CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[R-TV] Pilih Kasih. Tahniah, IQBAL - Juara

[Copy link]
 Author| Post time 27-5-2009 09:58 AM | Show all posts
SOSEH SOSEH: Mahu boikot Pilih Kasih?


Rap

PROGRAM belum lagi disiarkan, tetapi rancangan realiti TV pencarian bakat dalam bidang lakonan terbitan produksi milik Rosyam Nor, Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, sudah mula menjadi perhatian sehingga menimbulkan isu.

Sudahlah program dinamakan Pilih Kasih itu ada persamaan dengan satu lagi program, Anak Wayang, cerita terbaru SS dengar ialah luahan hati peminat di Sarawak mengenai uji bakat.

Pada mulanya SS ingatkan berlaku perkara tidak diingini di lokasi uji bakat, tapi rupa-rupanya ada pihak berkecil hati apabila lokasi di Sarawak dibatalkan tanpa alasan yang tidak diketahui. Maknanya, belum apa-apa sudah berlaku pilih kasih.

Perkara ini diluahkan peminat berasal dari Sarawak bernama Jason Isaac melalui e-mel kepada teman SS yang mempersoalkan tindakan Rosyam membatalkan uji bakat yang sepatutnya diadakan di Kuching, Sarawak pertengahan Mei lalu.

Katanya mengapa perkara itu berlaku adakah kerana Pilih Kasih takut persaingan atau tidak mempunyai sumber kewangan? Kalau itu sebab sebenarnya, mustahil produksi Pilih Kasih tidak mempunyai bajet untuk datang ke Sarawak memandangkan sebelum itu mereka sanggup terbang jauh ke Sabah mencari peserta.

SS sendiri kurang pasti dengan apa yang dimaksudkan Jason apabila dia mengatakan Pilih Kasih takut dengan persaingan kerana rancangan Anak Wayang juga tidak mengadakan uji bakat memilih peserta di sana.

Keputusan diambil Rosyam itu katanya menyebabkan ramai anak muda di Bumi Kenyalang yang bercita-cita menjadi pelakon kecewa dan menganggap tindakan itu tidak adil.

Disebabkan kecewa juga katanya, orang di Sarawak mahu memboikot rancangan Pilih Kasih yang mula disiarkan di TV2 bermula 25 Mei lalu.

Setahu SS, Rosyam sebelum ini mengumumkan pihaknya membatalkan uji bakat di Sarawak selepas memikirkan semasak-masaknya tindakan itu. SS difahamkan, uji bakat dijalankan di Sabah sebelum itu kurang sambutan dan Rosyam membuat keputusan untuk tidak ke Sarawak, bimbang datang jauh-jauh, tapi sambutannya kurang.

Sebaliknya, uji bakat di Kuala Lumpur yang mendapat sambutan di luar dugaan, diadakan semula untuk memberi peluang kepada peserta yang tidak berpeluang menjalani uji bakat pertama.


Kepada Jason dan orang di Sarawak, SS nasihatkan janganlah merajuk sehingga memboikot rancangan itu. Mungkin jika program ini mendapat sambutan dan diadakan untuk musim kedua, mungkin Rosyam boleh timbangkan mengadakan uji bakat di negeri itu pula.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-5-2009 07:52 AM | Show all posts
Protege Rosyam Nor
Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]

Usaha cari 20 finalis program Pilih Kasih bukan tugas mudah

PENCARIAN yang memakan masa berbulan-bulan kini sudah sampai ke penghujungnya. Jumaat lalu bertempat di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay, Pengarah Urusan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, Rosyam Nor buat pertama kalinya mendedahkan wajah 20 anak didiknya yang akan diasuh dan dibimbing untuk menjadi seorang pelakon yang bagus sekali gus menjadi pelapis kepada pelakon handalan sedia ada.

Sebaik saja kelibat mereka muncul di pentas, terdetik rasa kagum dengan apa yang diusahakan Rosyam bersama teamnya sebelum ini. Penat lelah serta jerih mereka menjelajah dari satu lokasi ke satu lokasi mencari mereka yang layak dipanggil pelakon terbayar apabila kesemua yang dipilih masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.

Bukan saja ada kelebihan dari segi rupa paras tetapi yang lebih penting, mereka mempunyai bakat seperti yang dikehendaki serta berkemampuan dalam bidang seni lain seperti menari dan menyanyi. Malah sewaktu sesi pengenalan itu, finalis terbabit juga dikehendaki menari dan menyanyi selain mempamerkan bakat lakonan mereka.

Apakah itu sebenarnya yang dicari Rosyam dan tenaga pengajar Pilih Kasih sewaktu membuat uji bakat yakni pelajar yang serba boleh dan mahir dalam pelbagai cabang seni?

揝ebenarnya memang matlamat kita untuk mencari pelakon pelapis dan kemahiran berlakon adalah perkara utama yang kami titikberatkan. Tetapi jika peserta itu mempunyai bakat sampingan, itu adalah satu kelebihan buat mereka,
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 12:07 PM | Show all posts
ari tu tgk ramai gak yg pergi audition...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2009 08:37 PM | Show all posts
Originally posted by derose83 at 29-5-2009 12:07
ari tu tgk ramai gak yg pergi audition...


ari tu tertgk rancangan nih...
nmpk ader ray yg guru tari lisda n fauzi tu...
pastu sorg lg, yg kumpulan FLAVA(gengstarz)...
yg muke cam mamak tuh...
yg lain2 tak pasan sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2009 04:25 PM | Show all posts
aku suka si pasha
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 05:00 PM | Show all posts
aku suka sangat dengan program pilih kasih sebab lengkap lah dari pelbagai aspek lakonan seperti berlakon drama, monolog dan teater... tak macam anak wayang.. macam konsep raja lawak jer!!!
memang vass kak erma wat teater tau...
apapun korang sumer jangan lupa tau tengok pilih kasih setiap sabtu jam 8.30malam di rtm2... kisah pilih kasih plak yang ala2 diari tu setiap isnin hingga khamis jam 4.30 petang di rtm2. siap promokan lagi... abang rosyam....nak royalti!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2009 05:01 PM | Show all posts
hidup sofian bujang!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2009 10:44 AM | Show all posts
Dengarnya: Pilih Kasih kurang penonton?
Oleh Normah Becok

KALI ini Cik Normah nak tegur lagi program Pilih Kasih yang terlaksana hasil usaha pelakon Rosyam Nor sendiri. Malam minggu lalu sewaktu berlangsung pertandingan mingguan program itu, Cik Normah sempat menontonnya di rumah. Itu pun kebetulan tangan Cik Normah gatal menekan alat kawalan jauh TV.

Lucunya, kalau iya pun kurang penonton yang memenuhi Auditorium Tengku Tuan Cik, Senawang, Negeri Sembilan tempat pertandingan mingguan berlangsung, tak perlulah nak tunjukkan ruang kosong itu. Jurukamera yang terbabit pun satu, pandai-pandailah 'cover line' dengan hanya memberi fokus di bahagian tempat duduk yang dipenuhi.

Ini tidak, ruang kosong itu menampakkan kecacatan program itu. Itulah, nak buat jauh-jauh sangat, tak ada penonton yang datang, siapa yang rugi. Mereka dan keluarga mereka juga yang rugikan? Cik Normah tak rugi apa-apa. Sayang seribu kali sayang, Cik Normah difahamkan program itu mendapat rating yang tinggi kalau nak dibandingkan dengan program di stesen TV berbayar yang lagi satu itu.

Nak kata peserta yang bertanding tak bagus pun tak juga. Entahlah aura program itu bagaikan sepi saja. Nak kata kurang promosi, mungkin juga. Malas Cik Normah nak komen. Tapi kalau nak dibandingkan dengan program Anak Wayang, memang gah promosinya biarpun bakat peserta yang ada Cik Normah nilaikan pada tahap biasa saja. Maaf, Cik Normah bersikap jujur.

Begitu juga dengan waktu siaran program Kisah Pilih Kasih yang memaparkan diari harian peserta juga tidak kena pada waktunya. Waktu siarannya pada sebelah petang dan ulangannya pada jam 1 pagi. Siapa nak tengok kalau disiarkan dalam tempoh waktu sedemikian. Pengarah Erma Fatima pun mengesyorkan program harian itu diubah pada waktu perdana.

Pendek kata serba tak kenalah program itu. Haa... lagi satu Cik Normah nak ingatkan kepada Kak Engku atau Raja Azura yang bergandingan dengan Reza sebagai pengacara pertandingan mingguan, boleh tak perlahankan volume suara itu. Tak perlu nak menjerit seperti menggunakan nada tinggi, kami di sini belum pekak lagi!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2009 10:49 AM | Show all posts
Lain kali buat jauh kena buat tiket bertuah menang keta sebijik hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2009 10:54 PM | Show all posts
CAK: Rosyam terus pilih bulu


Rap
KEBELAKANGAN ini, setiap kali CAK melayari beberapa laman web atau ruang borak di Internet, nama aktor Rosyam Nor agak panas dan sering menjadi topik perbincangan.

Yang tak sedapnya, banyak antara komen dan perbincangan di laman web itu lebih berbaur cacian terhadap aktor popular itu berkenaan Pilih Kasih.

Baik dari laman web atau blog individu, ramai mempersoalkan program Pilih Kasih, termasuk isu promosi yang agak lesu dari pihak RTM. Bukan cerita biasa! Walaupun dengarnya rating Pilih Kasih lebih tinggi daripada Bintang RTM.

Apapun, bagus juga apabila tayangan Kisah Pilih Kasih diubah ke siaran barunya pada setiap Isnin hingga Khamis jam 11.30 malam di TV1 berbanding sebelumnya yang langsung tak relevan.

Berbalik kisah Rosyam dikritik teruk, CAK tercengang juga bila ramai yang cakap kononnya Rosyam pilih bulu sebab masih menyimpan seorang peserta wanita yang sudah tiga kali ada di tangga terbawah. Sebaliknya, rakan lain pula yang sentiasa menjadi mangsa dan dalang gantinya.

Entahlah, CAK tak tahu nak cakap apa dengan pelakon seorang ini sebab sepanjang pemerhatian CAK terhadap program ini, dia asyik menyingkirkan peserta yang berbakat berbanding yang kurang menyerlah. Mungkin percaturan ini dijadikan satu strategi atau propaganda daripada pihak penerbitan atau Rosyam sendiri. Sila jawab!
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2009 11:37 PM | Show all posts
ai tak kesah kalau rancangan neh produk RTM tapi tolonglah buat online catch-up TV untuk golongan2 urban macam ai ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2009 10:47 AM | Show all posts
Jawablah! Bukan mudah nak singkirkan mereka
Oleh Farihad Shalla Mahmud
[email protected]


ROSYAM NOOR bersama peserta program Pilih Kasih.

Banyak pertimbangan dibuat antara kualiti dengan undian penonton

SEJAK bersiaran hingga kini, program realiti terbitan Suhan Movies & Trading milik pelakon Rosyam Nor tidak henti-henti dilanda kontroversi. Bermula dengan perasaan tak puas hati calon dari negeri Malaysia Timur apabila sesi uji bakat di negeri itu dibatalkan, diikuti dengan pemilihan peserta yang dianggap tidak adil hinggalah kepada kononnya Rosyam bersikap pilih bulu ketika memilih peserta yang disingkirkan.

Terbaru, Rosyam dikatakan sering membuang peserta yang berbakat manakala ada peserta wanita yang sering kali berada di kedudukan tercorot sering terselamat. Malah, tersebar juga cerita kononnya ada tenaga pengajar yang tak puas hati sehingga mengalirkan air mata dengan pemilihan Rosyam yang disifatkan tidak adil dan tersasar.

Hairan juga bunyinya kerana sebagai pelakon yang kaya dengan pengalaman, mana mungkin Rosyam tidak dapat membezakan antara kaca dan permata. Dan pastinya, tindakan Rosyam itu bukanlah satu keputusan yang dibuat secara melulu kerana sebelum dia mengeluarkan perkataan “anda bukanlah pelakon yang saya cari”, dia perlu meneliti dari pelbagai sudut setiap peserta berkenaan.

Penilaian bukan saja dibuat semasa pentas Pilih Kasih tetapi juga berdasarkan disiplin, sesi latihan atau apa saja yang dilakukan peserta terbabit sepanjang berada dalam program itu. Pun begitu, tegas Rosyam yang juga penerbit eksekutif program berkenaan, untuk membuat keputusan menyingkirkan pelajar bukanlah satu tugas yang mudah baginya. Setiap minggu, itulah tugas berat yang terpaksa dia hadapi sehinggalah dia bertemu dengan pelakon yang dicari-cari selama ini.

Hip: Nampaknya cara Rosyam menyingkirkan pelajar masih lagi menjadi bahan pertikaian ramai. Boleh ulas sikit?


Rosyam: Saya tahu ramai tak puas hati dengan cara saya menyingkirkan pelajar. Malah ada yang mendakwa kononnya saya bersikap pilih kasih. Contohnya seperti yang disuarakan dalam ruangan gosip di akhbar dan blog yang menyatakan saya masih menyimpan pelajar yang sudah empat kali berada di kedudukan paling bawah. Seperti yang pernah saya katakan pada sidang media sebelum ini, kata akhir untuk sesi penyingkiran memang hak saya. Namun untuk membuat keputusan siapa yang tersingkir, saya akui bukanlah mudah. Sebab itulah kalau anda perasan, sebelum membuat penyingkiran saya terlebih dulu membaca Bismillah. Untuk membuat keputusan siapa yang patut disingkirkan, saya menilai dari pelbagai aspek. Soal disiplin, latihan, komen dari pengarah drama pendek dan saya juga ada membuat catatan untuk setiap pelajar. Dalam hal ini sesiapa yang membuat sedikit kesilapan, dialah yang akan menjadi mangsa.

Hip: Bagaimana pula dengan tindakan Rosyam masih ‘menyimpan’ pelajar yang sudah beberapa kali berada di kedudukan tercorot untuk terus beraksi dalam program itu?

Rosyam: Saya tak nafikan memang saya masih menyimpan pelajar yang dikatakan itu. Untuk pengetahuan semua, pelajar yang dimaksudkan itu memang mempunyai potensi menjadi pelakon. Malah tenaga pengajar sendiri bersetuju dengan apa yang saya katakan dan mereka sendiri tahu bahawa pelajar terbabit, Zulin Aziz boleh berlakon. Mungkin ramai yang tidak mengundinya hanya kerana mereka melihat dari segi bentuk fizikal dan paras rupa. Maklumlah, Zulin ini agak gempal orangnya dan sedikit berbeza dengan kebanyakan peserta wanita lain. Tapi saya tidak melihat perkara itu sebagai faktor penting kerana dalam hal ini, yang kami cari adalah bakat. Walau apapun, saya perlu menjalankan tugas saya untuk menyingkirkan satu demi satu pelajar sehingga saya bertemu dengan pelakon yang saya cari.

Hip: Sehingga kini, walaupun ada yang mengatakan rating program ini begitu mencanak namun dari segi publisiti masih kurang. Apakah RTM tidak memberi publisiti yang sewajarnya untuk program ini?

Rosyam: Bagi saya, RTM sudah menyediakan publisiti yang cukup baik. Malah, pertukaran waktu yang dibuat dari jam 1 pagi ke 11.30 malam sekurang-kurangnya memberi peluang kepada mereka yang tak sempat menyaksikan pada waktu petang. Disebabkan ini adalah program pertama kami dan waktu siaran sudah pun dibuat lebih awal, jadi kami terpaksa akur dengan jadual siaran itu. Mungkin selepas ini, kalau program Pilih kasih 2 diluluskan RTM, kami mahu pentas Pilih Kasih yang disiarkan pada Sabtu malam, dapat diulang siar pada hari Ahad kerana pada waktu itu, ramai yang cuti dan memberi peluang kepada mereka menyaksikan program yang tidak sempat mereka tonton kerana kerja dan sebagainya. Dalam hal ini, saya juga mengharapkan agar media dapat membantu memberikan publisiti kepada program ini kerana Pilih Kasih adalah program yang bermutu dan mampu menyediakan pelakon pelapis pada masa akan datang.

Hip: Setakat ini adakah Rosyam puas hati dengan perkembangan mereka?

Rosyam: Bukan hendak puji rancangan sendiri tetapi setakat ini saya lihat kebanyakan mereka mula mempamerkan lakonan bermutu. Proses pembelajaran yang kami sediakan nampaknya memberi impak besar kepada prestasi peserta. Kalau kita perhatikan, rasanya belum ada program televisyen yang membuat pementasan teater secara langsung di kaca TV. Namun Pilih Kasih memecah tradisi itu. Lagipun, sejak mula lagi pelajar terbabit sudah diasuh dengan sistem pembelajaran yang cepat dan pantas. Pada hari Ahad mereka mendapat skrip sebelum berada di lokasi drama pendek pada hari Isnin dan Selasa. Diikuti dengan kelas monolog sebelum berlatih untuk persembahan teater pada hari Khamis di bawah bimbingan Erma Fatima. Hari Jumaat mereka terpaksa bergegas ke Senawang untuk menjalani latihan raptai penuh. Saya akui, mereka ini berada dalam tekanan tapi pada masa yang sama berbaloi kerana ilmu yang mereka dapati itu sama dengan pengalaman berlakon yang saya kutip bertahun-tahun.

Hip: Selepas ini adakah mereka yang tersingkir akan diberi peluang untuk berlakon di bawah produksi Rosyam?

Rosyam: Sudah semestinya kerana memang itu janji saya pada mereka. Buat masa ini Ray dan Ana Dahlia akan berlakon dalam drama Gelora Di Hati Sara 2. Ana Dahlia juga akan berlakon di samping saya untuk drama malam raya yang akan disiarkan di kaca TV. Sebenarnya matlamat saya menghasilkan program ini adalah untuk mencari pasangan pelakon yang serasi yang boleh diketengahkan sebagai pelapis. Kalau dulu filem atau drama kita cukup terkenal dengan pasangan Rosyam dan Eja, Rosyam dan Rita Rudaini, Ogy dan Eman Manan, Awie dan Erra tapi sekarang kita sudah tak nampak itu semua. Kita memang ada ramai pelakon tetapi kebanyakan mereka hanya fokus untuk diri sendiri saja. Contohnya Farid Kamil, kita tak dapat lihat siapa pelakon yang boleh dijadikan pasangannya yang boleh melekat di ingatan penonton. Jadi inilah yang saya cuba cungkil dalam diri peserta program ini.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 01:40 PM | Show all posts
ai tak kesah kalau rancangan neh produk RTM tapi tolonglah buat online catch-up TV untuk golongan2 urban macam ai ni
beta_carotene Post at 5-7-2009 11:37 PM

hadalah uolss ..choy
gi hypp.tv kot? iols pon tapasti..sbb iols penah gi sana tasilap

feldanye iols kan tingok rancangan rtm
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 04:41 PM | Show all posts

Undi SMS Pilih Kasih untuk apa??


Rosyam: Saya tahu ramai tak puas hati dengan cara saya menyingkirkan pelajar. Malah ada yang mendakwa kononnya saya bersikap pilih kasih.


Contohnya seperti yang disuarakan dalam ruangan gosip di akhbar dan blog yang menyatakan saya masih menyimpan pelajar yang sudah empat kali berada di kedudukan paling bawah. Seperti yang pernah saya katakan pada sidang media sebelum ini, kata akhir untuk sesi penyingkiran memang hak saya.


Namun untuk membuat keputusan siapa yang tersingkir, saya akui bukanlah mudah. Sebab itulah kalau anda perasan, sebelum membuat penyingkiran saya terlebih dulu membaca Bismillah. Untuk membuat keputusan siapa yang patut disingkirkan, saya menilai dari pelbagai aspek. Soal disiplin, latihan, komen dari pengarah drama pendek dan saya juga ada membuat catatan untuk setiap pelajar. Dalam hal ini sesiapa yang membuat sedikit kesilapan, dialah yang akan menjadi mangsa.



dah dia yang tentukan sapa keluar... apa kejadah lagi nak undi sms nya... nampak sangat niat cuma nak curik duit orang-orang yang suka ngundi program busuk cam ni..
ni mesti perasan cam donald trump nih...


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 05:15 PM | Show all posts
1# pengimbas

ai benci tgk muka rosyam nor.. macam perogol bersiri gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 09:19 AM | Show all posts
aku suka tgk masa segmen akhir bila diorg buat persembahan ramai2..besttt aaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2009 10:36 PM | Show all posts
alamak apesal thread ni slow je.. tak tamai minat PK ke.. aku sedih masa penyingkiran tadi.. bukan sedey pasal zara kuar.. sedih abang dia kahfee nangis teresak2.. so sweeeet adik badik kahfee and zara ni....

and aku segmen terakhir tu.. zulin tu bagussss a buat jaipong hahahah
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2009 11:01 PM | Show all posts
pilih kasih minggu ni cam sampah
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 02:25 PM | Show all posts
38# the0ne

terutamanya masa segment monolog tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2009 08:16 PM | Show all posts
erk apesal aku rasa cam ok je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.563647 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list