|
Salasilah keturunan Nabi Saleh as.
Nabi Saleh as adalah anak Ubaid bin Asief bin Masyih bin Abid bin Hadzir bin Tsamud bin Saleh bin Arfashad bin Sam bin Nuh Bin Adam
kalau senang, kasik sejarahnya nanti |
|
|
|
|
|
|
|
ukiran batu bangunan macam kat Shiraz Iran..
tapi di Shiraz sebelum zaman Islam.. |
|
|
|
|
|
|
|
madain salleh nih kat mana..
tamadun nih sezaman ker dgn yg kat petra jordan tuh??? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #36 pull_over\ catat
yela, aku bru nak tanya
-ni mesti lama sangat, sebab nabi saleh tu rasul kelima selepas adam kan?
-mesti lagi lama dari zaman ais, zaman mesir ni |
|
|
|
|
|
|
|
Madain Saleh ni lebih tua dari Petra di Jordan. Asalnya kaum Ad yang menghuni penempatan ini diikuti oleh kaum Tsamud telah dilenyapkan dari dunia oleh Allah swt.
Wujud pada kurun pertama sebelum masihi.
Madain Saleh terletak kira-kira 400km ke utara Madinah dan 25km dari perkampungan sejarah Ula. Kerajaan Arab Saudi baru saja memberi peluang kepada pelancung luar negara untuk melawat kawasan ini yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu warisan sejarah dunia.
KISAH NABI SALEH AS
Nabi Saleh adalah keturunan generasi kesembilan dari Nabi Nuh. Dia dilantik sebagai nabi untuk kaum Tsamud yang menghuni kawasan pergunungan di antara Hijaz dan Palestine. Penduduk disini membina rumah mereka dengan menebuk batu di lereng pergunungan.
Kaum Tsamud ini hidup senang lenang dan mempunyai kekayaan harta benda yang melimpah ruah, tetapi mereka lupa sama sekali dengan Tuhan. Mereka menjadi semakin riak,sombong, jahat dan jauh dari segala yang baik.
Kaum ini menyembah Tuhan yang diukir dari batu. Mereka mengejek Nabi Saleh yang diutus oleh Allah swt untuk kembali beriman kepada NYA. Kaum Tsamud telah menuntut bukti dari Nabi Saleh tentang kebenaran ajakannya untuk menyembah Tuhan. Jika benar dan berhasil mukjizat Nabi Saleh mereka akan mengikutnya.
Nabi Saleh telah bermohon kepada Allah dan dengan kekuasaanNYA menciptakan seekor unta betina yang dikeluarkan dari batu karang besar yang terdapat di sisi bukit.
Dengan menunjuk kepada binatang yang baru keluar dari perut batu besar itu, berkatalah Nabi Saleh kepada mereka. "Inilah dia unta Allah, janganlah kamu ganggu dan biarkanlah ia mencari makannya sendiri di atas bumi Allah, ia mempunyai giliran untuk mendapatkan air minum dan kamu mempunyai giliran untuk mendapatkan air minum bagimu dan bagi ternakan mu juga dan ketahuilah bahawa Allah akan menurunkan azabNYA bila kamu sampai mengganggu binatang ini"
Kerana mereka tidak percaya, mereka ganggu unta tadi dan menyembelihnya. Sesudah itu mereka datang kepada Nabi Saleh sambil berkata:
"Jika benar engkau utusan Allah, buktikanlah seksaan yang engkau janjikan dahulu itu, unta itu telah kami sembelih" Jawab Nabi Saleh "Kamu boleh menyaksikan sendiri dalam tiga hari ini, kerana azab Tuhan telah dekat" Telah terbukti dengan firman Allah dalam Quran,
"Mereka lalu disambar petir, maka matilah mereka di negeri itu" ( Al-Araf:78)
Nabi Saleh, keluarga dan pengikutnya terselamat dari azab, sebelum meninggalkan tempat itu, Nabi Saleh telah berpesan seperti dalam Quran : "Hai kaumku, Sesungguhnya aku telah menyampaikan risalah Allah kepada mu dan aku telah memberi nasihat, tetapi kamu tidak suka kepada orang yang memberi nasihat" ( Al-Araf :79) |
|
|
|
|
|
|
|
Stesyen keretapi lama di Hijaz
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sekngucing at 4-3-2009 19:20
yela, aku bru nak tanya
-ni mesti lama sangat, sebab nabi saleh tu rasul kelima selepas adam kan?
-mesti lagi lama dari zaman ais, zaman mesir ni
Yup.Jauh lebih lama dari Tamadun Mecir piramid tu.Tapi dalam Al Quran memang dah diterangkan yg mereka ini mempunyai teknologi pembinaan yg hebat.Dan mereka dibala oleh Tuhan kerana mengingkari Ajaran Nabi Salleh A.S.Pernah tengok dalam 1 dokumentari tentang binaan kaum ni.memang hebat terutama kota Istananya.Rasanya ada teknologi hebat yg wujud pada zaman tu cuma belum dapat dibongkar oleh pengkaji. |
|
|
|
|
|
|
| |
|