|
Kesal Dengan Hinaan Ke Atas Sohibus Samahah Datuk Seri Dr Harussani Zakaria
[Copy link]
|
|
Balas #18 juwaini\ catat
politik kotor puncanya pemimpin yg tidak mengendahkan agama....
maka mengapa bg pandangan anda , anda kurang bersetuju pula pemimpin diambil dari golongan berugama? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ussopp at 23-2-2009 20:18
bagaimana kalau berlaku percanggahan syariat dalam pentadbiran politik....
tak kisah?
Percanggahan syariat macamana tuh?? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #22 Neraka Bulan\ catat
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 ussopp's post
Di negara2 sekular yang maju, agama bukanlah satu elemen yang penting dalam pentadbiran tetapi mereka masih mampu mengendalikan politik dalam suasana yang rapi dan bersih. Itu adalah salah satu sebab mengapa mereka mampu duduk lebih tinggi daripada negara2 lain ex: Jepun,Singapura,UK,Sweden,Norway,N.Zealand,Swiss,US,Canada,Australia etc.
Jadi dalam isu ini agama bagi pendapat aku bukanlah sesuatu yang penting sangat kerana telah dibuktikan bahawa tanpa campurtangan agama manusia masih mampu membentuk moral yang tinggi di samping meningkatkan taraf hidup semaksimum mungkin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ussopp at 23-2-2009 20:34
rasuah ke? arak?
Tanpa agama pun kita tahu rasuah itu perbuatan yang keji. Mana2 manusia yang bermoral akan cuba menjauhkan diri mereka daripada rasuah dan satu kerajaan yang bermoral akan menghukum mereka yang menjanlankan rasuah...
Arak??Apa kena mengena politik dengan arak nih?
p/s: Cuba google dan lihat negara mana yang menguasai indek tertinggi negara2 yang paling kurang rasuah. Dalam 10 negara yang paling kurang rasuah, kesemuanya adalah negara2 sekular dan tiada satupun datangnya dari negara Islam/majoriti Muslim..
[ Last edited by Neraka Bulan at 23-2-2009 08:53 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #24 Neraka Bulan\ catat
tulah antara perkara yg cukup mengelirukan kita.....
zaman sekarang moral digambarkan sebagai keeksklusifan....penampilan luaran....baju, hanset, skill komunikasi....
photogenik...etc...
kita boleh jumpa, orang yg cukup kompetitif, berdaya saing, maju, skil lkomunikasi yg baik pada masa yg sama berzina...minum arak dan sebagainya.
inilah contoh apabila moral dan agama dipisahkan. padahal moral adalah elemen dalam agama....
sy selalu ingin membangkitkan mengapa zaman sekarang, orang boleh pegang skkrin lcd sebesar 5 x 4 cm contohnya, tetapi menonton cerita lucah....
sekularism, akan lead kepada satu situasi yg saya ingin beri contoh kawan saya.....
dia kata apsal bapuk/pondan salah plak, dia bukan kacau orang pun.....
haaa, kat sini kita namapk satu jenis pemikiran manusia yg pelik, selagi tidak menganggu ketenteraman orang lain, tak cedrakan orang, maka semua tak salah....
kesalahan yg tinggal dalam dunia sekularism hanyalah membunuh atau mencederakan, atau menyusahkan orang lain.....
lain2 pada tu, dipanggil satu istilah lain iaitu iatu private life, orang lain tak berhak ganggu.....this is really funny. berzina, minum arak sorang, semua tu dah jadi tak salah....
dia jadi hujah yg selalu dicanang sebagai..."itu antara dia dengan Tuhanlah"
sy tak nafi prinsip sekularism akan memajukan manusia dari segi keduniaan, tetapi berbaloikan mempedangangkan akhirat utk harga yg murah....?
saintis2 sekular pula, mencari2 jawapan tentang kewujudan alam semesta secara materialistik sahaja....mereka terperangkap dalam dunia tiga dimensi saja.....selalu saja mereka bingung di akhir formula....
apa yg mereka kurang? mereka kurang perjalanan rohaniah.....hanya dgn perjalanan rohaniahlah jawapan2 yg albert einstein, bohr, akan menjumpai titik pertemuan....
bila manusia celik dalam dunia 3 dimensi, mereka akan terperangkap dalam keprluan dunia yg cukup mendesak....sandainya agama dipisahkan dengan kehidupan, kesibukkan dunia akan semakin terserlah....
anda kata agama perlu dipisahkan dari politik, sebagai spiritual seeker(berdasarkan thread yg anda buka) apa yg anda dapati?
adakah ia akan memisahkan agama dari kehidupan atau tidak.....? |
|
|
|
|
|
|
|
nik ajis tu ulamak ke atau penyemak.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mbhcsf at 23-2-2009 08:46 PM
apa tu sahibus samahah?
satu panggilan mulia untuk mufti...
dengan kata lain :
sahib tu maksudnya teman..
samahah tu bermaksud kemurahan hati |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 Neraka Bulan's post
jika politik dipisahkan dari agama, maka jadilah Islam itu tdk lengkap... sedangkan Allah dah jadikan agama ini begitu sempurna di mana di situ semuanya tertakluk. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ussopp at 23-2-2009 08:19 PM
politik kotor puncanya pemimpin yg tidak mengendahkan agama....
maka mengapa bg pandangan anda , anda kurang bersetuju pula pemimpin diambil dari golongan berugama?
Fungsi seorang pemimpin adalah untuk membangunkan negara dan masyarakat. Pembangunan dari sudut mana? Aku nampak keutamaan dunia hari ini adalah dari sudut fizikal. Jadi kita perlukan seorang pemimpin yang menguasai ilmu duniawi (tapi tak bererti dia langsung takde ilmu ukhrawi). Tugas untuk menjadi polis moral tu, kita serahkan pada ulama dan mufti.
Jangan kita lupa, pemimpin agung dunia Islam, Muhammad bin Abdullah dari segi profesionnya adalah seorang peniaga. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #29 indah1285's post
then sahibus samahah = teman yg kemurahan Hati? i see.hmm...grammatical? ok make sense hmm...teman yg pemurah hatinya...ok ok thank you Indah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Neraka Bulan at 23-2-2009 08:38 PM
Di negara2 sekular yang maju, agama bukanlah satu elemen yang penting dalam pentadbiran tetapi mereka masih mampu mengendalikan politik dalam suasana yang rapi dan bersih. Itu adalah salah satu s ...
Benarkah negara sekular itu memang sekular? Negara sekular by definition adalah negara yang menolak unsur-unsur agama dalam pentadbirannya.
Tapi kalau kita perhatikan, takrif Islam tu apa? Islam bererti sejahtera (walaupun ada takrif lain yang sebut penyerahan). Tapi untuk tujuan perbincangan kat sini, aku amik etimologi yang bawa maksud 'sejahtera'. Bila sebuah agama itu sifatnya sejahtera, segala yang baik adalah menepati lunas-lunas agama tu sendiri. Segala yang membawa sejahtera adalah menepati roh agama tu sendiri.
Negara yang menolak korupsi adalah negara yang mengadaptasi roh kesejahteraan aka Islam. Negara yang adil pada semua rakyatnya tanpa kira warna kulit adalah negara yang Islamik. Negara yang menyeru rakyatnya menguasai ilmu (seruan pertama dalam Islam) adalah negara yang mempunyai roh agama Islam.
Jadinya, by default, tak wujud definisi negara sekular. Hanya ada negara yang Islamik atau negara yang tidak Islamik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #31 juwaini\ catat
oklah, mungkin orang ugama yg aku ucapkan dilihat sebagai seorang yg fokus ugama sahaja....
so kalau Muhammad bin Abdullah dijadikan rujukan, itu adalah mksud sebenar yg ingin engkau sampaikan dan aku sampaikan.....
kita nak cari orang macam tulah kan...ahli agama yg dynamic, bulat, dan berilmu tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ussopp at 23-2-2009 11:08 PM
oklah, mungkin orang ugama yg aku ucapkan dilihat sebagai seorang yg fokus ugama sahaja....
so kalau Muhammad bin Abdullah dijadikan rujukan, itu adalah mksud sebenar yg ingin engkau sampaikan ...
Aku pernah cakap pasal benda ni kat board CI...
... ada orang suruh aku mengucap panjang... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #35 juwaini\ catat
ye ke?....
awat plak.....
thread apa.....
bagi ar tajuk. boleh aku membuat pembacaan di kala panglipur lara. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ussopp at 23-2-2009 11:19 PM
ye ke?....
awat plak.....
thread apa.....
bagi ar tajuk. boleh aku membuat pembacaan di kala panglipur lara.
Ko faham-faham aje la CI tu. Sehari 11 juta thread baru. Mana aku nak ingat... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #33 juwaini\ catat
ha, btui.....semua org mempraktikkan agama bila bermoral.... pisah pe bende....
takleh pisah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #37 juwaini\ catat
takpa arr.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ussopp at 23-2-2009 21:38
tulah antara perkara yg cukup mengelirukan kita.....
zaman sekarang moral digambarkan sebagai keeksklusifan....penampilan luaran....baju, hanset, skill komunikasi....
photogenik...etc...
kita boleh jumpa, orang yg cukup kompetitif, berdaya saing, maju, skillkomunikasi yg baik pada masa yg sama berzina...minum arak dansebagainya.
inilah contoh apabila moral dan agama dipisahkan. padahal moral adalah elemen dalam agama....
Moral memang adalah elemen agama tapi aku yakin tanpa agama pun manusia masih mampu mencapai moral yang tinggi. Bagi aku ianya semua sudah tercatat di dalam DNA kita. Sebab itu aku nampak ramainya tokoh2 terkenal yang bukan sahaja tidak ada agama, malah Tuhan pun depa tidak percaya tapi moral mereka masih tinggi tanpa ada sikap "holier than thou" seperti yang terdapat pada tokoh2 agama.
sy selalu ingin membangkitkan mengapa zaman sekarang, orang bolehpegang skkrin lcd sebesar 5 x 4 cm contohnya, tetapi menonton ceritalucah....
sekularism, akan lead kepada satu situasi yg saya ingin beri contoh kawan saya.....
dia kata apsal bapuk/pondan salah plak, dia bukan kacau orang pun.....
haaa, kat sini kita namapk satu jenis pemikiran manusia yg pelik,selagi tidak menganggu ketenteraman orang lain, tak cedrakan orang,maka semua tak salah....
kesalahan yg tinggal dalam dunia sekularism hanyalah membunuh atau mencederakan, atau menyusahkan orang lain.....
lain2 pada tu, dipanggil satu istilah lain iaitu iatu private life,orang lain tak berhak ganggu.....this is really funny. berzina, minumarak sorang, semua tu dah jadi tak salah....
dia jadi hujah yg selalu dicanang sebagai..."itu antara dia dengan Tuhanlah"
Bagi saya ianya tidak pelik sama sekali..
Zina,minum arak sorang2 itu semua adalah sesuatu yang peribadi,sesuatu yang tidak menyusahkan orang lain jika ianya dilakukan dengan asas pendidikan dan moral yang secukupnya ex: tidak minum ketika memandu, zina ketika atas 18 tahun dan tahu akan "safe sex"..
Prinsip suka jaga tepi kain orang lain memang terkenal dalam budaya masyarakat melayu Islam, dan itu mungkin adalah satu sebab kenapa kita masih mundur berbanding dengan kaum lain..
anda kata agama perlu dipisahkan dari politik, sebagai spiritual seeker(berdasarkan thread yg anda buka) apa yg anda dapati?
adakah ia akan memisahkan agama dari kehidupan atau tidak.....?
Senang aje bagi saya, pemisahan ini akan menghasilkan satu kebebasan dan pelbagai pilihan bagi kita. Saya faham tiada kebebasan mutlak dalam dunia ini tetapi sekularism mampu memberikan kebebasan yang lebih terbuka berbanding dengan campurtangan agama.
Bukalah ruang kebebasan kepada manusia, dan biarlah akal dan hati mereka memilih mana yang baik dan mana yang buruk di dunia yang tiada erti muktamad..
Bak kata Patrick Henry, " Give me liberty, or give me death!" |
|
|
|
|
|
|
| |
|