|
aku pun nak wat tawaran,sape yg predict tepat utk AO 2009..aku akan belanja korang,jumpe kat SOHO KL! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #16 karim_pin\ catat
yup it's no big deal... takde sbb nak rasa terhina sbb background berbeza ni perkara yg kita bukan boleh tukar2... atau wish we had a different one ker camtu.
interesting juga baca pasal fedex tu... he's undeniable a GOAT but it's just that i 'lub' Nadal MORE...can't help it |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 dexa\ catat
eh dexa, katner tempat landing thread yg dah tutup tu... rasanya ada m/surat yg ujung2 tu i tak sempat baca lagi laaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mulan at 25-12-2008 05:55 PM
yup it's no big deal... takde sbb nak rasa terhina sbb background berbeza ni perkara yg kita bukan boleh tukar2... atau wish we had a different one ker camtu.
interesting juga baca pasal fedex ...
Mulan, dapatkan the latest tennis magazine, ada isue tentang uncle tony dan Nadal. Dia cerite macammana dia tak nak duit Nadal, dan macammana dia groom mental Nadal to be a fighter + winner. Itu sebab aku admire Nadal.. susah oo.
[ Last edited by karim_pin at 25-12-2008 09:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
dexa, thanks for the link.
karim_pin, thanks for the info. nanti cari.
tasyha, kan? .. kita ler 'ppuan2 peminat Nadal' kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
takut aku, pas ni senyap je la pasal Fed, biar akughi je citer pasal Federer hahaha..
apa citer pasal persiapan players semua ni aa... ade tak citer pasal Fed, Nadal ke... injury Fed ngn Nadal ke...
tutorial MrFed pon ok gak. walaupun aku tk dpt nak praktikkan, tapi ade la paham jugak pasal grip tuh sket2.... ade sambungan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #25 karim_pin\ catat
mahal gak ek RM25 majalah nipis macam komik tak penah beli ler katakan... murah benar nilai duit RM ni..
biasanya kat website Nadal diorang ada tepek interview camtu... lama dah tak browse kat sana sbb off-season katakan..
[ Last edited by Mulan at 27-12-2008 11:02 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 mgs's post
akan ada sambungan jika ada kelapangan sbb baru balik dr tournament...sabar yer bro & sis |
|
|
|
|
|
|
|
apsal tuh, dexa? tgh tension ker? relax.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mulan at 28-12-2008 11:35 PM
apsal tuh, dexa? tgh tension ker? relax....
macam lain je ejaan 2.. hehhee.. bawakkan bayk bersabar. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Mulan at 28-12-2008 11:35 PM
apsal tuh, dexa? tgh tension ker? relax....
hahaha...
tak.. tu thread saya nak buat... masih dalam proses....
saya suka2 aje namakan gaban....
sebab saya suka gaban -
malam ni saya continue lah lagi.....
* oh btw... boleh check sporting events untuk 2009 for tennis
ada kat sticky atas tu mulan - |
|
|
|
|
|
|
|
a good article re: tennis in malaysia -
Setahun untuk lahirkan jaguh
TENIS nampaknya terus tenggelam di negara ini. Walaupun sukan tersebut sudah lama bertapak, tetapi popularitinya masih belum mencapai tahap yang boleh menarik minat masyarakat tempatan.
Di negara jiran, Thailand, sukan tenis sudah mula disanjung tinggi oleh peminatnya terutama selepas negara tersebut mempunyai pemain yang sudah menempa nama dalam Jelajah ATP.
Bagi Malaysia, meskipun memiliki beberapa pemain yang berpotensi seperti Jawairiah Noordin, Muhd. Ashaari Zainal Abidin dan Razlan Rawi, sukan ini nampaknya masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara-negara Asia yang lain terutama China dan Thailand yang memiliki pemain bertaraf dunia.
Begitupun, sejak kebelakangan ini, tenis di Malaysia mula berkembang lebih pesat dan Persatuan Lawn Tenis Malaysia (LTAM) dilihat semakin serius untuk melahirkan pemain bertaraf dunia.
Malah, Presiden LTAM, Datuk Abdul Razak Latif sendiri optimis dengan adanya pelan dan perancangan yang rapi, tidak mustahil pemain Malaysia dapat menempatkan diri dalam ranking WTA mahupun ATP seterusnya, menjadi pemain bertaraf dunia.
Untuk mengupas perancangan jangka panjang LTAM, wartawan Kosmo! RADIAH SAORI sempat menemu bual Abdul Razak baru-baru ini.
BAGAIMANA perkembangan sukan tenis di Malaysia pada ketika ini?
SAYA mula mengambil alih LTAM pada tahun 2005. Ketika itu boleh dikatakan perkembangan sukan tenis di Malaysia agak menyedihkan dan struktur untuk sukan prestasi tinggi bagi sukan tenis tidak wujud.
Pada tahun 1990-an hingga 2005, terdapat kemelut dalam persatuan dan ia menjejaskan infrastruktur yang wujud sebelum itu. Dahulu kita mempunyai infrastruktur yang agak baik tetapi kemelut ini telah memusnahkannya.
Apabila saya mengambil alih jawatan sebagai presiden, barulah saya mewujudkan kembali struktur untuk sukan tenis prestasi tinggi ini. Boleh dikatakan, perkembangan tenis di Malaysia pada ketika ini agak baik berbanding tiga tahun lepas.
APA program yang telah dirangka oleh LTAM untuk melahirkan pemain tenis bertaraf antarabangsa?
Sukan tenis merupakan sukan profesional. Ia harus dibangunkan daripada peringkat remaja. Sejak saya mengambil alih tampuk kepimpinan LTAM, saya telah mewujudkan infrastruktur untuk sukan tenis prestasi tinggi.
Melalui infrastruktur ini, perkara pertama yang kami lakukan ialah program mencungkil bakat. Bagi memastikan lebih ramai bakat baru dapat dikenal pasti, kami menyediakan banyak kejohanan dan pertandingan yang boleh disertai oleh pemain. Kita ada kejohanan SportsExel serta kejohanan-kejohanan sirkit kebangsaan yang lain. Buat pertama kali tahun ini juga, kami menganjurkan kejohanan antara negeri yang turut disertai oleh Singapura.
Melalui kejohanan ini kita akan dapat mengenal pasti pemain yang berbakat untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Kemudian, kami akan memilih enam pemain terbaik di setiap peringkat umur dan bakat mereka akan digilap menerusi latihan pusat yang diadakan tiga bulan sekali.
Melalui kem ini, jurulatih yang disediakan akan menilai skil, kemahiran dan kecergasan pemain selain menyediakan rakan sparring.
Dalam kem latihan pusat ini juga kami mengadakan kejohanan bagi melihat tahap peningkatan setiap pemain dan sudah tentu pemain yang benar-benar berbakat dan berpotensi akan dipilih.
Pemain yang telah dikenal pasti akan diberi pendedahan melalui kejohanan-kejohanan yang lebih besar sama ada di dalam mahupun di luar negara. Sekiranya memiliki peruntukan yang besar, mereka juga akan diberi peluang menjalani latihan di luar negara.
Kemudian, pemain yang berjaya menempatkan diri dalam ranking 200 terbaik remaja dunia akan diserapkan dalam skuad pelapis dan mana-mana pemain yang berjaya mendapatkan ranking dalam ATP ataupun WTA pula akan diserapkan ke skuad senior kebangsaan.
APA halangan utama yang boleh membantutkan perkembangan tenis di Malaysia?
Sebenarnya, tidak banyak halangan yang ada. Kemudahan gelanggang tenis tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak gelanggang tenis di Malaysia termasuklah kawasan perumahan. Masalah utamanya hanyalah dari segi kekurangan dana untuk menghantar pemain-pemain mendapat pendedahan di luar negara.
Kami juga kekurangan peruntukan untuk mewujudkan lebih banyak kejohanan bertaraf antarabangsa di dalam negara. Dengan ini, pemain-pemain luar akan datang menyertai kejohanan yang kita anjurkan sekali gus memberi pendedahan dan tentangan yang lebih sengit kepada pemain negara.
KENAPA pemain negara masih belum mampu untuk menyaingi negara-negara jiran terutama Thailand yang sudah memiliki pemain bertaraf dunia seperti Paradorn Srichipan?
SEPERTI yang saya katakan, kemelut yang melanda LTAM sebelum ini mengganggu perkembangan tenis di Malaysia. Thailand pula sudah lama mempunyai struktur prestasi tinggi bagi sukan tenis dan sudah tentulah perkembangan mereka lebih pantas berbanding Malaysia yang baru tiga tahun mempunyai struktur seperti ini.
SEJAK kebelakangan ini, kita lihat Malaysia semakin kerap membawa pemain-pemain handalan dunia seperti Roger Federer, Rafael Nadal serta John McEnroe beraksi di Malaysia. Apakah tujuan utama membawa masuk pemain-pemain handalan ini dan adakah ia dapat membantu memartabatkan lagi tenis di Malaysia?
SUDAH tentu ia dapat membantu perkembangan tenis di Malaysia. Dengan kehadiran mereka, secara tidak langsung dapat menarik minat pemain-pemain untuk lebih serius. Tenis sebagai rekreasi sudah begitu meluas tetapi tenis secara kompetitif masih belum mencapai tahap yang diinginkan. Kehadiran pemain-pemain terkemuka ini sebenarnya bukan sahaja untuk memancing pemain-pemain remaja tetapi juga untuk memancing ibu bapa agar menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri secara serius dalam tenis. Penglibatan ibu bapa amat penting terutama buat pemain-pemain remaja.
APAKAH matlamat persatuan untuk jangka panjang dan pendek?
MATLAMAT utama kami adalah untuk melahirkan pemain yang hebat di peringkat antarabangsa dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi. Namun sebelum itu, kami ingin memastikan persatuan-persatuan tenis negeri kembali aktif menganjurkan kejohanan-kejohanan di peringkat negeri. |
|
|
|
|
|
|
|
SHARAPOVA OUT FROM EXHIBITION MATCH IN HONG KONG..
dgr citer,bahunya yg sakit br nk recover..cepat la sembuh yea!! |
|
|
|
|
|
|
|
Mr Fed and karim_pin.. camne game kat UUM ari 2? meh la share..
uurm.. penah x korang tergeliat pinggang masa main tennis? sakit siot.. dah seminggu x sembuh2 lagi.. merana nih.. pas2.. nk main tennis pun x dapt.. |
|
|
|
|
|
|
|
tasyha3;
Kalah 1st round .. Tapi MrFed masuk sampai quaterfinal utk single dan double dengan raket baru 2 hari pakai. Kalau pakai raket tu lama, silap2 boleh jadi johan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #38 karim_pin's post
haha, masih belom recover dr keletihan. 2 hari ni main macam apa ntah, hati sama tangan nak hayun reket tp kaki tak leh gerak. Badan lesu x habis lagi.
Single saya tak expect sampai Quarter sbb plan nak biasakan diri dgn court jer tp tengok2 menang 1st & 2nd round tu so teroskan jer laa. Ini la habuan sampai sakit satu badan.
Karimpin, Sabtu ni ada Sungai Petani Inter Team Invitation plak. So club aku hantar 2 team. Team event, 3 doubles. Open double, 40an doubles dan 50an doubles. Last year club aku runners up so this year plan Champion ler kot heheh.
Karim terima kasih sbb ambil bahagian dalam tournament hari tu. Doubles pairing ko pon nampak bagus, too bad jumpa semifinalist dan aku plak tonggek kat Champion, frust sbb kami dah leading 5-2 pastu depa kunci dekat 5 jer ^*&^(*&^%.
Takpa next year plan lain plak. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #37 tasyha3's post
pergi laa mengurut tasyha ooi, kang masok hangin lagi leceh dan lambat nak baik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|