|
Originally posted by AceHand at 2004-2-16 02:50:
Tapi aku lebih suka kalau cuti hari Jumaat... Ye lah... Kenapa mesti kita yang nak kena sync ngan dia worang... Asyik kita jer yang kena ...
kengkadang cuti jumaat, ada orang cuti semua sekali, termasuk sembahyang. |
|
|
|
|
|
|
BolThrower This user has been deleted
|
betullah...kata mufti perak tu....sebab kalau menyambut Saint Valentine..tentulah haram.....lainlah kalau menyambut...hari kekasih Malaysia ke....hari kekasih Ibu ke...baru la okey.....sebab nama sambutan tu dah membawa pengertian yang berbeza.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AceHand at 16-2-2004 02:50 AM:
Tapi aku lebih suka kalau cuti hari Jumaat... ... Kenapa mesti kita yang nak kena sync ngan dia worang... Asyik kita jer yang kena ikut dia worang... Sesekali hapa salahnya ikut minoriti....?
Dulu aku biasa cuti ari jumaat, memang senang sikitlah pegi sembahyang jumaat sebab terus dari rumah tapi lepas tu apa kita buat? serupa ari ahad lah ya tak....
Dalam Qur'an sendiri sebut apabila dengar azan sembahyang hari jumaat hendaklah kita tinggalkan 'urusan jual beli'....Allah tu maha mengetahui akan kedaan dunia. financial institutions untuk 'urusan jual beli' ari apa mereka cuti...zaman sekarang kemauan ekonomi penting untuk elakkan penindasan
Dia nak pegi gereja, biarkanlah....bukan kita ikut pi gereja. Ada Allah kata kita kena cuti hari apa pada orang islam? pada yahudi sebab diaorang nih memang bermasaalah tak abis walau beberapa nabi diantar untuk betulkan diaorang pun tak sedar gak...so, hari sabtu dalam taurat dorang kena cuti, satu kemestian sebagai satu ujian |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
Originally posted by ibnur at 16-2-2004 14:45:
kengkadang cuti jumaat, ada orang cuti semua sekali, termasuk sembahyang.
Aku tak piikir peratusnya tinggi pasal lagi banyak yang ponteng atas alasan kerja... Samaada tak sempat atau majikan tak bagi pergi... Terutamanya yang kerja kilang...
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
Originally posted by BolThrower at 16-2-2004 19:17:
betullah...kata mufti perak tu....sebab kalau menyambut Saint Valentine..tentulah haram.....lainlah kalau menyambut...hari kekasih Malaysia ke....hari kekasih Ibu ke...baru la okey.....sebab nama ...
Sesekali pikir lantang gak mufti Perak ni tapi kenapa dia tak lantang gak menyuarakan fatwa "Merokok Itu Haram"...? Heh! Heh! Heh!
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
Originally posted by Jukebox at 17-2-2004 00:11:
Dulu aku biasa cuti ari jumaat, memang senang sikitlah pegi sembahyang jumaat sebab terus dari rumah tapi lepas tu apa kita buat? serupa ari ahad lah ya tak....
Dalam Qur'an sendiri sebut apabil ...
Kalau dia sebetul betunya worang Islamm yang kuat ajarannya sudah tentu dia memang mahu hari Jumaat gak sebagai cuti umum pasal dalam bebanyak hari tu memang hari Jumaatlah hari yang paling banyak berkat... Banyak boleh buat pahala...
Tapi aku nak cuti hari Jumaat pasal memang sonang urusan aku tanpa perlu memikirkan urusan kerja semula lepas tu... Rilek jer... Pergi berkelah ke... Hik! HiK! HiK!
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AceHand at 2004/02/12 01:40 AM:
Kalau dia sebetul betunya worang Islamm yang kuat ajarannya sudah tentu dia memang mahu hari Jumaat gak sebagai cuti umum pasal dalam beb ...
tapi ok la cuti ari ahad, lagi rileks, senang nak tgk wayang time kol bape pun, bagi yang kaki bangun lewat no hal sket, lagi pun kalau cuti ari jumaat, kalau nak berkelah ker ape ker kena tinggal kan perkelahan tu tuk gi semayang jumaat la, pastu datang la semula cam gi kerja.
elok time cuti tu cuti rehat betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by AceHand at 17-2-2004 01:40 AM:
khamis malam jumaat itu pun tak kurangnya bagus untuk mengaji.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
Originally posted by ron_amigos7 at 17-2-2004 18:19:
tapi ok la cuti ari ahad, lagi rileks, senang nak tgk wayang time kol bape pun, bagi yang kaki bangun lewat no hal sket, lagi pun kalau cuti ari jumaat, kalau nak berkelah ker ape ker kena tinggal ...
Maaf... Aku tak pikir alasan tu kukuh... Wayang masih ada banyak waktu siaran hapa... Terlepas yang tu ada satu lagi... Terlepas yang tu ada lagi satu... Dah tu dia bukannya siar sekali jer seminggu...
Pasal perkelahan lak dia dah kira tak ada sebab lagi nak ponteng solat Jumaat atas alasan kerja pasal kali ni dia dikira bebetul free tanpa kongkongan... Jadi kalau dia masih tak pergi solat memang dikira berdosa...
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
Originally posted by Jukebox at 18-2-2004 00:16:
khamis malam jumaat itu pun tak kurangnya bagus untuk mengaji....
Hari Khamis malam Jumaat kan sudah dikira sebagai hari Jumaat... Kan hari yang baru bermula selepas waktu Maghrib mengikut Islam... Bukan selepas jam 12 tengah malam...
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
hehe kat area aku cuti hari jumaat dan hari ahad, tak jadi masalah pun...
entah entah kalau korang kena cuti macam nie gerenti banyak merungut sebab tak dapat rehat 2 hari terus menerus |
|
|
|
|
|
|
|
Hari Ahad diberi cuti kerana orang2 Christians pergi sembahyang hari Ahad. Di negara2 Arab serta negeri2 sewaktu dgn dia (spt kerajaan Terangganu and Kelantan), hari Jumaat diberi sbg Cuti Umum.
Bila agaknya keluar fitrah mengatakan mereka yg pergi cuti hari Ahad sudah Murtad? :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
copy n paste
Original article - 'Love's pebbly path' written by Marina Mahathir - The Star 18.02.2004).
******
Saya telah murtad, saya rasa. Pada Hari Kekasih yang lalu, saya memberi sekeping kad kepada suami saya untuk meluahkan perasaan cinta saya. Malam sebelum itu, suami saya membelikan bunga manakala anak saya telah
membuat kad istimewa untuk kami berdua. Mengikut seorang pegawai agama
negara ini (Mufti Perak - dalam kes ini), kami sekeluarga telah murtad.
Kami tak kisah.
Anda boleh meluahkan cinta pada suami anda pada bila-bila masa dalam
setahun tetapi jika anda berbuat demikian pada hari kekasih, anda akan jadi
murtad.
Mudahnya! Saya berasa simpati terhadap mereka yang pasangannya hanya teringat untuk meluahkan perasaan cinta mereka apabila mereka terlihat
promosi berbentuk hati merah yang terpampang di pasaraya. Bayangkan
kita boleh dihukum dengan berat hanya kerana hendak menunjukkan penghargaan dan cinta sekali dalam setahun.
Apa dah jadi dengan orang-orang alim/ahli agama kita? Mereka hanya tahu
menyenaraikan dengan panjang perkara-perkara yang org Islam tidak boleh
lakukan. Adakah mereka berpendapat bahawa yang terbaik di antara kita
adalah mereka yang tidak berfikiran waras?
Tahun lepas saya menyertai persidangan pemimpin-pemimpin agama yang
akhirnya menjadi satu kontroversi. Apb perselisihan faham itu berakhir
(sekurang-kurangnya untuk kebanyakan dari kami) seorg daripd pemimpin
agama dari Afrika yang berjubah dan berserban (berlapis-lapis) pergi ke
wanita yang di kontroversikan tadi. Dia bersalam dan meminta maaf kpd
wanita itu krn menyakiti perasaannya dan kemudian memeluknya. Orang dari Malaysia yang melihat kejadian ini dengan mata terbeliak telah terperanjat dan
berkata,"
Tapi, tapi Mufti! Bagaimana tuan boleh peluk wanita itu?" Jawab mufti
itu pula, "Kenapa tidak? Tiada nafsu terlibat!"
Pd masa itu kami yang hadir telah mempelajari sesuatu. Tidak salah untuk menunjukkan perasaan secara fizikal kpd seseorg yang berlainan jantina jika niat kita baik.
Baru-baru ini saya berada di Davos, Switzerland untuk menghadiri Forum
Ekonomi Sedunia (FES). Untuk kebanyakan orang, FES ialah forum untuk
perniagaan dan politik tetapi memandangkan saya memilih untuk menyertai
diskusi kesihatan awam dan keagamaan, saya telah terlibat dengan forum
yang berbeza daripada apa yang dipaparkan di dalam akhbar. Saya telah
berjumpa dengan orang-orang yang sangat memberansangkan dari pelbagai
negara yang sungguh komited terhadap dialog kepercayaan dan keamanan.
Ini termasuklah Imam Feisal Abdul Rauf dari Masjid Al-Farah di Bandar New York, Rabbi David Rosen dan isteri dari Komiti Amerika-Yahudi di Israel, paderi wanita dari German, dll dari Britain dan Afrika Selatan.
Saya juga mengambil kesempatan untuk mengenalkan diri saya kepada
Mufti Besar Bosnia, Mustafa Ceric. Saya tahu beliau pernah tinggal di
Malaysia.
Sejurus selepas beliau tahu siapa saya, beliau terus memeluk saya. Agak
memeranjatkan tapi saya cukup selesa. Beliau adalah seorang yang sangat
alim dan sangat terhutang budi kepada Malaysia serta rakyatnya sehinggakan
beliau bertindak demikian (memeluk saya) kerana terlalu gembira apabila
berjumpa seseorang dari negara ini.
Saya telah pelajari sesuatu yang baru lagi.
Bukanlah saya menghendaki supaya semua ulamak yang berjumpa saya untuk
memeluk saya, selisih malaikat. Tetapi berdasarkan pengalaman saya
bersama dengan ulamak luar negara mengajar saya erti bertimbang rasa.
Adakah menyambut hari kekasih, tentunya salah satu sambutan yang amat
komersil, sungguh hina hinggakan sesiapa yang menyambutnya boleh jadi
murtad? Apa hubungannya dari segi agama yang sesiapa pun hendak
mengaitkannya selain dari taksub kepada tuhan consumerism (hak pengguna).
Jadi kenapa bertindak keterlaluan?
Sememangnya ini boleh diterima oleh orang yang tidak membeli bunga dan
coklat untuk satu hari dalam setahun. Amatlah mudah untuk meracuni
fikiran minda orang-orang yang tidak tinggal di bandar dan merasakan hari
kekasih adalah sesuatu yang asing. Sehinggakan mereka mengatakan sikap
menunjukkan kasih sayang ini dijadikan sebagai alasan untuk berbuat dosa
dan menjatuhkan umat.
Ini adalah untuk memecah-belahkan kaum dengan alasan yang
paling keji,satu cara untuk menyenangkan hati mereka yang tidak berkemampuan kerana mereka yang mempunyai wang untuk tujuan ini sepatutnya masuk neraka.
Satu cara yang aneh untuk menyenangkan hati manusia, dengan
menggalakkan kebencian. Adakah suatu yang unik di negara kita? Di Davos,
saya menyaksikan Kristian dan Yahudi menyebelahi hak org Islam Perancis untuk memakai apa yang mereka mahu, termasuklah tudung kepala. Kita sentiasa bersatu tanpa mengira agama kerana kita percaya dengan hak asasi dan hak manusia untuk memilih cara hidup mereka.
Di sini, kita terpaksa menghadapi dengan orang yang asyik mencuba untuk
mengasingkan mereka yang tidak setara dengan taraf mereka yang rendah.
Patutkah kita pedulikan orang-orang ini? Tidak, mereka boleh
menjahanamkan perpaduan umat. Kita hendaklah sering menegur mereka kerana
tindakan
yang bukan-bukan. Kita hendaklah selalu menyoal mereka. Jika orang-orang
ini
berpengetahuan tinggi sepatutnya mereka tidak takut untuk memberi
penerangan.
Ahli-ahli agama ini tidak patut melepaskan diri dengan mengatakan kita
tidak mengambil tahu. Jika benar kami hendaklah diberitahu perkara yang
sebenar.Apa sebenarnya dosa untuk kita meluahkan perasaan cinta kepada
pasangan kita?
Walau apa pun, ahli agama patutlah mengambil kesempatan untuk memberitahu pasangan yang tidak bertanggungjawab untuk menunjukkan penghargaan mereka pada hari tersebut.
Itulah yang terbaik.
>- Marina Mahathir |
|
|
|
|
|
|
|
by gorgonz
Apa dah jadi dengan orang-orang alim/ahli agama kita? Mereka hanya tahu
menyenaraikan dengan panjang perkara-perkara yang org Islam tidak boleh
lakukan. Adakah mereka berpendapat bahawa yang terbaik di antara kita
adalah mereka yang tidak berfikiran waras?
Bukan ulama je macam itu ... banyak makluk2 yg gelarkan diri mereka manusia yg dlm forum ini (dan forum lain) yg beranggapan mereka terbaik antara manusia lain sampai boleh mencegah mereka yg bukan agama mereka dr melakukan sesuatu yg mereka suka. :re: |
|
|
|
|
|
|
qshe This user has been deleted
|
Originally posted by alahai at 12-2-2004 08:07:
Murtad sambut hari kekasih mirip agama Kristian
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika ...
Betul la..so jangan la sambut... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Jukebox at 2004-2-15 04:24 PM:
kenalah sync dengan seluruh dunia....dalam islam tidak ada istilah mesti cuti pada sesuatu hari, pada hari jumaat kalau nak kerja..kerjalah tapi sembahyang jumaat kenalah pi
Al-Jumu'ah 62:9
W ...
depa muliakan ahad pasal jesus resurrection tu kut..pasal tu depa sambut easter sunday tu bermula dari good friday. hari lahir jesus plak tu depa sambut christmas laa..kan jesus masa lahir kat kandang kuda ada magi mai dari jauh bawak hadiah untuk 'miraculous' birth tu
sabtu tu sabbath untuk jews.
dah nature manusia yang dijadikan 'berpuak puak' depa nak tersendiri. orang islam dulu solat tuju baitul mukkadis kemudian jews ejek2 tiru hak depa so akhirnya islam solat tuju kaabah. awal2 tu azan tadak..pakai loceng gak cam jews kemudian jews ejek2 lagi so adakan azan untuk pangey solat aaaa. so i think bila masuk bab hari ni pun naluri kemanusiaan dan berpuak puak ni mahu yang tersendiri so yahudi dengan sabbath dia, kristian dengan church sunday dia oang islam dengan solat jemaat( jumaat ni kalo di analisis akar word dia jemaah, group of people), so dalam seminggu, ada sehari khusus orang islam berjemaah, jumpe2 meeting bertukar2 fikiran tanya kabar dengar pendapat yang pentingnya mengulang ulang peringatan tuhan gitu kan? tapi sayang 'tradisi' manusia yang sentiasa bersifat lemah ni, kaum ibu dipinggirkan seolah jemaah ni untuk lelaki seolah dunia ni untuk jemaah lelaki saja walhal MANUSIA khalifah dunia..kan?
kenapa tak agungkan hari jemaat dan cuti weekend sewajarnya jemaat?
mudah je jawapan tu gorgon. kalo sapa kuat dia berkuasa apa pun yang lemah tu menurut kata sajalah so kalo nak jemaat ni ganti hari ahad, kuatkan jemaah tu dulu. nak kuat jemaah tu kuatkan individu tu dulu. nak kuat individu, diri tu camna? tang tuuuuu sama2 fikir sendiri lah. wasalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by gorgonz at 2004-2-27 12:33 PM:
Original article - 'Love's pebbly path' written by Marina Mahathir - The Star 18.02.2004).
******
Saya telah murtad, saya rasa. Pada Hari Kekasih yang lalu, saya memberi seke ...
Hi ,
Bila Anis terbaca petikan ini Anis tersenyum sendiri. Terima kasih, Anis pun tak perasan tentang artikal yang menarik ini.Memang pada zaman yang moden ini Umat islam cukup mudah tersinggung. Pantang ditegur terus menyatakan fakta yang berbagai
Betul kata Rasul pada zaman yang canggih ini ulamak akan dipersendakan .
Tah lah Anis pun hairan , tak ada apa yang dikatakan oleh Ulamak tak satu pun yang Anis nampak tidak baik kerana dari segi ajaran Islam telah jelas seperti Sabda Junjungan kita:
揥hoever imitates a people is one of them. |
|
|
|
|
|
|
Robotic This user has been deleted
|
Originally posted by Tengku Anis at 2-3-2004 12:37 PM:
Hi ,
[quote]Tapi kita kena ingat bahawa kadang-kadang niat dan perbuatan boleh datang seiringan tanpa kita sedar...sebab itulah kita kene selalu mengucap 2 kalimah manalah tau kita terlupa....dan kalau ada perbuatan yang boleh mendatangkan murtad kenapa kita tidak mengelakkannya.....................
Yang atas ni saya setuju sangat tu Anis. Macam kata ayah saya mudahnya akidah kita gugur tanpa kita sedari semuanya dari kata kata dan perbuatan... |
|
|
|
|
|
|
Lone_Ranger This user has been deleted
|
Originally posted by Tengku Anis at 2-3-2004 12:37 PM:
Hi ,
Bila Anis terbaca petikan ini Anis tersenyum sendiri. Terima kasih, Anis pun tak perasan tentang artikal yang menarik ini.Memang pada zaman yang moden ini Umat islam cukup mudah tersing ...
Tu le..sebab tu lah kita sembahyang 5x sehari sekurang-kurangnya kita memperbaharui shahadah in case mulut kita tercelupar |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum Sambut VALENTINE DAYS?
Apa hukum sambut Valentine days ni ek.. :stp: memandangkan sambutan dia semakin hampir 14/2 ni...
Ada kata haram...tp naper still ramai yg myambut nyer :stp:
[ Last edited by polaris_girlz at 21-1-2006 11:51 AM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|