CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shone

Untuk apa bersolat............

[Copy link]
Post time 3-12-2008 10:07 AM | Show all posts
Antara Takut dan Harap

"Apabila Allah Ta′ala bukakan pintu raja′ (harapan), maka saksikan apa yang Allah berikan untukmu. Apabila kamu ingin Allah bukakan pintu khauf (takut), perhatikanlah apa yang telah engkau amalkan mentaati Allah." (Imam Ibnu Atha′illah)

Raja′ adalah harapan yang selalu dipanjatkan oleh seorang hamba kepada Allah SWT; harapan agar amal ibadahnya diterima, harapan agar terhindar dari perbuatan yang dimurkai Allah, dan harapan agar selalu berada dalam redha-Nya.

Di samping raja′, ada pula sikap khauf atau takut. Pentingkah rasa takut itu? Sangat penting. Allah SWT "menakuti-nakuti" manusia dengan ancaman siksaan neraka. Untuk apa? Agar kita menghindari perbuatan maksiat.

Perasaan raja′ dan khauf; harap dan takut ini hanya sah bila ditujukan pada Allah semata.  Yakinlah, tidak ada yang dapat mencelakakan kita tanpa seizin dari Allah Yang Maha Berkuasa. Walaubagaimanapun kita harus menempatkan sikap raja′ dan khauf ini dalam keadaan seimbang dan  betul.

Sebagai sebuah ilustrasi, ada orang yang sering was-was dalam solat, mulai dari wudhu hingga takbir. Ketika wudhu ia melakukannya berkali-kali, kerana selalu merasa bahawa wudhunya tidak sempurna. Begitupun ketika takbir, ia melakukannya berkali-kali hingga menggangu orang yang ada di sebelahnya. Sikap was-was seperti ini kerana tiada keseimbangan raja′ dan khauf dalam beribadah. Rasa takutnya (khauf) terlalu berlebihan, sehingga menimbulkan kemudharatan. Begitupun sebaliknya, ada orang yang terlalu yakin, sehingga  kurang memperhatikan aturan atau rukun-rukun dalam ibadah, sehingga ibadahnya di ringan-ringankan sahaja. Yang terbaik, sekali lagi, adalah terjaganya keseimbangan di antara raja′ dan khauf tersebut. Allah adalah Dzat Yang Maha Pemaaf, Dia akan mengampuni setiap dosa dan ketidaksempurnan dari amal setiap manusia, selama niat si hamba ikhlas kerana Allah. Wallahu a′lam bish-shawab.

( KH Abdullah Gymnastiar )

P/s : Sama2lah kita seimbangkan perasaan berharap dan takut semoga kita diampun oleh Allah dan ibadah kita diterima..amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2008 10:27 AM | Show all posts

Balas #1 shone\ catat

utk apa mkn,minum,tidur,mandi,buang air?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 10:50 AM | Show all posts
Originally posted by ahmad_eusoff at 3-12-2008 10:27 AM
utk apa mkn,minum,tidur,mandi,buang air?


semua tukan ibadat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 11:46 AM | Show all posts

Balas #23 rosaline08\ catat

apa rahsianya?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2008 11:49 AM | Show all posts
hanya yg membezakan kita sebagai umat ISLAM dgn agama lain adalah

SOLAT 5 WAKTU
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 07:55 PM | Show all posts
.............sampai dah tua pun kita tanya untuk apa solat pun x boleh nak jwb............sedih sekali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-2-2010 01:18 AM | Show all posts
solat? tanda kita hamba-Nya? utk menyucikan mental? mengubat rasa sedey?
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 02:04 AM | Show all posts
Kita diperintahkan mengerjakan sembahyang dengan tujuan hendak melahirkan berbagai-bagai perasaan kehambaan; kerana kita adalah hamba; seperti rasa hina, takut, malu, gementar, rendah diri, harap, bimbang.

Agar daripada lahirnya perasaan kehambaan itu, hilanglah sifat-sifat mazmumah yang sangat merosakkan kehidupan manusia. Sifat-sifat itu ia rosak dan merosakkan, mudarat dan memudaratkan. Seperti sifat-sifat sombong, hasad dengki, tamak, pemarah, bakhil, ujub, jahat sangka, berdendam, memfitnah, mengadu domba, mengumpat, menghina.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2010 08:45 AM | Show all posts
Apakah yang membuat hati anda tertarik untuk mengerjakan ibadah solat ini kerana kebanyakkannya yang bersolat tidak dapat mencegah diri mereka dari perkara mungkar atau munkinkan kerana solat anda mem ...
shone Post at 2-12-2008 13:11

sya bukan org alim atau warak.. sbb itulah sya tidak pandai menghmpun pahala dgn angka2 yg perna sya dgr.
sya bersolat bukan utk semua sbb di atas, sy bersolat kerana sya hamba ALLAH yg maha kuasa dan sya adalah hambanya yg maha KERDIL. sya takut utk bersolat utk sebab di atas, bukan utk ganjaran atau utk masuk syurga/atau apa-apa yg di sebut di atas.. tp ALHAMDULILAH ..sy menikmati kebaikan yg ALLAH berikan hari ini dan hari2 sebelumnya.
sya dan keluarga dimurahkan rezeki, dilindungi ALLAH dari bala dan malapetaka, ikatan keluarga yg rapat dan mesra, anak2 yg pandai bersekolah dan taat pada ibu bapa. adik beradik yg baik, ibu-bapa yg baik,dan lain2 lg nikmat ALLAH yg buatkan sy rasa sya org yg bertuah d muka bumi ALLAH ini.

walaupun sya bersolat... belum jaminan nya sya mendapat ganjaran syurga.. namun sya sememangnya takut dgn azab neraka yg keperitannya tidak terfikir dek akal kita. tp selepas solat sya tetap berdoa semga semua dosa org muslim di ampun kan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 10:29 AM | Show all posts
solat merupakan tiang agama..
tanpa tiang, runtuhlah agama..
solat dapat mencegah kita daripada melakukan perkara mungkar..
sekiranya kita solat, tapi masih melakukan perkara mungkar / maksiat..
itu bermakna solat kita masih belum cukup sempurna..

wallahu'alam..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 11:43 AM | Show all posts
sy solat sebab sy nak dptkan redha Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 11:52 AM | Show all posts
ntah...
sbb aku tgk ada sorang kt opis nih, keje dia senang & tak susahkan org lain
aku pun ikut je la...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 02:34 PM | Show all posts
sampaikan org tu gi toilet pun aku follow dia...kenapa aku mcm ni?
aku pun tak tau...kesiankan aku{:2_74:}
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 02:59 PM | Show all posts
sya bukan org alim atau warak.. sbb itulah sya tidak pandai menghmpun pahala dgn angka2 yg perna sya dgr.
sya bersolat bukan utk semua sbb di atas, sy bersolat kerana sya hamba ALLAH yg maha kuasa  ...
dalmaz Post at 2-2-2010 08:45

Aku pun.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 03:14 PM | Show all posts
Aku pun.....
jzzz Post at 2-2-2010 14:59

aku pun sama mcm ko
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 03:17 PM | Show all posts
ada sekali tu aku pernah tgk sorang nih berdoa tak mnghadap kiblat
tp dia menghadap ke...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2010 04:02 PM | Show all posts
kalau solat tu dilakukan dengan khusyuk dan penuh sempurna, memang boleh mencegah kita dari melakukan kemungkaran...terbukti...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 04:23 PM | Show all posts
kalau solat tu dilakukan dengan khusyuk dan penuh sempurna, memang boleh mencegah kita dari melakukan kemungkaran...terbukti...
zaidi_MZZ Post at 2-2-2010 16:02

kata Ustaz
semakin kita nak jadi baik
semakin menjadi2 setan yg direjam menggoda...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 04:28 PM | Show all posts
kata Ustaz
semakin kita nak jadi baik
semakin menjadi2 setan yg direjam menggoda...
gigitbite Post at 2-2-2010 16:23

kena lawan le godaan syaitan tu...

kuatkan iman...
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2010 04:33 PM | Show all posts
Iman tu anugerah,bkn hak milik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.070951 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list