Maideen.\ catat

hmmmm......kalau diorang buat kisah tentang orang pergi masjid, boleh aja dia buat tajuk tetamu Allah jugak....

bukan ada maksud nak mensyirik-syirik kan pun...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 06:31 PM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 21-11-2008 02:37 AM
Salam semua, dan salam khas buat sahabat lama Maideen, antiQue.

Seperti yang kita sedia maklum sekarang ini adalah musim haji. Setiap hari ada beberapa penerbangan dari KLIA ke tanah suci Mak ...


eheh.. ado salam khas buek ambo salam kumbali untuk abg Maideen sahabat lama lama dah kita tak berkomunikasi...

Saya cuma nak tengok je, ke mana abang Maideen nak bawa thread ni


Menarik.....

[ Last edited by  antiQue at 21-11-2008 10:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 07:45 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 21-11-2008 18:31


eheh.. ado salam khas buek ambo salam kumbali untuk abg Maideen sahabat lama lama dah kita tak berkomunikasi...

Saya cuma nak tengok je, ke mana abang Maideen nak bawa thread ni


Aku pon sebnanya x nampak any relevan topik yg si maiden ni nk bincangkn sebnanya, ini soal bahasa jee unless si maiden ni nampak mcm nk menghina Islam dn mempertikai salah satu drpd rukunnya laah

p/s: what a waste of time for me reading opening thread dia si maiden ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 09:10 PM | Show all posts
nana maideen ni isle liberal ke isle lagu mano nih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2008 10:35 PM | Show all posts
Sekadar nak mengulas syair Hamzah Fansuri

Hamzah Fansuri didalam Makkah
Mencari Tuhan di Baytu抣-Ka抌ah
Dari Barus ke Kudus terlalu payah
Akhirnya dapat didalam rumah

Satu metafora yang indah

Berkata seorang ustaz .... perjalanan yang ditempuh Syekh Hamzah Fansuri utk mencari Tuhan berakhir dengan happy ending. Mengembara bersusah payah mencari Tuhan kemana-kemana dari Barus sampai ke Mekkah akhirnya malah ditemukan di dalam rumah.

Mencari Tuhan, mengenali Tuhan tidaklah perlu keluar jauh merantau bagai.... Semuanya sudah terpampang dan sedia terbentuk dengan melihat diri kita, kejadian kita....

"... Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu ..." (QS. 49:7)



Menurut Ibnu Arabi,  bahwa alam semesta itu MENGENAL Allah SWT, alam memahami status dirinya di depan Tuhan. Maka kita melihat bahwa apa pun yang mewujud di alam syahadah ini memandang kepada Sang Pewujud, ini sebuah KESEDARAN dan sebuah KECERDASAN
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2008 11:01 PM | Show all posts
setelah saya semak dan baca semula persoalan Maideen, saya rasa takda isu apapun yg perlu dibincang.

sebab:

1. takda orang salah paham tang makna tetamu Allah (kecuali Maideen )
2. org pun tak salah paham tang sebab dan tujuan mereka buat haji (kecuali Maideen)
3. mungkin ada yg `tak jumpa' tuhan di mekah seperti seperti hamzah fansuri dan Rumi tetapi rasa saya tentu ada yg `jumpa' tuhan di sana..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2008 12:40 AM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 21-11-2008 06:31 PM


eheh.. ado salam khas buek ambo salam kumbali untuk abg Maideen sahabat lama lama dah kita tak berkomunikasi...

Saya cuma nak tengok je, ke mana abang Maideen nak bawa thread ni
...

Hehehe...basambuik juo salam Madeen akhirnya.

Thread ni sebenarnya berharapkan kok ada yang tahu mengapa Hamzah Fansuri dan Jallaluddin Rumi tidak berjumpa dengan Allah semasa mereka mencariNya di Makah. Si Hamzah berjumpa dalam rumahnya* dan Jalal berjumpa di hatinya.

*Syed Muhammad Naguib Al-Attas menulis didalam bukunya "The Mysticism Of Hamzah Fansuri" bahawa "Rumah" yang dimaksudkan dalam syair Hamzah itu bermaksud dirinya. Ini kerana ianya lebih tepat dengan spirit sajak itu. Juga secara amnya orang orang sufi menggunakan perkataan 'dar' (rumah atau mahligai) untuk merujuk kepada diri.

Dan setelah berjumpa Allah didalam 'rumahnya" Hamzah dengan bangganya mengatakan:

Hamzah miskin orang uryani
Seperti Ismail menjadi Qurbani
Bukannya Ajami lagi Arabi
Senantiasa wasil dengan Yang Baqi

(wasil=bersatu)

Bermacam jawapan diterima tentang mengapa mereka tidak jumpa Allah di Makah. Ada yang mengatakan bahawa mereka tak jumpa sebab mata mereka menipu dan ada yang mengatakan mereka tak jumpa sebab Allah yang bagi nama Rumah Allah. Ada juga yang mengatakan sebab ianya melodramatic.

Bak kata seorang forumner diatas biarlah ahlinya yang menjawab.

Sementara menunggu yang ahlinya menjawab, kita round round dulu. Sementara round round mungkin kita akan faham bahawa ada orang yang ilmunya lain dari kita. Sementara kita dengan bangga cuba membimbing orang lain menjadi macam kita, pasti ada yang hanya tersunyum kerana kita sebenarnya Jahil. Mungkin kita akan dapat berfikir. Bak kata pujangga:

Fikir! Tanpa izinnya Dia engkau tidak dapat mengungkap syahadah dibibir mu dan engkau mengaku berikhlas walhal ikhlas itu sifatnya Dia. hanya Dia yang berhak kerana sifatnya ikhlas itu kesemuanya adalah asma, sifat, afal berpunca dari Dzat yang sempurna laisa kamithlihi syai' uun.

Nota: "iklhlas" di atas antiQue bisa sahaja mengantikan dengan "hayat', "samak", "basar", "kudrat", 'iradat" dll...

Semoga kita  faham mengapa ada hamba Allah menjadi pendoa Mother Teresa, Gautama Buddha, Guru Nanak, Lina Joy, mangsa pengebom Bali dll...

Bak kata sajak Shams-ud-din Muhammad Hafiz:

Would you think it odd if Hafiz said,

"I am in love with every church
And mosque
And temple
And any kind of shrine

Because I know it is there
That people say the different names
Of the One God"

Would you tell your friends
I was a bit strange if I admitted

I am indeed in love with every mind
And heart and body.

Munkin kita boleh berkata  " It may be Odd, but he's full of Love!" instead of mengkafirkan orang seperti Hafiz atau cuba membimbing dia supaya jadi macam kita. Tuhan dia ArRahman dan Arrahim, pastinya dia hanya akan gelak bila kita bercerita padanya tentang siksa kubur!

Tapi kan antiQue, Maideen mindful bahawa Allah memberi petunjuk hanya kepada yang Dia kehendaki dan menyesatkan orang yang dia kehendaki. Mungkin yang Dia tak mahu beri petunjuk itu Dia berikan mata yang menipu...walllahualam.

Akhir sekali antiQue, Maideen ingin memberitahu antiQue bahawa semasa di board jagaan antiQue ini Maideen selalu aja baca pantut lama orang kita:

Elok elok manyubarang
Jan sampai titian patah
Elok elok ditampek urang
Jan sampai babuek salah

Maideen harap Maideen tidak ada babuek salah...

[ Last edited by  Maideen. at 22-11-2008 12:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2008 12:47 AM | Show all posts
Originally posted by Maideen. at 22-11-2008 12:40 AM

Hehehe...basambuik juo salam Madeen akhirnya.

Thread ni sebenarnya berharapkan kok ada yang tahu mengapa Hamzah Fansuri dan Jallaluddin Rumi tidak berjumpa dengan Allah semasa m ...


Maideen... rumah tu dirinya atau diriNya?

cuba check balik kat atas2 nun...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.090463 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list