KALAU disebut mengenai penyanyi wanita ini, Papa memang cukup kagum dengannya.
Bakatnya memang boleh disifatkan sebagai luar biasa dan memiliki kelas tersendiri.
Sebagai salah seorang peminat, Papa sangat merindui untuk mendengar lagu-lagu terbarunya.
Berita terbaru yang sampai ke telinga Papa menyebut, dia kini sibuk di dalam studio untuk rakaman album terbarunya yang dikhabarkan akan berada di pasaran sebelum hujung tahun ini.
Bagaimanapun, dalam keadaan sekarang, seperti yang kita semua tahu keadaan ekonomi negara tidak begitu memberangsangkan.
Kerana itu ramai yang berhadapan dengan masalah termasuk golongan artis.
Tetapi tidak semua artis terkena tempias kegawatan kerana mereka yang popular dan terbaik masih lagi menjadi kepercayaan penganjur yang mahukan khidmat mereka seperti Datuk Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan Mawi.
Mana yang tidak ada persembahan pula, inilah masanya untuk meneroka cabang lain.
Ada yang jadi pengacara, pelakon dan ada yang buka bisnes sendiri.
Penyanyi yang Papa maksudkan ini pun mula berjinak-jinak menjadi seorang pelakon dan filemnya pun sudah ditayangkan.
Lakonannya dalam filem itu mendapat pujian ramai dan ramai mengatakan dia mempunyai bakat lakonan semula jadi.
Dia juga beruntung apabila filemnya itu diarahkan oleh pengarah yang cukup disegani.
Dulu, dia pernah mencipta kontroversi kerana tidak mahu membintangi sebuah filem arahan pengarah berkaliber sehingga ada yang kata dia lupa diri. Biarlah, itu cerita lama.
Cuma, Papa sedikit kesal apabila penyanyi ini mencalar kredibilitinya apabila membintangi sebuah program yang cukup dikenali sebagai program yang langsung tidak mencabar minda penonton.
Papa memang geli dan jelik dengan program ini dan tidak pernah langsung menontonnya.
Entah bagaimana, hari itu Papa terbuka saluran yang menayangkan program itu. Alangkah terkejutnya Papa apabila melihat penyanyi ini membintangi rancangan itu.
Terdesak sangatkah penyanyi itu sampai sanggup berlakon dalam rancangan itu?
Memanglah dalam zaman tengah gawat ni, tidak boleh terlalu memilih tetapi agak-agaklah.
Awak itu dah dikenali sebagai antara penyanyi terbaik negara dan mula membina sebagai seorang pelakon yang baik.
Tiba-tiba saja berlakon dalam rancangan murahan seperti itu. Tolonglah. Jangan jatuhkan reputasi anda.
Fikir-fikirlah sebelum menerima sebarang tawaran. Jangan sampai nanti peminat lari pula.
motif sgt kan jac belakon cite murahan tu... aku pon tros tuka channel..tak sanggup tingok aku rasa jac tamo tolak sbb takot di label pilih bulu plak... tros berperang ngan kak wana
[ Last edited by jac_diehard_fan at 22-4-2009 15:57 ]
KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2009: Selepas pernah mencipta nama menerusi duetnya bersama Erra Fazira danJaclyn Victor, penyanyi ganteng dari Indonesia Rio Febrian, 28, masihpendam satu lagi impian.
Impian itu adalah dia ingin berpadu vokal pula dengan penyanyi pujaannya, Dato' Sheila Majid.
Bercakapkepada portal murai.com.my kelmarin, Rio yang berdarah campuran Betawidan Menado ini berkata, sebelum ini dia tidak pernah melepaskan peluangmenyaksikan persembahan Sheila di Indonesia.
Rio pernah berduet dalam lagu Nada Kasih bersama Erra diikuti Ceritera Cinta dengan Jac.
"Bagisaya keberhasilan berduet dengan 2 nama besar dari Malaysia itu adalahsatu platform untuk memperkenalkan diri saya kepada pendengar diMalaysia," katanya. Rio berada di Kuala Lumpur ketika ini bersamabeberapa lagi bintang Indonesia termasuk Irwansyah bagi menjayakanacara Minggu Setiausaha di Hotel Istana petang ini (Rabu).
Rio juga sedang mempromosikan albu terbarunya, Aku Bertahan yang telah dipasarkan sejak 11 Mac lalu.
TambahRio, Aku Bertahan adalah album solo ke-4 beliau terbitan Sony Musicyang sama sekali berbeza dari segi muzik dan konsep, berbanding 3 albumterdahulu.
"Album pertama, kedua dan ketiga dulu lebihberirama perlahan lagunya tetapi yang ini lebih dinamik dan bertenaga.Ia sangat berbeza, segar, lebih matang dan memenuhi citarasa pada masasekarang," katanya.
Pertama kali bertentang mata dengan Jac
Berceritamengenai kunjungnnya buat pertama kali ke negara ini selepas lebih 8tahun meneroka dalam industri muzik di Indonesia, Rio cukup bertuahapabila akhirnya diberi peluang menyanyi seiringan bersama-sama Jacdalam showcase Minggu Setiausaha petang ini.
"Percaya atau tidak, ini kali pertama saya berduet bersama-sama Jac. Memang kami menyanyi bersama-sama dalam lagu Ceritera Cinta, tetapi rakaman vokalnya dibuat secara berasingan 2 tahun lalu.
"CumaJulai tahun lalu saja, kami berpeluang berjumpa untuk sesi rakaman klipvideo lagu berkenaan. Tapi untuk menyanyi bersama-sama secara live didepan peminat belum terjadi lagi.
"Saya sangat bangga apabila Ceritera Cinta masuk ke final Anugerah Juara Lagu,cuma sayangnya saya dapat tidak hadir. jadi inilah masa yang sayatunggu-tunggukan untuk membuat persembahan bersama Jaclyn di HotelIstana bersama Jac," katanya.
Penyanyi berkumpulan lebih banyak di Indonesia
Ditanyabagaimana situasi muzik Indonesia dalam kegawatan ekonomi dunia ketikaini, Rio berkata, dia terpaksa akur apabila kebanyakkan jualan album disana juga semakin menyusut.
Malah katanya, sebagai penyanyisolo, dia terpaksa bersaing dengan penyanyi berkumpulan atau band lainyang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan setiap hari.
"Ketika ini banyak sekali band muzik barudan ada yang mirip antara satu sama lain dari segi persembahan muzik.Tapi sama ada suka atau tidak, peminat muzik mereka tetap ada.
"Berbanding band muzik, penyanyi solo lelaki tidak begitu banyak seperti Glen, Marcell, Delon dan saya sendiri," katanya.