|
Sukan Universiti Asean XIV : Latest - Malaysia Juara
[Copy link]
|
|
Empat emas daripada olahraga
Oleh DRAHMAN BAHARUN
ROBANI (depan) tidak mendapat tentangan untuk
meraih pingat emas dalam acara 110m lari berpagar.
DUA rekod kejohanan dan empat pingat emas diraih pada hari kedua acara olahraga Sukan Universiti Asean (SUA) XIV yang berlangsung di Stadium Nasional di Bukit Jalil, semalam.
Rekod kejohanan dicatatkan oleh Robani Hassan menerusi acara lari berpagar 110 meter dengan catatan 14.07 saat sekali gus mengatasi rekod lama 14.08s.
Rekod kedua kejohanan dicatatkan oleh atlet lompat bergalah lelaki negara, Mohd. Hafizuddin Sahadan yang melepasi ketinggian 4.60 meter sekali gus menggenggam pingat emas.
Dia berjaya mengatasi rekod lama 4.40 meter.
Pingat emas ketiga negara semalam diraih menerusi acara lontar peluru wanita oleh pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Asik Asrenny yang berjaya mencatatkan 13.10 meter.
Emas keempat disumbangkan oleh Abdul Halim Yatim menerusi acara baling tukul besi lelaki dengan catatan 40.31 meter.
Sementara itu, empat pingat perak dimenangi oleh Nicholas Linus menerusi acara merejam lembing, diikuti Azizah Ibrahim menerusi acara 100m lari berpagar wanita, kuartet 4x100 meter lelaki dan juga menerusi kuartet 4x100 meter wanita.
Pingat gangsa pula dimenangi oleh Rahilah Othman menerusi acara baling tukul besi wanita.
Ketika ditemui, Mohd. Hafizuddin berkata meskipun berjaya meraih pingat emas, dia tetap kecewa kerana gagal dengan sasarannya untuk memperbaiki rekod peribadinya iaitu 4.70 meter yang dilakukan pada Kejohanan Sekolah Sukan Asean di Thailand dua tahun lalu.
"Kegagalan saya memperbaiki rekod peribadi mungkin disebabkan tidak cukup latihan. Saya hanya menyertai latihan beberapa bulan lalu bagi menghadapi temasya ini," katanya.
*******************************************************************************
syabas robani - |
|
|
|
|
|
|
|
Kontinjen negara kembali pimpin carta
SELEPAS berada di tempat kedua dalam kedudukan keseluruhan kelmarin, tuan rumah Malaysia kembali menguasai carta teratas kutipan pingat semalam dengan memungut 16 emas, 16 perak dan 12 gangsa pada hari keenam Sukan Universiti Asean (SUA) XIV.
Sehingga pukul 11 malam tadi, Malaysia memungut 11 emas, 10 perak dan dua gangsa daripada 27 pingat emas yang ditawarkan semalam.
Pendahulu sebelum ini, Vietnam kembali menghuni tangga kedua dengan 12 emas, lapan perak dan dua gangsa diikuti Thailand (5,5,17), Indonesia (2,10,5), Filipina (satu perak dan tiga gangsa) dan Brunei (satu gangsa).
Kemboja, Laos dan Timor Leste masih gagal meraih sebarang pingat.
Acara olahraga yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi penyumbang terbesar pingat emas buat Malaysia selepas memungut empat daripada 12 yang ditawarkan semalam.
Emas olahraga diraih menerusi acara lontar peluru wanita, lompat bergalah lelaki, 110m lari berpagar lelaki dan baling tukul besi lelaki.
Karate turut cemerlang apabila menyumbangkan tiga pingat emas melalui acara Kata lelaki individu, Kata wanita berpasukan dan Kumite lelaki berpasukan.
Acara itu yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut menyumbangkan tiga perak melalui acara Kata individu wanita, Kata lelaki berpasukan dan Kumite wanita berpasukan.
Menembak pula menyumbang dua pingat emas di Lapangan Sasar Subang melalui acara 50m pistol berpasukan lelaki dan individu selain dua perak menerusi menerusi acara 10m raifal angin berpasukan wanita.
Badminton pula menepati ramalan apabila meraih dua emas menerusi acara berpasukan lelaki dan wanita.
Skuad boling yang turun dalam acara trio semalam hanya menyumbang pingat perak.
Hari ini 55 lagi pingat emas akan dipertandingkan dengan renang menawarkan 10 pingat, diikuti olahraga (9), taekwondo (6), silat (6), karate (6), menembak (6), ping pong (5), memanah (4), tenpin boling (2) dan ragbi tujuh sepasukan (1). |
|
|
|
|
|
|
|
Penembak negara kuasai saingan
Oleh YASMIN RAMAN
PENEMBAK negara mendominasi saingan hari ketujuh acara menembak pada temasya Sukan Universiti Asean (SUA) XIV yang berlangsung di Lapang Sasar Negara, Subang semalam.
Mereka meraih tiga pingat emas menerusi acara 25 meter Rapid Fire Pistol individu dan berpasukan lelaki serta acara 50 meter Raifal Prone wanita.
Penembak kebangsaan, Hafiz Adzha menghadiahkan emas pertama acara apabila menjuarai acara 25m Rapid Fire Pistol lelaki individu setelah mengumpul 563 mata mengatasi rakan senegara, Mohd. Syawal Othman yang mengutip 549 mata untuk pingat perak.
Pingat gangsa juga menjadi milik Malaysia menerusi Ahmad Zafri Ahmad yang mengumpul 489 mata.
Menurut Hafiz, saingan tersebut tidak memberi sebarang tekanan kepadanya kerana acara tersebut tidak disertai oleh kontinjen luar.
"Pertandingan hari ini (semalam) bagi saya tidak begitu sukar kerana tiada saingan daripada kontinjen lain. Saya juga sudah biasa menjalani latihan dengan Syawal dan Zafri. Jadi saya anggap saingan hari ini (semalam) seperti latihan sahaja.
"Apa pun, saya bangga kerana berjaya menyumbang pingat emas buat negara dan kemenangan ini secara tidak langsung menaikkan lagi semangat saya untuk menyertai Sukan SEA di Laos tahun depan," kata Hafiz kepada Kosmo! semalam.
Dalam pada itu, pingat emas kedua pula diraih skuad negara dalam acara berpasukan lelaki setelah tiada kontinjen yang mengambil bahagian dalam acara tersebut.
Pingat emas ketiga pula diperoleh menerusi acara berpasukan 50 meter rifle prone wanita yang dibarisi Nur'Ain Ibrahim, Mariani Rafali dan Shahera Rahim Raja selepas mengumpul 1,764 mata untuk menewaskan Thailand (1,749) dan Vietnam.
"Kami amat bersyukur kerana hari ini (semalam) semuanya berjalan lancar. Sasaran kami tepat.
"Kejayaan menewaskan Thailand adalah satu pencapaian yang amat membanggakan dan kami harap ia dapat menaikkan lagi semangat rakan lain untuk menghadiahkan pingat buat kontinjen negara," ujar Mariani.
Begitu pun, Malaysia gagal meraih pingat emas acara individu wanita apabila Mariani tewas kepada Sununta Majchacheep dari Thailand yang mengumpul 593 mata.
Rakan senegara Mariani, Nur'Ain terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga selepas mengumpul 588 mata.
"Saya telah cuba sedaya upaya namun nasib tidak menyebelahi saya. Saingan yang diberikan penembak Thailand cukup hebat," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kem olahraga suram hari ketiga
Oleh DRAHMAN BAHARUN
GELANGGANG olahraga agak suram semalam.
Kontinjen negara sekadar meraih dua pingat perak dan satu gangsa pada hari ketiga acara olahraga Sukan Universiti Asean (SUA) XIV yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam.
Dua pingat perak itu hadir menerusi Nurul Huda Mohd. Akhir dalam acara merejam lembing wanita dengan rejaman sejauh 39.66 meter.
Ganthi Mathi pula melakukannya dalam acara 800 meter wanita selepas dia mencatat masa 2 minit 12.23s.
Pingat gangsa negara pula diraih oleh S. Mathialagan dalam acara 800 meter lelaki dengan catatan masa 1:57.53s.
Pengurus kontinjen olahraga negara, Mohd. Firdaus Abdullah berkata dia agak kecewa kerana atlet negara gagal meraih sebarang pingat emas meskipun sasaran semalam ialah untuk menggenggam sekurang-kurangnya satu daripada lapan emas yang ditawarkan.
Begitupun, biar pun gagal meraih sebarang emas semalam, Firdaus tetap menaruh keyakinan kepada skuad olahraga negara untuk mencapai misi meraih 11 pingat emas seperti yang disasarkan sebelum ini.
Menurutnya, dia yakin atlet negara mampu meraih tiga lagi pingat emas menerusi acara lompat bergalah wanita, 4x400m lelaki dan wanita yang bakal berlangsung hari ini.
"Saya masih yakin bahawa kami mampu mencapai sasaran 11 pingat emas yang telah ditetapkan sebelum ini," katanya.
"Biarpun kita gagal meraih sebarang emas hari ini (semalam), ia sedikit pun tidak mematahkan semangat atlet lain untuk bersaing dalam acara masing-masing selepas ini.
"Apa pun saya rasa kami akan bangkit esok (hari ini) kerana kita mempunyai peluang cerah dalam tiga acara iaitu lompat bergalah wanita, 4x400m lelaki dan 4x400m wanita."
Kelmarin, atlet olahraga negara berjaya mencatat dua rekod kejohanan yang menyaksikan mereka memenangi empat pingat emas.
Skuad olahraga setakat ini meraih tujuh pingat emas, 11 perak dan tiga gangsa.
*************************************************************************************
tengok dari segi overall... memang tak ada harapan nak jadi juara keseluruhan ni - |
|
|
|
|
|
|
|
AKSI Nor Syakira Yeoh selepas melakukan balingan ketika
beraksi dalam acara berpasukan wanita semalam
SKUAD boling negara terus menaruh harapan untuk menambah jumlah kutipan pingat emas pada Sukan Universiti Asean (SUA) XIV.
Selepas berakhirnya acara boling berpasukan semalam, Malaysia hanya mampu memperoleh pingat perak menerusi pasukan wanita manakala pasukan lelaki hanya sekadar meraih pingat gangsa.
Pada aksi tersebut, pasukan wanita yang dibarisi oleh Zatil Iman Abdul Ghani, Nor Syakira Yeoh, Nur Hanisa Salam, Ziran Nadiah Ghazali, Siti Nur Syakilla Mardyanna Aminuddin dan Aressa Melanie ketinggalan 95 pin untuk tewas kepada Singapura yang mengumpul 5,702 jatuhan pin.
Pingat gangsa pula diraih gandingan Thailand yang mengumpul 5,273 jatuhan pin.
Menurut Zatil, saingan yang ditonjolkan oleh pasukan lawan pada perlawanan tersebut terlalu sengit, namun dia tetap berbangga dengan aksi yang ditonjolkan rakan sepasukannya.
"Kami cuba mengekalkan rentak permainan namun sememangnya nasib tidak menyebelahi kami. Tapi kami tetap berbangga kerana masih dapat membantu negara meraih pingat perak menerusi acara ini," kata Zatil kepada Kosmo! semalam.
Sementara itu, nasib yang berbeza menimpa pasukan lelaki negara apabila hanya merangkul pingat gangsa menerusi Sufri Hasan Mindar, TanTeck Jin, Mohd. Afzal Aliff Mohd. Abdullah, Mohd. Zaim Zulfadzlie Said Mohd. Zain, Muhamad Shafiq Ridhwan Abd Malek dan Johan Jamaluddin setelah mengumpul 5,712 jatuhan pin.
Pingat emas dimenangi pasukan Thailand yang mengumpul 6,031 jatuhan pin manakala pingat perak menjadi milik Singapura yang ketinggalan 193 pin.
Di gelanggang teakwondo pula, atlet negara bermula cemerlang apabila meriah dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa pada hari pertama acara tersebut dilangsungkan.
Emas pertama negara disumbangkan oleh Nurul Nadia Mahamat menerusi kategori bantamweight apabila berjaya menumpaskan pemenang pingat emas di Hanoi dua tahun lalu, Luong Thupra manakala pingat gangsa diraih atlet Filipina, Brillantes Aphrodit dan Rahadewinita dari Indonesia.
"Secara peribadi, saya tidak mensasarkan pingat emas kerana saya tahu saingan sengit yang bakal diterima terutama apabila terpaksa beraksi dengan atlet-atlet luar negara. Jadi kemenangan ini sememangnya satu bonus buat saya," kata Nadia kepada Kosmo! semalam.
Sementara itu, aksi kental Elaine Teo berjaya membantunya menjuarai kategori flyweight bawah 51kg wanita sekali gus menghadiahkan pingat emas kedua negara.
Dalam saingan tersebut, Elaine, 27, menewaskan atlet Vietnam, Dao Ngoc Ly.
Atlet Kemboja, Chhopung-Puthearim dan Sundora Nurina Mustika dari Indonesia terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.
Selain dua emas, skuad taekwando negara turut meraih pingat perak menerusi Shu Heo Hie yang tumpas kepada atlet Indonesia, Sahara Ika bagi kategori heavyweight wanita.
Dua lagi pingat gangsa negara dihadiahkan oleh Ryan Chong Wy Lunn (bantamweight lelaki) dan Wong Kai Meng (heavyweight lelaki) |
|
|
|
|
|
|
|
Lima emas dari kolam renang
CAI LIN (kiri) dan Daniel bersama pingat emas yang dimenangi mereka
pada hari pertama acara renang yang berlangsung di Pusat Akuatik
Nasional, Bukit Jalil semalam.
PUSAT Akuatik Nasional di Bukit Jalil menjadi lubuk emas kepada skuad renang negara.
Semalam, lima pingat emas berjaya dibawa pulang pada saingan hari pertama acara tersebut yang menawarkan 10 pingat emas.
Perenang negara turut mencipta kejutan dengan mencatatkan tiga rekod baru Sukan Universiti Asean (SUA) XIV.
Pingat emas pertama diraih oleh Khoo Cai Lin menerusi acara 100 meter gaya bebas wanita dengan catatan 58.16 saat.
Cai Lin turut memperbaharui rekod lama 59.08s yang dilakukan oleh atlet Thailand, Paritchat Wongpila pada temasya yang sama di Hanoi, Vietnam dua tahun lalu.
Selain itu, Daniel Bego turut memecah rekod kejohanan menerusi acara 100m gaya bebas lelaki setelah mencatatkan masa 51:.97s.
Raja renang negara itu, memperbaharui rekod yang dicatatkan oleh atlet Filipina, Kendrick Lim Uy (53:29s) pada SUA Hanoi, Vietnam 2006.
Atlet kelahiran Sarawak itu, turut meraih meraih pingat emas kedua bagi acara 200m kuak kupu-kupu lelaki setelah mencatatkan masa 2 minit 04.47s.
Rachel Lim Leik turut mencipta kejutan apabila memecah rekod kejohanan sekali gus meraih pingat emas untuk negara menerusi acara 100m kuak dada wanita setelah mencatatkan masa 1:17.87s.
Lim Leik memperbaharui rekod lama 1:17.44s yang dilakukan oleh Tassamol Petchsangroj dari Thailand dua tahun lalu.
Turut menyumbangkan pingat emas negara ialah Melvin Chua menerusi acara 400m rampaian individu lelaki dengan catatan masa 4:38.63s.
Selain itu, atlet renang negara turut meraih pingat gangsa menerusi Kevin Yeap bagi acara kuak lentang dengan catatan masa 29:.26s.
Pingat perak kedua dimenangi Marellyn Liew bagi acara 200m kuak kupu-kupu wanita setelah mencatatkan masa 2:27.19s.
Untuk rekod, kontinjen renang negara mensasarkan 18 pingat emas daripada 38 pingat emas yang ditawarkan.
Cai Lin berkata kejayaan meraih pingat emas pertama itu akan menjadi pencetus semangat bagi merealisasikan impiannya memburu empat pingat emas pada kejohanan kali ini.
Menurutnya, dia berpuas hati dengan catatan yang dilakukan meskipun gagal memperbaharui rekod peribadi 59:15s yang dilakukan pada Kejohanan Renang Kebangsaan di Bukit Jalil baru-baru ini.
"Saingan hari ini (semalam) adalah sebagai permulaan untuk beraksi lebih cemerlang esok (hari ini). Berdasarkan pencapaian tadi, saya harap dapat merealisasikan misi saya untuk memburu empat pingat emas," katanya.
**********************************************************************************
tahniah daniel dan cai lin - |
|
|
|
|
|
|
|
takdek ke table kutipan pingat?
anywayyyyyy .. nak kutuk sket pasal maskot AUG 2008 nih ..
A1 or in full "Angkasawan" appears to be a very cute character who is friendly, smart, high spirit and strong. The use of an astronaut as the event抯 mmmmmm is due to Malaysia抯 achievement to be the first among ASEAN member countries in sending a representative to space. (olorrr poyo).
This symbolize that nothing is impossible if there is strong will and effort. (yeahhhh right .. ader dwet bleh aa gih ISS saner). In order to make the mmmmmm in sync with the event, a mortar board is added to reflect the academic excellent and the participation of universities. It is more sporty attire for the mmmmmm to associate it with a sporting event. (manader orang bersukan pakai suit angkasawan .. siap topi grad tuh lagik! haiyooooookkkkk). The logo is carved on to the chest to portray the spirit of 14th ASEAN University Games throughout the event.
The Malaysian identity is shown through the colours applied (blue, red, white and yellow). Dominantly the colour blue is being utilized to match the university attributes where blue is the symbol of excellence. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 naen's post
kalau ada table tu nanti saya akan post kan - |
|
|
|
|
|
|
|
Roslinda kekal di puncak
Laporan DRAHMAN BAHARUN
dan YASMIN RAMAN
RATU lompat bergalah negara, Roslinda Samsu (gambar) tidak menghadapi masalah untuk meraih pingat emas pada hari terakhir acara olahraga Sukan Universiti Asean (SUA) XIV di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.
Roslinda melakukan lompatan dengan ketinggian 4.00 meter, sekali gus mengetepikan atlet Filipina, Buenaventura Riezel (3.60m) dan rakan senegaranya, Kathleen Ong (3.50m) yang masing-masing meraih perak dan gangsa.
Roslinda berkata, dia gembira dengan pingat emas yang diperoleh meskipun gagal mengatasi catatan peribadinya iaitu 4.40m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Dunia di Barcelona tahun ini.
"Saya puas hati dengan pencapaian hari ini (semalam), memandangkan saya baru turun menjalani latihan," kata Roslinda semalam.
Roslinda menambah, dia menaruh harapan untuk terpilih mewakili Malaysia pada Kejohanan Sukan Universiti Dunia di Serbia tahun depan.
"Ramai atlet yang beraksi pada Sukan Olimpik masih lagi menuntut di Univer- siti. Sudah pasti saya mahu beraksi dan bersaing kepada mereka jika diberi peluang nanti," katanya.
Sementara itu, atlet lompat tinggi wanita negara, Wong Boon Syian turut me- nyumbang emas apabila melakukan lompatan dengan ketinggian 168m.
Dua pingat perak yang diraih skuad olahraga negara semalam ialah menerusi Yaakob Mohd. Hasrulnizam dalam acara lempar cakera lelaki dan Mohd, Najib Nasharuddin (deklaton lelaki).
Manakala pingat gangsa dimenangi Riduan Mohd. Jironi dalam acara 1,500 meter lelaki. |
|
|
|
|
|
|
|
Emas Zatil ibarat pengubat luka
ZATIL sumbang emas buat kontinjen Malaysia dalam acara Masters Wanita.
"PENGUBAT luka."
Demikian jelas pengurus skuad boling negara, Mohd. Fisol Saud selepas anak buahnya berjaya menambah koleksi pingat emas pada Sukan Universiti Asean (SUA) XIV semalam.
Kilauan emas itu telah dihadiahkan oleh atlet kebangsaan, Zatil Iman Abdul Ghani selepas dia mengungguli acara Masters Wanita dalam saingan yang berlangsung di Pyra- mid Megalanes, Petaling Jaya.
Pingat perak dan gangsa turut menjadi milik Malaysia, masing-masing menerusi Siti Siti Nur Syakilla Mardyanna Aminuddin dan Nor Syakira Yeoh.
"Kemenangan hari ini (semalam) seumpama pengubat luka. Mana tidaknya, sejak beberapa hari lalu, skuad negara berhempas pulas mahu menambah koleksi pingat emas, tetapi gagal.
"Lebih menarik, kita bukan sahaja meraih pingat emas acara Masters Wanita, malah pingat perak dan gangsa juga milik kita," kata Fisol kepada Kosmo! semalam.
Dalam pada itu, Zatil berkata, fokus penuh menjadi antara kunci utama kejayaannya meraih emas semalam.
"Saya tidak sangka saya berjaya membawa pulang pingat emas pada saat-saat akhir. Saya hanya sasar kelompok empat teratas hari ini (semalam).
"Saya tidak begitu tertekan dengan aksi hari ini (semalam) dan mungkin sebab itu, semuanya berjalan lancar," katanya.
Zatil berkata, dia amat gembira dengan kejayaannya semalam dan menganggap ia adalah berkat kesa- barannya sepanjang temasya itu berlangsung.
"Saya seorang yang tidak mudah mengaku kalah dan suka mengambil sikap positif tentang semua perkara.
"Saya tidak ambil tahu tentang apa yang berlaku di luar sana ketika saya sedang beraksi kerana ia akan mengganggu tumpuan saya," jelas Zatil.
Sementara itu, nasib berbeza menimpa pasukan lelaki negara apabila hanya merangkul pingat perak bagi acara Masters Lelaki menerusi Mohd. Zaim Zulfadzlie Said Mohd. Zain.
Pingat emas dan gangsa dimenangi Thailand masing-masing menerusi Sithiphol Kunarkson dan Badin Lerdpiriyasakulkit. |
|
|
|
|
|
|
|
Karate capai sasaran enam emas
SKUAD karate negara berjaya mencapai sasaran dengan meraih enam pingat emas pada temasya Sukan Universiti Asean (SUA) XIV yang berakhir di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi semalam.
Semalam, tiga lagi pingat emas dan satu perak diraih atlet negara, sekali gus menjadikan kutipan keseluruhan tujuh emas, enam perak dan enam gangsa.
Empat pingat emas acara menembak
Empat emas itu diperoleh bagi kategori 50 meter rifle prone individu dan berpasukan lelaki serta 25m standard pistol individu dan berpasukan lelaki.
Perenang negara terus gegar Pusat Akuatik
Pada hari kedua acara renang semalam, lima pingat emas, satu rekod kebangsaan serta lima rekod kejohanan berjaya dicatatkan pere- nang negara.
Ratu renang negara, Khoo Cai Lin mencipta kejutan apabila memecah rekod kebangsaan menerusi acara 200 meter gaya bebas wanita.
Dia mencatatkan masa 2 minit dan 03.55 saat, sekali gus mengatasi rekod kebangsaan yang dicatatnya sendiri iaitu 2:04.65s pada Kejohanan Renang Kebangsaan di Bukit Jalil baru-baru ini.
Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu turut memperbaharui rekod kejohanan iaitu 2:09.46s yang dilakukan perenang Thailand, Parichat Wongpila pada temasya di Hanoi, Vietnam dua tahun lalu.
Sementara itu, perenang lelaki negara, Daniel Bego terus menampilkan aksi cemerlang selepas memenangi pingat emas acara 200m gaya bebas dengan catatan masa 1:52.64s.
Catatan itu sekali gus melebur rekod kejohanan yang dilakukan oleh perenang Thailand, Sorasit Hanwiwattanakul (1:59.72s) dua tahun lalu.
Melvin Chua turut menyumbang pingat emas menerusi acara 200 meter rampaian individu lelaki setelah mencatatkan masa 2:09.67s.
Dia turut sekali gus memecah rekod kejohanan yang dicatatkan oleh perenang Thailand, Radomyos Matjiur (2:10.88s).
Dalam pada itu, Rachel Lim Leik memenangi pingat emas menerusi acara 50 meter kuak dada wanita setelah mencatat masa 35.06s.
Dia berjaya memecah rekod kejohanan yang dicatatkan oleh pere- nang Thailand, Tassamol Petchsangroj (35:24s).
Bagi acara 4x200 meter gaya bebas lelaki, kuartet Daniel, Kevip Yeap, Melvin dan David Clement meraih pingat emas dengan catatan masa 8:01.58s, sekali gus memecah rekod kejohanan 8:16.50s yang dicatatkan kuartet Thailand dua tahun lalu.
Kuartet wanita negara yang dibarisi Cai Lin, Khoo Ai Hwee, Marellyn Liew dan Lai Mei Juan pula sekadar meraih pingat perak acara 4x200m gaya bebas selepas mencatat masa 9:04.23s.
Bagaimanapun, mereka tetap memecah rekod kejohanan yang sebelum ini menjadi milik kuartet Thailand (9:08.13s).
Dua lagi pingat perak dimenangi Kevin Yeap menerusi acara 200 meter gaya bebas lelaki (1:54.93s) dan Clement David menerusi acara 200m rampaian individu lelaki (2:14.92s). |
|
|
|
|
|
|
|
laju gak le. tp xselaju karam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #32 karambunai's post
ha... tu la - napa tak masuk...
kalau tidak.. semua events kita sapu emas... |
|
|
|
|
|
|
|
Kontinjen negara hampiri sasaran juara keseluruhan
KONTINJEN negara semakin hampir untuk merangkul gelaran juara keseluruhan.
Semalam, mereka menambah 24 lagi pingat emas untuk menjadikan kutipan keseluruhan 78 emas selepas hari kesembilan temasya ini berlangsung.
Setakat ini, kontinjen negara mengumpul keselu- ruhan 78 pingat emas, 72 perak dan 46 gangsa untuk terus kukuh memimpin carta,
Mengekori rapat kontinjen negara ialah Vietnam (45-28- 22), Indonesia (27-47-43), Thailand (27-26-55), Singapura (17-13-38), Filipina (7-11-18), Laos (1-1-3), Timor Leste (satu perak dan lima gangsa), Brunei (dua gangsa) dan Kemboja (satu gangsa).
Daripada 43 pingat emas yang ditawarkan semalam, Malaysia merangkul 24 emas, 19 perak dan tujuh gangsa.
Pusat Akuatik di Bukit Jalil terus menjadi lubuk emas buat Malaysia selepas skuad renang negara menyapu enam daripada 10 pingat emas yang diper- tandingkan.
Badminton turut menjadi penyumbang terbesar selepas menyapu bersih semua lima emas yang di- tawarkan semalam.
Ia diraih menerusi Mohd. Arif Latiff (perseorangan lelaki), Julia Wong (perseorangan wanita), Mohd. Razif Latiff-Tan Wee Kiong (beregu lelaki), Amelia Alicia Anscelly-Goh Lui Ying (beregu wanita) dan Tan Wee Kiong-Woon Khe Wei (beregu campuran).
Skuad menembak negara menyumbangkan empat emas daripada enam yang ditawarkan.
Gelanggang silat pula menyumbangkan tiga emas sementara acara boling padang meraih dua emas melalui Nor Iryani Azmi (wanita individu) dan Mohd. Nor Shahrin Jamaluddin (lelaki individu).
Bola jaring dan sepak takraw (antara regu) masing-masingnya menyumbang satu emas.
Hari ini merupakan hari penutup bagi semua acara dan 20 lagi pingat emas ditawarkan iaitu renang (10), boling padang (empat), menembak (dua) dan masing-masing satu emas bagi acara skuasy, bola sepak, futsal dan hoki.
Acara penutup SUA 2008 akan berlangsung di Stadium Putra, di Bukit Jalil esok pada pukul 2 petang dan akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron. |
|
|
|
|
|
|
|
Kolam renang bergegar
CAI LIN meleburkan rekod kebangsaan dalam acara 800m gaya bebas wanita pada hari terakhir SUA XIV semalam.
SKUAD renang negara terus cemerlang di hari penutup acara tersebut pada Sukan Universiti Asean (SUA) XIV semalam.
Bukan setakat berjaya menghadiahkan pingat emas tetapi turut menyaksikan perenang sensasi negara, Khoo Cai Lin sekali lagi mencuri tumpuan apabila mencatatkan rekod baru kebangsaan dalam acara 800m gaya bebas wanita.
Pada saingan di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil itu, Cai Lin, 20, mencatatkan masa lapan minit 47.77 saat untuk mengatasi rekodnya sendiri, 8:47.80s yang dilakukan pada Sukan SEA di Korat, Thailand tahun lepas.
"Saya tak jangkakan dapat memecahkan satu lagi rekod kebangsaan hari ini (semalam).
Saya hanya melakukan yang terbaik. Sasaran saya hanya dalam acara 400m gaya bebas semalam (kelmarin). Saya berenang dengan yakin dan perasaan memang bangga apabila berjaya melakar satu lagi rekod kebangsaan," kata perenang kelahiran Selangor itu.
Kelmarin, Cai Lin memecahkan rekod kebangsaan berusia 20 tahun milik Nurul Huda Abdullah dalam acara 400m gaya bebas dan pada Khamis lalu dia melakukan perkara yang sama dalam acara 200m gaya bebas.
Barisan perenang negara semalam turut memecahkan empat lagi rekod kejohanan.
Chui Lai Kwan melakukannya dalam acara 50m gaya bebas wanita, Marellyn Liew (100m kuak kupu-kupu wanita) dan Daniel Bego (100m kuak kupu-kupu lelaki) manakala gandingan Cai Lin, Marellyn, Lai Kwan dan Rachel Lim melakukannya dalam acara 4x100m rampaian wanita.
Dua lagi pingat emas semalam disumbangkan Kevin Yeap dalam acara 1,500 gaya bebas lelaki dan Melvin Chua dalam acara 200m kuak lentang lelaki.
Selepas berakhirnya saingan, Malaysia muncul juara keseluruhan dengan 23 pingat emas, tujuh perak dan tiga gangsa. Indonesia di tempat kedua dengan 5-15-15 dan Thailand 4-8-11.
Sementara itu, skuad hoki negara turut memperlihatkan kecemerlangan apabila meriah pngat emas selepas membelasah Singapura 9-1 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
Baljit Singh Sarjab Singh memulakan rentak bergaya Malaysia dengan menjaringkan gol pertama seawal minit kelima, diikuti jaringan Craig Joseph Fernandez pada minit ke-11.
Singapura berjaya merapatkan jurang menerusi Mohamad Ishak Ismail pada minit ke-20.
Sebelum tamat separuh masa pertama, Malaysia menambah empat lagi jaringan melalui Muhammad Hafiz Zakaria (minit ke-25), Muhammad Faisal Kamarudin (minit ke-27), Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (minit ke-30) dan Mohd. Razali Mohd Zulkifli (minit ke-34).
Separuh masa kedua menyaksikan Malaysia terus menguasai permainan dengan menambah tiga lagi gol, sekali lagi melalui Baljit Singh pada minit ke-50 diikuti gol-gol yang dihasilkan oleh Muhammad Fikri Bassar dan Mohd. Razali, masing-masing pada minit ke-63 dan 69.
Dalam perlawanan penentuan pingat gangsa, Indonesia menewaskan Timor Leste 7-0.
Dalam acara bola sepak, nasib tidak menyebelahi skuad negara apabila tewas 0-1 kepada Thailand pada perlawanan akhir di Kompleks Sukan Maybank di Bangi.
Selepas selesai semua acara semalam, tuan rumah, Malaysia yang merangkul 90 pingat emas daripada keseluruhan 222 yang ditawarkan, muncul buat pertama kali sebagai juara keseluruhan.
Mereka meraih 90 emas, 79 perak dan 47 gangsa.
Juara edisi di Hanoi dua tahun lepas, Vietnam menduduki tempat kedua dengan 45 emas 28 perak dan 23 pingat gangsa diikuti Thailand (32, 29, 59), Indonesia (28, 52, 48), Singapura (18, 16, 39), Filipina (8, 12, 21), Laos (1, 2, 3), Timor Leste (satu perak, sembilan gangsa), Brunei (2 gangsa) dan Kemboja (satu gangsa).
*************************************************************************************************************
tahniah malaysia - banyak advantage jadi host ni - |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia Muncul Juara SUA 2008
KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Tuan rumah, Malaysia yang merangkul 90 pingat emas daripada keseluruhan 222 yang ditawarkan, muncul buat pertama kali sebagai juara temasya Sukan Universiti Asean (SUA) yang berlangsung di sekitar Lembah Klang, sejak Rabu lepas (11 Dis).
Pada hari terakhir pertandingan hari ini, Malaysia menambah 12 emas, tujuh perak dan dua gangsa untuk merangkul keseluruhan 90 emas, 79 perak dan 47 gangsa.
Pingat emas terakhir Malaysia bagi edisi ke-14 di Kuala Lumpur ini diraih dari kolam renang oleh gandingan Khoo Cai Lin, Marellyn Liew dan Rachel Lim dari acara 4x100m rampaian berganti-ganti wanita selepas acara terakhir temasya ini, bola sepak negara hanya mendapat perak selepas tewas 0-1 kepada Thailand.
Juara edisi di Hanoi pada dua tahun lepas, Vietnam menduduki tempat kedua (45, 28, 23) diikuti Thailand (32, 29, 59), Indonesia (28, 52, 48), Singapura (18, 16, 39), Filipina (8, 12, 21), Laos (1, 2, 3), Timor Leste (satu perak, sembilan gangsa), Brunei (2 gangsa) dan Kemboja (satu gangsa).
Kolam renang di Kompleks Akuatik Nasional di Bukit Jalil terus menjadi lubuk emas Malaysia selepas skuad perenang negara merangkul tujuh daripada sembilan emas yang ditawarkan dari acara tersebut, hari ini.
Emas dari kolam renang diperolehi dari Kevin Yeap (lelaki 1500m gaya bebas), Khoo Cai Lin (wanita 800m gaya bebas), Marelyn Liew (wanita 100m kuak kupu-kupu), Daniel Bego (lelaki 100m kuak kupu-kupu), Melvin Chua (lelaki 200 kuak lentang), Chui Lai Kuan (wanita 50m gaya bebas) dan Khoo Cai Lin, Marellyn Liew, Chui Lai Kwan and Rachel Lim (wanita 4x100m rampaian berganti-ganti).
Skuad boling padang negara menyumbangkan tiga emas dari acara lelaki berpasangan, keseluruhan lelaki dan keseluruhan wanita.
Satu emas diraih dari acara futsal selepas skuad negara menumpaskan Brunei 6-1 dan hoki juga menyumbangkan satu emas selepas pasukan Malaysia membelasah Singapura 9-1.
Skuasy menyumbangkan satu emas dari acara pasukan campuran dan satu perak dari acara lelaki individu.
Acara menembak hanya mampu menyumbangkan dua perak menerusi Azlan Johari, Hisyam Adzha, Ahmad Aqqad Yahya Ariff dari acara lelaki berpasukan rifel tiga posisi 50m sebelum Azlan mendapat satu lagi perak dari acara lelaki individu rifel tiga posisi 50m.
Selepas berakhir kesemua pertandingan hari ini, esok merupakan acara penutup SUA 2008 bagi edisi ke-14 yang akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada pukul 2 petang dan akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron.
************************************************************************
tahniah pada semua malaysian athletes - |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah pelajar/atlet malaysia
heharap idok aa tarap "jaguh kampong" jek .. :victory: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kontinjen Malaysia cemerlang
Oleh ZULHILMI SUPAAT
KONTINJEN Malaysia membuktikan kehebatan sebenar mereka apabila muncul juara keseluruhan Sukan Universiti Asean (SUA) XIV yang berakhir semalam.
Selepas 11 hari SUA XIV berlangsung di 22 gelanggang di sekitar Lembah Klang, Malaysia merangkul keseluruhan 90 emas, 79 perak dan 47 gangsa untuk muncul buat kali pertama sebagai juara keseluruhan sejak temasya dwitahunan ini diadakan julung kali pada tahun 1981 di Thailand.
Bagaimanapun, jumlah kutipan pingat emas kurang 10 daripada 100 yang disasarkan pada awalnya.
Malaysia yang sebelum ini menjadi tuan rumah sebanyak dua kali, pada edisi 1984 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan 1993 di Universiti Teknologi Mara (UiTM), kali ini menghantar kontinjen terbesar terdiri daripada 400 atlet dan 98 pegawai.
Pada penyertaan edisi ke-13 temasya berkenaan di Vietnam dua tahun lepas, kontinjen negara berada di tangga keempat keseluruhan di belakang tuan rumah, Thailand dan Indonesia selepas meraih tujuh pingat emas, 19 perak dan 37 gangsa.
Bagi edisi di Kuala Lumpur ini, Vietnam menduduki tangga kedua selepas meraih 45 emas, 28 perak dan 23 gangsa.
Ia diikuti Thailand (32,29,59), Indonesia (28, 52, 48), Singapura (18, 16, 39), Filipina (8, 12, 21), Laos (1, 2, 3), Timor Leste (satu perak, sembilan gangsa), Brunei (dua gangsa) dan Kemboja (satu gangsa).
Daripada 90 emas yang diperoleh kontinjen Malaysia, acara renang merupakan penyumbang terbesar emas negara iaitu 23, diikuti menembak (13), olahraga (9), karate (7), boling padang (7), badminton (7), memanah (5), silat (5), skuasy (3), ping-pong (2), taekwondo (2), ragbi 7 sebelah (2), tenpin boling (2) dan bola tampar pantai (1).
Sebanyak 38 rekod kejohanan termasuk rekod Sukan SEA diperbaharui sepanjang SUA 2008, melibatkan tujuh atlet Malaysia, dua daripada acara olahraga dan lima daripada renang.
Robani Hassan mencatat 14.07 saat untuk memperbaharui rekod lama iaitu 14.08s daripada acara 110 meter lompat berpagar lelaki dan atlet lompat bergalah, Mohd. Hafizuddin Shahadan melakukan lompatan 4.60m berbanding rekod temasya ini, 4.40m.
Di Pusat Akuatik yang menjadi lubuk emas Malaysia, Khoo Cai Lin memecahkan tiga rekod kebangsaan, dua miliknya sendiri dan satu lagi milik bekas ratu renang negara, Nurul Huda Abdullah.
Dalam acara 400m wanita individu, catatan empat minit 17.86s yang dilakukan Nurul Huda ketika beraksi dalam satu kejohanan di Canton, China pada 1988 diperbaharui oleh Cai Lin dengan masa 4:16.96s, 0.90s lebih pantas daripada rekod terdahulu itu.
Dalam acara 200m gaya bebas, Cai Lin mencatatkan masa 2:3.55s untuk memadam rekodnya sendiri, 2:04.65s yang dibuatnya pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia di venue yang sama Ogos lepas.
Dia turut memadamkan rekod kejohanan 2:09.46s yang dicatatkan oleh perenang Thailand, Parichat Wongpila di Hanoi, pada temasya di Vietnam dua tahun lalu.
Rekod ketiganya pada SUA ini hadir menerusi acara gaya bebas 800m wanita dengan masa 8:47.77s berbanding 8:47.80s yang dibuatnya ketika temasya Sukan SEA di Korat, Thailand, tahun lepas.
Satu lagi rekod kebangsaan dilakukan oleh Marellyn Liew dalam acara 50m kuak kupu-kupu wanita dengan masa 27.89 saat, sekali gus memperbaharui rekodnya sendiri iaitu 28.02s, yang dicatat pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia, Paroi, Negeri Sembilan tahun lepas.
Tiga lagi rekod kebangsaan diperbaharui oleh Daniel Bego, yang mencatatkan 1:52.64s dalam 200m gaya bebas lelaki, Melvin Chua dalam 200m rampaian individu lelaki (2:09.67s) dan Rachael Lim dalam 50m wanita kuak dada (35.06s).
Dalam acara 4x200m gaya bebas, kuartet Malaysia yang terdiri daripada David Clement Leong, Melvin Chua, Kevin Yeap dengan diterajui Daniel Bego turut mencatatkan rekod baru kejohanan.
Mereka mencatatkan masa 8:01.58s, sekali gus memadamkan catatan yang dibuat oleh Thailand 8:16.50s dalam kejohanan sebelum ini.
Kesemua pencatat rekod baru ini terdiri daripada atlet elit kebangsaan dan atlet mahasiswa lain sepatutnya menggunakan SUA sebagai platform untuk sekurang-kurangnya memperbaiki rekod temasya ini.
Keseluruhannya, SUA 2008 bukan sahaja berjaya menyerlahkan saingan semangat kesukanan di kalangan 5,000 atlet yang bertanding di Kuala Lumpur tetapi juga merapatkan lagi hubungan di antara universiti-universiti di kalangan 10 negara peserta.
Bagi Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum) pula, ia telah bersedia untuk menjadi penganjur sukan berskala besar selepas berjaya menganjurkan SUA 2008 dengan menggabungkan kepakaran daripada 20 universiti awam di negara ini.
SUA edisi ke-15 di Chiangmai, Thailand akan berlangsung dua tahun dari sekarang. - Bernama
*****************************************************************************************
harap SUA in thailand 2010 nanti.. dapat kekalkan prestasi dan lebih baik lagi - |
|
|
|
|
|
|
|
14th ASEAN UNIVERSITY GAMES 2008 - http://www.aug2008.com.my
Men's 100 Metres Freestyle Semi Final 2 - Semi Final 2 .National Aquatic Centre, Bukit Jalil, KL, 12/17/2008 9:00:00 AM
RESULTS FOR MEN'S 100 METRES FREESTYLE
WILLIAM DANIEL HENRY BEGO Malaysia Heat: Heat 2 Lane: 4 Time: 55.58
THARNAWAT THANAKORNWORAKIART Thailand Heat: Heat 2 Lane: 3 Time: 55.83
GLENN VICTOR SUTANTO Indonesia Heat: Heat 2 Lane: 5 Time: 55.83
WILLIAM DANIEL HENRY BEGO
-Date of Birth- 9/18/1989
-No I/C - 890918-13-6065
-Gender- MALE
-Place of Birth - Serawak
-Height - 179 m
-Weight - 56
AUG2008 Profile - http://210.187.51.50/auggames/participant.asp?pid=4426
-Anugerah Olimpian Terbaik Malaysia 2007
-Di antara atlet Malaysia yang menyertai Beijing Olympics 2008
Women's 100 Metres Freestyle Final - Final . National Aquatic Centre, Bukit Jalil, KL, 12/17/2008 5:00:00 PM
KHOO CAI LIN Malaysia Lane: 4 Time: 58.16 Rank: 1 GOLD GR(Game Record)
JIRATIDA PHINYOSOPHON Thailand Lane: 5 Time: 59.53 Rank: 2 SILVER
NANCY SURYAATMADJA Indonesia Lane: 2 Time: 01:01.24 Rank: 3 BRONZE
KHOO CAI LIN
-Date of Birth- 12/25/1988
-No I/C - 881225-43-5500
-Gender- FEMALE
-Place of Birth - Selangor
AUG2008 Profile - http://210.187.51.50/auggames/participant.asp?pid=4431
-Anugerah Olimpian Terbaik Malaysia 2007
-Di antara atlet Malaysia yang menyertai Beijing Olympics 2008
[quote="www.olympic.org.my"]Khoo Cai Lin won two gold medals in Swimming in the 24th SEA Games in Korat The gold medals she won were the 400m Freestyle event and the 800m Freestyle event. In both the above events, she set a new SEA Games records. In the 400m Freestyle event, her new record was 4:18.20. The old record for this event was 4:19.13. In the 800m Freestyle event, her new record was 8:47.80. The old record for this event was 8:56.88. In setting a new SEA Games record in the 800m Freestyle event, she also broke one of the longest national record set by Nurul Huda Abdullah in 1988.
In both the above events, Khoo Cai Lin qualified for the Beijing 2008 Olympic Games, thus becoming only the second Malaysian woman swimmer and the third Malaysian swimmer to qualify for the Beijing 2008 Olympic Games. - http://www.olympic.org.my/web/sp ... lympiansGallery.htm[/quote]
SILVER MEDALIST JIRATIDA PHINYOSOPHON dari Thailand : Women's 100 Metres Freestyle Final - Final .National Aquatic Centre, Bukit Jalil, KL, 12/17/2008 5:00:00 PM |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|