CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Neraka Bulan

Deism...

[Copy link]
Post time 15-12-2008 09:29 PM | Show all posts
penyelesaiannya ialah kitab Al-Quran. sebab kitab Al-Quran merupakan kata-kata Allah, Tuhan Semesta Alam. Dalam tu lah ada tentang segala perkara tentang alam ni. Tentang wajibnya ibadah2 ni.

Dalam itu ada ayat yang mencabar sesiapa ingin mencari kesilapan dalam Al-Quran. Allah berkata mereka tidak akan jumpa.

Jadi Neraka Bulan, sahutlah cabaran Allah itu. Kalau ko gagal, maka berimanlah dengan yakin sekali bahawa Islam lah agama yang benar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2008 08:36 PM | Show all posts

Balas #17 juwaini\ catat

oi juwaini, thanks a lot................

tak sangka sempat ko quote..kih3....

aku buang sebab soalan aku berterabur.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 08:19 AM | Show all posts
Originally posted by Neraka Bulan at 15-12-2008 02:13 AM
Deism mengetepikan segala perbezaan di antara agama, ritual tapimengakui dan mempercayai kewujudan dan keEsaan Tuhan yang boleh dinilaidan difahami melalui 'reasoning' dan pemikiran kritikal sertarasionaliti terhadap seluruh alam semesta ini.Ianya dilihat sebagai'Universalism of faith', tanpa mengira kepelbagaian yang dimiliki olehsetiap individu.Ianya seakan-akan sufism cuma tiadanya ritual tertentuuntuk memahami dan menghayati keagongan Tuhan yang Maha Esa.


Adalah menyedihkan jika ibadat ataupun kadang2 dipanggil "ritual" oleh sesetengah pihak dianggap bebanan yang meremehkan dan tidak penting, malah sebagai candu yang mengkhayalkan sehingga menyebabkan ketagihan yang hina. Sedangkan dalam Islam, peluang dan kesempatan mengerjakan ibadat dianggap sebagai anugerah dari Tuhan kepada hambanya, perlakuan syiar mulia yang disampaikanNya melalui outstanding individuals seperti Nabi kita Muhammad s.a.w, yang dipilih sebagai rasul-rasulNya.

Bagi saya, dianugerah peluang mengerjakan ibadat seperti solat, puasa, zakat dan haji, menjaga dan mengekalkan akidah, mempelajari dan mengamalkan ilmu keagamaan dan pelbagai perkara-perkara lain yang fardhu 'ain dan kifayah, yang sunat dan harus, menjauhi yang haram dan makruh, dan lain-lain perkara yang  melibatkan perlakuan penghambaan kepada Tuhan itu adalah privilege yang tidak ternilai harganya dari Tuhan yang Maha Mulia dan Maha Berkuasa kepada kita.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 03:25 PM | Show all posts
neraka bulan,
dalam sejarah Islam tidak pernah berlaku pertentangan antara agama dan sains...

atau autoriti agama dan sains..

jadi kelemahan umat Islam dalam hal ini adalah disebabkan oleh faktor2 lain... bukannya faktor agama atau autoriti agama.

jadi pengalaman Islam lain drp pengalaman kristian... dan respons barat terhadap kristian dgn sekularisme tidak semestinya perlu diikuti oleh umat Islam terhadap Islam.

the footing is there dalam Islam untuk perkembangan sains dan teknologi atau apa saja ilmupun...
cuma nak usaha taknak usaha jer...

deisme aka natural teology secara asasnya percaya alam ini mempunyai keteraturan sendiri yg tetap yg takda lagi divine intervation ke atasnya hanya applied best dalam hal2 sains tabii saja... try social sciences, hal2 yg melibatkan manusia, ia akan pening kepala...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 11:05 PM | Show all posts
Salam abg bulan...

Seronok In baca.. satu pemikiran yg bukan baru, ism yg diolah.. ia cuma penularan dari fahaman2 lapuk dahulu kala, dr zaman jahiliah sehingga kini dan seterusnya akan sering ada manusia yg inginkan Tuhan namun tidak inginkan aturan yg merumitkan dada depa. Realitinya manusia sangat perlukan Tuhan untuk disembah, untuk mmbuat pngaduan, untuk berharap di kala sendirian dilamun badai...

Kerana abg muslim In lampirkan ayat di bawah ni, betapa Allah sudah menetapkan agama yang benar di sisi-NYA hanyalah Islam. dan sebelum kita merujuk kepada kitab omputih, kita rujuk dahulu dengan kitab Allah yang Maha Benar ini...

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya. - Ali 'Imran: 19


dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam. - An Nahl : 89


In menyokong kesemua porumer yg menulis di sini dan In nk tambah Kristianlah yang sering bergaduh dgn penganutnya, kdg2 filem depa mengandungi sindiran pekat terhadap ketuhanan dan gereja , apa tidaknya Bible sendiri tidak pernah tepat dan dapat bsekongkol dgn sains sehingga saintis depa lebih cenderung dan merasa selamat tdk percaya kpd agama.

Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka):"Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut". Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembiralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya. - An Nahl:36


Antara surah yg mnyatakan Allah tidak mlepaskan manusia sendirian tetapi diutuskan Rasul2 yg diwahyukan kpd mereka dgn ajaran Allah dan hukum hakamNYA.

In nampak lari dr topik tp still mjawab persoalan abg yg sebelum neh...




~ tenet teruk smlm xleh nk edit..

[ Last edited by  indah1285 at 18-12-2008 11:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2008 09:52 AM | Show all posts

Balas #25 indah1285\ catat

thanks utk ayat2 yg kita percayai bersifat absolute tu....

p.s=lamaaaa tak nampak noo.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2008 09:02 PM | Show all posts

Balas #26 ussopp\ catat

sama2...


yup.. menghayati kafarah dr Tuhan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 12:47 PM | Show all posts
ISYARAT KENABIAN TENTANG SILIH BERGANTINYA KEBAIKAN ( KEBENARAN ) & KEBURUKAN ( KESESATAN )





huzaifah bin yaman RA telah berkata : "  adalah org2 bertanya kpd rasuluLLAH SAW tentang kebaikan .. dan aku bertanya kpd beliau tentang keburukan ( kesesatan dll ) , kerana takut akan mengenaiku ... maka aku bertanya kpd rasuluLLAH SAW  : " sesungguhnya kami sblm nya berada dlm kejahilan dan keburukan , lalu ALLAH memberikan kami KEBAIKAN ini ( islam & iman )  ... APAKAH SETELAH KEBAIKAN ( kebenaran dll ) INI AKAN DTG KEBURUKAN ( kesesatan , perpecahan dll ) ?  beliau menjawab : " YA  ..     " APAKAH SETELAH KEBURUKAN ITU AKAN DTG KEBAIKAN ?  beliau menjawab : " YA ..  DAN TERDAPAT KESAMARAN DI DLM NYA "  ...     aku bertanya : "  APA KESAMARANNYA ?  beliau menjawab : "  SATU KAUM MEMAKAI PEDOMAN ( PETUNJUK ) BUKAN DARI PEDOMAN KU , MEREKA MENGETAHUI DAN MENGINGKARI "  ...   


aku bertanya : " APAKAH SETELAH KEBAIKAN TERSEBUT AKAN DTG KEBURUKAN ? ..   beliau menjawab : "  YA,  ULAMA'2 YG BERADA DI DEPAN PINTU NERAKA ...   BARANGSIAPA YG MENGIKUTI AJAKANNYA , MAKA MEREKA TERJERUMUS KE DLM NERAKA " ...    aku berkata : "  wahai rasuluLLAH ...   GAMBARKAN KPD KAMI SIFAT2 MEREKA  ...  beliau menjawab :  " MEREKA BERASAL DARI KULIT KITA DAN BERCAKAP2 DGN BAHASA KITA  " ...  aku bertanya : " APA YG KAU PERINTAHKAN KPD KU JIKA HAL TERSEBUT TERJADI PD KU ?  beliau menjawab : "   BERPEGANG TEGUHLAH KPD JEMAAH KAUM MUSLIMIN DAN PEMIMPIN MEREKA "  ... aku berkata : " JIKA TIDAK ADA PD MEREKA PEMIMPIN DAN JEMAAH ?  beliau bersabda : " TINGGALKANLAH KELOMPOK2 TERSEBUT SECARA KESELURUHANNYA , WALAUPUN ENGKAU MEMAKAN AKAR POHON HINGGA KEMATIAN MENJEMPUT MU DAN ENGKAU TETAP PD KEADAAN MU ( islam & iman )  "   ....  
  

riwayat imam bukhoriyy & imam muslim dll ....   








WALLAHU A'LAM ...

[ Last edited by  sirri_khafi at 19-12-2008 12:50 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2008 12:59 PM | Show all posts
ISYARAT KENABIAN  TENTANG ISLAM  AKAN MENJADI ASING SEPERTI AWAL NYA .......   




abduLLAH bin mas'ud RA telah berkata : " telah bersabda rasuLLAH SAW : "  SESUNGGUHNYA ISLAM DI MULAI DLM KEADAAN ASING DAN AKAN KEMBALI ASING SEBAGAIMANA AWALNYA ...   MAKA BERBAHAGIALAH ORG2 YG DI ANGGAP ASING  " ...    ada yg bertanya : "  SIAPAKAH MEREKA YG DI ANGGAP ASING ?   beliau menjawab : "  YG JAUH DARI KELOMPOK  "  .....  



riwayat imam ibnu majah RAH ....   









waLLAHU a'lam ...

[ Last edited by  sirri_khafi at 19-12-2008 03:04 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-12-2008 08:47 AM | Show all posts
Originally posted by petola at 17-12-2008 15:25
neraka bulan,
dalam sejarah Islam tidak pernah berlaku pertentangan antara agama dan sains...

atau autoriti agama dan sains..

jadi kelemahan umat Islam dalam hal ini adalah disebabkan oleh faktor2 lain... bukannya faktor agama atau autoriti agama.

jadi pengalaman Islam lain drp pengalaman kristian... dan respons baratterhadap kristian dgn sekularisme tidak semestinya perlu diikuti olehumat Islam terhadap Islam.

the footing is there dalam Islam untuk perkembangan sains dan teknologi atau apa saja ilmupun...
cuma nak usaha taknak usaha jer...

deisme aka natural teology secara asasnya percaya alam ini mempunyaiketeraturan sendiri yg tetap yg takda lagi divine intervation keatasnya hanya applied best dalam hal2 sains tabii saja... try socialsciences, hal2 yg melibatkan manusia, ia akan pening kepala...


Saya boleh terima jika agama bukan penyebab kepada kelemahan, tetapi sukar untuk saya terima bahawa orang2 yang mempunyai autoriti dalam agama ini tidak menyumbang kepada permasalahan ini, lihat sunni v.s syiah sahaja cukuplah sejak dari zaman muaiwiyah sehinggalah kini.

Dan err, boleh tolong jelaskan sedikit mengenai sains sosiol yang melibatkan hal2 manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 10:35 AM | Show all posts
bestnyer.....
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.068402 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list